24

Sedar diri

Embed Size (px)

DESCRIPTION

 

Citation preview

Page 1: Sedar diri
Page 2: Sedar diri

Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), Engkau telah bersikap lemah-

lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah Engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan

itu. Kemudian apabila Engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada

Allah, Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya. (Ali-Imraan: 159)

Page 3: Sedar diri

Ayat ini diturunkan kepada Rasulullah saw dengan tujuan membentuk dan mencorak peribadi sahabat

serta pengikutnya yang terdiri daripada pelbagai karakter dan sikap. Dengan panduan ayat ini

diharapkan semua matlamat perjuangan dapat dicapai, membuahkan hasil membanggakan. Setelah ayat ini dihayati dan diterapkan oleh

Rasulullah, terbukti hanya dalam tempoh 23 tahun baginda berhasil membentuk sebuah masyarakat Arab jahiliah sebagai masyarakat yang makmur,

bertamadun dan mencapai kecemerlangan dalam segenap aspek kehidupan.

Page 4: Sedar diri

"Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk." (an-Nahl: 125)

Page 5: Sedar diri
Page 6: Sedar diri
Page 7: Sedar diri

Orang yang berjaya mempunyai ciri-ciri kesedaran yang lebih, mereka sentiasa mempamer dan mempraktikkan kesedaran diri yang positif. Mereka tahu dan kenal pasti siapakah diri mereka yang sebenarnya. Pada tahap dan taraf kehidupan manakah mereka berada ketika ini dan kemanakah haluan dan arah tujuan mereka.

Page 8: Sedar diri

”Bekerjalah untuk dunia kamu seperti kamu hidup selama-lamanya dan beramal ibadat dan membuat kebaikan seperti kamu akan mati esok hari”.

- Hadis

Page 9: Sedar diri

Orang yang bakal gagal adalah orang yang tidak sedar atau tidak mahu mengetahui keadaan disekelilingnya. Mereka juga tidak sensitif terhadap kehendak atau perasaan orang lain. Apa yang paling menyedihkan ialah mereka tidak sedar akan penglibatan diri sendiri terhadap kehidupan dan masa depan yang bersangkutan dengan makhluk lain.

Page 10: Sedar diri

KESEDARAN POSITIF

• Fikiran terbuka

Kesedaran diri yang positif bermaksud kita berfikiran terbuka. Apakah kita seorang yang berfikiran terbuka? Apakah kita memandang kehidupan ini melalui kaca mata ibu bapa kita? Apakah kerana mewarisinya sikap prejudis daripada keturunan kita atau sikap itu terbentuk dengan sendiri?

• Penuhi potensi diri

Kesedaran diri yang positif juga bermaksud menyedari setiap insan di dunia ini mempunyai hak yang sama untuk memenuhi potensi dirinya sendiri dan sentiasa optimis

Page 11: Sedar diri

KESEDARAN POSITIF

• Jujur terhadap diri sendiri

Kesedaran diri yang positif juga bererti jujur terhadap diri sendiri dan orang lain. Kita berjanji kepada diri sendiri untuk melakukan sesuatu, seperti bertaubat hendak berhenti melakukan kejahatan sentiasa berhasrat untuk melakukan kebaikan

• Terima hakikat

Kita juga berupaya memahami dan merasai perasaan orang lain yang disebut sebagai empati. Manakala simpati pula kita dapat merasai untuk orang lain.

Page 12: Sedar diri

KESEDARAN POSITIF

• Individu unik

Kita menerima hakikat setiap insan merupakan individu yang unik. Tidak ada seorang pun yang serupa walaupun mereka bersaudara kembar. Kita berbeza dari segi pemikiran, perasaan dan tindakan.Rambut sama hitam , hati lain-lain.

Maka wajarlah sekiranya kita selalu mendengar orang berkata, “kita susah nak ngam”, susah nak sesuai dengan orang. Apa yang perlu kita ingat bahawa kita perlu menyesuaikan diri, dengan pelbagai orang, keadaan dan situasi dan bukan sebaliknya.

Page 13: Sedar diri

Cuba kita soal diri kita sendiri dengan soalan-soalan begini:

1. Adakah kita suka mempunyai ibu bapa seperti diri kita ini jika kita ini jadi anak-anak?

2. Adakah kita suka mempunyai guru seperti kita ini jika kita adalah murid?

3. Adakah kita sendiri suka mempunyai isteri seperti diri kita ini sekiranya kita ini seorang suami?

4. Adakah kita suka dan bahagia mempunyai suami seperti diri kita ini sekiranya diri kita ini seorang isteri?

5. Adakah kita gembira dan senang hati mempunyai menantu seperti diri kita, jika kita ini menjadi mertua?

6. Adakah kita suka mendapat majikan seperti diri kita ini, jika kita sebagai pekerjannya?

Page 14: Sedar diri

Adakah kita suka mendapat pekerja

seperti diri kita ini, jika kita sebagai majikan?

Cuba kita bayangkan bagaimana keadaannya jika diri kita berada di tempat mereka dan rasailah situasinya. Mungkin kita tidak rela, malahan kita tidak sanggup.

Page 15: Sedar diri

Anak kunci kejayaan kepada kesedaran diri yang positif ialah

kita mesti belajar bagaimana cara bertenang dan terus bertahan dengan pelbagai

kesulitan dan masalah hidup seharian yang kita tempuhi.

Kita rela dan mangganggapnya sebagai lumrah.

Page 16: Sedar diri

Kita tidak perlu mengambil pil perangsang, ataupun mencari jalan keluar yang agresif bagi meredakan segala tekanan emosi serta melenyapkan perasaan hampa dan gagal. Tindakan ini tidak natural dan boleh memudaratkan kesihatan fizikal serta kesetabilan mental kita

Page 17: Sedar diri

Janganlah kita overreact terhadap sesuatu yang belum terjadi dan melayan api kemarahan yang menyala-nyala sehingga kita mengalami masalah seperti migraine, tekanan darah tinggi, sakit jantung dan sebagainya. Kita mesti sedar bahawa kita mempunyai segala keupayaan dan kelengkapan untuk bertindak dan mencabar potensi diri kita.

Page 18: Sedar diri

Kita jadikan saat yang menyukarkan ini sebagai

detik yang boleh membuka penglihatan kita terhadap

pelbagai peluang dan alternative yang ada disekeliling hidup ini.

Page 19: Sedar diri

Dengan sendirinya segala persekitaran kita kan turut berubah jika kita

mengubah sikap dan pemikiran kita. Kita perlu buangkan segala pengaruh negative yang sukar diubah. Kita perlu menyesuaikan diri ke arah kehidupan

yang lebih baik dan sempurna.

“Anda boleh menjadi seperti apa yang anda fikirkan. Jika membuat keputusan,

positifkan pemikiran, perasaan dan tindakan”.

Page 20: Sedar diri

"Kesedaran diri yang positif ialah menyedari bahawa orang yang tidak

membaca itu sama seperti orang yang tidak tahu membaca (buta huruf).

Orang yang tidak berkemahuan untuk terus belajar dan tidak ingin

memperbaiki dan membangunkan dirinya samalah seperti insan kerdil

yang sememangnya tidak boleh membesar lagi."

Page 21: Sedar diri
Page 22: Sedar diri
Page 23: Sedar diri
Page 24: Sedar diri