of 43 /43
1 PENDAHULUAN 2 OBJEKTIF 3 PENGENALAN 4 BAHAGIAN 1 12 BAHAGIAN 2 21 BAHAGIAN 3 26 PENEROKAAN LANJUTAN 28 REFLEKSI 33 KESIMPULAN 36 LAMPIRAN 37 ISI KAND UNGA N PENDA HULU AN

Projek Addmath

  • Upload
    izzati

  • View
    4.077

  • Download
    5

Embed Size (px)

Citation preview

ISI KANDUNGAN

PENDAHULUAN2

OBJEKTIF3

PENGENALAN4

BAHAGIAN 112

BAHAGIAN 221

BAHAGIAN 326

PENEROKAAN LANJUTAN28

REFLEKSI33

KESIMPULAN36

LAMPIRAN37

PENDAHULUAN

Assalamualaikum w.b.t. dan selamat sejahteraSyukur ke hadrat ilahi dengan limpah kurnianya akhirnya saya berjaya menyiapkan Kerja Projek Matematik Tambahan ini pada masa yang ditetapkan. Terima kasih saya ucapkan kepada guru matapelajaran Matematik Tamabahan kelas kami, Pn. Norashikin binti Abd Rahman yang telah banyak memberikan tunjuk ajar tanpa mengira masa. Tidak lupa juga buat ibu bapa saya yang tercinta yang telah banyak mengorbankan masa dan tenaga serta mengeluarkan sumber kewangan dalam membantu saya menyiapkan kerja projek ini. Ucapan ribuan terima kasih juga kepada rakan-rakan saya yang telah berkongsi cadangan serta bertukar-tukar pendapat.Akhir sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat membantu saya secara langsung atau tidak langsung dalam menyiapkan projek ini.

Yang ikhlas, N NNNN..(IZZATI BINTI YUSNI)

OBJEKTIF

Dalam kerja projek ini saya telah mendapat pengalaman yang berharga dan dapat: mengaplikasi dan mengadaptasikan pelbagai strategi penyelasaian masalah untuk menyelesaikan masalah rutin dan bukan rutin. melalui pengalaman pembelajaran: 1. yang mencabar, menarik dan bermakna serta seterusnya meningkatkan kemahiran berfikir2. di mana pengetahuan dan kemahiran digunakan dengan cara yang bermakna dalam menyelesaikan masalah kehidupan sebenar3. di mana mengekspresikan pemikiran matematik, penaakulan dan komunikasi amat digalakkan dan dituntut4. yang merangsang dan meningkatkan pembelajaran yang berkesan5. dapat mengaplikasikan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam penyelesaian masalah. memperolehi kemahiran berkomunikasi dalam matematik yang berkesan secara lisan dan bertulis, dan menggunakan bahasa matematik untuk mengekspresikan idea matematik dengan betul dan tepat meningkatkan minat dan keyakinan serta mengukuhkan pengetahuan dan kemahiran metematik melalui pengaplikasian pelbagai strategi penyelesaian masalah membentuk pengetahuan dan kemahiran yang berguna untuk kerjaya dan masa depan menyedari bahawa matematik adalah satu bidang ilmu yang penting dalam menyelesaikan masalah kehidupan sebenar dan seterusnya menerapkan sikap positif terhadap matematik melatih diri bukan sahaja untuk belajar secara berdikari tetapi juga untuk berkolaborasi, bekerjasama dan berkongsi pengetahuan dalam persekitaran yang bermanfaat dan sihat menggunakan teknologi khususnya ICT secara bersesuaian dan berkesan melatih diri untuk menghargai nilai-nilai intrinsik matematik dan menjadi lebih kreatif dan inovatif menyedari kepentingan dan keindahan matematik.PENGENALAN

