28
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER : JANUARI 2014 HBHE 3103 : GAYA HIDUP SIHAT SARJANA MUDA PENGAJARAN ( PENDIDIKAN RENDAH ) DENGAN KEPUJIAN DALAM BIDANG SAINS ( SMP KHAS ) NAMA PELAJAR : MOHAMAD FAUDZI BIN MOHAMAD SALEH NO. MATRIKULASI : 731208125515001 NO. KAD PENGENALAN : 731208125515 NO. TELAFON : 0138927731 E-MAIL : [email protected] PUSAT PEMBELAJARAN : OUM, TAWAU

Templet hbhe 3103 gaya hidup sihat faudzi

Embed Size (px)

Citation preview

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER : JANUARI 2014

HBHE 3103 : GAYA HIDUP SIHAT

SARJANA MUDA PENGAJARAN ( PENDIDIKAN RENDAH ) DENGAN KEPUJIAN DALAM BIDANG SAINS ( SMP KHAS )

NAMA PELAJAR : MOHAMAD FAUDZI

BIN MOHAMAD SALEH

NO. MATRIKULASI : 731208125515001

NO. KAD PENGENALAN : 731208125515

NO. TELAFON : 0138927731

E-MAIL : [email protected]

PUSAT PEMBELAJARAN : OUM, TAWAU

NAMA TUTOR : AMDI@AMDA BIN JENIS

HBHE3103 : GAYA HIDUP SIHAT

ISI KANDUNGAN

BIL TAJUK M/S

1.0 PENGENALAN 2

2.0 ENAM DIMENSI KESEJAHTERAAN DALAM RODA KESEJAHTERAAN BALLARD (2012)

4

2.1 Dimensi Kesejahteraan Intelektual (Interlectual) 52.2 Dimensi Kesejahteraan Fizikal (Physical) 62.3 Dimensi Kesejahteraan Emosional (Emotional) 72.4 Dimensi Kesejahteraan Rohani (Spiritual) 82.5 Dimensi Kesejahteraan Sosial (Social) 102.6 Dimensi Kesejahteraan Persekitaran (Environmental) 11

3.0 KESAN KETIDAKSEIMBANGAN DIMENSI KESEJAHTERAAN 12

3.1 Kesan Pengabaian Dimensi Kesejahteraan Intelektual 123.2 Kesan Pengabaian Dimensi Kesejahteraan Fizikal 143.3 Kesan Pengabaian Dimensi Kesejahteraan Emosional 153.4 Kesan Pengabaian Dimensi Kesejahteraan Rohani 163.5 Kesan Pengabaian Dimensi Kesejahteraan Sosial 173.6 Kesan Pengabaian Dimensi Kesejahteraan Persekitaran 18

4.0 AMALAN GAYA HIDUP BERDASARKAN RODA KESEJAHTERAAN UNTUK KESEJAHTERAAN YANG SEIMBANG

19

5.0 DUA DIMENSI KESEJAHTERAAN TAMBAHAN BAGI RODA KESEJAHTERAAN

20

6.0 RUMUSAN 21

BIBLIOGRAFI 22

1

HBHE3103 : GAYA HIDUP SIHAT

1.0 PENGENALAN

Seiring dengan matlamat mencapai wawasan 2020, kerajaan berhasrat untuk meningkatkan

taraf hidup rakyat dan masyarakat berpendapatan rendah. Salah satu cabang atau usaha yang

boleh dijalankan adalah meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat. Peningkatan taraf hidup

rakyat ini merupakan salah satu agenda yang tersenarai dalam Program Transformasi

Kerajaan dan terkandung dalam salah satu dari enam Bidang Keberhasilan Utama Negara

(NKRA). Peningkatan taraf hidup atau kesejahteraan hidup merupakan salah satu perkara

yang menjadi agenda dalam pembangunan negara. Kebanyakan negara maju telah

menjadikan isu kesejahteraan hidup sebagai salah satu agenda dalam pembangunan negara

mereka dan begitu juga dengan Malaysia. Malah perkara ini pernah disuarakan oleh mantan

Perdana Menteri kita, Tun Mahathir yang mengatakan, meskipun kesejahteraan hidup

bukanlah merupakan salah satu petunjuk penting ekonomi namun kebanyakkan negara kini

telah mula memberikan perhatian terhadap soal ini kerana kemajuan sesebuah negara itu

hanya boleh diukur berdasarkan kualiti hidup rakyatnya yang bertambah baik secara

berterusan.

Kesejahteraan hidup merupakan sesuatu yang bersifat subjektif dan tidak boleh diukur. Oleh

sebab itu amatlah sukar untuk mentfsir maksud kesejahteraan hidup secara realitinya. Namun

begitu Myers, Sweeney and Wittmer (2005) telah mentafsirkan kesejahteraan hidup sebagai

cara hidup ke arah mencapai tahap kesihatan dan kesejahteraan diri yang optimum

merangkumi fizikal, mental dan spiritual yang diintegrasikan oleh individu untuk kehidupan

yang berkualiti di dalam masyarakat.

Manakala Norizan (2003) pula mendefinisikan kesejahteraan hidup mengikut dua kategori

iaitu objektif dan subjektif. Kesejahteraan hidup objektif bermaksud keperluan hidup yang

dapat dikecapi oleh individu dan dapat dilihat secara luaran seperti pendapatan,perumahan,

kesihatan dan pendidikan. Manakala kesejahteraan hidup subjektif pula dinilai berdasarkan

kepuasan dan nikmat hidup yang dirasai oleh individu seperti berasa seronok dan bersyukur

kerana mempunyai pekerjaan yang baik, anak-anak yang berjaya dan mempunyai keluarga

2

HBHE3103 : GAYA HIDUP SIHAT

yang bahagia. Beliau juga mengatakan bahawa kesejahteraan hidup adalah merupakan kualiti

hidup subjektif kerana ia adalah kemuncak kepada kepuasan dan kebaikan manusia.

Veenhoven (2006) pula mengaitkan kesejahteraan hidup dengan kegembiraan. Kegembiraan

pula didefinisikan sebagai sejauhmana seseorang itu menyukai akan kehidupan yang

dilaluinya atau darjah di mana seseorang itu menilai keseluruhan kehidupannya, secara

positif. Beliau juga mengatakan, perkataan kesejahteraan hidup, kegembiraan, kualiti

kehidupan, kepuasan hidup, kebajikan merupakan perkataan yang menerangkan konsep yang

sama iaitu kehidupan yang baik. Namun kesejahteraan hidup tidak sama dengan kegembiraan

walaupun kedua-dua istilah tersebut sering digunapakai bersama.

