himpunan cerita lucu

Embed Size (px)

DESCRIPTION

lawak

Citation preview

Harga Sebentuk Cincin

Di kedai emas, ada seorang perempuan terkentut ketika menonggeng melihat cincin. Dia tersipu-sipu malu dan melihat sekeliling dan perasan ada promoter dekat belakangnya...

Promoter tu tanya la"Boleh saya bantu?"

Perempuan tu anggap promoter itu tak dengar la yang dia kentut jadi dia jawab "Berapa harga cincin ini?".

Promoter tu jawab, "Kalau tengok pun Puan boleh terkentut, saya pasti Puan akan terberak bila tau harganya".

--- sumbangan: Noor Azree Hussinposted by aman @ 8:22 AM 28 comments

Thursday, March 29, 2012

Kedai Pakaian Lelaki

Seorang pengurus pusat membelibelah memiliki tiga ruang untuk disewakan, semuanya bersebelahan.

Seorang calon penyewa muncul dan mengatakan ingin menyewa ruang paling kiri untuk kedai pakaian lelaki.

"Itu bagus", kata pengurus tersebut. "Anda akan diberikan papan perniagaan percuma, apa yang ingin anda tulis pada papan perniagaan tersebut?" "Pakaian Lelaki", kata lelaki tersebut.

Kemudian datang seorang lelaki yang lain yang berhajat untuk menyewa ruang kedai yang paling kanan. Ketika ditanya lelaki tersebut mengatakan ia ingin "Pakaian Lelaki" pada papan perniagaannya. Pengurus mengatakan kepadanya bahawa kedai yang sebelah kiri akan memiliki papan perniagaan yang sama. "Tidak masalah", kata lelaki tersebut.

Akhirnya orang ketiga datang untuk menyewa ruang tengah. Pengurus agak gusar kerana orang ini juga memilki kedai pakaian lelaki. Dengan hati-hati pengurus meminta orang ketiga apa yang dia inginkan untuk ditulis pada papan perniagaannya. Orang itu menjawab "Pintu Masuk".

--- sumbangan: Hassanposted by aman @ 9:09 AM 19 comments

Thursday, January 26, 2012

Harta karun Pak Pandir

Setelah berbulan lamanya mencari harta karun di belakang rumahnya, akhirnya Pak Pandir berjaya menemukan jongkong emas seberat 15 kilogram yang tertanam di bawah jamban rumah jirannya. Dengan penuh perasaan gembira Pak Pandir membawa pulang emas tersebut.

Sampai di rumah, tiba-tiba Pak Pandir merasa bimbang kalau-kalau sahabat baiknya Luncai mengetahui tentang harta yang dijumpainya, pasti Luncai akan mengambil emas itu. Hasil buah fikiran itiknya, Pak Pandir mendapat idea untuk menanam emas itu di taman permainan kanak-kanak di pekan berhampiran tempat tinggalnya.

Pak Pandir menggali lubang yang besar untuk memasukkan harta karunnya itu. Setelah selesai menimbus harta karunnya, bimbang hartanya diketahui orang, dia pun meletakkan papan tanda bertulis "Di sini tiada harta karun Pak Pandir". Lega hatinya, Pak Pandir pun pulang dengan perasaan gembira.

Malam itu sedang Luncai di dalam perjalanan untuk mencuri duit di masjid berhampiran, dia ternampak papan tanda Pak Pandir. Apa lagi, dia pun terus mengorek tanah dan mendapatkan emas yang tersimpan di situ. Bimbang perbuatannya diketahui Pak Pandir, untuk 'cover line', luncai menimbus semula lubang tersebut dan meletakkan satu lagi papan tanda bertulis

"BUKAN LUNCAI YANG AMBIK!".

posted by aman @ 8:25 AM 16 comments

Wednesday, November 30, 2011

Nak Cerita Pun Malas

Pada masa dahulu, ada sebuah kampung di mana semua rakyatnya amat rajin belaka tidak ada yang malas. Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari seorang yang malas. Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelaki mengaku, katanya, Patik adalah yang paling malas.

