Maksud dialek geografi dan dialek sosial (1)

  • View
    2.545

  • Download
    12

Embed Size (px)

Text of Maksud dialek geografi dan dialek sosial (1)

MAKSUD DIALEK GEOGRAFI DAN DIALEK SOSIAL

HMA 101- PENGANTAR BAHASA MELAYU

Nurshahida binti IsmailSiti Aidah binti OthmanSiti Atikah binti SulongSiti Musliha binti AhmadSyahirah Sulha binti Mohd Sokri

Bincangkan maksud dialek geografi dan dialek sosial. Kemukakan persamaan dan perbezaan kedua-dua variasi bahasa ini.MAKSUD DIALEK GEOGRAFI DAN DIALEK SOSIALPengelasan antara dialek.Bahasa

PenggunaPenggunaan Dialek Geografi Dialek sosial dan laras (Berdasarkan daerah) (Berdasarkan aspek sosial)1) Maksud dialek.

Mengikut kamus dewan bahasa dan pustaka edisi ke-4 mukasurat 369, dialek bermaksud satu bentuk bahasa yang digunakan dalam sesuatu daerah atau sesuatu kelas sosial, berbeza daripada bahasa standard dan loghat.

Dialek ialah kelainan bahasa yang berbeza dari segi sebutan , kosa kata dan tatabahasa daripada bahasa baku. Dialek digunakan dalam situasi tidak rasmi dalam perhubungan kekeluargaan dan perhubungan harian.2) Maksud geografi.

Mengikut kamus dewan bahasa dan pustaka edisi ke-4 mukasurat 486, geografi bermaksud sains tentang fitur-fitur semula jadi permukaan bumi, topografi, iklim, tanah, tumbuh-tumbuhan dan gerak balas manusia terhadapnya.

3) Maksud sosial.

Mengikut kamus dewan bahasa dan pustaka edisi ke-4 mukasurat 1442, sosial bermaksud segala hal yang berkaitan dengan masyarakat dan kemasyarakatan. Berkaitan dengan persahabatan, pergaulan dan aktiviti masa lapang. Suka bergaul dan bercampur dengan masyarakat.

MAKSUD DIALEK GEOGRAFIMengikut Nik Safiah Karim dalam bukunya yang berjudul Sosiolinguistik Bahasa Melayu dan Pengajaran mukasurat 5, dialek geografi bermaksud sesuatu bahasa mungkin mempunyai banyak variasi, bergantung kepada sejarah perkembangannya, jumlah penduduk dan luas daerah penyebarannya.

Variasi bahasa yang terhasil akibat ruang geografi yang berbeza.

Perbezaan sebutan dialek geografi merujuk kepada perbezaan tempat asal pengguna tersebut.

Variasi bahasa wujud akibat faktor pengguna.

Mengikut Asmah Haji Omar dalam bukunya yang berjudul Susur Galur Bahasa Melayu mukasurat 109, dialek geografi juga bermaksud memberi keterangan kepada kejadian-kejadian atau peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam sejarah bahasa yang berkenaan yang menurunkan dialek-dialeknya atau perkembangan-perkembangan yang berlaku dalam masing-masing dialek itu secara tersendiri atau secara berkaitan dengan dialek-dialek lain.

Dialek geografi (pengguna) orang yang menggunakan bahasa ; didapati bahawa bahasa boleh dibezakan dari segi orang yang menggunakannya (Halliday, 1968).

10MAKSUD DIALEK SOSIALMatthews, P.H (1997: 344)

Bentuk pertuturan yang dikaitkan dengan kelas sosial atau kumpulan yang sama dalam sesebuah masyarakat, berbeza dengan dialek yang biasa yang dikaitkan dengan kawasan atau daerah geografi.

Holmes (1992: 140) Dialek sosial dibezakan menerusi ciri lafaz, kosa kata dan tatabahasa mengikut kumpulan sosial penutur.

Mengikut kamus dewan bahasa dan pustaka edisi ke-4 mukasurat 369, dialek sosial bermaksud variasi bahasa yang dituturkan oleh sesuatu kumpulan sosial atau lapisan masyarakat bahasa, misalnya bahasa istana.

Variasi bahasa yang terhasil berdasarkan aspek penggunaan telah menghasilkan dialek sosial.

Dialek sosial (penggunaan) kesesuaian jenis bahasa yang digunakan dengan keadaan sewaktu penggunaan bahasa itu (Halliday, 1968).

Perbezaan antara dialek geografi dan dialek sosialDialek Georafi

SebutanPerkataan air akan menjadi ayaq/ayo

Gaya Lagu BahasaDialek Perak biasanya mempunyai sebutan yang lebih laju daripada Negeri Sembilan

TatabahasaPenggunaan imbuhan per- & -kanperbesar (dialek kedah) dan besarkan (dialek johor)

Kosa KataPerkataan bewoh-dialek Kelantan bermaksud kenduri

Kata Ganti DiriPerkataan demo-dialek Kelantan bermaksud awakPekataan hang-dialek utara bermaksud awak

* Dialek Sosial (Bahasa Pasar & Bahasa Selanga)TATABAHASAHukum DM dan penjodoh bilangan diabaikanOrang ini disebut ini orang

PENGGUNAAN KATA PENGUATPenggunaan perkataan punya dan banyakAdiknya menjadi dia punya adikSakit sangat menjadi banyak sakit

KATA GANTI NAMABanyak dipengaruhi oleh bahasa ibundaSaya disebut gua

SEBUTANKebanyakannya di pengaruhi oleh pelat bahasa ibunda penutur,contohnya penutur cinaOrang menjadi olangTak ada menjadi talak

*BAHASA SLANGA Kosa kata yang digunakan oleh golongan remaja mempunyai maksud tersendiriawek.,kantoi,sempoi,tangkap lentok

Persamaan dialek geografi dan dialek sosialPenggunaan bahasa dialek yang samaCONTOH

Penghubung komunikasiMenjadi bahasa pertuturan masyarakat di sesebuah tempat mengikut dialek di sesebuah tempat tersebut

JOHORKELANTANSaingSaingPenggunaan bahasa baku untuk tujuan perhubungan umumDalam tujuan formal, menggunakan bahasa baku seperti dalam penulisan surat rasmi, syarahan dan sebagainya.

Digunakan secara lisan atau tulisan Secara lisan melalui pertuturan manakala secara tulisan melalui penulisan tidak formal seperti SMSSecara kesimpulannya, dialek merupakan variasi bahasa yang berbeza dari segi kosa kata dan sebutan. Sesuatu bahasa mempunyai beberapa jenis dialek dan salah satu daripada jenis dialek menjadi variasi bahasa. Sebagai contohnya Bahasa Melayu sendiri mempunyai variasi bahasa seperti bahasa baku, dialek geografi dan dialek sosial.KESIMPULAN