Renwick (2006) dalam kajiannya pula mendefinisikan kesejahteraan hidup sebagai suatu

perkara yang menyebabkan seseorang merasa seronok, bahagia dan merasakan hidupnya

bermakna. Manakala Baker (2003) pula berpendapat kesihatan holistik atau kesejahteraan

merangkumi dimensi psikologi, fizikal, sosial, intelektual, spiritual, pekerjaan dan

persekitaran. Individu yang didefinisikan mencapai kesejahteraan adalah individu yang

mencapai tahap optimum bagi keseluruhan dimensi di atas. Namun demikian, tidak dinafikan

bahawaterdapat juga turun naik pada dimensi tersebut dalam proses mencapai kesejahteraan

Berdasarkan kepada pengertian-pengertian kesejahteraan hidup oleh tokoh-tokoh tersebut,

dapatlah dikatakan bahawa konsep kesejahteraan hidup merupakan satu proses dinamik yang

memberikan nilai kepada manusia tentang bagaimana kehidupan mereka berkembang sama

ada bertambah baik atau sebaliknya. Kesejahteraan pula telah diiktiraf sebagai komponen

positif kesihatan yang optimum. Ini dapat dibuktikan melalui rasa kepuasan yang

dicerminkan melalui kemampuan berfungsi secara optimum, kualiti hidup yang baik, kerja

yang bermakna, dan sumbangan kepada masyarakat. Kesejahteraan membolehkan

pengembangan potensi seseorang untuk hidup dan bekerja dengan berkesan dan untuk

membuat sumbangan penting kepada masyarakat.

Meskipun ia mempunyai dimensi yang pelbagai namun secara tradisinya ia diukur melalui

petunjuk ekonomi iaitu tingkat pendapatan (Fabrica dan David). Namun demikian,

sejauhmanakah tingkat pendapatan itu dapat menggambarkan dengan tepat tentang persoalan

3

HBHE3103 : GAYA HIDUP SIHAT

kesejahteraan hidup? Ini adalah kerana konsep kesejahteraan hidup itu sendiri merupakan

suatu yang subjektif dan tidak mudah untuk diukur.

Sungguhpun begitu, Anspaugh dan rakan (2004) dan Hales (2005) telah menggariskan tujuh

dimensi kesejahteraan yang perlu dicapai untuk kesejahteraan dalam kehidupan. Tujuh

dimensi berkenaan merangkumi emosi, kerjaya, sosial, fizikal, intelektual, spiritual,

persekitaran dan kerjaya. Manakala Ballard (2012) pula, menetapkan enam dimensi

kesejahteraan yang perlu dicapai untuk kesejahteraan hidup melalui Roda Kesejahteraan yang

beliau perkenalkan, Enam dimensi tersebut merangkumi intelektual, fizikal, emosi, spritual,

intelektual dan persekitaran.

2.0 ENAM DIMENSI KESEJAHTERAAN DALAM RODA KESEJAHTERAAN

BALLARD (2012)

Rajah 1. Roda Kesejahteraan Ballard 2012

Roda Kesejahteraan Ballard (2012) mengandung enam dimensi kesejahteraan yang perlu

dipenuhi oleh setiap individu untuk mencapai kesejahteraan dalam kehidupan seperti yang

ditunjukkan dalam Rajah 1 di atas. Enam dimensi kesejahteraan tersebut merangkumi

4

HBHE3103 : GAYA HIDUP SIHAT

dimensi intellectual (intelektual), dimensi physical (fizikal), dimensi emotional (emosi),

dimensi spiritual (rohani), dimensi social (sosial) dan dimensi environmental

(persekitaran).

2.1 Dimensi Kesejahteraan Intelektual (Intellectual)

Dimensi kesejahteraan intelektual merangkumi kemampuan individu untuk menaakul,

memproses dan bertindak balas terhadap maklumat, kemampuan untuk mengenal pasti nilai

dan kepercayaan serta kemampuan membuat keputusan. Dengan mencapai dimensi ini,

seseorang individu akan dapat melahirkan idea-idea yang berguna untuki dirinya, keluarga,

masyarakat dan negara. Di samping itu juga, individu yang mencapai dimensi ini akan

berupaya untuk menyelesaikan masalah dengan berkesan dan efektif.

Perkaitan masa tidur yang mencukupi dengan kesihatan fizikal yang membawa

kepada kesejahteraan intelektual

Menurut Sharif Shaariy dan Faizal Yusup (2004), seorang intelektual itu adalah seorang

pemikir yang sentiasa berfikir dan mengembangkan serta menyumbangkan ideanya untuk

kesejahteraan masyarakat. Dia juga adalah seorang yang mempergunakan ilmu dan

5

HBHE3103 : GAYA HIDUP SIHAT

ketajaman fikirannya untuk mengkaji, menganalisis, merumuskan segala perkara dalam

kehidupan manusia, terutama masyarakat di mana dia hadir khususnya dan di peringkat

global amnya untuk mencari kebenaran dan menegakkan kebenaran itu. Lebih daripada itu,

seorang intelektual juga adalah seorang yang kenal akan kebenaran dan berani pula

memperjuangkan kebenaran itu, walau bagaimana sekalipun tekanan dan ancaman yang

dihadapinya, terutama sekali kebenaran, kemajuan, dan kebebasan untuk masyarakat.

2.2 Dimensi Kesejahteraan Fizikal (Physical)

Dimensi kesejahteraan fizikal pula bermaksud kesihatan optimum yang memerlukan amalan

pemakanan yang sihat, senaman, mengelakkan tabiat yang merosakkan, pemeriksaan

kesihatan yang regular dan pencegahan kecederaan semasa di rumah ,jalan raya dan di tempat

kerja.Ini secara tidak lansung akan meningkatkan kesejahteraan fizikal. Menurut

Kementerian Kesihatan Malaysia (2005) kesejahteraan fizikal sebagai salah satu unsur dalam

kesihatan holistik. Kesejahteraan fizikal melibatkan komponen daya tahan kardiovaskular,

otot dan komposisi badan.

Keseimbangan pemakanan mempengaruhi kesejahteraan fizikal6

HBHE3103 : GAYA HIDUP SIHAT

2.3 Dimensi Kesejahteraan Emosional (Emotional)

Kesejahteraan emosi pula merupakan sikap dan kepercayaan individu terhadap diri dan

kehidupan. Ianya merangkumi konsep kendiri yang positif dan realistik, identiti diri, tahap

penghargaan kendiri dan kesedaran dalam mengawal perasaan.

