of 23 /23
0 PPPJ1173 FIQH SIRAH (KHAMIS : 10.00 - 11.00) TAJUK: PERANAN WANITA DALAM PEPERANGAN ISLAM DISEDIAKAN OLEH : NAJWA HUDA BINTI MOHD SHAHIDIN A150272 SITI HAZWANI BINTI TAMIN A150333 SITI KAMILAH BINTI FAUZI A151263 PENSYARAH : PUAN RABITAH BINTI MOHAMAD GHAZALI

Peranan Wanita dalam Peperangan Islam

Embed Size (px)

Text of Peranan Wanita dalam Peperangan Islam

  1. 1. 0 PPPJ1173 FIQH SIRAH (KHAMIS : 10.00 - 11.00) TAJUK: PERANAN WANITA DALAM PEPERANGAN ISLAM DISEDIAKAN OLEH : NAJWA HUDA BINTI MOHD SHAHIDIN A150272 SITI HAZWANI BINTI TAMIN A150333 SITI KAMILAH BINTI FAUZI A151263 PENSYARAH : PUAN RABITAH BINTI MOHAMAD GHAZALI
  2. 2. 1 KANDUNGAN Halaman 1.0 PENGENALAN 2 2.0 KONSEP WANITA 3 3.0 KONSEP JIHAD 5 4.0 TOKOH WANITA ISLAM DAN PERANAN MEREKA DALAM PEPERANGAN ISLAM 4.1 Nusaibah binti Kaab al-Khazrajiyah 7 4.2 Khaulah binti Al-Azwr 10 4.3 Rufaidah binti Saad 12 4.4 Syafiyyah binti Abdul Muthallib 14 4.5 Ummu Aiman 16 4.6 Ummu Sulaim binti Malhan 18 5.0 RUMUSAN 20 6.0 RUJUKAN 21
  3. 3. 2 1.0 PENGENALAN Membunuh isteri bukanlah merupakan suatu kesalahan pada Zaman Rom. Zaman India Kuno pula mengamalkan pembakaran isteri secara hidup-hidup bersama suaminya yang telah mati. Wanita dikenali sebagai golongan yang lemah lembut dan penuh dengan sifat malu. Namun begitu, sejarah dunia telah menunjukkan bahawa ada ketikanya, seseorang wanita itu mampu bertindak dengan ganas, tangkas dan cekap seperti mana seseorang lelaki. Keterlibatan wanita pada hari ini tidak terbatas kerana hak sama rata diberikan. Hasilnya, kita melihat bahawa wanita telah memonopoli sebahagian besar bidang-bidang utama dunia. Peperangan dan rusuhan dalam negara-negara Islam telah kita saksikan sama ada di media massa mahupun di hadapan mata. Syria, Iran, Palestin, Mesir, Yaman, Jordan, Kuwait, Oman, Algiers, dan Bahrain adalah merupakan antara negara-negara Islam yang sedang bergolak. Kita telah saksikan bahawa ibu-ibu mempertahankan anak-anak mereka daripada diambil oleh tentera Musyrikin dan pelajar-pelajar wanita mempertahankan sekolah mereka dari diambil oleh tentera Kafirin. Penglibatan ini adalah kerana mereka merasakan bahawa diri dan negara mereka terancam. Oleh itu mereka perlu turut sama untuk berjuang dan mempertahankan mengikut keupayaan mereka. Dalam konteks ini mereka diwajibkan untuk turut serta berjuang dan berperang. Namun begitu, peperangan yang kita lihat hanya membawa kehancuran kepada negara Islam itu sendiri kerana segelintir daripada mereka tidak memahami konsep jihad yang sebenar. Dalam lipatan sejarah Islam juga telah menunjukkan bahawa wanita pernah terlibat dalam peperangan yang disertai oleh Rasulullah SAW dan para sahabat. Keimanan dan ketaqwaan yang tinggi telah mengikis perasaan takut dan telah mendorong mereka untuk bersama para Mujahidin. Tentera Mujahidin memerlukan wanita untuk menjaga makan dan minum mereka serta beberapa aspek yang lain. Oleh yang demikian wanita dilihat sebagai golongan yang berperanan penting dalam medan peperangan.
  4. 4. 3 2.0 KONSEP WANITA Wanita adalah merupakan gender kedua dunia. Sebelum kemunculan dan kebangkitan Islam, wanita telah ditindas dengan seteruk-teruknya oleh kaum lelaki tidak kira sama ada di negara Arab, Nusantara mahupun Eropah. Taraf wanita dalam sistem sosial adalah lebih rendah jika berdasarkan kepada biologi dan sifat. Para arkeologi menandakan yang wanita pernah dihargai sebelum kebangkitan masyarakat bandar. Kemudian, taraf wanita jatuh dengan kemunculan pusat bandar dan bandar raya negeri1 . Dominasi kaum lelaki telah muncul sebelum kebangkitan masyarakat bandar, para sarjana dan para pejuang hak wanita. Teori Gada Lerner mengatakan bahawa perkara ini berlaku disebabkan oleh keperluan pertambahan populasi dan penyediaan tenaga buruh pada awal pertumbuhan masyarakat yang membawa kepada penculikan wanita, seksualiti, keupayaan melahirkan anak yang telah menjadi perkara tunjang dalam persaingan puak-puak. Budaya pahlawan ini telah memihak kepada dominasi lelaki untuk muncul2 . Hal ini adalah yang pernah terjadi di bahagian Eropah. Firman Allah SWT dalam Surah al-Nahl, ayat 58 dan 59 yang bermaksud dan apabila salah seorang dari mereka dikhabarkan dengan (kelahiran) anak perempuan, mukanya menjadi merah padam dan sangat marah. Ia bersembunyi dari orang ramai kerana khabar buruk yang disampaikan itu. Apakah (anak perempuan itu) akan dipeliharanya dengan menanggung malu atau dikuburkannya (hidup-hidup)? Alangkah kejamnya keputusan mereka3 . Ayat-ayat ini menunjukkan persepsi masyarakat Arab pada zaman Jahiliyah terhadap seseorang anak perempuan. Mereka menganggap bahawa kewujudan anak perempuan sebagai sesuatu yang memalukan. Sebelum Rasulullah diangkat menjadi Rasul, baginda telah dianugerahi tujuh orang cahaya mata. Menurut Ibnu Hisyam, anak lelaki Rasulullah SAW yang paling besar adalah Al-Qasim, kemudian Ath-Thayyib, kemudian Ath-Thahir. Anak wanita 1 Leila Ahmed, Women and Gender In Islam: Historical Roots of a Modern Debate, dalam Mesopotamia, Yale University Press, Michigan, 1992, hlm. 11. 2 Ibid, hlm. 12. 3 Prof. Dr. H. Mahmud Yunus, Tafsir Quran al-Karim, Victorie Agencie, Selangor, 2010, hlm. 570.