Barangkali sebab yang amat penting kepada kewujudan statistik perniagan ialah untuk menyediakan alat kuantitatif untuk menganalisa dan meringkaskan data dan tujuan alat ini ialah untuk membantu pengurus dalam pembuatan keputusan perniagaan. Adalah menjadi tanggungjawab penyelidik untuk mencari secara berterusan cara yang efektif menghubungkan rangkaian maklumat yang luas dan teratur kepada pembuat keputusan dalam format yang bolehguna dan sampai pada waktunya.Satu cara yang khusus bagi ukuran deskriptif yang sangat berguna dalam membenarkan perbandingan antara data ialah nombor indeks. Nombor indeks ialah satu nisbah bagi ukuran yang diambil untuk satu tempoh masa yang dibandingkan dengan ukuran sama yang diambil dalam tempoh masa yang lain, biasanya dinyatakan sebagai tahun asas. Selalunya nisbah ini akan didarabkan dengan 100 dan dinyatakan dalam peratusan. Sebagai peratusan, nombor indeks manjadi satu altenatif untuk membandingkan nombor mentah. Pengguna nombor indeks membiasakan diri mereka untuk mentafsir ukuran bagi tempoh masa yang diberi berasakan tahun asas atas skala dimana tahun asas mempunyai indeks 100%. Nombor indeks digunakan untuk membandingkan fenomena dari satu tempoh ke satu tempoh yang lain dan khususnya sangat membantu dalam menerangkan perbezaan antara tempoh.Nombor indeks digunakan secara meluas di seluruh negara untuk mengaitkan maklumat tentang pasaran saham, inflasi, jualan, eksport dan import, pertanian dan pelbagai lagi. Antara contohnya ialah indeks kos gunatenaga, harga indeks bagi pembinaan, indeks kapasiti pengeluaran, indeks harga pengeluar, indeks harga pengguna,purata perindustrian Dow Jones, indeks output, purata 225 Nikkei. Bab ini, walaupun membincangkan kepentingan indeks saham dan lain-lain, akan memfokuskan lebih kepada harga,kuantiti dan nilai indeks, dengan penekanan khusus kepada indeks harga.Motivasi bagi penggunaan nombor indeks ialah untuk mengurangkan data kepada bentuk senang-diguna dan lebih sesuai. Sebagi contoh, ujian data mentah keatas bilangan perniagaan di United States bermula dari 1985 hinggan 1997 ditunjukkan di Jadual 17.1. Penganalisa boleh mnerangkan data dengan memerhatikan bahawa, secara amnya, bilangan perniagaan telah menurun sejak 1986. bagaimana bilangan perniagaan tahun 1995 dibandingkan dengan 1985? Bagaimana bilangan permulaan perniagaan tahun 1997 dibandingkan dengan 1990 atau 1991? Untuk mejawab persoalan ini tanpa nombor indeks, penyelidik mungkin perlu pergi ke suatu tempat untuk mengurangkan bilangan permulaan perniagaan bagi tahun semasa dan membandingkan peningkatan dan penurunan berkenaan. Proses ini mungkin proses yang menjemukan bagi pembuat keputusan yang perlu memaksimakan usaha dalam masa yang minimum. Menggunakan nombor indeks ringkas, penyelidik boleh menukarkan data tersebut kepada nilai yang lebih boleh-guna. Sebagai tambahan, kadangkala adalah lebih mudah untuk membandingkan tahun lain kepada tahun asas yang khusus.Jadual 1 - Permulaan perniagaan di United StatesTahunBilangan Perniagaan

1985198619871988198919901991199219931994199519961997249,779253,092233,710199,091181,645158,930155,672164,086166,154188,387168,158170,475166,740

Indeks Harga RelatifSatu nombor yang ditentukan dengan mengira nisbah bagi satu kuantiti, harga atau kos untuk satu tahun faedah kepada kuntiti,harga atau kos bagi tahun asas dinyatakan dalam peratusan. Bagaimana nombor indeks diperolehi? Persamaan dibawah menunjukkan bagaimana nombor indeks dikira,Ii =

Dimana:X0 = kuantiti,harga atau kos dalam tahun asasXi = kuantiti,harga atau kos dalam tahun semasaIi = nombor indeks bagi tahun semasa

Jadual 2 - Nombor Indeks bagi perniagaan di United StatesTahunBilangan PerniagaanNombor indeks

