21
Teater : Bawang Merah dan Bawang Putih TEATER BAWANG MERAH dan BAWANG PUTIH Watak utama : 1. BAWANG MERAH : Norazlina bt Rosdzi 2. BAWANG PUTIH : Hikmah bt Mohd Noor 3. MAK LABU : Azizah bt Muhamad 4.MAK KUNDUR / IKAN KALOI / SUARA GHAIB : Paizah binti Jusoh Watak Sampingan :- 1. PAK LABI / HULUBALANG 1 : Hairumnizam binti Ahmad 2. PAWANG JIDUN : Mahadzir bin Hasan 3. PAWANG BOBOLIAN : Wan Jasni Zaira binti Wan Jasmin 4. JIN PAWANG BOBOLIAN : Sha’ari bin Awang 5. DATUK MENTERI : Hairunizam bin Othman 6. HULUBALANG 2 : Mohd Saipunizam bin Che Husin 7. SULTAN : Mohd Nazrul Hisyamuddin bin Mohd Nasir 8. PEMBANTU PAWANG JIDUN : Abdul Rafli bin Abdul Rahman Belakang tabir :- 1. Olahan Skrip : Norhasina Mat Sulong 2. Pengarah Projek : Mohd Amirul bin Razali 3. Koreografer : Rossuzila binti Mt Ali 4. Pencahayaan : Helmi bin Mohamad 5. P.A Sistem / Multimedia: Wan Kamarul Fariza binti Wan Kamaruzaman 6. Props dan prompter : Shamsiah Mohamad, Suhana Bt Abdullah Sani & Nor Hazean binti Ismail 1

SKRIP BAWANG PUTIH BAWANG MERAH

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: SKRIP BAWANG PUTIH BAWANG MERAH

Teater : Bawang Merah dan Bawang Putih

TEATERBAWANG MERAH dan BAWANG

PUTIH 

Watak utama :

1. BAWANG MERAH : Norazlina bt Rosdzi2. BAWANG PUTIH : Hikmah bt Mohd Noor3. MAK LABU : Azizah bt Muhamad4. MAK KUNDUR / IKAN KALOI / SUARA GHAIB : Paizah

binti Jusoh

Watak Sampingan :-

1. PAK LABI / HULUBALANG 1 : Hairumnizam binti Ahmad

2. PAWANG JIDUN : Mahadzir bin Hasan3. PAWANG BOBOLIAN : Wan Jasni Zaira binti Wan

Jasmin4. JIN PAWANG BOBOLIAN : Sha’ari bin Awang5. DATUK MENTERI : Hairunizam bin Othman6. HULUBALANG 2 : Mohd Saipunizam bin Che Husin7. SULTAN  : Mohd Nazrul Hisyamuddin bin Mohd Nasir8. PEMBANTU PAWANG JIDUN : Abdul Rafli bin Abdul

Rahman

Belakang tabir :-

1. Olahan Skrip : Norhasina Mat Sulong2. Pengarah Projek : Mohd Amirul bin Razali3. Koreografer : Rossuzila binti Mt Ali4. Pencahayaan : Helmi bin Mohamad5. P.A Sistem / Multimedia: Wan Kamarul Fariza binti Wan

Kamaruzaman6. Props dan prompter : Shamsiah Mohamad, Suhana Bt

Abdullah Sani & Nor Hazean binti Ismail

7. Tatarias : Rokiah binti Abdul Rahman8. Buku Program : Norlida binti Abd Ghani

1

Page 2: SKRIP BAWANG PUTIH BAWANG MERAH

Teater : Bawang Merah dan Bawang Putih

Penyanyi :1. Perigi Biru : Norasikin Binti Che Malek2. Buaiku Laju : Wan kamarul Fariza binti Wan kamaruzaman3. Babak akhir : Renjis-renjis dipilis

BABAK 1

Monodrama –i. Pak Labi

(Pak Labi masuk pentas bersama iringan lagu “Madu Tiga”)

Aku, Pak Labi. Aku beristeri dua, yang pertama Mak Kundur. Yang kedua, Mak Labu.

Dah lama aku berkahwin dengan Mak Kundur, 12 tahun. Tetapi, aku tidak dikurniakan cahaya mata. Aku berhasrat untuk kahwin dua. Biasalah, Mak Kundur mengamuk dan meradang-radang. Tetapi, akhirnya Mak Kundur akur.

Aku berkahwin pula dengan Mak Labu. Alhamdulillah, kedua-dua isteri aku mengandung. Akhirnya, isteri-isteri aku selamat melahirkan puteri. Dua-duanya puteri. Fikir-fikir, aku beri je nama yang mudah, Bawang Merah dan Bawang Putih.

(Pak Labi undur ke belakang – Kaku)

ii. Mak Kundur

Aku, Mak Kundur, isteri kepada Pak Labi. Aku dan Pak Labi telah lama berkahwin tetapi aku tidak dikurniakan cahaya mata. Akhirnya suami aku, Pak Labi kahwin satu lagi, dengan Mak Labu. Aku kecewa.

