9
TEKS PENGACARA MESYUARAT AGONG PIBG SKBB 2014 1 MESYUARAT AGONG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SKBB 12 FEBRUARI 2014 DISEDIAKAN OLEH: ANIS LISA

Teks Pengacara Majlis Agung PIBG

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Teks Pengacara Majlis Agung PIBG

TEKS PENGACARA MESYUARAT AGONG PIBG SKBB 2014

1

MESYUARAT AGONG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SKBB

12 FEBRUARI 2014

DISEDIAKAN OLEH:

ANIS LISA

Page 2: Teks Pengacara Majlis Agung PIBG

TEKS PENGACARA MESYUARAT AGONG PIBG SKBB 2014

2

BIL PERISTIWA TEKS/SKRIP PENGACARA

Pengumuman (jika beliau sampai awal) Mengumumkan ketibaan Yang

Berusaha Tuan Haji Mokhtar bin Mohd Isa, Mantan Guru Besar SK

Bukit Balai ke Majlis Perasmian Mesyuarat Agong Persatuan Ibu

Bapa dan Guru kali ke ___ 2014.

1.

Salutation

Lafaz Bismillah pembuka bicara,

Salam dihulur mohon sejahtera.

Assalamualaikum w.b.t , salam sejahtera dan salam satu Malaysia.

1. Yang Berusaha Tuan Haji Mokhtar bin Mohd Isa, Mantan

Guru Besar Sek. Keb. Bukit Balai.

2. Yang Berusaha, Puan Nor Hashimah bt Othman, Guru Besar

Sek. Keb. Bukit Balai merangkap penasihat Persatuan Ibu

Bapa dan Guru Sek. Keb. Bukit Balai

3. Yang berbahagia, Yang diPertua Persatuan Ibu Bapa dan

Guru Sek. Keb. Bukit Balai; Encik Hassan bin Saadan.

Page 3: Teks Pengacara Majlis Agung PIBG

TEKS PENGACARA MESYUARAT AGONG PIBG SKBB 2014

3

4. Yang dihormati, Naib Yang DiPertua Persatuan Ibu Bapa dan

Guru Sek. Keb. Bukit Balai _______________________

Serta kepimpinan ahli jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan

Guru SKBB

5. Barisan guru penolong kanan, guru-guru SKBB.

6. Ibu bapa dan penjaga dan seterusnya

7. Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian..

2 Kata-kata aluan Para hadirin yang dihormati sekalian,

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah

kurniaNya, dapat kita bersama-sama berkumpul pada petang ini,

bagi menjayakan Mesyuarat Agong Persatuan Ibu Bapa dan Guru

Sek. Keb. Bukit Balai kali ke _____ bagi tahun 2014. Semoga

majlis ini menjadi bertambah meriah, penuh cemerlang dan

membawa makna kepada kita semua.

Page 4: Teks Pengacara Majlis Agung PIBG

TEKS PENGACARA MESYUARAT AGONG PIBG SKBB 2014

4

Tidak lupa menzahirkan rasa bangga kepada semua ibu bapa

yang berkesempatan hadir pada hari ini. Pastinya pertemuan pada

hari ini bertujuan bertukar pandangan dan pemikiran membina ke

arah membantu pihak sekolah dalam meningkatkan potensi anak-

anak kita dalam bidang akademik, ko kurikulum mahupun sahsiah

murid. Untuk makluman hadirin sekalian, selain daripada pihak

sekolah melaksanakan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu dan Guru,

majlis juga akan menyempurnakan pemberian bantuan khas awal

persekolahan 1malaysia.

3 Bacaan doa Bagi memberkati majlis, marilah sama-sama kita menadah tangan

kehambaan dengan penuh keinsafan , semoga Allah melimpahkan

rahmat dan hidayahnya untuk kelancaran majlis ini. Untuk itu majlis

mempersilakan al-fadhil Ustaz Bajuri bin __________ bagi

memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

[Doa]

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada al-ustaz atas

bacaan doa itu tadi.

Page 5: Teks Pengacara Majlis Agung PIBG

TEKS PENGACARA MESYUARAT AGONG PIBG SKBB 2014

5

4 Ucapan YDP Bukan keris tanpa ulunya,

Bukan majlis tanpa ucapannya.

Sidang Hadirin yang dimuliakan,

Seterusnya majlis dengan berbesar hati mempersilakan Yang

berbahagia, Yang diPertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sek.

Keb. Bukit Balai; Encik Hassan bin Saadan.

untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

[ucapan YDP]

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada

Encik Hassan bin Saadan atas ucapan itu tadi.