1985249 770100.0

1986253 092101.3

1987233 71093.6

1988199 09179.7

1989181 64572.7

1990158 93063.6

1991155 67262.3

1992164 08665.7

1993166 15466.5

1994188 38775.4

1995168 15867.3

1996170 47568.3

1997166 74066.8

Andaikan penyelidik kos-penghidupan mengkaji data jadual di atas memutuskan untuk mencari nombor indeks menggunakan 1985 sebagi tahun asas. Nombor indeks bagi tahun 1986 ialah

Nombor indeks bagi tahun 1997 ialah,

Jadual 2 menunjukkan semua nombor indeks bagi data dalam Jadual 1, dengan 1985 sebagai tahun asas, bersama dengan data mentah. Secara amnya, nombor indeks ini menunjukkan sejak dari tahun 1985, kebanyakkan bilangan perniagaan menunjukkan penurunan (kerana indeks telah menurun). Secara khusus, penurunan yang paling besar berlaku antara tahun 1987 dan 1988-kejatuhan hampir 14 mata dalam indeks. Oleh kerana orang ramai lebih mudah memahami konsep 100% ini, membolehkan pembuat keputusan penilaian yang cepat ke atas bilangan permulaan perniagaan di United States dari satu tahun relatif ke tahun yang lain dengan memeriksa nombor indeks dalam tempoh ini.Indeks Harga Agregat Tidak BerwajaranPenggunaan nombor indeks ringkas membolehkan perubahan bagi harga, kos, kuantiti dan sebagainya dari tempoh masa yang berbeza kepada satu skala nombor dengan tahun asas bersamaan dengan 100%. Bagaimanapun, setiap tempoh masa hanya boleh diwakili oleh satu item atau komoditi sahaja. Bagaimana jika terdapat pelbagai item? Andaikan pembuat keputusan ingin menggabungkan harga bagi beberapa barang,menjadikan satu bakul pasaran untuk membandingkan harga bagi beberapa tahun. Berita baiknya, terdapat satu teknik untuk menggabungkan beberapa barangan dan menentukan nombor indeks bagi keseluruhan (agregat). Teknik ini digunakan kebanyakkannya untuk menentukan harga indeks, bahagiann ini memfokus kepada membina indeks harga agregat. Formula untuk membina indeks harga agregat tidak berwajaran adalah seperti berikut,

Dimana:Pi = harga bagi satu barang dalam tahun semasa (i)Po = harga bagi satu barang dalam tahun asas(o)Ii = nombor indeks bagi tahun semasa (i)Andaikan jabatan buruh negeri ingin membandingkan kos pembelian makanan keluarga sepanjang tahun. Jabatan memutuskan bahawa selain menggunakan satu jenis item makanan untuk melakukan perbandingan ini, mereka akan menggunakan bakul makanan yang mengandungi lima item; telur, susu, pisang, kentang dan gula. Mereka telah mengumpulkan semua maklumat bagi lima item ini untuk tahun 1987,1992 dan 1997. Item dan harga disenaraikan dalam Jadual 17.3.Dari data dalam Jadual 17.3 dan formula, indeks harga agregat tidak berwajaran bagi tahun 1987, 1992 dan 1997 boleh dikira menggunakan tahun 1987 sebagai tahun asas. Langkah pertama ialah untuk mengaggregar harga bagi semua item bakul makanan bagi tahun yang diberi. Jumlah ini ditunjukkan di baris yang terakhir bagi Jadual 17.3. Nombor indeks dikira dengan menggunakan jumlah ini (bukan harga item individu) : P1987 = 2.91,P1992=3.44 dan P1997=3.93. Dari sini, indeks harga agregat tidak berwajaran dapat dikira seperti berikut.Bagi tahun 1987;

Jadual 3 - Harga bagi Item Bakul MakananItem198719921997

Telur(dozen)0.780.861.06

Susu(1/2 gelen)1.141.391.59

Pisang(per lb)0.360.460.49

Kentang(per lb)0.280.310.36

Gula (per lb)0.350.420.43

Jumlah item2.913.443.93

Bagi tahun 1992;

Bgai tahun 1997;

