22
1 1.0 PENGENALAN Persoalan pemikiran dan masalah masyarakat seringkali terabai atau senyap malahan seperti tiada dalam perbincangan masyarakat Melayu. Ada beberapa sebab mengapa ianya tidak dibincangkan dan dibangunkan. Menurut pemikir HungariaJerman, iaitu Karl Mannhein (1958) dalam bukunya yang bertajuk Ideology and Utopia: An Introduction to the Sociology of Knowledge. Dalam hal ini, pentinglah kita mengenengahkan pendekatan sosiologi ilmu. Konsepkonsep utama pemikiran Karl Mannheim terbahagi kepada empat jenis iaitu sosiologi pengetahuan , konsep ideologi , sosiologi Politik dan kehidupan sosial. Sosiologi pengetahuan adalah kajian tentang hubungan antara fikiran manusia dan konteks sosial yang mempengaruhinya, dan kesan idea-idea besar terhadap masyarakat. Kajian ini bukan bidang khusus dari sosiologi, tetapi mempelajari soalan-soalan asas tentang luas dan batasan pengaruh sosial di dalam kehidupan individu dan dasar sosial-budaya pengetahuan manusia tentang dunia . Sosiologi pengetahuan merupakan cabang sosiologi yang mempelajari hubungan antara pengetahuan dan masyarakat yang fokus kajiannya adalah keadaan sosial dan keadaan eksistensial dari pengetahuan, terutama yang berkaitan eksistensi sosiologi dari pengetahuan dan masyarakat . Menurut Mannheim, analisis struktur dari teori-teori pengetahuan itu sebenarnya tidak dirancang untuk membezakan teori pengetahuan dengan pelbagai bentuk elemen pendukung dan katrakteristik yang ada pada setiap teori. Oleh itu, mengurangkan perbezaan-perbezaan antara konsep liberalisme sebagai suatu sistem politik dan liberalisme sebagai suatu struktur pengetahuan. Sosiologi pengetahuan merupakan

Pemikiran karl mannheim

Embed Size (px)

DESCRIPTION

my assignment

Citation preview

Page 1: Pemikiran karl mannheim

1

1.0 PENGENALAN

Persoalan pemikiran dan masalah masyarakat seringkali terabai atau senyap malahan

seperti tiada dalam perbincangan masyarakat Melayu. Ada beberapa sebab mengapa

ianya tidak dibincangkan dan dibangunkan. Menurut pemikir Hungaria–Jerman, iaitu

Karl Mannhein (1958) dalam bukunya yang bertajuk Ideology and Utopia: An

Introduction to the Sociology of Knowledge. Dalam hal ini, pentinglah kita

mengenengahkan pendekatan sosiologi ilmu. Konsep–konsep utama pemikiran Karl

Mannheim terbahagi kepada empat jenis iaitu sosiologi pengetahuan , konsep ideologi ,

sosiologi Politik dan kehidupan sosial. Sosiologi pengetahuan adalah kajian tentang

hubungan antara fikiran manusia dan konteks sosial yang mempengaruhinya, dan

kesan idea-idea besar terhadap masyarakat.

Kajian ini bukan bidang khusus dari sosiologi, tetapi mempelajari soalan-soalan

asas tentang luas dan batasan pengaruh sosial di dalam kehidupan individu dan dasar

sosial-budaya pengetahuan manusia tentang dunia . Sosiologi pengetahuan merupakan

cabang sosiologi yang mempelajari hubungan antara pengetahuan dan masyarakat

yang fokus kajiannya adalah keadaan sosial dan keadaan eksistensial dari

pengetahuan, terutama yang berkaitan eksistensi sosiologi dari pengetahuan dan

masyarakat .

Menurut Mannheim, analisis struktur dari teori-teori pengetahuan itu sebenarnya

tidak dirancang untuk membezakan teori pengetahuan dengan pelbagai bentuk elemen

pendukung dan katrakteristik yang ada pada setiap teori. Oleh itu, mengurangkan

perbezaan-perbezaan antara konsep liberalisme sebagai suatu sistem politik dan

liberalisme sebagai suatu struktur pengetahuan. Sosiologi pengetahuan merupakan

Page 2: Pemikiran karl mannheim

2

cabang sosiologi yang mempelajari hubungan antara pengetahuan dan masyarakat

Sistem pengetahuan, terutama yang berkaitan eksistensi sosiologi dari pengetahuan

dan masyarakat .

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

a) Mengenal pasti konsep-konsep utama dalam pemikiran Karl Mannheim .

b) Mengenal pasti bagaimana idea utama terbantut atau terkandas berdasarkan

pemikiran Beliau dalam konteks masyarakat Melayu .

c) Mengenal pasti tentang jenis kategori-kategori pemikiran.

d) Mengenal pasti pengertian kebudayaan mengikut kepada konsep perspektif .

3.0 LATAR BELAKANG KAJIAN

Karl Mannheim merupakan salah seorang tokoh pemikir Barat dan pengasas Sosiologi

klasik serta pengasas teori sosiologi intektual manusia pada abad ke-20 . Idea

pemikiran Karl Mannheim yang paling mempengaruhi dan terkesan terhadap

kehidupan dahulu sehingga kehidupan kini adalah sosiologi pengetahuan ,sosiologi

politik,konsep ideologi dan kehidupan sosial bermasyarakat . Idea –idea yang

diperkenalkan oleh beliau sangat mencoraki dan tidak lari daripada kehidupan

sosialosasi Melayu di negara kita yang saling berkaitan meskipun amalan dan

perspektif pemikiran berbeza dengan Barat.

