13
TOKOH-TOKOH PEJUANG DI SABAH

TOKOH-TOKOH PEJUANG DI SABAH

Embed Size (px)

DESCRIPTION

By , yayacaitreyna

Citation preview

Page 1: TOKOH-TOKOH PEJUANG DI SABAH

TOKOH-TOKOH PEJUANG DI SABAH

Page 2: TOKOH-TOKOH PEJUANG DI SABAH

MAT

SALLEH

Page 3: TOKOH-TOKOH PEJUANG DI SABAH

PENGENALAN Mat Salleh atau nama sebenarnya Datu Mat Salleh

merupakan pejuang Sabah yang terkenal dalam memberi tentangan yang hebat kepada penjajahan Inggeris di Sabah.

Mat Salleh pernah mengisytiharkan daerah Tambunan atau dalam bahasa Mat Salleh 'Negeri Tambunan' sebagai daerah di bawah kekuasaunnya.Mat Salleh berasal daripada suku Suluk Paitan.

Ayahnya, Datu Balu berkahwin di Inanam dengan seorang perempuan suku Bajau.

Hasil daripada perkahwinan mereka itu lahirlah empat orang adik-beradik iaitu Ali, Mat Salleh, Badin dan Bolong.

Page 4: TOKOH-TOKOH PEJUANG DI SABAH

Isteri Mat Salleh bernama Dayang Bandang, berasal daripada keluarga Sultan Sulu dan berkampung di Pengalaban, Paitan. Kota Kampung Tibabar,

Tambunan adalah salah sebuah kota utama pertahanan Mat Salleh yang kuat.

Kota ini ialah benteng terakhir Mat Salleh dalam usahanya memimpin orang-orang Sabah menentang Inggeris.

Page 5: TOKOH-TOKOH PEJUANG DI SABAH
Page 6: TOKOH-TOKOH PEJUANG DI SABAH

•PERJUANGAN JIHAD- Kebangkitan Mat Salleh berpunca daripada semangat perjuangan jihad orang Sulu menentang Sepanyol di selatan Filipin .

•PERATURAN YANG MEMBEBANKAN-Mat Salleh menentang pentadbiran SBUB kerana SBUB memperkenalkan peraturan baru seperti amalan buruh paksa , cukai beras dan lesen perahu yang amat membebankan rakyat.

Page 7: TOKOH-TOKOH PEJUANG DI SABAH

•PERCUBAAN BERUNDING GAGAL Pada bulan Ogos 1895 , Mat Salleh dan beberapa orang pembesar tempatan telah pergi ke Sandakan untuk menemui Gabenor Beaufort iaitu C.V Creagh . Beliau ingin berunding tentang masalah cukai dan tindakan kekerasan pegawai SBUB terhadap penduduk tempatan . Mat Salleh tidak dilayan dan setelah menunggu selama sepuluh hari , beliau meninggalkan Sandakan .

•PERKAMPUNGAN DIBAKAR Gabenor Beaufort menggangap Mat Salleh mengancam kepentingan SBUB . Oleh itu , SBUB bertindak dengan membakar dan memusnahkan kampungnya . SBUB menawarkan hadiah sebanyak 500 dolar kepada sesiapa yang berjaya menangkapnya .

Page 8: TOKOH-TOKOH PEJUANG DI SABAH

PERJUANGAN MAT SALLEH

Inggeris tidak senang dengan tindakan Mat Salleh itu, lalu menyerang Mat Salleh di Jambongan serta memusnahkan kubu Mat Salleh di Sungai Sugut pada tahun 1896 hingga 1897.

Datu Mat Salleh bagaimanapun dapat melepaskan diri. Detik perjuangan Datu Mat Salleh menentang pencerobohan dan keganasan Kompeni Hindia Timur Inggeris bermula pada bulan Julai 1897.

Mat Salleh dan pengikut-pengikutnya menyerang dan membinasakan pejabat Pentadbiran Kompeni Hindia Timur Inggeris di Pulau Gaya. Dalam tahun yang sama juga Mat Salleh menyerang dan membakar Pejabat Residen Kompeni Hindia Timur Inggeris di Ambong.

