44
Institut Latihan Teknikal Usahawan ( PBTC) KERTAS CADANGAN PROGRAM PEMBANGUNAN USAHAWAN KURSUS PENYENGGARAAN DAN MEMBAIK PULIH TELEFON BIMBIT DILAKSANAKAN OLEH INSTITUT LATIHAN TEKNIKAL USAHAWAN (PASSION BEAUTY TRAINING CONSULTANCY IP0235515-X)

Kertas cadangan kursus mobile repairing course

Embed Size (px)

Citation preview

Institut Latihan Teknikal Usahawan ( PBTC)

KERTAS CADANGANPROGRAM PEMBANGUNAN USAHAWAN

KURSUS PENYENGGARAAN DANMEMBAIK PULIH TELEFON BIMBIT

DILAKSANAKAN OLEHINSTITUT LATIHAN TEKNIKAL USAHAWAN

(PASSION BEAUTY TRAINING CONSULTANCY IP0235515-X)

2

Institut Latihan Teknikal Usahawan ( PBTC)

RINGKASAN EKSEKUTIF

1.0 PENDAHULUAN

2.0 LATARBELAKANG PENGENDALI

2.1 RINGKASAN PROFIL SYARIKAT2.2 AKTIVIT SYARIKAT2.3 IMPIAN SYARIKAT2.4 MISI2.5 VISI2.6 MAKLUMAT PENGENDALI2.7 BIODATA TENAGA PENGAJAR

3.0 RINGKASAN PROJEK

3.1 PENGENALAN PROGRAM KURSUS3.2 JUSTIFIKASI PROJEK3.3 OBJEKTIF3.4 SASARAN OUTCOME3.5 SKOP PROJEK3.6 GOLONGAN SASAR3.7 PELAKSANAAN PROGRAM3.8 MODUL KURSUS YANG DICADANGKAN3.9 KOMPENAN PROJEK3.10 LAPORAN PELAKSANAAN

4.0 METODOLOGI PELAKSANAAN PROGRAM

4.1 SECARA TEORI/ BENGKEL- AMALI/ PRAKTIKAL

5.0 FAEDAH/ PULANGAN KEPADA PESERTA

6.0 KESIMPULAN

- LAMPIRAN DAIRI KURSUS KEMAHIRAN DAN PROGRAM- SEBUTHARGA PROGRAM- LAMPIRAN DOKUMEN

3

Institut Latihan Teknikal Usahawan ( PBTC)

RINGKASAN EKSEKUTIF

Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi, Passion Beauty Training Consultancy (PBTC) melalui

devisyennya, Institut Latihan Teknikal Usahawan (ILTU) masih lagi berdiri teguh dan

meneruskan usaha bagi merialisasikan cita-cita dan impian untuk menjadi sebagai sebuah pusat

latihan yang mampu menyumbangkan tenaga dan pengalaman bagi melaksanakan pelbagai Program

Pembangunan Usahawan bagi Bidang Penyenggaraan dan Membaik Pulih Telefon Bimbit

serta pelbagai Program Latihan Kemahiran yang diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran

(JPK). Berdasarkan pengalaman sebagai pengendali Program SLDN dan Program Latihan Jangka

Pendek (Indoor & Outdoor) pihak kami pada 2015 telah diberikan kepercayaan untuk mengendalikan

Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya (PLKK). Pihak kami telah berjaya mengendalikan

Kursus Penyenggaraan dan Membaik pulih telefon Bimbit dan berjaya melahirkan 15 orang

Juruteknik Telefon Bimbit (Hardware dan Software).

Syukur juga kehadrat ilahi, pihak kami turut berjaya menyumbangkan tenaga dan idea serta turut

mendapat kepercayaan pihak MARA Negeri Pulau Pinang melalui Pejabat-Pejabat MARA Daerah

bagi melahirkan usahawan cemerlang dalam bidang telekomunikasi dengan melaksanakan latihan

Penyenggaraan dan Membaik Pulih Telefon Bimbit. Selain kursus Penyenggaraan dan Membaik

Pulih Telefon Bimbit pihak Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Perlis turut memberi

kepercayaan kepada pihak kami bagi membantu golongan i-keunita bagi mendapatkan pengiktirafan

melalui pengalaman yang telah mereka miliki dengan mengendalikan Kursus Jahitan Pakaian Wanita.

Pihak kami akan terus berusaha mendapatkan peruntukan dan penajaan bagi menjalankan pelbagai

kursus dan program yang telah disusun seperti Kursus Jahitan Pakaian, Kursus Masakan dan

Penyediaan Makanan serta Kursus Kecantikan dan Aromatheraphy. Kursus-kursus ini menjadi

medium untuk memupuk semangat keusahawanan di kalangan para belia yang menyertainya, bahkan

turut diterapkan dengan nilai-nilai yang baik sebagai seorang usahawan dan mendapat panduan yang

sistematik untuk menceburi bidang perniagaan.

Melalui program dan kursus yang dijalankan akan turut melahirkan masyarakat yang lebih berdikari

dan berdaya maju serta berkemahiran tinggi lagi inovatif. Selain itu ia turut dapat mengurangkan

jurang kemiskinan antara kaum sejajar dengan hasrat kerajaan untuk mengurangkan kemiskinan

tegar ke tahap sifar sekaligus dapat mencapai matlamat kerajaan.

Passion Beauty Training Consultancy dan Institut Latihan Teknikal Usahawan sentiasa

berharap dan berdoa agar mendapat pertimbangan sewajarnya seterusnya diberi peluang

sebagai pengendali dan pelaksana pelbagai program kemahiran yang difikirkan bersesuaian.

4

Institut Latihan Teknikal Usahawan ( PBTC)

1.0 PENDAHULUAN

Kertas Cadangan ini bertujuan untuk mendapatkan Bantuan Dana serta

Penajaan daripada mana-mana pihak yang mana, hasil bantuan yang

dihulurkan mampu menaja program yang dikenali sebagai Program

Pembangunan Usahawanan bagi Bidang Penyenggaraan dan Membaik Pulih

Telefon Bimbit dimana Program Latihan ini akan dilaksanakan secara Jangka

Panjang ataupun secara Jangka Pendek. Kesemua latihan yang dijalankan

akan dapat membantu peserta program mendapat pengiktirafan dari industri

pekerjaan serta pihak Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).

Program ini mensasarkan golongan belia yang bermotivasi tinggi, kurang

berkemampuan dari segi ekonomi, dan tidak berpeluang menceburi bidang

kemahiran seperti yang dinyatakan di atas di institusi-institusi kemahiran milik

kerajaan atau pun swasta disebabkan desakan hidup serta keadaan kehidupan

masakini. Secara umumnya program yang akan dijalankan ini adalah aplikasi

amalan sebenar di dalam industri pekerjaan, serta sesuai diterapkan kepada

peserta-peserta, khususnya belia yang tidak berkemampuan atau berpeluang

meningkatkan persijilan mereka. Di akhir program ini belia-belia ini berpeluang

menjadi belia-belia yang lebih berdaya saing dan kompetitif untuk berada di

dalam industri pekerjaan, mengikut kapasiti yang dirancang.

