2
TEKS UCAPAN PENGERUSI MAJLIS PERASMIAN PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM 2014 SK DARAT BATU RAKIT Bismillahirrahmanirrahim, Qalallahu rabbisyrahli……. Indah berbalam si awan petang petang, Berarak di celah pepohon ara, Pemanis kalam selamat datang, Awal bismillah pembuka bicara Yang berbahagia tuan guru besar Cikgu Aslai Bin Abdul Rahman, GPK 1 YM Ku Abdul Rahman Bin Ku Nopiah ,GPK HEM Puan Hasmah Binti Othman ,GPK KOKURIKULUM Tuan Haji Mat Saad Bin Abdullah , guru – guru dan murid – murid yang dirahmati Allah sekalian. Memulakan aturcara perhemahan kita pada petang ini dipersilakan semua peserta unit beruniform masuk berarak ke tengah padang.Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan . Guru- guru dan murid – murid yang dikasihi sekalian , menadah tangan tanda kerendahan lafaz bismillah perkukuh tautan doa dipohon penuh pengharapan agar majlis mendapat keberkatan untuk itu dengan saya mempersilakan al fadhil Ustaz Idris untuk memimpin bacaan doa (doa) Amin(2x) ya rabbal alamin Majlis merakamkan jutaan terima kasih atas bacaan doa itu sebentar tadi. Guru – guru dan murid – murid yang dihormati sekalian ,bagi meneruskan lagi acara perasmian perkhemahan unit beruniform kita pada petang ini dipersilakan semua ketua unit beruniform

Teks ucapan pengerusi majlis perasmian perkhemahan unit beruniform 2014 sk darat batu rakit

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Teks ucapan pengerusi majlis perasmian perkhemahan unit beruniform 2014 sk darat batu rakit

TEKS UCAPAN PENGERUSI MAJLIS PERASMIAN PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM 2014 SK

DARAT BATU RAKIT

Bismillahirrahmanirrahim,

Qalallahu rabbisyrahli…….

Indah berbalam si awan petang petang,

Berarak di celah pepohon ara,

Pemanis kalam selamat datang,

Awal bismillah pembuka bicara

Yang berbahagia tuan guru besar Cikgu Aslai Bin Abdul Rahman, GPK 1 YM Ku Abdul Rahman

Bin Ku Nopiah ,GPK HEM Puan Hasmah Binti Othman ,GPK KOKURIKULUM Tuan Haji Mat Saad

Bin Abdullah , guru – guru dan murid – murid yang dirahmati Allah sekalian.

Memulakan aturcara perhemahan kita pada petang ini dipersilakan semua peserta unit

beruniform masuk berarak ke tengah padang.Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan .

Guru- guru dan murid – murid yang dikasihi sekalian ,

menadah tangan tanda kerendahan

lafaz bismillah perkukuh tautan

doa dipohon penuh pengharapan

agar majlis mendapat keberkatan

untuk itu dengan saya mempersilakan al fadhil Ustaz Idris untuk memimpin bacaan doa

(doa)

Amin(2x) ya rabbal alamin

Majlis merakamkan jutaan terima kasih atas bacaan doa itu sebentar tadi.

Guru – guru dan murid – murid yang dihormati sekalian ,bagi meneruskan lagi acara perasmian

perkhemahan unit beruniform kita pada petang ini dipersilakan semua ketua unit beruniform

Page 2: Teks ucapan pengerusi majlis perasmian perkhemahan unit beruniform 2014 sk darat batu rakit

masing – masing tampil ke hadapan bagi menaikkan bendera unit – unit beruniform yang akan

berkhemah sebentar lagi .

Seterusnya, semua para hadirin guru –gru dan murid – murid sekalian diminta berdiri kerana

kita akan menyanyikan lagu negaraku , Selamat Sultan dan lagu rasmi sekolah. Semua diminta

berdiri.

(Nyanyian 3 buah lagu tersebut)

Guru – guru dan murid – murid yang dikasihi sekalian ,berarak sudah,berdoa sudah dan

menaikkan bendera unit beruniform yang akan berkhemah pun sudah ,sekarang tibalah

masanya kita mendengar ucap utama dan seterusnya perasmian perkhemahan unit beruniform

SK DARAT BATU RAKIT 2014 yang akan disampaikan oleh Yang Berbahagia Tuan Guru Besar

Tuan Haji Aslai Bin Abdul Rahman.Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Sidang hadirin sekalian ,menyambung agenda kita pada petang ini, dipersilakan semua ahli unit

beruniform melafazkan ikrar yang akan diketuai oleh adik………………….

Guru – guru dan murid – murid yang dirahmati Allah sekalian

Dengan bacaan ikrar itu tadi,maka berakhirlah majlis perasmian perkhemahan unit beruniform

SK DARAT BATU RAKIT 2014 .

Kalau ada jarum yang patah

jangan disimpan di dalam peti

kalau ada silap dan salah ( sepanjang saya mengacarakan majlis ini )

jangan disimpan didalam hati

sekian wabillah hitaufik wal hidayah wassalamulaikum warahmatullah hiwabarakatuh

dan selamat berukhuwah serta selamat berkhemah.

(seusai itu ,semua guru dijemput untuk menghadiri jamuan ringan di kantin sekolah

,dipersilakan)