Pelbagai halangan dalam pemikiran Karl Mannheim itu sendiri telah menyebabkan

kehidupan kelompok Melayu hidup dalam ruang ringkup dimensi dunia mereka sendiri

Page 3: Pemikiran karl mannheim

3

sehingga gagal melakukan perubahan secara besar-besaran dam meluas ekoran masih

dibebani permasalahan permasalahan ideologi,pengaruh feudalisme, dan lain –lain

secara berterusan tanpa penghujung . Selain itu , Masyarakat Melayu dilihat

terumbang-ambing kerana tidak memiliki asas yang cukup kuat yang boleh

diagungkan,populis mahupus dibanggakan dalam pelbagai bidang kehidupan seperti

keintelektualan, kebudayaandan keseniaan dan sebagainya berbanding bangsa lain di

dunia.

4.0 SOROTAN LITERATUR

Penerapan sosiologi ilmu ini dapat menbedah dan merungkai persoalan

keterkaitan produk dari penafsiran agama dengan latar dan lingkungan sosial yang

membentuk sesuatu penafsiran itu. Dalam erti kata lain juga, pendekatan sosiologi ilmu

dapat menjelaskan mengapa sebagai idea, tafsiran atau memahaman tertentu diterima

pakai sementara sebahagianya pula ditolak, malah ditendang.

Ianya juga melihat pada corak pemikiran yang ada padanya terselit di dalam

kepentingan kelompok yang mengambur makna sebenar mengapa sebahagiannya

menjadi dominan dan yang lainya terpinggir di dalam masyarakat. Pada masa yang

sama, aspek agensi manusia menjadi ketara dalam akumulasi, preservasi, reformulasi

dan penyebaran ke dalam sesuatu kelompok mengikut afiliasi kelas, penerimaan dan

sebagainya, menjadi tumpuan dalam sosilogi ilmu.

Page 4: Pemikiran karl mannheim

4

5.0 ANALISIS KAJIAN

Di antara buku terpenting dalam mengenali pendekatan sosiolgi ilmu ialah karya Karl

Mannhein, ialah Ideology and Utopia. Di dalam buku ini, dapat kita rumuskan beberapa

aspek penting dari kaedah sosiologi ilmu yang tersedia pakai.

a) Sesuatu idea tidak wujud dalam kondisi vakum. Maknanya, setiap idea yang

ada dalam masyarakat telah terkondisi dalam lingkungan sosial, sejarah,

ekonomi, politik mahupun ideologi.

b) Di dalam setiap masyarakat, kelompok sosial menjadi ketara. Setiap

kelompok dapat dikenali melalui perilaku, cara berfikir atau aksi serupa yang

dikongsi oleh ramai individu di dalamnya.

c) Walaupun setiap invidu mampu berfikir secara sendiri, tidak semua pendapat

dan sentiment yang terbit dan muncul secara nutural dari dalam diri individu

tersebut. Sebaliknya, seringkali individu tersebut mengambil idea dan

sentiment yang berlegar di dalam kelompok sosialnya.

d) Manusia tidak bertindak dalam lingkungan sosialnya secara persendirian.

Sebaliknya, dia bertindak sengan atau bertentangan dengan manusia-

manusia lain di dalam kelompok-kelompok teratur yang beragam. Di dalam

rangka ini juga, mereka akan berfikir dengan atau bertentangan antara satu

sama lain. Makanya, terjadi pertarungan idea (competition of ideas) dan

deminasi kelompok (group dominance) dalam masyarakat.

e) Di dalam setiap fenomena sosial, ada aktor sosialnya. Aktor sosial ini

mempromosikan dan mengadvokasikan sesuatu idea, atau membiarkan idea

itu terbit dan berleluasa sehingga menjadi dominan di dalam masyarakat.

Page 5: Pemikiran karl mannheim

5

Pada masa yang sama, ketiadaan sesuatu idea atau sentiment adalah

disebabkan adanya proses pelemahan, peminggiran dan penindasan oleh

sesetengah pihak yang berkepentingan.

Dari perkara-perkara yang disebutkan di atas, dapat kita rumuskan bahawa kita

tidak akan memahami aliran pemikiran tertentu selagi origin sosialnya kabur. Inilah

kelebihan pendekatan sosiologi ilmu yang dapat kita garap dan terapkan di dalam

diagnosis pemikiran di kalangan masyarakat kita. Di dalam aspek ini, Mannheim ada

menyatakan dua corak berfikir (styles of thinking) yang telah menjadi mapan di zaman

ini: ideologi dan utopia. Kedua-dua aspek ini akan dibincangkan dalam menilai corak

pemikiran yang dapat kita lihat dikalangan masyarakat Melayu. Di dalam apa jua kajian

terhadap pemikirannya, beberapa asumsi penting harus diketengahkan dahulu

Di sini, dua corak pemikiran akan dibincangkan: ideology dan utopia. Seperti yang

dibincangkan Mannheim, kita memahami fungsi ‘ideologi’ melalui konflik politik di mana

“rullling groups can in their thinking become so intensely interest-bound to a situation

that they are simply no longer able to see certain fact which would undermine their

sense of domination.” Pada masa yang sama. “in certain situations the collective

unconscious of certain groups obscures the real condition of society both to itself and to

others and thereby stabilizes it”

Sebaliknya, ‘utopia’ membawa maksud yang berlawanan dari konsep ideologi, iaitu

“certain oppressed groups are intellectually so strongly interested in the destruction and

transformation of a given condition of society that they umvittingly see only those

elements in the situation which tend to negate it.” Pada masa yang sama, pemikiran

