Author
che-wan-azhar-shariffudin
View
346
Download
1
Embed Size (px)
DESCRIPTION
kaedah pembelajaran aqidah sekolah rendah
STRATEGI PENGAJARAN
PENDIDIKAN ISLAM
PENDEKATAN
STRATEGI
KAEDAH
TEKNIK
APAKAH YANG ANDA TAHU TENTANG KAEDAH, TEKNIK, PENDEKATAN DAN STRATEGI?
PENDEKATAN KAEDAH
Cara mengajar berdasarkan
objektif yang telah ditentukan
Harus berlandaskan teori, prinsip
atau model tertentu
Kenyataannya dianggap benar
tanpa memerlukan bukti dan
alasan
Mendokong sesuatu teori
Siri tindakan guru yang sitematik
Lebih bercorak jangka pendek
Merupakan usaha keseluruhan
terdiri daripada prosedur tersusun
berdasarkan pendekatan yang
telah dipilih
Mendokong pendekatan dipilih
TEKNIK STRATEGI
Merujuk kemahiran guru
mengelola dan melaksanakan
kaedah mengajar yg dilaksanakan
Pengendalian yg benar – benar
berlaku dalam bilik darjah
digunakan dlm langkah
pengajaran
Perlu mengambil kira faktor latar
belakang pelajar dalam
menentukan teknik yang dipilih
Kebijaksanaan memilih
pendekatan, kaedah dan teknik
pengajaran berdasarkan objektif
pengajaran
Lebih mengambil kira objektif
jangka panjang
mengambil kira segala aspek
pembelajaran termasuk pemilihan
bahan, masa dan sebagainya.
PENGERTIAN KAEDAH
• Kaedah ialah satu perancangan yang sistematik secara keseluruhan
• Perancangan atau prosedur yang perlu diamalkan oleh semua guru bagi melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang sistematik, terancang dan teratur.
Sambungan pengertian kaedah….
• Sebagai langkah atau cara yang perlu digunakan oleh guru supaya murid dapat memahami maksud sebenar pengajaran yang ingin disampaikan oleh guru kepada mereka.
• Melibatkan semua cara yang efektik bagi membantu guru menyampaikan pengetahuan, ketrampilan oleh guru, nilai-nilai dan kemahiran yang diinginkan kepada pelajar.
Sambungan pengertian kaedah….
• Merangkumi semua program ataupun perancangan guru sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran.
• Satu prosedur bagi melakukan sesuatu aktiviti yang didahului dengan kewujudan pendekatan.
Sambungan pengertian kaedah….
• Perancangan yang dapat membantu pendekatan pengajaran yang ingin digunakan oleh guru bagi memudahkan proses pemindahan pengetahuan kepada pelajar ataupun kemahiran.
• Proses yang penting bagi ditentukan terlebih dahulu oleh guru sebelum mula memikirkan apakah teknik yang mahu digunakan dalam satu-satu topik pengajaran.
PANDUAN MENENTUKAN KAEDAH PENGAJARAN
1. Guru perlu mengaplikasikan kaedah pengajaran yang berbeza dengan mengambil kira gaya pembelajaran pelajar yang berbeza.
2. Gaya pembelajaran yang berbeza wujud daripada sifat perbezaan antara individu dan nilai-nilai keunikan yang terdapat dalam diri setiap pelajar dalam usaha mendapatkan ilmu.
PANDUAN MENENTUKAN KAEDAH PENGAJARAN
3. Guru perlu terlebih dahulu memahami gaya pembelajaran pelajar sebelum menentukan jenis kaedah pengajaran yang akan digunakan.
4. Melalui gaya pembelajaran, guru berpeluang mengenal pasti segala kekuatan dan kelemahan setiap pelajar.
PANDUAN MENENTUKAN KAEDAH PENGAJARAN
5. Gaya pembelajaran adalah gambaran kepada ciri-ciri kognitif, efektif dan tingkah laku fisiologikal seseorang pelajar dalam bertindak balas dengan apa yang ada di persekitaran pembelajaran.