Setelah suami aku kahwin dengan Mak Labu, aku mengandung. Sama dengan Mak Labu.

(Mak Kundur undur ke belakang – Kaku)

iii. Mak Labu

Aku, Mak Labu. Siapa ? Mak Labu! Aku isteri kedua kepada Pak Labi. Madu aku, Mak Kundur. Aku cukup bencikan Mak Kundur. Dulu, waktu aku mengandung, dia pun mengandung. Aku mengidamkan buah naga, dia pun mengidam buah naga juga. Hiiii... geramnya aku!

(Mak Labu undur ke belakang – Kaku)

2

Page 3: SKRIP BAWANG PUTIH BAWANG MERAH

Teater : Bawang Merah dan Bawang Putih

iv. Bawang Putih

Aku, Bawang putih. Aku anak Pak Labi dengan Mak Kundur. Setelah kematian ayah, aku dan ibu aku selalu didera dan dimarahi oleh ibu tiriku, Mak Labu dan kakak tiriku, Bawang Merah.

(Bawang Putih undur ke belakang – Kaku)

v. Bawang Merah

Namaku, Bawang Merah. Aku anak kepada Pak Labi dan Mak Labu. Mak Labu yang cantik dan putih itu. Kata orang... orang kata... kalau emaknya cantik, anaknya tentu juga cantik.. jadi aku ni cantik lah.. aku tak kata, tetapi orang yang kata. Cantik tak aku? Aku ada adik tiri, Bawang Putih. Aku benci betul Si Putih tu. Orang kampung kata, dia lebih cantik daripada aku. Ah, mana ada! Aku lebih cantik lagi daripada dia.

(Bawang Merah undur ke belakang – Kaku)

vi. Nenek Kebayan

Ini adalah keluarga Pak Labi yang sering bertelagah setelah kematian Pak Labi. Isteri pertamanya, Mak Kundur sering dibuli dan dimarahi oleh Mak Labu. Mak Kundur ini, orangnya penyabar dan baik hati. Madunya, Mak labu pula berhati busuk. Kejam. Ananknya Bawang Merah juga macam itu. Dia perasan dia cantik. Kedua anak beranak i ini kejam dan zalim. Jauh sekali jika dibandingkan dengan Bawang Putih. Bawang Putih, orangnya cantik, baik hati, penyabar dan tabah. Selalu disakiti oleh Mak Labu dan Bawang. Kasihan! Kasihan!

Para penonton, saksikanlah cerita ini hingga ke hujungnya.

BABAK 2

(Pak Labi masuk pentas membawa joran dan bakul menuju ke sungai. Pak Labi menyanyi gembira sambil memancing)

Pak Labi : Apabila dah berbini dua ni, kenalah cari rezeki lebih. Bini dua, anak pun dua.

(aksi Pak Labi memperolehi beberapa ekor ikan).

(Bawang Putih masuk pentas membawa mangkuk bertingkat menghampiri ayahnya)

3

Page 4: SKRIP BAWANG PUTIH BAWANG MERAH

Teater : Bawang Merah dan Bawang Putih

Bawang Putih : Ayah, marilah kita makan dulu. Ibu sudah sediakan bekalan untuk ayah.

Pak Labi : Sebentar ya wahai anakku. Kejap lagi ayah makan.

Bawang Putih : Baiklah ayah.

Pak Labi : Ah! Putih, cepat ambilkan ayah sebuah raga. Ayah sudah dapat tangkap seekor ikan!

Bawang Putih : Wah! Murah rezeki kita hari ini.

Pak Labi : Aduh!! Putih!, Putih!

Bawang Putih : Ayah! Kenapa ayah? 

(Tiba-tiba, Pak Labi disengat oleh seekor ikan sembilang yang baru sahaja tersangkut pada kailnya)(Pak Labi memanggil anaknya Bawang Putih membantunya kerana tidak tahan menanggung kesakitan akibat disengat oleh ikan itu).

Pak Labi : Putih, tolong ayah! Ya, Allah, sakitnya!

(Dengan perasaan yang cemas, Bawang Putih memapah bapanya pulang ke rumah. Apabila sampai di rumah, kedua-dua isterinya terperanjat melihatkan Pak Labi pulang dalam kesakitan. Mak Labu pergi menjemput Pawang Jidun iaitu seorang pawang yang terkenal di kampung itu)

Mak Labu : Jidun, tolonglah selamatkan suami saya. Suami saya sakit tenat.

Mak Kundur : Saya tidak mahu kehilangan suami saya, Jidun.

Pawang Jidun : Baiklah, Mak Labu, Mak Kundur. Saya akan cuba sedaya upaya untuk selamatkan Pak Labi.

(aksi Pawang Jidun mengubati Pak Labi. Jampi serapah dibaca)

(Walau bagaimanapun, Pawang Jidun gagal mengubati Pak Labi. Mak Kundur dan Mak Labu berusaha untuk mendapatkan Pawang yang lebih hebat, Pawang Bobolian. Mak Kundur pergi menjemput Pawang Bobolian.Pawang

4

Page 5: SKRIP BAWANG PUTIH BAWANG MERAH

Teater : Bawang Merah dan Bawang Putih

Bobolian dan jin nya datang ke rumah Pak Labi. Dijenguknya Pak Labi yang terlantar sakit. Kepalanya digiling-giling sambil mengomel).

