6
http://hidayahsyafiq.blogspot.com SMK MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS/SAINS TULEN KALI KETIGA SESI 2010 Tarikh : 4.8.2010 (SELASA) Tempat: Makmal Biologi Masa : 3.00 pm Kehadiran : 1) Pn Raja Zainil Naemah Bt Raja Kamaruddin 2) Pn Siti Aisyah Sue Lee Bt Abdullah 3) Pn Balqis Bt Yusoff 4) Pn Rodzita Bt Goning 5) Pn Nur Hidayah Bt Ismail 6) Pn Jessie Lawrence Ening 7) En. Ali Bin Mohamed 8) En. Rahman Shah Bin Aris 1.0 UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI Pn Siti Aisyah selaku pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua guru. Tindakan: Makluman 2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT Minit mesyuarat disahkan oleh Pn Sharain Bt Yacob dan disokong oleh En Ali Tindakan: Makluman 3.0 SOALAN PEPERIKSAAN

Contoh format laporan

Embed Size (px)

DESCRIPTION

laporan persatuan sains

Citation preview

Page 1: Contoh format laporan

http://hidayahsyafiq.blogspot.com

SMK

MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS/SAINS TULEN KALI KETIGA SESI 2010

Tarikh : 4.8.2010 (SELASA)

Tempat: Makmal Biologi

Masa : 3.00 pm

Kehadiran :

1) Pn Raja Zainil Naemah Bt Raja Kamaruddin

2) Pn Siti Aisyah Sue Lee Bt Abdullah

3) Pn Balqis Bt Yusoff

4) Pn Rodzita Bt Goning

5) Pn Nur Hidayah Bt Ismail

6) Pn Jessie Lawrence Ening

7) En. Ali Bin Mohamed

8) En. Rahman Shah Bin Aris

1.0 UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI

Pn Siti Aisyah selaku pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua guru.

Tindakan: Makluman

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

Minit mesyuarat disahkan oleh Pn Sharain Bt Yacob dan disokong oleh En Ali

Tindakan: Makluman

3.0 SOALAN PEPERIKSAAN

Semua guru penyedia soalan perlu menggubal soalan ujian formatif bulan ogos dengan pelbagai teknik dan perlu disemak dan disahkan oleh Ketua Panitia dan Ketua Bidang. Semua guru juga perlu menghantar soalan, JSU dan skema jawapan kepada Setiausaha Peperiksaan Dalaman.

Page 2: Contoh format laporan

http://hidayahsyafiq.blogspot.com

Guru yang masih belum menyiapkan soalan ujian formatif, dinasihat supaya dapat menyiapkan dengan segera.

4.0 KEBERKESANAN P&P

Pengajaran dan pembelajaran hendaklah dijalankan dengan berkesan. Semua guru digalakkan mengajar dengan pelbagai teknik yang berkesan. Penggunaan teknik yang berkesan akan dapat meningkatkan kecemerlangan para pelajar di dalam peperiksaan.

Guru Sains tidak dibenarkan menggunakan Buku Kerja dan ianya perlu diganti dengan buku tulis yang mana lebih membawa kepada keberkesanan pelajaran atas saranan Puan Pengetua. Bagaimanpun setiap makmal akan dibekalkan buku kerja bagi rujukan tambahan kepada para pelajar Tindakan: Semua Guru

5.0 HEADCOUNT DAN POST MORTEM

Headcount peperiksaan pertengahan tahun untuk telah diedarkan. Headcount telah dianalisis dan didapati peratus lulus untuk Sains PMR masih tidak mencapai sasaran lulus sekolah iaitu 80%. Begitu juga peratus lulus untuk Sains SPM masih tidak mencapai sasaran seperti yang ditetapkan oleh Pihak Sekolah.

Manakala Subjek Sains tulen pula mencapai peratus kelulusan 100%. Walaubagaimanapun peratus pelajar mendapat A adalah kurang. Oleh yang demikian diharapkan para guru harus meningkatkan kualiti serta kuantiti kecemerlangan dalam peperiksaan untuk subjek Sains.