Berdasarkan pemerhatian, kajian dan pengalaman pihak kami dalam

menjalankan pelbagai program kemahiran mendapati bahawa senario industri

pekerjaan pada masa hadapan akan terus memerlukan tenaga kerja terlatih

yang dapat menyumbang tenaga dan pengalaman ke arah perkembangan

ekonomi Malaysia selari dengan hasrat cita-cita dan slogan kami

“Kemahiran Berinovasi Pemangkin Kejayaan”

5

Institut Latihan Teknikal Usahawan ( PBTC)

2.0 LATARBELAKANG PENGENDALI

2.1. RINGKASAN PROFIL SYARIKAT

INSTITUT LATIHAN TEKNIKAL USAHAWAN dimiliki sepenuhnya oleh Passion

Beauty Training Consultancy (IP-0235515-X).

Didaftarkan di bawah Akta Syarikat 1956 pada 17 hb. Febuari 2006.

Pada awal penubuhannya, syarikat ini merupakan syarikat yang

ditauliahkan sebagai Pusat Latihan Skim Latihan Dual Nasional (SLDN)

di bawah seliaan Jabatan Pembangunan Kemahiran 2011 No. Kod : IA

0011

Syarikat ini juga telah berdaftar dengan Kementerian Kewangan

dengan No. Pendaftaran 357-02167233 dan mendapat pengiktirafan

sebagai sebuah Syarikat Bumiputera No. Pendaftaran BP

220987474431313868 .

Memulakan operasi dengan menumpukan perhatian dalam

perniagaan utama sebagai Pusat Latihan Skim Latihan Dual Nasional

(SLDN) yang menjalankan Kursus Jurukecantikan dan Aromatherapy.

INSTITUT LATIHAN TEKNIKAL USAHAWAN dan Passion Beauty Training

Consultancy kini menumpukan perhatian menjalankan Kursus

Keusahawanan Telekomunikasi (Penyenggaraan dan Membaik pulih

telefon Bimbit) dan Kursus Keusahawanan Jahitan Pakaian Wanita

untuk kursus sepenuh masa.

Syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Bumiputera ini, berhasrat untuk

membantu melahirkan lebih ramai usahawan dan masyarakat yang

berkemahiran dalam bidang yang disertai dan menjadikan bidang

kemahiran sebagai perniagaan utama.

INSTITUT LATIHAN TEKNIKAL USAHAWAN dan Passion Beauty Training

Consultancy kini menjalankan segala urusan perkhidmatan dan

perniagaan produk secara berpusat di No. 55A, Lorong Bertam Indah

Satu (1), Taman Bertam Indah, 13200 Kepala Batas, Pulau Pinang.

Selain itu ILTU dan PBTC juga menjalankan pelbagai jenis kursus dalam

pelbagai bidang kemahiran bagi memperluaskan lagi perniagaan

yang diceburi serta berhasrat membantu lebih ramai belia yang ingin

menambah ilmu kemahiran. Antara kursus yang dilaksanakan adalah

Kursus Keusahawanan Penyediaan Makanan (Western Food), Kursus

Penyediaan Bahan Surimi (Sejuk& Beku), Keusahawanan Dandanan

Rambut dan Kursus Keusahawanan Jahitan Tudung Moden.

6

Institut Latihan Teknikal Usahawan ( PBTC)

2.2 AKTVITI SYARIKAT

Institut Latihan Teknikal Usahawan dan Passion Beauty Training

Consultancy sebelum ini merupakan sebuah Pusat Latihan Skim

Latihan Dual Nasional (SLDN) yang menjalankan latihan bagi Bidang

Kecantikan dan Aromatherapy (Jurukecantikan (MP-060-1/Tahap 1) /

Juruestetik (MP-060-2 /Tahap-2) dan Juruterapi Estetik (MP-060-3/Tahap

3) serta Aromatherapy (N-014-2).

Merupakan sebuah syarikat yang turut menjalan dan melaksanakan

Program Latihan 1 Malaysia/ Kursus Jangka Pendek bersama

Kementerian Pengajian Tinggi (Kolej Komuniti) dan Kursus

Keusahawanan bagi Program NBOS bersama Majlis Amanah Rakyat

Negeri Perak (MARA).

Selain itu pihak Passion Beauty Training Consultancy juga turut

menjalankan Kursus Jangka Pendek (Perkhidmatan Melatih Ibu

Tunggal (i-kit) dan Keusahawanan Wanita (i-keunita Bidang

Pemprosesan Bahan Surimi / Makanan Sejuk Beku) bersama Jabatan

Pembangunan Wanita Negeri Kelantan.

Institut Latihan Teknikal Usahawan dan Passion Beauty Training

Consultancy kini menjalankan latihan bagi Program Latihan Kemahiran

dan Kerjaya (PLKK), Kursus Keusahawanan Telekomunikasi

(Penyenggaraan dan Membaik pulih telefon Bimbit).

Melalui program dan kursus ini peserta bukan sahaja dapat

mempelajari selok-belok tentang ilmu kemahiran telekomunikasi serta

permasalahan yang berkaitan dengan perkakasan (hardware) tetapi

turut didedahkan dengan masalah perisian dan software. Peserta

dilengkapkan dengan kedua-dua ilmu kemahiran tersebut agar boleh

menjadi pekerja yang baik seterusnya menjadikan bidang ini sebagai

satu perniagaan.

Pihak ILTU dan PBTC juga turut diberi peluang oleh pihak MARA Negeri

Pulau Pinang melalui Pejabat MARA Daerah Seberang Perai Utara dan

Seberang Perai Tengah (SPT) bagi melahirkan usahawan

telekomunikasi dengan mengendalikan Kursus Penyenggaraan dan

Membaik pulih telefon Bimbit.

Bagi Kursus Jahitan Pakaian Wanita pihak ILTU dan PBTC juga turut

menjalankan kursus Keusahawanan Wanita (i-keunita) bagi mendapat

pengiktirafan serta persijilan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Jahitan

Pakaian Wanita) bersama Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Perlis.

Dalam bidang Penyenggaraan dan Membaik pulih telefon Bimbit,

pihak kami sememangnya berpengalaman dan telah berjaya

melahirkan para pelatih yang kini menjadi Juruteknik Kanan antaranya

(3) tiga orang yang bekerja di Pusat Servis Telefon Bimbit (Cellnet

7

Institut Latihan Teknikal Usahawan ( PBTC)

Electronic) di Sungei Wang Plaza, Bukit Bintang, (2) dua orang di Pusat

Servis di Plaza Low Yatt, Bukit Bintang, (1) seorang di Pusat Servis HTC,

(1) seorang di Pusat Servis Telefon Bimbit di GIANT Cheras, Selangor

dan (1) seorang sebagai Jurujual dan Juruteknik di Pusat Jualan

Samsung Cawangan Alamanda, Putrajaya.

Sebahagian besar pelatih juga berjaya dididik menjadi usahawan

yang berjaya dimana telahpun membuka perniagaan sendiri di Besut

dan Jertih, Terengganu di Jeli, Kelantan dan di Tapak Gerbang Malam,

Ipoh, Perak.