Raja pun bertanya, Apa tahap malas tuan hamba?

Lalu jawab lelaki tersebut, Kalau patik hendak makan, ada orang yang suapkan patik.

Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi lalu berkata, Patik lebih malas lagi daripada dia tuanku.

Tuanku pun bertanya kepadanya, Sampai mana pulak tahap malas tuan hamba?

Maka jawabnya, Kalau patik makanpun, sampai ada orang tolong kunyahkan.

Maka raja pun terdiam seketika.

Tanpa disangka-sangka datang seorang budak lelaki kepadanya sambil berkata, Patik adalah yang paling malas tuanku.

Raja pun bertanya, Bagaimana pula tahap kemalasan kamu si budak? Budak itu pun menjawab, Nak cite pun malas.

----sumbangan: Matposted by aman @ 12:41 PM 19 comments

Tuesday, November 08, 2011

Kalau Satu Mampu, Kalau Lebih Satu...

Sidang teh tarik kami tengah malam semalam dihangatkan dengan pengakuan seorang rakan: "Aku dah berkali-kali cuba bagi tau isteri aku yang aku ni ada 'girlfriend' tapi dia buat tak tau, dia buat dhek aje!"

"Akikkk? Macam mana tu? Betui ka dia buat tak tau? Kalau betui, petua apa yang hang pakai? Boleh hang tolong ajar kami?" sambut seorang rakan dengan nada yang sangat teruja.

Kawan yang peitama itu berkata: "Soal aku sayang perempuan lain ni, tiap-tiap hari aku bagi tau dia. Setiap kali berSMS, dia akan bagi tau aku,Iluv U. Akupun balasI luv U2, Aku tak tulis too tapi sengaja tulis 2' supaya dia faham yang aku sudahpun menduakan dia.

Tapi itulah yang aku hairan, dia boleh buat tak tahu sedangkan aku sudah pun berterus terang, selain dia, ada lagi perempuan yang aku sayang.

Kami semua bantai' ketawa mendengar pengakuan rakan saya itu. Saya sendiri tidak tahu nak kata apa, melainkan hanya ketawa.

Saya kurang pasti sama ada rakan saya itu cuba berhelah dengan isterinya, ataupun berterus terang dengan isterinya. Dan lagi, kami turut menyangka dia berkata benar apabila memberitahu isterinya tidak kisah atau buat tidak tahu dengan apa yang dia beritahu

Hang jangan dok syok sendiri la, bro! Kalau hang betul-betul berani, hang cakap terus terang dengan bini hang, aku nak tengok," kata saya, sengaja mencabar.

Apa yang dikisahkan oleh rakan saya, itu adalah helah berbahasa semata-mata. Helah berbahasa tidak ada kena mengena dengan soal berani ataupun sikap jujur dan mahu berterus terang.

Helah berbahasa bagaimanapun tidak boleh dianggap sebagai bohong. Apa yang penting ialah bagi pihak yang menerima mesej itu, sama ada dapat atau tidak menangkap' apa yang mahu disampaikan.

Setelah reda sedikit ketawa kami mendengar cerita rakan itu, seorang lagi rakan pula ambil alih sidang dengan cerita apa yang berlaku antara dia dengan, isterinya.

Menurut kawan yang kedua itu, pada suatu petang, tatkala dia dan isterinya duduk menghadap cawan teh dan pisang goreng, datang mood dia hendak bergurau kasar dengan isterinya.

Maka, dia pun brkata: Orang lelaki, kaiau hanya ada satu isteri, sebenarnya masih tak cukup syarat!"

Tak cukup syarat? Apa pasal pulak?" tanya si isteri terpinga-pinga.

Menyedari pancingnya sudah mengena, kawan saya itu menyambung: Memanglah tak cukup syarat. Nama punis three, mestilah tiga. Kalauis onebaru satu,is twomasih tak cukup. Hanyais threebaru cukup."