Jadual 4 memberi nombor indeks bagi bakul pasaran untuk tiga tahun.Jadual 4Nombor Indeks bagi Item Bakul PasaranTahunNombor indeks

198719921997100.0118.2135.1

Indeks Harga Agregat BerwajaranDi seksyen 17.1, kita telah membincangkan penggunaan nombor indeks agregat, dengan itu harga bagi item bakul pasaran dapat digabungkan kepada satu nombor indeks bagi stau temph yang diberi. Satu kelebihan ia membolehkan penyelidik meletakkan semua maklumat tentang beberapa item ke dalam formula secara serentak untuk pembuatan keputusan. Bagaimanapun, masalah kepada nombor indeks tersebut ialah ia tidak berwajaran iaitu, berat yang sama diletak ke atas setiap item dengan mengandaikan hanya terdapat satu bagi setiap item dalam bakul pasaran. Andaian ini mungkin atau tidak benar. Sebagai contoh, sebuah isirumah mungkin menggunakan 5 paun pisang setahun tetapi minum 50 gelen susu. Selain itu, nombor indeks agregat tidak berwajaran adalah bergantung kepada unit yang dipilih bagi pelbagai item. Contohnya, jika susu diukur berdasarkan kuart tidak gelen, harga susu dalam penentuan nombor indeks adalah lebih rendah. Untuk mengelakkan masalah ini, kelas nombor indeks yang boleh digunakan ialah indeks harga berwajaran.Nombor indeks harga berwajaran diperolehi dengan mendarab kuantiti berat dan harga item dan menjumlahkan produk untuk menentukan bakul pasaran bagi tahun yang diberi kemudian menentukan nisbah bagi bakul pasaran bagi tahun faedah yang sama nilai dikira bagi tahun asas,dinyatakan sebagai peratusan.Memasukkan kuantiti dapat menghapuskan masalah yang disebabkan oleh berapa banyak item yang digunakan setiap tempoh masa dan unit item. Jika 50 gelan susu tetapi hanya 5 paun pisang digunakan,indeks harga agregat berpemberat akan menggambarkan berat tersebut. Jika penyelidik beralih dari susu gelen kepada kuarats, harga akan berubah kebawah tetapi kuantiti akan meningkat empat kaliganda (4 kuart dalam gelen).Secara amnya, indeks harga agregat berwajaran dibina dengan mendarabkan harga bagi setiap item dengan kuantiti kemudian menjumlahkan produk bagi bakul pasaran bagi tahun yang diberi (selalunya setahun). Nisbah jumlah ini untuk satu tempoh masa bagi semasa (tahun) kepada tahun asas bagi tahun semasa (tahun asas) didarab dengan 100. Formula berikut menggambarkan indeks harga agregat berwajaran dikira menggunakan berat kuantiti bagi setiap tempoh masa (tahun).

Dimana;Po = harga bagi setiap item dalam tahun semasaPi = harga bagi setiap item dalam tahun asasQo = kuantiti dalam tahun asasQi = kuantiti dalam tahun semasaSalah satu masalah dalam formula ini ialah implikasi dimana ianya baru dan berkemungkinan terdapat kuantiti yang berbeza bagi setiap tempoh masa. Bagaimanapun, penyelidik menggunakan banyak masa dan wang untuk memastikan kuantiti yang digunakan dalam bakul pasaran. Menentukan semula berat kuantiti bagi setiap tahun selalunya dilarang bagi kebanyakkan organisasi (walaupun kerajaan). Terdapat dua kaedah harga indeks berpemberat yang menjadi penyelesaian bagi masalah yang mana kuantiti berat digunakan. Pertama dan paling meluas digunakan ialah indeks harga Laspeyres. Kedua dan paling kurang digunakan ialah indeks harga Paasche.

Indeks Harga Laspeyres

Indeks harga Laspeyres ialah indeks harga agregat berwajaran yang dikira menggunakan kuantiti tahun asas bagi semua tahun. Kelebihan teknik ini ialah harga indeks bagi semua tahun boleh dibandingkan dan kuantiti baru tidak perlu ditentukan setiap tahun. Formula bagi membina indeks harga Laspeyres adalah seperti berikut.

