19
PPPM KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU EKONOMI RUMAH TANGGA TINGKATAN 3 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU EKONOMI RUMAH TANGGA TINGKATAN 3

Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid KHB ERT Tingkatan 3

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid KHB ERT Tingkatan 3

PPPM KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU EKONOMI RUMAH TANGGA TINGKATAN 3

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PANDUAN PERKEMBANGAN

PEMBELAJARAN MURID

KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU

EKONOMI RUMAH TANGGA

TINGKATAN 3

Page 2: Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid KHB ERT Tingkatan 3

Cetakan 2014

© Lembaga Peperiksaan

Kementerian Pendidikan Malaysia 2014

Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengubah mana-mana bahagian, artikel,

ilustrasi, isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara pun

tanpa mendapat keizinan bertulis daripada Pengarah Peperiksaan, Lembaga

Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Page 3: Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid KHB ERT Tingkatan 3

0

KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT

1 PENDAHULUAN 1

2

3

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN MATLAMAT MATA PELAJARAN

2

3

4 OBJEKTIF MATA PELAJARAN 3

5 OBJEKTIF PENTAKSIRAN 4

6 TAFSIRAN 5

7 KERANGKA STANDARD PRESTASI 6

8 PENYATAAN STANDARD KHB EKONOMI RUMAH TANGGA 7

10 STANDARD PRESTASI KHB EKONOMI RUMAH TANGGA 8

Page 4: Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid KHB ERT Tingkatan 3

1

PENDAHULUAN Mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Ekonomi Rumah Tangga merangkumi komponen Reka Bentuk dan Teknologi, Ekonomi Rumah Tangga serta Perniagaan dan Keusahawanan merupakan mata pelajaran wajib Tingkatan 1 hingga 3 di Sekolah Menengah Rendah. Mata pelajaran ini yang digubal berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebagai usaha pendidikan ke arah mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran teknologi serta keusahawanan dalam usaha membangun modal insan melalui program pendidikan yang berkualiti dan holistik. Pentaksiran Rujukan Standard bagi mata pelajaran ini merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari berdasarkan penyataan standard prestasi yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan oleh kurikulum mata pelajaran ini. Pentaksiran Sekolah dalam bentuk pentaksiran formatif dijalankan seiring dengan proses pengajaran dan pembelajaran atau pentaksiran sumatif di akhir proses pembelajaran. Dokumen Standard Prestasi (DSP) bagi mata pelajaran ini dibina dengan komponen teras iaitu Reka Bentuk dan Teknologi dan komponen elektif iaitu Ekonomi Rumah Tangga sebagai panduan untuk guru membimbing murid dan seterusnya mendapatkan maklumat tentang perkembangan individu serta keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam pembangunan dan pembentukan modal insan. Adalah diharapkan dokumen ini dapat memberi maklumat yang lengkap dan tepat kepada guru tentang Pentaksiran Rujukan Standard bagi mata pelajaran dalam memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan tentang pembinaan modal insan yang berteraskan kepada pembangunan jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Page 5: Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid KHB ERT Tingkatan 3

2

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk

melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada

Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,

bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran

keluarga, masyarakat dan negara.

Page 6: Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid KHB ERT Tingkatan 3

3

MATLAMAT MATA PELAJARAN

Matlamat mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu adalah untuk melahirkan insan yang berdikari, kenal faham teknologi dan ekonomi

serta kreatif, berinisiatif dan yakin diri dalam keadaan teknologi yang sentiasa berubah untuk kehidupan harian.

OBJEKTIF MATA PELAJARAN

OM1 Mengamalkan kreativiti, inovasi dan berdaya usaha dalam mereka bentuk dan menghasilkan produk daripada pelbagai bahan seperti

kayu, papan lapis dan bahan komposit.

OM2 Mengamalkan sikap peka terhadap masalah sekeliling dan mendapatkan idea daripada pelbagai sumber untuk mereka bentuk dan

menghasilkan produk.

OM3 Menjalankan pemasangan dan baik pulih litar elektronik yang akan dinilai.

OM4 Menghasilkan artikel mudah dengan menggunakan mesin jahit.

OM5 Memilih bahan, alatan dan perkakas serta menggunakannya dengan teknik yang betul.

OM6 Mengenal pasti hidangan dan mengurus sajian.