Pawang Bobolian : Susah! Susah!

( Mak Kundur, Mak Labu, Bawang Putih dan Bawang Merah saling memandang antara satu sama lain dengan terpinga-pinga)

Mak Kundur : Kenapa, tok?

Pawang Bobolian : Pak Labi ni disengat ikan sembilang yang berpenunggu. Sukar untuk diubati. Pak Labi mengail ditempat larangan.

(Mak Kundur merayu. Mak Labu, Bawang Merah dan Bawang Putih menangis-nangis)

Mak Kundur : Tolong lah , tok. Kalau Pak Labi tiada, kami semua

tiada tempat bergantung. Apa kami nak makan.

Pawang Bobolian : ya..ya.. jangan bimbang. Tok akan rawat penyakit laki kamu ni.. Tetapi ada pengerasnya?

(Pawang bobolian memandang mak Kundur berempat. Mak Kundur, Mak Labu, Bawang Merah dan Bawang Putih saling berpandangan.)

Mak Kundur : Apa pengerasnya, tok?

Pawang Bobolian : 50 Ribu juta ...

Mak Kundur : 50 Ribu juta?

Pawang Bobolian : 50 ribu juta rupiah!

Mak Labu : Oooo..

(Mereka mengangguk-ngangguk lemah. Pawang Bobolian memulakan jampi serapahnya)

Pawang bobolian : Wah, hebat penunggu ini!

Mak Kundur : Kenapa, tok?

Pawang Bobolian : Penunggu yang mengganggu laki kamu ni 5

Page 6: SKRIP BAWANG PUTIH BAWANG MERAH

Teater : Bawang Merah dan Bawang Putih

bukan sebarangan jin. Nampaknya tok perlu panggil jin tok.

(Kesan bunyi : lagu ‘Ulik Mayang’)(Pawang Bobolian memulakan jampi serapahnya. Jin Pawang Bobolian setia berada di belakangnya).

(Walau bagaimanapun, Pawang bobolian juga gagal menyelamatkan Pak Labi. Pak Labi pun meninggal dunia. Semenjak Pak Labi meninggal dunia, perselisihan dan pergaduhan antara Mak Bawang Merah dan Mak Bawang Putih selalu sahaja terjadi) 

Babak 3

(Aksi Mak Kundur sedang membuat kerja rumah).(Mak Labu masuk pentas dan terjatuh)

Mak Labu : Aduh, sakitnya!

Bawang Merah : Kenapa, mak?

Mak Labu : Hoi, Kundur? Apa yang kau buat? Kau letak minyak atas

lantai ni, ya? Jahatnya, kau!

Bawang Merah : Hiii, jahatnya!

Mak Labu : Nah, rasakan, kau!

(Mak Labu memukul Mak Kundur)

Mak Kundur : Kenapa ni, Labu? Semua kerja yang aku buat, jadi tak betul pada pandangan kamu.

(Mak Kundur beransur pergi menuju ke perigi untuk membasuh pakaian. Dari jauh, kelihatan Mak Labu dan Bawang Merah sedang merancang untuk menghapuskan Mak Kundur)

Bawang Merah : Mak, cuba mak fikir macam mana kita nak hapuskan si Mak Kundur tu.

Mak Labu : Emmm... bagaimana ya, merah?

(Bawang Merah membisikkan sesuatu kepada Mak Labu. Mereka ketawa terbahak-bahak)

6

Page 7: SKRIP BAWANG PUTIH BAWANG MERAH

Teater : Bawang Merah dan Bawang Putih

(Berdekatan dengan perigi itu, kelihatan Mak Kundur yang sedang membasuh pakaian di perigi itu.Perlahan-lahan, Mak Labu berjalan mendekati Mak Kundur)

Mak Labu : Kak Kundur, mari saya bantu kak kundur.

Mak Kundur : Tidak mengapalah, Labu. Aku boleh cuci sendiri. Terima kasih ya, Labu.

Bawang Merah : Eh, sombong orang tua ini. Nak dibantu pun, tak mahu.

Mak Labu : Aku tolong, ya Kak Kundur.

Mak Kundur : Kalau begitu katamu wahai Labu, terima kasih, ya.

Mak Labu : Kak Kundur cedukkan air, biar ku bilas.

(Mak Kundur bangun untuk menimba air dari perigi. Tiba-tiba Mak Labu menolak Mak Kundur ke dalam perigi. Mak Kundur terjatuh ke dalam perigi.Mak Labu meronta meminta tolong sambil memanggil nama Bawang Putih).

Mak Kundur : Tolong! Tolong! Putih, tolong ibu! Putih!

Mak Labu : Mampuslah engkau! Tiada seorang pun yang akan datang selamatkan kau,

Kundur! 

Bawang Merah : Ha! Ha! Padan muka perempuan tua ni.

