Upload
syafiqah-mohamed-noor
View
190
Download
3
Embed Size (px)
DESCRIPTION
Rancangan permainan Batik Layang
Citation preview
RANCANGAN PELAKSANAAN PERMAINAN
1.0 PENGENALAN(NAMA PERMAINAN)
Nama permainan Batik Layang diperoleh daripada nama peralatan yang digunakan
semasa bermain permainan Batik Layang itu sendiri iaitu kain Batik. Manakala,
perkataan layang diperoleh daripada cara permainan Batik Layang dimainkan iaitu
dengan melayangkan kain Batik kepada rakan iaitu dengan cara membaling ataupun
melambung kain Batik tersebut. Permainan Batik Layang ini sebenarnya diadaptasi
daripada permainan masukkan air ke dalam botol dengan cara memerah span basah
ke dalam botol air mineral.
Gambar 1: Permainan Batik Layang
2.0 PERALATAN YANG DIGUNAKAN
i) Kain batik
ii) Gelung rotan
iii) Kon
iv) Botol air
v) Baldi
vi) Wisel
vii) Jam randik
3.0 PERALATAN YANG DIGUNAKAN MENGIKUT KUANTITI
BIL.
PERALATAN YANG DIGUNAKAN
KUANTITI
1.
Kain batik
2
2.
Gelung rotan
8
3.
Kon
4
4.
Botol air
2
5.
Baldi
2
6.
Wisel
1
7.
Jam randik
1
4.0 JUSTIFIKASI PEMILIHAN PERMAINAN
4.1 MASA
Permainan Batik Layang ini tidak mengambil masa yang lama.Permainan ini hanya
mengambil masa selama 3 minit untuk tiap-tiap pusingan. Oleh itu, permainan ini
sesuai dipertandingkan di dalam Karnival Permainan Kanak-Kanak 2013
memandangkan masa yang diperuntukkan bagi sesuatu permainan adalah sangat
singkat iaitu selama satu jam bagi setiap permainan mengikut fasa masing-masing.
4.2 ASPEK KESELAMATAN
Permainan Batik Layang ini juga dipilih atas faktor-faktor keselamatan.Faktor
keselamatan merupakan elemen yang diberi tumpuan oleh saya dan rakan-rakan
dalam memilih sesuatu permainan.Berdasarkan percubaan permainan, saya dan
rakan-rakan dapati bahawa permainan ini merupakan permainan yang selamat dan
sesuai dimainkan oleh semua lapisan masyarakat.Tambahan pula, permainan ini
tidak mengandungi unsur-unsur seperti tolak menolak dan elemen halangan yang
boleh mengakibatkan kecederaan kepada pemain.Peralatan yang digunakan
adalah selamat dan mesra pengguna serta tidak mengundang bahaya kepada
pemain.
4.3 PERALATAN
Permainan Batik Layang ini juga telah dipilih kerana peralatan yang digunakan di
dalam permainan ini mudah diperolehi.Ini kerana, peralatan yang digunakan di
dalam permainan ini boleh didapati di stor sukan IPG Kampus Ilmu Khas.Selain itu,
peralatan lain yang digunakan di dalam permainan ini seperti kain Batik dan botol
mineral juga mudah diperolehi.Selain itu, permainan ini juga dipilih kerana
peralatan yang digunakan adalah tidak berbahaya kepada pemain.
4.4 SISTEM PERTANDINGAN
Sistem pertandingan yang saya dan rakan-rakan ingin aplikasikan semasa Karnival
Permainan Kanak-Kanak 2013 tersebut adalah sistem kalah mati.Oleh hal yang
demikian, permainan Batik Layang ini telah dipilih kerana permainan ini sesuai
dimainkan secara sistem kalah mati.Selain itu, sistem ini dipilih untuk diaplikasikan
di dalam permainan ini kerana untuk menjimatkan masa. Ini kerana, permainan
perlu dihabiskan dalam tempoh masa 1 jam yang diberikan.
4.5 JENIS PERMAINAN
Permainan Batik Layang ini juga dipilih kerana bersesuaian dengan jenis
permainan yang perlu disediakan bagi karnival pada tahun 2013 ini iaitu Permainan
Kanak-Kanak.Tambahan pula, permainan ini menepati sembilan keinginan asas
kanak-kanak menurut Dauer dan Pangrazi (1983).
4.6 CARA BERMAIN
Permainan yang perlu dianjurkan oleh setiap kelas di dalam karnival ini ialah
permainan secara berkumpulan.Oleh itu, permainan Batik Layang ini telah dipilih
kerana permainan ini menepati spesifikasi yang telah ditetapkan oleh ahli
jawatankuasa tertinggi Karnival Permainan Kanak-Kanak 2013 iaitu permainan
secara berkumpulan.