Emosi didefinisikan sebagai suatu ekspresi perasaan naluri yang kuat seperti sayang,

gembira, malu, sedih, takut dan sebagainya. Iaitu kehebatan dan kesensitifan perasaan yang

selalunya diluahkan dari dalaman kepada tingkah laku tertentu atau cara kita menyampaikan

perasaan. Perasaan-perasaan yang kuat ini akan mempengaruhi tindak balas luaran sama ada

pada perubahan tubuh fizikal terkawal seperti mimik muka dan tidak terkawal seperti badan

berpeluh kerana ketakutan.

Mimik muka ceria melambangkan emosi yang sejahtera

Dalam istilah Psikologi, emosi merupakan bahasa dalaman seseorang yang berkait rapat

dengan tindak balas (fizikal) daripada sensitiviti perasaan dalaman dan luaran (pergaulan

sosial). Ia adalah suatu pergerakan dalam minda yang dikeluarkan oleh pengaruh luaran.

Minda adalah pasif dan sentiasa menerima semua yang terlintas untuk mempengaruhinya.

7

HBHE3103 : GAYA HIDUP SIHAT

Apabila minda tersebut bangkit untuk menunjukkan apa yang dirasainya, maka itulah yang

dimaksudkan sebagai emosi

Emosi dan perasaan seperti tangisan, gelak ketawa, kesedihan dan ketakutan mencorakkan

warna kehidupan, membentuk sikap dan personaliti serta menggerakkan arah hidup manusia

ke arah kesejahteraan. Perkataan emosi berasal dari perkataan Greek “emovere” yang

membawa maksud ‘untuk keluar’. Emosi akan ditonjolkan keluar sebagai satu bentuk bagi

memenuhi kepuasan seseorang. Menurut Mohmood Nazar Mohamad, (1992). emosi boleh

ditakrifkan sebagai satu keadaan yang dialami oleh manusia yang melibatkan beberapa

perubahan proses fisiologi, diri dan psikologi.

Ahmad Sukardi Aziz (1980) pula mengatakan bahawa sebarang usaha ke arah penyesuaian

akan menimbulkan berbagai masalah. Cara menyelesaikan masalah ini banyak bergantung

kepada pengalaman yang sudah ada pada diri individu itu sendiri melalui proses interaksi

dengan persekitarannya sebelum itu. Dalam proses perkembangan di zaman moden ini,

individu terpaksa menempuh banyak situasi baru. Ini menimbulkan masalah kepadanya.

Masalah penyesuaian ini timbul disebabkan adanya konflik dalam diri individu bagi

memenuhi kehendak persekitarannya.

Hurlock (1973), mengatakan bahawa masalah emosi juga perlu dilihat dari aspek kesannya ke

atas individu, masyarakat dan juga negara. Gangguan dan ketegangan emosi yang tinggi atau

berterusan bukan hanya mempengaruhi tingkah laku tetapi juga sikap dan keadaan

psikologikal, nilai dan kebolehan mereka. Ganguuan ini seterusnya akan mengakibatkan

kejahteraan hidup tidak tercapai.

2.4 Dimensi Kesejahteraan Rohani (Spiritual)

Kesejahteraan rohani pula direalisasikan melalui agama, kepercayaan dan amalan ritual. Ia

juga merujuk kepada keupayaan seseorang untuk mewujudkan satu sistem nilai dan bertindak

pada sistem kepercayaan, serta untuk membina dan menjalankan matlamat seumur hidup

yang bermakna dan konstruktif. Kesejahteraan rohani sering berdasarkan kepercayaan dalam

8

HBHE3103 : GAYA HIDUP SIHAT

kuasa yang lebih besar daripada individu yang dapat membantu seseorang menyumbang

kepada kualiti hidup yang lebih baik untuk semua orang. Menurut Pertubuhan Kesihatan

Sedunia (WHO) (1984), aspek rohani (spiritual) merupakan salah satu unsur dari pengertian

kesejahteraan hidup seutuhnya. Seseorang dengan kesejahteraan rohani umumnya dicirikan

sebagai sentiasa berpuas hati berbanding dengan tidak terpenuh.

Pematuhan kepada kehendak agama mengukuhkan kesejahteraan rohani

Manakala menurut Mimi Doe dan Marsha Walch (2007 dalam Syamil Yusuff,2007),

kerohanian merupakan dasar bagi perkembangan harga atau maruah diri, serta nilai dan moral

seseorang. Ianya memberi makna dan erti yang sangat besar bagi kehidupan kita, tentang

kepercayaan mengenai adanya kekuatan dalaman yang lebih besar dan kuat daripada

kekuatan fizikal. Kerohanian juga menghubungkan diri kita secara langsung dengan Pencipta.

Rohani atau jiwa yang tenang adalah anugerah daripada tuhan untuk memberi kekuatan

kepada kehidupan di dunia dan di akhrat. Apabila rohani itu suci maka keseluruhan

kehidupan akan baik, akal menjadi sihat, emosi akan menjadi stabil dan fizikal akan

sejahtera. Menurut Tajul Ariffin (2010), kekuatan rohani terletak kepada penghayatan dan

amalan beragama yang yang mengukuhkan hubungan manusia dengan penciptanya. Semakin

tinggi amalan beragama semakin mantaplah rohaninya.

9

HBHE3103 : GAYA HIDUP SIHAT

Dengan melahirkan sifat kerohanian dalam diri, secara tidak langsung seseorang individu itu

akan lebih matang menilai setiap perkara di sekeliling kehidupannya sebelum menentukan

arah keputusan dalam meneruskan perjalanan kehidupan. Malah setiap unsur negatif yang

berada di depan mata akan ditepis daripada mempengaruhi kehidupannya untuk menjadi

seseorang individu yang positif dalam membina kesejahteraan kehidupan. Sungguhpun

begitu, sifat-sifat kerohanian perlu diamalkan secara konsisten kerana pengabaian akan

menjurus kepada kelalaian yang membawa kepada keburukan.

2.5 Dimensi Kesejahteraan Sosial (Social)

Kesejahteraan sosial pula dikaitkan dengan kemampuan untuk berinteraksi dengan komuniti

dan mampu untuk memenuhi tanggungjawab sebagai ahli masyarakat, menerima perbezaan

bangsa, budaya, kepercayaan, adat resam dan gender serta menjadikan individu saling

menyokong dan menghargai antara satu sama lain juga menyumbang bakat tenaga dan idea.

Kesejahteraan sosial yang optimum akan menjadikan individu seorang anggota masyarakat

yang dapat memainkan peranan yang pelbagai dengan baik.

