of 31/31
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA TOKOH-TOKOH TAMADUN ISLAM

Tokoh tokoh islam

  • View
    121

  • Download
    6

Embed Size (px)

Text of Tokoh tokoh islam

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIATOKOH-TOKOH TAMADUN ISLAM

TOKOH-TOKOH TAMADUN ISLAMIbn Khaldun ( 1331M-1404M)

LATAR BELAKANGNama sebenar : Abdul al-Rahman Ibn Muhammad Ibn Khaldun al-Hadrami.Kelahiran : Tunisia pada tahun 732H/1332MTarikh meninggal dunia : 17 1406 (pada umur 73 tahun)Karier : seorang sejarawan muslim dari tunisa yang sering disebut sebagai bapa kepada ilmu histografi, sosiologi, dan ekonomiKarya : Al muqaddimah, kitab al ibar, at-Tariff, lubab al muhassal fi Ushul ad-DiinBidang ilmu : Al quran, tafsir, hadis, usul fikih, tauhid, fikih mazhab maliki, ilmu nahwu dan sharaf, ilmu balaghnah, fizik dan matematik.

SUMBANGANBeliau pernah menyandang beberapa jawatan dan pernah berkhidmat dengan beberapa orang pemerintah di Utara Afrika dan di Andalus.Banyak menyandang jawatan penting seperti Setiausaha Negara di istana Sultan Abu Ishaq bin Abi Yahya dan Sultan Abu Annan; Anggota Majlis Ilmiah; Anggota Jabatan Setiausaha Sulit Sultan Abu Salim bin Abi Al-Hasan di Fez, Maghribi; Duta Granada; Perdana Menteri (Hajib) Bougie dan Ketua Hakim (Qadhi Al-Dudhah).Jawatan tersebut memberi peluang untuk berkhidmat kepada negara dengan lebih berkesan.

Penglibatan dalam aktiviti Sosial dan Politik

Al-Muqaddimah merupakan karya agung Ibnu Khaldun dalam bidang pensejarahan.Mengikut B. Lewis, buku ini merupakan ensiklopedia sintesis mengenai metadologi sains kebudayaan.Membahaskan secara terperinci tentang sejarah dan persejarahan. Buku ini setebal lebih kurang 700 helai muka surat.Isi kandngan terbahagi kepada dua : Asasi dan tidak asasi Bahagian asasi - disiplin falsafah, falsafah sejarah dan falsafah sains sosial Bahagian tidak asasi - geografi, kebudayaan, politik, agama, peradaban dan ilmu pengetahuan

Karya Agung Ibnu Khaldun

Bab satu - risalah umum tentang masyarakat dan pertumbuhan umat manusia Bab dua - kehidupan desa masyarakat badwi atau primitif Bab tiga - mengenai negara, pemerintahan raja dan institusi khalifah Bab empat - tentang perkembangan kota-kota dan negeri-negeri serta cara membezakan antara satu kota dgn kota Bab lima - ekonomi penduduk sesuatu tempatBab enam - cara mempelajari ilmu pengetahuan dan pendidikan

Buku ini merupakan percubaan awal ahli sejarah untuk memahami perubahan yang berlaku pada organisasi politik dan sosial manusia.

Menjadi suatu bahan kajian yang menarik kerana pendekatan yang rasional, kaedah serta perbahasan yang analitikal dan terperinci.

Pengasas falsafah sejarah

Mendefiniskan sejarah sebagai catatan atau maklumat tentang masyarakat manusia, iaitu perubahan-perubahan yang berlaku pada sifat-sifat manusiaKonsep ini berbeza dengan pendapat Herodotus, seorang ahli sejarah Yunani yang mengatakan bahawa Tuhan telah campur tangan secara langsung dalam menentukan sejarah manusia dan bukan manusia itu sendiri yang menentukan sejarahnya.Menetapkan beberapa prinsip untuk sejarah : Mengkaji sesuatu peristiwa kebangkitan dan kejatuhan sesebuah kerajaan, seseorang individu perlu memastikan penglibatan sebab dan akibat kejadian itu berlaku.

Menggariskan empat perkara yang perlu dilakukan sejarawan dalam penelitian dan analisis laporan sejarah:Membandingkan antara peristiwa-peristiwa dengan berdasarkan kaedah sebab dan musabab.Mengkaji peristiwa-peristiwa lalu untuk dijadikan iktibar kepada peristiwa-peristiwa yang sedang berlaku.Mengambil kira pengaruh iklim dan alam sekitar terhadap apa yang berlaku.Mengambil kira kedudukan ekonomi dan budaya terhadap peristiwa yang berlaku.

