37
tugasan bmm3112 sejarah melayu 1.0 Pengenalan Sejarah Bahasa Melayu Sejarah Melayu merupakan karya sastera sejarah Melayu yang terkenal dalam kalangan rakyat di Malaysia. Karya ini berjaya memaparkan sejarah keagungan bangsa Melayu yang penuh dengan pelbagai pencapaian. Salah satu daripadanya ialah penggunaan bahasa Melayu yang begitu baik dan berkesan yang berjaya menceritakan pelbagai kehebatan dan keagungan bangsa Melayu pada zaman tersebut. Naskhah asalnya telah diterbitkan di Singapura oleh Malaya Publishing House .Naskhah ini merupakan antara naskhah standard yang telah ditemui oleh sejarawan yang telah dicetak dan disalin semula oleh Shellabear pada tahun 1896 di Singapura . Bahkan menurut penulis tersebut, karya ini merupakan karya kedua dari suatu siri tentang sejarah-sejarah Melayu yang penting dan karya ini telah diterjemah ke dalam pelbagai bahasa dunia yang lain seperti Perancis dan Belanda. Karya Sejarah Melayu dari segi bahasanya, Nik Sofiah Haji Karim memberikan pandangan sebagai yang berikut: ( Nik Sofiah Haji Karim, 1985:8): “ mengenai jenis ayat yang digunakan, saya akan mengambil kesimpulan yang dibuat oleh Awang Sarin. Awang Sarin menyatakan bahawa secara menyeluruh Salatussalatin mempunyai kecenderungan menggunakan ayat majmuk lebih banyak daripada ayat mudah dan ayat transformasi satu dasar”. Pendekatan terhadap Sejarah Melayu dari segi bahasa tidak begitu kerap dicuba sebaliknya, ia boleh dianggap sebagai biasa dimulakan seperti yang dapat dilihat dalam kertas kerja Nik Sofiah Haji Karim iaitu ciri-ciri bahasa Melayu lama : satu pendekatan linguistik. 2.0 Sejarah Melayu dalam aspek Penggunaan Kata. Kata ialah unit bahasa yang terkecil yang mengandungi makna lengkap dan dapat berdiri sendiri dalam ayat. Unsur yang membentuk perkataan ialah morfem, iaitu unit terkecil dalam

Tugasan bmm3112 sejarah melayu

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Tugasan bmm3112 sejarah melayu

tugasan bmm3112 sejarah melayu

1.0   Pengenalan Sejarah Bahasa Melayu

Sejarah Melayu merupakan karya sastera sejarah Melayu yang terkenal dalam

kalangan rakyat di Malaysia. Karya ini berjaya memaparkan sejarah keagungan

bangsa Melayu yang penuh dengan pelbagai pencapaian. Salah satu daripadanya

ialah penggunaan bahasa Melayu yang  begitu baik dan berkesan yang berjaya

menceritakan pelbagai kehebatan dan keagungan bangsa Melayu pada zaman

tersebut.

Naskhah asalnya telah diterbitkan di Singapura oleh Malaya Publishing

House .Naskhah ini merupakan antara naskhah standard yang telah ditemui oleh

sejarawan yang telah dicetak dan disalin semula oleh Shellabear pada tahun 1896 di

Singapura . Bahkan menurut penulis tersebut, karya ini merupakan karya kedua dari

suatu siri tentang sejarah-sejarah Melayu yang penting dan karya ini telah diterjemah

ke dalam pelbagai bahasa dunia yang lain seperti Perancis dan Belanda.

Karya Sejarah Melayu dari segi bahasanya, Nik Sofiah Haji Karim memberikan

pandangan sebagai yang berikut: ( Nik Sofiah Haji Karim, 1985:8):

“ mengenai jenis ayat yang digunakan, saya akan mengambil kesimpulan yang

dibuat oleh Awang Sarin. Awang Sarin menyatakan bahawa secara menyeluruh

Salatussalatin mempunyai kecenderungan menggunakan ayat majmuk lebih banyak

daripada ayat mudah dan ayat transformasi satu dasar”. 

 Pendekatan terhadap Sejarah Melayu dari segi bahasa tidak begitu kerap dicuba

sebaliknya, ia boleh dianggap sebagai biasa dimulakan seperti yang dapat dilihat

dalam kertas kerja Nik Sofiah Haji Karim iaitu ciri-ciri bahasa Melayu lama : satu

pendekatan linguistik.

2.0          Sejarah Melayu dalam aspek Penggunaan Kata.

Kata ialah unit bahasa yang terkecil yang mengandungi makna lengkap dan dapat

berdiri sendiri dalam ayat. Unsur yang membentuk perkataan ialah morfem, iaitu unit

terkecil dalam bahasa yanga mempunyai fungsi gramatis atau menjalankan tugas

nahu. Morfem terbahagi kepada morfem bebas dan morfem terikat. Morfem bebas

ialah morfem yang dapat berdiri sendiri sebagai suatu kata atau ayat minimum

manakala morfem terikat memerlukan morfem lain untuk membentuk perkataan .

Contoh morfem bebas dalam teks Sejarah Melayu ialah emas, raja dan hati.

Manakala contoh morfem terikat pula ialah ber dalam perkataan berangkatlah, di …

Page 2: Tugasan bmm3112 sejarah melayu

i membentuk perkataan dianugerahi, per….an membentuk

perkataan perbendaharaan dan sebagainya.

Dalam bahasa Melayu terdapat empat golongan kata, iaitu kata nama, kata kerja,

kata adjektif, dan kata tugas.

               2.1          Kata Nama Dalam Karya Sejarah Melayu

Kata nama ialah sejumlah perkataan yang menjadi unsur inti dalam binaan frasa

nama. Kata nama boleh berperanan sebagai subjek dan predikat mengikut situasi

ayat atau cerita yang hendak disampaikan oleh penutur. Begitu juga dalam Hikayat

Sejarah Melayu ini. Namun begitu, kata nama ini begitu luas untuk dijelaskan.

Justeru,  kata nama telah dibahagikan kepada kata nama khas, kata nama am dan

kata ganti nama.

                                                                                

               2.1.1       Kata Nama Khas Dalam Karya Sejarah Melayu

Kata nama khas ialah kata nama yang mendukung makna rujukan khas kepada

sesuatu benda atau orang. Huruf pertama kat  nama ini ditulis dengan huruf besar.

Kata nama khas dapat dibahagikan kepada kata nama khas hidup dan kata nama

khas tak hidup. Kata nama khas hidup terbahagi pula kepada dua kumpulan iaitu

kata nama khas hidup manusia dan kata nama khas hidup bukan manusia.

Contoh kata nama khas yang terdapat dalam karya Sejarah Melayu boleh dilihat

dalam rajah 1 di bawah.

                                             

                                              Rajah 1

KATA NAMA KHAS

Hidup

Tak hidup

Contoh:

Makaduniah, Hindi, Turkistan

Manusia

Contoh:  Raja Iskandar, Raja Kida Hindi,, Nabi Ibrahim

Bukan manusia

Page 3: Tugasan bmm3112 sejarah melayu

Contoh: Corek Mandang Kini, Lembuara

KATA NAMA AM

Hidup

Tak hidup

Manusia

Contoh: raja, puteri,anak , cucu

Bukan manusia

Contoh: malaikat, lembu

putih,padi 

Institusi

Contoh:

istana, 

Bukan institusi

konkrit

Contoh: negeri, jalan, sungai, kampung

Bukan institusi abstrak berbilang

Contoh: santapan, pakaian

Bukan institusi abstrak tak berbilang

Contoh: angin,roh kuasa

Kata Ganti Nama

Kata Ganti Nama Tunjuk

Contoh: begini, itu, ini

Kata Ganti Nama Diri

Kata Ganti Nama Diri Tanya

Contoh: apa, siapa, mana

Kata Ganti Nama Diri Orang

Pertama

Contoh: patik, beta

Kedua

Contoh: kalian

Ketiga

Contoh: baginda, nya

 

Cara

Contoh:laj

u

Sifat /

Keadaan

Contoh:pandai

JENIS

KATA 

ADJEKTIF

Perasaan

Contoh:gembir

Page 4: Tugasan bmm3112 sejarah melayu

a

Warna

Contoh:

kuning

Pancaindera

sentuh

Contoh:halus

Bau

Contoh:

harum

Rasa

Contoh: manis

Pandang

Contoh: cantik

Dengar

Contoh:

merdu

Gabungan

Contoh: bersih

Ukuran

Contoh:panjan

g

Waktu

Contoh:lam

a

Jarak

Contoh:jau

h

1. Bentuk Kata

Tunggal

Terbitan

Majmuk

Ganda

2. Proses Pembentukan Kata

Pengimbuhan

Pemajmukan

Penggandaaan

                   Rajah di atas menunjukkan golongan kata dalam bahasa Melayu.