Kesejahteraan sosial merupakan matlamat dan elemen teras kepada pembangunan seseorang

individu. Kesejahteraan sosial yang dicapai oleh seseorang individu digambarkan oleh

kedudukan atau keadaan seseorang pada suatu masa tertentu. Kedudukan atau keadaan

individu digambarkan pula oleh tahap dan taraf hidup individu berkenaan. Menurut Becker

(1967), tahap merujuk kepada apa yang dirasai, dinikmati atau dideritai oleh seseorang.

Manakala taraf pula merujuk kepada apa yang ingin dicapai oleh individu berkenaan. Tahap

dan taraf hidup individu, keluarga dan komuniti boleh dinilai berdasarkan kepada indikator-

indikator kesejahteraan sosial.

Mengikut Midgley (1995) kesejahteraan sosial individu ditentukan oleh tiga aspek, iaitu

pengurusan masalah sosial, pemenuhan keperluan hidup dan peluang mobiliti sosial dalam

masyarakat. Adriaansens (1994), Fraser and Gordon (1994) dan Midgley (1995) menyatakan

bahawa kewujudan ketiga-tiga elemen kesejahteraan sosial ini akan menyediakan masyarakat

dengan keadaan persekitaran yang selamat, kepuasan menyeluruh terhadap keperluan asas

10

HBHE3103 : GAYA HIDUP SIHAT

dan memaksimumkan peluang mobiliti sosial. Dengan itu, individu bebas untuk membangun

potensi diri, terlibat secara aktif dalam aktiviti yang dilaksanakan dan memberi sumbangan

kepada komuniti secara keseluruhannya

Kesejahteraan sosial berkait rapat dengan kepayaan untuk berkomunikasi, bergaul dan

mmemberikan sumbangan kepada mayarakat

2.6 Dimensi Kesejahteraan Persekitaran (Environmental)

Kesejahteraan persekitaran dikaitkan dengan kesedaran tentang kestabilan dan pemusnahan

dunia atau alam sekitar kesan daripada kegiatan manusia. Menurut Prentice (1999),

kesejahteraan ini akan menggerakkan manusia untuk menyediakan persekitaran yang sihat

serta menghargai sumber alam sekeliling

Sejak sekian lama hubungan antara masyarakat dengan alam sekitar ibarat aur dengan tebing

iaitu saling bergantungan dan mempengaruhi antara satu sama lain. Masyarakat memerlukan

alam sekitar sebagai tempat tinggal, sumber makanan, sumber perubatan, sumber bahan

mentah, sumber terapi serta sumber rekreasi dan pendidikan. Menurut Jamaluddin (2009),

dalam kehidupan seharian, manusia sangat bergantung pada alam sekitar dan adalah amat

sukar untuk menyatakan bahawa kesejahteraan hidup tidak bergantung pada kemampanan

11

HBHE3103 : GAYA HIDUP SIHAT

alam sekitar. Hal ini bermakna gangguan terhadap alam sekitar secara berlebihan bukan

hanya menyebabkan kemerosotan kualitinya, tetapi juga boleh mengganggu kesejahteraan

kehidupan Kesedaran dan kefahaman terhadap hubungan manusia dengan alam sekitar inilah

yang akan membentuk kesejahteraan persekitaran.

Persekitaran yang bersih hasil kesejahteraan persekitaran

3.0 KESAN KETIDAKSEIMBANGAN DIMENSI KESEJAHTERAAN

Roda Kesejahteraan Ballard (2012) mengandung enam dimensi kesejahteraan yang perlu

dicapai untuk kesejahteraan hidup yang sebenarnya. Pengabaian atau ketidakseimbangan

dimensi akan menyebabkan matlamat memenuhi kesejahteraan hidup tidak akan tercapai.

Seperti sebiji roda, kecacatan pada mana-mana bahagian roda akan menyebabkan roda

berpusing secara tidak stabil.

3.1 Kesan Pengabaian Dimensi Kesejahteraan Intelektual

Manusia hari ini dapat menikmati berbagai teknologi yang dapat menyelesaikan keperluan

hidup seperti kereta untuk memudahkan perjalanan, kalkulator untuk mengira, komputer

12

HBHE3103 : GAYA HIDUP SIHAT

untuk simpanan maklumat dan komunikasi dan sebagainya. Nikmat yang diperoleh ini adalah

hasil daya intelektual individu individu tertentu. Dengan adanya daya intelektual yang tinggi

mereka dapat menyumbang idea yang dapat menyelesaikan masalah manusia hari ini.

Sungguhpun begitu, memiliki daya intelek yang tinggi tidak bermakna seseorang itu telah

mencapai kesejahteraan intelektual dalam hidupnya kerana daya intelektual yang dimiliki

seharusnya dapat menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat umumnya.

Sekiranya daya intelektual digunakan untuk kepentingan survival diri seperti melindungi

kebenaran dengan memanipulasi fakta untuk kepentingan pihak-pihak tertentu maka individu

tersebut sebenarnya tidak sejahtera intelektualnya. Intelektual sebegini akan menyumbang

kepada perselisihan dan perbalahan dalam masyarakat. Sharif Shaary (2004), menegaskan

bahawa seorang intelektual bukan hanya sekadar berfikir tentang kebenaran tetapi harus

menyuarakannya, walau apapun rintangannya. Seorang intelektual yang benar tidak boleh

berkecuali, dan harus memihak kepada kebenaran dan keadilan. Dia tidak boleh menjadi

intelektual bisu kecuali dia betul-betul bisu atau dibisukan.Kalau intelektual itu betul-betul

bisu pun, dia masih boleh bertindak dengan menyatakan fikiran melalui penulisan yang

akhirnya akan sampai juga kepada orang ramai. Inilah yang dikatakan intelektual bisu yang

tidak bisu. Sebaliknya, terdapat intelektual yang tidak bisu tetapi bisu. Dia menjadi bisu

mungkin kerana dia takut atau berkepentingan.Intelektual palsu akan mengabui mata dan

minda rakyat dengan kebenaran palsu melalui menyelewangkan fakta dan pernyataan-

pernyataan yang mengelirukan. Intelektual palsu banyak menggunakan retorik-retorik

kosong.

Ketidaksejahteraan intelektual juga akan menyumbang kepada peningkatan kes jenayah di

Malaysia. Jenayah cetak rompak, pemalsuan dokumen, rasuah dan macam-macam lagi akan

terus berlaku akibat ketidaksejahteraan intelektual. Menurut Statistik Bilangan Kes Akta

Hakcipta 1987 pada tahun 2012 yang dikeluarkan oleh KPDNKK, sebanyak 289 kes yang

dicatatkan dan jumlah ini terus meningkat pada tahun 2013. Jenayah-jenayah ini dilakukan

oleh golongan profesional dan pakar ataupun dari golongan berdaya intelektual tinggi.

