pengantar linguistik

  • View
    1.384

  • Download
    6

Embed Size (px)

Text of pengantar linguistik

  • 1. PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU 1 1.0 PENGENALAN Ilmu linguistik merupakan ilmu yang mengkaji secara ilmiah atau secara saintifik. Menurut Abdullah Hassan (2009), kajian bahasa merupakan satu kajian yang sama dengan bidang- bidang kajian sains lainnya yang memerlukan pemerhatian yang teliti dan mendalam. Kajian bahasa memerlukan undang- undang dan syarat- syarat tertentu berdasarkan teori- teori yang tertentu juga. Dengan perkataan lain kajian bahasa mestilah dilakukan berdasarkan data- data yang empirikal dan dapat dijadikan kenyataan. Hasil analisis yang dijalankan mestilah konsisten iaitu tidak bercanggah satu sama lain. Hasil analisis adalah rumus- rumus yang berupa peraturan- peraturan bahasa yang perlu ringkas, tepat dan padat sifatnya. Bidang pengantar linguistik sangat luas dan banyak perkara yang diperkatakan dalamnya. Munurut Nikolas Coupland dan Adam Jaworski dalam buku Sociolinguistic: A Reader and Coursebook (1997) membincangkan dialektologi Bandar dan kajian variasi urban,etnografi komunikasi termasuk bahasa merentas budaya dan sosiologi bahasa termasuk kepelbagaian kebahasaan dan psikologi sosial bahasa termasuk kajian terhadap sikap dan kepelbagaian bahasa. Janet Holmas di dalam buku An Introduction to Sociolinguistics (1996) memperkatakan tentang bidang linguistik yang meliputi perkara seperti pemilihan bahasa dalam komuniti multibahasa, pengekalan dan pemindahan bahasa, kelainan bahasa dan Negara multibahasa,bahasa kebangsaan dan perancangan bahasa,dialek daerah dan dialek sosial. Zaman perkembangan ilmu linguistik dalam abad ke-20 boleh dianggap sebagai zaman perkembangan linguistik moden. Kajian linguistik pada zaman ini dijalankan berdasarkan kaedah penyelidikan sains. Asmah Haji Omar (1993) pula mengatakan bahawa ilmu linguistik mempunyai bidang pengkajian yang sangat luas. Pengkajian bahasa boleh dilakukan dari pelbagai aspek. Berdasarkan aspek- aspek tertentu yang dijalankan dalam pengkajian bahasa, ilmu linguistik dapat berdiri sebagai salah satu daripada disiplin-disiplin iaitu linguistik umum, linguistik deskriptif, linguistik komparatif dan linguistik sejarah.

2. PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU 2 2.0 SEJARAH LINGUISTIK BAHASA MELAYU Berdasarkan catatan awal sejarah ilmu linguistik, kajian tentang bahasa telah berlaku seawal 800 tahun sebelum masihi yang berlaku di India. Walau bagaimanapun titik permulaan kajian ilmu linguistik dipercayai berlaku pada zaman Yunani. Hal ini ada kaitannya dengan penemuan kegiatan kajian orang-orang India yang didasarkan kepada hasil kajian Panini telah diwartakan pada abad ke-17. Kehebatan orang Yunani dalam kajian bahasa adalah berdasarkan bukti dalam bentuk catatan yang dikaji pada zaman linguistik yang bermula di Eropah. 2.1 Zaman Yunani Dalam sejarah ilmu linguistik, golongan pertama yang bergiat dalam bidang pengkajian bahasa ialah orang-orang Yunani.Tamadun Yunani merupakan satu tamadun terawal yang wujud di atas muka bumi ini. Kehebatan tamadun ini merangkumi semua aspek seperti bahasa, ekonomi, budaya dan politik. Kegiatan dalam pengkajian bahasa bermula kira-kira 500 tahun sebelum masihi. Disebabkan seluruh kehidupan mereka dibendung oleh falsafah, maka kajian mereka tentang bahasa banyak dipengaruhi oleh pemikiran yang berbentuk falsafah. Falsafah bahasa bermula pada zaman pra- Socrates, iaitu pada abad ke-6 sebelum masihi. Falsafah Bahasa merupakan satu teras kepada bermulanya satu falsafah yang menjadi pegangan dan kekuatan masyarakat ketika itu Tokoh hebat dalam pengkajian bahasa pada zaman Yunani ialah Plato dan Aristotle, iaitu murid Plato. Plato (427 347) merupakan ahli falsafah pertama yang mengenal pasti dan menyelidik bahasa sebagai suatu masalah dan persoalan melalui karyanya yang berbentuk dialog, iaitu Cratylus. Dialog Cratylus telah mencetuskan kontroversi berabad-abad lamanya, iaitu antara kumpulan analogis yang mempercayai bahawa bahasa bersifat alamiah, nalar dan logis dengan kumpulan anomalis yang berpegang kepada kepercayaan bahawa bahasa tidak nalar sepenuhnya. Plato telah menimbulkan persoalan adakah ketepatan sesuatu nama berasaskan tabii dan realiti atau konvensyen, iaitu berdasarkan persetujuan masyarakat. Beliau juga menyelidik tentang tatabahasa yang membezakan antara kata nama dengan kata kerja. Plato telah 3. PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU 3 meletakkan fungsi kata nama sebagai subjek kepada predikat dan kata kerja sebagai penerangan kepada perbuatan. Ilmu linguistik terus berkembang pada zaman Aristotle tahun 384 322 sebelum masihi dengan menambah satu lagi pembahagian dalam tatabahasa, iaitu kata penghubung. Beliau memperkembang dan memperdalam pemikiran tentang falsafah bahasa yang diasaskan oleh Plato. Aristotle merupakan sarjana yang mula-mula mengakui tentang adanya sistem kala atau tense dalam bahasa Yunani. Gagasan lain yang dikembangkan oleh Aristotle ialah fungsi bahasa sebagai alat, khususnya untuk retorik dan puisi. Beliau menganggap bahawa bahasa itu sebagai suatu juzuk dunia, tetap dan dapat diperoleh dalam tulisan yang menjadi subjek tatabahasa dan sebagai cara menunjukkan apa-apa sahaja yang ada di dunia yang menjadi subjek logika. Secara umumnya, anda dapati bahawa kajian mengenai bahasa pada era Yunani lebih tertumpu kepada tatabahasa. Namun demikian, kaedah kajian mereka lebih bercorak logik dan bukannya saintifik. Rajah 2.1 (a) : Tokoh-tokoh Zaman Yunani TOKOH Plato (427-437 SM) Karya : Crystalus Mengkaji hubungan benda dengan nama benda samada bersifat tabii atau sepakat Ayat ialah logos yang merupakan rentetan kata yang mempunyai idea yang sempurna Logos terbahagi kepada dua iaitu onoma (benda) dan rhema (cerita) Membezakan kata nama dan kata kerja Mengenali bunyi konsonan geseran, letupan dan sebagainya (fonetik) Aristotle (384 322 SM) memperkenalkan kata hubung dan sistem kala tense (past tense, present tense) 4. PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU 4 Rajah 2.1 (b) : Sejarah perkembangan Zaman Yunani Jika bahasa itu terbentuk secara semulajadi maka kita haruslah menerimanya sebagaimana ia terbentuk, tetapi