Interaksi P&P Yang Berkualiti.

Aktiviti Kokurikulum Yang Berkesan.

Pembentukan Sahsiah Guru Yang Mantap.

Pengurusan Dan Perkembangan Sumber Manusia Yang Efektif.

Penyediaan Persekitaran Yang Kondusif.

Page 5: Tugasan bmm3112 sejarah melayu

2.1.2       Kata Nama Am Dalam Karya Sejarah Melayu

Kata nama am ialah perkataan yang merujuk benda, orang atau konsep yang

bersifat umum. Pembahagian kata nama am boleh ditunjukkan dalam rajah 2 di

bawah.        

                                              Rajah 2

2.1.3       Kata Ganti Nama Dalam Karya Sejarah Melayu

Kata ganti nama ialah kata yang menggantikan kata nama am atau kata nama khas.

Pembahagian kata ganti nama ditunjukkan dalam rajah 3 di bawah.

                                              Rajah 3

2.1.4       Kata Kerja Dalam Karya Sejarah Melayu

Kata kerja ialah sejumlah perkataan yang menjadi unsur inti dalam binaan frasa

kerja. Kata kerja dibahagikan kepada kata kerja tak transitif dan kata kerja transitif.

Page 6: Tugasan bmm3112 sejarah melayu

Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan objek atau penyambut

selepasnya. Oleh itu, kata kerja tak transitif tidak dapat dipasifkan.

Kata kerja tak transitif dibahagikan kepada dua iaitu kata kerja tak transitif tanpa

pelengkap dan kata kerja tak transitif berpelengkap. Kata kerja tak transitif tanpa

pelengkap ialah kata kerja yang boleh berdiri sendiri tanpa diikuti pelengkap.

Contoh: …….anak raja Bentan itu terlalu amat berkasih-kasihan.

               …… itulah sebabnya maka beta hendak pergi.

Kata kerja tak trasitif tanpa pelengkap boleh ditambah unsur keterangan seperti yang

berikut:

Contoh: ………..maka baginda pun turun bermain ke pasir.

Kata kerja tak transitif berpelengkap memerlukan pelengkap untuk menyempurnakan

maksud ayat. Unsur-unsur yang menjadi pelengkap boleh terdiri daripada kata

adjektif, frasa sendi nama dan kata nama.

Contoh: Kata sahibul hikayat, maka trsebutlah perkataan raja di

               benua Keling , Adi Wiranama Raja Mudeliar namanya,

               asalnya daripada anak cucu Raja Suran, raja di negeri

             Bija Nagara.

Kata kerja transitif ialah kata kerja yang memerlukan objek yang terdiri daripada

frasa nama untuk menyempurnakan maksudnya. Kata kerja ini terbahagi kepada

kata kerja transitif aktif dan kata kerja transitif pasif.

Contoh: Maka berapa puluh raja-raja datang meminang, tiada

               diterima oleh Raja Jambuga Rama Mudeliar, katanya

               “Bukan bangsaku. Dipinang oleh raja kebanyakan ini

              bukan padannya.’’

Kata kerja transitif aktif boleh menggugurkan objeknya sekiranya kata kerja tersebut

membawa makna adjektif.

Contoh: Telah itu maka oleh Paduka Seri Pikrama Wira,ananda

               baginda Raja Muda dikahwinkan baginda dengan anak

             Tun Perpatih Permuka Berjajar; terlalu sangat berkasih-

             

kasihan.                                                                                                                

2.1.5       Kata Adjektif dalam Karya Sejarah Melayu

Kata adjektif atau kata sifat ialah kata yang menjadi unsur inti dalam binaan frasa

adjektif. Kata adjektif boleh dikenal pasti melalui cirinya yang boleh didahului atau

diikuti oleh kata penguat.

Contoh:                ………terlalu hairan……….

               ……..terlalu sekali besar ……….

Page 7: Tugasan bmm3112 sejarah melayu

Berdasarkan makna yang didukung oleh sesuatu adjektif, kata-kata adjektif boleh

dibahagikan kepada jenis-jenis seperti yang berikut:

Kata adjektif dapat digunakan untuk menyatakan tiga darjah perbandingan, iaitu

darjah biasa, darjah bandingan, dan darjah penghabisan.

            2.1.6     Kata Tugas Dalam Karya Sejarah Melayu

Kata tugas tidak berfungsi sebagai unsur inti dalam sebarang predikat, baik predikat

frasa nama, frasa kerja ataupun frasa adjektif. Kata tugas mempunyai tugas-tugas

tertentu dalam pembinaan sesuatu frasa, klausa dan ayat.

     Berdasarkan kriteria kedudukan dan fungsinya dalam binaan ayat,

     kata-   kata tugas boleh dikelompokkan kepada:

     1.  kata penyambung ayat

     2.  kata praklausa

     3.  kata prafrasa

     4.  kata pascakata

     5.  kata supraayat

          Kata penyambung ayat ialah kata hubung yang terbahagi kepada:

    a.  kata hubung gabungan (kata hubung setara)

    b.  kata hubung pancangan (kata hubung tak setara)

    Kata hubung gabungan menghubungkan dua klausa atau lebih yang

     sama tara sifatnya.

          Contoh kata hubung gabungan ialah dan, atau, manakala, tetapi, lalu

          dan sebagainya.

Page 8: Tugasan bmm3112 sejarah melayu

         

         Contoh penggunaan kata hubung dalam karya Sejarah Melayu:

   Telah berapa hari di jalan, sampailah ke Majapahit; maka ia pun naik

   menghadap Betara Majapahit persembahkan surat dan kiriman raja

   Singapura itu.

   Kata hubung pancangan menyambung klausa tak setara atau klausa

   pancangan pada klausa utama (klausa induk). Kata hubung pancangan

   terbahagi kepada:

          a. Kata hubung pancangan relatif.

          b. Kata hubung pancangan komplemen.

          c. Kata hubung pancangan keterangan.

         Kata hubung pancangan relatif atau ringkasnya kata relatif digunakan

          untuk menghubungkan klausa utama dengan klausa kecil yang lain.  

         Kata relatif yang digunakan ialah yang.

        Contoh penggunaan kata hubung pancangan relatif dalam karya Sejarah

        Melayu:

    

         Maka dititahkan Betara Majapahit seorang hulubalang yang besar

         akan panglimanya, Demang Wiraja namanya.

          Kata hubung pancangan komplemen atau ringkasnya kata komplemen

          digunakan untuk menghubungkan satu klausa yang menjadi

          komplemen atau pelengkap pada klausa utama. Kata komplemen yang

          digunakan ialah bahawa dan untuk.

          Contoh penggunaan kata hubung pancangan komplemen dalam karya

          Sejarah Melayu:

         

            I`LAM, ketahui olehmu, kepada zaman dahulukala dan pada

             masa yang telah lalu, kata yang empunya cerita, bahwa Raja

             Iskandar, anak Raja Darab, Rum bangsanya, Makaduniah nama

              negerinya, Zulkarnain gelarannya, sekali peristiwa baginda

             berjalan hendak melihat matahari terbit; maka baginda sampai

Page 9: Tugasan bmm3112 sejarah melayu

             pada serokan negeri Hindi.

          

Kata hubung pancangan keterangan atau ringkasnya kata hubung keterangan

berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada satu klausa utama.

           Contoh kata hubung keterangan:

                a.   keterangan sebab: kerana, lantaran, oleh sebab

                b.   keterangan syarat:  sekiranya, kalau , jikalau, andai kata, jika

                c.   keterangan akibat:  hingga, sehingga

                d.  keterangan waktu:  sementara, ketika, setelah, tatkala, semasa,

                     sewaktu, apabila, sebelum, selepas 

                e.  keterangan pertentangan:  walaupun, sungguhpun, kendatipun,

                     meskipun, biarpun, sekalipun 

                f.   keterangan tujuan: agar, supaya, untuk

                g.  keterangan cara:  dengan

                h.  keterangan bandingan:  seolah-olah, seperti

Kata praklausa ialah kata yang hadir di hadapan klausa , contoh kata praklausa ialah

kata seru, kata Tanya, kata perintah, kata pembenar dan kata   pangkal ayat.

Kata seru digunakan untuk melahirkan pelbagai perasaan dan menghasilkan ayat

seruan.

Contoh kata seru ialah aduh, cis, celaka, wah, aduhai, amboi, eh, oh dan wahai.