6. Gaya pembelajaran mempunyai perkaitan rapat dengan persekitaran fizikal dan emosi pelajar.
PANDUAN MENENTUKAN KAEDAH PENGAJARAN
7. Penentuan kaedah pengajaran berdasar gaya pembelajaran yang berbeza di kalangan pelajar adalah penting dan perlu kerana setiap pelajar mempunyai perbezaan dari sudut kekuatan, kelemahan, kebolehan, minat dan kecenderungan.
PANDUAN MENENTUKAN KAEDAH PENGAJARAN
8. Kaedah yang berbeza memberi peluang kepada pelajar bagi membuat aktiviti di dalam kelas secara bebas dan aktif, sama ada dengan aktiviti perbincangan, pertukaran idea, pemindahan buah fikiran, keupayaan berhujah dan mengeluarkan pendapat.
PRINSIP :SUSAH-MUDAH,
DIKETAHUI-BELUM DIKETAHUI,
KHUSUS-UMUM
KAEDAH & TEKNIK :
BERPUSATKAN PELAJAR, GURU,
BAHAN
PENDEKATAN :INDUKTIF, DEDUKTIF,
BERSEPADU, PEMUSATAN
PELAJAR
STRATEGI PENGAJARAN PENDIDIKAN
ISLAM
PENDEKATAN
PENGAJARAN
PENDIDIKAN
ISLAM
PENDEKATAN PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
BERSEPADUINDUKTIFDEDUKTIFQUDWAH HASANAHKELAS,KUMPULAN DAN INDIVIDU
BERPUSATKAN GURUBERPUSATKAN PELAJAR
PENDEKATANmendekati atau menghampiri
cara bagaimana pengajaran dilaksanakan pendekatan tentang isi pelajaran
PENDEKATAN INDUKTIF
PENDEKATAN DEDUKTIF
PENDEKATAN BERSEPADU
PENDEKATAN PEMUSATAN
PELAJAR
PENDEKATAN INDUKTIF
Pengajaran yang memberi peluang kepada pelajarmembuat kesimpulan sendiri mengenai sesuatukonsep / benda.Mengutamakan contoh- contoh pada awalpengajaran dan dibuat generelisasi daripadanya. Tidak digalakkan memberi definisi penerangan, kandungan pelajaran. Kemukakan soalan, memerhati, mengkaji, membentuk contoh, kesimpulan diberi kemudian.
KONSEP INDUKTIF
Mempelajari sesuatu untuk mendapatkan ‘ hukum ‘.
Memperkenalkan pengetahuan dan memberi pengalaman
membentuk satu kesimpulan umum daripada contoh – contoh tertentu.
Cuba mendapatkan kesimpulan melalui satu urutan pemikiran.
Membuat satu andaian yang munasabah daripada yang spesifik ( khusus ) kepada umum.
CIRI – CIRI PENDEKATAN INDUKTIF
Bermatlamatkan kepada pembentukan kebiasaanMenggunakan pengantaraan deria (pengalaman deria)
untuk mendapatkan pengetahuan.Memerlukan kekerapan ulangan dalam pelbagai konteks
untuk menguasai sesuatu kemahiran.Menekankan pengajaran berbentuk konkrit. Memberi peluang sepenuhnya kepada murid belajar di
bawah bimbingan guru.Menekankan penglibatan murid secara aktif.Mampu mewujudkan suasana pembelajaran yang
menarik dan berkesan.banyak menekankan aspek lisan.
