33
TOKOH : TUNKU ABDUL RAHMAN PUTERA AL-HAJ NAMA :################# TINGKATAN :################## NAMA GURU :#################333

(KKS)TUNKU ABDUL RAHMAN

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: (KKS)TUNKU ABDUL RAHMAN

TOKOH :TUNKU ABDUL RAHMAN PUTERA AL-HAJ

NAMA :#################TINGKATAN :##################NAMA GURU :#################333

Page 2: (KKS)TUNKU ABDUL RAHMAN

Yang teramat mulia TUNKU ABDUL RAHMAN PUTERA AL-HAJ

PERDANA MENTERI MALAYSIA PERTAMA

Page 3: (KKS)TUNKU ABDUL RAHMAN

Kandungan

bil Kandungan Muka surat

1 isi kandungan 32 Biodata 43 Penghargaan 54 Objektif kajian 65 Kaedah kajian 76 Rumusan 87 Lampiran

Page 4: (KKS)TUNKU ABDUL RAHMAN

NAMA ##############

K/P ##################

TINGKATAN ##########

SEKOLAH #####################

NAMA GURU #################

Tempoh berjawat31.ogos.195722 september 1970

Page 5: (KKS)TUNKU ABDUL RAHMAN

Raja : Abdul Rahman Hisamuddin Alam Shah Putra Ismail Nasiruddin Shah

Timbalan : Abdul Razak Hussein Didahului oleh ; Pejabat ditubuhkan

Digantikan oleh : Abdul Razak Hussein

Tarikh lahir : 8 Februari 1903

Tempat lahir : Alor Star, Kedah, British Malaya

Meninggal : 6 Disember 1990 (umur 87)Kuala Lumpur, Malaysia

Parti politik : Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu-Parti Perikatan/National Front

Pasangan : Meriam Chong (1933 – 1935) Violet Coulson (1935 – 1946) Sharifah Rodziah Syed Alwi Barakbah (1939 – 1990)

Pekerjaan : Peguam

Agama : Islam

Almarhum Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah [8

Februari 1903-6 Disember 1990]merupakan

Page 6: (KKS)TUNKU ABDUL RAHMAN

perdana menteri Persekutuan Tanah Melayu dan 1955 ,dan Perdana Menteri pertama sejak kemerdekaan pada tahun 1957 sehingga

1970.Pembentukan Malaysia pada tahun 1963 merupakan salah satu pencapaiannya yang

teragung.biasanya dikenali sebagai “tunku”.beliau juga dikenali sebagai “Bapa Kemerdekaan”dan

“Bapa Malaysia”

Page 7: (KKS)TUNKU ABDUL RAHMAN

i) kehidupan peribadi

ii)pendidik

an

iii)keluarg

a

Page 8: (KKS)TUNKU ABDUL RAHMAN

i)kehidupan peribadidilahirkan di Istana Tiga Tingkat,Alor

Setar ,Kedah .lebih dikenali sebagai Istana Pelamin ,tunku merupakan anak lelaki yang ke-7 dan anak

ke-20 kepada Sultan Abdul Hamid Halim Shah , Sultan Kedah yang ke-24.Bondanya Cik

Menyelara ,isteri Sultan Abdul Hamid yang tidak berdarah gahara ,ialah anak perempuan Luang Naraborirak [Kleb],seorang pengawai daerah

Thailand.Kelahiran Tunku disambut secara biasa sahaja kerana beliau bukan bakal pengganti Sultan

Kedah .

Semasa kecil,Tunku digelar Awang kerana rupa parasnya tidak sesegak adik beradiknya yang

lain.beliau bebasbermain di luar istana dan pernah membentuk pasukan bola sepak kampung.Tunku melastik dan mengendap burung ,serta bermain

lumpur sehingga menghidapi penyakit puru dikakinya .

Page 9: (KKS)TUNKU ABDUL RAHMAN

ii)pendidikan tunku bermula pendidikannya pada 1909 di sekolah rendah Melayu di Jalan Baharu,Alor

Setar .Biasa berbahasa Siam di rumah ,Beliau belajar bahasa melayu di sekolah itu .Seorang guru pula datang ke rumahnya untuk mengajar bahasa

inggeris.Tunku kemudian berpindah ke sebuah sekolah kerajaan bahasa inggeris yang kini

dinamakan Kolej Sultan Abdul Hamid.beliau belajar di sekolah pada waktu siang manakala petang

beliau mengaji Al-Quran .Pada tahun 1913 sewaktu berumur 10

tahun ,Tunku dihantar ke Bangkok untuk menetap bersama Tunku Yusuf ibni Sultan Abdul

Hamid,abang sulungnya ,dan belajar di Sekolah Thebsirintrawat .1915 ,tunku pulang dan

meneruskan pendidikannya di Penang Free School .

