Sejarah tingkatan 1 bab 1

  • View
    2.426

  • Download
    9

Embed Size (px)

Text of Sejarah tingkatan 1 bab 1

  • Bab 1Sejarah dan Kita Disediakan Oleh : Cikgu Rashidah Kelas : J1 Dignity

  • 1.1 Pengertian Sejarah

  • Pengertian SejarahBerasal daripada Istilah Arab Syajaratun

    Bermaksud pohon atau pokok, salasilah, riwayat, keturunan dan asal usul.

  • Pandangan Sejarawan Pertama

    Mengikut Herodotus (Bapa Sejarah)

    Sejarah bermaksud penceritaan tentang tindakan manusia dan sebab-sebab mereka melakukannya.

  • Biodata Herodotus(Bapa Sejarah)Lahir: 484 BCMeninggal: 425 BC

  • Pandangan Sejarawan Kedua

    Berdasarkan Ibnu Khaldun :

    Sejarah membicarakan tentang masyarakat manusia atau peradaban manusia.

  • Siapakah Ibnu Khaldun?Nama sebenar Wali al-Din Abd al-Rahman ibn Muhammad ibn Abi Bakr Muhammad ibn al-Hasan ibn Khaldun.

    Lahir di Tunis pada 1332.

    Meninggal dunia di Kaherah pada 1406.

  • Pandangan Sejarawan KetigaMohd Yusof IbrahimSejarah merupakan catatan ataupun rekod mengenai peristiwa yang berlaku pada suatu masa yang lalu

  • (1.2) Ciri-Ciri Sejarah

  • Fakta yang Tepat dan Benar

    Peristiwa, tempat, tokoh dan tarikh yang dibuktikan kebenaran dipanggil fakta sejarah.

    Tidak boleh direka dan ditokok tambah.

  • 2. Penting dan Bermakna

    Kepada diri seperti hari lahir.Kepada masyarakat seperti Hari Guru.Kepada negara seperti Hari KemerdekaanKepada keluarga seperti tarikh perkahwinan.

  • (3) Sebab dan akibat

    Sejarah merupakan disiplin ilmu yang bertujuan untuk mencari kebenaran peristiwa masa lalu.

  • Kesahihan sesuatu fakta sejarah akan dapat dibuktikan sekiranya fakta tersebut dapat menjawab persoalan seperti..siapamengapabilabagaimanadimanaapa

  • (1.3) Sumber Sejarah

  • (1) Sumber Pertama (Sumber Primer)Bahan dalam bentuk kertas, fosil , artifak , dan keterangan lisan yang belum diolah atau dicetak.

  • Contoh Sumber Primer

  • Sumber Kedua (Sumber Sekunder)Bahan yang telah dikaji, diolah serta dihurai, oleh sejarawan

    Contoh : majalah, jurnal, risalah, ensiklopedia, akhbar, buku dan laporan tahunan jabatan.

  • 1.4 Kaedah Pengkajian Sejarah

  • Kaedah Pengkajian SejarahKaedah lisan diperolehi dari ucapan, penceritaan pengisahan, dan perbualan.

    Kaedah bertulis didapati daripada sumber yang bertulis, dilakar, atau dipahat pada batu, dinding gua, kulit kayu, daun kayu, logam, gading, dan kertas.

  • Kaedah Pengkajian SejarahKaedah arkeologi ialah cara mendapatkan maklumat melalui kajian saintifik.

    Bidang arkelogi termasuklah angkasa lepas, maritim, dan gali cari.

  • 1.5 Tujuan Mempelajari Sejarah

  • Tujuan Mempelajari SejarahBerbangga menjadi warganegara Malaysia.

    Melahirkan perasaan jati diri.

    Membentuk keperibadian bangsa.

  • Tujuan Mempelajari SejarahMenghargai jasa pemimpin yang telah berbakti.

    Generasi baru boleh merangka wawasan masa depan negara.

  • Faedah Mempelajari Sejarah

  • Faedah Mempelajari SejarahMemberi iktibar untuk memperbaiki kesilapan yang telah dilakukan.Menjadi perangsang untuk mencapai kemajuan negara. Dapat mengulang zaman keagungan pada masa dahulu.

  • Faedah Mempelajari SejarahMemupuk semangat patriotisme.

    Berbangga menjadi rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

    Menghargai kemerdekaan dan kedaulatan negara.

  • Sekian, Terima Kasih

  • Rujukan Hyperlink

  • Video Sejarah Kemerdekaan Tanah Melayu

  • Video Ibnu Khaldun

  • fail rasmi jabatan

  • Kaedah Pengkajian C-14