  5. 5. 4 baginda yang paling besar adalah Ruqayyah, kemudian Zainab, kemudian Ummu Kaltsum, kemudian Fatimah. Ibnu Ishaq berkata, adapun Al-Qasim, Ath-Thayyib dan Ath-Thahir, mereka meninggal dunia pada masa jahiliyah. Adapun anak-anak wanita Rasulullah SAW, mereka hidup hingga zaman Islam, masuk Islam dan turut hijrah bersama baginda4 . Meskipun budaya Arab Zaman Jahiliah adalah menanam anak perempuan hidup-hidup, namun Rasulullah SAW tidak sesekali berbuat demikian kerana anak merupakan anugerah daripada Allah. Kedatangan Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW telah mengangkat martabat dan darjat kaum wanita. Mereka diberi layanan dan kedudukan yang sama sebagaimana kaum lelaki dalam hal keagamaan dan juga perkara lain. Firman Allah SWT dalam Surah an-Nisa ayat 124 yang bermaksud, sesiapa yang mengerjakan amal solek baik lelaki mahupun wanita dan dia seorang mukmin, maka mereka akan dimasukkan ke syurga dan mereka tidak dianiaya (dikurangkan pahalanya) sedikit pun5 . Ayat ini menegaskan bahawa wanita memiliki kedudukan setara dengan para lelaki. Malah apa yang lebih istimewa lagi, wanita juga dibenarkan untuk turut sama berperang walaupun peperangan dan ketenteraan sangat sinonim dengan kaum lelaki. Sejarah Islam telah mencatatkan beberapa nama-nama mujahidah yang turut sama mengikuti siri peperangan Islam pada awal kebangkitan Islam. Hal ini menunjukkan bahawa keterbatasan wanita dengan sifat kelembutan dan kelemahannya tetap mampu mendorong seseorang wanita itu untuk turut sama bertindak agresif seperti lelaki. 4 Abu Muhammad Abdul Malik bin Hisyam, Sirah Nabawiyah Ibnu Hisyam, Al-Hidayah Publication, Kuala Lumpur, 2009, Jilid 1, hlm. 167. 5 Prof. Dr. H. Mahmud Yunus, Tafsir Quran al-Karim, Victorie Agencie, Selangor, 2010, hlm. 182.
  6. 6. 5 3.0 KONSEP JIHAD Umum mengetahui bahawa perkataan jihad adalah isim masdar. Asal perkataan ini adalah daripada jaahada yujaahidu jihaadan mujahadah. Terdapat dua pendapat yang mengatakan mengenai asal usul perkataan jihad. Pendapat yang pertama6 mengatakan perkataan jihad daripada perkataan jahada yang bermaksud kesukaran atau halangan. Pendapat kedua7 pula mengatakan jihad itu berakar umbi dari perkataan al jahd yang bermaksud kekuatan atau keupayaan. Jika dibaca dengan al juhd ertinya kesukaran atau halangan. Seandainya dibaca dengan al jahd ertinya kepenatan, kejerihan dan keperitan. Kesukaran dan kepenatan ini bermaksud kesungguhan seseorang dalam menuju sasaran-sasaran tertentu. Jihad dari segi bahasa adalah menumpahkan seluruh tenaga dan usaha untuk mencapai sesuatu matlamat yang baik dan buruh. Dari sudut istilah, jihad membawa maksud berperang atau berjuang pada jalan Allah untuk menyelamatkan umat Islam dan mempertahankan mereka dari pencerobohan asing8 . Dari Abu Amr Asy-Syaibani, dia berkata: Abdullah bin Masud RA berkata, aku bertanya kepada Rasulullah SAW, apakah perbuatan yang paling utama? Beliau menjawab, solat pada awal waktunya. Aku bertanya lagi, kemudian apa? Beliau menjawab, berbakti kepada kedua orang tua. Aku berkata, kemudian apa? Beliau menjawab, jihad di jalan Allah. Aku pun berhenti untuk bertanya kepada Rasulullah SAW. Sekiranya aku menambah pertanyaan nescaya beliau akan menambah jawapannya kepadaku.9 Sehubungan dengan itu, Imam Hassan al-Banna menegaskan bahawa Allah SWT mewajibkan jihad ke atas tiap-tiap orang Islam. Kewajipan berjihad ini adalah suatu kewajipan yang amat dituntut oleh Islam yang tidak wajar dipandang enteng oleh muslim yang cintakan Islam10 . 6 Al-Faqir, Jihad Pada Jalan Allah, Penerbitan al-Qalam, Kuala Lumpur, 1984, hlm. 11. 7 Ibid hlm. 9. 8 Ibid hlm. 11. 9 Ibnu Hajar Al Asqalani, Fathul Bahri, Pustaka Azam, Jakarta, 2009, Jilid 16, hlm. 4 10 Hassan Al-Banna, Risalah al-Jihad, Dar al-Quran al-Karim, Beirut, 1978, hlm. 60.
