14
MENINGKATKAN PENGGUNAAN HURUF BESAR PADA HURUF PERTAM A DI AWAL AYAT DAN KATA NAMA KHAS, MENGGUNAKAN TEKNIK LATIH TUBI BULATKAN HURUF BESAR (TEKLATU BHB ) OLEH NOOR MAZRITA BINTI AZAM SEKOLAH KEBANGSAAN PAKA 11 23100, PAKA DUNGUN, TERENGGANU. ABSTRAK Penyelidikan ini akan dijalankan untuk meningkatkan penggunaan huruf besar pada huruf pertama di awal ayat dan kata nama khas, menggunakan Teknik Latih Tubi Bulatkan Huruf Besar (TEKLATU BHB).Selain itu, kajian tindakan ini juga dijalankan untuk menilai kesan teknik TEKLATU BHB yang digunakan dapat meningkatkan penguasaan penggunaan huruf besar pada huruf pertama awal ayat dan kata nama khasPengumpulan data adalah melalui Dokumen, pemerhatian, ujian, temu bual dan soal selidik .Fokus sample kajian terdiri daripada 6 orang murid tahun 3 yang telah dipilih setelah ujian diagnostik dilakukan.Disamping itu, kajian tindakan yang akan dibuat dapat membantu dalam pengajaran dan pembelajaran guru. Kata kunci : Huruf besar, awal ayat, kata nama khas, teknik latih tubi, bulatkan huruf besar,Bahasa Malaysia.

Meningkatkan penggunaan huruf besar pada huruf pertama di awal ayat dan huruf pertama kata nama khas

Embed Size (px)

DESCRIPTION

proposal

Citation preview

Page 1: Meningkatkan penggunaan huruf besar pada huruf pertama di awal ayat dan huruf pertama kata nama khas

MENINGKATKAN PENGGUNAAN HURUF BESAR PADA HURUF PERTAMA DI

AWAL AYAT DAN KATA NAMA KHAS, MENGGUNAKAN TEKNIK LATIH

TUBI BULATKAN HURUF BESAR (TEKLATU BHB )

OLEH

NOOR MAZRITA BINTI AZAM

SEKOLAH KEBANGSAAN PAKA 11

23100, PAKA

DUNGUN, TERENGGANU.

ABSTRAK

Penyelidikan ini akan dijalankan untuk meningkatkan penggunaan huruf besar pada huruf

pertama di awal ayat dan kata nama khas, menggunakan Teknik Latih Tubi Bulatkan Huruf

Besar (TEKLATU BHB).Selain itu, kajian tindakan ini juga dijalankan untuk menilai kesan

teknik TEKLATU BHB yang digunakan dapat meningkatkan penguasaan penggunaan huruf

besar pada huruf pertama awal ayat dan kata nama khasPengumpulan data adalah melalui

Dokumen, pemerhatian, ujian, temu bual dan soal selidik .Fokus sample kajian terdiri

daripada 6 orang murid tahun 3 yang telah dipilih setelah ujian diagnostik

dilakukan.Disamping itu, kajian tindakan yang akan dibuat dapat membantu dalam

pengajaran dan pembelajaran guru.

Kata kunci : Huruf besar, awal ayat, kata nama khas, teknik latih tubi, bulatkan huruf

besar,Bahasa Malaysia.

Page 2: Meningkatkan penggunaan huruf besar pada huruf pertama di awal ayat dan huruf pertama kata nama khas

