15
1 KAEDAH MENGGUNAKAN GOOGLE EARTH DALAM MENUNJUKKAN LOKASI KAWASAN SEJARAH Muhamad Nur Akramin Bin Sulaiman Pengajian Harta Tanah Bandar dan Regional Sejarah (SURE) Fakulti Alam Bina Universiti Malaya No. Telefon : 03-79677620 Email : [email protected] Shakila Yacob Jabatan Sejarah Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya No. Telefon: 03-79675562 Email : [email protected] 1.0 PENDAHULUAN Google Earth merupakan sebuah program globe virtual yang di peringkat awal dikenali sebagai Earth Viewer. Keyhole merupakan individu yang telah mengembangkan teknologi Google Earth ini. Google Earth mampu memaparkan keseluruhan bentuk muka bumi dan bandar-bandar utama di dunia dengan dibantu oleh teknologi satelit, fotografi udara dan globe GIS 3D. Google Earth mempunyai 3 jenis perisian yang berbeza iaitu Google Earth (perisian dengan kemampuan terbatas), Google Earth Plus (mempunyai ruangan-ruangan tambahan dengan bayaran $20) dan Google Earth Pro (perisian yang digunakan untuk tujuan komersial dengan bayaran $400 setahun). 2.0 KAEDAH MENGGUNAKAN GOOGLE EARTH Bahagian ini akan menunjukkan bagaimana kaedah menggunakan Google Earth dalam menunjukkan lokasi dalam pengajian sejarah. Kaedah yang akan ditunjukkan mengikut turutan dan ini merupakan perkara penting yang perlu dipatuhi oleh setiap guru, pensyarah atau pihak yang berkepentingan. 2.1. DOWNLOAD PERISIAN GOOGLE EARTH Sekiranya anda belum memiliki aplikasi Google Earth di komputer (desktop) atau kumputer riba (laptop), perkara pertama yang perlu anda lakukan adalah dengan memuat turun aplikasi Google Earth di alamat berikut http://www.google.com/earth/index.html . Sebelum memuat turun perisian ini, anda perlulah mempunyai internet dan perisian ini boleh dimuat turun dengan percuma.

Kaedah menggunakan Google Earth dalam menunjukkan lokasi kawasan Sejarah

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Kaedah menggunakan Google Earth dalam menunjukkan lokasi kawasan Sejarah

1

KAEDAH MENGGUNAKAN GOOGLE EARTH DALAM MENUNJUKKAN

LOKASI KAWASAN SEJARAH

Muhamad Nur Akramin Bin Sulaiman Pengajian Harta Tanah Bandar dan Regional Sejarah (SURE)

Fakulti Alam Bina Universiti Malaya

No. Telefon : 03-79677620

Email : [email protected]

Shakila Yacob Jabatan Sejarah

Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya

No. Telefon: 03-79675562 Email : [email protected]

1.0 PENDAHULUAN Google Earth merupakan sebuah program globe virtual yang di peringkat awal dikenali sebagai Earth Viewer. Keyhole merupakan individu yang telah mengembangkan teknologi Google Earth ini. Google Earth mampu memaparkan keseluruhan bentuk muka bumi dan bandar-bandar utama di dunia dengan dibantu oleh teknologi satelit, fotografi udara dan globe GIS 3D. Google Earth mempunyai 3 jenis perisian yang berbeza iaitu Google Earth (perisian dengan kemampuan terbatas), Google Earth Plus (mempunyai ruangan-ruangan tambahan dengan bayaran $20) dan Google Earth Pro (perisian yang digunakan untuk tujuan komersial dengan bayaran $400 setahun). 2.0 KAEDAH MENGGUNAKAN GOOGLE EARTH Bahagian ini akan menunjukkan bagaimana kaedah menggunakan Google Earth dalam menunjukkan lokasi dalam pengajian sejarah. Kaedah yang akan ditunjukkan mengikut turutan dan ini merupakan perkara penting yang perlu dipatuhi oleh setiap guru, pensyarah atau pihak yang berkepentingan. 2.1. DOWNLOAD PERISIAN GOOGLE EARTH Sekiranya anda belum memiliki aplikasi Google Earth di komputer (desktop) atau kumputer riba (laptop), perkara pertama yang perlu anda lakukan adalah dengan memuat turun aplikasi Google Earth di alamat berikut http://www.google.com/earth/index.html. Sebelum memuat turun perisian ini, anda perlulah mempunyai internet dan perisian ini boleh dimuat turun dengan percuma.