Tugas kami Passion Beauty Training Consultancy adalah membimbing

para peserta kursus secara teori dan praktikal agar dapat mendalami

bidang ini secara mendalam sehingga mampu menjadi seorang

juruteknik, tenaga pengajar dan pegawai bertauliah dalam bidang

yang diceburi.

Kursus dan latihan yang diberikan juga merupakan satu usaha

melahirkan usahawan yang cekap dan berilmu untuk mengharungi

pelbagai cabaran dalam industri kecantikan, telekomunikasi, jahitan

dan makanan seterusnya kekal lama di dalam perniagaan yang

diceburi.

Sehubungan dengan itu bagi memperluaskan lagi perniagaan yang

diceburi serta berhasrat membantu lebih ramai belia yang ingin

menambah ilmu kemahiran, pihak kami turut melaksanakan Kursus

Keusahawanan Penyediaan Makanan (Western Food), Kursus

Keusahawanan Penyediaan Makanan dan Masakan (Ala-Thai), Kursus

Penyediaan Bahan Surimi (Sejuk& Beku), Keusahawanan Dandanan

Rambut dan Kursus Keusahawanan Jahitan Tudung Moden.

2.3 IMPIAN SYARIKAT

Memastikan kewangan syarikat kukuh serta kekal bersaing dalam

arena perniagaan.

Memberikan pulangan kepada ahli kumpulan syarikat agar syarikat

dapat mengembangkan perniagaan ke peringkat global.

Mampu merebut peluang yang terbuka bahkan mampu menarik

minat pasaran sedia ada untuk menjalinkan kerjasama seterusnya

mengukuhkan dan memperkembangkan perniagaan Institut Latihan

Teknikal Usahawan dan Passion Beauty Training Consultancy.

8

Institut Latihan Teknikal Usahawan ( PBTC)

2.4 MISI

Komited memberikan perkhidmatan dan kursus ke tahap tertinggi serta

memperluaskan rangkaian latihan secara usahasama di seluruh

Malaysia dan Rantau Asia.

Mempelbagaikan kursus dan latihan singkat bagi melahirkan lebih

ramai tenaga mahir.

Sentiasa memberikan latihan dan kursus yang bersesuaian dan

mengikut perkembangan era - teknologi terkini.

Menyediakan perkhidmatan mendapatkan dana kepada usahawan

muda serta khidmat nasihat dari segi teori dan praktikal.

Sentiasa memastikan perkhidmatan yang diberikan di Institut Latihan

Teknikal Usahawan dan Passion Beauty Training Consultancy yang

terbaik agar kesetiaan pelanggan dapat dikekalkan.

2.5 VISI

Menjadi sebuah pusat bertauliah yang mampu melahirkan peserta

kursus yang berkualiti dan mencapai tahap keperluan pasaran

pekerjaan.

Melahirkan lebih ramai usahawan bumiputera yang berkebolehan,

yakin dan terdedah kepada potensi industri mengikut bidang yang

diceburi, membantu belia menjadi usahawan yang berilmu untuk

menghadapi cabaran yang mencabar .

Pihak kami ingin mengwujudkan peluang pekerjaan kepada

masyarakat serta memberikan tunjuk ajar yang efektif dan efisyen

sebagai persediaan dan galakkan kepada kakitangan dan mana-

mana individu yang ingin menceburi industri ini.

9

Institut Latihan Teknikal Usahawan ( PBTC)

2.6 MAKLUMAT PENGENDALI

Nama Syarikat : PASSION BEAUTY TRAINING CONSULTANCY

Tarikh Ditubuhkan : 17 hb FEBUARI 2006

No. Pendaftaran : IP 0235515-X

No. PendaftaranKem Kewangan : 357-02167233

Alamat Pusat Latihan : INSTITUT LATIHAN TEKNIKAL USAHAWAN(PASSION BEAUTY TRAINING CONSULTANCY)

No. 55A, Lorong Bertam Indah 1Taman Bertam Indah13200 Kepala BatasPULAU PINANG

No. Telefon : +6016- 511 7866/ +6010-561 7356

e- mail : [email protected]

Penasihat : Puan Fauziah-Hani Binti Yacob PJK,PJM

Ketua Pegawai Operasi : En. Mohd Azli Bin Ramli@Sulong

Ketua Unit Khas : En. Maizal Affendey Bin Jalaludin

Bahagian Kewangan : Cik Nur Atikah Bt. Fakiri Mydin

Ketua Program & : En. Wan Muhammad Siraj MunirLatihan Kemahiran

Sumber Manusia : Cik Afeera Rahayu Bt. Ahmad Radzi

Modal Berbayar : RM 100,000.00

Akaun Syarikat : CIMB ISLAMIC BANK8601197219

10

Institut Latihan Teknikal Usahawan ( PBTC)

2.7 BIODATA TENAGA PENGAJAR

EN. MOHD. AZLI B. RAMLI@SULONG berasal dari

Kampung Santong, Paka, Terengganu merupakan

seorang belia yang bersemangat tinggi. Dilahirkan

dalam keluarga yang serba kekurangan namun telah

berjaya merebut segala peluang dan menggunakan

segala kemudahan yang diberikan untuk

meningkatkan kecemerlangan diri. Melalui Program e-

kasih beliau telah dipilih menyertai Program Latihan

Kemahiran dan Kerjaya dan melalui program ini beliau

berpeluang mempelajari segala ilmu kemahiran

telekomunikasi sehingga memiliki Sijil Kemahiran

Membaik Pulih Telefon Bimbit (Software dan Hardware).

Berbekalkan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi beliau pernah bertugas di

beberapa pusat latihan kemahiran dan berpeluang mengajar di Semenanjung

Malaysia serta menyumbangkan pengalaman dan pengetahuan sampai ke negeri

Sabah dan Sarawak. Selain itu, En. Mohd Azli juga turut berjaya membantu

melahirkan para belia yang mahir dalam bidang telekomunikasi serta turut

membimbing mereka menjadi seorang usahawan.

Beliau kemudiannya telah menyambung pengajian dan berjaya mempertingkatkan

pengetahuan diri sehingga memperolehi Sijil Kemahiran sebagai Pembantu

Juruteknik Elektronik dan beliau juga merupakan salah seorang Tenaga Pakar dalam

bidang Telekomunikasi dan beliau bertindak sebagai seorang Tenaga Pengajar bagi

setiap program kendalian INSTITUT LATIHAN TEKNIKAL USAHAWAN (PASSION BEAUTY

TRAINING CONSULTANCY). Berkat ketekunan beliau, En. Mohd Azli telah berusaha

bersama untuk turut berkongsi dengan rakan-rakan mengambil-alih sebuah Pusat

Latihan Skim Latihan Dual Nasional (PASSION BEAUTY TRAINING CONSULTANCY) di

Ipoh, Perak.

Akhirnya beliau telah diberi peluang untuk menambah pengalaman serta menerajui

syarikat tersebut dimana kebolehan serta pengalaman yang dimiliki kini turut berjaya

mengwujudkan jalinan kerjasama dengan pihak MARA Negeri Pulau Pinang, MARA

Negeri Perak & Kolej Komuniti sebagai usaha melahirkan usahawan telekomunikasi

Melayu. Selain itu beliau juga turut membantu Unit Penilaian dan menyelia para

peserta yang mengikuti kursus di bawah syarikat yang dikendalikan.