Page 6: Pemikiran karl mannheim

6

utopia tidak mampu mendiagnosiskan kondisi sedia ada masyarakat. Malah, mereka

tidak berminat dengan keadaan sedia ada kerana pemikiran mereka sudah tertumpu

pada cara-cara merubah realiti tersebut. Menurut Mannheim lagi, “the collective

unconscious (dalam pemikiran utopia), guided by wishful representation and the will to

action, hides certain aspects of reality. It turns its back on everything which would shake

its belief or parahyse its desire to change things”

5.1 KONSEP IDEOLOGI

Ideologi ialah satu sistem pemikiran yang mempengaruhi tingkah laku seseorang

individu. Ia juga jauh berbeza dengan corak pemikiran utopia yang tidak mampu untuk

mendiagnosiskan kondisi sedia ada masyarakat dan hanya tertumpu kepada cara-cara

merubah realiti sebenar masyarakat agar terus mencapai tahap tertinggi. (ideologi dan

Utopia ) . Konsep ideologi dalam sosialisasi Melayu banyak di tuju kepada bidang

politik yang sentiasa mengalami perubahan . Menurut Mannheim ideologi memiliki

fungsi yang ampuh melibatkan kumpulan pemerintah terutama berkaitan pemikiran

mereka yang menjadikan sesuatu pekerjaan dan perbuatan akan mendatangkan serta

memberi faedah dan keuntungan semata-mata. Malahan mereka juga tidak melihat

fakta-fakta tertentu bersifat populis,ortodoks,sekular yang akan melemahkan rasa

penguasaan mereka dalam arena politik. Ideologi juga melihat kepada pemikiran

kolektif yang bersifat logik dan bukan logik dalam kumpulan tertentu adakah mampu

mengaburi keadaan sebenar diri sendiri ,orang lain dan masyarakat sehingga

mewujudkan kestabilan .

Page 7: Pemikiran karl mannheim

7

5.2 Sosiologi Politik

Politik merupakan suatu langkah dan cara yang boleh diaplikasi oleh sesiapa sahaja

sebagai satu medium untuk memilih satu kuasa yang mampu memimpin dan menjadi

wadah untuk mengekalkan kestabilan dan keharmonian masyarakat. Walhal politik

juga menjadi lambang kepada kematangan cara berfikir dan rasional dalam membuat

sesuatu keputusan untuk sama-sama merasai dan bernaung di bawah struktur feudal

yang telah mantap dan stabil . Di Malaysia apabila memperkatakan soal perkembangan

sejarah politik ia tidak boleh dipisahkan dengan elemen feudalisme yang sentiasa

melekat dan sebati dalam segala keadaan .

Menurut Karl Mannheim , pengawasan dan pengendalian oleh “totalitarian “ yang

terkawal bukanlah merupakan pengingkaran di atas kebebasan berkaitan modenisasi

sebaliknya satu proses yang membenarkan masyarakat memiliki kekuasaan untuk

melakukan pilihan secara bebas tanpa ada aturan dan paksaan . Justeru kawalan

sosial merupakan suatu alat dehumanisasi yang melihat dan mengubah kehidupan

secara semulajadi bukan seperti mana menerusi proses eliminasi yang berdasarkan

kepada penilaian terhadap sifat –sifat manusia .

5.3 Bagaimana Idea Utama Terbantut dan Tiada Kemajuan (Kejituan)

Terdapat beberapa aspek yang menjadi halangan dalam pembentukan idea utama

dalam konteks masyarakat Melayu berdasarkan teori pemikiran yang dilakar oleh Karl

Mannheim. Antara ciri-ciri tersebut adalah kegagalan sistem politik , aspek sosiologi

keintelektualan ,konsep ideologi ,dan kehidupan sosial .

Page 8: Pemikiran karl mannheim

8

Pertama ,asas pemikiran tersebut dapat dilihat dari segi kegagalan sistem politik

dalam kelompok masyarakat Melayu . Gagasan pemikiran dan inelektual yang

diperkenal oleh Karl Mannheim masih belum berjaya untuk diterjemah ke dalam identiti

sosialisasi melayu itu sendiri . Hal ini tejadi kerana beliau hanya hidup dalam

persekitaran masyarakat Barat di negara maju pada sekitar abad 20 yang terdedah

dengan sistem politik berasaskan penentangan dan kekacauan dan sentiasa tidak

stabil pada struktur asasnya . Selain itu Karl Mannheim mungkin tersilap membuat

perhitungan dan kesimpulan tepat kerana telah menyamakan corak sistem politik Barat

dengan corak politik Melayu dan bangsa lain seiringan dak selari antara satu sama lain

Seperti sedia maklum , sistem politik Melayu sememangnya telah sebati dengan

dengan ideologi feudalisme semenjak dahulu lagi dan tidak mudah untuk mengikis dan

membuang pengaruh tersebut disebabkan ianya telah diterima seterusnya diamalkan

dalam pelbagai aspek kehidupan dalam sesuatu masyarakat tersebut. Konsep

Feudalisme merujuk kepada pemujaan dan terlalu mengagung-agungkan sesuatu

kuasa golongan atasan dan berpengaruh tanpa batasan tertentu .