Pada tahun 1919 ketika berumur 16 tahun, Tunku menerima Biasiswa Negeri Kedah untuk

melanjutkan pendidikannya di Kolej St Catharine di

Page 10: (KKS)TUNKU ABDUL RAHMAN

Universiti Cambridge. Beliau merupakan penuntut pertama untuk menerima pendidikan di United

Kingdom dibawah tajaan Kerajaan Negeri Kedah. Ketika Tunku tidak dibenarkan tinggal di asrama St Catharine kerana dasar aparteid ('kulit berwarna')

masih diamalkan, beliau membantah kepada William Peel, Penasihat British kepada Kedah.

Akhirnya, pengetua sekolah itu terpaksa meminta maaf.

Dari segi berpakaian, Tunku agak kebaratan. Semasa beliau dihantar ke England, tiada

sepasang pun baju Melayu yang dibawa. Tunku dan keluarganya hanya menempah pakaian Barat

di kedai Pritchards di Pulau Pinang. Ketika di England, Tunku amat berlainan dengan Sultan

Perak yang berbaju Melayu, siap dengan tengkolok.

Mula-mulanya, Tunku mengambil jurusan undang-undang bersama rakannya, Ivor Jenning (Sir), H.V.

Davies dan George Brown, tetapi kemudian bertukar kepada jurusan sastera (Sejarah). Beliau suka bersiar-siar dengan motosikal Riley Sport dan kereta mewah, dan melakukan 28 kesalahan trafik

jalan raya semasa berada di Cambridge. Tunku tidak dapat menduduki peperiksaan akhir Ijazah

Sarjana Muda Sastera kerana terlupa jadual waktu peperiksaan. Dengan bantuan dan kerjasama

daripada sahabatnya, Taib Andak, beliau memperolehi ijazahnya pada tahun 1925.

Page 11: (KKS)TUNKU ABDUL RAHMAN

Pada tahun 1927, Tunku dihantar semula ke England untuk belajar undang-undang di Universiti Cambridge kerana keluarganya tidak berpuas hati

dengan keputusannya yang lalu. Beliau lulus semester pertama dalam jurusan undang-undang

di Inner Temple pada tahun 1930. Selepas pemulangannya, Tunku bertugas sebagai Pegawai

Latihan di Pejabat Penasihat Undang-Undang Kedah pada tahun 1931, dan dilantik sebagai

Pegawai Jajahan untuk Kuala Nerang pada tahun berikutnya. Beliau dipindahkan ke Pulau Langkawi pada tahun 1935 oleh Clayton, Penasihat British sewaktu itu. Pada tahun 1937, Tunku bertugas

sebagai Pegawai Jajahan di Sungai Petani bersamping bertindak sebagai hakim daerah dan

Pengerusi Lembaga Kebersihan Sungai Petani. Sebuah masjid di Sungai Petani telah dinamakan

Masjid Rahmaniah sempena nama Tunku.Pada tahun 1938, Tunku pergi semula ke England

buat kali yang ketiga untuk menyambung pelajaran undang-undangnya. Antara temannya ialah Sardon Haji Jubir. Beliau kembali ke Kedah

pada tahun 1939 kerana terdapatnya berita bahawa perang akan meletus di Eropah. Pada

1940, beliau dilantik sebagai Timbalan Pengarah Perkhidmatan Pasukan Kawalan Am Selatan Kedah.Pada 9 Disember 1941, Tunku menyorokkan Sultan

Abdul Hamid Halim Syah, ayahandanya yang ketika itu berumur 80 tahun, sewaktu pegawai

Page 12: (KKS)TUNKU ABDUL RAHMAN

British hendak membawanya ke India. Bagi beliau, tidak wajarlah seseorang sultan melarikan diri daripada tanah airnya sewaktu peperangan. Berpakaian Tentera Utara Australia, Tunku

menculik ayahandanya yang ketika itu bersama dengan Syed Abu Bakar al Idrus, seorang Merinyu

Kesihatan Kedah dan menyembunyikannya di Sedim, dekat dengan Kulim, di bawah jagaan

Penghulu Wahab. Tunku Badlishah, Pemangku Raja Kedah, tidak berpuas hati dengan tindakan Tunku

yang membelakangkannya sebagai bakal pengganti Sultan Kedah.

