45
Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam (CITU) UiTM Shah Alam Budaya PERDANA 1 Budaya PERDANA UiTM Penerapan Budaya Kerja Kelas Pertama

Budaya Perdana Siri 01

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Tazkirah disampaikan oleh Ustaz Hj. Januri Salimin dari CITU pada Program Tazkirah @PTAR pada 28 Jan 2011http://tazkirahptar.blogspot.com/2011/01/tazkirah-januari.html

Citation preview

Page 1: Budaya Perdana Siri 01

Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam (CITU) UiTM Shah Alam

Budaya PERDANA 1

Budaya PERDANA UiTMPenerapan Budaya Kerja Kelas Pertama

Page 2: Budaya Perdana Siri 01

Latar BelakangBudaya kerja kelas pertama diperkenalkan oleh

Jabatan Perkhidmatan Awam adalah kesinambungan daripada Gerakan Budaya Kerja Cemerlang (1989) sebagai salah satu usaha dalam merealisasi matlamat Rancangan Malaysia ke-9 untuk melahirkan penjawat awam yang mempunyai ‘minda kelas pertama’.

Bagi menjayakan konsep Budaya Kerja Kelas Pertama, perlu ada pemahaman, penghayatan dan komitmen semua pihak dalam organisasi yang merangkumi pihak pengurusan atasan hinggalah ke pegawai bawahan. Budaya Kerja Kelas Pertama akan dicerminkan oleh kualiti dan kecemerlangan perkhidmatan yang diberikan.

Budaya Kerja Kelas Pertama, JPA Malaysia, 2007

Page 3: Budaya Perdana Siri 01

Latar Belakang

Oleh itu, pembangunan modal insan harus dijana agar setiap individu di dalam sesebuah organisasi mempunyai minda kelas pertama dan seterusnya menghasilkan kerja kelas pertama.

Budaya Kerja Kelas Pertama, JPA Malaysia, 2007

Page 4: Budaya Perdana Siri 01

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN MINDA KELAS PERTAMA

Merujuk kepada elemen-elemen positif yang merangkumi sikap terhadap diri sendiri, tugas yang diamanahkan, masyarakat sekitar dan lain-lain yang berkaitan.

Page 5: Budaya Perdana Siri 01

SYARAT MEWUJUDKAN MINDA KELAS PERTAMA

Kembali kepada al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW yang mempunyai segala formula terbaik ummah minda pertama

Memulai setiap perbuatan dengan niat yang betul dan ikhlas

Page 6: Budaya Perdana Siri 01

CHECK LIST MINDA KELAS PERTAMA

Page 7: Budaya Perdana Siri 01

1

Sejauh manakah kita ikhlas menjalankan tugas?

Page 8: Budaya Perdana Siri 01

2

Sejauh mana kita amanah dengan masa?

Page 9: Budaya Perdana Siri 01

3

Sejauh manakah disiplin diri kita?

Page 10: Budaya Perdana Siri 01

4

Sejauh manakah kita bertanggungjawab terhadap

apa yang kita kerjakan?

Page 11: Budaya Perdana Siri 01

5

Sejauh manakah kita sedar bahawa tugas yang dipikul

adalah ibadah?

Page 12: Budaya Perdana Siri 01

6

Sejauh manakah kita bersyukur dengan anugerah dan

nikmat yang dikurniakan ALLAH?

Page 13: Budaya Perdana Siri 01

7

Sejauh manakah kita membantu saudara seagama

atau sekurang-kurangnya mendoakan kesejahteraan mereka?

Page 14: Budaya Perdana Siri 01

8

Adakah kita mengamalkan pilih kasih, rasuah, dengki,

tikam belakang atau segala perbuatan negatif lain?

Page 15: Budaya Perdana Siri 01

9Adakah kita sedar bahawa

kedudukan kita di muka bumi sebagai khalifah yang hanya

dipinjamkan nikmat itu sebentar cuma, dan bakal

ditarik balik bila-bila masa sahaja?

Page 16: Budaya Perdana Siri 01

Marilah sama-sama kita mencari jawapannya

Page 17: Budaya Perdana Siri 01

Latar belakangUiTM ditubuhkan sebagai sebuah institusi

pengajian tinggi khusus untuk memperkasa modal insan bumiputera di Malaysia.

Teras kedua Misi Nasional Fasa Kedua Wawasan 2020 iaitu “meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk minda kelas pertama” adalah selaras dengan objektif UiTM.

Justeru itu Budaya PERDANA UiTM diperkenalkan bagi menyempurnakan amanah tugas tersebut.