  7. 7. 6 Pada hari ini, kita disempitkan dengan jihad iaitu berperang atau berjuang. Peperangan dari segi derivasi mahupun makna, peperangan (al qitaal) dengan jihad (al jihad). Al qitaal adalah isim masdar dari kata qaatala yuqaatilu qitaalan muqaatalah. Namun menurut Prof. Dr. Yusuf al-Qardhawi11 , peperangan adalah sebahagian konsep daripada jihad yang mana jihad merangkumi jihad harta, jihad kalimah (percakapan), jihad nafsu, dan lain-lain yang antaranya ialah peperangan. Jihad peperangan didefinisikan oleh fuqaha secara syarak ialah memerangi golongan kafir iaitu mencurahkan tenaga dalam memerangi golongan kafir atau bughah. Sebahagian lagi para fuqaha mentafsirkan jihad perang sebagai seruan kepada agama Islam dalam memerangi sesiapa yang tidak menerima seruan Islam. Terdapat juga ulama yang mentakrifkan jihad perang sebagai mengerah tenaga dan kemampuan dalam peperangan pada jalan Allah dengan menggunakan jiwa raga, harta, pendapat, percakapan, memperbanyakkan tentera atau selain itu. Ada ketikanya jihad perang ini difardhukan kepada kaum wanita sama seperti kaum lelaki iaitu jihad daf (musuh menyerang Islam dan menggempur salah satu negara umat Islam untuk menawannya serta melakukan kekerasan terhadap penduduknya). Prof. Dr. Yusuf al-Qardhawi mengatakan bahawa dalam bahagian jihad ini dibenarkan bagi seorang anak keluar berjihad tanpa izin kedua-dua ibu bapanya, seorang isteri keluar tanpa izin suaminya, seorang hamba keluar tanpa izin tuannya12 . Allah SWT menyiapkan wanita sebagai seseorang yang penuh dengan sifat kasih sayang. Hal ini sejajar dengan kudrat wanita untuk mengandung, melahirkan, menyusui, dan menjalani pelbagai bentuk jihad fizikal yang mengutamakan kekuatan untuk menghadapi kesulitan, melindungi, menahan penderitaan dan menolak kekerasan. Namun begitu, hal ini tidak menghalang penglibatan kaum wanita dalam mendukung perjuangan kaum lelaki di medan peperangan dengan segala bentuk bantuan yang dapat dihulurkan, sesuai dengan kudrat dan peranan mereka dalam kehidupan seharian. 11 Yusuf al-Qardhawi, Ringkasan Fiqh Jihad (Keamanan Bukan Peperangan), diterjemahkan oleh Fauwaz Fadzil Noor, Telaga Biru Sdn. Bhd. Kuala Lumpur, 2014, hlm. 2. 12 Ibid, hlm. 18.
  8. 8. 7 5.0 TOKOH WANITA ISLAM DAN PERANAN MEREKA DALAM PEPERANGAN ISLAM 5.1 Nusaibah atau Ummu Umarah Nusaibah binti Kaab bin Amr bin Auf bin Mabzul al-Anshariyyah al-Kazriyyah an- Najjariyyah al-Maziniyyah yang lazimnya digelar sebagai Ummu Umarah. Beliau merupakan anak kepada Kaab bin Amr dan Rabbab binti Abdullh bin Habib. Beliau mempunyai dua saudara lelaki iaitu Abdullah bin Kaab dan Abu Laila Abdul Rahman bin Kaab (salah seorang yang tersenarai dalam tujuh orang golongan al-Bukkain). Beliau daripada Bani Najjar, Kabilah Khazraj. Merupakan isteri kepada Zaid bin Asim dan telah dikurniakan dua cahaya mata iaitu Abdullah bin Zaid dan Habib bin Zaid. Selepas Zain bin Asim meninggal dunia ketika sebelum datangnya Islam ke Yathrib, beliau telah berkahwin dengan Ghaziyah bin Amrin bin Athiyah an-Najjari yang merupakan antara orang terawal memeluk Islam melalui Musab bin Umair. Melalui perkahwinan ini, beliau telah dianugerahi dua orang cahaya mata lagi iaitu Tamim dan Khaulah. Ummu Umarah telah ditugaskan di bahagian logistik dan hospitaliti bersama Muslimah yang lain. Pada masa yang sama, beliau ditugaskan untuk menjaga barang dan juga di bahagian dapur untuk menguruskan makan dan minum para mujahidin sepanjang tempoh peperangan berlangsung. Beliau banyak menyertai peristiwa- peristiwa bersejarah bersama Rasulullah SAW dan para sahabat. Ia termasuk perempuan Ansar terbaik, mengalami Baiat al-Aqabah, Perang Uhud, Baiat al- Ridhwan dan Perang Yamamah13 . Selain itu, beliau juga terlibat dengan Perjanjian Hudaibiyah dan Perang Hunain. Semasa Baiat al-Aqabah II, orang-orang Madinah terdiri daripada 73 lelaki dan dua orang wanita. Mereka berdua ialah Nusaibah binti Kaab bin Amr bin Auf bin Mabdzul bin Amr bin Ghanm bin Mazin dan Asma binti Amr bin Adi bin Nabi bin 13 Yusuf Qardhawi, Fiqh Jihad : Sebuah Karya Monumental Terlengkap tentang Jihad Menurut Al- Quran dan Sunah, Penerbit Mizan, Bandung, 2010, hlm. 1226.
  9. 9. 8 Amr bin Sawad bin Ghnm bin Kaab bin Salimah. Nusaibah ditemani oleh suaminya Zaid dan juga anak-anaknya iaitu Abdullah dan Habib14 . Ibnu Hisyam menceritakan bahawa kedua-dua wanita ini turut membaiah Rasulullah SAW. Baginda tidak berjabat tangan dengan mereka tetapi baginda sekadar menerima baiah mereka. Semasa Perang Uhud, berlaku kekacauan dan kekeliruan di pihak Muslimin. Pasukan pemanah yang berada di atas Bukit Uhud tidak lagi mematuhi arahan Rasulullah SAW yang meminta mereka untuk bertahan di kedudukan mereka walau apa-apa pun yang berlaku. Mereka yang menyangka bahawa tentera Muslimin sudah menang mulai menuruni bukit dan turut bersama mengutip harta rampasan. Kemudian, pihak Musyrikin yang diketuai oleh Khalid al-Walid yang sedari awal peperangan hanya melihat dari jauh kerana dihalang oleh pasukan pemanah, segera melalukan serangan sebaik sahaja melihat tentera Muslimin yang sedang leka. Ummu Umarah ikut terlibat dalam pertempuran. Semasa tentera Muslimin berada dalam keadaan yang tidak terkawal tatkala diserang semula oleh tentera Musyrikin dalam Perang Uhud, Nusaibah telah memutuskan untuk turut bersama para mujahidin bagi melindungi baginda Rasulullah SAW. Beliau memakai perisai berserta baju besi yang telah dicampak oleh tentera Muslimin dan mempertahankan Rasulullah SAW. Beliau bersama tentera Muslimin yang lain membentuk satu bulatan bagi melindungi Rasulullah SAW yang telah terjatuh di dalam lubang yang dibuat oleh Abu Amir. Pada awalnya, beliau hanya menyertai suaminya yang turut berperang bagi membantu menyediakan air untuk tentera Muslimin. Namun, apabila mengetahui pasukan Muslimin dalam keadaan terdesak, beliau turut bertempur melawan musuh sehingga mengalami luka di 12 tempat15 . Menurut Syawana Aziz16 , Nusaibah menggunakan pedang dan panah berserta perisai yang diberikan oleh seorang tentera Muslimin bagi melindungi baginda Rasulullah SAW. Pada masa yang sama, beliau sempat membalut luka anaknya 14 Abu Muhammad Abdul Malik bin Hisyam, Sirah Nabawiyah Ibnu Hisyam, Al-Hidayah Publication, Kuala Lumpur, 2009, Jilid 1, hlm. 448. 15 K. H. Moenawar, Ensiklopedia Sejarah Muhammad: Gemilang Sebuah Empayar, PTS Islamika Sdn. Bhd. Selangor, 2001, hlm. 167. 16 Syawana Aziz, Bidadari Rasulullah: Wanita Istimewa pada zaman Kegemilangan, Pustaka al-Ehsan, 2011, hlm. 183-188.