Yakin hujahnya itu masih boleh dilanjutkan untuk menyampaikan maksudnya yang sebenar - kerana apa yang saya tahu, dia sememangnya berhajat malah sudah ada calon pun yang memungggu - kawan saya itu tidak dapat menahanketawa kerana berasa dirinya sudah menang dalam pusingan yang pertama itu.

Namun dia tidak sedan isterinya itu sebenarnya jauh lebih bijak.

Ok, abang tahu bahasa Inggeriskan? Dalam grammar (tata bahasa) bahasa Inggeris, ada singular (tunggal), ada plural (lebih daripada satu). Kalau singular macam mana abang, apa beza singular dengan plural?"

Maka dijawab oleh si suami dengan penuh yakin, Kalau singular, tak ada s'. Kalau plural, ada s'."

"Ok, pandai pun abang ingatkan dah lupa."

Maka tersengih-sengihlah si suami - sebagaimana yang diakuinya kepada kami - mendengar pujian itu.

Berkata pula si isteri: Sekarang abang ada berapa isteri?"

Satu!"

Abang mampu atau tidak?"

Mampu apa? Sara awak? Tentulah mampu. Ada awak rasa tak cukup apa-apa lagi?

Tidaklahl Saya tanya abang mampu atau tidak? Maknanya abang mampulah ye?"

"Ye, abang mampu!"

"Ok, sekarang isteri abang ada berapa?" tanya isterinya lagi.

Tanya lagi... satulah," jawab si suami.

Ok, satu, mampu tidak ada s' kan? Kalau lebih daripada satu?"

"Alamak! MAMPUS!"

---- sumbangan: Fauziposted by aman @ 2:04 PM 27 comments

Monday, October 03, 2011

Panggilan Sayang Untuk Isteri

Kamal diundang kawannya makan malam. Mizal, si tuan rumah, memanggil isterinya dengan kata- kata Sayang... Manis... Cintaku... Sayangku...Kasihku... dan seumpamanya. Kamal memandang Mizal dan berkata, "Romantis sekali, setelah berpuluh tahun menikah, kau tetap memanggil isterimu dengan kata-kata itu."Mizal mengangkat bahu dan berbisik, "sebenarnya, aku lupa namanya sejak tiga tahun lalu."

--- Sumbangan: Alongposted by aman @ 11:27 PM 29 comments

Friday, August 12, 2011

Sudu

Di sebuah klinik yang terletak berhampiran sebuah kampung...

Doktor : Awak nampak tak sihat? (sambil mengambil stetoskop)

Pak Pandir : Pening kepala, sakit dada.. doktor.

Doktor : Aaa. suhu badan awak tinggi, ambil ubat ni makan 2 sudu, 3 kali sehari.

Pak Pandir : Terima kasih.

Seminggu kemudian..

Doktor : Eh, kamu lagi? Apa pulak masalah awak?

Pak Pandir : pening kepala,. sakit dada hilang dah. TAPI sakit perut pulak.(sambil mengerang)

Doktor : Ubat yang saya bagi hari itu dah habis makan? Pahit ke?

Pak Pandir : Saya makan habis dah ubat tu, tak ada masalah cuma, SUDDDU doktor.

Doktor : Kenapa dengan sudu?

Pak Pandir : (dengan selamba) . keras sikit .. doktor!

Doktor : ???????

---- sumbangan : Ubinposted by aman @ 7:00 AM 12 comments

Friday, July 22, 2011

Menggali Petikan Kata-Kata Sang Motivator

Seorang Motivator berkata: "Tahun-tahun terbaik dalam hidupku ku habiskan bersama seorang wanita yang bukanlah istri ku."

Hadirin terkejut dan terpaku...

Ia kemudian menambah , "Ia adalah ibuku."

Hadirin kemudian bertepuk tangan dengan gemuruh dan tertawa.