Ketidaksejahteraan intelektual juga akan mempengaruhi dimensi kesejahteraan yang lain.

Intelek yang tidak sihat akn menyebabkan kemudaratan kepada kesejahteraan fizikal,

13

HBHE3103 : GAYA HIDUP SIHAT

emosional, persekitaran, sosial dan spiritual. Menurut Maschlach (1981), masalah kesihatan

termasuk beberapa penyakit mental danpsikologi seperti penagihan alkohol, penyalahgunaan

dadah, ‘mentalbreakdown’, masalah rumah tangga dan juga masalah ibu atau bapa

tunggal.Semua keadaan ini dikatakan menghasilkan tekanan mental, keadaankemurungan

(depression) dan juga kebimbangan (anxiety) dalam kalanganpekerja.

3.2 Kesan Pengabaian Dimensi Kesejahteraan Fizikal

Kesejahteraan fizikal merupakan elemen kesihatan yang paling baik dalam kesejahteraan

manusia. Pengabaian dimensi kesejahteraan ini akan mengundang kepada penuruanan

produktiviti dan kegoyahan institusi kekeluargaan akibat masalah penyakit. Kewujudan

penyakit fizikal dalam diri individu dan ahli keluarga lazimnya berpunca daripada

pemakanan dan gaya hidup yang tidak sihat. Pengamalan pemakanan yang tidak mengikut

kadar yang ditetapkan menyumbang kepada risiko individu dihidapi penyakit kencing manis,

jantung, darah tinggi dan kanser.

Kesihatan diri dalam sesebuah keluarga penting dalam menjadikan sesebuah keluarga itu

sihat secara luaran dan dalaman. Menurut Yahaya (2002), kebanyakan penyakit yang kronik

menyerang seseorang individu secara senyap-senyap, tanpa dikesan oleh mata kasar kita

Penyakit seperti jantung dan darah tinggi dikatakan berpunca daripada tekanan yang dihadapi

pada peringkat awal. Individu yang tidak pandai mengawal emosi kemarahan mudah

dijangkiti penyakit ini dan menjejaskan prestasi kesihatan individu, keluarga dan komuniti

untuk jangka masa panjang.

Amalan seperti merokok, diet berlebihan, sikap negatif, tingkah laku luar kebiasaan dan

selalu berfikiran negatif dikaitkan dengan penghidapan penyakit kronik sebegini. Kesedaran

dalaman tidak akan timbul sekiranya individu belum menghidap sebarang jenis penyakit yang

kronik dan kritikal. Mereka akan menyedari hakikat pentingnya kesihatan apabila diri mereka

menghidapi penyakit kronik seperti jantung, kanser, diabetis, masalah seksual dan AIDS.

14

HBHE3103 : GAYA HIDUP SIHAT

Antara penyakit yang mengganggu kesihatan keluarga pada masa kini ialah jantung, kencing

manis, masalah seksual dan juga AIDS. Kesemua ini penyebab kepada kemerosotan

kesihatan keluarga sehingga menyebabkan perceraian, pengabaian dan pemulauan. Raihanah

(2004) menjelaskan bahawa penyakit jantung koronari disebabkan oleh aras kolesterol tinggi

dalam tubuh badan manusia. Pengambilan makanan yang tidak seimbang dan kaya dengan

kandungan asid lemak tepu sangat berbahaya untuk penyakit jantung. Mereka yang merokok

dan mengambil makanan secara tidak seimbang mempengaruhi kewujudan jenis penyakit ini

yang dikatakan pembunuh nombor satu di Malaysia. Komuniti di negara ini dikatakan tidak

sejahtera jika ada kecenderungan masyarakat mengambil makanan berkolesterol dalam

kuantiti yang terlalu tinggi. Aktiviti seperti memakan makanan tanpa pengawalan had yang

sepatutnya menjadikan keadaan ini semakin teruk. Malah, mungkin satu hari nanti Malaysia

merupakan negara yang ramai penduduknya meninggal dunia kerana serangan penyakit

jantung.

3.3 Kesan Pengabaian Dimensi Kesejahteraan Emosional

Kesejahteraan emosional adalah satu perkara yang perlu dititikberatkan dalam menjalani

kehidupan seharian kita kerana ia penting dalam memastikan kita sentiasa berada dalam

keadaan yang rasional dan tenang terutamanya dalam membuat sesuatu keputusan penting.

Pengabaian dimensi ini akan menjadikan kita hilang pertimbangan dan berada dalam keadaan

kemurungan yang berpanjangan. Sebagaimana kesihatan fizikal, emosi juga perlu sentiasa

dijaga dan dirawat supaya ianya tak membawa kepada kesakitan mental yang kronik.

Emosi yang tidak sejahtera akan menyebabkankan individu tidak dapat menyumbang kepada

kejayaan sesebuah organisasi yang diwakilinya. Ini adalah kerana, emosi yang tidak sihat

akan mengakibatkan hilang daya tumpuan, kewarasan tidakan, kesabaran mengurus masalah

dan mengatsi tekanan. Mengikut Cherniss (2000) kebolehan mengatur perasaan dan

mengawal tekanan merupakan salah satu aspek kecerdasan emosi yang penting dalam

menentukan kejayaan. Mereka yang cerdas emosinya mempunyai kebolehan mengendalikan

tekanan dan mampu meningkatkan keberkesanan prestasi kumpulan.

15

HBHE3103 : GAYA HIDUP SIHAT

Pengabaian terhadap kesejahteraan emosi juga akan mempengaruhi tingkahlaku, nilai dan

kebolehan seseorang. Menurut Hurlock (1973), masalah emosi juga perlu dilihat dariaspek

kesannya ke atas individu, masyarakat dan juga negara. Gangguan dan ketegangan emosi

yang tinggi atau berterusan bukan hanya mempengaruhi tingkah laku tetapi juga sikap dan

keadaan psikologikal, nilai dan kebolehan mereka. Ini bermakna pengabaian kesejahteraan

emosi akan menyumbang kepada masalah sosial.