OM7 Mengenal pasti dan menyenggara tempat kediaman.

OM8 Mengenal pasti kepentingan konsumerisme kepada pengguna dan pengeluar.

OM9 Mengumpul, memproses dan mendokumentasikan maklumat secara sistematik dan menggunakannya dengan bijak dalam membuat

keputusan rekaan dan penghasilan projek.

OM10 Mengamalkan peraturan dan budaya kerja yang baik dan selamat.

(Dipetik daripada Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan 3. (2005). Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia. )

Page 7: Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid KHB ERT Tingkatan 3

4

OBJEKTIF PENTAKSIRAN

Berdasarkan matlamat dan objektif mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu, berikut ialah Objektif Pentaksiran (OP) mata pelajaran yang

dikenal pasti untuk mentaksir penguasaan murid dalam mempamerkan;

OP1 Kebolehan berdikari dalam menjalankan kerja buat sendiri.

OP2 Kenal faham terhadap teknologi yang sentiasa berubah untuk kehidupan harian.

OP3 Kenal faham terhadap ekonomi untuk kehidupan harian.

OP4 Kebolehan mengaplikasikan kemahiran bagi menghasilkan sesuatu projek / produk.

OP5 Kebolehan bagi mengaplikasikan kreativiti untuk mereka bentuk dan menghasilkan sesuatu produk / projek.

OP6 Mengamalkan cara bekerja yang sistematik, bijaksana dan dengan teknik yang betul dengan yakin diri.

OP7 Kebolehan mendokumentasikan maklumat secara bersistem.

(Dipetik daripada dokumen format pentaksiran Kemahiran Hidup Bersepadu Ekonomi Rumah Tangga. (2005). Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia.)

Page 8: Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid KHB ERT Tingkatan 3

5

TAFSIRAN

o Band ialah satu label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki digunakan bagi tujuan

pelaporan individu.

o Standard ialah satu penyataan tentang sesuatu domain merujuk kepada tanda aras tertentu dan bersifat generik bagi memberi

gambaran holistik tentang individu.

o Standard Prestasi ialah penyataan tentang tahap perkembangan pembelajaran murid yang diukur berdasarkan standard dan

menunjukkan di mana kedudukan murid dalam perkembangan pembelajarannya. Perkembangan dalam standard itu terbahagi kepada

dua iaitu perkembangan secara mendatar (konstruk) dan perkembangan menegak (band). Perkembangan murid dijelaskan dengan satu

atau lebih qualifier menggunakan perkataan atau rangkai kata yang betul menggambarkan standard dalam bentuk hasil pembelajaran.

o Deskriptor ialah penyataan yang menerangkan apa yang murid tahu dan boleh buat berdasarkan standard di mana kualiti boleh ditaksir

dan dicapai.

o Instrumen ialah alat yang digunakan untuk menguji penguasaan atau pencapaian murid bagi sesuatu domain seperti ujian bertulis, ujian

secara lisan, demonstrasi dan ujian amali.

o Pentaksiran Sekolah merupakan pendekatan pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah berdasarkan tugasan, instrumen pentaksiran,

peraturan dan penskoran yang dibangunkan oleh sekolah merujuk kepada Dokumen Standard Prestasi yang dikeluarkan oleh Lembaga

Peperiksaan.

Page 9: Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid KHB ERT Tingkatan 3

6

KERANGKA STANDARD PRESTASI

1

2

3

4

5

6

Tahu Faham Boleh Buat dengan Beradab

Tahu

Faham Tahu

Boleh Buat Faham Tahu

Tahu Boleh Buat dengan Beradab

Terpuji

Faham

Tahu Boleh Buat dengan Beradab

Mithali

Faham

Page 10: Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid KHB ERT Tingkatan 3

7

PENYATAAN STANDARD KHB EKONOMI RUMAH TANGGA

BAND PENYATAAN STANDARD

6 (Tahu, Faham dan Boleh Buat

dengan Beradab Mithali)

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi, ekonomi rumah tangga serta perniagaan dan keusahawanan secara kreatif dan inovatif.

5 (Tahu, Faham dan Boleh Buat

dengan Beradab Terpuji)

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi, ekonomi rumah tangga serta perniagaan dan keusahawanan secara berinisiatif.

4 (Tahu, Faham dan Boleh Buat

dengan Beradab)

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi, ekonomi rumah tangga serta perniagaan dan keusahawanan secara sistematik.