Kata tanya digunakan untuk menanyakan sesuatu.

Contoh kata tanya ialah mengapa, berapa, bila dan bagaimana.

Kata tanya hadir sebagai predikat atau sebahagian daripada predikat. Sekiranya kata

tanya dikedepankan, maka kata tersebut perlu disertai partikel –kah. Kata tanya

boleh dalam bentuk kata ganti nama seperti apa, siapa dan mana.

Contoh penggunaan kata tanya dalam karya Sejarah Melayu:

Maka sembah utusan itu, “Bukan demikian kehendak paduka kakanda

itu; adakah orang yang pandai di bawah duli paduka sangulun yang demikian?’’

Kata perintah ialah kata yang digunakan dalam ayat perintah untuk menimbulkan

suatu tindak balas.

Contoh kata perintah ialah jangan, usah, sila, jemput, minta, tolong dan harap.

Contoh penggunaan kata perintah dalam karya Sejarah Melayu:

Maka sembah Tun Perpatih Pandak, ‘Tuanku, kepada  bicara patik janganlah ia kita

adu; jikalau alah salah seorang, takut menjadi berselisih duli Tuanku dengan paduka

adinda.’

       

Page 10: Tugasan bmm3112 sejarah melayu

Kata pembenar digunakan untuk mengesahkan sesuatu pertanyaaan. Contoh kata

pembenar ialah ya, benar dan betul.

Contoh penggunaan kata pembenar dalam karya Sejarah Melayu:

Maka sembahnya, ‘Ya Tuanku, jika ada kurnia duli Tuanku, empat ribu hulubalang

beri akan patik, boleh patik tangkap Raja Semudra itu dengan hidupnya patik

persembahkan ke bawah Duli Yang Dipertuan.’

Maka sahut Maharaja Dewa Sura, ‘Benarlah kata tuan hamba itu; tuan hambalah

sempurna hamba.’

Kata pangkal ayat hadir di bahagian hadapan ayat yang menjadi penanda

kesinambungan ayat dalam wacana. Kata ini kerap digunakan dalam bahasa klasik

dan jarang terdapat dalam bahasa moden.

Contoh kata pangkal ayat ialah hatta, maka, syahadan, adapun, alkisah, kalakian,

sebermula, sekali, peristiwa, arakian.

Kata prafrasa hadir di hadapan frasa, iaitu sama ada frasa nama, frasa kerja atau

frasa adjektif. Kata prafrasa boleh dijeniskan kepada kata bantu, kata penguat, kata

penegas, kata nafi, kata pemeri, kata sendi nama, kata  arah dan kata bilangan.

Kata bantu bertugas membantu frasa kerja, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi

nama dengan menimbulkan makna-makna tambahan dari segi aspek waktu atau

ragam. Kata bantu terbahagi kepada:

     a.  kata bantu aspek

     b.  kata bantu ragam

Kata bantu aspek menimbulkan suasana perbezaan masa sama ada masa lampau,

masa kini atau masa hadapan. Contoh kata bantu aspek: telah, sudah , pernah,

sedang, masih, akan dan belum.

Contoh penggunaannya dalam ayat:

Setelah sampai ke darat, maka oleh Awi Dicu diisinya peti empat buah, empat orang

hulubalang yang gagah.

Kata bantu ragam menerangkan ragam perasaan yang berkaitan dengan perbuatan

yang dilakukan seperti hendak, mahu, harus, mesti, boleh dan dapat.

Contoh penggunaannya dalam ayat:

Maka segala hulubalang Semudra pun gemparlah, masing-masing menghunus

senjatanya hendak berperang dengan orang Syahrun Nuwi.

Page 11: Tugasan bmm3112 sejarah melayu

Kata penguat ialah perkataan yang mendahului atau mengikuti kata adjektif dengan

fungsinya untuk menguatkan maksud yang terkandung dalam kata adjektif. Kata

penguat terbahagi kepada kata penguat hadapan, kata penguat belakang dan kata

penguat bebas. Contoh kata penguat hadapan: terlalu, paling, agak. Contoh kata

penguat belakang: sekali, benar, nian. Contoh kata penguat bebas: amat, sangat,

sungguh.

Contoh penggunaan kata penguat dalam ayat:

Telah sampai ke negeri Syahrun Nuwi, maka Raja Semudra pundipersembahkan

oleh Awi Dicu kepada Raja Syahrun Nuwi; maka Raja Syahrun

Nuwi terlalu sukacita.

Kata penegas berfungsi memberikan penekanan pada bahagian-bahagian tertentu

dalam ayat. Kata penegas terbahagi kepada dua:

a. Yang hanya menegaskan frasa predikat atau bahagian-

     bahagiannya. Contoh: -kah, -tah dan –lah.

  

  Contoh penggunaan dalam ayat:

      Kata sahibul hikayat, maka tersebutlah perkataan Raja Malikul

      Mansor di Semudra.

b.  Yang menegaskan kedua-dua bahagian ayat, iaitu subjek dan predikat. Contoh:

juga, jua, pun, sahaja, lagi dan memang.

Contoh penggunaan dalam ayat:

Maka baginda pun menyesal dirinya.

Kata nafi ialah kata yang menjadi unsur nafi frasa-frasa predikat seperti frasa nama,

frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama. Kata nafi terdiri daripada kata bukan

dan tidak. Kata bukan menjadi unsur nafi frasa nama dan frasa sendi nama,

manakala kata tidak menjadi unsur frasa kerja dan frasa adjektif.

Contoh penggunaan kata nafi dalam karya Sejarah Melayu:

Maka tidaklah dapata orang berdiri adi pantai itu, lagi banyak mati.

Kata nafi bukan boleh hadir sebelum frasa kerja dan frasa adjektif sekiranya kedua-

dua frasa itu membawa maksud pertentangan maklumat.

Kata pemeri menjadi unsur pemeri hal atau perangkai antara subjek dengan frasa-

frasa utama dalam predikat. Kata pemeri terdiri daripada kata ialah dan adalah. Kata

ialah hadir di hadapan frasa nama dan menunjukkan persamaan atau ekuatif

manakala  kata adalah hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama dan

menunjukkan huraian atau kualitatif.

Page 12: Tugasan bmm3112 sejarah melayu

Contoh penggunaan kata pemeri dalam karya Sejarah Melayu:

Syahdan Seri Rama itu panglima gajah, ialah asal ceteria; duduknya dekelek-

kelekan kanan, sirihnya bertetampan.

Biasanya kata pemeri tidak boleh hadir bersama kata nafi kecuali dalam binaan kata

nafi dan frasa adjektif. Kata pemeri juga tidak boleh hadir di hadapan frasa kerja.

Kata sendi nama hadir di hadapan kata nama atau frasa nama dan berfungsi untuk

merangkaikan frasa nama dengan kata-kata atau frasa-frasa yang lain. Penggunaan

kata-kata sendi nama digunakan untuk menunjukkan tempat, waktu, arah,

menyatakan punca sesuatu, menyatakan sasaran, keterangan, kegunaan sesuatu,

maksud, menyatakan perihal dan membawa pengertian tertentu.

Contoh kata sendi nama : di, ke, dari, daripada, kepada, pada, untuk ,  bagi, demi ,

tentang, seperti,bagai, umpama, laksana, dengan, sejak, semenjak, terhadap, akan ,

oleh, hingga, sampai, dalam, dan antara.

Contoh penggunaan kata sendi dalam karya Sejarah Melayu:

Adapun selama Sultan Mansor Syah di atas kerajaan itu, tiada Siam

datang ke Melaka , dan orang Melaka tiada pergi ke Siam.

Sesetengah kata sendi nama selain berfungsi sebagai sendi nama juga mempunyai

fungsi-fungsi lain seperti berfungsi sebagai kata kerja, kata adjektif, kata bantu dan

kata arah.

Kata arah  hadir sebelum frasa nama dan biasanya sesudah kata sendi nama untuk

menunjukkan hala atau jurusan. Contoh kata arah ialah atas, antara, bawah, tepi,

belakang, tengah, dalam, luar, penjuru, sisi, sudut, segi, selatan, samping, timur,

barat, hadapan, utara dan sebagainya.

Contoh penggunaan kata arah dalam karya Sejarah Melayu:

Maka pada suatu hari gajah yang abernama Kuricak itupun dibawa oleh gembalanya

mandi lalu dari hadapan penjara itu.

Kata bilangan ialah kata yang menjadi penerang jumlah pada frasa nama. Kata

bilangan terbahagi kepada:

                        a.  Kata bilangan tentu.

                              Contoh: satu lima, seratus, seribu dan sebagainya.