Perhatikan bahawa formula tersebut memerlukan kuantiti tahun asas (Qo) dalam kedua-dua pengangka dan pembawah.Di seksyen 17.1, bakul makanan ditunjukkan yang mana indeks harga agregat dikira. Bakul makanan ini mengandungi telur, susu, pisang, kentang dan gula. Harga bagi item ini digabungkan (diagregatkan) bagi tahun yang diberi dan indeks harga dikira bagi data tersebut dari angka agregat ini. Indeks harga agregat tidak berpemberat yang dikira dari data ini memberi semua data kepentingan yang sama. Andaikan penyelidik menyedari bahawa mengaplikasikan berat yang sama bagi kelima-lima item ini mungkin tidak sebagai satu cara perwakilan bagi membina bakul makanan ini dan akhirnya memastikan berat kuantiti ke atas setiap item makanan bagi penggunaan setahun. Jadual 5 menyenaraikan lima item ini, harga dan kuantiti berat penggunaan bagi tahun asas (1987). Dari data ini, penyelidik mengira indeks harga Laspeyres.

Indeks harga Laspeyres bagi tahun 1992 dengan 1987 sebagai tahun asas. PiQo = P1992Q1987= [ (.86)(45) + (.46)(12) + (.31)(55) + (.42)(36)]= 38.70 + 83.40 + 5.52 + 17.05 + 15.12 = 159.79PoQo = P1987Q1987= [ (.78)(45) + (1.14)(60) + (.28)(55) + (.35)(36) ]= 35.10 + 68.40 + 4.32 + 15.40 + 12.60 = 135.82

Jadual 5 - Bakul Makanan dengan Kuantiti Berat

KuantitiHarga

Item1987198719921997

Telur (dozen)450.780.861.06

Susu (1.2 gelen)601.141.391.59

Pisang (per lb)120.360.460.49

Kentang (per lb)550.280.310.36

Gula (per lb)360.350.420.43

Indeks harga Laspeyres bagi tahun 1997 ialah

Satu penilaian bagi data dalam Jadual 5 menunjukan harga meningkat dari tahun 1992 hingga 1997 bagi semua lima item. Oleh kerana kuantiti diguna bagi setiap kes adalah kuantiti 1987, peningkatan dalam indeks Laspeyres dari 1992 (117.6) hingga 1997 (135.7) adalah kerana harga. Melihat kepada kuantiti, adalah lebih mudah untuk melihat bahawa lebih besar jumlah susu, kentang dan telur digunakan. Item ini membawa wajaran yang lebih besar dalam penentuan indeks harga Laspeyres kerana kadar penggunaan yang lebih tinggi. Bagaimanapun, oleh kerana kentang mempunyai imbangan nilai harga yang rendah, ia mempunyai kesan keseluruhan yang kurang keatas indeks harga berbanding telur dan susu.

Sumber daripada [DOC] NOMBOR INDEKS - upm: fakulti ekonomi dan pengurusan

NOMBOR INDEKSNombor indeks merupakan salah satu bab di dalam sukatan matapelajaran Matematik Tambahan tingkatan 4.Nombor indeks ialah sukatan statistik yang digunakan untuk menunjukkan perubahan sesuatu kuantiti terhadap masa.Satu contoh bagi nombor indeks ialah indeks harga. Indeks harga ialah nisbah harga suatu barangan pada suatu masa tertentu. Masa yang dipilih untuk dijadikan perbandingan dinamakan masa asas.Indeks harga dengan, P0=harga barang pada masa asas P1=harga barang pada masa tertentuJikaP0=P1, maka indeks harga ialah 100. Oleh itu, indeks harga sebenarnya adalah peratus nisbah harga barangan bagi tempoh tertentu.Contoh:Sebatang pen berharga 50 sen pada tahun 1995 dan 80 sen pada tahun 2000. Dengan mengambil 1995 sebagai tahun asas, kira indeks harga sebatang pen bagi tahun 2000.Penyelesaian:Katakan,P0ialah harga sebatang pen pada tahun 1995P1ialah harga sebatang pen pada tahun 2000Maka, indeks harga,I bagi tahun 2000

Maka, harga sebatang pen telah meningkat sebanyak 60% dari tahun 1995 hingga tahun 2000.