(Mak Labu dan Bawang Merah ketawa terbahak-bahak meninggalkan Mak Kundur yang terkapai-kapai dalam perigi.Akhirnya Mak Kundur mati lemas. Mak labu dan Bawang Merah berlari meninggalkan Mak Kundur yang telah mati lemas itu.)

BABAK 4

(Bawang Putih masuk pentas : Bawang Putih sedang mengemas rumah. Bawang merah datang menerpa ke arah Bawang Putih)

Bawang Putih : Penat sungguh hari ni. Mana ibu tak balik-balik lagi ni. Hari dah hampir senja.

7

Page 8: SKRIP BAWANG PUTIH BAWANG MERAH

Teater : Bawang Merah dan Bawang Putih

Bawang Merah : Putih! Ho, Putih! Mana budak comot ni? Mana kau

ya? Putih!

Bawang Putih : Ya, Kak Merah!

Bawang Merah : Hooo... di sini rupanya kau! Menyorok ya? Curi tulang?

Bawang Putih : Ada apa, kak Merah?

Bawang Merah : Ambil ni. (Bawang merah melemparkan bajunya

kepada muka Putih). Pergi basuh baju aku. Basuh

cuci-cuci.

Bawang Putih : Kak Merah, Putih penat! Kasihanilah Putih. Sampai

hati kak merah buat Putih macam ni. (Bawang Putih merayu-rayu dikasihani

Merah)

Bawang Merah : memanglah aku sampai hati. Ha! Ha!

(Tiba-tiba Bawang Merah ternampak seutas kalung)

Bawang Merah : Wah, cantiknya kalung ini! Cantiknya!

Bawang Putih : Kak Merah, itu kalung Mak Putih. Kembalikan kepada Putih.

Bawang Merah : kalung ni bertambah cantik jika aku yang pakai.

(Bawang Putih masih merayu-rayu)

Bawang Merah : Mak! Ooo Mak!

Mak Labu : Ada apa, Merah?

Bawang Merah : Cantik tak Merah, mak? (Bawang Merah menunjukkan kalung kepada Mak Labu)

mak Labu : Wah, cantiknya! Mana merah dapat ni?

Bawang Merah : Merah jumpa di situ, Mak? Cantik tak merah pakai

kalung ni?8

Page 9: SKRIP BAWANG PUTIH BAWANG MERAH

Teater : Bawang Merah dan Bawang Putih

Bawang Putih : Mak Labu, itu kalung kepunyaan mak Bawang putih. Kembalikan kepada Putih. Tolonglah, kak Merah!

Mak Labu : Amboi! Bila masa Mak kau ada kalung ni? Tak pernah ku lihat pun.

Bawang Merah : Rupa tak cantik! Comot! Ada hati nak pakai kalung cantik begini. Ha! Ha!

Bawang Merah : Cepat! Pergi basuh baju aku.

(Putih menangis tersedu-sedan. Badannya keletihan. Dia tertidur. Dalam tidurnya, dia bermimpi)(bayangan Mak Kundur berada dihujung kaki Putih) Mak Labu : Putih, ibu telah mati ditolak ke dalam sebuah perigi

lama oleh Mak Kundur semasa ibu menceduk air.Ibu tidak sangka dia tergamak melakukan perbuatan itu terhadap ibu. Ibu telah menjadi seekor ikan kaloi dalam perigi. Bawalah makanan untuk ibu sekepal nasi melukut dan sayur keladi. Kalu tidak, ibu tidak dapat berkata -kata lagi untuk selama-lamanya.Ingatlah anakku, kau jagalah dirimu  baik-baik. Sekarang ibu hendak pergi dahulu

(bayangan Mak Kundur hilang)- keluar pentas.

(Sebaik sahaja emaknya meminta diri, Bawang Putih pun terjaga dari tidurnya)

(Bawang Putih menangis sekuat-kuat hatinya sambil memanggil-manggil nama ibunya) 

Bawang Putih : Ibu! Ibu!.. Sampai hati Mak Labu! Sampai hati Mak

Labu membunuh ibu. (Putih merintih sedih mengenangkan nasibnya)

Bawang Putih : Nasi melukut? Sayur keladi?

(Bawang Putih terus menuju ke dapur menyiapkan nasi melukut dan sayur keladi dan menuju ke perigi)

(Bawang Putih menangis sambil memanggil ibunya.)

9

Page 10: SKRIP BAWANG PUTIH BAWANG MERAH

Teater : Bawang Merah dan Bawang Putih

Bawang Putih : “Mak....Mak...Ikan kaloi,Timbullah Bawang Putih datang,Nasi melukut sayur keladi,Untuk mak makan di pagi hari.”