Pada 19 Disember 1941, Sultan Abdul Hamid dibawa semula ke Alor Star. Jepun mengiktiraf

baginda sebagai Sultan Kedah tetapi pentadbirannya diletakkan di bawah Gabernor dan

Tentera Jepun. Sultan Abdul Hamid meninggal pada tahun 1943. Semasa Jepun memerintah,

Tunku kekal sebagai Pegawai Jajahan Kulim tetapi ditemani oleh Ohata, seorang pegawai Jepun yang pernah menjadi tukang gunting di pekan Alor Star.

Tunku menyambung semula pendidikannya di Inner Temple pada tahun 1947. Sewaktu tempoh itu, Tunku bertemu dengan Abdul Razak Hussein. Beliau dipilih sebagai presiden untuk Persatuan Pelajar Melayu Britain, dan Abdul Razak, yang

berumur 26 ketika itu, dipilih sebagai setiausaha. Semasa itu, Tunku menyertai "Persatuan Pelajar India Islam" yang menuntut kemerdekaan India.

Page 13: (KKS)TUNKU ABDUL RAHMAN

Beliau juga berkempen untuk Lyold George Jurith, seorang calon Parti Liberal. Tunku akhirnya

dilayakkan menjadi peguam pada tahun 1949.Seorang yang bersemangat kesukanan, Tunku

memulakan pertandingan bola sepak antarabangsa yang digelar "Pesta Bola Merdeka" pada tahun

1957. Pada tahun berikutnya, beliau dipilih sebagai presiden pertama untuk Konfederasi Sepak Bola

Asia (AFC), sebuah jawatan yang beliau memegang sehingga 1976.

iii)KeluargaPada tahun 1933, Tunku berkahwin dengan

Mariam, seorang wanita kacukan Cina-Siam yang merupakan anak perempuan tauke lombong di Alor Star. Beliau dikurniakan dengan dua cahaya mata,

iaitu Tunku Ahmad Nerang Putra dan Tunku Khadijah. Mariam meninggal dunia pada tahun

1934 kerana menghidapi penyakit malaria di Kuala Nerang, Kedah.

Selepas kematian Mariam, Tunku berkahwin dengan Violet Coulson, bekas tuan rumahnya di

England. Antara saksi perkahwinannya di Geylang Serai, Singapura ialah Syed Ahmad al Sagoff.

Tunku mengalami nasib yang sama seperti Tunku Yusuf ibni Sultan Abdul Hamid. Dititahkan untuk menceraikan Violet oleh Pemangku Raja Kedah,

Tunku kemudian berkahwin dengan Sharifah

Page 14: (KKS)TUNKU ABDUL RAHMAN

Rodziah Syed Alwi Barakbah, seorang saudara jauh yang juga merupakan adik Syed Omar Barakbah, rakan sekuliahnya di England, pada tahun 1939.

Perkahwinan ini direstui kerana berketurunan Arab yang ternama dan kaya di Kedah. Oleh sebab

perkahwinan ini tidak mendapat seorang anak pun, mereka mengambil tiga anak angkat iaitu Faridah,

Sulaiman dan Mariam. Tunku juga telah mengahwini seorang yang berbangsa Cina pada

tahun 1963 dengan rahsia dan telah mendapat dua orang cahaya mata perempuan yang diberi nama

Tunku Noor Hayati dan Tunku Mastura.

Page 15: (KKS)TUNKU ABDUL RAHMAN
Page 16: (KKS)TUNKU ABDUL RAHMAN

i)kerjaya politik

ii)laluan ke

kemerdekaan

iii)sebagai perdana menteri

Page 17: (KKS)TUNKU ABDUL RAHMAN

i)Kerjaya politikSelepas pemulangannya ke Malaya pada tahun

1949, Tunku ditugaskan untuk bekerja di sebuah pejabat Pegawai Undang-undang di Alor Star.

Beliau kemudian meminta perpindahan ke Kuala Lumpur di mana beliau menjadi Timbalan

Pendakwa Raya dan selepas itu, dilantik sebagai Yang Dipertua Mahkamah Sesyen.

