2
Ciri-ciri kepimpinan berkarismatik dapat dilihat dalam beberapa tokoh yang terkenal antaranya, Gandhi, Martin Luther King Jr. dan John F. Kennedy. Gandhi dalam kepimpinannya merupakan contoh model yang kuat kepada kepercayaan dan nilai di mana disebabkan personaliti dan cara beliau yang penuh berkarismatik, pengikut secara sukarela mengikut cara kepimpinan beliau. Beliau telah menganjurkan konsep tiada keganasan dan itu adalah contoh modal mengenai ketidaktaatan kepada masyarakat awam. Selain itu, pemimpin berkarisma tampak berkebolehan di mata pengikutnya. Ciri inilah yang menyebabkan pengikut menunjukan tahap kepatuhan yang sangat tinggi. Pemimpin berkarisma juga amat jelas dalam tujuan ideologinya. Ini dapat dilihat dalam kepimpinan Martin Luther King Jr. yang terkenal dengan syarahan “I Have a Dream”. Syarahan ini menerangkan dengan jelas ideologi yang ingin disampaikan oleh beliau kepada rakyat. Di samping itu, pemimpin juga mempunyai jangkaan yang tinggi dalam setiap pengikutnya dan mereka mempamerkan keyakinan dan kebolehan setiap diri pengikut bagi mencapai jangkaan-jangkaan itu. Satu lagi ciri pemimpin karismatik yang ketara ialah mereka menimbulkan motif kerja yang relevan dan berkait pada setiap pengikut yang mungkin melibatkan penggabungan, autoriti ataupun sanjungan. Ini dapat dilihat apabila John F. Kennedy merayu nilai-nilai kemanusiaan pada setiap rakyat Amerika apabila beliau menyatakan bahawa, “Jangan tanya apa yang negara kamu sudah buat untuk kamu, sebaliknya tanya diri kamu apa yang kamu dapat buat untuk negara kamu”. Kelebihan kepimpinan karismatik ialah ia membawa kepada tahap kepatuhan yang sangat tinggi di kalangan pengikutnya. Pemimpin berkarismatik akan menonjol dengan baik pada waktu krisis. Disebabkan tahap kepatuhan pengikut yang sangat tinggi, maka jika matlamat pemimpin adalah betul, gaya ini adalah sangat efektif. Pemimpin yang berkarismatik di anggap sebagai penuh bersemangat,

Ciri

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Ciri

Ciri-ciri kepimpinan berkarismatik dapat dilihat dalam beberapa tokoh yang terkenal antaranya, Gandhi, Martin

Luther King Jr. dan John F. Kennedy. Gandhi dalam kepimpinannya merupakan contoh model yang kuat kepada

kepercayaan dan nilai di mana disebabkan personaliti dan cara beliau yang penuh berkarismatik, pengikut secara

sukarela mengikut cara kepimpinan beliau. Beliau telah menganjurkan konsep tiada keganasan dan itu adalah contoh

modal mengenai ketidaktaatan kepada masyarakat awam.

Selain itu, pemimpin berkarisma tampak berkebolehan di mata pengikutnya. Ciri inilah yang menyebabkan

pengikut menunjukan tahap kepatuhan yang sangat tinggi. Pemimpin berkarisma juga amat jelas dalam tujuan

ideologinya. Ini dapat dilihat dalam kepimpinan Martin Luther King Jr. yang terkenal dengan syarahan “I Have a

Dream”. Syarahan ini menerangkan dengan jelas ideologi yang ingin disampaikan oleh beliau kepada rakyat. Di

samping itu, pemimpin juga mempunyai jangkaan yang tinggi dalam setiap pengikutnya dan mereka mempamerkan

keyakinan dan kebolehan setiap diri pengikut bagi mencapai jangkaan-jangkaan itu.

Satu lagi ciri pemimpin karismatik yang ketara ialah mereka menimbulkan motif kerja yang relevan dan

berkait pada setiap pengikut yang mungkin melibatkan penggabungan, autoriti ataupun sanjungan. Ini dapat dilihat

apabila John F. Kennedy merayu nilai-nilai kemanusiaan pada setiap rakyat Amerika apabila beliau menyatakan

bahawa, “Jangan tanya apa yang negara kamu sudah buat untuk kamu, sebaliknya tanya diri kamu apa yang kamu

dapat buat untuk negara kamu”.

Kelebihan kepimpinan karismatik ialah ia membawa kepada tahap kepatuhan yang sangat tinggi di kalangan

pengikutnya. Pemimpin berkarismatik akan menonjol dengan baik pada waktu krisis. Disebabkan tahap kepatuhan

pengikut yang sangat tinggi, maka jika matlamat pemimpin adalah betul, gaya ini adalah sangat efektif. Pemimpin

yang berkarismatik di anggap sebagai penuh bersemangat, mempunyai visi dalaman yang jelas, dan berpandangan

jauh. Antara kelemahannya pula ialah, oleh kerana pemimpin berkarismatik sangat di pandang tinggi oleh

pengikutnya, wujud juga perasan takut untuk menyuarakan pendapat mereka. Keyakinan, sifat optimis dan

pemujaan yang melampau terhadap pemimpin menghasilkan delusi dalam pengikut sehingga mereka menganggap

pemimpin jenis ini tidak boleh salah. Selain itu, para pengikut juga menjadi terlalu mengharapkan pemimpin dan

terlalu bergantung kepada pemimpin. Keadaan ini menyebabkan kegagalan untuk memajukan pengganti.