Mamat yang baru saja mengikuti seminar tersebut, kemudian mencuba hal ini di rumah. Setelah makan malam, ia berkata dengan lantang di depan istrinya di dapur,

"Aku menghabiskan tahun-tahun terbaik hidupku bersama seorang wanita yang bukan istriku."

Ia berhenti sejenak memejamkan matanya, cuba mengingati kalimat terakhir sang Motivator... Ketika Mamat membuka mata, ia mendapati dirinya terbaring di tempat tidur hospital, baru saja mendapatkan rawatan akibat siraman air panas...

Moral of the story:Don't copy, if you can't paste.

----sumbangan: Mamatposted by aman @ 2:51 PM 23 comments

Monday, June 27, 2011

Cita-cita Tinggi

Cuti semester bagi murid-murid sekolah bagi sebuah sekolah yang berada di luar Bandar telah tamat tempohnya. Sekumpulan murid-murid pintar dari kelas 3 Ceria dengan cerianya memulakan kelas pertama dengan Cikgu Fery.

Seperti kebiasaan pada awal kelas cikgu ingin menyematkan semangat belajar dalam diri pelajar dengan bertanyakan cita-cita mereka.

Satu persatu pelajar dengan bersemangat menjawab.

Farid : Saya ingin jadi Doktor.

Cikgu Fery : Bagus.nanti cikgu boleh dapatkan rawatan percuma.

Ikhwan : Saya ingin jadi petani moden.

Cikgu Fery : Lagi bagus.nanti hantarkan bekalan sayur percuma ke rumah cikgu.

Cikgguuuuu!!!.Sahut seorang murid bernama Sharil dari meja belakang

Cikgu Fery : Yer saya.

Shahril : Cita-cita dorang tak mencabar la cikgucita-cita saya ingin pecahkan rekod dunia..saya ingin menjadi orang pertama menjejaki kaki ke planet matahari.

Semua murid tepuk tangan dan bersorak.

Cikgu Fery : Saya rasa cita-cita awk tu akan menyebabkan awak dapat menetapkan tarikh mati awak la.kan planet matahari tu panas... terbakar la kaki awak tutengok macam petang ni la, panaskantapi ni jaraknya masih jauh..

Semua pelajar tengok Sharil

Shahril : Alacikgu ni cikguingat saya ni bodoh sangat ke, saya tahu la matahari tu panastapi saya bercadang nak pergi malammalam kan sejuk..macam semalam sejuk je..

Semua murid tepuk tangan dan bersorak.

p/s : Anak muda sekarang ni memag tak boleh diduga.

--- sumbangan : Warden Bilik C 3 3 dr blog Empunyabilikc33.blogspot.composted by aman @ 9:36 AM 11 comments

Wednesday, May 18, 2011

Hadiah Hari Guru (Sempena Hari Guru)

Suatu pagi di dalam sebuah kelas 4 Slow, di sebuah sekolah rendah, di kawasan pedalaman. Cikgu sedang memberikan cadangan kepada murid-muridnya tentang hadiah sempena Hari Guru esok.

Cikgu: Saya tak kisah apa-apa jenis hadiah yang kamu nak berikan.

Murid: Tapi cikgu, hadiah yang macam mana?

Cikgu: Cikgu cadangkan begini, jika bapa kamu penanam jagung jagunglah hadiahnya, jika nelayan, ikan pun boleh..

Murid-murid: Ohh. begitu..

Keesokan harinya, penuh meja cikgu itu dengan pelbagai hadiah macam-macam ada. Tersenyum lebar cikgu .

Hah, kenapa kamu berpeluh ni Mamat? Datang lewat pulak!

Mamat: Usung hadiah cikgu tu ada kat luar kelas.

Cikgu: Ya.. Allah, batu nesan Mat?????

Mamat: Ha.aaa (dengan bangga)

Cikgu: Ayah kamu kerja apa?

Mamat: PENGGALI KUBUR cikgu.

Cikgu: Patutlah.

---- Sumbangan: Cikgu Usman