(Bawang Putih bergurindam)Wahai perigi

perigi airnya biruTempat bermain

bermain pari dan mambangMohon izinkan

hamba merayu ibuIzinkan hamba merayu ibu

bagi penawarhatiku yang bimbang

wahai bondaibu kandungku

Wahai bondakubondaku si ikan kaloi

Timbullah bondaooh timbullah tunjukkan diri

nasi melukut dengan sayur keladinasi melukut sayur keladiuntuk bondaku di pagi hari

Wahai bonda ibu kandungku

(Sebaik sahaja Bawang Putih bergurindam, ikan kaloi itu pun timbul. Tanpa disedari, segala gerak laku Putih diperhatikan oleh Merah dari jauh dicelah semak.Gurindam Putih dihafal)

(Setelah selesai memberi ikan kaloi makan, Bawang Putih pun pulang. Bawang Merah berbisik dalam hatinya.)

Bawang Merah : Oh, di sini rupanya si Bawang Putih datang hari-hari. Aku akan khabarkan kepada ibu. 

(Bawang Merah berlari pulang ke rumah dan mengadu kepada emaknya)

Bawang Merah : Mak! Oooo Mak!

Mak Labu : Ada ape, Merah? Terpekik-pekik!

Bawang Merah : Ada gosip lah, mak.

Mak Labu : Gosip? Gosip apa?

10

Page 11: SKRIP BAWANG PUTIH BAWANG MERAH

Teater : Bawang Merah dan Bawang Putih

(Bawang Merah berbisik sesuatu kepada ibunya, Mak Labu)

Mak Kundur : Oh begitukah? Nanti aku akan tangkap ikan itu!  (mak labu terkejut)

(Mak Labu dan Bawang Merah pergi ke perigi itu dan membawa sekepal nasi melukut dan sayur keladi)

Mak Labu : Merah, cepatlah nyanyi!

Bawang Merah : Nyanyi? Merah tak pandai nyanyi. Kalau bersolek

tu, Merah pandailah.

Mak Labu : Kau ni, Merah. Tadikan Merah yang dengar. Cepatlah!

Bawang Merah : Ya, lah! Kejap. Merah nak ambil mood dulu.

( Bawang Merah pun bergurindam)

“Mak...ooo Mak..si Ikan kaloi,Timbullah Bawang Putih dah datang,

Nasi melukut sayur keladi,Untuk mak makan di pagi hari.”

(Ikan itu tidak timbul. Bawang Merah bergurindam lagi)

“Mak...ooo Mak..si Ikan kaloi,Timbullah Bawang Putih dah datang,

Nasi melukut sayur keladi,Untuk mak makan di pagi hari.”

(Selepas beberapa lamanya, barulah ikan itu timbul. Sebaik sahaja ikan itu timbul, ikan itu pun ditangkap oleh Mak Labu)

Mak Labu : Ha! Dapat pun ikan ni, Merah!

Bawang Merah : Pandainya, mak! Padan muka Putih. Ha! Ha! Ha!

Mak Labu : Jom, Merah! Kita balik.

Bawang Merah : Ikan ni kalau digoreng, sedap rasanya!

Mak Labu : Kita bagi si Putih tu makan.11

Page 12: SKRIP BAWANG PUTIH BAWANG MERAH

Teater : Bawang Merah dan Bawang Putih

(Aksi di rumah)

Bawang Merah : Putih! Hooo Putih! Mana si Putih ni.

Bawang Merah : Putih! Putih!

(Bawang Putih datang tergesa-gesa)

Bawang Putih : Ya, Kak Merah! Ada apa?

Bawang Merah : Putih penat tak? Lapar tak?

Bawang Putih : Penat, Kak Merah. Lapar!

(Mak Labu menghidangkan makan tengahari)

Mak Labu : Bawang Putih, mak dah masakkan makan tengah

hari untuk Putih. Putih makanlah, ya!

Bawang Putih : Mak Labu dan Kak Merah masak? Untuk Putih?

Bawang Merah : Iya lah! Aku dan mak aku masak. Kau ingat aku tak pandai masak ke?

Bawang Putih : Baiklah Mak Labu. Terima kasih, Mak Labu. Terima

kasih, Kak Merah.

Bawang Merah : Nanti lepas makan, cuci pinggan tu, ya!

Bawang Putih : Ya, Kak!

(Bawang Putih makan hidangan tersebut dengan penuh berselera. Bawang Merah dan Mak Labu mengintai dari dapur)

Bawang Putih : Alhamdulillah, kenyangnya! Baik juga hati Mak Labu dan

Bawang Merah, ya! Tak sangka!

(Tiba-tiba, Bawang Putih teringatkan ibunya, si Ikan Kaloi. Diambilnya sekepal nasi melukut dan sayur keladi. Bawang Putih pergi ke perigi untuk memberi ikan kaloi itu makan. Bawang Putih bergurindam. Berkali-kali Bawang Putih mengalunkan gurindam tetapi ikan kaloi itu tidak timbul-timbul)

(Bawang Putih menangis teresak-esak)12

Page 13: SKRIP BAWANG PUTIH BAWANG MERAH

Teater : Bawang Merah dan Bawang Putih

Bawang Putih : Ibu! Ibu! Mana ibu? Kenapa ibu tidak timbul?

(...tiba-tiba muncul satu suara ghaib)

 Suara ghaib : Tidak usahlah engkau menangis Bawang Putih. Ikan

kaloi sudah ditangkap oleh Mak Bawang Merah dan sudah dibuat gulai yang engkau makan semalam. Sekarang engkau carilah tulang-tulangnya dan tanamlah. 