Nombor Indeks GubahanPemberat ialah satu angka tunggal yang menunjukkan kepentingan sesuatu barang. Semakin penting barang tersebut, semakin besar pemberat yang diberikan kepadanya. Dalam perhitungan indeks harga berpemberat, biasanya kuantiti barangan digunakan sebagai pemberat dan pemberat yang sama digunakan untuk semua tempoh masa untuk menunjukkan perubahan dalam harga barangan. Ini bertujuan untuk memudahkan kita mengira suatu nombor indeks bagi gabungan beberapa perkara. Apabila diketahui kepentingan setiap perkara terlibat, maka kita boleh mengira min berpemberat, iaitu nombor indeks gubahan bagi semua nombor indeks itu.Jikaadalah indeks-indeks harga bagin barangandengan pemberat

masing-masing, maka nombor indeks gubahan:

Oleh itu, nombor indeks sememangnya digunakan secara meluas di seluruh negara terutamanya dalam perniagaan, pelaburan dan sebagainya. Hai ini kerana nombors indeks memudahkan lagi pengukuran perubahan sesuatu kuantiti terhadap masa dan pengukuran perubahan dalam beberapa kuantiti yang tidak dapat diamati secara langsung seperti perubahan hasil ekonomi di sesebuah negara.

BAHAGIAN1

BAHAGIAN 1Harga bagi barangan yang dijual di kedai berbeza dari satu kedai ke kedai yang lain. Pembeli cenderung untuk membeli barangan daripada kedai yang bukan hanya menawarkan harga yang berpatutan tetapi turut memberi nilai tambah kepada barangan tersebut.Anda dikehendaki melaksanakan satu kajian tinjauan empat item yang berlainan berdasarkan kategori berikut: makanan, detergen dan alat tulis. Kajian ini perlu melibatkan tiga buah kedai yang berlainan.a) Kumpul gambar keratin akhbar atau foto bagi item yang telah anda pilih daripada kedai. Reka satu kolaj untuk mempamerkan barangan yang telah dipilih.Makanan

Tepung Naik Sendiri Gula dan Telur MentegaDetergen

Breeze Dynamo Glo Pekat Bio ZipAlat tulis

Pen Faber Castel Pensel Mekanikal Kertas A4 Pen Stabilo

b) Senaraikan item dan harganya secara sistematik seperti dalam Jadual 1KategoriItemHarga (RM)

Family StoreTescoGiant

MakananTepung RM 2.05RM 2.20RM 2.25

Gula RM 2.80RM 2.80RM 2.80

Mentega RM 3.45RM 4.30RM 4.70

10 biji telur (gred A)RM 3.30RM 4.00RM 3.70

Jumlah HargaRM 11.60RM 13.40RM 13.55

DetergenGlo PekatRM 4.00RM 5.25RM 5.00

DynamoRM 20.00RM 27.90RM 20.00

Bio ZipRM 8.90RM 9.50RM 10.00

BreezeRM 9.00RM 12.75RM 11.00

Jumlah HargaRM 41.90RM 55.40RM 46.00

Alat TulisPensel MekanikalRM 2.90RM 2.80RM 2.90

Pen StabiloRM 1.00RM1.40RM 1.20

Pen Faber CastleRM 0.90RM 1.20RM 1.10

Kertas A4RM 10.90RM 12.90RM 11.90

Jumlah HargaRM 15.70RM 18.30RM 17.10

Jumlah KeseluruhanRM 69.20RM 87.10RM 76.65

Jadual 1

c) Bina sekurang-kurangnya dua perwakilan graf (penggunaan ICT digalakkan) yang sesuai untuk membanding beza harga item-item yang dipilih.