1.0 PENGENALAN.

Kemahiran menulis amat penting dan perlu dikuasai oleh murid-murid.Penguasaan yang baik

dalam kemahiran menulis ini membolehkan murid-murid melahirkan idea dan pendapat serta

pandangan mereka melalui penulisan.Kemahiran menulis yang baik juga dipengaruhi oleh

pengurusan aspek tatabahasa yang baik oleh seseorang murid.Aspek tatabahasa yang

terangkum dalam bidang morfologi ini mempunyai cakupan ilmu yang luas.Salah satu

daripadanya ialah aspek tanda baca mempengaruhi markah bagi peperiksaan mereka terutama

pada bahagian penulisan karangan.Pengkaji telah mengenal pasti kesalahan yang sering

dilakukan oleh murid iaitu aspek penggunaan huruf besar dalam penulisan ayat.Oleh yang

demikian, pengkaji akan menjalankan satu penyelidikan dalam salah satu aspek masalah yang

sering dilakukan oleh murid-murid iaitu dalam aspek tatabahasa.Kesalahan yang

dimaksudkan ialah dari segi penggunaan huruf besar dalam penulisan ayat.Murid-murid

mengambil sikap sambal lewa terhadap kesalahan ini.Mereka tidak menggunakan huruf besar

pada tempat yang betul.Sebagai contohnya, penggunaan huruf besar pada permulaan ayat,

awal kata nama khas dan sebagainya.Pengkaji ingin meningkatkan kemahiran murid dalam

penggunaan huruf besar ini supaya kesalahan ini tidak akan berulang dan terbawa-bawa

dalam penulisan ayat nanti.

1.1 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.

Sewaktu menyemak latihan murid tahun 3 Mukmin yang terdiri daripada murid-murid yang

sederhana pencapaian akademiknya pengkaji dapat mengesan satu masalah

penulisan.Pengkaji melihat murid-murid tidap dapat menguasai penggunaan huruf besar pada

tempat yang betul. Murid-murid menggunakan huruf besar kekadang ditengah-tengah ayat

dan tidak pada kata nama khas.

Setelah bersoal jawab secara rawak dengan murid, pengkaji dapati murid-murid yang

melakukan kesilapan penulisan huruf besar di awal ayat dan pada kata nama khas sebenarnya

mereka tidak memahami konsep penggunaan huruf besar yang betul dan kata nama

khas.Mereka menulis sekadar penglihatan pada teks-teks yang pernah diberikan oleh guru

sebelum ini.Kekadang mereka keliru terhadap penggunaan huruf besar yang betul.

Page 3: Meningkatkan penggunaan huruf besar pada huruf pertama di awal ayat dan huruf pertama kata nama khas

Hal ini disebabkan murid-murid tidak menguasai aspek tatabahasa dengan baik.Masalah ini

merupakan cabang daripada proses penulisan dengan baik yang perlu dikuasai oleh murid-

murid pada peringkat awal agar pada peringkat yang lebih tinggi ianya tidak mengganggu

markah penulisan mereka.Justeru itu, pengkaji merasakan masalah penggunaan huruf besar

pada awal ayat dan kata nama khas ini perlu diperbetulkan segera pada peringkat awal

lagi.Berdasarkan masalah ini, pengkaji berpendapat satu kajian tindakan perlu dilakukan oleh

guru.Sesungguhnya, kajian tindakan ini akan memberi peluang kepada guru untuk lebih

bertanggungjawab terhadap pengajarannya.Manakala sebagai pengkaji mereka dapat

merenung dan membuat pertimbangan terhadap isu pengajaran yang dihadapi, mencari punca

masalah, merancang bentuk kajian, melaksanakan kajian dan menganalisis data serta

membuat refleksi.

1.2 SOROTAN LITERATUR.

Sepanjang pelaksanaan kajian ini, pengkaji akan menerapkan salah satu prinsip pembelajaran

yang diperkenalkan oleh Thorndike (1911) iaitu Hukum Latihan.Hukum Latihan menegaskan

bahawa hubungan rangsangan dan gerak balas akan menjadi kukuh dengan adanya

pengulangan dan latihan yang banyak serta pelbagai.Maka teori pedagogi ini adalah sejajar

dengan prinsip teknik latih tubi yang akan pengkaji terapkan dalam kajian.