Pengasas falsafah sejarah

TOKOH-TOKOH TAMADUN ISLAMAl- Khwarizmi (780M-850M)Digelar sebagai Bapa Matematik Moden

LATAR BELAKANG Nama sebenar : Muhammad Ibn Musa al-khawarizmi ATAU bu Abdullah Muhammad bin Ahmad bin Yusoff. Kelahiran : Tarikh kelahiran dan kematian beliau yang tepat tidak dapat diketahui.Keturunan : Berketurunan Parsi dilahirkan di Bukhara (zaman kegemilangan al-Khawarizmi) Karier : Seorang ahli sains Islam terulung dalam bidang matematik, astronomi dan geografi.Karya : Mafatih al-Ulum, Al-Mukhtasar fi Hisab al-Jabar wa al-Muqabalah, Al-Jabr wa al-Muqabalah, Al-Jami wa al-Tafsir bi Hisab al-Hind, dan Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah. Bidang ilmu : Bidang falsafah, logik, aritmetik, geometri, muzik, kejuruteraan, sejarah Islam dan kimia.

PENDIDIKAN

SUMBANGANMempunyai kepakaran dalam ilmu matematik dan diiktiraf oleh pemerintahan Abbasiyah seperti Khalifah al-Mamum dan Khalifah Harun al-Rashid.

Beliau telah dilantik sebagai pakar matematik dan ahli akademik matematik di Baitul Hikmah oleh Khalifah Harun al-Rashid.

Beliau juga dilantik sebagai Pengarah Arkib Buku di perpustakaan istana oleh Khalifah al-Mamum.

Sumbangan terbesar beliau ialah memperkenalkan sistem nombor yang digunakan sehingga kini iaitu 0,1,2,3,4,5,6,7,8, dan 9.

Bidang Matematik

Al-Khwarizmi merupakan orang pertama memperkenalkan angka sifar dan perpuluhan dalam ilmu matematik. Penggunaan angka inilah akan terbitnya nombor yang mencapai infiniti.

Buku kaedah aritmetik al-Jabar ini telah diterjemahkan ke bahasa Latin dan telah menjadi rujukan di universiti-universiti di Eropah pada abad ke-12 M - ke-13 M.

Beliau mencipta ilmu-ilmu baru di Arithmetik. Antaranya ialah istilah pemboleh ubah kuasa dua (x), pemboleh ubah (x) dan pemalar (c) yang digunakan sehingga kini.

Bidang AstronomiAhli Falak Diraja dan sangat berjasa dalam bidang falak (astronomi) pada zaman Khalifah al-Mamun di Baghdad.Menyediakan takwim Islam yang bertajuk Zij al-Sindhind yang berdasarkan astronomi India dan terdapat jadual kedudukan matahari, bulan, bintang dan planet-planet.

Mengkaji pelbagai aspek dari sudut gerhana sehingga ke fasa-fasa bulan.

SUMBANGAN : membuat penyemakan dan memperkemaskan semula ilmu astronomi dan membetulkan pelbagai pandangan Ptolemy.

Menulis buku Astronomi ( Astronomical Tables Of Sind and Hind) : Alat yang dapat menunjukkan waktu dengan bayangan matahari (jam matahari).Alat ukuran astronomi yang dipanggil sebagai astrolab.

Bidang Geografi Saintis pertama yang melakar peta dunia pada tahun 830 M

Hasilkan kertas kerja tentang Ptolemy tentang Geografi.

Mengemukakan beberapa koordinat tempat di Laut Mediterranean, Asia dan Afrika132

TOKOH-TOKOH TAMADUN ISLAMAl-Biruni ( 973M-1050M)Digelar sebagai Ustaz fil Ulum ( Guru segala ilmu) .

LATAR BELAKANGNama sebenar : Abu Al-Raihan Muhammad Ibn Ahmad Al-BiruniKelahiran : 362H (973M) di Birun, TurkistanTarikh meninggal dunia : 447H (1050M) di India.Karier : Ilmuan Islam yang terkenalKarya : Astronomi , Astrologi, Ilmu bumi, Minerology, Optic , Social , SejarahBidang ilmu : Seorang guru agama dan cendikiawan Islam yang jujur dan objektif.

Selain menguasai beragam ilmu pengetahuan, Al-biruni juga fasih dalam beberapa bahasa seperti: Arab, Turki, Persia, Sansekerta, Yahudi dan Suriah.

Dia juga kerap bertukar pikiran dan pengalaman denganIbnu sina Imuwan besar Muslim lainnya yang begitu berpengaruh di Eropah.

Al-Biruni menduduki jabatan terhormat sebagai pensihat sekaligus pejabat istana bagi pengganti EmirMamun. pada 1017.

Pada 1017 hingga 1030, Al-Biruni berkesempatan melancong ke India. Selama 13 tahun, dia mengkaji seluk-beluk India hingga melahirkan apa yang disebut Indologi atau studi tentang India.

Dia mengorek dan menghimpun sejarah, kebiasaan, keyakinan atau kepercayaan yang dianut masyarakat di subbenua India.