(Bawang Putih mencari-cari arah suara itu. Dia terkejut. Tidak disangkanya gulai yang dimakan semalam adalah gulai ikan kaloi, ibunya. Bawang Putih termuntah-muntah. Sebaik saja suara itu ghaib... )

Bawang Putih : Ibu! Ibu! (Bawang Putih menangis tersedu-sedan)

(Putih berlari menuju ke arah buaian pohon beringin di atas bukit sambil memanggil-manggil ibunya)

Bawang putih : Ibu! Ibu! Putih rindukan ibu.

(Bawang Putih berada di bawah pohon beringin. Dilihatnya tergantung sebuah buaian. Dengan hati yang sebak dan pilu, Bawang Putih berbuai. Sambil berbuai, Bawang Putih menyanyi) 

Laju Laju … Buaiku laju…Pohon beringin tegaknya tinggi kalau rendah menyapu bumi penghibur aku menolong aku

bertiuplah oh angin bayu laju laju buaiku laju

akulah anak yatim piatu

(Pada masa yang sama, Sultan Indera Iskandar, hulubalang-hulubang dan pengiringnya berburu di hutan itu)

Hulubalang 1 : Tuanku, sudah jauh kita berjalan. Namun, ayam hutan pun tiada, inikan pula kijang.

Hulubalang 1 : Syyyyy…. Tuanku, nampaknya kijang bertuah datang memperhambakan diri kepada tuanku.

13

Page 14: SKRIP BAWANG PUTIH BAWANG MERAH

Teater : Bawang Merah dan Bawang Putih

(Sultan mengangkat panah menghala kearah goyangan pohon renek itu)

Hulubalang 2 : Datuk Menteri, cuba dengar suara perempuan sedang menyanyi!

 Datuk Menteri : Mengarutlah engkau ini. Dalam hutan begini mana ada perempuan menyanyi!

 Hulubalang 2 : Cuba Datuk Menteri dengar sendiri.  

Sultan : Dato’ Menteri, milik siapakah suara itu?

(Pengiring baginda sultan memasang telinga.)

Dato’ Menteri : Ya, Tuanku! Merdu sungguh suara itu.

(Suara Sultan dan pengiring-pengiringa mengejutkan Putih. Nyanyian Putih terhenti. Putih berlari meninggalkan buaiannya tanpa menoleh ke belakang.Tanpa disedari selendang ibunya tertinggal di buaian itu)

Sultan : Tuan hamba ! Tuan hamba!

(Sultan memanggil Putih berulang kali. Tanpa mempedulikan panggilan itu, Putih terus berlari).

(Sultan dan pengiringnya menghampiri buaian itu. Selendang Putih diambil dan diciumnya)

Sultan : Dato’ Menteri, siapakah gerangan gadis itu? Hati beta

telah terpaut. Merdu benar suaranya. Apa pandangan Dato’ Menteri ?

Dato’ menteri : Ampun Tuanku, Molek benar dijadikan permaisuri negeri Indera Pura.

Sultan : Kalau begitu.. wahai hulubalang-hulubalang beta yang

gagah perkasa. Carikan gadis itu. Ambil selendang ini sebagai bukti.

(Keesokan harinya, Sultan dan pengiring-pengiring menjelajah kampung yang berada berhampiran hutan itu. Setiap rumah dikunjungi. Namun hampa, pemilik selendang itu tidak dijumpai. Sehinggalah… )

14

Page 15: SKRIP BAWANG PUTIH BAWANG MERAH

Teater : Bawang Merah dan Bawang Putih

Datuk Menteri : Assaalamualaikum.

(Mak Labu berada di dalam rumah. Mendengar salam secara perlahan). Dipasangnya telinga.

Datuk menteri : Assalamualaikum!

(Mak Labu membuka pintu rumah)

Mak Labu : Waalaikumussalam. Siapakah tuan hamba?

Datuk Menteri : Hamba Datuk Menteri!

Mak Labu : Datuk Menteri? Menteri mana?

Datuk Menteri : Datuk Menteri kepada Sultan Indera Pura.

(Datuk Menteri berpaling kepada Sultan)

Mak Labu : Ampun Tuanku, beribu ampun. ( Mak Labu mengangkat sembah)

Datuk Menteri : Tuan hamba, kelmarin kami terlihat seorang gadis bermain buaian di bukit sana. Selendang

ini milik gadis itu.

Mak Labu : Gadis ? Oh..memang ada. Gadis itu ialah anak patik. Kenapa Dato’ menteri?

Dato’ Menteri : Tuan hamba, Tuanku Sultan Indera Pura amat berminat

untuk memperisterikan gadis itu sebagai permaisuri Indera Pura.

Mak Labu : Ya, Ya! Itu anak gadis hamba.

(Mak labu teruja mendengar khabar itu )

Datuk Menteri : Kalau begitu, panggilkan anak tuan hamba datang mengadap Tuanku Sultan.

Mak Labu : Ampun, Tuanku. Hamba menjunjung perintah.