11

Institut Latihan Teknikal Usahawan ( PBTC)

3.0 RINGKASAN PROJEK

3.1 PENGENALAN PROGRAM KURSUS

Kursus Penyenggaraan dan Membaik pulih telefon Bimbit biasanya dijalankan

mengikut tahap dimana Tahap 1 (meliputi system “Perkakasan”/“Hardware”) ia

meliputi latihan, teori dan amali. Latihan yang diberikan kepada para peserta atau

pengguna yang berminat mempelajarinya boleh dimanfaatkan untuk kepentingan

sendiri atau dengan tujuan bagi mengwujudkan sebuah perniagaan. Kursus ini

dapat memberi pengetahuan dan meningkatkan kemahiran para peserta sebagai

persediaan memberi perkhidmatan yang terbaik untuk membaik pulih telefon bimbit.

Selain itu para peserta didedahkan tentang rekabentuk, teknologi terbaru serta

teknik-teknik yang betul untuk membaiki telefon bimbit. Para peserta kursus juga

diberi pendedahan tentang masalah, rintangan, risiko serta tentang kaedah

mengatasinya di dalam mengharungi dunia perniagaan.

Tahap 2 meliputi kursus menaik taraf system “perisian”/“software”, “programming”,

“application” dan “intergrated circuit” di dalam telefon bimbit. Tahap ini memberi

pendedahan kepada peserta tentang kaedah-kaedah terkini membaik pulih setiap

telefon yang berhadapan dengan gangguan masalah perisian serta membaik pulih

sesebuah telefon untuk menjadikannya lebih pantas dalam kepelbagaian

kegunaan.

Perjalanan Kursus Tahap 1 & 2 ini dijalankan di dalam dwi-bahasa. Selain daripada itu,

sesi soal jawab semasa sesi pembelajaran diadakan bagi memastikan para peserta

memahami setiap isi kandungan kursus. Di akhir kursus, para peserta sudah pastinya

mendapat pendedahan kerja-kerja membuka dan memasang telefon bimbit,

mengenalpasti setiap komponen didalam set telefon bimbit serta teknik-teknik

mudah membaiki kerosakan telefon bimbit.

Tahap 3 pula meliputi persediaan Rancangan Perniagaan (Business Plan) di mana

para peserta akan di dedahkan kepada rangka dan kaedah untuk membuat

Rancangan Perniagaan seperti analisa pasaran, pesaing-pesaing di pasaran, analisa

SWOT, pengurusan perniagaan, pemasaran perniagaan, unjuran aliran wang tunai

dan sebagainya. Peserta turut diberi pendedahan tentang sistem perniagaan yang

sebenar, susun atur di dalam kedai dan jenis perkhidmatan berkaitan yang

disediakan. Selain itu, peserta juga akan mendapat maklumat tentang jaringan

perniagaan membaiki dan membaik pulih telefon bimbit yang dijalankan.

Walaubagimanapun kursus ini juga boleh dijalankan untuk tempoh masa singkat

(Jangka Pendek) dimana ia bertujuan memberi pengetahuan tentang perkara-

perkara asas dan bahagian serta maklumat penting yang boleh memberi kesedaran

kepada pengguna atau peserta kursus yang menyertai program. Para peserta yang

telah mendapat bimbingan asas boleh meneruskan pengajian secara sepenuh

masa bagi memastikan setiap kemahiran yang diperolehi boleh membantu menjana

pendapatan selain sebagai pengetahuan asas.

12

Institut Latihan Teknikal Usahawan ( PBTC)

3.2 JUSTIFIKASI PROJEK

Institut Latihan Teknikal Usahawan (ILTU) memilih untuk mengendalikan kursus ini

memandangkan terlalu banyak ruang dan peluang perniagaan tersedia di pasaran

tempatan. Selain itu perkembangan dunia masa kini lebih mengutamakan

kepakaran di dalam bidang multimedia dan telekomunikasi bersesuaian dengan

arus perubahan teknologi yang begitu pantas.

Oleh yang demikian, dengan pendedahan kursus secara teori, amali serta

persediaan rancangan perniagaan yang di ajar kepada para peserta, ia akan

dapat memberi peluang kepada para usahawan menjalankan sendiri perniagaan

membaiki dan membaik pulih telefon bimbit untuk menjana hasil pendapatan yang

lumayan. Kerajaan telah menyediakan kepada bakal-bakal usahawan dari segi

lokasi perniagaan dan bantuan kewangan serta khidmat nasihat dari segi bekalan

alat ganti dan produk-produk telefon bimbit setelah tamat kursus.

3.3 OBJEKTIF

INSTITUT LATIHAN TEKNIKAL USAHAWAN (ILTU) berpendapat bahawa kursus kemahiran

ini amat penting untuk didedahkan kepada para belia & beliawanis yang berminat

di dalam perniagaan Penyenggaraan dan Membaik Pulih Telefon Bimbit dimana di

akhir kursus ini peserta akan dapat mencapai matlamat seperti berikut :

i. Melahirkan masyarakat dan belia/beliawanis yang berkemahiran dan

berkualiti.

ii. Melahirkan belia dan beliawanis yang berpotensi dan berkaliber dalam aspek

kemahiran.

iii. Meningkatkan taraf hidup masyarakat dan belia/beliawanis khasnya agar

lebih maju dan kehadapan setaraf dengan semua lapisan masyarakat

sekaligus dapat membasmi kemiskinan.

iv. Membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada belia dan beliawanis di

seluruh Malaysia.

v. Untuk memberi pendedahan, galakan serta dorongan kepada para peserta

supaya meminati dan menceburi bidang kemahiran.

vi. Meningkatkan pengetahuan teori dan kemahiran amali peserta di dalam

bidang penyenggaraan dan membaik pulih telefon bimbit.

vii. Mendedahkan kepada para peserta mengenai reka bentuk dan teknologi

dalaman telefon bimbit yang berubah dengan pantas. Memberi peluang

kepada para peserta untuk mengetahui masalah, rintangan dan risiko yang

akan dihadapi serta cara untuk mengatasi di dalam dunia perniagaan.

13

Institut Latihan Teknikal Usahawan ( PBTC)

viii. Pengetahuan yang mendalam dan pengalaman yang luas akan menjamin

pendapatan yang lumayan dan seterusnya mengukuhkan perniagaan

mereka.

ix. Membolehkan pembentukkan jaringan perniagaan di kalangan para

usahawan yang sedia ada di pasaran.

x. Menghalang para belia dan beliawanis dari terjebak atau terlibat di dalam

anasir-anasir negatif seperti najis dadah, pergaulan sosial keterlaluan dan

sebagainya.

xi. Untuk membangunkan golongan masyarakat untuk menjadi generasi

usahawan pelapis yang berdaya maju, kompetatif dan berdaya tahan.