  10. 10. 9 (Abdullah bin Zaid) selepas diarahkan oleh Rasulullah SAW dan juga memukul orang yang telah melukai anaknya. Abdullah juga membaluti luka yang terdapat pada bahu Nusaibah sebaik sahaja disuruh oleh Rasulullah SAW. Rasulullah SAW turut mendoakan agar mereka menjadi peneman baginda ketika berada di syurga kelak. Peristiwa ini turut diceritakan oleh Hepi Andi Bastoni17 , Abu Azka dan Harun Arrasyid18 . Akibat daripada perlindungan yang diberikan, Nusaibah telah mengalami kecederaan yang teruk di seluruh tubuhnya terutama di bahagian bahu kerana telah ditetak dengan pedang. Nusaibah telah memohon kepada Rasulullah agar mendoakannya serta keluarganya agar dapat menemani Rasulullah di syurga kelak. Apabila ditanya mengenai 12 luka di tubuhnya, Nusaibah menjawab, Ibnu Qumaimah datang ingin menyerang Rasulullah ketika para sahabat sedang meninggalkan baginda. Lalu, Ibnu Qumaimah bertanya mana Muhammad? Aku tidak akan selamat selagi dia masih hidup. Lalu Mushab bin Umair dengan beberapa orang sahabat termasuk aku, menghadapinya. Kemudian, Ibnu Qumaimah memukulku.19 Keberanian Nusaibah diteruskan pada Perjanjian Hudaibiyah, Perang Khaibar, Perang Hunain dan Perang Yamamah. Selepas kewafatan Rasulullah SAW, Nusaibah masih ikut bertempur di medan perang dan para sahabat yang sedia maklum akan keberaniannya membenarkan beliau untuk turut serta. Pada zaman pemerintahan Khalifah Abu Bakar as- Siddiq, Nusaibah telah turut serta dalam Perang Yamamah iaitu peperangan terakhir yang disertai oleh beliau dan beliau berperang dengan sangat berani sehingga kehilangan sebelah tangannya. Anaknya, Habib bin Zaid telah dibunuh oleh Musailamah bin Kazab manakala Abdullah bin Zaid telah terbunuh semasa Perang Harrah20 . Beliau wafat pada tahun ke-13 Hijrah. 17 Hepi Endi Bastoni, 101 Wanita Teladan di Masa Rasulullah, Robbani Press, Jakartaa, 2004, hlm. 206- 209. 18 Abu Azka Al Madani, Harun Arrasyid HJ Tuskan, 70 Wanita Terbilang pada zaman Nabi Muhammad SAW, Al-Hidayah Publication, Kuala Lumpur, 2004, hlm. 5 19 MPA 302 keluaran November 2011, hlm 20. 20 Mahmood Ahmad Ghadanfar, Umm Amarah, Rasulullahs Friend in Paradise, The Brunei Times, Islamia, Jumaat, 13 September 2013.
  11. 11. 10 5.2 Khaulah Binti Al- Azwar Khaulah al-Azwar al-Kindi dilahirkan pada abad ke-7 Masihi. Anak kepada salah seorang ketua Bani Assad. Nama bapanya ialah Malik atau Tariq bin Aus yang juga dikenali sebagai al-Azwar. Adik kepada Zirar al-Azwar. Keluarga beliau adalah antara yang mula-mula memeluk Islam21 . Seorang yang tinggi lampai dan tegap. Ayahnya al- Azwar telah terbunuh dalam mempertahankan Rasulullah SAW. Sedari kecil, beliau sudah pandai menggunakan tombak dan pedang. Teknik menggunakan senjata tajam ini telah dipelajarinya daripada al-Azwar sendiri. Khaulah sangat terkenal dengan kepimpinannya dalam pertempuran semasa penaklukan Islam di negara Syria, Jordan dan Palestin yang dikenali pada hari ini. Kisah kehandalannya dalam bertempur yang paling masyhur adalah dalam Perang Saniyat al-Uqab pada 634M22 . Abangnya telah mengetuai pasukan Muslimin dan telah dicederakan sebelum ditahan oleh tentera Sukar, Rom. Satu operasi dijalankan iaitu Perang Adnajin bagi membebaskan Zirar di bawah pimpinan Panglima Khalid bin Walid. Khaulah turut sama berada dalam pasukan tersebut. Pada awalnya, Khaulah bertugas memberi rawatan kepada askar yang cedera tetapi akhirnya dia turut serta dalam medan pertempuran. Beliau telah mengambil perisai salah seorang tentera dan seekor kuda betina23 . Beliau berpakaian serba hitam dan berserban hijau telah menggunakan skarfnya untuk menutup bahagian muka sehingga meninggalkan bahagian mata sahaja. Bajunya yang longgar menyebabkan identitinya sebagai seorang wanita tidak diketahui. Diriwayatakan bahawa pada asalnya, mereka menyangka Khaulah itu ialah Panglima Khalid kerana kehandalannya menunggang kuda sambil menumpaskan pihak lawan seorang demi seorang menggunakan tombak. Khalid sendiri meminta Khaulah meminta Khaulah untuk membuka skarfnya kerana tetapi beliau enggan dan kemudian beliau memperkenalkan dirinya. 21 http://en.wikipedia.org/wiki/Khawlah_bint_al-Azwar 22 Ibid. 23 Ibid.