1. Graf Bar

2. Graf Garis

d) Berdasarkan perwakilan graf yang telah anda bina dalam bahagian 1(c) tafsir bincang dan buat kesimpulan. Seterusnya tuliskan komen tentang dapatan anda.Berdasarkan perwakilan graf yang telah saya bina dalam bahagian 1(c), terdapat perbezaan di antara harga barangan dalam setiap kategori antara kedai-kedai tersebut. Berdasarkan graf makanan, harga yang paling murah adalah dari Family Store. Graf juga menunjukkan perbezaan harga barangan antara ketiga-tiga pasaraya yang menjual keempat-empat barangan tersebut adalah sedikit. Selain itu, graf menunjukkan persamaan harga gula dari ketiga-tiga pasaraya. Oleh itu, para pengguna boleh membeli di mana-mana kedai kerana perbezaan harga barangan sangat kecil. Berdasarkan graf detergen pula, harga barangan yang paling mahal adalah dari Tesco. Graf juga menunjukkan bahawa pencuci baju jenama Breeze yang paling murah adalah dari pasaraya Family Store. Selain itu, graf juga menunjukkan persamaan harga cecair pencuci baju Dynamo dari pasaraya Family Store dan pasaraya besar Giant manakala perbezaan antara kedua-dua pasaraya dengan pasaraya besar Tesco adalah sangat besar. Oleh itu, para pengguna boleh membeli di pasaraya besar Giant dan pasaraya Family Store.Berdasarkan graf alat tulis, harga barangan yang paling murah adalah dari Family Store. Graf juga menunjukkan harga kertas A4 yang paling tinggi adalah dari pasaraya besar Tesco dan yang paling rendah adalah dari pasaraya Family Store. Walaubagaimana, graf menunjukkan perbezaan harga barangan antara ketiga-tiga pasaraya yang menjual keempat-empat barangan tersebut adalah kecil. Maka, para pengguna boleh menbeli di mana-mana pasaraya.Kesimpulannya, graf menunjukkan bahawa barangan yang mahal datangnya daripada pasaraya yang terkenal dan besar. Para pengguna disyorkan untuk membeli barangan di pasaraya Family Store yang memiliki harga yang lebih murah berbanding pasaraya besar Tesco dan Giant.

e) Kenal pasti satu item yang mempunyai perbezaan harga yang paling ketara antara kedai yang dipilih. Hitung nilai min dan sisihan piawai untuk item yang dikenal pasti. Seterusnya, cadangkan dan bincangkan faktor-faktor yang mungkin menyumbang kepada perbezaan harga tersebut.Item yang menpunyai perbezaan harga yang paling ketara antara kedai yang saya pilih ialah mentega.

Min mentega, = (4.30 + 3.45 + 4.70) 3= 12.45 3= 4.15

Sisihan Piawai, = = = = 0.5212

Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada perbezaan harga tersebut. Misalnya ialah pasaraya besar Tesco dan Giant. Kedua-dua pasaraya didapati menjual barang dengan mengenakan harga yang lebih tinggi berbanding dengan pasaraya Family Store. Hal ini kerana kedua-dua pasaraya tersebut terletak di kawasan bandar. Oleh itu, lokasi pasaraya tersebut yang didiami oleh penduduk yang bertaraf hidup tinggi menyebabkan harga barangan yang dijual lebih tinggi. Cukai barangan yang dikenakan juga tinggi.Tambahan pula, kedua-dua pasaraya besar itu mempunyai tempat yang cantik, besar dan selesa untuk membeli-belah. Barangan yang dijual juga segar dan dijamin berkualiti.Bagi pasaraya Family Store pula, harga barangan yang dijual ialah murah. Pasaraya Family Store terletak di kawasan perumahan dan merupakan laluan utama penduduk di sekitarnya. Tambahan pula, terdapat banyak saingan dengan kedai-kedai lain seperti Ranjnii, dan kedai-kedai runcit yang lain. Pasaraya Speedmart juga terletak berdekatan dengan sekolah. Oleh itu,barangan yang dijual murah kerana ramai orang yang membeli barang keperluan harian di pasaraya tersebut. Cukai yang dikenakan adalah rendah untuk mengurangkan bebanan pembeli. Oleh itu, harga barangan yang dikenakan sederhana dan berpatutan.Kesimpulannya, faktor-faktor yang menyumbang kepada perbezaan harga terbukti bahawa harga barangan di pasaraya besar Tesco dan Giant lebih mahal berbanding dengan pasaraya Family Store.