5

Ucapan GB

Yang Berusaha Tuan Haji Mokhtar dan hadirin yang dimuliakan...

Majlis kita pada petang ini diteruskan dengan mempersilakan Yang

Berusaha Puan Nor Hashimah bt Othman, Guru Besar Sek. Keb.

Bukit Balai merangkap penasihat Persatuan Ibu Bapa dan Guru

Sek. Keb. Bukit Balai untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.

Dengan segala hormatnya dipersilakan...

[ucapan GB]

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Puan Nor

Page 6: Teks Pengacara Majlis Agung PIBG

TEKS PENGACARA MESYUARAT AGONG PIBG SKBB 2014

6

Hashimah bt Othman atas ucapan yang diberikan.

6 Perasmian Hadirin yang dimuliakan..

Seterusnya majlis dengan sukacita dan penuh takzim

mempersilakan Yang Berusaha Tuan Haji Mokhtar bin Mohd Isa,

Mantan Guru Besar Sek. Keb. Bukit Balai bagi menyampaikan

ucapan dan seterusya menyempurnakan perasmian Mesyuarat

Agong Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sek. Keb. Bukit Balai kali ke

____ 2014.

Dengan segala hormatnya dipersilakan....

[ucapan Cikgu Mokhtar]

Bunga Selasih Di Jambangan Puan,

Harum Melati Penyeri Intan

Terima Kasih Ucapan Tuan

Kekal Bersemi Dalam Ingatan

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima

kasih kepada Yang Berusaha Tuan Haji Mokhtar bin Mohd Isa

kerana sudi menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan

majlis pada hari ini.

Page 7: Teks Pengacara Majlis Agung PIBG

TEKS PENGACARA MESYUARAT AGONG PIBG SKBB 2014

7

7 Cenderamata Hadirin yang dimuliakan sekalian,

Sebagai tanda penghargaan, majlis dengan ini mempersilakan

Yang Dipertua PIBG Sek. Keb. Bukit Balai diiringi Puan Nor

Hashimah bt Othman, Guru Besar Sek. Keb. Bukit Balai untuk

menyampaikan cenderamata kenang-kenangan kepada

Yang Berusaha Tuan Haji Mokhtar bin Mohd Isa, Mantan Guru

Besar Sek. Keb. Bukit Balai. Majlis dengan takzim

mempersilakan.....

Yang Berusaha Tuan Haji Mokhtar menerima cenderamata

daripada pihak sekolah. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih

kepada Yang Berusaha Tuan Haji Mokhtar bin Mohd Isa atas

kesudian menerima cenderamata itu tadi.

Majlis juga merakamkan ucapan terima kasih atas kesudian tuan

dan puan menyempurnakan penyampaian cenderamata itu tadi.

8

Penutup Majlis Perasmian

Hadirin yang dimuliakan sekalian,

Kini selesai sudah Majlis Perasmian Mesyuarat Agong Persatuan

Ibu Bapa dan Guru Sek. Keb. Bukit Balai kali ke ___ 2013.

Majlis merakamkan sekalung penghargaan kepada Yang Berusaha

Page 8: Teks Pengacara Majlis Agung PIBG

TEKS PENGACARA MESYUARAT AGONG PIBG SKBB 2014

8

Tuan Haji Mokhtar bin Mohd Isa, Mantan Guru Besar Sek. Keb.

Bukit Balai dan para hadirin sekalian atas kesudian menghadiri

majlis pada hari ini. Semoga kita berjumpa lagi.

9

MESYUARAT

10 Cabutan bertuah Majlis diteruskan pada petang ini dengan acara yang ditunggu-

tunggu iaitu acara cabutan bertuah. Untuk itu, dipersilakan

____________________________ untuk menyempurnakan acara.

11 Penutup Madah Di Ungkap Santun Bicara,

Pantun Di Lantun Mengusik Hati

Salah Dan Silap Tutur Bicara

Pohon Di Ampun Seikhlas Hati

Kain Yang Carik Cuma Dihujung

Dibuat Alas Mengelap Kendi

Budi Yang Baik Tetap Dijunjung

Tahun Hadapan Berjumpa Lagi

Sekalung penghargaan semua yang sudi bersama-sama

Page 9: Teks Pengacara Majlis Agung PIBG

TEKS PENGACARA MESYUARAT AGONG PIBG SKBB 2014

9

menjayakan acara ini samada yang terlibat secara langsung atau

tidak langsung pada petang ini. Semoga kita berjumpa lagi…

Hadirin semua dijemput ke ______________________ untuk

menikmati jamuan yang disediakan.

Sekian….wabillah hi taufik wal hidayah wassalamualaikum……..