  12. 12. 11 Raafe bin Umaira berkata yang Khaulah berlawan seperti Khalid tetapi jelas beliau bukan Khalid al-Walid. Ada pula riwayat lain yang mengatakan bahawa Sharjil bin Hassana yang memberi pertanyaan tersebut. Kini, beliau dikenali sebagai The Black Rider. Khaulah telah ditangkap setelah terjatuh dari kudanya dan ditawan dalam Perang Sahura. Beliau telah dibawa ke sebuah kem dengan banduan wanita yang lain. Mereka dikurung dan dikawal ketat selama beberapa hari. Khaulah dijadikan bahan keseronokan di bahagian khemah para pemimpin. Meskipun mustahil untuk melepaskan diri, mereka tidak menyerah kalah. Khaulah telah memberi motivasi dan menyemarakkan semangat juang kepada tawanan wanita yang lain dan mereka sama- sama cuba untuk melepaskan diri. Beliau bersama Ifra binti Ghaffar, Ummi binti Utbah, Salamah binti Zari, Ranah binti Amalun, Salmah binti Human dan yang lainnya menggunakan tiang-tiang khemah sebagai senjata untuk menyerang pengawal-pengawal pasukan Sukar. Khaulah berjaya merampas sebuah tombak lalu digunakan untuk bertempur dan tiang di tangan kanannya digunakan sebai alat melindungi diri dari terkena tusukan tombak dan tebasan pedang. Mereka berjaya mengacau-bilaukan pasukan lawan dan pulang ke pasukan Islam dengan selamat. Menurut al-Waqidi, mereka berjaya membunuh tiga puluh tentera Sukar dan Byzantine sendiri telah memuji ketangkasan Khaulah. Khaulah al-Azwar wafat pada tahun 639 Masihi.
  13. 13. 12 5.3 Rufaidah binti Saad Siti Rufaidah binti Saad atau dikenal sebagai Rufaidah al-Aslamia merupakan jururawat pertama pada zaman Rasulullah SAW. Beliau daripada Bani Aslam, Khazraj. Dilahirkan pada tahun 570 Masihi dan menetap di Madinah. Beliau termasuk dalam golongan yang terawal memeluk Islam di Madinah. Ayah beliau merupakan seorang tabib (doktor) dan beliau mempelajari ilmu perawatan semasa membantu ayahnya bekerja. Beliau juga seorang pengurus dan ketua yang berkebolehan dalam menggerakkan pasukannya untuk menghasilkan tugas yang terbaik. Selepas kerajaan Islam telah terbina di Madinah, Rufaidah telah mengabdikan diri dalam merawat Muslimin yang sakit dan beliau telah mendirikan khemah di luar Masjid Nabawi sekiranya tiada peperangan demi memberi bantuan rawatan bagi yang memerlukan. Menurut Prof. Dr. Omar Hasan Kasule, Sr, dalam kertas kerjanya di The 3rd International Nursing Conference Empowerment and Health: An Agenda for Nurses in the 21st Century di Brunei Darussalam pada 1 hingga 4 Nopember 1998, Rufaidah adalah jururawat profesional pertama dalam sejarah Islam24 . Rufaidah tidak hanya melaksanakan tugas sebagai jururawat dalam aspek klinikal semata-mata tetapi beliau juga melaksanakan tugas komuniti dan mencari punca pelbagai masalah sosial yang boleh menyebabkan timbulnya bermacam-macam penyakit25 . Rufaidah adalah seorang pemimpin, penggerak, mampu memberi motivasi kepada orang lain. Beliau turut digambarkan memiliki pengalaman klinikal yang dapat disalurkan kepada jururawat lain untuk dilatih dan bekerja dengannya. Rufaidah bertindak sebagai jururawat kesihatan komuniti, tidak memandang miskin atau kaya. Dia memberi perhatian kepada setiap orang. Dia merawat anak yatim dan memberi bekalan pendidikan buat mereka. Beliau adalah pekerja sosial yang cekap menjadi inspirasi bagi kerjaya jururawat dunia Islam26 . 24 Ibrahim Abdullah, Rufaidah Jururawat Pertama dalam Sejarah Islam, Berita Harian, 26 Mei 2011. 25 http://en.wikipedia.org/wiki/Rufaida_Al-Aslamia 26 Ibrahim Abdullah, Rufaidah Jururawat Pertama dalam Sejarah Islam, Berita Harian, 26 Mei 2011.
  14. 14. 13 Ketika Perang Badar, Uhud, Khandaq, dan Khaibar, Rufaidah telah menjadi sukarelawan yang merawat para sahabat yang terluka akibat perang. Rufaidah telah berjaya melatih sekumpulan wanita sebagai jururawat. Apabila Rasulullah bersiap sedia ke tempat peperangan di Khaibar, Rufaidah dan kumpulannya telah berjumpa Rasulullah untuk meminta izin agar membenarkan mereka untuk bersama-sama menyertai peperangan tersebut. Rasulullah memberi kebenaran kepada mereka mengikuti pasukan Muslimin agar mereka dapat merawat tentera yang tercedera. Tercatat pula dalam sejarah saat perang Ghazwah al Khandaq, Saad bin Maadh yang terluka dan tertancap panah di tangannya dirawat oleh Rufaidah hingga stabil. Beliau berjaya mencabut anak panah yang tertusuk pada tangan Saad dan menghentikan pendarahannya. Saad al-Maadah telah meninggal dunia semasa peperangan Bani Quraidat. Rufaidah digambarkan memiliki keperibadian yang luhur dan simpati kepada semua orang serta melayani pesakit dengan baik. Sentuhan perikemanusiaan adalah hal yang sangat penting bagi seorang jururawat. Rufaidah adalah public health nurse dan social worker yang menjadi inspirasi bagi kerjaya perawatan dalam dunia Islam27 . Wafatnya Rufaidah pada tahun 632 Masihi. 27 Ibid.