3.4 SASARAN OUTCOME

i. INSTITUT LATIHAN TEKNIKAL USAHAWAN (ILTU) mempunyai misi untuk melahirkan

belia dan beliawanis yang mempunyai kemahiran Penyenggaraan dan

Membaik Pulih Telefon Bimbit.

ii. INSTITUT LATIHAN TEKNIKAL USAHAWAN (ILTU) juga memasarkan 70% dari

jumlah belia dan beliawanis yang dilahirkan membuka perniagaan sendiri.

iii. Melahirkan bakal usahawan yang berpengetahuan dan berkemahiran dalam

bidang multimedia dan telekomunikasi.

iv. Pendapatan dari perniagaan yang diusahakan sendiri dapat menjana

pendapatan lumayan serta menyumbang kepada perkembangan ekonomi

Negara.

v. Memupuk minat di dalam bidang keusahawanan di kalangan bakal

usahawan.

3.5 SKOP PROJEK

Skop yang diterapkan kepada peserta kursus untuk projek ini adalah seperti berikut:

i. Peserta diberi pengetahuan secara teori dan kemahiran amali bagi

penyenggaraan dan membaik pulih telefon bimbit.

ii. Setiap peserta diperkenalkan dengan komponen-komponen dalaman dan

luaran telefon bimbit serta alat-alat ganti yang digunakan untun membaiki

dan membaik pulih telefon bimbit.

iii. Setiap peserta akan dibekalkan segala ilmu yang diperlukan di dalam bidang

perniagaan seperti pengurusan, pemasaran, perakaunan, kawalan inventori

dan sebagainya.

14

Institut Latihan Teknikal Usahawan ( PBTC)

iv. Setiap peserta turut diajar nilai-nilai murni seperti memupuk dan menerapkan

unsur-unsur ilmiah dan keagamaan.

3.6 GOLONGAN SASAR

Antara golongan sasaran pelaksanaan kursus ini adalah terbuka untuk seluruh

golongan masyarakat khususnya para Belia, Beliawanis dan Remaja dan sesiapa

yang berminat menceburkan diri di dalam industri kemahiran Penyenggaraan dan

Membaik Pulih Telefon Bimbit.

Usahawan

Lepasan Sekolah/IPTA/IPTS

Masyarakat Bandar dan Luar Bandar

Surirumah Yang Berminat

Ibu Tunggal

Miskin dan Miskin Tegar

Pelajar Yang Tercicir

3.7 PERLAKSANAAN PROGRAM

TEMPOH PROGRAM KURSUS/ TEMPAT

Tempoh perlaksanaan bagi setiap program/ kursus yang akan dijalankan adalah

mengikut peruntukan atau buget dimana tempoh paling minima adalah selama 2

bulan 15 hari atau 2 ½ bulan. Kursus ini akan di jalankan dan akan dilaksanakan

beralamat seperti di bawah:

INSTITUT LATIHAN TEKNIKAL USAHAWAN (ILTU)

No. 55, Lorong Bertam Indah 1

Taman Bertam Indah

13200 Kepala Batas

PULAU PINANG

Peserta akan belajar mengikut modul yang disediakan oleh tenaga pengajar yang

pakar serta mahir dan mempunyai pengalaman luas dalam bidang ini (Rujuk Profail

yang disertakan). Pelaksanaan kursus juga boleh dijalankan di premis-premis

mengikut kesesuaian dan permintaan penganjur

Institut Latihan Teknikal Usahawan ( PBTC)

3.8 MODUL KURSUS YANG DICADANGKAN SELAMA 2 1/2 BULAN

BIL TEMPOH/MODUL TAJUK/PENGETAHUAN CATATAN

1.

MINGGUPERTAMA

&MODUL 1

Sejarah dan Perkembangan Telekomunikasi &Telefon Bimbit

Penerangan SecaraTeori dan

Latihan Amali

Pengenalan dan Konsep

Jenama Telefon Bimbit

Jenis Keluaran Telefon Bimbit

Pengetahuan System Operasi Dan Rangkaian TelefonBimbit

Pengenalan Komponen Telefon Bimbit

Komponen Luaran

Komponen Dalaman

Komponen Utama

Pengenalan Peralatan Utama Dan Ciri-CiriPenggunaan

Blower Station

Soldering Station

Power Supply

MultimeterMemperkenalkan Peralatan Utama lain Dan Ciri-CiriPenggunaan

Memperkenalkan Kerosakan Yang Berlaku KepadaTelefon Bimbit dan Teknik Penyenggaraan SertaPembaikan

Kerosakkan Yang Berkaitan dengan KomponenChip IC

Teknik Membersih Papan Litar (Main Board)

2.MINGGU KEDUA

&MODUL 2

Cara tepat membuka dan memasang casing/hausingtelefon bimbit

Normal PhoneMengenali Komponen Chip IC dan Jenis-JenisKomponenMengenali Komponen Chip IC dalam Normal Phone

Penerangan SecaraTeori dan

Latihan Amali danSoal Jawab

Cara Tepat Membuka Dan Memasang Casing/HausingTelefon Bimbit

Slide Phone

Flip PhoneMengenali Komponen Chip IC dan Jenis-JenisKomponen Dalam Slide Phone dan Flip Phone

Teknik Asas Membaik Pulih Telefon Bimbit

Teknik memasang On / Off telefon bimbitMempelajari Teknik Membuka dan Memasang Lampu(LED)

16

Institut Latihan Teknikal Usahawan ( PBTC)

BIL TEMPOH/MODUL TAJUK/PENGETAHUAN CATATAN

3.MINGGU KEDUA

&MODUL 3

Mengetahui Pelbagai Bentuk Kerosakkan TelefonBimbit

Phone Cannot On

Phone No Network

Insert Sim Card

LCD No Display/ Blinking Screen

Speaker Problem

Mic Problem

Buzzer No Sound

No Vibration

Keypad Jam

Phone Cannot Charge

Penerangan SecaraTeori dan

Latihan Amali danPraktikal

Sesi Soal Jawab dan Perbincangan

Ujian Praktikal dan Latihan Amali

4.MINGGU KETIGA

&MODUL 4

Mempelajari Kaedah Penyenggaraan dan TeknikMembaiki Kerosakkan Telefon Bimbit

Phone Cannot On

Phone No Network

Insert Sim Card

LCD / Touch Screen

Speaker Problem

Mic Problem

Buzzer No Sound

No Vibration

Keypad JamPenerangan Secara

Teori danLatihan Amali dan

Praktikal

Mengetahui Kaedah Membuka dan Memasang BGAIC Serta Keseluruhan Komponen ICMempelajari Cara Membuka dan Memasang

Spider IC

Capasitor

Resistor

Transistor

FuseMengulangkaji Semula Teknik Yang Tepat MenukarKompenan Dalaman dan Mengenali PerbezaanKompenan Mengikut ModelMempelajari dan Memahami Pembacaan Peta LitarDIAGRAM/ TROBLESHOOTINGLatihan Amali dan Praktikal

Membuka dan Memasang Komponen Chip

Penyenggaraan dan Membaiki Telefon

17

Institut Latihan Teknikal Usahawan ( PBTC)

BIL TEMPOH/MODUL TAJUK/PENGETAHUAN CATATAN

5.