4.7 KAWASAN
Tapak permainan bagi karnival adalah di padang IPG Kampus Ilmu Khas. Lantaran
itu, permainan Batik Layang ini boleh dimainkan.Ini kerana, sekiranya tapak
permainan di gelanggang Tenis, secara tidak langsung permainan Batik Layang
tidak dapat dipertandingkan kerana aspek-aspek keselamatan. Ini berikutan
daripada permainan Batik Layang yang menggunakan air dikhuatiri
akanmengakibatkan peserta terjatuh berikutan daripada lantai yang licin dibasahi
air.
4.8 PERATURAN
Peraturan permainan Batik Layang adalah mudah difahami. Maka, peserta akan
dapat bermain permainan Batik Layang dengan baik kerana semua peraturan yang
terkandung mudah difahami oleh peserta. Selain itu, Permainan Batik Layang ini
dapat diadili dengan telus dan adil berdasarkan jumlah air yang dikumpulkan oleh
peserta.Peserta juga tidak berpeluang untuk menipu di dalam permainan ini kerana
pengadil dapat mengesan elemen-elemen penipuan dengan cepat dengan
berpandukan peraturan yang telah disediakan.
5.0UKURAN TAPAK PERMAINAN
10 meter
20
meter
6.0 RAJAH PELAKSANAAN PERMAINAN BATIK LAYANG
20
meter
10 meter
2.5
mete
r
2.5
mete
r
3
mete
r
3
mete
r
3
mete
r
4 meter 3 meter 3 meter
PETUNJUK
Botol air
Gelung rotan
Pemain kumpulan A
Pembahagi
Arah pergerakan kain batik
Kain batik
Baldi
Pemain kumpulan B
7.0 PERATURAN PERMAINAN BATIK LAYANG
Permainan Batik Layang ini dimainkan secara berpasukan iaitu seramai empat
orang satu pasukan.
Permainan Batik Layang ini akan dimainkan selama 3 minit bagi setiap
perlawanan.
Pemain akan berdiri di dalam gelung rotan masing-masing untuk membuat
balingan kepada rakan sepasukan. Balingan yang dibuat di luar gelung rotan
dikira batal dan pemain perlu mengulang semula balingan di dalam gelung rotan.
Penyambut juga perlu menyambut kain batik yang dibaling oleh rakan di dalam
gelung rotan yang telah disediakan.
Apabila batik tidak dapat disambut, pembaling perlu mengutip semula dan
membaling semula dari kawasan gelungnya sendiri.
Balingan kain batik perlu dilakukan secara turutan pemain dan pemain tidak
boleh membuat balingan melangkaui seorang peserta.
Pemain pertama dan pemain yang terakhir dibenarkan berlari setelah menerima
batik layang.
Pemain terakhir perlu memasukkan air ke dalam botol dengan cara memerah
kain batik.
Teknik memerah kain batik mengikut strategi kumpulan masing-masing.
Selepas selesai memasukkan air ke dalam botol, peserta terakhir akan berlari ke
hadapan.
Maka, setiap ahli pasukan akan berganjak dari satu gelung ke gelung yang
seterusnya untuk memulakan permainan seperti biasa.
8.0 PELAKSANAAN PERMAINAN BATIK LAYANG
1. Gelanggang / tapak permainan
i) Permainan Batik Layang ini dimainkan di atas padang.
ii) Ukuran padang untuk permainan ini ialah 20 meter (panjang) x 10 meter
(lebar).
2. Pemain
i) Permainan ini melibatkan 4 orang peserta bagi satu pasukan dan seorang
peserta simpanan.
ii) Setiap kelas/pasukan perlu menghantar 3 orang wakil lelaki dan 2 orang
wakil perempuan dalam kumpulan mereka. .
iii) Pemainuntuk permainan adalah tetap dan tidak boleh ditukar ganti
dengan pemainlain setelah selesai mendaftar.
3. Pakaian
i) Semua peserta hendaklah memakai pakaian sukan iaitu baju t-shirt,
seluar trek panjang dan berkasut.