Masalah penderaan, buli, bunuh, bunuh diri dan dadah mempunyai perkaitan dengan

kesejahteraan emosi. Coleman (1986) dan Reinet & Huang (1987) dalam kajian terhadap

emosi remaja mendapati remaja yang menghadapi masalah tingkah laku dikatakan sebagai

remaja yang terganggu emosinya. Manakala menurut Quay, Morse dan Cutler (1966), remaja

yang mengalami masalah emosi akan bercelaru kelakuannya dan bertingkah laku secara

agresif, bermusuhan dan juga suka bergaduh. Mereka juga tidak matang, malas, berkhayal,

pasif dan prejudis dan natijahnya mereka ini mengamalkan tingkah laku delinkuen. Dapatan

ini juga disokong oleh Cohen & Strayer (1996) yang menyatakan bahawa gejala sosial dan

tingkah laku tidak beretika yang berleluasa hari ini berpunca dari masalah emosi.

3.4 Kesan Pengabaian Dimensi Rohani

Kesejahteraan spiritual juga dikenali sebagai kesejahteraan kerohanian. Kerohanian menurut

al-Ghazali (2000: 532) adalah merujuk kepada empat elemen kerohanian manusia iaitu al-

ruh, al-qalb, al-‘aql dan al-nafs. Ini menjelaskan bahawa aspek kerohanian adalah aspek

ma’nawi yang tersimpan di dalam diri manusia. Aspek ini tidak sepatutnya diabaikan dalam

aktiviti seharian bagi menjamin kebergantungannya dengan Tuhan dalam usaha mencapai

kesejahteraan hidup..

Kesejahteraan spiritual merupakan kunci kepada kehidupan manusia. Menurut Nahid (2009),

kekuatan fizikal yang kita miliki adalah lahir daripada kekuatan atau kecerdasan spiritual.

Oleh sebab itu, kita akan dapat menjalankan tugas kita dengan baik sekiranya kita memiliki

kekuatan atau kecerdasan spiritual yang tinggi Pengabaian kesejahteraan spiritual dalam diri

akan menyumbang kepada masalah tingkah laku dan gejala sosial. Menurut Anis (2011),

16

HBHE3103 : GAYA HIDUP SIHAT

antara kes-kes salah laku yang pernah berlaku ialah gejala rasuah. Perbuatan mengejar

kekayaan untuk meningkatkan kualiti hidup atau kesejateraan hidup tanpa mempedulikan

agama menyebabkan berlakunya gejala rasuah ini. Manakala Norhafifi Yahya (2006) pula

menegaskan gejala rasuah ini berlaku adalah disebabkan oleh kelemahan peribadi seperti

kurang iman dan taqwa. Selain itu juga, sikap mahu hidup mewah, riak, menunjuk-nunjuk,

tamak, ingin cepatkaya dan sebagainya adalah pendorong berlakunya rasuah bagi mereka

yang lemah keperibadiannya.

Pengabaian dimensi kesejahteraan ini juga akan menyumbang kepada kehancuran institusi

kekeluargaan. Berita Harian,(2009) melaporkan kes-kes penceraian melibatkan kakitangan

kerajaan juga semakin meningkat, Terdapat kes seorang kakitangan kerajaan di sebuah

universiti terkemuka, merasai derita berumah tangga apabila diceraikan padausia 27 tahun

hanya selepas tiga tahun berkahwin. Keretakan rumah tangga mereka berpunca daripada

perhubungan bebas di kalangan rakan-rakan sepejabat). Menurut Tengku Asmadi (2009), kes

perceraian ini berlaku kerana kurangnya pengetahuan atau jahil dalam ilmu agama.

3.5 Kesan Pengabaian Dimensi Kesejahteraan Sosial

Kesejahteraan sosial merupakan matlamat yang ingin dicapai oleh semua individu, keluarga

dan komuniti. Ianya merupakan elemen utama dalam menentukan tahap pembangunan

sesebuah komuniti. Konsep kesejahteraan sosial menjelaskan strategi merubah sesebuah

komuniti berdasarkan pendekatan yang berkaitan dengan aspek pengurusan masalah sosial,

pemenuhan keperluan hidup dan penyediaan peluang mobiliti sosial dalam komuniti.

Pengabaian dimensi ini akan menyebabkan institusi keluarga, komuniti masyarakat dan

negara runtuh akibat timbulnya gejala-gejala sosial seperti pergaduhan, vandalisme,

penyalahgunaan dadah, minum arak, pembunuhan dan sebagainya. Gejala sosial ini timbul

akibat ketidakupayaan individu untuk memenuhi tanggungjawab sebagai ahli masyarakat,

menerima perbezaan bangsa, budaya, kepercayaan, adat resam dan gender serta menjadikan

individu saling menyokong dan menghargai antara satu sama lain juga menyumbang bakat

tenaga dan idea.

17

HBHE3103 : GAYA HIDUP SIHAT

Mengikut Midgley (1995) kesejahteraan sosial sesuatu komuniti ditentukan oleh tiga aspek,

iaitu pengurusan masalah sosial, pemenuhan keperluan hidup dan peluang mobiliti sosial

dalam masyarakat. Kewujudan ketiga-tiga elemen kesejahteraan sosial ini akan menyediakan

masyarakat dengan keadaan persekitaran yang selamat, kepuasan menyeluruh terhadap

keperluan asas dan memaksimumkan peluang mobiliti sosial. Sekiranya ketiga-tiga aspek ini

tidak dipenuhi masalah ketidakpuasan hati, pertengkaran, jenayah dan masalah tingkahlaku

akan berlaku. Di negara kita contohnya, menyaksikan demonstrasi besar-besaran oleh

kumpulan masyarakat yang mewakili NGO Bersih atas sebab ketidakpuasan terhadap

perjalan sistem pilihanraya di negara ini. Demonstrasi ini bukan sahaja menyebabkan lalu

lintas terganggu tetapi juga menimbulkan implikasi yang lain seperti kecederaan, vandalisme

dan pertempuran.

3.6 Kesan Pengabaian Dimensi Kesejahteraan Persekitaran

Kesihatan Persekitaran menyeliputi kesemua perkara yang berkaitan dengan manusia dan

kesihatan yang berkait rapat dengan faktor alam semulajadi, keadaan alam sekeliling dan

pembangunan persekitaran. Pengabaian dimensi ini akan menyumbang kepada masalah

mental, emosi dan sosial.

Penerimaan manusia terhadap persekitaran adalah suatu kebolehan semula jadi yang mungkin

terkawal atau tidak terkawal. Secara asasnya, persekitaran ekologi adalah lebih bersifat

fizikal tetapi mempengaruhi manusia dalam aspek fizikal dan juga mental. Topik perubahan

emosi yang terkesan daripada persekitaran adalah menjurus kepada sudut tekanan atau stress

yang diterima daripada input-input persekitaran. Sama ada ia melalui kedatangan input

persekitaran tidak selesa, perubahan drastik, terlalu banyak dan membebankan, atau terlalu

berat untuk ditanggung, maka semuanya adalah hasil daripada input berbentuk fizikal.