MINGGUKEEMPAT/MODUL 5

&MINGGU

KELIMA/MODUL6

Mempelajari Cara-Cara Menggunakan PerisianMaklumat Telefon Bimbit

JAF BOX- UNTUK MODEL NOKIA

SE TOOL- SONY ERICSSON

SAMSUNG

LENOVO

iPHONE

LAIN- LAIN MODEL

Penerangan SecaraTeori dan

Latihan Amali danPraktikal

Sesi Soal Jawab dan Perbincangan

Ujian Praktikal dan Latihan Amali

6.MINGGU KEENAM

&MODUL 7

UJIAN KOMPOTENSI AKHIR TEORI DAN AMALI

Ujian Pemahaman Kertas 1 dan Kertas 2

Ujian Praktikal (Spider IC dan Komponen Ic)

Ujian Praktikal (BGA IC)

Latihan Amali danPraktikal

UJIAN KOMPETENSI AKHIR

JAF BOX – SOFTWARE NOKIA

SE TOOL – SOFTWARE SONY

SAMSUNG PROGRAMMER

LAIN-LAIN MODEL

TAMAT LATIHAN

18

Institut Latihan Teknikal Usahawan ( PBTC)

3.8.1 MODUL KURSUS YANG DICADANGKAN BAGI KURSUSJANGKA PENDEK – ASAS HARDWARE (3 HARI)

KOD MODUL PERKARA CATATAN

MO1 – 3/1 HKURSUS PENYENGGARAAN DAN MEMBAIKITELEFON BIMBIT (ASAS- HARDWARE)

Sejarah Telefon Bimbit Pengenalan – Jenis- Jenis Telefon Bimbit Mengenal Kerosakan Yang Biasa Dialami Mengatasi Masalah dan Kerosakan Mengenali Peralatan Membaiki Telefon Bimbit Fungsi, Ciri Dan Cara Menggunakan Alatan Latihan Pratikal Penggunaan Peralatan Dan

Mengenal Kerosakan Melalui Alatan

Penerangan &Perbincangan

M02 – 3/2 HKURSUS PENYENGGARAAN DAN MEMBAIKITELEFON BIMBIT (ASAS – HARDWARE)

Penerangan Dan Pengenalan TentangKomponen Luaran Telefon Bimbit

Mengenali Komponen- Kompenan DalamanTelefon Bimbit Serta Fungsi Kompenan

Mengenal Pasti Jenis-Jenis Komponen MengikutModel Setiap Telefon

Mengenal Komponen –Kompenan UtamaTelefon Bimbit

Teknik Dan Cara Yang Betul Membuka TelefonBimbit (SLIDE PHONE)

Teknik Dan Cara Yang Betul Membuka CasingTelefon Bimbit (FLIP PHONE)

Teknik Dan Cara Yang Betul Membuka (SMARTPHONE)- Membuka Casing/Perumah- Membuka Touch Pad- Membuka LCD

Penerangan,Perbincangan

& Latihan Amali

M03 – 3/2 HKURSUS PENYENGGARAAN DAN MEMBAIKITELEFON BIMBIT (ASAS – HARDWARE)

Mempelajari Teknik-Teknik Asas Membaik PulihPelbagai Kerosakan Telefon Bimbit

Latihan Praktikal Membaik-Pulih Telefon Bimbit Mempelajari Teknik Pemasangan (ON/OFF

SWITCH) Mempelajari Teknik Pemasangan Lampu (LED) Menukar – (PLUG IN, MIC SERTA BUZZER DAN

SPEAKER) Membaiki – (SOKET BATERI) Mengatasi Masalah (INSERT SIM)

Penerangan/

Perbincangan

& Latihan Amali

19

Institut Latihan Teknikal Usahawan ( PBTC)

3.8.2 MODUL KURSUS YANG DICADANGKAN BAGI KURSUSJANGKA PENDEK LANJUTAN - HARDWARE (5 HARI)

SambMO3 – 3/2H

KURSUS PENYENGGARAAN DAN MEMBAIKITELEFON BIMBIT (ASAS – HARDWARE)

Membetulkan Kerosakan (KEYPAD JAM) Telefon Gagal Hidup Teknik Dan Cara Membersihkan Papan Litar (DIMASUKI AIR) Mengenali Dan Mengenalpasti Kerosakkan

Yang Berkaitan Dengan Komponen Chip Pengenalan Teknik Asas Membuka Dan

Memasang Komponen Chip/Bga Ic PadaPapan Litar Utama

Berbincang Dan Soal Jawab TentangPermasalahan Telefon Bimbit

MAJLIS PENUTUP DAN PENYAMPAIAN SIJIL

Penerangan/Perbincangan& Latihan Amali

KOD MODUL PERKARA CATATAN

MO1 – 5/1 HKURSUS PENYENGGARAAN DAN MEMBAIKITELEFON BIMBIT (LANJUTAN – HARDWARE)

Pembentangan Tentang Masalah Telefon BimbitDan Cara Membaik Pulih

Perbincangan Tentang Teknik Pembaikan danMengatasi Masalah Telefon Bimbit

Rintangan Yang Dihadapi Ketika MenjalankanKerja Pembaikan

Pengenalan Kompenan Dalaman/Luaran danUtama

Mengenali Kerosakan Berkaitan KompenanDalaman dan Luaran atau Utama (Chip IC)

Penerangan/Perbincangan

M02 – 5/2 HKURSUS PENYENGGARAAN DAN MEMBAIKITELEFON BIMBIT (LANJUTAN – HARDWARE)

Mengenali Kompenan Chip IC dalam NormalPhone

Mengenali Kompenan Chip IC dalam SlidePhone dan Flip Phone

Mengenali Kompenan Chip IC dalam SmartPhone

Mengetahui Kaedah Membuka dan MemasangKompenan IC dan BGA IC

Latihan Pratikal Membuka Kompenan IC/ Membuat Kaki Kompenan IC dan Memasang

Penerangan,Perbincangan

& Latihan Amali

20

Institut Latihan Teknikal Usahawan ( PBTC)

Kompenan Chip Penerangan Dan Teknik Membuka dan

Memasang Komponen- Spideric- Capisitor- Resistor- Transistor- Fuse

M03 – 5/3 HKURSUS PENYENGGARAAN DAN MEMBAIKITELEFON BIMBIT (LANJUTAN – HARDWARE)

Menjalankan ulangkaji semula Teknik yangTepat Untuk Menukar Kompenan Dalaman

Perbincangan dan Kerja Ulangkaji PerbezaanKompenan Mengikut Modul

Membuka dan Memasang Kompenan Chip Menjalankan Kerja Penyenggaraan Dan

Membaiki Telefon Mengikut Masalah YangDiberikan

Penerangan/

Perbincangan

& Latihan Amali

MO3 – 5/4 H KURSUS PENYENGGARAAN DAN MEMBAIKITELEFON BIMBIT (LANJUTAN – HARDWARE)

Perbincangan tentang kerja-kerja menukarkompenan dalaman

Menjalankan kerja Ulangkaji Kaedah dan CaraMembuka Dan Memasang- Spideric- Capasitor- Resistor- Transistor- Fuse