Pusat Perkembangan Kurikulum (2003) menyatakan kemahiran menulis merujuk kepada

keupayaan murid menulis perkataan dan ayat dengan betul.Ini bermakna murid diajar cara-

cara menulis perkataan dan ayat dengan tulisan yang cantik dan betul bermula semenjak

pertama kali menjejak kaki kea lam persekolahan.Namun demikian, situasi ini adalah

berlainan dengan mruid tahun tiga tetapi masih mempunyai masalah menulis huruf besar

dengan betul.

Kamarudin Husin (1988), menyatakan tujuan latih tubi ialah untuk mencapai taraf

pengguasaan kemahiran tersebut dan disamping itu, menjamin ketekalannya.Pemilihan teknik

latih tubi ini juga dapat membantu melatih otot-otot tangan.Lina Ping Madang (2010) turut

menggunakan kaedah latih tubi dalam membantu peserta memantapkan kemahiran menulis

huruf.

Page 4: Meningkatkan penggunaan huruf besar pada huruf pertama di awal ayat dan huruf pertama kata nama khas

Merujuk Modul Pengenalan Pendidikan Bahasa Melayu (2011), menerangkan tentang teknik

latih tubi (TEKLATU) merupakan aktiviti pengulangan fakta-fakta yang

dipelajari.Tujuaannya untuk mencapai taraf penguasaan kemahiran di samping menjamin

ketekalannya.Teknik ini boleh digunakan untuk mencapai sesuatu kemahiran seperti

kemahiran menyebut perkataan, ayat-ayat atau mengingat fakta-fakta penting.Melalui teknik

ini pelajar akan mengalami proses mendengar, melihat, memikirkan maksud perkataan-

perkataan serta tugasnya dalam situasi yang penggunaan perkataan-perkataan itu.

Dalam kajian yang akan dilaksanakan, pengkaji akan menggunakan teknik latih tubi dengan

penekanan membulatkan huruf besar pada awal ayat dan kata nama khas.Teknik ini pengkaji

namakan Teknik Latih Tubi Bulatkan Huruf Besar (TEKLATU BHB).

2.0 FOKUS KAJIAN.

Fokus kajian adalah aspek yang sangat penting untuk diberi perhatian oleh pengkaji dalam

melaksanakan kajian tindakan.Melalui fokus kajian, pengkaji dapat memastikan masalah

sebenar yang dihadapi oleh murid dan mencari penyelesaian terbaik untuk mengatasi masalah

tersebut.

2.1 Tinjauan Masalah.

Fokus kajian bagi kajian tindakan ini adalah bertumpu kepada masalah penguasaan

penggunaan huruf besar pada awal ayat dan kata nama khas.Melalui hasil pemerhatian

pengkaji dapat mengenalpasti masalah iaitu penggunaan teknik yang kurang sesuai untuk

murid memahami konsep penggunaan huruf besar pada awal ayat dan kata nama khas.Murid-

murid perlu diberi penekanan tentang konsep tatabahasa huruf besar kerana ia merupakan

teknik asas dalam membina ayat dan menghasilkan penulisan atau karangan.Justeru itu, jika

konsep ini telah dikuasai terlebih dahulu oleh murid, maka barulah mudah untuk guru

menyelesaikan masalah penguasaan penggunaan huruf besar dengan betul.

Page 5: Meningkatkan penggunaan huruf besar pada huruf pertama di awal ayat dan huruf pertama kata nama khas

2.2 Pemerhatian.

Pengkaji secara kebetulan, memberi latihan “Salin semula ayat dengan menggunakan huruf

besar di tempat yang betul”.Kemudian murid-murid dikehendaki menyalin ayat dengan

membetulkan huruf besar ayat tersebut.Melalui pemerhatian ketika menanda kertas latihan

pengkaji dapati terdapat murid-murid yang begitu ketara kesalahan penggunaan huruf

besarnya.Sebagai contoh murid hanya menulis huruf besar pada awal ayat tidak pada selepas

tanda nokhtah dan kata nama khas.Bagi murid yang lemah pula pada awal ayat pun masih

membuat kesilapan dengan menggunakan huruf kecil.