                        b.  Kata bilangan tak tentu.

                              Contoh: beberapa, segala, semua, para , sekalian, seluruh,

                                            banyak, sedikit dan sebagainya.

                      c.     Kata bilangan himpunan.

                              Contoh: berabad-abad,beratus-ratus, beribu-ribu, berjuta-

                                            juta dan sebagainya. 

Page 13: Tugasan bmm3112 sejarah melayu

                     d.    Kata bilangan pisahan.

                             Contoh: masing-masing, tiap-tiap dan setiap.

                     e.    Kata bilangan pecahan.

                            Contoh: setengah, suku, separuh dan sebagainya.

Kata pascakata ialah kata yang hadir selepas perkataan. Bentuk kata pasca kata

yang terdapat dalam bahasa Melayu ialah –nya yang berfungsi sebagai kata

penekan dan kata pembenda.

Contoh penggunaan kata pascakata dalam karya Sejarah Melayu:

Maka dilihatnya kukunya kurang satu.  

Kata supraayat ialah kata yang penggunaannya hanya jelas dalam hubungan antara

ayat. Antara contoh kata supraayat ialah pun, juga, jua, pula dan sahaja.

Contoh penggunaan kata supraayat dalam karya Sejarah  Melayu:

Maka baginda pun terlalu sukacita, serta memberi persalin akan Tun Telanai dan

Menteri Jana Putra, dan akan segala utusan Siam itu.        

3.0   Ayat Dalam Karya Sejarah Melayu

Ayat ialah binaan yang terdiri daripada unsur ayat, iaitu unit-unit yang membentuk

ayat. Ayat boleh dijeniskan kepada ayat dasar dan ayat terbitan (transformasi) . Ayat

terbitan pula terbahagi kepada ayat tunggal dan ayat majmuk.

      

 3.1    Ayat Dasar

Ayat dasar ialah ayat yang menjadi dasar atau sumber untuk membentuk semua

ayat lain dalam sesuatu bahasa. Berdasrkankonstituen   subjek dan predikat, pola

ayat dasar bahasa Melayu terdiri daripada empat pola sahaja, iaitu:

a.   Frasa Nama +   Frasa Nama (FN   +  FN)

b.   Frasa Nama +   Frasa Kerja (FN   +   FK)

c.   Frasa Nama  +  Frasa Adjektif ( FN  +  FA)

d.  Frasa Nama  +  Frasa Sendi Nama (FN  +  FS)

3.2    Ayat Tunggal

Ayat tunggal merupakan ayat yang terbit daripada ayat dasar. Binaan ayat tunggal

menyamai binaan ayat dasar sekiranya ayat tunggal itu ayat penyata. Ayat tunggal

Page 14: Tugasan bmm3112 sejarah melayu

terbina daripada satu klausa sahaja, iaitu mengandungi satu konstituen subjek dan

satu konstituen predikat.

Konstituen subjek ayat tunggal boleh terdiri daripada:

a.   subjek kata nama

b.   subjek kata ganti nama   

c.   subjek kata kerja

d.   subjek kata adjektif

Konstituen predikat ayat tunggal boleh terdiri daripada:

a.  Predikat frasa nama – frasa nama itu boleh terbina aripada kata

     nama am, kata nama khas atau kata nama terbitan.

b.  Predikat frasa kerja – frasa kerja itu boleh terbina daripada kata

     kerja asal, kata kerja terbitan, kata bantu + kata kerja + unsur

     keterangan.

c.  Predikat frasa adjektif

d.  Predikat frasa sendi nama

Contoh penggunaan ayat tunggal dalam karya Sejarah Melayu:

a.            Maka Sultan pun diam.

b.            Maka Seri Udani dijadikan Perdana Menteri.

Dengan berdasarkan intonasi dan tujuannya, ayat tunggal boleh dibahagikan

kepada:

a.   Ayat Penyata

b.   Ayat Tanya

c.   Ayat Perintah

d.   Ayat Seruan

      3.2.1   Ayat Penyata

Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud membuat satu penyataan.

Ayat ini mempunyai tujuan untuk memberikan keterangan tentang sesuatu hal. Ia

juga dikenali sebagai ayat berita atau ayat keterangan.

          

           Contoh penggunaan ayat penyata dalam karya Sejarah Melayu:

           Kata sahibul hikayat, maka  tersebutlah perkataan Raja

           China.          

    3.2.2   Ayat Tanya

Ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu hal. Ayat tanya

terbahagi kepada:

a.   ayat tanya tanpa kata tanya

b.   ayat tanya dengan kata tanya

Page 15: Tugasan bmm3112 sejarah melayu

         

Ayat tanya tanpa kata tanya lazimnya diucapkan dengan nada suara meninggi

sebelum kesenyapan pada akhir ayat.

Dalam tulisan, nada tanya ini dilambangkan dengan tanda soal (?).

Contoh penggunaan dalam karya Sejarah Melayu:

Maka titah baginda,’ Mahukah Seri Nara Diraja akan Tun Bulan, anak Orangkaya

Hitam?’

Ayat tanya tanpa kata tanya boleh disertai partikel –kah pada unsur yang dijadikan

fokus atau judul ayat. Dalam bahasa lisan, partikel –kah biasanya diletakkan pada

hujung ayat. Dalam bahasa tulisan ( baku ), unsur yang menjadi fokus dalam ayat

harus mengalami pendepanan.

Ayat tanya dengan kata tanya ialah ayat tanya yang menggunakan kata tanya

seperti  apa , siapa, berapa , mengapa, bagaimana dan sebagainya. Ayat tanya

dengan kata Tanya terbahagi kepada:

a.   Ayat tanya dengan kata ganti nama tanya

b.   Ayat tanya dengan frasa sendi nama tanya.

Ayat tanya boleh juga dibahagikan kepada ayat tanya terbuka dan ayat tanya

tertutup. Ayat tanya terbuka ialah ayat yang memerlukan jawapan dalam bentuk

penjelasan. Ayat  tanya tertutup pula ialah ayat yang memerlukan jawapan ya atau

tidak/bukan.

Contoh:

Maka kata Seri Nara Diraja pada bendahara, ‘ Apa bicara tuan hamba? Bahwa Raja

Kasim hendak membunuh Raja Rekan.’

Maka Bendahara Paduka Raja pun keluar bertanya, `Apa sebabnya maka orang

gempar ini?’

3.2.3    Ayat Perintah

Ayat perintah ialah ayat yang diucapkan dengan tujuan untuk menimbulkan sesuatu

tindakan. Orang yang bertindak ialah orang kedua atau orang dilawan bercakap.

Peraturan untuk membina aayat perintah ialah bagi kata kerja transitif yang

berawalan meN-, awalan ini digugurkan, tetapi bagi kata kerja tak transitif yang

menerima awalan meN- dan beR-, awalan tersebut dikekalkan.

Contoh penggunaan dalam karya Sejarah Melayu:

Page 16: Tugasan bmm3112 sejarah melayu

Maka baginda berwasiat pada ananda baginda Sultan Ahmad, katanya, ‘ Hai anakku,

dan cahaya mataku, dan buah hatiku, hendaklah jangan engaku melalui sembah

hambamu yang tua-tua pada barang sutu pekerjaan; hendaklah

engkau mesyuarat dengan segala menterimu; dan jangan segera engkau

menggerakkkan hati hambamu; dan hendaklah engkau peringankan ibadatmu akan

Allah subhanahu wataala; dan jangan engkau ambil hak segala manusia dengan

tiada sebenarnya.’

Berdasarkan perkataan yang digunakan, ayat perintah terbahagi kepada:

a.   Ayat suruhan

b.   Ayat larangan

c.   Ayat silaan

d.   Ayat permintaan

Ayat suruhan diucapkan untuk menyuruh orang yang dilawan bercakap melakukan

sesuatu.

Contoh penggunaan ayat suruhan dalam karya Sejarah Melayu:

Maka kata Awi Dicu pada hulubalang empat itu, ‘Apabila kamu datang kelak ke

hadapan Raja Semudra, kamu bukalah peti ini dari dalam, keluarlah kamu

tangkap Raja Semudra itu.’

Ayat larangan ialah ayat yang menggunakan kata larangan seperti jangan, usah,

atau tak usah seabelum kata kerja dengan tujuan untuk melarang seseorang

melakukan sesuatu.

Contoh penggunaan ayat larangan dalam karya Sejarah Melayu:

Maka titah Sultan Mansor Syah,’Hendaklah Bendahara Paduka Raja karang surat

kebenua Siam. Kehendak kita, sembah pun jangan, salam pun tidak, surat kasih

pun jangan.’