Pada tempoh itu, semangat nasionalisme bertambah hebat di kalangan kaum Melayu di

tengah-tengah pengisytiharan penubuhan Malayan Union oleh Britain. Datuk Onn Jaafar mengetuai

Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) untuk menentangi Malayan Union (sila lihat:

Sejarah Malaysia) dan Tunku menyertai partinya. Pada Ogos 1951, suatu krisis di dalam UMNO memaksakan Datuk Onn meletakkan jawatan

sebagai presiden parti dan Tunku dilantik sebagai presiden yang baru. Beliau memegang jawatan itu

selama 20 tahun.

ii)Laluan ke kemerdekaanPada tahun 1954, Tunku mengetuai sekumpulan

perwakilan ke London untuk memperolehi kemerdekaan Malaya. Bagaimanapun, percubaan sulung itu tidak berjaya. Pada tahun yang berikut, pilihan raya persekutan yang pertama diadakan.

Parti Perikatan yang pada saat itu merupakan parti

Page 18: (KKS)TUNKU ABDUL RAHMAN

campuran UMNO dengan MCA memenangi 51 daripada 52 kerusi yang ditandingi. Tunku dilantik sebagai Ketua Menteri Malaya yang pertama. MIC yang mewakili kaum India kemudian menyertai

Parti Perikatan pada tahun 1955.Pada tahun 1955, Tunku membuat lagi satu

perjalanan ke London untuk berunding tentang kemerdekaan Malaya. Pada kali ini, beliau berjaya,

dan 31 Ogos 1957 diputuskan sebagai tarikh kemerdekaan. Sewaktu bendera British diturun di

Kuala Lumpur pada hari kemerdekaan, Tunku mengetuai orang ramai untuk menyorak

"Merdeka!". Gambar-gambar Tunku dengan tangan yang diangkat naik, dan perakaman-perakaman

suaranya yang penuh emosi tetapi berazam mengetuai sorakan, kini merupakan lambang

kemerdekaan Malaysia yang biasa.

ii)Sebagai Perdana MenteriSelepas kemerdekaan, Tunku mendominasikan politik Malaya dan memimpin Parti Perikatan ke

kemenangan besar dalam pilihan raya umum pada tahun 1959 dan 1964. Pembentukan Malaysia pada

tahun 1963 merupakan salah satu daripada pencapaian Tunku yang teragung.

Tunku pertama sekali mencadangkan sebuah persekutuan Malaya, Singapura, Sabah, Sarawak, dan Brunei dalam ucapannya kepada "Persatuan

Page 19: (KKS)TUNKU ABDUL RAHMAN

Wartawan Asing Asia Tenggara" pada tahun 1961 di Singapura. Pada 16 September 1963, dengan

persekutuan negeri-negeri tersebut kecuali Brunei, beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia yang

pertama.Bagaimanapun, faktor-faktor perkauman

bertambah buruk dengan pemasukan Singapura yang menaikkan bahagian kaum Cina sehingga hampir-hampir 40%. Kedua-dua UMNO dan MCA

berasa tegang terhadap daya tarikan Parti Tindakan Rakyat (PAP pada waktu itu,

diperlihatkan sebagai sebuah parti sosialis yang radikal) Lee Kwan Yew kepada pengundi-pengundi di Malaya. Untuk mengatasi kebimbangan itu, Parti Perikatan mencuba membentukkan sebuah parti di Singapura untuk mencabar kedudukan Lee di sana. Sebagai gerak balas, Lee mengancam bahawa PAP akan menyertai Pilihan Raya Persekutuan 1964 di

Malaya, walaupun terdapatnya perjanjian awal bahawa beliau tidak akan berbuat demikian (sila lihat Hubungan PAP-UMNO. Ini membangkitkan

kemarahan Tunku yang mendesak supaya Singapura meninggalkan Malaysia.

Pada 7 Ogos 1965, Tunku mengumumkan kepada Parlimen Malaysia di Kuala Lumpur bahawa

Parliamen haruslah mengundi untuk menyokong peninggalan Singapura daripada Persekutuan. Dalam perkataannya, Parliamen harus memilih untuk "memutuskan semua pertalian dengan

Page 20: (KKS)TUNKU ABDUL RAHMAN

sebuah Kerajaan Negeri yang tidak mempertunjukkan sebarang kesetiaan kepada Kerajaan Pusat" berbanding kaedah yang tidak

diingini untuk menindas tindakan PAP. Pemisahan dan kemerdekaan Singapura menjadi rasmi pada 9

