16
PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN Kumpulan anggur NUR AINA KAMILIA BT AHMAD D20141066942 DINESH NAIIDU A/L CHANDRASEKARAN D20141066945 NUR SYAMIMI BT CHE ABD RAHIM D20141066946 SITI NUR AIN BT AHMAD DARMADI D20141066949

Pengurusan alam pembelajaran kumpulan anggur

  • Upload
    syamimo

  • View
    145

  • Download
    10

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Pengurusan alam pembelajaran kumpulan anggur

PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN

Kumpulan anggur

NUR AINA KAMILIA BT AHMADD20141066942DINESH NAIIDU A/L CHANDRASEKARAN D20141066945NUR SYAMIMI BT CHE ABD RAHIMD20141066946SITI NUR AIN BT AHMAD DARMADID20141066949

Page 2: Pengurusan alam pembelajaran kumpulan anggur

PENGENALAN

Menurut (Wina Sanjaya,2009) proses pembelajaran merupakan salah satu unsur penting untuk mencapai keberhasilan dalam pembelajaran. Pengurusan pembelajaran merangkumi segala persediaan seperti persediaan tempat pembelajaran yang kondusif. Persediaan ilmu pengajaran juga perlu dirujuk oleh guru mengikut sukatan pembelajaran.

Page 3: Pengurusan alam pembelajaran kumpulan anggur

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN?

Menurut Haji Samsudin bin Md Noor, pengurusan bermaksud satu proses untuk mendapatkan penyertaan, kerjasama dari semua ahli dalam mencapai matlamat kumpulan.

Menurut Lee Shok Mee (1993), alam pembelajaran bermaksud keadaan atau suasana belajar yang dapat meransang minat belajar kanak-kanak dalam mencapai matlamat perubahan tingkah laku ke arah positif dan daripada tidak tahu kepada tahu.

Page 4: Pengurusan alam pembelajaran kumpulan anggur

Apakah ciri-ciri iklim bilik darjah yang sesuai untuk sesi pengajaran dan pembelajaran?

Ciri fizikal: susun atur yang tidak begitu padat dan mempunyai pelbagai kemudahan.

Ciri emosi: guru bersifat peramah,suka hati,mencintai murid dan mengharapkan kejayaan murid mengikut tahap kemampuan pelajar.

Ciri sosial: sorang rakan untuk kerjasama.

*sumber:sosiologi sekolah dan pendidikan (MOHD SALLEH LEBAR)

Sumber : Sosiologi sekolah dan pendidikan

(MOHD SALLEH LEBAR)

Page 5: Pengurusan alam pembelajaran kumpulan anggur

Bagaimanakah cara seorang guru membentuk suasana yang kondusif dalam mengendalikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran?

Kemahiran berkomunikasi - dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih dinamik, pembentukan akhlak, kemahiran-kemahiran tertentu dapat diterap dengan lebih mudah dan berkesan.  Ia juga menghasilkan motivasi yang berkesan, murid mudah menerima motivasi yang disampaikan secara berhemah dan berhikmah, nilai-nilai murni yang hendak ditanam dalam diri murid akan melalui laluan yang lebih mudah dan berkesan.

Sumber : Sosiologi sekolah dan pendidikan(MOHD SALLEH LEBAR)

Page 6: Pengurusan alam pembelajaran kumpulan anggur

Menurut pendekatan sosial, kanak-kanak secara semula jadi belajar melalui proses peniruan atau pemerhatian. Apakah aktiviti yang sesuai untuk digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran?

Tahap pemikiran kanak-kanak masih lagi terbatas. Oleh itu, proses peniruan atau pemerhatian sememangnya merupakan satu teknik yang sesuai semasa belajar bagi meningkatkan lagi pemahaman para pelajar dengan jelas.

Page 7: Pengurusan alam pembelajaran kumpulan anggur

Apakah kepentingan pengurusan alam pembelajaran?

Menurut Noraisah Ibni Qasim , pengurusan alam pembelajaran penting bagi memenuhi masa yang diperuntukkan untuk mengajar, memastikan objektif pembelajaran dan pengajaran tercapai serta tidak membosankan kerana dapat menarik perhatian pelajar terhadap pengajaran tersebut.

Page 8: Pengurusan alam pembelajaran kumpulan anggur

Bagaimanakah minat pelajar dapat dipupuk?

Pembelajaran merupakan sesuatu yang menyeronokkan. Menurut Ewell (1997) maklum balas serta pembelajaran berkesan berlaku jika pelajar berada dalam persekitaran yang menyeronokkan, iaitu interaksi peribadi dan sokongan padu daripada guru secara peribadi. Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan merangkumi konteks budaya dan interpersonal menyediakan banyak peluang interaksi sosial dan pembelajaran.

Maklum balas merupakan maklumat yang diberikan kepada individu tentang kesesuaian tindakan serta respon mereka. Maklum balas yang berkesan harus bersandarkan kepada analisis yang tepat tentang prestasi pelajar dan perlu dilakukan serta merta supaya pelajar tidak melakukan kesilapan.