4. Cara Bermain
i) Kawasan permainan akan dibahagikan kepada dua bahagian iaitu A dan
B.Permainan bermula dengan dua pasukan akan masuk ke kawasan
padang yang mana setiap bahagian terdiri daripada setiap satu pasukan.
ii) Setiap peserta perlu memasuki gelung yang telah disediakan.Balingan
dan sambutan perlu dilakukan di dalam gelung rotan yang telah
disediakan.Sekiranya gagal menyambut dan membaling dalam gelung
rotan peserta perlu mengulang membaling kain batik di dalam gelung
rotan.
iii) Peserta yang berada di hadapan akan memulakan permainan dengan
mencelup kain batik ke dalam baldi yang berisi air.Seterusnya membaling
kain batik kepada peserta kedua. Peserta kedua akan membaling kain
batik kepada peserta ketiga dan peserta ketiga akan meneruskan
balingan sehingga sampai ke peserta terakhir.
iv) Peserta paling akhir akan memerah kain batik ke dalam botol.
v) Batik yang dibaling tidak boleh melangkaui seorang peserta.Pemain
pertama dan pemain terakhir sahaja dibenarkan berlari setelah menerima
batik layang.
vi) Apabila pemain terakhir memerah sahaja kain batik ke dalam botol maka
setiap ahli pasukan akan berganjak dari gelung yang dimasuki ke dalam
gelung yang seterusnya.
vii) Permainan akan dimainkan selama 3 minit. Batik yang diperah selepas
masa tamat tidak dikira dan akan didakwa sebagai cubaan menipu dalam
permainan.
viii) Apabila batik tidak dapat disambut, pembaling perlu mengutip semula dan
membaling semula dari kawasan gelungnya sendiri.
viiii) Jika pemain membaling kain batik di luar kawasan gelung, maka pemain
tersebut harus mengambil semula kain batik tersebut dan membaling
semula kain batik tersebut.
5. Perlawanan dan Pusingan
i) Perlawanan akan dijalankan secara sistem kalah mati.
ii) Setiap pasukan akan bermain dalam satu pusingan mengikut giliran yang
telah ditentukan berdasarkan jadual pertandingan sistem kalah mati.
6. Masa
i) Masa yang ditetapkan bagi setiap pasukan untuk bermain bagi setiap
pusingan ialah selama 3 minit.
ii) Pengadil yang bertugas akan meniup wisel untuk menandakan permainan
dimulakan dan masa permainan tamat.
iii) Wisel permulaan pertandingan ditiup lebih sekejap berbanding wisel
penamat permainan yang ditiup lebih nyaring dan panjang.
7. Kiraan Pemenang
i) Pemenang permainan Batik Layang ini diukur berdasarkan jumlah air
yang terkumpul di dalam botol. Pasukan yang mengumpul jumlah air
paling banyak dikira sebagai pemenang.
ii) Pasukan yang menang akan layak memasuki pusingan yang
seterusnyamanakala pasukan yang kalah akan disingkirkan secara
automatik.
9. Pegawai pertandingan
i) Pegawai pertandingan Batik Layang ini terdiri daripada tiga orang iaitu
penjaga masa, pengadil dan pencatat markah.
ii) Penjaga masa berperanan untuk memulakan dan menamatkan permainan
berpandukan jam randik. Pertandingan dimulakan dan diakhiri dengan
tiupan wisel.
iii) Tugas pengadil pertandingan pula adalah memastikan pertandingan
berlangsung secara sihat dan adil tanpa unsur-unsur penipuan. Pengadil
berkuasa penuh untuk membatalkan pertandingan sekiranya terdapat
unsur-unsur penipuan dalam permainan.
iv) Pencatat markah berperanan untuk mecatat markah dan meyusun jadual
pertandingan yang seterusnya.
v) Keputusan yang dibuat oleh pegawai permainan pertandingan adalah
muktamad dan tidak boleh dibantah.
10. Undian dan Kumpulan
i) Undian akan dilakukan sebelum permainan dimulakan untuk mengetahui
giliran dan kumpulan setiap pasukan masing-masing.
11. Tanggungjawab
i) Semua peserta harus mengetahui peraturan-peraturan permainan dengan
baik sebelum memulakan permainan.Sebarang alasan pemain yang
mengatakan tidak mengetahui peraturan permainan tidak dilayan.
ii) Semua peserta yang mengambil bahagian adalah dengan kehendak
sendiri.
iii) Penganjur tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kemalangan
atau kejadian yang tidak diingini yang berlaku di sepanjang kejohanan ini.
12. Tafsiran
i) Semua keputusan yang dibuat oleh pihak penganjur adalah muktamad.
Pihak penganjur berhak membuat pindaan terhadap mana-mana
kumpulan pasukan dan jadual pertandingan jika terdapat sebarang
kesulitan.
9.0 SISTEM PERTANDINGAN BATIK LAYANG
Sistem yang digunakan untuk permainan Batik Layang ini adalah sistem kalah mati.
Pemain yang menang akan meneruskan permainan ke peringkat seterusnya.
Manakala, pemain yang kalah secara automatik disingkirkan daripada pertandingan.