PRINSIP PENGGUNAAN PENDEKATAN INDUKTIF
satu siri penyoalan perlu diadakan – guru dapatmenolong murid membentuk murid – membuatgenerelisasi.
mencuba dan menguji kemahiran intelektualmurid.
pengajaran yang terancang, kepelbagaianaktiviti menarik minat murid.
penyediaan alat bantu yang sesuai.bantuan dan bimbingan guru sepanjang proses
p&p
KEBAIKAN PENDEKATAN INDUKTIF
1. Merangsang kebolehan mental danmelibatkan pelajar secara aktif dalamp&p.
2. Sikap berdikari dalam usaha mempelajaridan memahami sesuatu konsep.
3. Dapat belajar bagaimana menghadapimasalah, merancang strategi penyelesaiansehingga mencapai tahap membuatkeputusan.
CONTOH KHUSUSMEMERHATI DAN
MENGKAJI
MENTAFSIR & MEMBUAT
GENERALISASI
Niat Basuh muka Basuh tangan Sapu kaki Basuh kaki
Melakukan mengikuttertib : Bermula dengan niatserta basuh mukadisudahi dengan basuhkaki
Berwuduk
PENDEKATAN DEDUKTIF
Pengajaran dan pembelajaran muriddiasaskan kepada hoskut tertentu. Dimulakan dengan mempelajariperaturan-peraturan tertentu kemudiandiaplikasikan untuk menuju ke suatufakta.
KONSEP DEDUKTIF
• Mempelajari sesuatu berdasarkan sesuatu hukum.• Satu produksi fakta untuk membuktikan satu penyataan umum.• Menganalisa fakta yang membentuk generalisasi.• Membuat satu penghuraian daripada umum kepada khusus.
CIRI – CIRI PENDEKATAN DEDUKTIF
Pembelajaran sentiasa mementingkan pengetahuan yang akan diperolehi. Pendekatan ini menggunakan pengantara fikiran untuk mendapatkan ilmu. Penyusunan isi mestilah sentiasa dimulakan daripada keseluruhan yang lebih kompleks sifatnya. Pembelajaran dengan kefahaman adalah lebih kekal daripada menghafal.
PRINSIP PENDEKATAN DEDUKTIF
Hukum – hukum asas dinyatakan.
Pendekatan ini sangat cepat.
Melibatkan pemikiran ke arah
pemahaman yang lebih mendalam
tentang peraturan, definisi atau
prinsip.
KEBAIKAN PENDEKATAN DEDUKTIF
1. Memudahkan tugas guru –
mengemukakan prinsip asas – pelajar
menggunakan prinsip berkenaan.
2. Pendekatan ini cepat, menjimatkan
masa.
3. Sesuai untuk pelajar yang tidak dapat
membuktikan fakta dengan sendiri.
4. Tidak ada risiko mendapat hasil yang
salah atau tidak sempurna.
Prinsip, teori, hukum :Wuduk ialah niat beserta basuhtangan, sapu kepala dan basuh
kaki secara tertib
KAEDAH DEDUKTIF
APLIKASI : Melakukan niat, basuh
muka
RUMUS :Wuduk ialah niat sertabasuh muka disudahi
dengan basuh kaki secara tertib.
PENDEKATAN BERSEPADU
Kesepaduan dibahagikan kepada 3 iaitu :
1. kesepaduan kurikulum2. kesepaduan isi pelajaran3. kesepaduan kaedah
pengajaran
• Sepadu / cantum ilmu akal dan ilmuwahyu
Kesepaduankurikulum
• Menghubungkan isi pelajaran akademikatau fardhu kifayah dengan aqidah, fiqh, sirah ibadah dan akhlak
Kesepaduanisi pelajaran
• Menggabungkan berbagai kaedah yang boleh disepadukan dalam satu – satumatapelajaran dengan mengaitkan danmemperkukuhkan dengan ilmu wahyu.
