15
PERSIAPAN DAN PERSEDIAAN UNTUK PERSARAAN Persediaan bermula dari anda dan untuk anda. Persaraan hebat adalah persaraan bahagia dan sejahtera. Disediakan Oleh: Mohammad Khairul Shaleh, BEng ,MSc, FIMM Founder Celik Labur Rujukan www.kkk.org.my

Persiapan dan Persediaan Untuk Persaraan Idaman

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Setiap dari kita akan bersara. Persoalannya, adakah kita bersedia? Apakah persediaan yang kita perlu adakan? Apakah persediaan yang perlu kita ambil tahu? Isu utama adalah peruntukan ataupun bajet. Ramai yang tahu, adalah sukar untuk merancangan perbelanjaan untuk mendapat lebihan bagi tujuan simpanan persaraan. Apapun yang penting kita tahu merancang persaraan dengan baik kerana jika semasa bergajipun kita sudah sesak, bagaimanakah keadaannya semasa tidak bergaji. Cara terbaik adalah lihat kembali keperluan dan kehendak kita. Adakah kita hidup atas kapasiti keperluan atau atas kapasiti kehendak. Keperluan adalah atas dasar kemanusiaan atau hidup atas dasar kehendak keegoan dan nafsu.

Citation preview

Page 1: Persiapan dan Persediaan Untuk Persaraan Idaman

PERSIAPAN DAN PERSEDIAAN

UNTUK PERSARAAN

Persediaan bermula dari anda dan untuk anda.

Persaraan hebat adalah persaraan bahagia dan sejahtera.

Disediakan Oleh:

Mohammad Khairul Shaleh, BEng ,MSc, FIMM

Founder Celik Labur

Rujukan – www.kkk.org.my

Page 2: Persiapan dan Persediaan Untuk Persaraan Idaman

Persiapan untuk Persaraan

Melangkah ke alam persaraan boleh menjadi salah

satu perubahan terbesar dan cabaran yang kita

perlu hadapi.

Dengan perancangan yang betul, tabungan anda

akan dapat digunakan untuk anda menghabiskan

tahun-tahun persaraan anda melakukan perkara-

perkara anda suka.

Ia mungkin perjalanan, masa dengan keluarga

anda, hobi, atau perubahan kerjaya.

Page 3: Persiapan dan Persediaan Untuk Persaraan Idaman

Persiapan untuk Persaraan

Walaupun seseorang itu bekerja dalam tempoh yang lama untuk

membayar hutang-hutang mereka, namun mereka terpaksa

menyimpan sebahagian daripada duit tersebut sebagai persiapan

apabila bersara kelak. Apa yang membimbangkan ialah seseorang itu

terpaksa hidup dalam keadaan serba kekurangan walaupun tidak ada

sebarang masalah dalam kehidupan mereka apabila mencapai usia

tua.

Page 4: Persiapan dan Persediaan Untuk Persaraan Idaman

PERKARA-PERKARA ASAS DALAM

MERANCANG PERSARAAN

Page 5: Persiapan dan Persediaan Untuk Persaraan Idaman

Beberapa perkara perlu anda selidiki terlebih dahulu iaitu:

1. Berapa banyak wang simpanan dan aset yang anda

miliki sekarang?

2. Berapakah pendapatan bulanan anda?

3. Berapa peratus daripada gaji bulanan anda dicarum

dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja atau

sebarang dana persaraan?

4. Berapa peratuskah pulangan balik daripada

pelaburan?

5. Berapa tahun yang anda ada sehingga mencapai usia

persaraan untuk mengumpul wang?

Selidiki Profil Anda

Page 6: Persiapan dan Persediaan Untuk Persaraan Idaman

Tetapkan usia persaraan anda – 45, 55, 60,

atau 65?

Buat analisa aset dan tanggungan anda

sekarang

Kira berapa keperluan anda semasa

bersara tersebut dengan mengambilkira

faktor inflasi

Selidiki Profil Anda

Page 7: Persiapan dan Persediaan Untuk Persaraan Idaman

Persiapan persaraan hendaklah meliputi

pengurangan hutang,

peruntukan perbelanjaan,

pelbagaian pelaburan dan

menjaga kesihatan tubuh badan dengan

– makanan yang seimbang serta

– aktiviti riadah.