Page 9: TOKOH-TOKOH PEJUANG DI SABAH

Pada bulan Disember 1897, Inggeris menyerang kubu Mat Salleh di Ranau. Mereka tewas dan banyak askar Inggeris terbunuh termasuk Jones yang mengetuai serangan tersebut.

Pada bulan Januari 1898, Inggeris sekali lagi menyerang kubu Mat Salleh di Ranau dengan angkatoan yang lebih besar. Mat Salleh berjaya mengundurkan diri dan membina kota pertahanan yang baru, yang lebih kuat dan kukuh di kampung Tibabar, Tambunan.

Kota utama Mat Salleh di Tambunan ini sangat sukar ditembusi. Kota ini diperbuat daripada batu-bata, kayu serta buluh tidak dapat ditembusi peluru.

Setiap penjuru kota dikawal dan terdapatbeberapa terowong atau julan bawah tanah yang rahsia digunakan untuk meminta bantuan-bantuan senjata, makanan dan lain-lain dari luar kota. Jalan rahsia ini juga dijadikan jalan untuk berundur menyelamatkan diri apabila dikepung musuh.

Page 10: TOKOH-TOKOH PEJUANG DI SABAH

Pada 15 Januari 1900, kubu kuat milik orang Murut Tega’as dan kubu Mat Sator iaitu penolong Mat Salleh berjaya dimusnahkan British menyebabkan saki baki pahlawan hanya tinggal kumpulan Mat Salleh bersama pengikutnya yang terdiri daripada orang Bajau serta dua kubunya saja.

Pada 31 Januari 1900, British melepaskan tembakan meriam ke arah kubu Mat Salleh tanpa henti. Serangan bertali arus itu menyebabkan Mat Salleh terbunuh apabila ditembak ketika keluar dari sebuah lubang dalam kubu pertahanannya.Mengikut cerita, Mat Salleh mati ditembak Tambunan ketika pahlawan itu tidak memakai baju kebalnya kerana ingin mengambil air wuduk bagi persiapan untuk menunaikan solat.Hari itu, matinya seorang pahlawan yang gigih berusaha membela bangsa dan tanah air daripada dijajah bangsa asing.

Kini sebuah tugu dibina oleh Inggeris untuk memperinga kota Mat Salleh itu. Di tugu peringatan itu, tertulis perkataan dalam bahasa Inggeris yang bererti, 'Tugu ini menandaka tapak kubu Mat Salleh yang telah ditawan oleh Pasuka Bersenjata North Borneo Constabulary pada 1 Februari 1900

Page 11: TOKOH-TOKOH PEJUANG DI SABAH

TUGU MAT SALLEH

Page 12: TOKOH-TOKOH PEJUANG DI SABAH

SYARAT PERJANJ IAN DAMAI BRIT ISH-MAT SALLEH PADA 19

APRIL 1898 .

British berdamai dengan Mat Salleh pada April 1898. Satu rundingan diadakan dan penjajah bersetuju memberi kuasa kepada pahlawan Sabah mentadbir Tambunan.

Mat Salleh dan pengikutnya yang menentang British diberi pengampunan.

Penduduk di Sungai Inanam yang dikeluarkan dari tempat itu oleh kerajaan dibenarkan kembali selepas kekacauan di tempat itu dapat dihentikan.

Mat Salleh dibenar menetap di Tambunan dan lain-lain daerah di pedalaman kecuali di Sungai Sugut dan Sungai Labuk. Beliau juga diminta memberi kerjasama dan mengarahkan pengikutnya mengikut arahan dan peraturan kerajaan.

Mat Salleh diminta membantu kerajaan menangkap sesiapa saja yang melakukan kesalahan dan melaporkan kepada kerajaan segala pergerakan yang dilakukan olehnya

Page 13: TOKOH-TOKOH PEJUANG DI SABAH

KESIMPULAN

Walaupun perjuangannya berakhir dengan kematian, nama dan pengorbanannya

terus diingati penduduk negara ini umumnya dan masyarakat Sabah

khususnya, sehingga apabila ditanya siapakah pejuang kemerdekaan negara di

Sabah, pasti mereka akan menjawab: “Mat Salleh.”