Mitchell (1989), menyatakan di antara faktor psikologi yang menyumbang kepada tingkah

laku delinkuen adalah apabila wujudnya emosi yang tidak gembira hasil daripada faktor

persekitaran seperti hubungan kekeluargaan yang longgar, keluarga berpecah dan kurang

perhatian daripada keluarga atau ibu bapa. Manakala Jamaluddin (2009) pula

18

HBHE3103 : GAYA HIDUP SIHAT

menyatakan,.gangguan terhadap alam sekitar secara berlebihan bukan hanya menyebabkan

kemerosotan kualitinya, tetapi juga boleh mengganggu kesejahteraan kesihatan

4.0 AMALAN GAYA HIDUP BERDASARKAN RODA KESEJAHTERAAN

UNTUK KESEJAHTERAAN YANG SEIMBANG

Berdasarkan kepada Roda Kesejahteraan Ballard 2012, pencapaian kenam-enam dimensi

kesejahteraan akan membentuk kesejahteraan yang seimbang. Untuk mencapai kesemua

dimensi tersebut, pengamalan gaya hidup sihat amatlah penting sekali. Gaya hidup sihat

merupakan satu amalan kehidupan yang membawa impak positif kepada diri seseorang,

keluarga dan masyarakat. Gaya hidup sihat merujuk kepada amalan tabiat yang meningkatkan

tahap kesihatan dan meninggalkan tabiat yang memudaratkan kesihatan. Menurut Wee Eng

Hoe (2002), gaya hidup yang sihat berasaskan kepada kegiatan fizikal yang agak rancak. Ia

berkait dengan nilai kesihatan yang positif dan kehidupan sebaliknya sentiasa dikaitkan

dengan nilai kesihatan yang negatif dan berpenyakit serta masalah kesihatan yang lain

.

Bagi mencapai kesejahteraan fizikal dan intelek mengamalkan pemakanan yang seimbang

dan menjauhi amalan buruk seperti merokok atau meminum arak akan dapat menjamin

kehidupan yang bahagia. Makanan segera, minuman bergas dan makanan ringan hendaklah

dikurangkan. Mengambil lebih banyak sayuran dan buah-buahan serta serat dapat

menghindarkan penyakit kencing manis dan darah tinggi. Makanan yang bergoreng dan

berlemak pula mengandungi banyak kolestrol yang boleh menyebabkan penyakit jantung.

Selain itu, aktiviti senaman yang berkala mampu menyihatkan dan mencergaskan badan

seseorang. Kita boleh melakukan aktiviti seperti bersukan, berekreasi atau berjoging bersama

keluarga ketika hujung minggu. Pakar perubatan percaya aktiviti senaman mampu

melancarkan sistem peredaran darah manusia serta menjadikan sistem imunisasi lebih kebal.

Mereka yang gemar bersukan biasanya memiliki badan yang sihat dan minda yang cerdas

berbanding dengan orang yang jarang bersukan.

Setiap individu juga perlu mengutamakan kebersihan diri pada setiap masa bagi memastikan

mereka terhindar daripada sebarang penyakit. Keperluan asas seperti menggosok gigi, mandi,

19

HBHE3103 : GAYA HIDUP SIHAT

berpakaian bersih, waktu tidur dan rehat yang cukup juga perlu dijadikan amalan hidup

seharian. Masyarakat juga perlu menjaga kebersihan persekitaran mereka. Persekitaran yang

bersih perlu dijadikan amalan dalam kehidupan agar kita terhindar daripada sebarang

penyakit. Tempat-tempat pembiakan nyamuk di dalam atau di luar rumah seperti pelapik

pasu bunga ataupun tempat takungan air mestilah kerap dibersihkan ataupun ditukar.

.

Gaya hidup yang sihat juga melibatkan aspek psikologi dan sosial seseorang itu. Mereka yang

lebih terbuka dan bersedia untuk berkongsi masalah dengan orang lain didapati lebih

bermakna kehidupannya. Masyarakat digalakkan menjalin hubungan komunikasi yang mesra

bersama rakan atau jiran tetangga..Pada masa yang sama sentiasa bersikap positif adalah

penting untuk menangani tekanan. Pemikiran yang positif menjadikan seseorang itu mampu

menyelesaikan pelbagai kemelut yang melanda kehidupannya. Individu yang menghadapi

tekanan pula boleh mendapatkan bantuan daripada pakar psikologi di Klinik Psikologi

Hospital Kerajaan. Jadi, semakin positif minda seseorang itu maka semakin tinggilah gaya

hidup sihat yang mampu dicapainya kelak.

5.0 DUA DIMENSI KESEJAHTERAAN TAMBAHAN BAGI RODA

KESEJAHTERAAN

Walaupun Ballard (2012) telah menyenaraikan enam dimensi kesejahteraan untuk mencapai

kesejahteraan hidup melalui Roda Kesejahteraan. Namuin terdapat dua lagi dimensi

kesejahteraan yang boleh ditambah dalam Roda Kesejahteraan ini iaitu dimensi kesejahteraan

pekerjaan dan dimensi kesejahteraan psikologi

Kesejahteraan pekerjaan meliputi pengembangan dan penggunaan kemahiran, bakat,

anugerah dan pengetahuan untuk meningkatkan pencapaian dan taraf hidup. Kesejahteraan

pekerjaan membina sikap positif terhadap pekerjaan dan seterusnya meningkatkan

produktiviti serta mencapai kepuasan dalam pekerjaan. Manakala kesejahteraan psikologi

pula merujuk kepada kemampuan individu untuk menangani stres, mengelakkan konflik,

meningkatkan ketenangan, merangsang motivasi dan meningkatkan keyakinan diri dalam

kehidupan. Pecapaian dimensi kesejahteraan pekerjaan dan kesejahteraan psikologi amat

20

HBHE3103 : GAYA HIDUP SIHAT

penting untuk mencapai kesejahteraan hidup adalah berlandaskan kepada hubungkaitnya

dengan pencapaian dimensi kesejahteraan intelektual, emosional, persekitaran, fizikal,

spiritual dan sosial.

Individu yang tidak sejahtera pekerjaan tidak akan mampu untuk mengaplikasi kemahiran

yang dimilikinya untuk kesejahteraan masyarakatnya. Ini disebabkan individu ini tidak akan

berusaha untuk meningkatkan kemahiran sedia ada pada dirinya.Selain itu juga, kegagalan

untuk menangani tekanan dan bebanan kerja akan menyebabkan individu ini mengalami

gangguan emosi dan seterusnya tidak dapat mengimbangi keperluan masyarakat sekitarnya.