Page 2: Kaedah menggunakan Google Earth dalam menunjukkan lokasi kawasan Sejarah

2

Rajah 1: Muka hadapan laman web http://www.google.com Langkah 1: Rajah 1 di menunjukkan muka hadapan lawam web www.google.com. Seterusnya anda perlu klik butang Download Google Earth.

Langkah 2: Setelah anda klik butang download Google Earth, anda perlu meneliti pra syarat untuk memuat turun perisian ini terlebih dahulu.

Rajah 2: Syarat muat turun perisian Google Earth Langkah 3: Setelah bersetuju dengan pra syarat yang telah ditetapkan, anda teruskan dengan klik butang Agree and Download.

Page 3: Kaedah menggunakan Google Earth dalam menunjukkan lokasi kawasan Sejarah

3

Langkah 4: Setelah klik butang Agree and Download, anda tunggu beberapa saat sehingga keluar Opening GoogleEarthSetup.exe dan seterusnya klik butang Save File.

Langkah 5: Selepas itu anda pergi ke Favorites dan klik butang Download dan cari GoogleEarthSetup.

Page 4: Kaedah menggunakan Google Earth dalam menunjukkan lokasi kawasan Sejarah

4

Langkah 6: Selepas itu anda pergi ke GoogleEarthSetup dan klik butang kanan tetikus dan kemudian klik butang Open atau Run as administrator.

Langkah 7: Selepas itu tunggu hingga Open File – Security Warning dan klik butang Run.

Langkah 8: Kemudian, tunggu sehingga Google Earth Installer selesai operasi.

Page 5: Kaedah menggunakan Google Earth dalam menunjukkan lokasi kawasan Sejarah

5

Langkah 9: Seterusnya Google Earth akan terbit secara sendiri di muka hadapan computer atau computer riba anda.

Langkah 10: Menutup operasi perisian Google Earth boleh klik butang X.

Langkah 11: Membuka operasi perisian Google Earth dengan klik simbol Google Earth di halaman muka depan komputer atau komputer riba.

2.2 MENCARI LOKASI KAWASAN SEJARAH DALAM GOOGLE EARTH Langkah 1: Taip nama kawasan di dalam ruang kosong Search.

Page 6: Kaedah menggunakan Google Earth dalam menunjukkan lokasi kawasan Sejarah

6

Langkah 2: Sebagai contoh taip Melaka di dalam ruang kosong search dan seterusnya klik butang Search.

Kemudian, tunggu sehingga perisian Google Earth memaparkan kawasan tersebut seperti yang ditunjukkan pada Rajah 3.

Rajah 3: Melaka dalam peta dunia, Google Earth 2.3 MENANDAKAN KAWASAN SEJARAH YANG TELAH DITUNJUKKAN DALAM GOOGLE EARTH Langkah 1: Pilih simbol Add Placemark.

Page 7: Kaedah menggunakan Google Earth dalam menunjukkan lokasi kawasan Sejarah

7

Langkah 2: Memasukan nama kawasan tersebut dalam Google Earth – New Placemark.

Latitude dan Longitude yang tertera pada skrin adalah koordinat sebenar Google Earth sekiranya Placemark tersebut berada betul-betul di kawasan yang dicari rujuk Rajah 4.

Rajah 4: Placemark yang berada pada kedudukan sebenar kawasan yang dicari Langkah 3: Placemark ini juga boleh ditukar warna dan juga bentuk mengikut kepada kesesuaian kajian ataupun minat seseorang. Klik butang Placemark pada Google Earth – New Placemark, akan keluar Icon. Untuk menukar bentuk pilih pada bentuk-bentuk yang terdapat pada Icon. Untuk menukar warna klik butang Colour yang terdapat pada Icon dan pilih warna kesukaan di Select Colour seperti di Rajah 5.