  15. 15. 14 5.4 Shafiyyah binti Abdul Muthalib Namanya ialah Shafiyyah binti Abdul Muthalib bin Hisyam bin Abdul Manaf. Bani Hasyim dari Kaum Quraisy. Beliau merupakan anak perempuan pemuka Quraisy iaitu Abdul Muthalib (datuk Rasulullah SAW). Ibunya ialah Halah binti Wahab iaitu saudara kandung Aminah (ibunda Rasullah SAW). Beliau adalah saudara Hamzah bin Abdul Muthalib yang dikenali sebagai asadullah (singa Allah). Suami pertamanya ialah Al-Harits bin Harb iaitu saudara kandung Abu Sufyan bin Harb, tokoh terkemuka Bani Umayyah. Selepas kematian al-Harits, beliau berkahwin dengan Al-Awwam bin Khuwailid iaitu saudara kandung Siti Khadijah (isteri Rasulullah SAW). Al-Awwam meninggal terlebih dahulu sebelum Shafiyyah. Beliau merupakan ibu kepada Zubair bin Awwam yang terkenal dengan julukan hawari (pendamping setia baginda Rasulullah). Beliau juga antara orang yang awal beriman dengan Rasulullah SAW. Beliau telah berhijrah bersama Zubair demi menjaga pengislamannya. Beliau merupakan seorang aktivis, ahli bahasa dan fasih berkata-kata. Seorang cendekiawan dan penunggang kuda yang berani. Oleh itu, beliau turut serta dalam Perang Uhud di bahagian perawatan untuk mengubati mujahidin yang terluka. Beliau menghantar air bagi tentera yang kehausan dan menyiapkan panah. Sewaktu pihak Muslimin mulai meninggalkan Rasulullah SAW akibat serangan kedua tentera Musyrikin, Shafiyyah tetap berdiri dengan berani dengan menggenggam tongkat di tangan untuk memukul wajah mereka yang berani meninggalkan Rasulullah SAW. Syafiyyah begitu tabah di saat mengetahui kematian Hamzah. Rasulullah telah meminta Zubari untuk membawa ibunya pergi dari medan perang agar beliau tidak melihat kondisi jenazah Hamzah kerana dikhuatiri beliau tidak dapat menerimanya tetapi sebaliknya berlaku. Sebaik sahaja dikhabarkan mengenai kematian Hamzah oleh anaknya, beliau pergi menemui jenazah dan mengucapkan innaa lillahi wainnaa ilahii roojiiuun sebelum Rasulullah SAW memerintahkan jenazah Hamzah dikuburkan. Semasa Perang Khandaq, pasukan Yahudi telah mencuba untuk menyerang di bahagian kaum wanita ketika para wanita dan kanak-kanak kerana mereka tidak dapat
  16. 16. 15 menembusi benteng atau parit yang telah dibuat oleh pasukan Muslimin. Hassan bin Tsabit telah ditugaskan di bahagian wanita untuk menjaga keselamatan di bahagian tersebut. Shafiyyah telah memaklumkan kepada Hassan dengan ketidakselesaan mereka terhadap orang Yahudi tersebut tetapi Hassan tidak dapat berbuat apa-apa kerana keadaannya yang tidak mengizinkan (cedera). Oleh yang demikian, Shafiyyah lantas mengambil sebatang tongkat yang keras dan kemudian menuruni benteng tersebut. Beliau memukul tepat pada ubun-ubun orang Yahudi tersebut bertubi-tubi sebaik sahaja berkesempatan lalu orang Yahudi tersebut mati28 . Yunus ibn Bukair mengatakan bahawa beliau adalah wanita pertama yang membunuh orang Musyrik29 . Beliau terpaksa berbuat sedemikian rupa kerana khuatir pihak lawan mengetahui rahsia persembunyian dan pintu masuk untuk menembusi benteng kaum Muslimin. Beliau mencampakkan mayat tersebut ke arah orang-orang Yahudi yang ada di bawah benteng. Dengan itu, pihak lawan merasa bahawa terdapat ramai lelaki yang menjaga di bahagian tersebut sehingga menyebabkan mereka berpatah balik. Beliau telah wafat pada tahun 20 Hijrah semasa pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab. 28 Muhammad Ali Quthb, 36 Perempuan Agung di Sekitar Rasullah SAW, Penerbit Mizania, Bandung, 2009, hlm. 166. 29 Ibid.
  17. 17. 16 5.5 Ummu Aiman Nama beliau ialah Barkah binti Tsalabah bin Amr bin Hishn bin Malik bin Salamah bin Numan berasal dari Habsyah30 . Beliau menikahi Ubaid bin al-Haris, kaum Khazraj dan telah dikurniakan seorang putera yang diberi nama Aiman. Beliau berkahwin dengan Zaid bin Harithah iaitu bekas hamba Rasulullah dan mereka dikurniakan seorang putera yang diberi nama Usamah bin Zaid. Ummu Aiman ialah hamba perempuan Abdullah iaitu bapa Rasulullah. Beliau merupakan pengasuh pertama Rasulullah sedari kecil hingga dewasa. Beliau pernah berpisah buat seketika dengan Rasulullah tatkala Rasulullah diserahkan kepada ibu susuannya dan mereka bersama semula semasa baginda berusia enam tahun ketika ibu baginda, Aminah meninggal dunia di Abwa. Beliau telah diwariskan kepada Rasulullah dari Abdullah dan telah dimerdekakan oleh baginda di saat baginda bernikah dengan Siti Khadijah. Ketika Allah memerintahkan kaum Muslimin untuk berhijrah ke Madinah, Ummu Aiman termasuk angkatan pertama yang berhijrah ke Madinah. Beliau berhijrah dengan berjalan kaki, tanpa sebarang bekalan dan dalam keadaan beliau berpuasa meskipun cuaca pada masa itu sangat panas. Beliau berpuasa sehingga ia berasa haus yang teramat sangat. Diriwayatkan bahawa Allah menurunkan dari langit satu timba air dengan tali timba yang berwarna putih dan beli meminumnya sampai puas. Dalam sebuah riwayat, Ummu Aiman berkata, sesudah minum air tersebut, aku tidak merasa haus lagi meskipun aku berpuasa di tengah hari yang biasanya aku merasa haus, kini aku tidak merasa haus setelah minum air itu. Sejak saat itu, jika aku berpuasa pada hari yang sangat panas, aku tidak pernah merasakan haus. Semasa Perang Uhud, Ummu Aiman bersama beberapa kaum wanita yang lain menyediakan makanan untuk para pejuang serta membantu merawat pejuang yang telah tercedera dalam perang ini. Menurut Mahmud Al-Mishri, ketika pasukan pemanah tidak menghiraukan arahan Rasulullah SAW sehinggakan pihak musuh berhasil membunuh sejumlah pasukan Muslimin dan sebahagian lagi telah berlari 30 http://id.wikipedia.org/wiki/Barkah_binti_Tsa%E2%80%99labah