Ayat silaan ialah ayat yang menggunakan kata silaan seperti sila atau jemput dengan

tujuan untuk mempersilakan atau menjemput seseorang melakukan sesuatu.

Contoh penggunaan ayat silaan dalam karya Sejarah Melayu:

Maka kata Hang Kasturi, ‘Baiklah, naiklah engkau.’

Ayat permintaan ialah ayat yang menggunakan kata permintaan seperti minta dan

tolong untuk memohon pertolongan atau kerjasama seseorang.

Page 17: Tugasan bmm3112 sejarah melayu

Contoh penggunaan ayat permintaan dalam karya Sejarah Melayu:

Ia pun pergi mengadap Betara Majapahit memohonkan Siantan, sembahnya,

‘Tuanku, kula hendak memohonkan Siantan; jikalau dianugerahkan sebaik-

baiknya; jikalau tiada pun diambil juga.’

Bentuk-bentuk ayat silaan dan permintaan biasanya tidak membawa pengertian yang

negatif sebagaimana yang terdapat dalam ayat larangan.

              3.2.4 Ayat Seruan Dalam Karya Sejarah Melayu

Ayat seruan ialah ayat yang diucapkan dengan nada atau intonasi untuk melahirkan

sesuatu perasaan, seperti takut, marah, takjub, geram dan sakit. Ayat seruan boleh

disertai kata seru atau tidak dan biasanya diakhiri dengan tanda seru (!).

Contoh penggunaan ayat seruan dalam karya Sejarah Melayu:

Maka titah baginda,’Syabas! Bahwa Seri Nara Dirajalah sebenar-benar hamba yang

sempurna.’

Maka kata Raja Muhammad, `Cih! Jatuh destar kita oleh Tun Besar, ‘ sama ia

memandang penjawatnya.

          

                           

            3.2.5 Susunan Konstituen Ayat Tunggal

                   

 Susunan  konstituen ayat tunggal terbahagi kepada susunan biasa dan susunan

songsang. Dalam susunan biasa, konstituen subjeknya terletak di hadapan

konstituen predikat.

Ayat tunggal susunan songsang terbentuk melalui proses pendepanan atau

penjudulan, iaitu unsur-unsur dalam konstituen predikat yang biasanya hadir selepas

subjek dipindahkan ke hadapan subjek.

Page 18: Tugasan bmm3112 sejarah melayu

Proses pendepanan boleh dibahagikan kepada:

a.   Pendepanan seluruh predikat

b.   Pendepanan sebahagian daripada predikat

Contoh ayat tunggal susunan songsang pendepanan seluruh predikat:

Maka Tun Besar ditanamkan oranglah.

Ayat tunggal susunan songsang pendepanan sebahagian predikat terbahagi kepada:

a.   pendepanan frasa kerja

b.   pendepanan frasa adjektif

c.   pendepanan frasa sendi nama

          3.3   Ayat Aktif dan Ayat Pasif Dalam Karya Sejarah Melayu

         

Dari segi  ragam, ayat tunggal boleh dibahagikan kepada ayat

aktif dan ayat pasif. Ayat aktif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang

mengutamakan subjek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan.

Contoh penggunaan ayat aktif dalam karya Sejarah Melayu:

Maka Sultan Mansor Syah segera menyuruh membawa persalin akan Bendahara

dengan selengkapnya.

Maka pada suatu hari Semerluki masuk menghadap ibunya.

Ayat pasif terbit daripada ayat aktif transitif dan mengandungi kata kerja yang

mengutamakan objek asal atau subjek terbitan sebagai judul atau unsur yang

diterangkan.

Contoh penggunaan ayat pasif dalam karya Sejarah Melayu:

Maka oleh Tun Demang ditikamnya, Khoja Baba, luka.

Maka disuruh tetas oleh Semerluki, maka ditetas oranglah.

Ayat aktif terbahagi kepada:

a.   ayat aktif transitif.

b.   ayat aktif tak transitif

Ayat pasif terbahagi kepada:

a.   ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif

Page 19: Tugasan bmm3112 sejarah melayu

b.  ayat pasif dengan kata ganti nama diri orang pertama dan

      kedua

c.   ayat pasif dengan kata bantu pasif kena

  

        

  3.4   Ayat Majmuk Dalam Karya Sejarah Melayu

         Ayat majmuk ialah ayat yang terbina dengan mencantumkan dua ayat tunggal

atu lebih, iaitu mengandungi dua atau lebih daripada dua klausa. Ayat majmuk

terbahagi kepada:

           a.   ayat majmuk gabungan

            b.   ayat majmuk pancangan

            c.   ayat majmuk campuran

                      Ayat majmuk gabungan ialah ayat yang terdiri daripada dua atau lebih

ayat tunggal yang setara sifatnya yang digabungkan dengan menggunakan kata

hubung gabungan dan, atau, tetapi dan sebagainya.

                             Ayat majmuk gabungan terbahagi kepada:

            a.    Gabungan yang susunan fakta-faktanya berurutan dengan

                    menggunakan kata hubung gabungan seperti dan, lalu, lagi,

                    serta dan sambil.

              b.  Gabungan yang susunannya memberikan maksud pertentangan

                    fakta dalam ayat-ayat yang digabungkan.

                  Contoh penggunaan ayat dalam karya Sejarah Melayu:

                     Maka Sang Jaya Pirama dan Sang Surana dan Akhtiar Muluk

                    dititahkan bersama-sama dengan Seri Udani.

                      Maka oleh Semerluki disuruhnya campaki sauh terbang, perahu

                      laksamana kena, lalu lekat.

                   Ayat majmuk pancangan ialah gabungan ayat-ayat tunggal yang tidak

setara membentuk satu ayat baru.

                 Ayat majmuk pancangan terbentuk daripada satu ayat utama atau induk

(klausa utama) dan satu atau beberapa ayat kecil lain yang dipancangkan dalam

ayat induk itu. Ayat majmuk pancangan boleh dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu:

Page 20: Tugasan bmm3112 sejarah melayu

                    a.   Ayat majmuk pancangan relatif

                    b.   Ayat majmuk pancangan komplemen

                    c.   Ayat majmuk pancangan keterangan

               Ayat majmuk pancangan relatif ialah ayat yang  menggunakan kata

relatif yang dalam binaannya.

                     Contoh penggunaan ayat majmuk pancangan relatif dalam karya

                     Sejarah Melayu:

 Adapun saudara sepupu Seri Akar Raja yang mati itu, mana bicara Laksamana

dengan Seri Akar Raja, kerana ia bukan orang lain pada Laksamana.

                Ayat majmuk pancangan komplemen ialah ayat yang   dihubungkan

dengan kata komplemen untuk dan bahawa.

                          Ayat majmuk pancangan komplemen terbahagi kepada tiga jenis,

iaitu:

                    a.   ayat komplemen frasa nama subjek

                    b.   ayat komplemen frasa nama objek tepat

                    c.   ayat komplemen frasa kerja

                    d.   ayat komplemen frasa adjektif

           

           Contoh penggunaan ayat majmuk pancangan komplemen dalam

           karya Sejarah Melayu:

I`LAM, ketahui olehmu, kepada zaman dahulukala dn pada masa yang telah lalu,

kata yang empunya cerita, bahwa Raja Iskandar, anak Raja Darab, Rum bangsanya,

Makaduniah nama negerinya, Zulkarnain gelarannya, sekali peristiwa baginda

berjalan hendak melihat matahari terbit; maka baginda sampai pada serokan negeri

Hindi.

            Ayat Majmuk Pancangan Keterangan ialah ayat majmuk yang terbit

daripada satu ayat induk dan satu ayat kecil atau lebih yang berfungsi sebagai

keterangan kepada predikat ayat induk. Ayat majmuk pancangan keterangan

terbahagi kepada kepada jenis-jenis berikut:

          a.    keterangan musabab : Contoh oleh sebab

          b.    keterangan akibat :  Contoh hingga

          c.    keterangan syarat : Contoh sekiranya, andai kata

Page 21: Tugasan bmm3112 sejarah melayu

          d.    keterangan waktu : Contoh setelah, ketika

          e.    keterangan pertentangan : Contoh sungguhpun , sekalipun

          f.     keterangan harapan : Contoh agar

          g.    keterangan cara : Contoh dengan

          h.    keterangan tujuan : Contoh untuk, bagi

          i.     keterangan perbandingan : Contoh seolah-olah, seperti

                Contoh penggunaan ayat dalam karya Sejarah Melayu:

Maka perempuan tua itupun turunlah ke pantai dengan tongkat   sebatang kasadnya

hendak mencari anak-anak ikan.

