8
TEKS PENGERUSI MAJLIS MASA PERKARA 8.00 pm. Ketibaan tetamu jemputan. 8.15 pm. Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Prof. Dr. Sahrim Hj. Ahmad, Dekan Fakulti Sains dan Teknologi beserta dif-dif kehormat. Hadirin mohon berdiri. .........Nyanyian Lagu Negaraku.......... .........Nyanyian Lagu Varsiti Kita.......... Hadirin dipersilakan duduk. 8.20 pm. Ke Pekan Kuala membeli bingka, Burung merbah di pohon cemara, Majlis bermula tirai dibuka, Assalamualaikum pembuka bicara. Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera. *SALUTASI Selamat datang ke Majlis Makan Malam Temu Mesra Kelab Sains Kimia, Oleokimia dan Teknologi Kimia. Buat pengetahuan hadirin sekalian, majlis makan malam ini julung kali diadakan dengan mengabungkan tiga kelab iaitu kelab Sains Kimia, Oleokimia dan Teknologi Kimia. Bertemakan

Teks pengacara majlis formal

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Teks pengacara majlis formal

TEKS PENGERUSI MAJLIS

MASA PERKARA

8.00 pm. Ketibaan tetamu jemputan.

8.15 pm. Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Prof. Dr. Sahrim Hj.

Ahmad, Dekan Fakulti Sains dan Teknologi beserta dif-dif

kehormat.

Hadirin mohon berdiri.

.........Nyanyian Lagu Negaraku..........

.........Nyanyian Lagu Varsiti Kita..........

Hadirin dipersilakan duduk.

8.20 pm. Ke Pekan Kuala membeli bingka,

Burung merbah di pohon cemara,

Majlis bermula tirai dibuka,

Assalamualaikum pembuka bicara.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum wbt dan Salam

Sejahtera.

*SALUTASI

Selamat datang ke Majlis Makan Malam Temu Mesra Kelab

Sains Kimia, Oleokimia dan Teknologi Kimia.

Buat pengetahuan hadirin sekalian, majlis makan malam ini

julung kali diadakan dengan mengabungkan tiga kelab iaitu

kelab Sains Kimia, Oleokimia dan Teknologi Kimia. Bertemakan

Page 2: Teks pengacara majlis formal

”World of Happy Colours”, kami membawakan anda ke

kehidupan yang ceria kerana warnalah yang mewarnai

kehidupan.

Tujuan majlis makan malam ini diadakan bagi meraikan para

pelajar tahun tiga yang akan menamatkan pengajian mereka

pada sesi ini serta para pensyarah yang telah bertungkus lumus

menjaga dan mendidik kami. Selain itu, majlis makan ini juga

bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim

antara para pelajar dan pensyarah.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan di atas

kehadiran Yang Berbahagia Prof. Dr. Sahrim Hj. Ahmad, Dekan

Fakulti Sains dan Teknologi dan Yang Berbahagia Prof. Dr. Rusli

Daik, Timbalan Dekan Penyelidikan dan Inovasi Fakulti Sains

dan Teknologi kerana sudi memeriahkan majlis pada malam ini.

Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan limpah

kurnia-Nya majlis makan malam ini dapat dilangsungkan dalam

suasana aman dan harmoni.

Kalau pergi Tanjung Keramat,

Anak manis jangan diangkat,

Bersama kita memohon rahmat,

Moga majlis mendapat berkat.

Page 3: Teks pengacara majlis formal

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada malam ini,

dijemput Saudara Mohammad Fauzul Azim Mohd Khairudin

untuk membacakan doa. Majlis dengan segala hormatnya

mempersilakan.

.............BACAAN DOA.........

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin. Majlis mengucapkan terima

kasih kepada Saudara Mohammad Fauzul Azim Mohd

Khairudin atas bacaan doa itu tadi.

8.25 pm Hadirin yang dihormati,

Majlis dengan segala hormatnya menjemput saudara

Muhammad Hilman Mustapha, Ketua Pengarah Program untuk

menyampaikan sepatah dua kata. Dengan segala hormatnya

dipersilakan.

...........UCAPAN KETUA PENGARAH..................

Terima Kasih diucapkan kepada saudara Muhammad Hilman

Mustapha.

Seterusnya, majlis diserikan lagi dengan ucapan oleh Yang

Berusaha Prof. Madya Dr. Mohammad Kassim, Pengerusi

Pusat Pengajian Sains Kimia dan Teknologi Makanan. Majlis

dengan segala hormatnya mempersilakan.

.....................UCAPAN PENGERUSI PPSKTM...................

Page 4: Teks pengacara majlis formal

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Prof. Madya Dr.

Mohammad Kassim atas ucapan sebentar tadi.

8.40 pm

Besar langit ditepi busut,

Di atas papan batang jerami,

Besar hajat kami menjemput,

Tiba masanya bicara perasmi.