Pendekatan pemikiran politik Karl Mannheim yang cuba menerapkan dan

memasukkan unsur ekstremis dan kekuatan fizikal dalam politik langsung tidak

munasabah dan tidak sesuai diamalkan di Malaysia kerana ia tidak mencerminkan ukur

tara bangsa itu sendiri . Sesuai lah dengan identiti Melayu yang lebih bersandarkan

sifat-sifat murni seperti lemah lembut,berani ,bertolak ansur serta lain-lain dalam

kehidupan . Justeru ,sistem politik Melayu dan Barat tidak boleh disamakan antara

satu sama lain kerana ianya jauh berlawanan dari segi pendekatan yang cuba

digunakan .

Page 9: Pemikiran karl mannheim

9

Seterusnya,konsep utama yang cuba diketengahkan oleh Karl Mannheim juga tidak

mencapai objektif atau matlamat sebenar dalam konteks politik Melayu disebabkan

cara pendekatan yang telah digunakan jelas tersasar daripada konsep asal pendekatan

sosiologi . Ia kerap melemparkan kekeliruan dan kekaburan idealogi ekoran kegagalan

untuk menjelaskan keberkaitan antara konsep politik berasaskan demokrasi

Barat.liberalisme dan secular dengan konsep kuasa dalam kelompok Melayu . Malahan

fakta –fakta sejarah berkaitan perkembangan kebangkitan dan kejatuhan kuasa politik

gagal dibahas dan diselidiki dengan mendalam oleh kerana ia nya dilingkupi oleh

pengaruh politik moden yang telah mulai bertapak kukuh dalam masyarakat Melayu di

Malaysia .

Konsep utama Karl Mannheim turut gagal dipraktikkan dalam politik Melayu kerana

gagal menerokai dan menyelusuri susul galur politik yan telah mengalami evolusi politik

bercorak feudal kepada sistem politik berasaskan demokrasi berparlimen seperti mana

yang wujud pada masa sekarang . Ianya turut gagal untuk menjelaskan elemen kuasa

pada era Monarki berjaya mempengaruhi konsep Negara bangsa Malaysia yang moden

telah terbina dan dihantui dengan pelbagai idealisme baru. Kelemahan konsep Karl

Mannheim juga boleh diperhalusi degan kegagalan untuk memahami secara terperinci

dan tepat berkenaan konsep dan corak pemerintahan sesuatu Negara terutama

pergerakan politik yang lebih menitikberatkan kesepaduaan dan perhubungan

berterusan antara golongan pemerintah dengan golongan yang diperintah dalam sistem

hieraki .

Sistem politik Di Negara Malaysia kini jelas becampur aduk dalam pelbagai aspek

malahan masih kuat dipengaruhi dan dikongkong oleh ideologi feudalisme masa

Page 10: Pemikiran karl mannheim

10

lampau. Ternyata konsep nepotisme ,pilih kasih dan sikap diskriminasi serta

penindasan seringkali berlaku keatas ahli-ahli atau para pengikut yang terlalu taksub

dengan kepimpinan sesebuah parti politik yang dianggap cukup berpengaruh dan

disanjung tinggi bertunjangkan pegangan kuasa yang dimiliki berbanding parti kecil dan

lemah . Parti UMNO , PAS ,PKR ,DAP dan lain lain merupakan organisasi yang cukup

berpengaruh dan telah mulai bertapak semenjak sebelum kemerdekaan Negara lagi .

Fahaman feudalisme dalam sistem pemerintah feudal moden masa kini ternyata

memberi hak secara mutlak monopoli kekuasaan kepada para pemimpin dan ketua-

ketua parti untuk meminda atau menggubal sesuatu piagam dan akta parti yang telah

lapuk dan tidak relevan dengan keadaan semasa dengan sesuka hati ,sekiranya

berlaku percanggahan pemikiran beliau dengan pemikiran golongan ahli parti terutama

dalam kerangka utama pembentukan agenda politik mereka .

Disebabkan terlalu mengejar dan mengendong tahap kekuasaan yang tertinggi

dalam status sosial, sesebuah kelompok masyarakat Melayu sanggup berpecah belah

dalam pelbagai perkara sesama mereka berpunca daripada tingkat keilmuan dan

penafsiran pemikiran yang berbagai-bagai sehingga menimbukkan perpecahan dan

perbalahan yang ternyata merugikan bangsa itu sendiri . Kerakusan kuasa juga

kelihatan tidak terkawal dan tenat dalam konteks era feudal masa kini kerana ahli

anggota masyarakat yang menganggotai sesuatu parti sanggup mengambil perbagai

tindakan subvertif berbentuk ancaman dan provokasi terhadap pihak lawan bertujuan

mengekalkan kewibawaan dan kemegahan seterusnya mengaut kepercayaan dan

menjadi lambang jati diri mereka sendiri . Disamping itu , para pengikut setia parti

dilarang sama sekali mengkritik kelemahan dan kepincangan organisasi serta para

Page 11: Pemikiran karl mannheim

11

pemimpin tertinggi mereka secara terus dan membuta tuli kerana dibimbangi akan

menimbulkan aib dan menghilangkan rasa kepercayaan serta sokongan ahli dan

anggota masyarakat luar kepada pengurusan dan daya kepimpinan parti dalam

tempoh masa yang singkat.

Ahli-ahli yang membelakangi parti dengan mensabotaj, membelot dan keluar

parti akan dianggap menderhaka dan tidak berterima kasih dengan segala kesenangan

dan sumbangan yang diberikan terhadap mereka . Jelaslah bahawa tingkahlaku

tersebut seolah-olah mencabar konsep kuasa yang selama ini dipegang oleh orang

Melayu yang pantang menderhaka kepada seseorang ketua . Selanjut nya, sebilangan

ahli –ahli yang lantang bersuara secara berterusan mengkritik dasar dan corak

pemerintahan akan terus terancam dan kedudukan mereka dalam parti akan terus

tergugat daripada mendapat keistimewaan dan kekebalan undang-undang politik yang

selama ini tidak disentuh langsung oleh sesiapa sahaja. Gonlongan ini akan sukar

mendapat pembelaan yang sewajar daripada golongan aritoskrat sekiranya ditimpa

masalah disebabkan tindakan menyimpang yang telah dilakukan .