BAHAGIAN 2

BAHAGIAN 2Setiap tahun sekolah anda, SMK Air Molek akan menganjurkan carnival jualan bagi mengumpul dana untuk sekolah. Pada tahun ini, sekolah merancang untuk memasang penyaman udara di perpustakaan. Semasa carnival tahun lepas kelas anda telah membuat dan menjual kek mentega. Disebabkan permintaan yang tinggi terhadap kek mentega, kelas anda bercadang untuk menjalankan projek yang sama untuk tahun ini.a) Cadangkan sebuah kedai daripada Bahagian 1 yang mana anda akan membeli bahan untuk membuat kek mentega tersebut. Nyatakan dan bincangkan sebab mengapa kedai tersebut dicadangkan.Kedai yang akan saya pilih untuk membeli bahan untuk membuat kek mentega ialah di pasaraya Family Store. Hal ini kerana bahan yang dijual lebih murah dan berpatutan. Sekiranya saya menghitung kesemua jumlah pembelian barang untuk membuat kek mentega di pasaraya Family Store, pasaraya besar Tesco dan pasaraya besar Giant, saya dapati harga di pasaraya Family Store memberikan lebih penjimatan sekiranya membeli bahan untuk membuat kek mentega dengan lebih banyak. Hal ini sekaligus dapat menjimatkan duit.

b) Lengkapkan Jadual 2 dengan harga barangan daripada kedai yang telah anda pilih.BahanKuantiti yang digunakan untuk sebiji kekHarga pada tahun 2014 (RM)Harga pada tahun 2015 (RM)Indek harga bahan, IIndeks gubahan,

Tepung naik sendiri250 g0.901.30144.44

132.91

Gula 200 g0.350.60171.43

Mentega 250 g3.303.50106.06

5 biji telur (Gred A)300 g1.251.50120.00

Jadual 2i. Hitungkan indeks harga bagi setiap bahan dalam Jadual 2 pada tahun 2015 berasaskan tahun 2014.

Tepung naik sendiri 100 = 144.44Gula 100 = 171.43Mentega 100 = 106.065 biji telur (gred A) 100 = 120.00ii. iii. Hitungkan indeks gubahan bagi membuat sebiji kek mentega pada tahun 2015 berasaskan tahun 2014. Terangkan bagaimana anda memperoleh jawapan tersebut.Indeks gubahan, = = = 132.91Indeks harga bagi setiap bahan yang telah diperolehi hendaklah didarabkan dengan kuantiti bahan yang digunakan untuk membuat sebiji kek. Seterusnya, nilai tersebut dibahagikan dengan jumlah keseluruhan kuantiti bahan untuk memperolehi indeks gubahan bagi membuat sebiji kek mentega pada tahun 2015 berasaskan tahun 2014.

iv. Pada tahun 2014, kek mentega itu telah dijual pada harga RM 20.00 sebiji. Cadangkan harga jualan yangs sesuai bagi kek mentega pada tahun 2015. Berikan sebab untuk jawapan anda.

Harga sebiji kek pada tahun 2014 = RM 20.00Keuntungan sebiji kek pada tahun 2014 = 20 5.8 = RM 14.20

Kos membuat sebiji kek pada tahun 2015 = RM 6.90Keuntungan yang sesuai bagi sebiji kek pada tahun 2015 = 23 6.9 = RM 16.10

Harga jualan yang dicadangkan pada tahun 2015 ialah RM 23.00. Harga ini amat sesuai untuk jualan kek mentega pada tahun 2015 kerana keuntungan yang diperolehi lebih tinggi berbanding tahun 2014.

c) (i) Dari sumber yang boleh dipercayai, dapatkan maklumat tentang bagaimana menetukan kapasiti penyaman udara yang perlu dipasang berdasarkan isipadu/saiz suatu ruang bilik.

di mana

Keluasan bilik (kaki)Kapasiti kuasa penyaman udara (HP)Harga (RM)

1212