6
Jom Buat Gelanggang! Filed Under Ko-Kurikulum , Sukan Tahunan · Tagged: 4 x 100m , 4 x 200m , Acara Larian , Badan Sihat , Gelanggang , Hari Sukan , Persiapan , Trek Assalamualaikum & salam sejahtera… Penat rasanya hari ini. Pukul 5.30 petang baru sampai ke rumah. Walaupun hari ini hari cuti saya perlu kesekolah untuk menyiapkan gelanggang untuk acara balapan bagi sukan tahunan sekolah. Minggu lepas perjumpaan rumah sukan telah bermula dan latihan rumah sukan telah juga bermula. Jadi untuk memastikan latihan rumah sukan dapat dijalankan dengan sempurna, gelanggang perlu disiapkan dengan secepat mungkin. Gelanggang ini sepatutnya disiapkan sabtu yang lalu tetapi atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan ia terpaksa disiapkan pada hari ini. Syukur hari ini cuti, jadi dapatlah gelanggang ini disiapkan sepenuhnya. Baiklah, hari ini saya ingin berkongsi bagaimana untuk menyiapkan sebuah gelanggang untuk acara balapan dengan anda semua. Bermula dari padang kosong hingga siap sebuah gelanggang bagi acara 400 m, 200 m, 4 x100 m dan 4 x 200m. Sebagai seorang naib setiausaha sukan tugas saya adalah untuk memastikan gelanggang siap sebelum latihan rumah sukan. Sebenarnya untuk menyiapkan sebuah gelanggang olahraga adalah tidak sesukar mana jika anda tahu caranya. kira jam sepuluh pagi tadi saya bersama 4 orang guru lelaki dan GPK ko-kurikulum memulakan tugas untuk menyiapkan gelanggang bagi acara olahraga sukan sekolah. Peralatan yang diperlukan ialah; 1. Bata blok - Sekurang-kurangnya 3 ketul atau anda boleh menggunakan peralatan yang lain yang mempunyai sudut tegak. 2. Tali secukup rasa - Tak kisahlah tali apa pun tapi biarlah sesuai seperti tali raffia atau tali plastik. 3. Pita pengukur - Kalu boleh lebih dari dua. Panjangnya mestilah lebih dari 100m. 4. Cat spray 4 tin. 5. Minyak hitam secukupnya. Kalau boleh minyak hitam bas. 6. Kereta tolak minyak hitam. (Tak tahu nama yang sesuai) 7. Pancang secukupnya. Biasanya kami gunakan batang penyapu. 8. Dan lain-lainnya yang dirasakan perlu Sebelum membina sesebuah gelanggang, anda perlu membina sebuah segi empat tepat dahulu.Mula-mula buat satu garisan dengan menggunakan tali raffia di salah satu

Jom buat gelanggang

Embed Size (px)

DESCRIPTION

amat baik

Citation preview

Page 1: Jom buat gelanggang

Jom Buat Gelanggang!

Filed Under Ko-Kurikulum, Sukan Tahunan · Tagged: 4 x 100m, 4 x 200m, Acara Larian, Badan Sihat,

Gelanggang, Hari Sukan, Persiapan, Trek 

Assalamualaikum & salam sejahtera…

Penat rasanya hari ini. Pukul 5.30 petang baru sampai ke rumah. Walaupun hari ini hari cuti saya perlu

kesekolah untuk menyiapkan gelanggang untuk acara balapan bagi sukan tahunan sekolah. Minggu lepas

perjumpaan rumah sukan telah bermula dan latihan rumah sukan telah juga bermula. Jadi untuk memastikan

latihan rumah sukan dapat dijalankan dengan sempurna, gelanggang perlu disiapkan dengan secepat mungkin.

Gelanggang ini sepatutnya disiapkan sabtu yang lalu tetapi atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan ia

terpaksa disiapkan pada hari ini. Syukur hari ini cuti, jadi dapatlah gelanggang ini disiapkan sepenuhnya.

Baiklah, hari ini saya ingin berkongsi bagaimana untuk menyiapkan sebuah gelanggang untuk acara balapan

dengan anda semua. Bermula dari padang kosong hingga siap sebuah gelanggang bagi acara 400 m, 200 m, 4

x100 m dan 4 x 200m.

Sebagai seorang naib setiausaha sukan tugas saya adalah untuk memastikan gelanggang siap sebelum latihan

rumah sukan. Sebenarnya untuk menyiapkan sebuah gelanggang olahraga adalah tidak sesukar mana jika anda

tahu caranya.

kira jam sepuluh pagi tadi saya bersama 4 orang guru lelaki dan GPK ko-kurikulum memulakan tugas untuk

menyiapkan gelanggang bagi acara olahraga sukan sekolah.

Peralatan yang diperlukan ialah;

1. Bata blok - Sekurang-kurangnya 3 ketul atau anda boleh menggunakan peralatan yang lain yang

mempunyai sudut tegak.