Kepentingan kesejahteraan psikologi dalam mkencapai kesejahteraan amat realistik sekali. Ini

disebabkan kesejahteraan psikologi menuntut keupayaan diri untuk menangani stress,

menangani konflik dan merangsang motivasi. Tanpa ciri-ciri ini kesejahteraAn khidupan

tidak mungkin akan tercapai.

6.0 RUMUSAN

Kesejahteraan hidup adalah matlamat yang ingin dikecapi oleh semua orang. Kehidupan yang

tidak sejahteran bukan sahaja akan menimbulkan kesan negatif terhadap diri tetapi juga

kepada keluarga, masyarakat dan negara. masalah-masalah seperti penyakit kronik, gangguan

mental, tekanan perasaan, pencemaran, penagihan dadah, pembunuhan adalah hasil dari

ketidaksejahteraan hidup. Untuk mencapai kesejahteraan hidup, pengamalan gaya hidup sihat

amatlah dituntut kerana amatlah mustahil untuk mencapai kesejahteraan sekiranya diri

dibebani dengan masalah penyakit, tekanan perasaan, masalah tingkah laku dan sebagainya.

4463 patah perkataan

21

HBHE3103 : GAYA HIDUP SIHAT

BIBLIOGRAFI

Adriaansens, H. (1994). Citizenship, Work and Welfare. In Steenbergen, B. V. (ed.). The

Condition of Citizenship. London: Sage Publication.

Ahmad Sukardi Aziz (1980). Dicapai pada Febuari 17, 2014 daripada http://eprints.utm.my

/2265/1/AziziYahaya_Kecerdasan_Emosi_dan_Hubungan_Pencapaian.pdf

Al-Ghazali, Abu Hamid, & Muhammad Bin Ahmad (2000). Ihya’ ‘Ulum al-Din. Tahqiq

Abdul Rahim bin al-Husain al-cIraqi, al-Qahirah : Dar al-Taqwa li al-Turath.

Anis Abd Wahab (2011). Hubungan Kecerdasan Spiritual dengan Kualiti Kehidupan Staf

Sokongan Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. Tesis Ijazah Dortor

Falsafah & Sarjana Separa Penyelidikan. Johor Bahru:Universiti Teknologi

Malaysia.

Baker, R. (2003). Dimensions of wellness. Dicapai pada Febuari 16, 2005 daripada

http://www.bradley.edu/eddey/cwc/

Becker, E. (1967). Beyond Alienation: A Philosophy of Education for the Crisis of

Democracy: New York, G. Braziller.

Cherniss, C. (2000). Promoting emotional intelligence in organizations. Virginia: American

Society for Training and Development.

Coleman, M. C. (1986/. Behavioral Disorders: Theory and Practice. Englewood Cliffs, New

Jersey: Prentices Hall.

Fraser, N., dan Gordon, L. (1994). Civil Citizenship Against Social Citizenship. In

Steenbergen, B. V. (ed.). The Condition of Citizenship. London: Sage Publication.

Hurlock (1973). Dicapai pada Febuari 17, 2014 daripada http://eprints.utm.my//

2265/1/AziziYahaya_Kecerdasan_Emosi_dan_Hubungan_Pencapaian.pdf

Mahmood Nazar Mohamed (1992). Pengantar Psikologi: Satu Pengenalan Asas Kepada Jiwa

dan Tingkah Laku Manusia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Maslach, C. & Jackson, S. E. (1981). The measurement of experienced burnout. Journal of

Occupational Behavior, 2, 99-113.

22

HBHE3103 : GAYA HIDUP SIHAT

Midgley, J. (1995). Social Development: The Development Perspective in Social Welfare.

London: Sage Publication

Mitchell, B. (1989). The Family Environment and Leaving The Parental Home. Journal of

the Marriage and Family, 51, 605-613.

Mohd Syamil Mohd Yusuff (2007). Transf rmasi P.i.E.S. : physical, intellectual, emotional,

spiritual.Kuala Lumpur : Mustread

Nahid (2009). Dicapai pada Febuari 17, 2014 daripada.

http://www.fp.utm.my/ePusatSumber/pdffail/ptkghdfwP2/p_2011_10067_4d81bafac1

114668bd80127be4b0c2ce.pdf

Norizan Abdul Ghani (2003). Kualiti Hidup Penduduk Pulau Negeri Terengganu: Satu

Kajian Di Pulau Redang dan Pulau Perhentian. PHD Tesis.

Norhafifi Yahya (2006). Dicapai pada Febuari 17, 2014 daripada.

http://www.fp.utm.my/ePusatSumber/pdffail/ptkghdfwP2/p_2011_10067_4d81bafac1

114668bd80127be4b0c2ce.pdf

Quay, H. C., Morse, W. C and Cutler, R. L. (1966). Personality Patterns of Pupils in Special

Classes for the Emotionally Disturbed. Exceptional Children. 32: 297-301

Raihanah Abdullah (2004) Kesihatan keluarga. PTS Publication Sdn Bhd., Bentong.

Reinert, H. R. & Huang, A., (1987). Children in Conflict (3 ed.) Columbus: Merrill

Publishing Co

Renwick, R.,(2006). The Quality life model. Dicapai pada Febuari 16, 2005 daripada

http://www.utoronto.ca/qol/concepts.htm.

Sharif Shaary dan Faizal Yusup (2004).Bicara tentang Mahathir.Pekan Ilmu Publications

Sdn Bhd.

Tajul Ariffin Noordin (2010). Pemikiran Sihat Landasan Rakyat Bertaraf Dunia.Pendidik Bil

72/Mei 2010.

Tengku Asmadi (2009). Dicapai pada Febuari 17, 2014 daripada.

http://www.fp.utm.my/ePusatSumber/pdffail/ptkghdfwP2/p_2011_10067_4d81bafac1

114668bd80127be4b0c2ce.pdf

Veenhoven R. (2006). How Do We Assess How Happy We are? Tenets, Implications and

Tenability of Three Theories. Paper conference on ‘New Directions in the Study of

Happiness: United States and International Perspectives’, University of Notre Dame,

USA, October 22-24.

23

HBHE3103 : GAYA HIDUP SIHAT

Yahaya Mahamood (2002) Kesihatan dan pencapaian kesejahteraan manusia: Perdampingan

sumber-sumber biologikal dengan faktor-faktor psikologikal dan sosial. Pasca-Sidang

Seminar Psikologi-PSIMA 2, 1-16.

24