Page 18: Budaya Perdana Siri 01

Latar belakang“P.E.R.D.A.N.A.” adalah tujuh prinsip yang mendasari konsep Budaya Kerja Kelas Pertama, iaitu; (P) Pantas & Positif, (E) Empati, (R) Relevan, (D) Daya Saing, (A) Amanah, Adil & Integriti, (N) Nilai Tambah & Kelainan, (A) Arif & Berilmu.

Tujuh (7) prinsip PERDANA perlu dihayati dan diamalkan untuk mencapai kualiti perkhidmatan yang terbaik dan terunggul.

Budaya Kerja Kelas Pertama, JPA Malaysia, 2007

Page 19: Budaya Perdana Siri 01

Budaya PERDANA UiTM telah dilancarkan pada 09 Dis 2009.  Penyataan semula serta program pencernaan Budaya PERDANA UiTM telah disempurnakan oleh pihak pengurusan pada 09 April 2010.

Latar belakang

Page 20: Budaya Perdana Siri 01

Objektif Budaya PERDANA UiTM

Melahirkan warga UiTM yang mampu melestari dan memacu kegemilangan UiTM sebagai universiti bertaraf dunia menjelang 2020.

Page 21: Budaya Perdana Siri 01

7 Prinsip PERDANA

P Pantas dan Positif

E Empati

R Relevan

D Daya Saing

A Amanah, Adil & Integriti

N Nilai Tambah & Kelainan

A Arif & Berilmu

Page 22: Budaya Perdana Siri 01

Huraian Prinsip PERDANA

PRINSIP 1 Pantas & positif

Mempunyai hasrat untuk melakukan sesuatu dengan cepat, responsif dan sentiasa memikirkan langkah-langkah memaju dan mempertingkatkan kualiti diri sendiri, perkhidmatan dan organisasi.

Page 23: Budaya Perdana Siri 01

Pantas membuat kebaikan

114. mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat, dan menyuruh berbuat segala perkara sang baik, dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), dan mereka pula segera segera pada mengerjakan berbagai-bagai kebajikan. mereka (yang demikian sifatnya), adalah dari orang-orang yang soleh. (Surah Ali ‘Imran)

Page 24: Budaya Perdana Siri 01

Pantas membuat kebaikan

148. dan bagi tiap-tiap umat ada arah (kiblat) Yang masing-masing menujunya; oleh itu berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan; kerana di mana sahaja kamu berada maka Allah tetap akan membawa kamu semua (berhimpun pada hari kiamat untuk menerima balasan); Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (Surah al-Baqarah)

Page 25: Budaya Perdana Siri 01

POSITIF & OPTIMIS

Keupayaan untuk melihat benda-benda yang positif dalam hidup dan mengekalkan tingkahlaku yang positif. Walaupun dalam menghadapi kesusahan, optimisme adalah satu cara untuk menghadapi kehidupan dengan positif. Sebaliknya, pesimisme adalah salah satu tanda tekanan.

Page 26: Budaya Perdana Siri 01

POSITIF DALAM PEKERJAAN

Bermaksud bersikap optimis atau menaruh harapan yang cerah mengenai nasib masa depan, atau pekerjaan yang sedang dilakukan bakal mendapat kejayaan, dengan syarat ada usaha dan ikhtiar ke arah pencapaian matlamat tersebut.

Positif dalam hal demikian akan memupuk kekuatan jiwa dan semangat untuk kita bekerja lebih tekun dan bersungguh-sungguh, kerana kita yakin akhirnya akan memperolehi kejayaan.

Page 27: Budaya Perdana Siri 01

POSITIF & OPTIMIS

2. ….dan sesiapa Yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari Segala perkara Yang menyusahkannya), 3. serta memberinya rezeki dari jalan Yang tidak terlintas di hatinya. dan (ingatlah) , sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan Segala perkara Yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. (Surah at-Talaq)

Page 28: Budaya Perdana Siri 01

POSITIF DALAM PERGAULANMempunyai prasangka yang baik terhadap individu yang lain. Firman Allah SWT bermaksud:“Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah daripada banyak menyangka yang buruk, kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa.” (Surah al-Hujurat: 12)

Sabda Nabi SAW bermaksud:“Kaum lelaki yang paling dibenci Allah ialah orang yang paling menaruh dendam kesumat.” (R. Bukhari & Muslim)

Sabda Nabi SAW bermaksud:“Janganlah berburuk sangka, kerana berburuk sangka itu adalah sedusta-dusta percakapan.” (R.Bukhari & Muslim)

Page 29: Budaya Perdana Siri 01

Huraian Prinsip PERDANA

PRINSIP 2 Empati

Mempunyai kebolehan memahami bagaimana orang lain melihat dan merasa terhadap sesuatu perkara. Perkhidmatan yang terbaik dapat diberikan sekiranya kita berupaya menghayati kehendak orang lain sebagaimana kita hendak orang lain melakukannya terhadap diri kita.

