3
Bismillahirrahmanirrahim... Assalamu'alaikum w.b.t. مرسلينء والنبيام على اشرف اوة السصل لمين وال لعا رب ا الحمدى أله وصحبه أجمعين. وعل امريسر لي وي صدري رب اشرح ليح قولي. يفقسلني عقدة من لل وحلYang Berusaha Puan Saniah bt Samsudin, Pengetua SMKDD. Yang berbahagia, Al-Fadhil Ustaz Azli Khalid bin Abu Khir, selaku tuan penceramah kita pada hari ini. Yang dihormati, Puan Fauziah bt Mamat selaku Guru Penolong Kanan 1, Puan Soyah bt Sanusi, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. Yang berusaha, barisan Guru Kanan Mata Pelajaran, guru-guru warga pendidik SMKDD, serta staff sokongan dan para pelajar yang dihormati lagi dikasihi sekalian. Biji selasih boleh dimakan Menjadi perisa sedap terperi Selamat datang kami ucapkan Semoga majlis tambah berseri Kuntum melati tumbuh melata Burung merbah di pohon cemara Assalamualaikum pembuka bicara Selamat datang untuk semua Kita mulakan program Sambutan Maulidur Rasul 1436Hijrah dengan bacaan ummul kitab, al-Fatihah. ................. Firman Allah SWT dalam surah al-Anbiya, ayat 107 : “Tiadalah Kami mengutus engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi Rahmat bagi sekalian alam.” Alhamdulillah segala puji bagi Allah Tuhan Sekalian Alam atas limpahan nikmat & kurniaan rahmatNya kita dihimpunkan pada pagi Jumaat yang mulia ini di Tapak Perhimpunan, tidak lain dan tidak bukan sebagai manifestasi kecintaan kepada Rasulullah S.A.W. Semoga usaha kita ini, khususnya jawatankuasa penganjur program mendapat kebaikan dan keberkatan daripada Allah SWT. ........ CERAMAH Tak molek jika ada alu tiada lesungnya Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya Tak berkat ilmu tanpa amalnya Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara.

Teks emcee maulid rasul SMKDD

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Teks emcee maulid rasul SMKDD

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum w.b.t.

الحمد هلل رب العالمين والصلوة السالم على اشرف األنبياء والمرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين. رب اشرح لي صدري ويسر لي امري

وحلل عقدة من لسلني يفقح قولي.

Yang Berusaha Puan Saniah bt Samsudin, Pengetua SMKDD.

Yang berbahagia, Al-Fadhil Ustaz Azli Khalid bin Abu Khir, selaku tuan penceramah kita pada hari

ini.

Yang dihormati, Puan Fauziah bt Mamat selaku Guru Penolong Kanan 1, Puan Soyah bt Sanusi,

Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.

Yang berusaha, barisan Guru Kanan Mata Pelajaran, guru-guru warga pendidik SMKDD, serta staff

sokongan dan para pelajar yang dihormati lagi dikasihi sekalian.

Biji selasih boleh dimakan

Menjadi perisa sedap terperi

Selamat datang kami ucapkan

Semoga majlis tambah berseri

Kuntum melati tumbuh melata

Burung merbah di pohon cemara

Assalamualaikum pembuka bicara

Selamat datang untuk semua

Kita mulakan program Sambutan Maulidur Rasul 1436Hijrah dengan bacaan ummul kitab, al-Fatihah.

.................

Firman Allah SWT dalam surah al-Anbiya, ayat 107 : “Tiadalah Kami mengutus engkau (wahai

Muhammad) melainkan untuk menjadi Rahmat bagi sekalian alam.” Alhamdulillah segala puji

bagi Allah Tuhan Sekalian Alam atas limpahan nikmat & kurniaan rahmatNya kita dihimpunkan pada

pagi Jumaat yang mulia ini di Tapak Perhimpunan, tidak lain dan tidak bukan sebagai manifestasi

kecintaan kepada Rasulullah S.A.W. Semoga usaha kita ini, khususnya jawatankuasa penganjur

program mendapat kebaikan dan keberkatan daripada Allah SWT.