Sebaliknya ,terdapat juga golongan intelektual dan ahli–ahli politik yang

berpendidikan tinggi telah mengkritik secara tersembunyi terhadap golongan yang

menyalahguna konsep kuasa terutama berkaitan kelemahan dan kepincangan

sesebuah parti yang mengelirukan . Kritikan tersebut dilakukan dengan pelbagai cara

seperti bentuk penulisan karya,makalah , dan penggunaan media teknologi maklumat .

Misalnya ,Ishak Haji Mohammad atau Pak Sako dan Tun Sri Lanang dalam bentuk

penulisan karya telah mengkritik kelemahan dan kejelikan golongan pemerintah Melayu

yang telah terjebak dengan pelbagai salah guna kuasa ,rasuah ,penindasan dan

Page 12: Pemikiran karl mannheim

12

sebagainya. Berbalik kepada era moden ,para intelektual dan pengkritik telah

memanfaatkan kemajuan teknologi maklumat seperti ruangan blog dan laman

sesawang persendirian untuk mengkritik dan menghentam parti politik mahupun mana

–mana tokoh politik yang gagal membela rakyat dan kemajuan meskipun bakal

berhadapan dengan tindakan undang-undang.

5.4 Aspek Sosiologi Keintelektualan

Halangan kedua pembentukan idea utama dapat dikaji dari aspek halangan

peningkatan tahap keilmuan orang Melayu . Pada dasarnya kemunculan dan

pertambahan keintelektualan golongan cerdik pandai dalam kalangan orang melayu itu

sendiri telah membawa kepelbagaian perubahan dalam kehidupan seharian kelompok

masyarakat mencangkupi pelbagai aspek seperti sistem politik , sistem ekonomi ,

sistem sosial ,dan kebudayaan . Maka telah lahir pelbagai generasi intelektual dalam

pelbagai cabang ilmu seperti sains ,kesusasteraan ,agama ,ilmu sekular setanding

dengan para pemikir termasyur lain . Meskipun begitu , proses keintelektualan yang

berterusan telah mencetuskan pelbagai polimik dan corak pemikiran yang belbagai-

bagai .

Pada zaman pasca merdeka telah lahir dua golongan berpengaruh iaitu kaum tua

dan kaum muda yang membawa manifesto dan ideologi masing-masing . Kaum tua

dilabel sebagai ortodoks kerana terikat dengan fahaman keagamaan berlandas Al-

Quran dan hadis manakala, kaum muda lebih terarah kepada pemikiran ala liberal

dalam membawa tranformasi kepada masyarakat melayu .Sacara tidak langsung

Page 13: Pemikiran karl mannheim

13

seseorang individu dalam kelompok masyarakat perlu mengikut dan menyelosori idea

dan persetujuan mereka meskipun memiliki pemahaman dan pandangan berlawanan

terhadap sesuatu maslahah umum .

5.5 Dari Segi Ideologi

Ideologi merupakan sistem kepercayaan yang menjadi asas tingkah laku seseorang .

Dalam dimensi Melayu permasalahan ideologi sangat meruncing terutama kepada

golongan aristokrat, administokrat , dan pemimpin Melayu bermula dari era feudal

sehingga era moden ia masih tetap bertelegah dan sentiasa mencengkam sosial

masyarakat . Perbezaan ideologi jelas amat ketara pada kondusi nya kerana ia mampu

membawa kepada proses perpecahan dan kekalutan rantaian kehidupan bersosial .

masyarakat sehingga membawa kepada tahap perpecahan struktur kepimpinan yag

telah dibina secara kukuh . Sewaktu zaman feudal ,sekiranya terdapat sekelompok

kecil masyarakat disyaki memiliki ideologi ,fahaman berbeza dan wujud elemen

percanggahan maka secara automatik kelompok tersebut akan terkeluar atau dipingir

oleh kekuatan kumpulan majoriti yang mendominasi keseluruhan masyarakat dengan

mutlak .

Ideologi merupakan salah satu nilai yang mengandungi cita-cita yang ingin

dicapai dalam pelbagai bidang kehidupan bermasyarakat, berbangsa dan bernegara.

Dengan demikian ideologi sangat berperanan dalam kehidupan berbangsa dan

bernegara. Ideologi dibagi menjadi dua bentuk, ideologi sebagai pemikiran tertutup dan

pemikiran terbuka. Sebagai sistem pemikiran tertutup ideologi ini tidak bertolak ansur

Page 14: Pemikiran karl mannheim

14

dengan idea-idea dan keyakinan-keyakinan yang bertentangan dengannya.

Sedangkan sebagai pemikiran terbuka, ideologi menerima kebebasan dan toleransi

terhadap idea-idea dan keyakinan-keyakinan yang lain. Ada pelbagai macam ideologi di

dunia, diantaranya adalah liberalisme, kapitalisme, kolonialisme, nasionalisme,

sosialisme, marxisme, fasisme, feminisme dan ekologisme. Bahawa ideologi adalah

suatu pemikiran yang menjadi dasar seseorang, sekelompok orang bahkan bangsa dan

negara untuk mencapai tujuannya. Ideologi juga sangat berguna bagi kehidupan

bangsa dan negara sebagai identiti bersama agar masyarakat mengetahui ke arah

mana kehidupan bersama hendak dituju.