Ogos 1965.Pada tahun 1961, Tunku menubuhkan Pertubuhan

Asia Tenggara (ASA) yang memperkumpulkan Malaya, Thailand dan Filipina Perkumpulan ini

kemudian digantikan dengan perkumpulan yang lebih besar, iaitu Persatuan Negara-negara Asia

Tenggara (ASEAN), pada 8 Ogos 1967.Dalam Pilihan Raya Umum 1969, majoriti Parti

Perikatan dikurangkan dengan hebat. Perhimpunan-perhimpunan tunjuk perasaan yang mengikuti pilihan raya itu mencetuskan rusuhan kaum pada 13 Mei di Kuala Lumpur. Sebahagian

pemimpin-pemimpin UMNO yang diketuai oleh Tun Abdul Razak kritis terhadap cara pengendalian

krisis itu oleh Tunku, dan MAGERAN, sebuah jawatan kuasa darurat, mengambil alih kuasa dan

mengisytiharkan keadaan darurat.Kuasa Tunku sebagai Perdana Menteri dibatasi

secara besar, dan pada 22 September 1970, beliau terpaksa meletakkan jawatan sebagai Perdana

Menteri. Tunku kemudian meletakkan jawatannya sebagai Presiden UMNO pada Jun 1971 di tengah-tengah penentangan hebat oleh 'Turki Muda' yang

Page 21: (KKS)TUNKU ABDUL RAHMAN

terdiri daripada penentang-penentang parti seperti Dr Mahathir dan Musa Hitam. Pasangan itu

kemudian masing-masing menjadi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

Dengan pakaian rasmi.

Kegiatan IslamSelepas menjadikan Islam sebagai agama Malaysia

yang rasmi pada 1960, Tunku mengasaskan Pertubuhan Kebajikan Agama Islam (PERKIM),

sebuah pertubuhan untuk membantu mualaf Islam untuk menyesuaikan diri kepada penghidupan

baru. Beliau memegang jawatan Presiden PERKIM sehingga setahun sebelum kematiannya.

Pada 1961, Malaysia menjadi tuan rumah kepada "Pertandingan Membaca Al-Quran Peringkat

Antarabangsa" yang pertama, suatu peristiwa yang diperkembangkan daripada gagasan Tunku

Page 22: (KKS)TUNKU ABDUL RAHMAN

sewaktu beliau mengadakan pertandingan tahap negeri yang pertama di Kedah pada tahun 1951.

Pada 1969, Tunku membantu menubuhkan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan

dilantikkan sebagai Setiausaha Agung yang pertama. Beliau kemudian menubuhkan Bank

Pembangunan Islam sebagai sebuah institusi yang khusis di dalam OIC. Tunku juga merupakan

Presiden "Majlis Da'wah Islamiah Serantau Asia Tenggara dan Pasifik" (RISEAP) dari 1982 sehingga

1988.

Tunku Abdul Rahman pada tahun-tahun yang akhirnya.

Kehidupan kemudianPada 1977, setelah memperolehi sebahagian besar

hak milik The Star, sebuah syarikat surat khabar

Page 23: (KKS)TUNKU ABDUL RAHMAN

yang berasaskan di Pulau Pinang, Tunku menjadi pengerusinya. Ruang-ruangnya, "Mengenang

kembali" ("Looking Back") dan "Sebagaimana yang Saya Perlihatkan" ("As I See It") kritis kepada

kerajaan, dan pada tahun 1987, Perdana Menteri Dr Mahathir mengharamkan surat khabar itu. Ini

menyebabkan perpecahan di dalam UMNO, dengan Tunku dan bekas Perdana Menteri, Tun Hussein

Onn menubuhkan sebuah parti baru yang digelar "UMNO Malaysia", tetapi pendaftarannya

dibatalkan oleh Dr Mahathir yang menubuhkan UMNO Baru. Tunku kemudian menyokong

Semangat 46 yang merupakan kumpulan serpihan UMNO yang diketuai oleh Tengku Razaleigh

Hamzah. Beliau berkempen dengan cergas untuk Semangat 46 dalam Pilihan Raya Umum 1990, tetapi sewaktu itu, kesihatannya telah merosot.

Meninggal duniaDalam tahun-tahun terakhirnya, Tunku tinggal di

sebuah rumah di Pulau Pinang.Apabila sakit beliau dirawat di Hospital Besar Kuala Lumpur .Beliau

meninggal dunia pada 6 Disember 1990 sewaktu berumur 87.Jenazah dibawa ke kediamannya di

Bukit Tunku dan esoknya disemadikan di Makam Diraja Langgar, Alor Star.

