7
DIFTONG

Maksud diftong

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Maksud diftong

DIFTONG

Page 2: Maksud diftong

- gabungan dua bunyi vokal yang dilafazkan secara berterusan dalam satu hembusan nafas.- terhasil apabila bunyi satu vokal menggeluncur dengan cepatnya ke suatu vokal lain. - dianggap sebagai satu suku kata, dan dilambangkan oleh dua vokal tetapi bertindak sebagai satu fonem. 

Page 3: Maksud diftong

- Ertinya, lidah pada mulanya diletakkan pada keadaan sebagaimana membunyikan sesuatu vokal, kemudian digeluncurkan ke arah membunyikan vokal yang lain. - Terdapat tiga jenis diftong, iaitu ai, au, dan oi. - Untuk menghasilkan bunyi diftong ai, lidah berkeadaan sebagaimana membunyikan vokal “a”, dan secara cepat geluncurkan lidah ke arah membunyikan vokal “i” pula.

Page 4: Maksud diftong

VOKAL BERGANDING

Page 5: Maksud diftong

Vokal bergading boleh ditemui dalam kebanyakan perkataan bahasa Melayu seperti perkataan 'taat', 'saat', 'muat', 'buat', 'kain', 'sains', dan sebagainya. Cara penyebutannya kelihatan seperti terasing dan agak janggal, namun lidah Melayu memudahkannya dengan sekali sebut tetapi seperti terdapat huruf tertentu ditambah di antara gandingan vokal tersebut.

Page 6: Maksud diftong

Sebagai contoh, perkataan 'laut' tidak akan disebut sebagai [la.ut] tetapi kedengaran seperti adanya penambahan /w/ dalam sebutan tersebut menjadi [la.wut]. Tetapi perlu diingat bahawa cara mengejanya tetap 'laut', dan salah jika dieja sebagai 'lawut'. Ini turut menjelaskan bahawa perkataan tersebut mempunyai dua suku kata bukan satu suku kata.

Page 7: Maksud diftong