Page 30: Budaya Perdana Siri 01

EMPATHYEMPATHY  

Dari Anas bin Malik, sabda Rasulullah SAW:

”Tidak sempurna iman seseorang kamu sehinggalah ia mengasihi saudaranya seperti ia mengasihi dirinya sendiri...”

(Riwayat Bukhari &Muslim )

Page 31: Budaya Perdana Siri 01

EMPATHYEMPATHY  

”Umpama orang yang beriman dalam kasih sayang sesama mereka, tolong menolong sesama mereka, belas kasihan sesama mereka, umpama tubuh yang jika salah satu anggotanya mengaduh sakit, akan turut seluruh tubuh dengan berjaga malam dan menanggung kesakitan..”

(Riwayat Muslim & Ahmad)

Page 32: Budaya Perdana Siri 01

EMPATHYEMPATHY  

”Seekor unta melihat Rasulullah SAW lalu mengerang dan menitiskan airmata. Baginda mendekati dan mengusapnya dan berkata kepada tuannya: “Apakah kamu tidak takut kepada Allah tentang binatang yang engkau miliki ini? Unta ini mengadu kepadaku yang engkau membiarkannya lapar dan bekerja keras....”

(Riwayat Abu Daud)

Page 33: Budaya Perdana Siri 01

EMPATHYEMPATHY  

Dari Ibn Umar, Nabi SAW bersabda:

”Orang Islam adalah saudara orang Islam yang lain, tidak boleh menzaliminya dan menganiayanya, sesiapa yang menolong hajat saudaranya, nescaya Allah menolong hajatnya dan sesiapa yang melepaskan kesusahan seseorang, Allah akan melepaskan kesusahannya dan sesiapa yang menutup aib orang Islam nescaya Allah Allah akan menutup aibnya pada hari kiamat..”

(Riwayat Muslim & Ahmad)

Page 34: Budaya Perdana Siri 01

BAGAIMANA MANUSIA HENDAK DILAYAN

DISAYANGI DISAYANGI BUKANBUKAN DIPERGUNAKAN DIPERGUNAKANDIFAHAMIDIFAHAMI BUKAN BUKAN DIHUKUM DIHUKUMDITERIMA DITERIMA BUKANBUKAN DISISIH DISISIHDIHORMATI DIHORMATI BUKANBUKAN DIPERKECIL DIPERKECILDITOLONG DITOLONG BUKANBUKAN DIROSAKKAN DIROSAKKANMERASA SELESA MERASA SELESA BUKAN BUKAN DIKUTUK DIKUTUKBERKEMBANG BERKEMBANG BUKANBUKAN RENCATRENCAT

Page 35: Budaya Perdana Siri 01

Huraian Prinsip PERDANA

PRINSIP 3 Relevan

Memastikan supaya tindakan dan perkhidmatan yang diberikan sentiasa diperbaharui. Penambahbaikan perlu berterusan supaya sesuai dengan kehendak semasa.

Page 36: Budaya Perdana Siri 01

Islam adalah agama yang bersifat universal (syumul), sesuai diamalkan pada setiap zaman, masa dan tempat

Masalah yang sedang kita hadapi sekarang bukanlah kerana kejahilan dan kebodohan kita mengenai Islam, tetapi ditimbulkan oleh kejahilan kita tentang zaman semasa.

Page 37: Budaya Perdana Siri 01

PINTU IJTIHADPINTU IJTIHAD

“Sebagai parti yang bertanggungjawab melindungi kesucian Islam dan memastikan umat Islam tanpa tergelincir akidah serta dapat menghadapi cabaran dan realiti semasa, pintu ijtihad perlu terbuka supaya tafsiran yang diwarisi dapat dikaitkan dengan bentuk dan corak pembangunan mengikut masa – mengikut tempat.”

YAB Dato’ Seri Abdullah Ahmad BadawiMantan Perdana Menteri Malaysia

23 September 2004

Page 38: Budaya Perdana Siri 01

KENAPA PERLU PINTU IJTIHAD?KENAPA PERLU PINTU IJTIHAD?

Ketaksuban dan terbelenggunya gerakan pemikiran dan ijtihad di kalangan segelintir ulamak dan umat Islam.

Kegagalan menghayati dan mentadabbur terhadap method al-Quran berkaitan membina tamadun.