Sekiranya pemikiran utopia lebih dominan dikalangan akarumbi dan gerakan-gerakan

massa Melayu-Islam, pemikiran ideologi pula dapat dilihat dari kelompok elit yang

berkuasa. Satu contoh yang paling ketara iaitu konsep “ Islam Hadhari” yang menjadi

slogan UMNO sewaktu pimpinan Abdullah Ahmad Badawi. Islam Hadhari boleh

dikatakan berfungsi sebagai ideologi kerana unsur utamanya ialah melawan dan

menyaingi laungan Islam versi PAS, iaitu musuh politik pemerintahan UMNO. Setelah

mengalami krisis legitimasi politik setelah penyingkiran matan Timbalan Perdana

Menteri, Anwar Ibrahim dari UMNO, parti pemerintah memerlukan nafas baru untuk

menambat hati pengundi. Di bawah perdana menteri baru iaitu Abdullah Ahmad

Badawi konsep Islam Hadhari telah dicanang sejurus sebelum Pilihanraya Umum ke-11

(Mac 2004) yang menyaksikan Barisan Nasional memenangi undi terbesar sejak tahun

1979.

Pendekatan islam kini seperti menjadi trend dalam politik untuk mengenegahkan

ideologi masing-masing. Sekiranya, Islam Hadhari mengandungi unsur-unsur ideologi,

Page 15: Pemikiran karl mannheim

15

konsep Negara Islam yang dipropakan oleh PAS juga mempunyai corak pemikiran

berlandaskan ideologi. Seiringan dengan konsep Islam Hadhari, manifesto PAS pada

pilihanraya Umum Malaysia 2004 mengangkat tema “ Negara Islam”. Namun apa yang

dimaksudkan dengan Negara Islam tidak pernah diperjelaskan secara konsistem oleh

PAS. Jika ada pun penjelasan yang diberikan oleh PAS tidak konkrit dan terburu-buru.

Contohnya. Sebagai parti yang memerintah di negeri Kelantan dan Kedah, PAS

setakat mengangkat isu-isu seperti hukum hudud (undang – undang islam), menutup

aurat, dan kaunter berasingan untuk lelaki dan perempuan di pasaraya-pasaraya.

Sebagai contoh , golongan rakyat telah terikat dengan konsep ‘Daulat dan

Derhaka’ yang mencorak dan memegang kehidupan supaya tidak melakukan sesuatu

perbuatan yang dianggar menentang dan menghina keistimewaan kuasa dan hak

mutlak pemerintah kerana rakyat yang berkelakuan sedemikian akan menerima

hukuman dan pembalasan yang amat berat di atas kesalahan yang dilakukan . Dari

segi lingkungan kotak pemikiran tradisi kemelayuan, Bangsa Melayu kelihatan begitu

terlalu taksub dan menyuarakan sepenuh pendirian dalam menyokong segala

perbuatan,idealisme ,mahupun fakta yang dikeluarkan oleh para pemimpin mahupun

golongan cerdik pandai yang mempunyai kepentingan dan agenda tertentu .

Ketaksuban dan pemujaan kuasa tertinggi telah menjadi pegangan dan telah diwarisi

secara turun temurun daripada generasi terdahulu . feudalisme juga telah menjadi

sebahagian daripada kebudayaan masyarakat Melayu sendiri yang masih berterusan di

guna pakai sehingga ke hari ini .

Page 16: Pemikiran karl mannheim

16

5.6 Kehidupan Sosial

Bangsa Melayu turut memiliki sistem sosial tersendiri seperti mana bangsa –bangsa

lain iaitu sistem hieraki atau sistem srata yang melibatkan dua teras utama iaitu

golongan pemerintah dan golongan yang diperintah . Sistem sosialisasi masyarakat

tersebut terpaksa diamalkan kerana ia telah menjadi simbol kemelayuan dan

membentuk rantaian perhubungan dinamis dan saling melengkapi antara satu sama

lain . Namun begitu , sistem tersebut sering kali menimbulkan pelbagai permasalahan

konflik sama ada bersifat luaran atau dalaman antara golongan tersebut . Sebagai

mana dalam sejarah Melayu diceritakan Hang Jebat telah bertindak menderhaka

kepada Sultan Mahmud Syah dengan mengamuk dan membunuh rakyat sebagai tanda

protes akibat tindak berpuas hati dan marah dengan kematian Hang Tuah .

Berbalik kepada realiti kini ,kemelut hieraki masih berterusan berlaku dan

sentiasa ada gerakan untuk menjatuhkan sesuatu kerajaan yang tidak memenuhi

kehendak rakyat . Hal ini akan bertambah kritikal sekira nya golongan rakyat tersebut

mengambil tindakan agresig seperti memboikot ,mengadakan protes atau bantahan

secara undang-undang, demontrasi dan pilihan raya bagi memilih kepimpinan baru

setelah berjaya menyingkirkan pemimpin yang telah kehilangan sokongan rakyat .

5.7 Utopia Dalam Pemikiran Keagamaan Masyarakat Melayu

Pemikiran utopia menunjuk pada pemikiran yang tidak dapat mengenali situasi

masyarakat, kerana para pemikirnya tidak memperhatikan situasi realitinya, tetapi ingin

mengubah situasi yang ada saat ini (status quo). Dalam usaha mewujudkan hal

tersebut, mereka menolak segala sesuatu yang akan menggugat kepercayaan mereka,

Page 17: Pemikiran karl mannheim

17

atau melemahkan keinginan mereka untuk mengubah keadaan. Kerana begitu kuat

keinginan untuk mengubah keadaan yang ada, mereka hanya melihat hal-hal yang

menafikan kenyataan yang ada (Mannheim 1936:36).