  18. 18. 17 ketakutan, Ummu Aiman telah menghalang mereka lalu melemparkan pasir ke muka mereka dan berkata, ini bedak yang layak kamu terima. Semasa Perang Hunain pula Ummu Aiman tidak ketinggalan apabila kaum Muslimin berhadapan dengan kaum Musyrikin walaupun Ummu Aiman sekadar membantu menyediakan minuman buat para pejuang Islam. Kedua-dua puteranya turut serta dalam perang Hunain iaitu Usamah dan Aiman. Namun, Aiman telah gugur syahid di saat ramai tentera Islam telah berundur. Aiman dan beberapa tentera Islam tetap berdiri di barisan hadapan bersama Rasulullah s.a.w sehingga beliau dijadikan simbol keberanian di Perang Hunain. Di saat Perang Khaibar pula, beliau telah bertindak sebagai motivator dan pemberi semangat kepada tentera-tentera Muslimin. Beliau merupakan seorang wanita yang solehah dan sering mendekatkan diri kepada Allah. Anas berkata31 : Abu Bakar berkata kepada Umar setelah wafat Rasulullah, mari kita ke rumah Ummu Aiman untuk menziarahinya sebagaimana Rasulullah menziarahinya dulu. Ketika mereka sampai, beliau sedang menangis. Kemudian mereka bertanya, Kenapa engkau menangis? Bukankah yang ada di sisi Allah lebih baik bagi Muhammad? Beliau menjawab, aku menangis bukan kerana aku tidak tahu bahawa apa yang ada di sisi Allah lebih baik bagi Rasulullah namun aku menangis kerana wahyu telah terputus dari langit. Kata-kata beliau itu telah mengundang tangis mereka berdua. Beliau wafat pada tahun 32 Hijrah iaitu pada zaman pemerintahan Khalifah Utsman bin Affan iaitu setelah 20 hari wafatnya Khalifah Umar al-Khattab. 31 Asy-Syahawi Majdi Muhammad, Al-Awaisyah Husain bin Audah, Terputusnya Wahyu Dari Langit : Detik-detik Menjelang Wafatnya Rasulullah SAW, Pustaka At-Tibyan, Solo, 2008, hlm. 131.
  19. 19. 18 5.6 Ummu Sulaim binti Malhan Beliau bernama Rumaisha atau Ummu Sulaim binti Malhan bin Khalid bin Zaid bin Haram bin Jundub bin Amir bin Ghanam bin Ady. Beliau daripada bani Najar kaum Khazraj.32 Beliau telah berkahwin dengan Malik bin Nadlar, sepupunya. Dari hasil perkahwinan mereka maka lahirlah Anas bin Malik, salah seorang sahabat baginda Rasulullah yang agung. Beliau juga merupakan antara golongan wanita yang terawal memeluk Islam. Beliau telah menikahi dengan Abu Thalhah dengan pengislaman Abu Talhah sebagai mahar. Tidak dinafikan bahawa Ummu Sulaim sering terlibat dalam berbagai peristiwa dan siri perang bersama sejumlah wanita lain yang turut serta bersama Rasulullah SAW. Imam Al-Zahabi juga menyebutkan bahawa Ummu Sulaim menyertai Perang Hunain dan Perang Uhud dan beliau termasuk dalam golongan wanita yang utama. Peranan Ummu Sulaim tidak hanya terbatas di rumah sahaja bahkan di medan jihad juga iaitu memberi minum dan mengubati para mujahid yang terluka. Dalam Perang Uhud, Kaab bin Malik telah meriwayatkan bahawa dia melihat Ummu Sulaim bintu Malhan dan Aisyah membawa qirbah di punggung mereka sewaktu Perang Uhud. Dalam perang Khaibar terdapat dua puluh wanita yang ikut bersama Nabi SAW dan antaranya adalah Ummu Salamah isteri baginda, Ummu Ammarah dan Ummu Sulaim. Dalam perang ini beliau mendapat fadhilat yang diberkati yang dikhususkan oleh Rasulullah kepadanya. Hal ini bermula ketika perjalanan pulang dari Khaibar dan baginda ingin mengahwini Syafiyah binti Huyai (selepas ditawan semasa Perang Khaibar). Setelah tiba di satu tempat yang bernama As-Shahba, baginda bersabda kepada Ummu Sulaim lihatlah temanmu ini dan sisirlah rambutnya. Maka beliau mengambil dua jubah dan dua tabir bagi kedua mempelai dan diikatkan pada pohon, lalu dia menyisir rambut Shafiyah serta memberinya minyak wangi. Maka Rasulullah melaksanakan pernikahan tersebut. 32 Mahmud al-Istanbuli, Mustafa Asy-Syalabi, Mengenal Shahabiah Nabi shallallhu 'alaihi wa sallam, penerbit Pustaka At-Tibyan, Solo, 2001, hlm. 204.
  20. 20. 19 Ummu Sulaim memiliki peranan yang besar dalam perang Hunain, suatu peperangan yang memisahkan antara orang-orang Muslim dan Musyrik. Beliau membawa tombak pendek yang diselitkan di pinggang di saat beliau sedang mengandung ketika itu. Ketika suaminya Abu Thalhah melihat tombak kecil itu dan bertanya untuk apa tombak itu maka beliau menjawab sebagai langkah berjaga-jaga. Suaminya yang risau telah berjumpa dengan Rasulullah lalu mengadukan hal tersebut. Rasulullah bertanyakan soalan yang sama kepada Ummu Sulaim dan beliau menjawab, jika ada salah seorang daripada kaum musyrik yang ingin mendekatiku, maka aku akan menikamnya. Dari peristiawa inilah, Abu Nuaim menyifatkan Ummu Sulaim sebagai wanita yang bijak apabila menikam pihak musuh dengan tombak disisi. Ummu Sulaim telah wafat pada zaman kekhalifahan Utsman bin Affan dan tidak ditemui pada tahun berapa. Anak beliau, Anas bin Malik pula wafat sekitar usianya 103 tahun pada tahun 712 Masihi.