Berdasarkan pemerhatian pengkaji merasakan harus membantu murid-murid ini untuk

meningkatkan kemahiran dan kefahaman penggunaan huruf besar melalui teknik latih tubi

membulatkan huruf besar (TEKLATU BHB) yang dirancangkan.Latihan yang berulang

dengan penekanan pada huruf besar akan memberi pemahaman yang lebih baik kepada

murid-murid dalam konsep penggunaan huruf besar pada tempat yang betul.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN/SOALAN KAJIAN

Di akhir kajian, pengkaji berharap akan dapat mencapai beberapa objektif iaitu:

3.1 Objektif Umum.

Meningkatkan kemahiran dalam pengguasaan kemahiran penggunaan huruf besar.

3.2 Objektif Khusus.

i. Meningkatkan kemahiran penggunaan huruf besar pada permulaan ayat dan kata nama

khas.

ii. Mengekalkan kefahaman tentang penggunaan huruf besar pada tempat yang betul

dengan teknik TEKLATU BHB

Page 6: Meningkatkan penggunaan huruf besar pada huruf pertama di awal ayat dan huruf pertama kata nama khas

3.3 Soalan Kajian.

i. Adakah murid dapat menggunakan huruf besar pada permulaan ayat dan kata nama

khas dengan betul.

ii. Sejauhmanakah penggunaan teknik latih tubi membulatkan huruf besar (TEKLATU

BHB) dapat mengekalkan kefahaman murid terhadap konsep penggunan huruf besar

pada tempat yang betul.

4.0 KUMPULAN SASARAN.

Kumpulan sasaran adalah kumpulan yang mewakili respondon pengkaji dalam melaksanakan

kajian tindakan.Kumpulan sasaran adalah sangat penting kerana data yang dikumpul oleh

pengkaji dalam melaksanakan kajian diperolehi daripada kumpulan sasaran.

4.1 Latar Belakang Sekolah.

Kajian ini dilakukan di sebuah sekolah di daerah Dungun dan terletak di Pusat Kegiatan Guru

(PKG) Paka.Sekolah ini dinamakan Sekolah Kebangsaan Paka 11, 23100 Paka, Dungun.Pada

tahun 2014 sekolah tersebut dianugerahkan Sekolah Kluster Kecemerlangan.

4.2 Latar Belakang Murid.

Respondon terdiri daripada pelajar tahun 3 Mukmin yang terdiri daripada 30 orang, fokus

kajian 6 orang respondon.Pengkaji telah menggunakan borang soal selidik latar belakang

peserta kajian (Lampiran) dan meminta murid-murid mengisi borang tersebut serta

menghantarnya semula setelah diisi kepada pengkaji.Bagi borang soal selidik tersebut, data

yang dianalisa adalah seperti berikut:

i. Jantina

ii. Umur

iii. Pekerjaan ibu/bapa

iv. Tahap kefahaman terhadap pengajaran guru.

v. Tahap keseronokan belajar.

Page 7: Meningkatkan penggunaan huruf besar pada huruf pertama di awal ayat dan huruf pertama kata nama khas

Soal selidik akan dikendalikan dengan cara menghantar borang soal selidik terus kepada guru

dan murid yang terlibat.Penyelidik akan memberikan penerangan secara terus kepada guru-

guru yang akan diberikan borang soal selidik.

5.0 TINDAKAN.

5.1 Prosedur Pelaksanaan Tindakan.

Pengkaji menggunakan Model Gelung Kajian Tindakan Stephen Kemmis dan Mc Taggart

(1988).Model Stephen Kemmis dan Mc Taggart terdiri daripada 4 peringkat iaitu mereflek,

merancang, bertindak dan memerhati.

Rajah 5.1.1: Kitaran Kajian Menurut Stephen Kemmis dan Mc Taggart.

Mereflek.