Sebagai ciri-ciri pemikiran utopia di kalangan umat Islam Asia Tenggara: Di

dalam makalahnya, Shaharuddin Maaruf (Religion and Utopia Thinking Among the

Muslim of Southeast Asia, 2000/2001) telahpun membincangkan beberapa aspek dari

corak berfikir utopia yang muncul dikalangan masyarakat Muslim Asia Tenggara.

Menurut beliau, pemikiran utopialah yang membangkitkan aliran-aliran yang

mempunyai kecenderungan akhir zaman (millenarian), populis, eskatologikal dan

ortodoks. Termasuk juga, aliran yang melaungkan penubuhan Negara Islam dan

implementasi hukum Islam. Kesemua aliran ini menunjukkkan ciri-ciri: (1) menolak dan

menafikan orde sedia ada; (2) mengusulkan alternative yang radikal beza dari orde

sedia ada; (3) mengaburkan apa jua realiti yang mencabar idea dan keinginan mereka

untuk perubahan; (4) formulasi idea mereka bertujuan memobilisasikan kelompok

massa ke arah perubahan dan bukannya bersifat mendiagnosis realiti sedia ada; dan

(5) bersifat populis dan bukan intelektual dari segi gaya berfikir walaupun kelihatan

‘intelektual’ dari penampilan luaran dan lebih jauh lagi merupakan dasar tuntutan

pendirian negara-negara Islam dan pelaksanaan hukum Islam’. Maaruf (2000/200) ms

2-3.

Di dalam pemikiran utopia Muslim dikalangan masyarakat Melayu, ada beberapa

idea yang seringkali dilaung-laungkan: (a) Islam sebagai ‘ad-Din’ – dalam erti syumul

atau sempurna, dan terkandung di dalamnya segala macam penyelesaian terhadap

segala macam persoalan dan masalah yang dihadapi dunia masa kini; (b) sekularisme,

Page 18: Pemikiran karl mannheim

18

termasuk juga segala macam isu dunia seperti merbahaya dan menjadi musuh Islam;

(c) Barat sebagai peradaban yang menghadapi krisis, terutamanya kerana sifatnya

yang dekaden, tidak bermoral dan ateistik; (d) manusia sebagai kerdil dan tidak

berupaya semata-mata untuk menundukkan dia di depan kehebatan dan kebesaran

Tuhan; (e) adanya tingkatan ilmu di mana ilmu-ilmu agama menduduki tingkat tertinggi

berbandig ilmu-ilmu “duniawi”; (f) keunggulan dan kesempurnaan masa lalu, maknanya

perlu dihidupkan masa lampau di zaman ini; (g) menolak realiti dan konteks masa kini

dan segala dimensi sosialnya.

Secara umum, pemikiran utopia ini mula menjadi dominan dikalangan

masyarakat Melayu semenjak zaman revivalisme Islam pada tahun-tahun 1970an dan

berlanjutan hingga sekarang. Sebab-sebab munculnya gerakan Islam (atau disebut

juga sebagai gerakan ‘dakwah’). Faktor terakhir ini yang paling signifikan dalam

mensosialisasikan pemikiran utopia dikalangan masyarakat Melayu. Jika kita lihat,

tulisan-tulisan para pemikir revivalis inilah yang menjadi bahan utama dalam sesi-sesi

usrah yang dikendalikan oleh kelompok-kelompok gerakan dakwah seperti Angkatan

Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Jemaah Islam Malaysia (JIM). Makalah-makalah dan

buku-buku yang menterjemahkan kepada bahasa Melayu, disebar-luaskan kepada

masyarakat umum. Jika kita kaji tulisan-tulisan ini, unsur utopianya amat ketara.

Antaranya ialah semangat anti-Barat yang begitu kuat, laungan meng’islam’kan segala

aspek sosial, ekonomi, politik, pendidikan dan sebagainya, teriakan menghidupkan

‘syariah Islam’ dengan memasukkan hukuman hudud dalam kanun jenayah Negara,

menyeru supaya wanita memakai hijab, niqab atau purdah dan diasingkan pergaulan

mereka diruang awam serta menyempitkan peranan mereka kepada rumahtangga, dan

Page 19: Pemikiran karl mannheim

19

penyeruan ke arah penubuhan ‘Negara Islam’ yang mencipta masyarakat Islam yang

‘berpandukan Qur’an dan Sunnah’.

Namun, unsur pemikiran utopia bukan hanya didatangkan dari luar. Seperti yang

dikritik oleh Shahruddin Maaruf, tulisan-tulisan pemikir besar Dunia Melayu

kontemporer, Syed Muhammad Naquib al-Attas, memaparkan unsur utopia yang amat

kuat. Sebagai contoh, tulisan al-Attas, Islam and Secularism dan Risalah Untuk Kaum

Muslimin begitu berpengaruh hingga ke hari ini. Setiap aktivis Islam yang menentang

sistem sekular serta meletakkan masalah masyarakat Islam kepada proses

‘pembaratan’ dan penyimpangan dari ‘epistemologi Islam’, pasti akan merujuk kepada

karya Syed Muhammad Naquib al-Attas, terutamanya Islam and Secularism.