       Ayat majmuk campuran ialah ayat yang mengandungi lebih   satu jenis ayat,

yakni terdiri daripada campuran ayat tunggal dengan ayat majmuk atau deretan

pelbagai jenis ayat majmuk.

                    Contoh penggunaan ayat dalam karya Sejarah Melayu:

Adapun Seri Bija Diraja pergi mengikut Maharaja Dewa Sura itu,  serta ia berburu

kerbau jalang, dan menikam seladang, dan memikat ayam hutan, dan barang di

mana pasir yang baik di sana ia singggah bermain sambil menjala dan memukat.

4.0  Tatabahasa Dalam Karya Sejarah Melayu

Tatabahasa mengikut Kamus Dewan Edisi keempat bermaksud pengetahuan atau

pelajaran tentang pembentukan perkataan dan proses pembinaan ayat atu

penyusunan kata dalam ayat atau nahu.

Awang Sariyan dalam Ceritera Bahasa (2002) secara ringkas menyatakan

tatabahasa ialah peraturan yang membina bentuk-bentuk bahasa  (kata, frasa dan

ayat) yang betul bagi sesuatu bahasa tertentu.

Dengan perkataan lain, tatabahasa itu tidak lain daripada himpunan peraturan umum

struktur bahasa yang meliputi bidang morfologi dan sintaksis. Sistem tatabahasa

mempunyai tiga sistem utama iaitu sistem fonologi, tatabahasa dan semantik.

Tatabahasa berfungsi utnuk memisahkan bentuk gramatis dengan bentuk yang tidak

gramatis. Fungsi tatabahasa secara khusus merujuk kepada subjek, predikat, objek,

keterangan  dan lain-lain.

Selain itu, bahasa istana juga digunakan secara meluas dalam karya ini. Bahasa

istana ialah bahasa diraja yang digunakan secara khusus dalam hubungan yang

melibatkan sekurang-kurangnya salah satu pihak terdiri daripada keluarga diraja.

Bahasa istana berbeza daripada bahasa perhubungan biasa kerana bahasa ini

mempunyai ciri khusus, terutama dari segi penggunaan kosa kata dan ungkapan.

Page 22: Tugasan bmm3112 sejarah melayu

Bahasa istana disebut sebagai bahasa halus kerana kata dan ungkapan

bertatasusila banyak digunakan. Penggunaan kata-kata khusus bertujuan untuk

menggambarkan rasa hormat kepada raja dan meletakkan baginda pada kedudukan

yang lebih tinggi daripada rakyat biasa.

Contoh penggunaan bahasa istana dalam karya Sejarah Melayu:

Maka sembah Hang Isa Pantas,`Tuanku, jikalau ada kurnia Duli Yang Dipertuan,

patik hendak memohonkan emas barang dua tiga kati, dan kain barang dua tiga

banian.’

            4.1    Golongan kata

                                                                                            

       Golongan kata dalam karya Sejarah Melayu telah membuka minda para

       intelektual dunia mengenai reformasi yang dialami oleh bahasa Melayu.

       Perkembangan bahasa yang bermula dari kata tunggal telah berkembang

        menjadi kata terbitan, kata majmuk dan kata ganda. Setiap kata ini

        melalui beberapa proses seperti pengimbuhan untuk melahirkan  kata

        terbitan, pemajmukan untuk melahirkan kata majmuk dan penggandaan

        untuk melahirkan kata ganda.

      Kata majmuk ini dapat pula dikelompokkan kepada:

      a.   kata majmuk rangkai kata bebas

      b.   kata majmuk istilah khusus

      c.   kata majmuk membawa maksud kiasan (simpulan bahasa)

     Contoh penggunaan kata majmuk dalam karya Sejarah Melayu:

     Maka Sultan Mansor Syah pun sukacita.     

  

     Kata ganda pula boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu:

     a.    penggandaan penuh

     b.    penggandaan separa

     c.    penggandaan berentak

    Penggandaan penuh ialah proses menggandakan seluruh kata dasar sama

    ada kata dasar itu ada imbuhan ataupun tidak. Penggandaan separa ialah

    proses yang menggandakan sebahagian kata dasar sahaja. Kata yang

    digandakan itu boleh terdiri daripada kata tunggal atau kata terbitan.

    Manakala penggandaan berentak ialah proses yang menggandakan kata

    dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar . Penggandaan

Page 23: Tugasan bmm3112 sejarah melayu

    berentak terbahagi kepada:

    a.   penggandaan berentak pengulangan vocal

    b.   penggandaan berentak pengulangan konsonan

    c.   penggandaan berentak bebas

         Contoh penggunaan kata ganda dalam karya Sejarah Melayu:

         Telah Patih Aria Gajah Mada mendengar kata budak-budak itu, maka

         Ia fikir di dalam hatinya, `Jikalau demikian, sia-sialah kebaktianku

         sekian lama ini.’  

             Begitu juga dengan kata terbitan yang melalui proses pengimbuhan

melibatkan imbuhan dalam bentuk awalan, akhiran, apitan dan sisipan membentuk

istilah baru.

           Kata terbitan berawalan dapat dibahagikan kepada:

           a.  awalan kata nama

           b.  awalan kata kerja

           c.  awalan kata adjektif  

           Contoh penggunaan kata terbitan awalan dalam karya Sejarah Melayu:

        

            Maka baginda berkira-kira hendak berangkat ke Majapahit.

         Kata terbitan berakhiran boleh digolongkan kepada akhiran kata nama dan

akhiran kata kerja.

Contoh penggunaan kata terbitan akhiran dalam karya Sejarah Melayu:

           

            Maka Hang Jebat dan Hang Kasturi pun kaiklah ke balai larangan itu.

           Kata terbitan berapitan pula digolongkan kepada 3 iaitu apitan kata nama,

apitan kata kerja dan apitan kata adjektif. Contoh kata terbitan seperti gemerencing,

menanggalkan, menanamkan, permandian, dan kelengkapan.

          Contoh penggunaan kata terbitan apitan dalam karya Sejarah Melayu:

Sembah Tun Bija Sura,’Tuanku,apatah ada permainan kita Melayu ini

melainkan sapu-sapu ringin?’

Page 24: Tugasan bmm3112 sejarah melayu

5.0   Pengaruh Bahasa Lain Dalam Bahasa Melayu

Pengaruh bahasa asing ini berlaku kerana perkataan bahasa Melayu tidak menepati

maksud bahasa asing. Apatah lagi tiada perkataan dalam bahasa Melayu yang

sesuai dengan keperluan nama kepada fenomena atau benda yang diperkatakan.

Selain itu, pengaruh ini berlaku disebabkan oleh peristiwa peperangan dan

penjajahan politik suatu ketika dahulu. Di samping itu, faktor ekonomi iaitu melalui

perdagangan dan perniagaan yang melibatkan pelbagai bangsa juga telah

mempengaruhi penggunaan bahasa asing dalam bahasa Melayu. Tambahan pula,

perkembangan penyebaran agama yang meluas telah turut sama menyumbang ke

arah pengaruh bahasa asing dalam memperkayakan perbendaharaan kata dalam

bahasa Melayu.

      5.1  Kosa Kata Pinjaman daripada Bahasa Sanskrit dalam Karya

            Sejarah Melayu

                    Seperti yang diketahui umum bahasa Sanskrit ini banyak mempengaruhi

istilah dalam bahasa Melayu memandangkan hubungan yang rapat antara kerajaan

Melayu dengan kerajaan Hindu sejak zaman dahulu lagi terutama dalam bidang

perdagangan dan kebudayaan. Antaranya ialah perkataan benua Keling, Pahili, kata,

bicara, merdu, hasta, nadi, kasturi,senjakala, manikam, kendi, peti, angsana

putera,puteri sida-sida dan dewa.

 Kewujudan nama Hindi yang kerap diulang dalam karya ini menggambarkan

pengaruhnya memang terpahat dalam sejarah bahasa Melayu.  Antaranya ialah Raja

Kida Hindi, Raja Gangga Syah Johan , Maha Indera Bupala, dan Mani Purindan.

          Contoh penggunaan kata tersebut dalam karya Sejarah Melayu:

Kata sahibul hikayat, maka tersebutlah perkataan raja di benua Keling, Adi

Wiranama Raja Mudeliar namanya , asalnya daripada anak cucu Raja , raja di negeri

Bija Nagara.

   

         5.2 Kosa Kata Pinjaman daripada Bahasa Arab dalam Karya

          Sejarah Melayu

Begitu juga dengan pengaruh bahasa Arab dalam Sejarah Melayu amat besar sekali.