Berdasarkan pemerhatian, peserta kajian masih tidak mengetahui konsep penggunaan huruf

besar secara jelas.Keduanya,peserta kajian juga tidak mengetahui akan penggunaan huruf

besar pada kata nama khas.Selain itu, peserta kajian juga ada yang menulis huruf besar

ditengah-tengah ayat dan masih tidak mengetahui bahawa selepas nokhtah masih

MEREFLEK

MEMERHATI

MERANCANG

BERTINDAK

Page 8: Meningkatkan penggunaan huruf besar pada huruf pertama di awal ayat dan huruf pertama kata nama khas

menggunakan huruf besar.Bukan itu sahaja, peserta kajian juga masih samar-samar dengan

konsep kata nama khas yang memerlukan penggunaan huruf besar.

Merancang.

Bagi menyelesaikan isu utama dalam kajian ini pengkaji akan menggunakan Teknik Latih

Tubi penekanan membulatkan huruf besar yang diberi nama TEKLATU BHB.Teknik ini

pengkaji akan memberi latihan yang berulang dengan memberi penekanan membulatkan

huruf besar di awal ayat dan pada kata nama khas dengan tujuan ia akan mengukuhkan

ingatan penggunaan huruf besar pada tempat yang betul kepada murid.

Bertindak.

Pengkaji akan menggunakan Kaedah rawatan TEKLATU BHB bagi mengatasi masalah

tersebut.Instrumen kajian yang digunakan oleh pengkaji dalam kajian ini pula adalah melalui ,

pemerhatian, ujian pos,temubual dan soal selidik .Kumpulan sasaran yang dikenal pasti

adalah seramai 6 orang selepas menjalankan Ujian Pra.

Memerhati.

Pada peringkat pemerhatian dan refleksi ini, pengkaji telah meneliti dan membuat penilaian

kendiri mengenai kajian yang telah dijalankan.Pengkaji melakukan analisis secara manual dan

kesemua keputusan ujian pra dan pos direkodkan dalam bentuk jadual dan dipindahkan dalam

bentuk graf.

5.2 PROSEDUR PENGUMPULAN DATA.

Pengumpulan data akan dijalankan di dalam kelas 3 Mukmin yang terdiri daripada 30 orang

murid, fokus kajian 6 orang peserta kajian.

Dokumen.

Pengkaji akan mengumpul data berdasarkan markah ujian yang lepas dan juga hasil-hasil

kerja sample ujian yang lepas.

Pemerhatian.

Pengkaji akan menggunakan senarai semak pemerhatian bagi mengesan perilaku dan minat

murid terhadap tajuk yang diajarkan oleh guru (Lampiran 2)

Page 9: Meningkatkan penggunaan huruf besar pada huruf pertama di awal ayat dan huruf pertama kata nama khas

UJian Pra Dan Pos.

Proses mengumpul maklumat dan data yang paling ketara boleh dilihat oleh pengkaji melalui

ujian pra dan ujian pos.Ujian merupakan kaedah yang digunakan untuk mengutip data bagi

menilai dan mengesan kefahaman murid terhadap penggunaan huruf besar dalam kemahiran

menulis yang dipelajari .Ujian boleh dijalankan secara lisan ataupun bertulis (pada kertas

ujian).Ujian digunakan untuk membandingkan prestasi murid sebelum dan selepas sesuatu

rawatan atau program intervensi dijalankan.Keputusan yang akan diperolehi daripada ujian

Boleh menjadi satu indicator yang baik tentang pencapaian atau penguasaan terhadap sesuatu

kemahiran atau pengetahuan yang telah diajar kepada murid.

Temu Bual.

Pengkaji akan bertanyakan soalan-soalan berkaitan minat atau tanggapan peserta kajian

terhadap konsep tatabahasa penggunaan huruf besar di awal ayat dan pada kata nama

khas.Dalam kajian ini pengkaji akan menemubual 6 orang peserta kajian.Dalam temu bual ini,

soalan-soalan yang dikemukan adalah berkaitan dengan keberkesanan teknik TEKLATU

BHB yang akan dilaksanakan.Temubual ini akan dilaksanakan selepas sesi pengajaran dan

pembelajaran.(Lampiran 3)

Soal Selidik.

