doa majlis perkahwinan

Embed Size (px)

Citation preview

DOA MAJLIS PERKAHWINANBy: Mohd Izzat Amsyar Mohd Arif (LL.B (civil & syariah) USIM)

.Segala puji hanya untuk-Mu ya Allah atas segala nikmat pemberian yang Engkau kurniakan kepada kami.

Ya Allah Pada hari yang berkat ini, kami berhimpun di majlis ini sebagai tanda kesyukuran kami atas nikmatMu bersempena dengan majlis perkahwinan yang diadakan oleh keluarga kedua-dua mempelai dengan selamat dan sempurna bagi pernikahan anakanda mereka (nama pengantin lelaki dan perempuan).

Berkati lah Ya Allah, kehadiran kami ini, Semoga berkatmu ini, Akan menjadi penyubur pada pembinaan perkahwinan

Yang penuh dengan Mawwaddah dan Rahmah.

Kami berdoa agar kedua mempelai ini Akan terus melengkapkan iman mereka Melalui perkahwinan mereka Bekalkan mereka dengan kasih sayang sejati Perasaan belas kasihan yang hakiki Tekad usaha yang tidak mengenal penat Tawakal kepadamu yang tidak mengenal pasrah Kesetiaan antara satu sama lain yang tidak mengenal sangsi Ketaatan pada orang-orang tua mereka yang tidak mengenal derhaka Dan yang terpenting keimanan padamu yang tidak mengenal ingkar.

Insafikan mereka berdua ini Bahawa kejayaan perkahwinan mereka bukan bermula dengan kekayaan, Bukan bertapak kan kedudukan, Dan bukan bersemarak dengan pujian. Insafikan mereka Ya Allah sebagaimana juga kami yang lain telah diinsafi, Bahawa kebahagiaan perkahwinan mereka bermula dengan tidak lupa padaMu,

Dengan sentiasa merindukan kehadiranMu, Dan dengan berkekalan mensyukuri nikmat iman anugerahMu. Kurniakan kepada mereka berdua Sifat saling kukuh mengukuh sebagaimana berlakunya antara Rasulullah S.A.W. dengan Khadijah. Kerana sesungguhnya mereka berdua akan melalui perjalanan yang tidak lekang dari ujian.

Kurniakan isteri kepada suaminya, sebagaimana kesetiaan Zainab Binti Muhammad S.A.W Pengabdian kepada Allah S.W.T, sebagaimana pengabdian Rabiah Adawwiyah Dan iltizam untuk menjadi isteri dan ibu yang solehah sebagaimana yang ada pada Summayyah Binti Hubbaz. Kurniakan jua kepada suami, Kebijaksanaan membimbing isterinya ke ambang syurga, Dan semoga dia sabar dengan apapun yang menduganya, sebagaimana Nabi Allah Ayyub bersabar dengan ujian terhadap imannya, kesihatannya dan keluarganya.

Ya Allah, Sesungguhnya tidak ada doa yang susah bagimu untuk makbulkan sebagaimana firmanmu:

Insafi juga diri kami, supaya kami mampu menjadi contoh yang hidup bagi kedua mempelai ini.

.

* * * * *