Oleh itu majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang

Berbahagia Prof. Dr. Sahrim Hj. Ahmad, Dekan Fakulti Sains

dan Teknologi, untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya

merasmikan Majlis Makan Malam Temu Mesra Kelab Sains

Kimia, Oleokimia dan Teknologi Kimia. Dengan segala

hormatnya dipersilakan.

................UCAPAN PERASMI.....................

(*Lepas ucapan, sebelum gimik perasmian, jemput semua vip

naik ke pentas.)

Majlis juga menjemput, Yang Berbahagia Prof Dr. Rusli Daik

dan Yang Berusaha Prof Madya Dr. Mohammad Kassim diiringi

penasihat majlis makan malam temu mesra, Dr. Muntaz Abu

Bakar, Ketua-ketua Program serta Ketua Pengarah, Saudara

Muhd Hilman Mustapha untuk naik ke pentas bagi

memeriahkan perasmian majlis makan malam temu mesra

Kelab Sains Kimia, Oleokimia & Teknologi Kimia.

........GIMIK PERASMIAN........

Page 5: Teks pengacara majlis formal

Jutaan terima kasih diucapkan kepada dif-dif kehormat atas

penyempurnaan gimik sebentar tadi.

*Lepas semua VIP ambil tempat

Majlis menjemput sekali lagi menjemput Saudara Mohammad

Fauzul Azim Mohd Khairudin untuk membacakan doa makan.

Majlis mempersilakan.

Terima kasih diucapkan. Hadirin dan hadirat sekalian dijemput

untuk menikmati hidangan yang telah disediakan.

...................DOA MAKAN...........

.....................JAMUAN...............

Sambil menikmati hidangan yang disediakan, marilah kita

bersama-sama menyaksikan persembahan multimedia yang

disediakan khas untuk anda semua.

...............PERSEMBAHAN MULTIMEDIA.............

Hadirin sekalian,

Kini, marilah kita menyaksikan satu persembahan sketsa oleh

pelajar-pelajar tahun satu. Dipersilakan.

..................SKETSA................

Page 6: Teks pengacara majlis formal

Seterusnya, terimalah persembahan istimewa oleh Saudara

Muzammil Asyraf, pelajar tahun 3 Sains Kimia dengan lagu

yang berjudul Percayalah.

.................PERSEMBAHAN NYANYIAN.............

Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua pelajar yang telah

membuat persembahan itu tadi.

Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian hadiah.

Dengan ini, majlis menjemput Yang Berusaha Prof Madya Dr.

Mohammad Kassim, Pengerusi Pusat Pengajian Sains Kimia &

Teknologi Makanan naik ke atas pentas bagi menyampaikan

cenderamata kepada tetamu kehormat. Majlis mempersilakan.

(Pengerusi & KP ambil tempat ke pentas)

Sebagai tanda penghargaan, majlis menjemput Yang

Berbahagia Prof Dr Sahrim Hj. Ahmad diiringi Saudara Mohd

Hilman Mustapha naik ke pentas bagi menerima cenderamata

penghargaan daripada pihak majlis.

..........PENYAMPAIAN CENDERAMATA..........

Page 7: Teks pengacara majlis formal

Seterusnya majlis menjemput dif-dif kehormat untuk

mengambil tempat bagi upacara fotografi. Majlis dipersilakan.

Majlis juga menjemput para pensyarah yang hadir dan seluruh

pelajar tahun 3 untuk turut mengambil tempat bagi sesi

bergambar bersama dif-dif jemputan.

...............SESI FOTOGRAFI..................

Dengan berakhirnya sesi fotografi itu tadi, maka berakhirlah

Majlis Perasmian Makan Malam Temu Mesra Kelab Sains

Kimia, Oleokimia dan Teknologi Kimia. Sekali lagi, majlis

merakamkan jutaan terima kasih kepada dif-dif kehormat serta

hadirin dan hadirat sekalian atas kesudian untuk bersama-

sama menjayakan program makan malam ini.

Bunga seroja di atas cemara,

Jatuh sekuntum di atas para,

Andai kata tersilap bicara,

Kemaafan jua yang kami pinta,

Di atas dahan burung tempua,

Melihat rusa tepi perigi,

Salam perpisahan untuk semua,

Di lain masa bersua lagi.

Page 8: Teks pengacara majlis formal

Sekiranya terdapat sebarang kelemahan dan kekurangan dalam

pengendalian program pada hari ini, saya bagi pihak ahli

jawatankuasa, dengan rendah hati memohon ribuan ampun

dan maaf . Sesungguhnya yang baik itu datang dari Yang Maha

Esa dan yang buruk itu datangnya dari kami.

Mengumumkan keberangkatan pulang Prof. Dr Sahrim Hj.

Ahmad, Dekan Fakulti Sains & Teknologi diiringi dif-dif

kehormat. Hadirin diminta berdiri.

10.05 pm *Tunggu semua VIP keluar,

Kini,saya serahkan majlis kepada pengacara majlis yang

berikutnya. Sekian,terima kasih.

*MC tak formal masuk pentas