Soal selidik digunakan untuk mendapatkan persepsi respondon kajian terhadap keberkesanan

kajian tindakan.Soal selidik ini mengandungi 5 item(Lampiran 1)

5.3 PERANCANGAN ANALISIS DATA.

Analisa data adalah salah satu elemen terpenting dalam melaksanakan sesuatu kajian.Melalui

analisis dan interprestasi data yang terpenci dan menyeluruh, penyelidik dapat memastikan

objektif kajian yang dilaksanakan berjaya dicapai dan menjawab soalan kajian.Data-data yang

diperolehi dari instrument kajian akan dianalisa dengan menggunakan penganalisaan data

kualitatif.

Page 10: Meningkatkan penggunaan huruf besar pada huruf pertama di awal ayat dan huruf pertama kata nama khas

5.3.1 Analisa Dokumen.

Pengumpulan data melalui analisis dokumen dapat memberikan maklumat yang relevan

kepada isu dan masalah yang dikaji.Dokumen adalah sumber yang paling mudah kepada guru

kerana maklmumat yang diperlukan telah sedia ada.Contoh dokumen yang boleh digunakan

adalah melalui:

ii. Kertas peperiksaan dan ujian bulanan.

iii. Tugasan dan buku latihan murid.

5.3.2 Analisa Pemerhatian.

Pengkaji akan menganalisa data melalui pemerhatian, iaitu dengan memerhati perubahan yang

akan berlaku selepas dan sebelum Teknik Latih Tubi Bulatkan Huruf Besar (TEKLATU

BHB) dipraktikan dalam pengajaran dan pembelajaran.Hasil daripada pemerhatian tersebuat

pengkaji akan mencatat dan dibuat perbandingan perubahan-perubahan yang berlaku.

5.3.3 Ujian Pra Dan Ujian Pos.

Bagi mengganalisis data pencapaian murid, pengkaji akan membuat satu Pra Ujian dan Ujian

Post bagi mengenalpasti perbezaan pencapaiaan.Aktiviti akan dijalankan seperti berikut:

Item 1 :

1. Membaca ayat mudah dan lengkapkan dengan penggunaan huruf besar.

2. Mengesan penggunaan huruf besar dengan menanda bulatan pada ayat tersebut.

3. Menyalin semula ayat tersebut dengan menggunakan huruf besar di tempat yang

bertanda bulat.

Item 2:

1. Membaca ayat yang diberi tanpa huruf besar di permulaan ayat.

2. Salin semula ayat dengan menggunakan huruf besar di tempat yang sesuai.

(Huruf besar ditanda bulatan pada permulaan ayat sahaja).

Item 3 :

1. Membaca ayat-ayat mudah yang diberi tanpa huruf besar.

2. Menyalin semula ayat tersebut dengan menggunakan huruf besar di tempat yang

sesuai.(Huruf besar ditanda bulatan untuk memudahkan murid mengecam huruf besar)

Page 11: Meningkatkan penggunaan huruf besar pada huruf pertama di awal ayat dan huruf pertama kata nama khas

Guru akan membuat analisis jawapan dan markah ujian murid.

BIL NAMA SAMPLE KAJIAN UJIAN PRA UJIAN POS

1 SAMPLE KAJIAN 1

2 SAMPLE KAJIAN 2

3 SAMPLE KAJIAN 3

4 SAMPLE KAJIAN 4

5 SAMPLE KAJIAN 5

6 SAMPLE KAJIAN 6

Setelah markah ujian pra dan pos diperolehi pencapaian ini akan dipindahkan dalam bentuk

Graf.

5.3.4 Analisa temubual.

Dalam kajian ini, pengkaji akan menemu bual ke enam-enam responden.Analisi data temu

bual akan membolehkan pengkaji mengenalpasti tahap keberkesanan teknik yang digunakan

dan pemahaman terhadap penggunaan huruf besar di awal huruf ayat dan pada kata nama

khas.Temubual ini akan dilaksanakan selepas sesi pengajaran dan pembelajaran.

