11
PANEL 4 SITI NORSALUAL BT ABDUL MALIK D20111047614 1 PENILAIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

PEMBENTANG 4

Embed Size (px)

Citation preview

PANEL 4SITI NORSALUAL BT ABDUL MALIK

D20111047614

1

PENILAIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Siti Norsalual Bt Abdul MalikSekolah Menengah Sains Tapah ( SESTA )

Penglibatan di UPSI:o Bendahari Kelab Pustaka UPSI sesi 2012/2013 ( Perpustakaan Tuanku Bainun UPSI ) o Ajk Blok Dinamik Kolej Za’ba Sesi 2012/2013o Naib bendahari program Fasilitator ke Madrasah Idrisiah Kuala

Kangsar Perak 2012. ( Kelab Fasilitator UPSI)

Penglibatan di Sekolah:o Guru Penasihat Kelab Reka Ciptao Guru Penasihat Pandu Puterio Pembantu Guru Pengiring lawatan penanda aras ke Sekolah

Menengah Sains Kuala Terengganu.o Pembantu Guru pengiring ke Program Kolaborasi Akademik

SBP Perak 2014.

LATAR BELAKANG

Kepentingan penilaian dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah ketara dan sangat penting.

Para pelajar sering mengalami trauma bila berhadapan dengan ujian.

Tinggi peratus yang lulus bermakna berjayalah seseorang guru itu mengajar pelajarnya. Sebaliknya, rendah peratus lulus, seseorang guru itu perlu bertindak membaiki cara pengajarannya.

kepentingan penilaian adalah seperti berikut:

i. Untuk mengetahui keupayaan, kemahiran atau pengetahuan asas yang

sedia ada pada pelajar-pelajar dalam perkara-perkara yang hendak diajar.

ii. Untuk menolong guru-guru mengetahui sejauh manakah pelajar-pelajar mereka telah dapat menguasai atau mempelajari perkara yang telah disampaikan.

iii. Untuk membandingkan pencapaian seseorang pelajar dengan teman-teman sekelasnya atau dengan peringkat kelas yang sama di sekolah

iv. Untuk membandingkan tingkat pencapaian pelajar dalam sesuatu bidang subjek dengan bidang yang lain.

v. Untuk menentukan pelajar yang tinggi keupayaan dan juga yang amat lemah dalam pencapaian mereka.

vi. Untuk membuat jangkaan terhadap potensi atau bakat pelajar terhadap pembelajaran. Ini penting untuk menyelaras dan menentukan arah jenis pendidikan pelajar.

vii. Untuk membolehkan guru-guru menilai bahan-bahan dan teknik serta kaedah pengajaran mereka.

Penilaian hendaklah dianggap sebagai sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran (P & P), bukannya semata-mata dijalankan melalui ujian dan peperiksaan sahaja. Ia merupakan satu proses pengumpulan maklumat berkenaan dengan kemajuan dan prestasi pelajar. Dengan itu, di peringkat sekolah berbagai-bagai kaedah penilaian digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang kemajuan dan pencapaian pelajar.

Mengapakah penilaian perlu dijalankan dalam proses pengajaran dan pembelajaran?

Ujian atau sistem peperiksaan adalah “kayu ukur” bagi menyukat sejauh manakah keberkesanan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dalam melahirkan pelajar yang seimbang dalam segenap aspek yang dicita-citakan. Kecemerlangan system penilaian dan peperiksaan akan dapat meletakkan negara pada landasan yang betul untuk merealisasikan wawasan 2020 dengan lahirnya generasi yang berwibawa dan seimbang dalam semua aspek kehidupan. Menurut Cronbach (1970), ujian ialah satu prosedur yang sistematik untuk memerhati perlakuan atau tingkah laku seseorang individu.

SEKIANTERIMA KASIH