Page 9: Pengurusan alam pembelajaran kumpulan anggur

Bagaimanakah pengurusan murid mampu mewujudkan suasana pembelajaran yang baik?

Menurut Ee Ah Meng(1995),pengurusan hal ehwal murid dalam bilik darjah melalui pendekatan penyayang yang ditunjukkan oleh guru, dapat menjinakkan mereka, bercakap dengan bahasa yang lembut dan bersopan, menegur dan membetul kesilapan dengan cara yang berhemah, di samping menggunakan segala sifat mahmudah, akan mempercepatkan proses kecintaan dan kesetiaan murid terhadap gurunya, dan kemujaraban pemindahan maklumat daripada guru kepada muridnya.

Page 10: Pengurusan alam pembelajaran kumpulan anggur

Bagaimanakah pengurusan fizikal,sumber dan organisasi memberi kesan kepada proses pembelajaran ?

Menurut Mohd Borhan Jamaluddin, bilik darjah yang mempunyai peralatan asas iaitu papan hitam, papan kenyataaan, dan ruang yang selesa, meja dan kerusi untuk guru dan murid, almari yang dihiasi dengan penyediaan bahan-bahan bacaan dan bahan bantuan mengajar serta peralatan sokongan dan dihiasi dengan keceriaan dan kebersihan.

Page 11: Pengurusan alam pembelajaran kumpulan anggur

Susunan meja dan kerusi dalam bilik darjah sebaik-baiknya memberi kemudahan kepada murid-murid mengadakan aktiviti pembelajaran berpusatkan murid dan aktiviti berkumpulan. Murid mudah berintraksi sesama mereka dan mudah berintraksi dengan guru. Bilik darjah yang berukuran 7 meter x 9 meter boleh memuatkan 40 orang murid. Cahaya yang mencukupi dan pintu dan tingkap yang terbuka yang membolehkan pengedaran udara yang secukupnya.

Page 12: Pengurusan alam pembelajaran kumpulan anggur

Papan kenyataan yang dilengkapi dengan jadual waktu,

jadual bertugas, carta organisasi, pelan keselamatan,

sudut mata pelajaran, sudut bacaan atau rujukan, kata-

kata motivasi, termasuk kemudahan penggunaan laman

web, komputer dan CD dan LCD sehingga melahirkan

pembudayaan bilik darjah yang kondusif. Hasilnya

terjelma suasana yang harmonis, ceria, dan semangat

kepada murid dan guru untuk berada lebih lama kerana

terasa seolah-olah berada dalam sebuah rumah sendiri,

ujudnya perasaan saling berkerjasama dan kekitaan dan

semangat berdikari, iaitu bersama berusaha

memajukan diri dan kumpulan secara kolektif.

Page 13: Pengurusan alam pembelajaran kumpulan anggur

Iklim dan aplikasi bilik darjah juga merupakan faktor penting dalam memastikan sesi pembelajaran brjalan lancar.Bagaimanakah cara bagi mewujudkan iklim dan aplikasi bilik darjah yang sesuai?

Menurut Mohd Borhan Jamaluddin, pendekatan-pendekatan yang hendak digunakan bagi mengawal iklim dalam bilik darjah perlu berlandaskan tahap perkembangan murid-murid  Guru yang memiliki gaya kepimpinan yang matang sedia menerima dan menghormati setiap murid dalam bilik darjah, memperbaiki peraturan-peraturan supaya peraturan itu boleh berubah mengikut keadaan dan suasana serta menekan kepada jangkaan-jangkaan yang positif.

Page 14: Pengurusan alam pembelajaran kumpulan anggur

Apakah elemen-elemen penting yang perlu disediakan sebelum memasuki kelas?

Kebijaksanaan  dan penelitian dalam   perancangan , pelaksanaan, penyeliaan,  penilaian dan refleksi.

Merancang kurikululum, sukatan, huraian sukatan, buku teks, bahan rujukan tambahan dan maklumat tambahan daripada pelbagai sumber termasuk laman web.

Perkara-perkara yang melibatkan innovasi dan kreativiti dalam pengajaran dan pembelajaran supaya kelas tidak menjadi beku dan kaku diikuti dengan perancangan  kemajuan pelajar, merangka rancangan kerja tahunan, termasuk ujian, penilaian  dan pentaksiran.

Page 15: Pengurusan alam pembelajaran kumpulan anggur

Perancangan yang berkualiti menjamin peningkatan kuantiti dan kualiti dalam proses perkembangan pembelajaran serta hasilannya. Biasanya tingkahlaku dan minat murid akan berubah apabila bertukar guru, ada guru yang digemari murid dan sebalik ada yang tidak digemari murid.

Sumber: Pengenalan ringkas sosiologi sekolah dan pendidikan ditulis oleh Mohd. Salleh Lebar

Page 16: Pengurusan alam pembelajaran kumpulan anggur

KESIMPULANKesimpulannya,pengurusan alam pembelajaran ini perlu dititikberatkan oleh para guru supaya minat para pelajar dapat dipupuk dengan mudah.Selain itu,segala pemindahan maklumat akan berjalan lancar sekaligus meningkatkan pencapaian para pelajar.