SUMBANGAN AstronomiAl-Biruni juga telah berjasa menuliskan risalah tentang planisphere dan armillary sphere. Pada 1031 M, dia merampungkan ensiklopedia astronomi yang sangat panjang berjudul Kitab Al-Qanun Al Masudi.Menegaskan bahawa bumi itu itu berbentuk bulat.Menduga bahwa Galaksi Milky Way (Bima Sakti) sebagai kumpulan sejumlah bintang.1432

Geometri Penciptaan angka-angka India dengan menggunakan angka kosong Menyelesaikan berbagai-bagai persoalan matematik dan geometriMenentukan garis bujur dan lintang bumi Hasil penyelidikan beliau ini termasuklah maklumat tentang hakikat perjalanan cahaya jauh lebih laju daripada perjalanan bumi.14

2

3

Bidang SejarahPenulisannya tentang sejarah Islam telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris. Chronology of Ancient Nation Bidang Mineralogymenulis kitab berjudulAl wahir_Ja atau Book of PreciousStonesyang menjelaskan beragam mineral.Dia mengklasifikasikan setiap mineral berdasarkan warna, bau, kekerasan, kepadatan, serta beratnya.

TOKOH-TOKOH TAMADUN ISLAMAl-Ghazali ( 1059M-1111M)Digelar sebagai Hujjatu Islam (pembela Islam) Gelaran "Al-Ghazali" diambil bersempena dengan gelaran bapanya yang bekerja sebagai pemintal bulu kambing (al-Ghazzal).

LATAR BELAKANGNama sebenar : Muhammad bin Muhammad at-Thusi al-Imam Abu Hamid al-GhazaliKelahiran : Pertengahan abad kelima ( 450Hijrah-1059 Masihi) di TusiaKematian : 4 Jamadil Akhir tahun 505 Hijrah bersamaan 1111 Masihi di Tusia.Bidang ilmu : Ilmu Falsafah IslamPendidikan Asas : Menghafal Al-Quran, ilmu nahu Bahasa Arab,matematik , fiqah Karier : Memegang jawatan sebagai ketua di Univrsiti Nizamiyah, Baghdad selama lima tahun ( 1091M-1095M)

SUMBANGAN

BIDANG FALSAFAH

Membahagikan ahli falsafahMengklasifikasi Ilmu FalsafahBahagi kepada tiga :

Golongan atheis Golongan yang mengingkari wujudnya pencipta yang mentadbir seluruh alam ini.

Golongan natural - golongan ilmuwan yang banyak membuat kajian berkaitan dengan tabiat, kejadian dan anatomi manusia, tumbuhan serta haiwan.

Golongan teologi merupakan ahli yang membincang dan membahaskan soal-soal ketuhanan bersumberkan akal seperti Plato, Aristotle dan Socrates.

Mengklasifikasikan semula ilmu falsafah kepada enam bahagian, iaitu matematik, mantik, fizik, ketuhanan, siasah dan akhlak.

SAMBUNGAN..

Matematik : menurut al-Ghazali adalah berkaitan dengan ilmu hisab dan kejuruteraan. Ilmu ini tidak berkaitan dengan perbahasan dan sudut agama.

Mantik : pula ialah ilmu yang berkaitan dengan logik akal dan bagaimana akal sebagai agen penyusun hujah-hujah yang dikemukakan. Ilmu fizik pula berkaitan dengan kajian alam, langit, bintang-bintang, air, udara dan alam seluruhnya.

Ilmu ketuhanan : dalam falsafah mengkaji aspek ketuhanan dan perspektif akal. Ilmu ketuhanan ini didasari oleh perbincangan mantik dan logik.

Siasah : perkara yang berkaitan dengan unsur-unsur keduniaan yang dapat membantu manusia menjalani kebidupan seharian dengan lebih baik.

Akhlak : ilmu yang berkaitan dengan cara seseorang menjalani kehidupan seharian dengan sikap dan peribadi yang mulia.

Bidang Keagamaan Mengarang Kitab Ihya Ulumuddin ( Menghidupkan ilmu-ilmu agama) Melibatkan diri dalam pelbagai aliran pemikiran semata-mata untuk memahami dengan terperinci tentang ajaran islam serta membangunkan kembali ajaran Islam.Kitab ini dikatakan masih menjadi pegangan umat Islam sekarangKitab Ayyuha al-Wahad ( Aduhai Anakku) pula dianggap penting kerana mengandungi nasihat beliau kepada muridnya.

MetodologiMetodologi yang diasaskan oleh Imam al-Ghazali adalah lebih jelas dan terperinci.Antara penulisan terkenal Imam al-Ghazali dalam bidang falsafah ialah Maqasid al-Falasifah, al-Munqidh mim al-Dalal dan Tahafut al-Falasifah.Abu Hassan al-Nadawi juga menyifatkan Imam al-Ghazali sebagai seorang yang istimewa seperti yang diungkapkannya di dalam salah satu penulisannya.

Metodologi

Diberi gelaran Hujjatul Islam Kerana kemampuan al-Ghazali memanfaatkan ilmu yang dipelajari daripada tokoh-tokoh ulama serta kebijaksanaan berhujah dengan mengemukakan pandangan-pandangan yang bernas Menyebabkan beliau amat disanjung tinggi oleh umat Islam dan sememangnya gelaran yang diberikan kepadanya amat tepat.

Gelaran Hujjatul Islam

ULANG KAJI

Ibn KhaldunAl-BiruniAl- KhwarizmiAl-Ghazali

SEKIAN TERIMA KASIH