Kesepaduankaedah
pengajaran
PENDEKATAN PEMUSATAN PELAJAR
Semua pelajar melibatkan diri dalampembelajaran pelajar perlu aktif dengan memberipeluang mereka mengemukakanpendapat, berbincang, merancang danmembentang. guru sebagai pembimbing, pemudahcara dan pemberi panduanringkas
KAEDAHDAN
TEKNIK
KAEDAH DAN TEKNIK P&P
PENDIDIKAN ISLAM
- PEMAHAMAN - TUNJUKCARA
- ULANGAN - PROJEK
- LAWATAN - KUIZ
- LATIH TUBI - KULIAH
- DIALOG - BERMAIN
- TALAQQI/MUSYAFAHAH - HALAQAH
- SOAL JAWAB - SIMULASI
- PERBINCANGAN - BACAAN
- HAFAZAN - CERITA
- INKUIRI
KAEDAH DAN TEKNIK BERPUSATKAN PELAJAR
Dijalankan di dalam bilik darjah dengan melibatkan murid secara aktif.
Pengalaman baru yang berguna haruslah diperoleh secara aktif.Boleh dilakukan dengan pelbagai cara antaranya :
1.Melibatkan murid secara aktif dan menyeluruh melalui pelbagai bentuk dan aktiviti.2.Guru bertindak sebagai fasilitator.3.Memberi murid peluang untuk belajar melalui pengalaman.4.Menggalakkan murid memberi sumbangan yang berguna dalam aktiviti kelas.5.Menggalakkan murid berkongsi maklumat sewaktu mengendalikan aktiviti pembelajaran6.Menggalakkan murid memberi dan menerima pandangan.7.Menggalakkan murid berfikir dalam aktiviti yang dijalankan.8.Memberi peluang murid meneroka idea yang baru dan pelbagai.9.Menggalakakn murid mengumpul maklumat melalui pelbagai sumber dan kaedah, serta memproses dan merumus.
KAEDAH DAN TEKNIKBERPUSATKAN GURU
Guru menguasai dan mengawal segala aktiviti sewaktu proses pengajaran.
Pelajar hanya mendengar sahaja penerangan guruGuru boleh menggunakan pebagai alat bantu mengajar seperti slaid,
projektor papan hitam dan sebagainya.Guru perlu memberi perhatian pada kedudukan aras pelajar Guru perlu bertutur dengan jelas supaya pelajar mendengar dan
minat dengan topik yang diajar.Tujuan kaedah kuliah adalah untuk menyampaikan sesuatu
pengajaran kepada murid supaya :1. merangsangkan murid2. menjelaskan dan membuat rumusan pelajaran3. membuat penelitian dan ulangkaji4. mengembangkan isi pelajaran5. menyampaikan maklumat yang telah dirancang.
KAEDAH DAN TEKNIKBERPUSATKAN BAHAN
Bahan P&P sebagai media pengajaran atau ‘ instructional media ‘ yang membantu guru dan pelajar mendapatkan ilmu pengetahuan dankemahiran.Proses penyediaan dan penghasilan sumber mesti selaras denganmatlamat dan objektif sukatan pelajaran.
OBJEKTIF PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN
MENGOLAH
MEMILIH
MEMBINA
MENGGUNA
MENILAI
KEPENTINGAN MENGGUNAKAN ALAT BANTU MENGAJAR
Menurut Mak Soon Sang ( 1992 ) dalam Pendidikan Islam, Falsafah, Pedagogi dan Metodologi Ahmad Mohd. Salleh :
a) memudahkan murid memahami konsep yang abstrak
b) memudahkan murid menguasai kemahiran baru melalui bantuan alat bantu mengajar.
c) aktiviti pengajaran dapat dipelbagaikan dan mudah disampaikan.
d) aktiviti pembelajaran lebih menarik dan memberangsangkan.
PENGGUNAAN ALAT BANTU MENGAJAR
Garis panduan untuk memilih alat bantu mengajar :1. tentukan sumbangan yang boleh diberi oleh ABM kepada
pengajaran berhubung dengan objektif yang hendak diajar.
2. Rancangkan bagaimana ABM dapat digabungkanpenggunaannya dalam pengajaran.
3. Aturkan supaya ABM itu dapat digunakan oleh muriddengan sebaik – baiknya supaya tidak kelam kabut.
4. Untuk dapat kesan yang memuaskan kaji dari pelbagaipunca tentang cara penggunaan sesuatu ABM.
5. nilaikan sumbangan ABM kepada pengajaran melaluipercubaan.