(Mak Labu bergerak ke sudut belakang)

15

Page 16: SKRIP BAWANG PUTIH BAWANG MERAH

Teater : Bawang Merah dan Bawang Putih

Mak Labu : Merah! Hooo, Merah!

Bawang Merah : Ya, mak. Ada apa?

Mak Labu : Cepat, ikut mak!

Bawang Merah : Ke mana?

Mak Labu : Anak sultan datang ke rumah kita.

Bawang Merah : Anak Sultan? Kacak tak? Anak sultan?

Mak Labu : iya! Lekas!

( mak Bawang Merah dan Bawang Merah datang mengadap Sultan Indera Pura)

Mak Labu : Inilah anak gadis hamba, dato’ Menteri.

(Bawang Merah tersenyum simpul memandang Tuanku Sultan sambil mengangkat sembah)

( Tuanku Sultan, Dato’ Menteri dan hulubalang2 memandang Merah. Dahi mereka berkerut)

Dato’ Menteri : Tuan Hamba, adakah ini milik tuan hamba? (Dato; Menteri menunjukkan selendang itu kepada bawang merah)

(Mak Labu mencuit belakang Merah meminta merah mengaku)

Bawang Merah : benar, Dato’ Menteri. Itu milik hamba. Kelmarin Hambalah yang berbuai dan menyanyi di atas bukit sana.

Sultan : Tuan hamba, siapakah nama tuan hamba?

Bawang Merah : Nama patik, Bawang Merah, Tuanku.

Sultan : Benarkah tuan hamba yang menyanyi dan berbuai di

hutan kelmarin?

Bawang Merah : Benar, tuanku.

Sultan : Dato’ Menteri,apa pandangan dato’ Menteri? Apakah

16

Page 17: SKRIP BAWANG PUTIH BAWANG MERAH

Teater : Bawang Merah dan Bawang Putih

benar ini gadis yang beta cari?

Dato’ Menteri : Ampun, tuanku. Izinkan patik memeriksanya terlebih dahulu.

(Dato’ Menteri mundar-mandir mengelilingi Bawang Merah)

Dato’ Menteri : Ampun, Tuanku. Mungkin benar gadis ini adalah gadis yang kelmarin.

Sultan : Kalau begitu pandangan Dato’ Menteri, bawa gadis ini

ke buaian di hutan itu. Beta ingin mendengar suara merdunya.

Dato’ Menteri : Ampun, Tuanku. Patik menjunjung perintah.

(Mak Labu dan Bawang merah mengikuti rombongan sultan menuju ke pohon beringin di atas bukit)

Sultan : Tuan Hamba Bawang Merah. Silakan tuan hamba berbuai dan menyanyikan lagu kelmarin.

(Bawang Merah naik ke atas buaian)

Bqwang Merah : Mak! Mak!. Macam mana ni?

Mak Labu : Nyanyi je lah. Bawang Merah : Laju.. laju... buaiku laju.. mak.. mak.. buai ni tak nak

gerak.. laju.. laju.. buaiku laju.. pohon beringin tegaknya tinggi... akar menjalar cecah ke bumi.. aku nak kahwin dengan anak raja.

(Sultan dan rombongannya menutup telinga. Suara sumbang Merah menyakitkan telinga. Mereka menggeleng-gelengkan kepala)

Sultan : Cukup! Berhenti! Tuan hamba, adakah tuan hamba hanya mempunyai seorang anak gadis? Beta merasa

kurang percaya. ( Tuanku sultan murka. mundar-mandir menghampiri Bawang Merah)

(Mak Labu merasa gementar)

Mak Labu : Ampun tuanku, hamba ada seorang lagi anak gadis yang tinggal bersama dengan patik. Tetapi dia anak tiri patik, tuanku. Ampunkan patik, tuanku.

17

Page 18: SKRIP BAWANG PUTIH BAWANG MERAH

Teater : Bawang Merah dan Bawang Putih

Sultan : Dato’ menteri!

Dato’ Menteri : Ampun, Tuanku!

Sultan : Carikan gadis itu dengan segera.

Dato’ Menteri : Menjunjung perintah, Tuanku.

(Dato’ Menteri terus mengheret Mak Labu kembali ke rumahnya. Mak Labu memanggil Putih)

 Datuk Menteri : Haa inilah orangnya! (Dato’ menteri mengelilingi Bawang Putih).

Sultan : Dato’ Menteri, beta merasakan dialah gadis yang beta cari. Dialah yang berbuai dan menyanyi dengan merdunya!

Sultan : Tuan Hamba, siapakah nama tuan hamba?

Bawang Putih : Nama patik, Bawang Putih, Tuanku.

Sultan : Sudikan tuan hamba naik ke buaian itu dan nyanyikan

lagu yang beta dengar kelmarin?

Bawang Putih : Patik menjunjung perintah, tuanku.

(Bawang Putih naik ke atas buaian)

Bawang Putih : Tuanku, izinkan hamba mengambil kembali selendang ibu hamba.