Kita boleh lihat pengaruhnya daripada bab 1 lagi di mana mukadimmahnya telah

dimulai dengan kalimah bismillahirahmanirahhim. Selain itu, perkataan Islam, nabi,

ilmu, akal, Quran, hajat, niat, hukum, takdir Allah, adil, kaum, Turkistan  ,fitnah,

wasiat, doa, dunia dan akhirat adalah merupakan kata yang berasal daripada bahasa

Arab yang sering kita temui dalam karya Sejarah Melayu. Apatah lagi nama-nama

watak dalam karya itu sendiri sudah jelas menunjukkan pengaruh Arab amat tebal

dalam kalangan orang Melayu seperti Sultan Mahmud,  Nabi Khidir, Zulkarnain,

Rasulullah salallahualaihiwasalam, Fakir Muhammad, Allah subhanahu wataala,

Page 25: Tugasan bmm3112 sejarah melayu

Contoh pengaruh Arab dalam karya Sejarah Melayu:

Telah Raja Aftabul Ard menengar kata Raja Suran itu, terlalu ajaib ia, seraya

mengucap subhana `llahu `l-jabbar.

Wa `llahu a`lamu bi `si-sawab, wa ilaihi `l-marji`u wa `l-ma`ab.

5.3 Unsur bahasa lain dalam Karya Sejarah Melayu

Unsur bahasa Cina, Indonesia (Jawa), Siam , Portugis, dan Belanda juga tercatat

dalam karya Sejarah Melayu. Hal ini menunjukkan Melayu memang terkenal sejak

zaman dahulu lagi.

Antara bahasa Cina yang sering digunakan dalam karya ini ialah negeri China, cap

kempa, sida-sida, loceng, mongkor kaca, naga, tabib dan kongsi. Kewujudan nama

tokoh Cina dalam karya seperti Puteri Hang Li Po sedikit sebanyak mencerminkan

pengaruh Cina turut menyumbang dalam karya Sejarah Melayu.

Contoh ayat yang menunjukkan pengaruh Cina dalam karya Sejarah Melayu:

Syahdan, maka Di Po dengan segala menteri yang menghantarkan Tuan Putri Hang

Li Po itu sampai ke benua China.

Begitu juga dengan penggunaan nama pemimpin Jawa seperti Raja Majapahit dan

Raden jelas menunjukkan pengaruh Jawa amat besar sebagai bangsa serumpun

yang menunjukkan hubungan yang rapat memang terjalin sejak dari dahulu lagi.

Penggunaan kata Jawa ini telah diguna dengan meluas dari golongan bawahan

hinggalah golongan bangsawan atau istana. Antara perkataan Jawa yang terdapat

dalam karya Sejarah Melayu ialah mambang , paman, Palembang, Permasku

Mambang, Iwer sang rara kabi dene laksamana lumaku-lumaku penjurit ratu Melayu

dan kula.

Begitu juga dengan nama tokoh-tokoh Jawa yang terdapat dalam karya Sejarah

Melayu seperti Raden Mas Pamari, Tun Perpatih Tulus, Patih Aria Gajah Mada, dan

Sang Aji Jaya Ningrat.

Contoh ayat yang menunjukkan pengaruh Jawa dalam karya Sejarah Melayu:

Itupun dinyanyikan juga.

Geger wong ing panggung dene Sangka Ningrat teka penjurit ratu ing Daha.

Ertinya: Gempar orang di atas panggungan sebab melillhat Sangka Ningrat datang

itu, hulubalang ratu Daha.

Seterusnya, pengaruh Siam juga terdapat dalam karya Sejarah Melayu seperti

perkataan orang Siam, benua Siam, Patani, Duli Pra Cau, Cau Pandan, gajah, Pra

Kelong, dan Cau Seri Bangsa.

Page 26: Tugasan bmm3112 sejarah melayu

Contoh ayat yang menunjukkan pengaruh Siam dalam karya Sejarah Melayu:

Hatta, berapa lamanya maka datangpula orang Siam menyerang Melaka; Awi Dicu

nama panglimanya.

Begitu juga dengan pengaruh Portugis dan Belanda bermula dalam bab dua puluh

dua dalam karya Sejarah Melayu. Antara perkataan yang didapati ialah Feringgi,

Goa, Benggali Putih, Gonzalo Periera, kapitan, Alfonso d`Albuquerque,, Dios dan

fusta.

Contoh ayat yang menunjukkan adanya pengaruh Portugis dalam karya Sejarah

Melayu:

Telah keesokan harinya, maka segala anak Portugal pun naiklah dengna istinggar,

dua ribu orang, lain pula orang hitam dan segala lashykarnya tiada terbilang lagi

banyaknya.

                                                                                                                                         

                                                                                                                                                                                                                                             

6.0   Penutup dan Kesimpulan    

Muhammad Haji Saleh, peneliti Pusat Penyelidikan Dasar dan Kajian Antarbangsa

Universiti Sains Malaysia, menambahkan, Sulalatus Salatin        ( Sejarah Melayu )

merupakan karya sastera agung, sekaligus buku sejarah dan panduan istiadat yang

penting dalam peradaban, kebudayaan, dan sistem pemerintahan Melayu.

Menurut beliau, bahasa yang digunakan merupakan bahasa terbaik dalam khazanah

sastera Melayu.

Oman Fathurahman, peneliti manuskrip kuno dari UIN Syarif Hidayatullah, juga

berpendapat yang sama. Dalam konteks sejarah kesusasteraan Melayu klasik,

katanya, Sulalatus Salatin ( Sejarah Melayu ) dapat dianggap sebagai salah satu

teks Melayu terpenting yang memikat perhatian peneliti dan sarjana sejumlah

negara.

Perbincangan mengenai Tun Sri Lanang juga selalu lekat dengan karya tersebut.

Apalagi Sulalatus Salatin menjadi satu-satunya karya yang kepengarangannya

dihubungkan dengan Tun Sri Lanang.

Sulalatus Salatin banyak diterjemahkan sebagai Sejarah Melayu atau Malay Annals.

Ada juga yang menyebut Sulalat sebagai peraturan, pertuturan, juga perteturun.

Namun, dengan melihat maknanya, transkripsi paling tepat, menurut Oman, adalah

perteturun sehingga Sulalatus Salatin perlu dibaca sebagai Perteturun Raja-raja.

Lantaran itu, kata Oman lagi, kebesaran dan keindahan Sulalatus Salatin sebagai

sebuah karya sastera sejarah Melayu klasik dalam beberapa hal jauh melebihi

kebesaran zaman dan pengarangnya.(Mukhamad Kurniawan)

Konklusinya, karya Sejarah Melayu ini merupakan satu khazanah bahasa yang

menjadi bukti kepada ketamadunan Melayu yang tidak kurang hebatnya dalam dunia

Page 27: Tugasan bmm3112 sejarah melayu

serantau dan antarabangsa. Kemasyhurannya bukan saja dari aspek ekonomi dan

politik malahan dari sudut kebudayaan dan ketinggian bahasanya juga turut

diperakui oleh dunia. Justeru, sebagai guru bahasa, kita patut menjadikan karya ini

sebagai sumber inspirasi dalam pengajaran dan pembelajaran kita demi memartabat

dan memperkukuhkan lagi bahasa ibunda ini.

7.0   Rujukan

Abdullah Hassan. 1985. Penerbitan Kata Dalam Bahasa Malaysia. Kuala

            Lumpur: Penerbitan Fajar Bakti.

     Goay Teck Chong, 2003.Bahasa Melayu Kertas 1 Teks Pra-U STPM

                    Matrikulasi.     Petaling Jaya: Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

     Goay Teck Chong, 2005. Bahasa Melayu Kertas 1 Teks Pra-U STPM .

            Petaling Jaya: Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

     Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, 2006. Tatabahasa Dewan Edisi Baharu.

       Kuala Lumpur : Penerbit Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sheikh Othman b Sheikh Salim, 2005. Kamus Dewan Edisi Keempat.

       Kuala Lumpur : Penerbit Dewan Bahasa dan Pustaka.

Siti Hajar Abdul Aziz, 2009.Bahasa Melayu II. Shah Alam, Selangor:

      Oxford Fajar Sdn.Bhd.

http://tatabahasabm.tripod.com/tata/amajmuk.htm

http://pbasmkps.blogspot.com/2009/12/tutorial-kata-nama-tunggal-dua-dan.html

http://www.tutor.com.my/stpm/kata_penggandaan/penggandaan.htm

http://ms.wikipedia.org/wiki/Kata_nama

Page 28: Tugasan bmm3112 sejarah melayu

http://www.docstoc.com/docs/13439317/PERBANDINGAN-TATABAHASA-BAHASA-

MELAYU

Pengenalan 

Sebagai pendidik yang berketrampilan dan berkualiti, guru haruslah meningkatkan

kemahiran dan ilmu pengetahuan dari semasa ke semasa. Hal ini penting agar

suasana pengajaran dan pembelajaran yang bermakna akan berlaku di bilik darjah.