Gariskan keperluan persaraan

Page 8: Persiapan dan Persediaan Untuk Persaraan Idaman

Semasa persaraan, kesihatan amat penting.

Perbelanjaan utama semasa bersara adalah kos

perubatan yang mengikis wang persaraan anda.

Insuran hanya melindungi untuk kes tertentu

penyakit kritikal dan kecacatan, tetapi tidak

meliputi sebarang proses dan perskripsi ubatan

yang anda perlukan.

Oleh itu persiapan persaraan yang mencukupi

amat perlu bagi memastikan seseorang dapat

hidup dengan sejahtera.

Gariskan keperluan persaraan

Page 9: Persiapan dan Persediaan Untuk Persaraan Idaman

PERSEDIAAN SEBELUM TEMPOH

PERSARAAN

Page 10: Persiapan dan Persediaan Untuk Persaraan Idaman

Langkah 1: Wujudkan Tabung Persaraan

• Daftarkan diri anda dengan Kumpulan Wang

Simpanan Pekerja (KWSP) pada hari pertama anda

bekerja.

• Walau bagaimanapun, disebabkan oleh faktor

inflasi, wang simpanan dalam KWSP mungkin tidak

mencukupi untuk keperluan persaraan nanti.

• Wujudkan satu akaun simpanan persaraan di bank

dan mulai menabung 10 peratus daripada gaji

bulanan.

Persediaan Untuk Persaraan

Page 11: Persiapan dan Persediaan Untuk Persaraan Idaman

Langkah 2: Tambah peruntukan tabungan tiap tahun

• Apabila usia anda semakin meningkat, tambah wang

simpanan anda dalam tabung simpanan persaraan

sebanyak beberapa peratus daripada gaji bulanan

setiap tahun.

• Misalnya,

Persediaan Untuk Persaraan

Umur Peratus Simpanan

25 10%

26 11%

29 14%

32 17%

35 20%

Page 12: Persiapan dan Persediaan Untuk Persaraan Idaman

Langkah 3: Tambah tabungan dari BONUS tahunan

• Peruntukan setiap kenaikan gaji bulanan atau

bonus tahunan ke dalam simpanan untuk

persaraan.

• Pastikan anda memperuntukkan sejumlah wang

dalam perbelanjaan bulanan untuk simpanan

untuk persaraan nanti.

Persediaan Untuk Persaraan

Page 13: Persiapan dan Persediaan Untuk Persaraan Idaman

Langkah 4: Buat penilaian berkala terhadap

tabungan anda

Di samping menyimpan wang untuk persaraan, buat

penilaian terhadap pelaburan anda setiap tahun

untuk memastikan bahawa wang anda sedang

berkembang mengikut pelan persaraan kelak.

Persediaan Untuk Persaraan

Page 14: Persiapan dan Persediaan Untuk Persaraan Idaman

Kesimpulan

• Gagal merancang bermakna anda

merancang untuk gagal

• Kejayaan perancangan anda

bergantung kepada komitment anda,

bukan orang lain

• Tabungan Persaraan adalah untuk

anda, bukan untuk sesiapapun termasuk anak-anak anda

Page 15: Persiapan dan Persediaan Untuk Persaraan Idaman

Mengenai Perunding

• Perunding adalah Pengasas kepada Program

Celik Labur yang bertujuan untuk memberikan

pendedahan dan pendidikan kepada masyarakat

tentang kepentingan dan pemahaman tentang

pelaburan.

• Sering dijemput untuk memberi perkongsian

tentang Perancangan Persaraan dan Pelaburan

Korporat

• Juga merupakan Perunding Unit Amanah Berlesen

sejak 2010.

• Sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi

di saluran dibawah

• Email @ LinkedIn @ Facebook –

[email protected]

• SMS – 011 21778739

• PERHATIAN ; Segala Perkongsian adalah

PERCUMA dan tanpa sebarang ikatan