3 (Tahu, Faham dan Boleh Buat)

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi, ekonomi rumah tangga serta perniagaan dan keusahawanan.

2 (Tahu dan Faham)

Menerangkan tentang reka bentuk dan teknologi, ekonomi rumah tangga serta perniagaan dan keusahawanan.

1 (Tahu)

Menyatakan tentang reka bentuk dan teknologi, ekonomi rumah tangga serta perniagaan dan keusahawanan.

Page 11: Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid KHB ERT Tingkatan 3

8

STANDARD PRESTASI KHB EKONOMI RUMAH TANGGA

TINGKATAN 3

Page 12: Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid KHB ERT Tingkatan 3

9

BIDANG TAJUK BAND DESKRIPTOR

REKA BENTUK

DAN TEKNOLOGI

1. Reka cipta B1

Menyatakan tentang reka bentuk dan penghasilan projek dengan menyenaraikan tiga jenis bahan.

B2 Menerangkan tentang reka bentuk dan penghasilan projek dengan menyenaraikan tiga jenis bahan dari segi kesesuaian penggunaannya.

B3 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka cipta dengan menghasilkan projek reka cipta1.

B4 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka cipta secara sistematik dengan menghasilkan projek reka cipta mengikut prosedur1.

B5 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka cipta secara berinisiatif dengan menghasilkan projek reka cipta dengan daya usaha1.

B6 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka cipta secara kreatif dan inovatif dengan menghasilkan projek reka cipta yang mempunyai nilai tambah1.

reka cipta1 : Menghasilkan produk baharu atau inovasi daripada produk sedia ada. prosedur1 : Membuat projek berdasarkan lakaran. daya usaha1 : Menyelesaikan masalah. nilai tambah1 : Penambahan bahan atau idea yang berfungsi dan mampu menggambarkan idea tersendiri murid.

Page 13: Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid KHB ERT Tingkatan 3

10

BIDANG TAJUK BAND DESKRIPTOR

REKA BENTUK

DAN TEKNOLOGI

2. Elektrik B1 Menyatakan tentang asas elektrik dengan membaca meter kWj

B2 Menerangkan tentang asas elektrik dengan menjelaskan cara mengira kos penggunaan tenaga elektrik.

B3 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas elektrik dengan mengira1 kos penggunaan tenaga elektrik.

B4 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas elektrik secara sistematik dengan mengira kos penggunaan tenaga elektrik mengikut prosedur2.

B5 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas elektrik secara berinisiatif dengan mengira kos penggunaan tenaga elektrik dengan daya usaha2.

B6 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas elektrik secara berinisiatif dengan mengira kos penggunaan tenaga elektrik dan membimbing1.

mengira1 : Menggunakan dua kadar tarif. prosedur2 : Kaedah yang betul. daya usaha2 : Pengiraan yang tepat. membimbing1 :(i) Menjadi contoh dari segi tingkah laku dan hasil kerja.

(ii) Boleh memberi tunjuk ajar kepada murid yang lain.

Page 14: Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid KHB ERT Tingkatan 3

11

BIDANG TAJUK BAND DESKRIPTOR

BENTUK DAN

TEKNOLOGI

3. Asas Elektronik B1

Menyatakan tentang asas elektronik dengan memberikan tiga jenis komponen1

elektronik.

B2 Menerangkan tentang asas elektronik dengan menjelaskan tiga komponen1 elektronik dari segi fungsinya.

B3 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas elektronik dengan membentuk semua kaki komponen, memasang semua komponen dan memateri semua kaki komponen berpandukan lukisan bergambar.

B4 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas elektronik secara sistematik dengan memateri semua kaki dan tamatan komponen mengikut prosedur3.

B5 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas elektronik secara berinisiatif dengan memateri semua kaki dan tamatan komponen elektronik dengan daya usaha3.

B6 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas elektronik secara berinisiatif dengan memateri semua kaki dan tamatan komponen elektronik dan membimbing1.