  21. 21. 20 6.0 PENUTUP Tokoh-tokoh wanita Islam yang pernah terlibat dalam peperangan Islam ini tidak hanya terbatas kepada enam orang sahaja. Nusaibah, Khaulah, Rufaidah, Shafiyyah, Ummu Aiman dan Ummu Sulaim merupakan nama-nama yang sering ditulis dalam kitab-kitab sejarah. Peranan mereka sangat penting meskipun hanya di bahagian logistik dan hospitaliti. Seseorang wanita itu tidak boleh tidak, perlulah mempunyai ilmu pertahanan dan tidak hanya bertugas di bahagian dapur semata-mata. Hal ini kerana para wanita perlu membantu pasukan tentera di saat kecemasan. Peristiwa ini telah ditunjukkan oleh Nusaibah. Dalam masa yang sama, Khaulah telah berjaya menangkis pandangan dunia yang mengatakan bahawa wanita itu bersifat lemah. Hal ini kerana Khalid al- Walid sendiri memuji ketangkasan dan kehebatan Khaulah yang telah menandingi kaum lelaki. Walau bagaimanapun, Malaysia membenarkan sebarang penyertaan kaum perempuan dalam bidang peperangan. Wanita Malaysia kini, boleh mengikuti pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), atau pun Tentera Darat Diraja Malaysia. Pelbagai latihan dan kursus akan diberikan secara tersusun bagi menghadapi sebarang kemungkinan ancaman musuh luar. Bukan sahaja Malaysia, malah negara-negara lain juga telah mengguna pakai tenaga wanita dalam bidang ketenteraan. Oleh itu, wanita mempunyai peranan yang sangat penting kepada keluarga, bangsa dan negara tidak kira dalam apa-apa juga bidang.
  22. 22. 21 7.0 RUJUKAN Abu Muhammad Abdul Malik bin Hisyam. 2010. Sirah Nabawiyah Ibnu Hisyam. Jilid 1. Kuala Lumpur: Al-Hidayah Publication. Ahmad Khalil Jumuah. 2010. Peranan Wanita Pada Zaman Rasulullah. Penterjemah: Johari Yaman. Penyunting: Tarmizi Muhammad Muhmmad, Ahmad. Selaangor. Nadi Mind Resources. Al-Faqir. 1984. Jihad Pada Jalan Allah. Kuala Lumpur: Penerbitan al-Qalam. Asy-Syahawi Majdi Muhammad, Al-Awaisyah Husain bin Audah. 2008. Terputusnya Wahyu Dari Langit : Detik-detik Menjelang Wafatnya Rasulullah SAW. Penterjemah: Abu Abdulrrahaman, Sufyan al-Atsari. Solo: Pustaka At-Tibyan. K. H. Moenawar. 2001. Ensiklopedia Sejarah Muhammad: Gemilang Sebuah Empayar. Selangor: PTS Islamika Sdn. Bhd. Leila Ahmed. 1992. Women and Gender In Islam: Historical Roots of a Modern Debate. Michigan: Yale University Press. Hepi Endi Bostani. 2004. 101 Wanita Teladan Terbilang pada zaman Nabi Muhammad SAW. Kuala Lumpur: Al-Hidayah Publication. H. Mahmud Yunus. 2010. Tafsir Quran al-Karim. Selangor: Victorie Agencie. Ibnu Hajar Al Asqalani. 2009. Fathul Bahri. Penterjemah: Amiruddin. Jilid 16. Jakarta: Pustaka Azzam. Ibrahim Abdullah. 2011. Rufaidah Jururawat Pertama dalam Sejarah Islam. Kuala Lumpur: Berita Harian. 26 Mei 2011. Mahmood Ahmad Ghadanfar. 2013. Umm Amarah, Rasulullahs Friend in Paradise. Islamia. Brunei: The Brunei Times. Jumaat. 13 Sepetember 2013.
  23. 23. 22 Mahmud al-Istanbul, Mustafa Asy-Syalabi. 2001. Mengenal Shahabiah Nabi SAW. Solo: Pustaka At-Tibyan. Mahmud alMishri. 2006. 35 Sirah Shahabiyah (35 Sahabat Wanita Rasulullah s.a.w). Penterjemah: Asep Sobari, Muhil Dhofir. Penyunting: Abdul Hakim, Himmah Mahmudah. Jakarta. Al- Itishom Cahaya Umat. Muhammad Ali Quthb. 2009. 36 Perempuan Agung di Sekitar Rasulullah SAW. Penterjemah: Saifuddin, Imron Rosyaidi. Penyunting: Yadi Saefal Hidayat. Bandung. Penerbit Mizania. Muhammad Ibrahim Sulaiman. 2010. Ibu-Ibu Terunggul Di Zaman Rasulullah s.a.w . Selangor. Pustaka Ilmi. MPA 302, keluaran 2011. Syazwana Aziz. 2011. Bidadari Rasulullah: Wanita Istimewa pada zaman Kegemilangan. Selangor. Pustaka al-Ehsan. Syeikh Muhammad Said Nursi. 2007. Tokoh-tokoh Besar Islam Sepanjang Sejarah. Penterjemah : Khoirul Amru Harahap, Achmad Faozan. Penyunting : Ahmad Ihsan. Jakarta Timur. Pustaka al-Kauthar. Yusuf al-Qardhawi. 2014. Ringkasan Fiqh Jihad: Keamanan Bukan Peperangan. Diterjemah oleh Fauwaz Fadzil Noor. Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn. Bhd. Yusuf al-Qardhawi. 2010. Fiqh Jihad: Sebuah Karya Monumental Terlengkap tentang Jihad Menurut Al-Quran dan Sunnah. Bandung: Penerbitan Mizan. http://en.wikipedia.org/wiki/Khawlah_bint_al-Azwar http://en.wikipedia.org/wiki/Rufaida_Al-Aslamia http://id.wikipedia.org/wiki/Barkah_binti_Tsa%E2%80%99labah