2. Tali secukup rasa - Tak kisahlah tali apa pun tapi biarlah sesuai seperti tali raffia atau tali plastik.

3. Pita pengukur - Kalu boleh lebih dari dua. Panjangnya mestilah lebih dari 100m.

4. Cat spray 4 tin.

5. Minyak hitam secukupnya. Kalau boleh minyak hitam bas.

6. Kereta tolak minyak hitam. (Tak tahu nama yang sesuai)

7. Pancang secukupnya. Biasanya kami gunakan batang penyapu.

8. Dan lain-lainnya yang dirasakan perlu

Sebelum membina sesebuah gelanggang, anda perlu membina sebuah segi empat tepat dahulu.Mula-mula buat

satu garisan dengan menggunakan tali raffia di salah satu sisi padang sekolah anda. Tarik semaksimum

mungkin jika anda ingin menggunakan gelanggang yang luas dan padang sekolah anda adalah sempit seperti

padang sekolah saya.

Tarik serenggangnya tali tersebut dan matikan ikatanya.

Sekarang tarik tali dari sisi tadi untuk membina lebar segi empat tepat tersebut. Cara untuk mendapatkan sudut

tepat adalah dengan menggunakan bata sebagai panduan. Letak bata pada tali sisi padang anda dan pastikan

Page 2: Jom buat gelanggang

sisi bata tersebut menyentuh tali sisi padang tersebut. Kemudian tarik tali untuk menanda lebar segiempat

pandang anda. Pastikan tali tersebut menyentuh lebar bata seperti gambar dibawah.

Tarik tali tersebut sehingga ukuran yang anda mahu dan matikan ikatanya. Matikan ini bermaksud, ikat pada

pancang.

Kemudian lakukan perkara yang sama pada lebar segiempat padang anda yang lagi satu.

Akhir sekali tarik tali dari hujung lebar segi empat padang anda ke satu lagi hujung lebar segi empat padang

anda dan matikan ikatan tersebut. Ukur panjang setiap sisi dan lebar segiempat padang anda. Adakah ukuran

bagi setiap sisi dan lebar sama? Jika ya maka segiempat anda adalah tepat Tahniah!

Langkah berikut adalah membina trek.

Anda perlu mebina trek lurus dahulu sebelum membina trek melengkung. Tetapi sebelum anda membina trek

lurus anda perlu mengetahui titik permulaan trek melengkung anda. Caranya ialah, anda perlu mengukur lebar

segiempat padang anda. Ambil titik tengahnya.

Kemudian ukur dari hujung setiap sisi segiempat padang anda dengan menggunakan jarak titik tengah lebar segi

empat padang anda tadi. Jarak dari hujung bagi setiap sisi segiempat padang anda adalah titik permulaan bagi

trek melengkung anda. Bagi jarak tersebutlah akan digunakan untuk membina trek lurus anda.

Sekarang sambung titik-titik trek melengkung anda dengan menggunakan tali raffia. Di sini bermulanya trek lurus

anda.

Sekarang ukur jarak bagi lebar setiap trek anda pada tali tersebut dan tandakan dengan menggunakan pancang.

Biasanya lebar bagi trek adalah 1 m. Dan biasanya bilangan trek adalah 8.

Hubungkan hujung-hujung trek lurus anda dengan menggunakan tali seperti gambar di bawah.

Page 3: Jom buat gelanggang

 

Tali perlu diikat pada pancang dan pancang perlu dipacak jauh sedikit dari hujung trek lurus untuk memudahkah

waktu mengelek minyak. Dan hasil sambungan tali adalah seperti gambar berikut.

Sekarang gelek tali tersebut dengan menggunakan kereta gelek minyak seperti gambar di bawah.

Page 4: Jom buat gelanggang

Pastikan tali anda berada ditengah-tengah roda. Lakukan di kedua-dua sisi trek anda.

Sekarang tiba masanya untuk membina trek melengkung pula. Untuk mendapat lengkungan yang catik anda

perlu membina dengan lebih berhati-hati. Memang agak sukar tetapi jika anda melakukan dengan bersungguh-

sungguh dan berhati-hati, insyaallah hasilnya akan membuat anda tersenyum.

Langkah yang kami gunakan ialah dengan memacak satu panjang ditengah garis lebar yang ditentukan diawal

tadi. kemudian satu tali panjang ditarik dari pusat tersebut. Tali tersebut dipastikan longgar agar ia mudah

berpusing mengikut pergerakan penanda. Tali tersebut juga dipastikan agar sentiasa tegang. Di sini kami

menggunakan cat spray untuk menanda sebelum digelek dengan minyak. Gambar di bawah mungkin membantu

pemahaman anda.

Cikgu Wafi (Setiausaha sukan) sedang menarik tali dan memastikan tali tersebut sentiasa tegang sementara

Cikgu Naswadi & Cikgu Hakimi menanda laluan dengan menggunakan cat spray. Laluan tersebut bakal digelek

oleh Cikgu Zaimi dengan kereta gelek minyaknya.

Page 5: Jom buat gelanggang

Pastikan tanda ditanda dengan jelas

Tanda-tanda yang dibuat sebelum digelek.

Page 6: Jom buat gelanggang

Ini pula gambar lengkungan yang telah siap digelek dengan kereta minyak. Lakukan perkara yang sama untuk

satu bahagian lagi.

Setelah 3 setengah jam bekerja, kami pun berjaya menyiapkan gelanggang tersebut. Kami mengambil sedikit

masa lagi untuk menyiapkan trek 100 meter. Panjang padang sekolah kami tidak muat untuk acara trek 100

meter jadi terpaksa membuat trek yang menyilang padang. Hari ini kami juga berjaya menyiapkan 2 gelanggan

untuk acara lontar peluru.

Baiklah sekian sahaja buat kali ini.

Wassalam

Cikgu Farizal