........ CERAMAH

Tak molek jika ada alu tiada lesungnya

Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya

Tak berkat ilmu tanpa amalnya

Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara.

Page 2: Teks emcee maulid rasul SMKDD

Berkat rimbunnya si pokok jati,

Tempat burung selalu bertemu,

Sekali hidup biarlah bererti,

Isikan akal dengan ilmu

Masa yang ditunggu telah tiba. Hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian, pagi ini akan

diteruskan dengan ceramah maulidur rasul yang akan disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Azli Khalid

bin Abu Khir. Majlis dengan ta'zimnya mempersilakan.

............... GEMA SELAWAT 2

Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Azli Khalid atas ceramah yang telah disampaikan sebentar tadi.

Semoga segala ilmu yang disampaikan dapat menjadi pedoman untuk diamalkan bersama.. Ingatlah

bahawa kita tidak dapat mencinta Rasul dalam erti kata yang sebenar melainkan dengan ilmu.

Selesailah sudah slot santapan rohani, kini tibalah ke acara Gema Selawat. Semua warga SMKDD

akan berarak sambil berselawat dari Tapak Perhimpunan - Parkir Guru - Kantin - Bengkel - Koperasi

dan kembali ke Tapak Perhimpunan. Untuk makluman, para pelajar akan berarak mengikut kelas

pendidikan Islam. Perarakan akan dikawal oleh barisan Guru Disiplin, mohon semua pelajar beri

kerjasama demi memastikan kelancaran program.

.......... PERSEMBAHAN PELAJAR

Seterusnya, majlis dengan segala hormatnya menjemput kumpulan nasyid Shoutul Najihin yang

terdiri daripada gabungan pelajar lelaki menengah rendah SMKDD bagi menyampaikan persembahan

khas sempena program Sambutan Maulidur Rasul 1436H. Dengan segala hormat dipersilakan:

................KUIZ

Tahniah atas persembahan yang amat menarik tadi. Kini tibalah masa untuk sesi kuiz. Untuk itu,

majlis dengan sukacitanya menjemput Ustaz Muhammad Imran bagi mengelolakan perjalanan

program.

...............PENYAMPAIAN HADIAH/ PENUTUP

Terima kasih kepada ustaz Imran. Kini tibalah masa untuk sesi penyampaian hadiah yang dinantikan

semua pelajar. Bagi menyempurnakan acara penyampaian hadiah, majlis dengan segala hormatnya

menjemput Yang Berusaha Pengetua SMKDD, Puan Saniah bt Samsudin dengan diiringi GPK 1,

Puan Fauziah bt Mamat.

Dipersilakan,

Untuk kategori Perbarisan Terbaik, pemenangnya adalah : _______________________

Seterusnya, pemenang bagi kategori Sepanduk Terbaik adalah : _____________________

Dan pemenang bagi kategori Selawat Terbaik, dengan segala sukacitanya dijemput ____________

tampil ke hadapan bagi mengambil hadiah.

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Puan Saniah dan Puan Fauziah di atas kesudian

menyampaikan cenderahati sebentar tadi.

Page 3: Teks emcee maulid rasul SMKDD

..............PENUTUP

Bunga dedap di atas para,

Anak dusun pasang pelita;

Kalau tersilap tutur bicara,

Jemari disusun maaf dipinta.

Di atas dahan burung tempua,

Melihat rusa tepi perigi;

Salam perpisahan untuk semua,

Di lain masa bersua lagi.

Sekian sahaja untuk kali ini. Mohon maaf dari saya sekiranya ada terkasar bahasa, terlanjur bicara

sepanjang mengendalikan majlis sebentar tadi. Sesungguhnya, yang terbaik itu datangnya daripada

Allah s.w.t. yang kekurangan itu adalah kelemahan saya. Sekali lagi majlis merakamkan jutaan terima

kasih kepada al-Fadhil Ustaz Azli atas kesudian beliau memenuhi jemputan pihak sekolah, tidak

dilupakan jasa barisan guru yang bertungkus lumus menjayakan program penuh bersejarah ini.

Aqulu qouli haza...wa astaghfirullah azim li walakum

ASSALAMU'ALAIKUM W.B.T