Contoh soalan temu bual adalah seperti berikut:

i. Adakah kamu rasa cara ini dapat membantu kamu menulis ayat dengan menggunakan

huruf besar dengan betul?

ii. Apakah pandangan anda terhadap teknik latih tubi bulatkan huruf besar yang cikgu

gunakan semasa mengajar dalam penulisan ayat dengan menggunakan huruf besar?.

iii. Apakah cadangan anda untuk membantu cikgu memperbaiki teknik bulatan yang

cikgu gunakan semasa pangajaran tadi?.

5.3.5 Analisa Soal Selidik.

Maklumat tentang pemahaman subjek kajian tentang penggunaan huruf besar di awal ayat

dan pada kata nama khas akan dipeolehi melalui soal selidik.Terdapat 8 soalan soal selidik

yang akan dikemukakan.Berdasarkan jawapan-jawapan daripada hasil soal selidik dapat

dijadikan analisa dalam masalah kajian.Contoh borang soal selidik adalah seperti berikut:

Page 12: Meningkatkan penggunaan huruf besar pada huruf pertama di awal ayat dan huruf pertama kata nama khas

Bil Soalan Pilihan Jawapan

1

(Sangat

tidak setuju)

2

(Tidak

setuju)

3

(Setuju)

4

(Sangat

Setuju)

1. Saya faham tentang penggunaan huruf besar.

2. Saya faham penggunaan huruf besar yang betul.

3. Saya faham penggunaan huruf besar di awal ayat.

4. Saya faham penggunaan huruf besar pada kata nama

khas.

5. Adakah latihan berulang boleh meningkatkan pemahaman

terhadap penggunaan huruf besar.

6. Adakah teknik latih tubi membulatkan huruf

besar(TEKLATU BHB) pada

awal ayat dan kata nama khas dapat meningkatkan

pemahaman anda.

7. Adakah teknik latih tubi membulatkan huruf

besar(TEKLATU BHB) pada awal ayat dan kata nama khas

dapat meningkatkan ingatan anda terhadap penggunaan huruf besar yang betul.

8. Adakah minat anda terhadap Bahasa Malaysia semakin

bertambah.

Page 13: Meningkatkan penggunaan huruf besar pada huruf pertama di awal ayat dan huruf pertama kata nama khas

5.4 MERANCANG JADUAL PELAKSANAAN KAJIAN.

5.4.1 Jadual cadangan pelaksanaan kajian.

BIL AKTIVITI TARIKH

PELAKSANAAN

1. Mengenal pasti masalah. Mei 2014

2. Ujian diagnostik Mei 2014

3. Pengumpulan data. Jun 2014

4. Menulis kertas cadangan (proposal) kajian tindakan. Julai 2014

5. Merancang tindakan (individu/panitia) Ogos 2014

6. Melaksanakan tindakan (aktiviti 1) September 2014

7. Membincangkan masalah yang timbul dalam

tindakan 1

September 2014

8. Melaksanakan tindakan (aktiviti 2) Oktober 2014

9. Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan (aktiviti 2)

Oktober 2014

10. Melaksanakan tindakan (aktiviti 3) November 2014

11. Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan

(aktiviti 3)

November 2014

12. Ujian untuk mengesan pencapaian murid November 2014

13. Refleksi Kajian Disember 2014

14. Menulis laporan kajian Disember 2014

15. Pembentangan dapatan kajian Januari/febuari 2014

16. Penghantaran laporan kajian Mac 2014

5.4.2 Anggaran kos kajian.

BIL JENIS BAHAN KUANTITI

HARGA SEUNIT

(RM)

JUMLAH KOS

(RM)

1. Kertas A4 12 X 5 60.00

2. Printer Catridge 85 X 1 85.00

3. Fotostat Bahan 60.00

4. Buku Catatan Guru 5 X 2 10.00

JUMLAH 215.00

Page 14: Meningkatkan penggunaan huruf besar pada huruf pertama di awal ayat dan huruf pertama kata nama khas