(Sultan mengembalikan selendang itu kepada Bawang Putih)

Sebaik sahaja Bawang Putih menyanyi, buaian itu bergerak dengan sendirinya. Suara Bawang Putih sangat merdu seperti yang didengari oleh Datuk Menteri dan hulubalang-hulubalang itu.

Laju Laju … Buaiku laju…Pohon beringin tegaknya tinggi kalau rendah menyapu bumi penghibur aku menolong aku

bertiuplah oh angin bayu laju laju buaiku laju

18

Page 19: SKRIP BAWANG PUTIH BAWANG MERAH

Teater : Bawang Merah dan Bawang Putih

akulah anak yatim piatu

Laju Laju… buaiku laju.. pohon beringin daunnya rendang

akar berjalur cecah ke bumi hatiku ingin hidup gemilang nasib malang suratan diri

hidupku tidak beribu akulah anak yatim piatu

Sultan : Dato’ menteri, Beta yakin inilah bakal permaisuri beta.

Dato’ Menteri : Benar, tuanku. Secocok benar. Bagaikan pinang dibelah

dua.

Sultan : Tuan Hamba Bawang Putih. Sudikan dinda menjadi

permaisuri beta? Menjadi suri hidup beta?

Bawang Putih : Ampun, Tuanku! Patik menjunjung perintah, tuanku.

Sultan : Dato’ menteri!

Dato’ Menteri : Ampun, Tuanku!

Sultan : Arahkan semua rakyat jelata dan orang istana beta

membuat persiapan majlis perkahwinan beta dengan Bawang Putih selama 7 purnama.

Dato’ Menteri : Menjunjung perintah, Tuanku. Tetapi tuanku...

Sultan : Ada apa, Dato’ Menteri? Apa yang memusykilkan Dato’?

Dato’ Menteri : Bagaimana pula dengan penderhaka ini?(Dato’ menteri menunding jari ke arah Bawang Merah dan Mak Labu. Mak Labu dan Merah gementar)

Sultan : Hukuman apa yang harus beta jatuhkan kepada mereka, Dato’ menteri?

Dato’ Menteri : Bunuh, tuanku!

(Mak Labu dan Bawang Merah terus melutut di kaki Sultan)

19

Page 20: SKRIP BAWANG PUTIH BAWANG MERAH

Teater : Bawang Merah dan Bawang Putih

Mak Labu : Tuanku, ampunkan patik dan anak patik, tuanku. Ampunkan, patik.

Sultan : Cis! Tuan hamba menipu beta! Menipu sultan Indera

pura adalah satu kesalahan yang amat besar. Tiada ampun bagi tuan hamba.

Bawang Merah : tuanku, ampunkan ibu patik, tuanku!

Mak Labu : Tuanku, walaupun Bawang Putih anak tiri patik, tetapi patik menjaganya bagaikan anak patik sendiri.

Bawang Putih : Bohong! Ampunkan, patik, Tuanku!

Sultan : Ada apa, dinda?

Bawang Putih : Setelah hamba kematian ayah, hamba dan ibu hamba selalu disiksa oleh mereka. Mak Labu juga yang telah

membunuh ibu hamba, mak kundur.

Sultan : Apa???? Dato’ Menteri!

Dato’ Menteri : Ampun, Tuanku.

Sultan : Beta amat murka! Apakah hukuman yang paling layak

beta jatuhkan kepada Mak Labu ini? Dia telah menyakiti Bawang Putih.

Dato’ Menteri : Ya, tuanku! Sumpah jadi katak pisang, tuanku!

(Mak Labu dan Bawang Merah terpinga-pinga dalam ketakutan)

Mak Labu : Ampunkan patik, tuanku! Ampunkan patik!(Sultan mengeluarkan keris Taming Sarinya)

Sultan : Cis! Beta sumpah Mak Labu menjadi katak pisang buat selama-lamanya.

(Serta-merta Mak Labu bertukar menjadi katak pisang. Bawang Merah meraung-raung memanggil emaknya)

Sultan : Dato’ Menteri!

Dato’ Menteri : Ampun, Tuanku!

20

Page 21: SKRIP BAWANG PUTIH BAWANG MERAH

Teater : Bawang Merah dan Bawang Putih

Sultan : Memandangkan Bawang Merah tinggal keseorangan,

Beta arahkan Dato’ menteri mengambil Bawang Merah sebagai isteri Dato’ Menteri.

Bawang Merah : Kahwin? Kahwin?

Dato’ Menteri : Kahwin? Patik menjunjung perintah, tuanku.

(Semua pelakun menjadi kaku di situ. Kemudian Nenek kebayan memasuki pentas)

Nenek kebayan : cucu-cucuku, inilah kisah Bawang Merah dan Bawang Putih yang harus dijadikan teladan. Kita janganlah menzalimi orang lain terutamanya anak yatim piatu. Besar dosanya itu. Mak Labu yang berhati binatang, yang menzalimi Bawang Putih dan Mak Kundur telah disumpah menjadi binatang. Setiap kejahatan yang dilakukan pasti menerima balasannya. Inilah kesudahan cerita ini. Selamat Malam.

TAMAT

21