Menjalankan Kerja Ulangkaji Tentang KaedahMembuka,Membuat Dan Memasang Bga IcSerta Keseluruhan Komponen Ic

Penerangan/Perbincangan

& Latihan Amali

MO3 – 5/4 H KURSUS PENYENGGARAAN DAN MEMBAIKITELEFON BIMBIT (LANJUTAN – HARDWARE)

Membuka dan Memasang Kompenan Chip Menjalankan Kerja Penyenggaraan Dan

Membaiki Telefon Mengikut Masalah YangDiberikan

Perbincangan dan Soaljawab TentangKompenan IC dan Kerosakan MelibatkanKompenan

Mempelajari Dan Memahami CaraPembacaan Peta Litar(Diagram /Trubleshooting)

MAJLIS PENUTUP DAN PENYAMPAIAN SIJIL

Penerangan,Perbincangan

& Latihan Amali

21

Institut Latihan Teknikal Usahawan ( PBTC)

3.8.3 MODUL KURSUS YANG DICADANGKAN BAGI KURSUSJANGKA PENDEK LANJUTAN – SOFTWARE (3 HARI)

KOD MODUL PERKARA CATATAN

MO1 – S3/1 HKURSUS PENYENGGARAAN DAN MEMBAIKITELEFON BIMBIT (LANJUTAN – SOFTWARE) Penerangan Tentang Perisian/ Software Yang

Sering Digunakan Oleh Usahawan Perbincangan Tentang Kerosakan Yang

Melibatkan Perisian dan Kompenan IC Perisian dari Laman Web Jenis-jenis Perisian Yang Digunakan Dahulu dan

Terkini Mengenali Perisian Yang Digunakan Telefon

Samsung Mengenalpasti Kerosakan Perisian Telefon

Samsung Mengenal Fail Perisian Mengikut Model-Model

Telefon Jenama Samsung Membaiki Kerosakan Melibatkan Telefon Lenovo

Penerangan/Perbincangan

M02 – S3/2 HKURSUS PENYENGGARAAN DAN MEMBAIKITELEFON BIMBIT (LANJUTAN – SOFTWARE) Mengenali Perisian Yang Digunakan Telefon

Lenovo Mengenalpasti Kerosakan Perisian Telefon

Lenovo Mengenal Fail Perisian Mengikut Model-Model

Telefon Jenama Lenovo Membaiki Kerosakan Melibatkan Telefon Lenovo Mengenalpasti Kerosakan Perisian Telefon ASUS Mengenali Perisian Yang Digunakan Telefon

ASUS Mengenal Fail Perisian Mengikut Model-Model

Telefon Jenama ASUS Membaiki Kerosakan Melibatkan Telefon ASUS

Penerangan,Perbincangan

& Latihan Amali

M03 – S3/3 HKURSUS PENYENGGARAAN DAN MEMBAIKITELEFON BIMBIT (LANJUTAN – SOFTWARE) Mengenali Perisian Yang Digunakan Telefon

iPHONE Mengenalpasti Kerosakan Perisian Telefon

iPHONE Mengenal Fail Perisian Mengikut Model Telefon

Jenama iPHONE Membaiki Kerosakan Melibatkan Telefon Iphone Perbincangan dan Soal Jawab Tentang

Permasalahan Telefon Bimbit Melibatkan Perisian Penerangan Tentang Risiko Dalam Mengendali

Perisian dan Software Telefon Bimbit

MAJLIS PENUTUP DAN PENYAMPAIAN SIJIL

Penerangan/

Perbincangan

& Latihan Amali

22

Institut Latihan Teknikal Usahawan ( PBTC)

3.9 KOMPONEN PROJEK

Setiap peralatan dan perkakasan untuk kursus ini disediakan oleh pihak syarikat.

Selain itu, segala peralatan teknikal yang terkini turut disediakan untuk kemudahan

peserta sekaligus bagi menjayakan kursus ini.

3.10 LAPORAN PERLAKSANAAN

Pihak Institut Latihan Teknikal Usahawan (ILTU) turut menyediakan borang khas

yang perlu dilengkapkan oleh para peserta yang meliputi laporan hasil

pembelajaran sebagai kajiselidik terhadap tahap kefahaman pembelajaran

peserta.

Pihak Institut Latihan Teknikal Usahawan (ILTU) akan menyalurkan maklumat

hasil dari kaji selidik yang dijalankan kepada pihak berwajib agar setiap hasil

program dan kursus yang dijalankan dapat dinilai pelaksanaannya serta

memberi kesan impak yang positif kepada setiap peserta.

4.0 METODOLOGI PERLAKSANAAN KURSUS

4.1 SECARA TEORI, BENGKEL (AMALI) DAN PRAKTIKAL

Para peserta didedahkan dengan pembelajaran secara teori (20%) dimana

penerangan akan disampaikan oleh tenaga pengajar yang berkemahiran.

Setiap penerangan yang disampaikan adalah berdasarkan modul yang telah

disediakan. Setiap peralatan akan diperkenalkan kepada para peserta

melalui tayangan “slide” dan juga alatan yang sedia ada diatas setiap meja

para peserta. Para peserta perlu mencatat setiap perkara-perkara yang

penting. Di akhir pembelajaran para peserta akan menduduki peperiksaan

bagi memastikan dan mengukur kebolehan pengetahuan para peserta.

Peserta akan mendalami setiap ilmu tentang telefon bimbit melalui bengkel/

latihan amali (60%) yang dijalankan pada setiap hari dimana peserta akan

dapat membiasakan diri dengan setiap peralatan yang akan digunakan

kelak. Bengkel ini juga memberikan pendedahan awal kepada para peserta

mengenai telefon dan komponen yang terdapat di dalam telefon bimbit

yang akan dibaiki nanti.

Di akhir kursus ini, (20%) dari jumlah masa para peserta akan disoal bagi

mengenalpasti tahap kefahaman setiap individu yang menjalani latihan. Para

peserta kebiasaannya perlu menjalani latihan secara latih-tubi bagi mengukur

tahap kefahaman mereka.

23

Institut Latihan Teknikal Usahawan ( PBTC)

METODOLOGI TRAINING

Amali

Teori

Latihtubi

5.0 FAEDAH /PULANGAN KEPADA PESERTA

Peluang bekerja dengan syarikat-syarikat telekomunikasi tempatan sebagai

Juruteknik Telefon Bimbit adalah terbuka luas kerana permintaan tenaga kerja

didalam bidang ini adalah tinggi.

Peluang berniaga sendiri juga terbuka luas di dalam bidang ini.

Peluang-peluang pinjaman juga turut disediakan untuk membuka perniagaan

sendiri.

Pendapatan yang lumayan boleh diperolehi melalui perniagaan ini.