Page 8: Kaedah menggunakan Google Earth dalam menunjukkan lokasi kawasan Sejarah

8

Rajah 5: Jenis warna yang boleh dipilih pada Icon dan Select Colour 2.4 MENGUKUR JARAK DARI SATU KAWASAN SEJARAH KE SATU KAWASAN SEJARAH YANG LAIN Jarak sebenar dapat diketahui dengan maklumat laluan yang tetap. Walau bagaimanapun, jarak di antara dua kawasan ini boleh diketahui tanpa memerlukan maklumat laluan yang tepat, namun begitu maklumat tersebut hanyalah maklumat jarak secara am bukannya secara khusus dan tepat. Langkah 1: Mencari dua lokasi sejarah yang dikehendaki seperti yang telah ditunjukkan pada perkara 2.2 dan 2.3. Langkah 2: Apabila telah menamakan dua kawasan sejarah tersebut dengan membuat Placemark pada Google Earth – New Placemark, anda perlu klik butang Show Ruler pada Google Earth

Langkah 3: Bawakan Ruler pada Placemark A (Bandar Melaka) dan klik, seterusnya bawa Ruler hingga ke Placemark B (Bandar Taiping) dan klik. Hasilnya anda akan dapat lihat di Rajah 6.

Page 9: Kaedah menggunakan Google Earth dalam menunjukkan lokasi kawasan Sejarah

9

Rajah 6: Jarak (km) Bandar Melaka ke Bandar Taiping Langkah 4: Maklumat jarak boleh dilihat pada Ruler dan format jarak juga boleh ditukar pada bahagian seperti yang ditunjukkan pada Rajah 7.

Rajah 7: Menukar format jarak

Page 10: Kaedah menggunakan Google Earth dalam menunjukkan lokasi kawasan Sejarah

10

3.0 KESIMPULAN Secara keseluruhannya, penggunaan Google Earth dalam pengajian sejarah banyak manfaatnya kepada para guru dan pelajar. Walau bagaimanapun aplikasi ini bergantung kepada topik sejarah yang dibincangkan. Terdapat topik sejarah yang sesuai menggunakan aplikasi Google Earth ini dalam pembelajaran sejarah dan ada juga topik yang tidak sesuai. Ini semua bergantung kepada kepakaran seseorang guru dalam disiplin ilmu sejarah dan kepentingannya dalam menggunakan aplikasi ini.

LAMPIRAN

Kedudukan Seri Medan dan Ponorogo Melalui “Search”

Page 11: Kaedah menggunakan Google Earth dalam menunjukkan lokasi kawasan Sejarah

11

Pengiraan Jarak Menegak Seri Medan ke Ponorogo Melalui “Ruler”

Page 12: Kaedah menggunakan Google Earth dalam menunjukkan lokasi kawasan Sejarah

12

“Search” Penempatan Orang Jawa di Daerah Klang dan “Letakan Lokasi”

Page 13: Kaedah menggunakan Google Earth dalam menunjukkan lokasi kawasan Sejarah

13

Penempatan Orang Jawa di Daerah Klang Tahun 1880 - 1940 (Memisahkan Sempadan) : Aplikasi Menggunakan MapInfo – Kemahiran dan Perisian Berbayar

Page 14: Kaedah menggunakan Google Earth dalam menunjukkan lokasi kawasan Sejarah

14

Penempatan Orang Jawa di Selangor Tahun 1880 - 1940 (Cantuman Sempadan) : Aplikasi Menggunakan MapInfo – Kemahiran dan Perisian Berbayar

Page 15: Kaedah menggunakan Google Earth dalam menunjukkan lokasi kawasan Sejarah

15

Graf Bar : Penghijrahan Orang Jawa Dari Indonesia ke Tanah Melayu Pada Tahun 1911 - 1957