jika ia terbentuk menurut kebiasaan, maka kita boleh memperbaikinya jika ada kekurangan (O.Jespersen, 1959) Unsur bahasa seperti kata dan makna dikaji pembentukannya samada terbentuk secara semulajadi atau kebiasaan Bahasa melambangkan ketinggian tamadun dan dikaji bagi menerangkan segala kejadian alam Bermula sejak 500 SM 5. PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU 5 2.2 Zaman Iskandariah Zaman Iskandariah bermula pada abad ketiga tahun masihi. Sebagai sebuah tanah jajahan Yunani, Iskandariah menjadi pusat perkembangan kesusasteraan dan linguistik tamadun Yunani, namun penumpuan bahasa pada waktu ini lebih kepada aspek lisan, iaitu pertuturan. Mereka turut mengkaji sistem fonetik dan membahagikan perkataan kepada adverb, participal, ganti nama dan kata depan. Para sarjana turut memperkenalkan bidang sintaksis, iaitu ayat yang merupakan satu unit deskriptif yang terdiri daripada turutan-turutan perkataan yang mempunyai makna. Rajah 2.2 : Sejarah Perkembangan Zaman Iskandariah Merupakan salah satu tanah jajahan Yunani Sejak abad ke-3 telah berkembang menjadi pusat penyelidikan sastera dan linguistik Melanjutkan usaha sarjana Yunani Pengaruh bahasa Yunani dibawa oleh Crates dari Malus pada 167 SM Kemudian dikembangkan oleh Derrentusvaro dalam karyanya De Lingua Latina 6. PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU 6 2.3 Zaman Rom Seterusnya ialah sejarah perkembangan linguistik zaman Rom. Orang Rom telah mengambil alih bidang bahasa setelah tamadun Yunani runtuh. Orang Rom mengambil ilmu bahasa Yunani dan membuat kajian dalam bahasa Latin. Jika dikaji perkembangan bahasa pada zaman ini lebih kepada perubahan sistem bahasa daripada tamadun Yunani kepada bahasa Latin. Mereka kurang menyumbang kepada perkembangan ilmu baharu berkenaan bahasa. Walau bagaimanapun sumbangan mereka amat penting kerana hasil tulisan mereka menjadi rujukan kepada semua pengkaji bahasa selepas zaman itu. Rajah 2.3 : Sumbangan Zaman Rom ZAMAN ROM Menyusun tatabahasa latin berdasarkan tatabahasa yunani. Meniru model daripada yunani berdasarkan pandangan dan andaian terhadap bahasa 7. PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU 7 2.4 Zaman Pertengahan Sejarah perkembangan linguistik zaman pertengahan dikenali juga sebagai zaman Renaissance. Pada era ini ahli bahasa mula meneroka bahasa termasuk tatabahasa vernakular. Para pengkaji pada zaman ini menggunakan ilmu bahasa sebagai satu elemen untuk mengukur kualiti sesuatu bahasa. Anggapan mereka bahawa hasil tulisan itu baik sekiranya bahasa dan hasil tulisan itu tepat dan kurang kesalahan tatabahasa. Bahasa pada era ini masih kekal kepada fungsi kesusasateraan. Harus diingatkan bahawa pada era ini juga teori sebab musabab, kelainan logika dalam bahasa dan hubungan antara bahasa mula berkembang. Golongan zaman pertengahan ini menolak bahasa luar atau bahasa pinjaman. Mereka juga dapat mengesan hubungan satu bahasa dengan bahasa lain terutama bahasa Inggeris. Rajah 2.4 : Kronologi Zaman Pertengahan Dikenali juga sebagai zaman renaissance Meneroka bahasa seperti tatabahasa vernakular. Mengekalkan fungsi kesusasteraan Teori sebab musabab,kelainan lugika dan hubungan antara bahasa mula berkembang Menolak bahasa luar atau bahasa pinjaman. 8. PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU 8 2.5 Zaman Arab Pada zaman Arab bahasa berkembang pesat di Baghdad sebagai sebuah pusat ilmu di dunia. Hal ini disebabkan Eropah mengalami zaman gelap. Kebanyakan ahli fikir yang lahir pada zaman ini ialah sarjana Islam yang sentiasa mendapat sokongan daripada pemimpin mereka. Kajian mereka tertumpu kepada sumber al-Quran dan hasilnya perkembangan ilmu fonetik semakin pesat dan hampir menjadi sempurna serta terciptanya kamus lengkap untuk dijadikan bahan rujukan. Rajah 2.5 : Sejarah Perkembangan Bahasa Zaman Arab Berkembang melalui tokoh falsafah islam iaitu Al-Khalil Di Basrah dan Al- Masir Bahasa arab dipengaruhi bahasa Syria. Mengekalkan pengucapan Al-Quran Pia