6.0 Dapatan kajian

Bidang sosiologi intelektual merupakan bidang paling penting untuk dikembangkan

dalam ilmu-ilmu sosial. Mannheim menyatakan bahawa kelas proletariat merupakan

kelompok sosial yang pertama sadar akan identiti sosialnya, sedangkan kaum

intelektual merupakan kelompok terakhir yang berusaha untuk mengerti kepentingan

sosialnya (Mannheim 1993:74). Bertolak dari penjelasan mengenai kelas oleh kaum

proletariat yang menganggap tidak adanya kemungkinan kaum intelektual menjadi hal

yang berbeza selain menjadi kelas tertentu, munculnya kesedaran seperti ini di

kalangan kaum intelektual dianggap sebagai hal yang sulit terjadi (Mannheim 1993:74–

75). Bidang sosiologi intelektual diharapkan dapat memberikan pemahaman mengenai

posisi kaum intelektual dalam masyarakat.

Page 20: Pemikiran karl mannheim

20

Dalam situasi Dunia Ketiga adalah untuk memahami identiti sosial, kaum

intelektual dan kemungkinan peranannya dalam masyarakat. Hal ini menjadi lebih

penting dalam masyarakat, tempat kaum intelektual menjadi kelompok yang tidak

memiliki keberanian dan tidak berada di posisi yang sesuai. Dalam situasi seperti ini,

satu masalah yang penting adalah yang berkaitan dengan pengertian kaum intelektual

terhadap pemikiran sosio-keagamaan dalam masyarakatnya. Hal ini merupakan suatu

pensyaratan yang seharusnya dipenuhi, jika kaum intelektual ingin memberikan

sumbangan pemikiran yang dapat memperkuatan masyarakat. Namun, hal itu jarang

dilakukan di kalangan pakar ilmu-ilmu sosial muslim dan Malaysia. Signifikansi seperti

ini dapat dipahami jika kita melihat permasalahan melalui konsep ideologi dan utopia

yang telah diungkapkan oleh Karl Mannheim 1936: ms 36.

Kata ideologi pertama kali dikumandangkan oleh Antoine Destutt de Tracy

(1754-1836) yang hidup pada masa revolusi Perancis. Perubahan pengertian ideologi

terjadi seiring tampilnya tulisan Karl Marx dan Friedrich Engels dalam The German

Ideology (1846). Marx yang menyusuri masyarakat kapitalis mengemukakan bahawa

ideologi lahir dari sistem masyarakat yang terbagi dalam kelas-kelas. Karl Marx

menyimpulkan bahawa ideologi dalam masyarakat kapitalis yang terpolarisasi antara

kelas kapitalis dan kelas pekerja tidaklah berbicara tentang kebendaan atau kenyataan

empiris tetapi berbicara tentang kemanfaatan, kepentingan dan keuntungan.

Page 21: Pemikiran karl mannheim

21

7.0 Metologi Kajian

Kaedah penyelidikan yang dipakai adalah kaedah sekunder iaitu kaedah perpustakaan.

Ia tertumpu pada buku-buku yang ada dalam perpustakaan tersebut. Buku-buku yang

berkaitan dengan tajuk adalah menjadi keutamaan untuk di jadikan instrumen kajian

dan selain daripada buku, tesis-tesis, journal dan majalah juga ada banyak terbabit

dalam kajian perpustakaan ini.

Tujuan penyelidikan ini adalah untuk membuat kajian lapangan semasa

semester khas. Namun mengikut kajian yang diperoleh telah memberi banyak

pengetahuan tentang perihal-perihal politik yang sedang berlega kini. Ini merupakan

satu kajian yang begitu produktif kerana melalui banyak pembacaan ia telah memberi

input atau pengetahuan dan boleh dikatakan sebagai satu praktikal yang berunsur teori

yang boleh dijadikan sebagai panduan untuk masa depan.

8.0 Penutup

Hasil daripada penilai ringkas di atas, pendekatan sosiologi ilmu penting untuk

merungkai realiti dalam masyarkat Melayu. Melalui penelitian dan kajian ini, kita akan

dapat membongkar dan merungkai pemikiran-pemikiran dan aliran yang ada di

kalangan masyarakat Melayu semasa. Pada masa yang sama, kita dapat mengetahui

mengapa sesuatu corak respons terhadap sesuatu isu begitu dominan. Sehubungan

dengan itu juga, tiadanya pemahaman terhadap sesuatu konsep atau tiadanya corak

pemikiran yang berbeza menunjukkan bagaimana sesebuah kelompok atau masyarakat

Page 22: Pemikiran karl mannheim

22

belum dapat berhadapan dengan beberapa aspek realiti yang sedia ada. Seperti mana

yang diungkapkan oleh Mannheim,

“The absence of certain concepts indicates very often not only the absence of certain

point of views, but also the absence of a drive to come to grips with certain life-

problems.”

Akhir sekali, ketiadaan perspektif dan konsep yang berbeza inilah yang akan

menghambat masyarakat dalam melihat realiti yang sedang dihadapi secara sedia ada.

Sekiranya kekosongan ini, terutama dari aspek pemikirannya, dibiarkan berterusan,

maka masyarakat itu akan menjadi regresif dan tidak mampu bergerak ke hadapan.

Seperti mana tulis Mannheim,

“When, however, any human activity continues over a long period without being

subjected to intellectual control or criticism it tends to get out of hand”

Di sinilah pentingnya diwujudkan semangat kritis yang dapat menunjukkan corak-corak

pemikiran sama ada bersifat sosiologi ideologi , politik dan kehidupan sosial sebagai

upaya melihat dan menangani kondisi sebenar masyarakat disebalik kekaburan yang

ada.