Kemenangan di dalam pertandingan ini diukur berdasarkan paras ketinggian air di
dalam botol mineral. Pemain yang mendapat paras air paling tinggi dikira sebagai
pemenang dan layak memasuki pusingan yang seterusnya.
Gambar 2 : Sistem pertandingan yang digunakan dalam permainan Batik Layang
10.0 JADUAL PERTANDINGAN SISTEM KALAH MATI
PERMAINAN BATIK LAYANG
1
2
3
4
5
BYE
BYE
JADUAL PERTANDINGAN SISTEM KALAH MATI
PERMAINAN BATIK LAYANG
6. G5.3
5. G5.1
4. G5.2
3. G5.7
2. G5.8
1 .G5.4
1
2
3
4
5
Jadual pertandingan
sistem kalah mati
selepas undian giliran
permainan telah dibuat
10.0 PROSEDUR PERTANDINGAN
Permainan Batik Layang ini dimainkan oleh 4 orang peserta bagi setiap pasukan.
Pasukan yang akan bertanding pada satu-satu masa adalah 2 pasukan. Setiap
pasukan akan mempunyai seorang pemain simpanan.
Permainan dimulakan dengan peserta pertama bergerak ke baldi dan mencelup
kain Batik ke dalam baldi yang berisi air. Setelah selesai mencelup kain Batik
peserta pertama akan memerah kain batik tersebut untuk menghantar kepada
pemain yang kedua.
Pemain
simpanan
Pemain
simpanan
1
2
3
4
1
2
4
3
4
3
2
1
4
3
2
1
Peserta kedua akan menerima kain Batik daripada peserta pertama dengan cara
menyambut kain Batik di dalam gelungnya.
Selepas menerima kain Batik daripada peserta pertama, peserta kedua akan
membaling/melambung/melayangkan kain Batik kepada peserta yang
seterusnya iaitu peserta yang ketiga.
Peserta ketiga akan menyambut kain batik yang dihantar oleh rakan di dalam
gelung rotannya.
.
1
4
2
4
3 3
2
1
4
3
2
1
4
3
2
1
Hantaran kain batik perlu dibuat oleh peserta secara turutan iaitu daripada
peserta satu kepada dua, dua kepada tiga dan tiga kepada empat.
Selepas berjaya menyambut kain Batik daripada rakan, peserta ketiga
akan menghantar kain Batik kepada peserta yang terakhir
Peserta terakhir akan membawa kain Batik mendekati botol mineral dan
seterusnya memerah kain batik menggunakan strategi kumpulan bagi
mengumpulkan sebanyak mana air yang boleh di dalam botol mineral.
Selepas selesai memasukkan air ke dalam botol, peserta keempat akan
berlari ke hadapan menuju ke tempat baldi yang mengandungi air bagi
mencelup kain Baik ke dalamnya.
Apabila selesai mencelup kain batik tersebut, peserta keempat akan
mengambil tempat peserta pertama tadi dengan berdiri di dalam gelungnya.
Maka peserta pertama, kedua dan ketiga tadi akan berganjak ke belakang
memasuki gelung yang seterusnya.
Permainan akan diulangi seperti langkah yang dinyatakan di atas.
4
3
2
1
4
3
2
1
3
2
1
4
1
2
3
4
BORANG SKOR
G5.___
G5.___
BORANG SKOR
PERMAINAN BATIK LAYANG
NAMA PERMAINAN : ________________________________________
KUMPULAN BERTANDING : ________________________________________
PERLAWANAN 5 : ________________________________________
KEMENANGAN : _______________________________________________________
BORANG SKOR
G5.___
G5.___
BORANG SKOR
PERMAINAN BATIK LAYANG
NAMA PERMAINAN : ________________________________________
KUMPULAN BERTANDING : ________________________________________
PERLAWANAN 1 : ________________________________________
KEMENANGAN : _______________________________________________________
BORANG SKOR
G5.___
G5.___
BORANG SKOR
PERMAINAN BATIK LAYANG
NAMA PERMAINAN : ________________________________________
KUMPULAN BERTANDING : ________________________________________
PERLAWANAN 2 : ________________________________________
KEMENANGAN : _______________________________________________________
BORANG SKOR
G5.___
G5.___
BORANG SKOR
PERMAINAN BATIK LAYANG
NAMA PERMAINAN : ________________________________________
KUMPULAN BERTANDING : ________________________________________
PERLAWANAN 3 : ________________________________________
KEMENANGAN : _______________________________________________________
BORANG SKOR
G5.___
G5.___
BORANG SKOR
PERMAINAN BATIK LAYANG
NAMA PERMAINAN : ________________________________________
KUMPULAN BERTANDING : ________________________________________
PERLAWANAN 4 : ________________________________________
KEMENANGAN : _______________________________________________________