24

Institut Latihan Teknikal Usahawan ( PBTC)

6.0 KESIMPULAN

Secara ringkasnya, Institut Latihan Teknikal Usahawan (ILTU) menawarkan

Kursus Bidang Penyenggaraan dan Membaik Pulih Telefon Bimbit kerana bidang

ini adalah satu bidang yang baru dan kurang diceburi oleh para belia dan

usahawan Bumiputera khasnya. Pendedahan dari segi teori, amali dan

penyediaan rancangan perniagaan akan diberikan kepada semua bakal-bakal

usahawan yang menceburi perniagaan ini. Bantuan-bantuan seperti khidmat

nasihat dan pinjaman perniagaan untuk memulakan perniagaan penyenggaraan

dan membaik pulih telefon bimbit akan disediakan oleh agensi-agensi kerajaan

dan swasta. Perniagaan ini memberi peluang yang lumayan kepada para

usahawan dimana sebanyak 90% dari jumlah penduduk Malaysia menggunakan

telefon bimbit dan sebahagian besar pengguna-pengguna telefon bimbit sering

kali menghadapi pelbagai masalah teknikal atau ingin menaik-taraf telefon

bimbit mereka. Secara tidak langsung ilmu ini dapat dijadikan sebagai sumber

pendapatan utama kepada para usahawan selain itu menyumbang kepada

pertumbuhan ekonomi negara.

Diharap para usahawan dan peserta kursus dapat menjadi rakan niaga kepada

pihak Institut Latihan Teknikal Usahawan (ILTU) sehingga mewujudkan

rangkaian perniagaan yang lebih besar didalam bidang ini. Jalinan rangkaian ini

akan dapat menjalinkan kerjasama lebih erat dimana segala produk seperti

telefon model-model terbaru dibekalkan terus kepada usahawan begitu juga

peralatan-peralatan yang diperlukan sebagai alat ganti.

25

Institut Latihan Teknikal Usahawan ( PBTC)

LAMPIRAN DAIRIKURSUS –KURSUS

KEMAHIRAN DAN PROGRAMYANG TELAH DIKENDALIKAN

OLEH

INSTITUT LATIHAN

TEKNIKAL USAHAWAN(Passion Beauty Training Consultancy)

26

Institut Latihan Teknikal Usahawan ( PBTC)

PROGRAM PEMBANGUNAN USAHAWANKURSUS PENYENGGARAAN DAN MEMBAIKI TELEFON BIMBIT

(Juruteknik Telefon Bimbit)

27

Institut Latihan Teknikal Usahawan ( PBTC)

KURSUS KEUSAHAWANAN

Kelas Perisian(Mobile Cellular Software)

28

Institut Latihan Teknikal Usahawan ( PBTC)

ANJURAN PEJABAT MARADAERAH SEBERANG PERAI UTARA (SPU)

(KURSUS PENYENGGARAAN DAN MEMBAIK PULIH TELEFON BIMBIT)

29

Institut Latihan Teknikal Usahawan ( PBTC)

KURSUS KEUSAHAWANANANJURAN PEJABAT MARA

DAERAH BUKIT MERTAJAM (SPT)(KURSUS PENYENGGARAAN DAN MEMBAIK PULIH TELEFON BIMBIT)

30

Institut Latihan Teknikal Usahawan ( PBTC)

PROGRAM LATIHAN 1 MSIA BELIA DAN BELIAWANIS IPOH(KURSUS PENYENGGARAAN DAN MEMBAIKI TELEFON BIMBIT)

31

Institut Latihan Teknikal Usahawan ( PBTC)

KURSUS PENYENGGARAAN MEMBAIKI TELEFON BIMBITBELIA DAN BELIAWANIS IPOH SIRI KE-2

32

Institut Latihan Teknikal Usahawan ( PBTC)

PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN 1 MALAYSIABELIA DAN BELIAWANIS FELDA

(KURSUS PENYENGGARAAN DAN MEMBAIKI TELEFON BIMBIT)

33

Institut Latihan Teknikal Usahawan ( PBTC)

SEBUTHARGA PROGRAMINSTITUT LATIHAN

TEKNIKAL USAHAWAN(Passion Beauty Training Consultancy)

34

Institut Latihan Teknikal Usahawan ( PBTC)

LAMPIRAN 1

KOS PROGRAM KURSUS JANGKA PANJANG

PEMBENTUKAN USAHAWAN TELEKOMUNIKASI

(PENYENGGARAAN DAN MEMBAIK PULIH TELEFON BIMBIT - PERKAKASAN/HARDWARE

DAN PERISIAN/SOFTWARE)

SELAMA 90 HARI (3 Bulan)

BIL KETERANGANBIL

PESERTA

KOS

SEPESERTAJUMLAH (RM)

1.

Pentadbiran

- Pendaftaran Peserta

- Pengurusan Pentadbiran

- Persijilan (SKM@INDUSTRI)

25150.00

100.00

150.00

3,750.00

2,500.00

3,750.00

2.

Yuran Pengajian

Produk & Barangan Amali/

Barangan Pakai Buang

Peralatan Asas Khas – (Untuk Peserta)

- (Anroid Phone,Tools Set,Tweezer ,Full

Set Screw Driver32 bt, Screen Tools)

25

1,700.00

600.00

42,500.00

15,000.00

3.

Kemudahan

- Insuran Berkelompok

- Penginapan & Asrama (120.00 x 3)

- T. Shirt (Aktiviti Harian 2 Helai)

25100.00

360.00

100.00

2,500.00

9,000.00

2,500.00

4. Elaun Sara Diri Peserta

- RM500 x 3 bulan25 1,500.00 13,750.00

JUMLAH BESAR 4,760.00 119,0000.00

35

Institut Latihan Teknikal Usahawan ( PBTC)

LAMPIRAN 2

KOS PROGRAM KURSUS JANGKA PANJANG

PEMBENTUKAN USAHAWAN TELEKOMUNIKASI

(PENYENGGARAAN DAN MEMBAIK PULIH TELEFON BIMBIT

PERKAKASAN/HARDWARE DAN PERISIAN/SOFTWARE)

SELAMA DUA (2) BULAN (TEORI/PRAKTIKAL)

NOTA/ CATATAN

Sebutharga Atau Buget Kursus Adalah Bergantung Kepada Keperluan Dan

Persetujuan Di Antara Kedua Belah iaitu Pihak Pembiaya Dan Pihak Pengendali

BIL KETERANGANBIL

PESERTA

KOS

SEPESERTA

JUMLAH

(RM)

1.

PENGAJIAN

- Yuran Pengajian(Nota/ Bahan Latihan/ Bahan Pakai Buang)

- Peralatan Amali Untuk Peserta(Telefon Anroid,Twezer, Full Set ScrewDriver32 bts, Screen Tools)

10

1,260.00

500.00

12,600.00

5,000.00

2.KEMUDAHAN- Penginapan & Asrama (110.00 x 2 bln) 10 220.00 2,200.00

3.

MAKAN DAN MINUM- Makan/ Minum (17.00 x 30 hari x 2 bln)

(Sarapan Pagi/ Makan Tengahari/Makan Malam)

10 1,020.00 10,200.00

JUMLAH BESAR 3.000.00 30,000.00

36

Institut Latihan Teknikal Usahawan ( PBTC)

LAMPIRAN DOKUMEN

38

39

40

41

42

43

Institut Latihan Teknikal Usahawan ( PBTC)