Hal ini sejajar kehendak dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Bagi memenuhi hasrat inilah Unit LDP telah dipertanggungjawab untuk melakukan

peningkatan profesionalisme keguruan. Unit LDP IPG Kampus Perlis merancang dan

mengendalikan kursus-kursus untuk staf akademik, staf sokongan serta guru-guru di

sekolah. Dengan terlaksananya agenda ini, diharapkan perkongsian ilmu serta

peningkatan profesionalisme dalam kalangan guru akan terus berkembang.

Visi

“Memartabatkan Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis Pada Peringkat Global”

Misi

Melaksanakan Program Pendidikan Guru Menerusi:

        

         

          Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani saya

mulakan tugasan ini. Bermula dengan kerangka tugasan, mencari bahan, membuat

draf dan akhirnya menaip dan menyempurnakannya yang mengambil masa bermula

dari 15 Mac hinggalah ke 12 April 2012. Harapan saya moga Allah swt memberkati

perjuangan saya hendaknya. Amin.

            Pertama kali, izinkan saya melahirkan rasa syukur ke hadrat Allah swt.

kerana dengan izinNya dapat juga saya menyempurnakan tugasan ini seperti yang

dijadualkan. Alhamdulillah. Sesungguhnya tiada yang mampu saya lafazkan

melainkan jutaan terima kasih jua saya kepada pensyarah yang saya hormati Tn Hj

Mohd Rodzi Darus yang banyak membantu saya menyiapkan tugasan  ini dengan

Page 29: Tugasan bmm3112 sejarah melayu

memberi nota, nasihat , penerangan yang jelas sehingga saya mampu

melengkapkan tugasan yang diberi.

           Begitu juga kepada rakan sekumpulan, Sharifah Mokhtar, rakan sekerja di

sekolah, pustakawan, anak-anak dan suami tercinta yang banyak membantu dan

memberi teguran dan cadangan yang baik dalam menghuraikan tugasan ini.

Sesungguhnya semoga Allah swt membalas segala kebaikan kalian semua.

          Buat rakan sekumpulan seperti Saodah, Saadiah dan Monawarah yang sering

bertanya khabar, jutaan terima kasih atas perhatian dan nasihat kalian. Moga

segulung ijazah akan dapat kita realitikan nanti dengan restu dan izin Nya. Amin.

       Segala keputusan yang dibuat hasil perbincangan antara kami amat membantu

saya dalam menyempurnakan tugasan ini telah membuktikan teknik perbincangan

amat sesuai diaplikasikan walau apa pun status  kita.

Tindakan ini bersesuaian dengan pendapat Piaget, (1957) yang berkaitan

dengan teori konstruktivisme. Menurut beliau, pengetahuan boleh dihayati oleh

individu melalui konstruktivisme. Melalui proses akomodasi dan asimilasi, individu

membentuk pengetahuan baru melalui pengalaman. Manakala bagi (Briner, M. 1999)

pula, murid membina pengetahuan mereka dengan menguji idea dan pendekatan

berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada, mengaplikasinya kepada

situasi baru dan mengintegrasi pengetahuan baru yang diperolehi dengan binaan

intelektual yang sedia ada.

       Segala keterangan begitu jelas biarpun subjek ini terasa agak mencabar kepada

saya. Berbekalkan nasihat, ilmu dan perangsang yang diberi, saya mula memberi

tumpuan akan tugasan yang diamanahkan.

 Bersoaljawab bersama pensyarah yang saya kagumi ini telah mengeratkan lagi

perhubungan antara kami. Terima kasih, tuan. Semoga Allah swt. merahmati tuan di

dunia dan akhirat.

         Hasil perbincangan dalam jadual kerja yang saya rancangkan, saya mula

mencari jenis buku, jurnal, laman web dan bahan rujukan sebagai langkah kedua

saya. Dari hari ke hari , saya mula menyemak jadual kerja supaya tugasan saya

nanti benar-benar menepati tarikh yang dicadangkan. Alhamdulillah, berkat

pengalaman selama 6 semester di IPG ini, untuk semester kali ini, saya terasa

semakin berkeyakinan menyempurnakan tugasan. Harapan saya, biarlah Allah swt.

memberi yang terbaik bukan saja kepada diri saya, bahkan kepada keluarga, rakan-

rakan , pensyarah-pensyarah mahupun sesiapa saja yang mengenali saya , semoga

dipermudahkan setiap pekerjaan dan perbuatan dan dalam kasih sayang dan

keredzaanNya. Amin.

         Tiga minggu berlalu, terasa begitu cepat masa beredar. Saya dan rakan

sekumpulan mula berbincang dan membentangkan rangka kerja masing-masing.

        Meskipun tugasan adalah dalam bentuk individu, namun kami tetap saling

membantu, menegur mana yang kurang, memberi mana yang ada dan Alhamdulillah

akhirnya setelah berpuas hati, kami mula menaip tugasan masing-masing dengan

penuh semangat.

Page 30: Tugasan bmm3112 sejarah melayu

Seterusnya amalan ini juga merupakan satu suruhan dalam ajaran agama

kita yang Maha Agung  iaitu Islam sebagaimana yang disebut dalam kitab al-Quran

dalam surah an-Nisa’, ayat 36:

Maksudnya;

“Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan

Dia dengan sesuatu apa jua dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu

bapa dan kaum kerabat dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan jiran

tetangga yang dekat dan jiran yang jauh dan rakan sejawat dan orang musafir yang

terlantar dan juga hamba yang kamu miliki.”

         Sepanjang menaip tugasan, telefon masih tidak lekang di tangan. Saya dan

rakan seperjuangan saling ingat-mengingati supaya panduan yang diberi pensyarah

tidak kami alpa. Setelah tugasan hampir siap ditaip, saya mula menyemak sambil

memahami apa sebenarnya implikasi atau impak yang saya dapat dari tugasan ini.

Semakin direnung ,semakin jelas fahaman saya tentang tajuk tugasan ini. Seperti

kata pepatah, yang terang lagi bersuluh. Apa tidaknya, tajuk ini pada mulanya saya

merasa gusar kini bagai menghampar permaidani di tengah rumah. Terasa puas

sekali.

         Saya bukan saja gembira kerana dapat menyempurnakan tugasan ini malahan

kerana tugasan ini telah membantu saya lebih berkeyakinan mengajar bahasa

kepada anak didik saya. Tugasan ini telah menjadi salah satu inspirasi kepada saya

membina pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan lagi. Walaupun saya

mengajar murid kelas tahun 2, namun pendedahan kosa kata yang begitu unik telah

menjadikan pelajar saya semakin berminat akan pelajaran Bahasa

MelayuAlhamdulillah.Moga yang baik dikekalkan Allah swt. Hendaknya. Amin.

          Seterusnya, saya cuba mengaplikasikan segala cadangan pensyarah,

memahami tentang penggunaan kata, tata bahasa , ayat dan peristilahan baru dari

bahasa asing dalam pengajaran dan pembelajaran saya. Bukan setakat itu saja,

bahkan saya sering berbincang dengan rakan di sekolah dengan cuba menyebarkan

maklumat yang saya dapat ini kepada mereka. Lebih-lebih lagi jawatanSsetiausaha

Kurikulum  yang diberi kepada saya memberi peluang kepada saya untuk

mengadakan Program LDP iaitu Latihan Dalam Perkhidmatan (kursus dalaman)

yang amat digalakkan oleh Guru Besar saya,  Pn Noraini Othman. Kursus ini akan

kami laksanakan apabila terdapat info baru dalam isu pendidikan dan menjadikan

aktiviti ini sebagai program tahunan sekolah, InsyaAllah.

                   Akhir sekali, semoga tugasan saya ini dapat memenuhi kehendak IPGM

dan kerjaya saya hendaknya dan andainya masih terdapat kekurangan saya

menyusun jari memohon maaf kerana sesungguhnya yang terbaik itu datangnya dari

Allah yang Maha Mengetahui segalanya dan yang lemah itu adalah dari kelemahan

diri saya sendiri.

Sekian, terima kasih.

Page 31: Tugasan bmm3112 sejarah melayu

ASNA BT MAHYUDDIN

640710-09-5178

PGSR( BAHASA MELAYU )

AMBILAN NOVEMBER 2008