Sumber berasaskan manusia :
Rakan sebaya, guru, qari, pegawaisumber
Bahan bercetak :
Buku/kitab/mashaf, majalah, jurnal, ensiklopedia surat khabar, kad katalog,
kamus, buku teks
Bahan pandang dengar :
Radio, mikrofon, televisyen, video
Sumber berasaskan komputer :
Disket, cakera padat, disket video, internet
JENIS – JENIS BAHAN BANTU MENGAJAR
KELEBIHAN & KELEMAHAN BAHAN BANTU MENGAJAR
BAHAN KELEBIHAN KELEMAHAN
Sumber berasaskan
manusia
fleksibel
interaktif
secara langsung
mudah akses
tidak terjamin kualiti
sukar mendapatkan pakar
yang berkewibawaan
Bahan bercetak murah dan kekal
senang dirujuk
mudah alih
mudah akses
tebal
berat
tidak dapat disunting
tidak terkini
Bahan pandang
dengar ( audio –
visual )
murah dan menarik
pelbagai paancaindera
mudah akses
boleh berulang
tayangan / siaran
tidak tahan lasak
susah menyunting
tidak terkini
Bahan berkomputer amat fleksibel
mudah dikemaskini
multi-media
jaringan tidak terhad
canggih
mahal
menimbulkan tekanan
perisian terhad
bergantung kepada
bekalan elektrik
KAEDAH PENGAJARAN AKIDAH
Objektif pengajaran akidah ialah :
1. Membentuk akidah islam yang betul di kalangan pelajar
2. Membekalkan pelajar dengan ilmu.
3. Menenamkan keyakinan dan roh keislaman yang jitu ke jiwa
pelajar.
4. Membentuk pekerti mulia berlandaskan kepada tuntutan
akidah.
Pengajaran akidah ini boleh menggunakan pelbagai teknik dan
kaedah. Antaranya ialah :
a) kaedah soal jawab
b) kaedah syarahan
c) kaedah perbincangan.
HURAIAN KAEDAH PERBINCANGAN
Strategi pengajaran berbentuk perbualan dikalangan
pelajar di bawah seliaan guru.
Pelajar diberi peranan aktif untuk mengemukakan
pandangan atau pendapat sewaktu berbincang.
Guru membimbing pandangan yang dikemukakan murid
ke arah satu prinsip atau pandangan yang menyeluruh.
Perbincangan mestilah berasaskan kepada dua prinsip :
1. Kebebasan bersuara
2. Mencari persefahaman.
Tujuan kaedah ini ialah :
a) Menggalakkan pertukaran idea secara bebas antara
murid tentang sesuatu topik.
b) Merangsang minat pelajar
c) Membimbing mereka mendapat pengetahuan yang
baru.
Langkah-langkah yang perlu diambil guru sebelum melaksanakan
kaedah ini ialah :
1. Merancang dan menentukan isi utama dalam topik yang akan
dibincangkan.
2. Memastikan setiap pelajar berpeluang memberi pendapat atau
kemukakan soalan.
3. Menggalakkan penilaian secara objektif semasa idea berkenaan
dikemukakan.
4. Meringkaskan atau merumuskan idea-idea atau kesimpulan hasil
dari perbincangan tersebut.
Guru memulakan perbincangan dengan mengemukakan tajuk.
Murid diminta memberi sumbangan idea atau pertanyaan sewaktu
berbincang dan mendapat tindak balas dari murid lain.
Perbincangan tidak dimonopoli oleh seorang pelajar sahaja.
Guru berperanan memastikan perbincangan tidak keluar topik.
Kaedah ini diaplikasikan oleh Rasulullah dalam menyampaikan
ilmu dengan mengadakan musyawarah atau perbincangan dengan
pengikutnya dalam memutuskan sesuatu perkara.