Kecetekan dan kedangkalan umat Islam tentang merasai “basirah” al-Quran untuk memahami hakikat alam, manusia dan kehidupan bagi memakmurkan bumi ini.

Page 39: Budaya Perdana Siri 01

Kreatif / Inovatif

Umat Islam perlu mempunyai sifat kreatif dan inovatif bagi menyesuaikan diri dengan perubahan yang sentiasa berlaku sesuai dengan zaman dan tempat.

Kreatif (berdaya cipta)Realisasi objek baruKegunaan baruCara baru

Inovatif (membawa pembaharuan)

Page 40: Budaya Perdana Siri 01

InovasiInovasi adalah gagasan baru untuk menembusi kebuntuan dan kebekuan. Ketika cara biasa tidak berhasil sesuai dengan harapan, diperlukan idea baru. Caranya boleh mengubah langkah, mencari jalan baru, melibatkan lebih banyak unsur atau mencari pendekatan yang belum biasa dipraktikkan orang.

Daripada Salman al-Farisi r.a. berkata kepada Rasulullah SAW:“Adalah kami di Farsi dulu apabila dikepung, kami membina parit-parit di sekeliling kami.”

Page 41: Budaya Perdana Siri 01

Cara mencetus inovasiCara mencetus inovasi

Penghayatan agama yang mantap, konsisten, bijaksana, harmonis, sederhana dan toleran; tidak fanatik, ektremis atau kasar dalam hubungan

Penguasaan ilmu yang berguna, amalan membaca, wacana ilmiah, ilmu naqli dan aqli digabungkan supaya wujud keharmonian antara sains, teknologi dan agama

Hormat dan patuh kepada Perlembagaan, undang-undang, adat resam, sopan santun, bahasa yang beradab

Budaya kerja yang menekankan nilai kerajinan, ketekunan dan penjagaan waktu

Kegiatan kesusasteraan yang mendokong nilai-nilai murni, positif, membangun minda dan memajukan pemikiran rakyat

Page 42: Budaya Perdana Siri 01

SAMB…SAMB…Kesenian yang mengekalkan keaslian yang

murni sambil mencari manifestasi baru dan kreatif tanpa mengorbankan nilai dan bentuk asli yang indah dan bermakna

Budaya pakaian yang menghormati batas-batas agama dan kesusilaan tradisional;

Budaya hiburan yang sederhana lagi mendidik minda

Tradisi keluarga yang memupuk nilai-nilai murni

Adab dan akhlak generasi muda yang mempunyai sikap mengenang budi, bersyukur kepada Tuhan dan manusia

Page 43: Budaya Perdana Siri 01

Hari ini lebih baik dari hari semalam“Orang yang hari ini sama dengan hari semalam adalah orang yang rugi kerana tidak ada kemajuan dan ia ditinggalkan oleh perubahan. Orang yang hari ini lebih buruk daripada hari semalam dianggap orang yang celaka kerana ia akan tertinggal jauh dan sukar mengejar apa yang ditinggalkannya.”

“Satu-satunya pilihan bagi orang yang beruntung ialah menjadikan hari ini mesti lebih baik daripada hari semalam. Ini bermakna mesti ada pertambahan sesuatu yang bermanfaat. Inilah perubahan sikap yang diharapkan selalu berlaku pada seorang muslim sehingga tidak akan sekali-kali tertinggal, dia selalu bersiap sedia terhadap sebarang perubahan dan selalu bersedia mengambil dan menentukan sikap yang jelas terhadap apa jua perubahan.”

Page 44: Budaya Perdana Siri 01

renungan bersamaHyperlink…..

MINDA POSITIF.pps

Baik Sangka....pps

Question_&_Answer.pps

Cracked Pot.pps

Page 45: Budaya Perdana Siri 01

Rujukan Budaya Kerja Kelas Pertama, 2007. Jabatan Perkhidmatan Awam

Malaysia Budaya Perdana UiTM-Amalannya, Sekretariat Budaya PERDANA

UiTM, 2010 Pencernaan Budaya Perdana UiTM, Sekretariat Budaya PERDANA

UiTM, 2010 Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, Himpunan Hadis Modal Insan, Jil.1,

2007.Telaga Biru Sdn Bhd, KL. Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, Himpunan Hadis Modal Insan, Jil.2,

2007.Telaga Biru Sdn Bhd, KL. Garis Panduan Bagi Mengadakan Ceramah Penerapan Nilai-nilai

Islam Dalam Perkhidmatan Awam, 2001. Jabatan Perdana Menteri Malaysia.

Majalah al-Nur, Julai 2006