Tindakan: Semua Guru

6.0 PROGRAM KECEMERLANGAN

En Rahman akan mengadakan bengkel kecemerlangan untuk kelas tingkatan 3 yang akan dilaksanakan selepas peperiksaan percubaan bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

Selain itu juga Encik Rahman akan mengadakan bengkel untuk guru-guru yang tiada mempunyai pengalaman menanda kertas. Ini bertujuan meningkatkan lagi skil para guru untuk menanda kertas dan seterusnya meningkatkan lagi prestasi pencapaian dalam pelajaran murid-murid.

Tindakan: Semua Guru

7.0 BULAN SAINS

Bulan sains telah dijayakan dengan lancarnya dengan penglibatan para guru dalam menjayakan program yang dirancangkan. Antara aktiviti yang telah dijayakan adalah Program Ikan keli, Pertunjukan Demonstration Of Reaction, Dont Break the egg, Memancing di dalam gelap, dan Treasure hunt.

Page 3: Contoh format laporan

http://hidayahsyafiq.blogspot.com

Aktiviti Ikan Keli

Program ini telah dijayakan oleh Encik Ali Bn mohamad dengan kerjasama En Rahman Shah bin Aris. Program ini juga disertai hampir 90 orang pelajar. Setiap pelajar dikenakan bayaran RM 1. Program yang dijalankan bertujuan member pendedahan kepada para pelajar mengani dan cara-cara menternak ikan keli dengan betul. Program ini banyak mendedahkan aspek pengendalian peralatan dan kaedah saintifik yang betul dan tepat.

Aktiviti Dont Break the Egg.

Program yang dijayakan oleh Pn Siti Aisyah Sue Lee Bt Abdullah dan Puan Balqis Bt Yusuf telah diadakan dalam Bulan Sains dan Matematik. Program yang telah dijayakan ini juga mendapat penyertaan sebanyak 20 orang pelajar. Program ini telah berjaya mencungkil bakat para peserta mengenai cara berfikir dan pengaplikasian teori sains ke dalam kehidupan seharian.

Aktiviti Treasure Hunt

Program yang mendapat penyertaan seramai 17 kumpulan yangmana setiap kumpulan terdiri daripada empar orang. Program ini telah dijayakan oleh Pn Rodzita Bin Goning dan Pn Sharain Bt Yacob. Aktiviti yang dijalankan berunsur games yang memerlukan ketangkasas, kebijaksanaan serta kepekaan pelajar terhadap sains, serta kawasan sekolah. Setiap peserta juga perlu mempunyai semangat berkumpulan bagi membolehkan mereka mampu menjalankan aktiviti bersama-sama dan memudahkan aktiviti mereka.

Aktiviti Fishing In Dark

Aktiviti kelolaan Pn Jessie Lawrence dan Puan Saimah merupakan aktiviti yang melibatkan kepekaan dan deria rasa dimana para pelajar diuji untuk memancing ikan kertas dan matanya ditutup. Aktiviti ini menimbulkan perasaan para pelajar untuk mencuba dan berfikir bagaimana mahu mendapatkan ikan dengan jumlah yang banyak.

Aktiviti Demonstration Of Reaction

8.0 PEKA

Semua borang peka hendaklah dihantar kepada Ketua Bidang selewat-lewatnya akhir bulan 8.Semua guru hendaklah memastikan fail PEKA untuk pelajar adalah lengkap dari tingkatan satu hingga tingkatan 3. Tambahan itu juga guru juga hendaklah meletakkan bersama Student Manual dan Teachers manual

Page 4: Contoh format laporan

http://hidayahsyafiq.blogspot.com

Tindakan: Semua Guru

9.0 HAL-HAL LAIN

Program untuk kelas 3B hingga 3 Harmoni akan diadakan . Program yang berbetuk bengkel akan dijalankan untuk teknik menjawab soalan

Bengkel menanda kertas juga akan diadakan untuk memberikan kemahiran dan pengalaman kepada guru-guru sains dan sasarannya adalah guru yang tidak pernah menanda kertas soalan.

Tindakan: Semua Guru

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 5.00 petang

PENCATAT DISAHKAN OLEH

------------------------------- -------------------------------------------------

( NUR HIDAYAH ISMAIL) ( PN SITI AISYAH SLBT ABDULLAH)

SETIAUSAHA PANITIA SAINS /SAINS TULEN KETUA PANITIA SAINS/SAINS TULEN