Komponen1 : Komponen yang dipelajari di tingkatan tiga prosedur3 : (i) Kaedah yang betul

(ii) Komponen berkutub dipasang mengikut kekutuban yang betul. daya usaha3 : Sempurna;

(i) Pematerian kemas (ii) Pematerian kukuh (iii) Kekutuban betul (iv) Mengamalkan langkah keselamatan diri dan alatan

Page 15: Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid KHB ERT Tingkatan 3

12

BIDANG TAJUK BAND DESKRIPTOR

BENTUK DAN

TEKNOLOGI

4. Tempat kediaman B1

Menyatakan tentang tempat kediaman dengan memberikan dua jenis pembersihan.

B2 Menerangkan tentang tempat kediaman dengan menjelaskan dua jenis pembersihan.

B3 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang tempat kediaman dengan melakukan pembersihan pada ruang tempat kediaman.

B4 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang tempat kediaman dengan melakukan pembersihan pada ruang tempat kediaman mengikut prosedur4

B5 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang tempat kediaman dengan melakukan pembersihan pada ruang tempat kediaman dengan daya usaha4

B6 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang tempat kediaman dengan melakukan pembersihan pada ruang tempat kediaman dan membimbing1.

prosedur4 : Alat atau agen pencuci yang betul daya usaha4 : Hasil kerja bersih dan kemas

Page 16: Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid KHB ERT Tingkatan 3

13

BIDANG TAJUK BAND DESKRIPTOR

EKONOMI RUMAH

TANGGA

5. Kaedah membuat biskut dan kek B1

Menyatakan tentang kaedah membuat biskut dan kek dengan memberikan dua biskut yang disediakan dengan kaedah putar.

B2 Menerangkan tentang kaedah membuat biskut dan kek dengan menjelaskan kaedah putar.

B3 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang kaedah membuat biskut dan kek dengan memasak biskut kaedah putar.

B4 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang kaedah membuat biskut dan kek secara sistematik dengan memasak biskut kaedah putar mengikut prosedur5.

B5 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang kaedah membuat biskut dan kek secara berinisiatif dengan memasak biskut kaedah putar dengan daya usaha5.

B6 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang kaedah membuat biskut dan kek secara berinisiatif dengan memasak biskut kaedah putar dan membimbing1.

prosedur5 : Mengikut langkah kerja yang betul daya usaha5 : Rasa dan tekstur yang betul.

Page 17: Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid KHB ERT Tingkatan 3

14

daya usaha6 : Lengan tidak berkedut

BIDANG TAJUK BAND DESKRIPTOR

EKONOMI RUMAH

TANGGA

6. Jahitan B1

Menyatakan tentang jahitan dengan memberikan tiga jenis hiasan dalam jahitan.

B2 Menerangkan tentang jahitan dengan menjelaskan pengertian kuilting, tampal hias dan tampal cantum.

B3 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang jahitan dengan menjahit tampal hias.

B4 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang jahitan secara sistematik dengan menjahit tampal hias mengikut prosedur5.

B5 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang jahitan secara sistematik dengan menjahit tampal hias dengan daya usaha6.

B6 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang jahitan secara sistematik dengan menjahit tampal hias dan membimbing1.

Page 18: Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid KHB ERT Tingkatan 3

15

BIDANG TAJUK BAND DESKRIPTOR

EKONOMI RUMAH

TANGGA

7. Konsumerisme B1

Menyatakan tentang konsumerisme dengan mengenal pasti lima hak pengguna dan tiga tanggungjawab pengeluar kepada pengguna.

B2 Menerangkan tentang konsumerisme dengan menjelaskan tiga hak pengguna dan tiga tanggungjawab pengeluar kepada pengguna.

B3 Menerangkan tentang konsumerisme dengan mengenal pasti kaitan tiga hak pengguna dan tiga tanggungjawab pengeluar kepada pengguna.

B4 Menerangkan tentang konsumerisme dengan mengenal pasti bentuk penyelewengan pengeluar dan akta membantu pengguna.

B5 Menerangkan tentang konsumerisme dengan membuat hubung kait antara bentuk penyelewengan pengeluar dengan hak pengguna dan akta.

B6 Menerangkan tentang konsumerisme dengan membuat penilaian terhadap tindakan yang perlu diambil terhadap penyelewengan oleh pengeluar.

Page 19: Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid KHB ERT Tingkatan 3

16

Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia

Aras 1, 2, 5 – 15, Blok E11, Kompleks Kerajaan Parcel E,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 Putrajaya

Tel. : 03-88843787

Faks : 03-88843783

Web :http://www.moe.gov.my/lp

e-mel : [email protected]