Garis masa

Page 24: (KKS)TUNKU ABDUL RAHMAN

1903: Dilahirkan pada 8 Februari di Istana Tiga Tingkat, Alor Setar yang lebih dikenali sebagai Istana Pelamin.

1913 (umur 10): Beliau dihantar ke Bangkok untuk menetap bersama Tunku Yusuf ibni Sultan Abdul Hamid, iaitu abang sulung Tunku Abdul Rahman. Tunku belajar di Sekolah Debsirindir, Bangkok.

1916 (umur 13): Pulang ke Kedah dan memasuki Penang Free School.

1919 (umur 16): Belajar di England. 1925 (umur 22): Memperolehi Ijazah Sarjana

Muda Sastera (Sejarah) dengan bantuan dan kerjasama dari sahabatnya Taib Andak.

1927 (umur 24): Dihantar semula ke England untuk belajar undang-undang di Universiti Cambridge kerana keluarganya tidak berpuas hati dengan keputusannya yang lalu.

1930 (umur 27): Lulus semester pertama, jurusan undang-undang di Inner Temple.

1931 (umur 28): Berkhidmat sebagai pegawai latihan di Pejabat Penasihat Undang-Undang Kedah dengan gaji sebanyak RM300.00 sebulan, dan kemudiannya sebagai Penolong Pegawai Jajahan di Kulim.

1932 (umur 29): Berkhidmat sebagai Pegawai Jajahan di Kuala Nerang.

1933 (umur 30): Berkahwin dengan Mariam, gadis kacukan Cina-Siam, anak tauke lombong Cina di Alor Setar. Akhir 1933, Mariam

Page 25: (KKS)TUNKU ABDUL RAHMAN

melahirkan anak perempuan dan dinamakan Tunku Khatijah ibni Tunku Abdul Rahman. Kemudian anak lelaki bernama Tunku Ahmad Nerang ibni Tunku Abdul Rahman.

1934: Mariam meninggal dunia kerana penyakit malaria di Kuala Nerang, Kedah. Tunku berkahwin dengan kekasih lamanya Violet Coulson di Geylang Serai, Singapura.

1935 (umur 32): Dipindahkan ke Pulau Langkawi oleh Penasihat British, Clayton. Selain itu , perkahwinan Tunku dengan Violet kurang direstui.

1937 (umur 34): Bertugas sebagai Pegawai Jajahan di Sungai Petani.Beliau juga bertindak sebagai hakim daerah Sungai Petani dan Pengerusi Lembaga Kebersihan Sungai Petani.

1938 (umur 37): Pergi ke England buat kali ke-3 untuk menyambung pelajaran dalam bidang undang-undang. Antara temannya ialah Saadon Zubir. Tunku berbaik semula dengan isterinya yang telah diceraikan , Violet Coulson.

1939 (umur 36): Kembali ke Kedah kerana ada berita perang akan meletus di Eropah.Berkahwin dengan Syarifah Rodziah binti Syed Barakbah .Syarifah Rodziah Syed Syeikh Barakbah ialah adik rakan sekuliahnya di England iaitu Syed Omar Barakbah. Perkahwinan ini tidak mendapat seorang anak pun.

Page 26: (KKS)TUNKU ABDUL RAHMAN

1940 (umur 37): Dilantik sebagai Timbalan Pengarah Perkhidmatan Pasukan Kawalan Am Selatan Kedah.

1941 (umur 38): Jepun menyerang Kota Bharu , Kelantan pada 8 Disember.

1947 (umur 44): Berangkat semula ke England untuk menyambung pengajian * 1948 (umur 45): Dipanggil ke bar di Inner Temple.

1949 (umur 46): Pulang ke Tanah Melayu. Pada mulanya, beliau dihantar ke pejabat Pegawai Undang-undang di Alor Star. Kemudian beliau memohon untuk bertukar ke Kuala Lumpur. Di Kuala Lumpur, Tunku menjadi Timbalan Pendakwa Raya dan kemudiannya, dilantik sebagai Presiden Mahkamah Sesi.

1946: Menyertai UMNO. 1951 (umur 48): Menjadi Presiden UMNO pada

Oktober sewaktu Datuk Onn Jaafar meletakkan jawatan. Menganjurkan Pertandingan Membaca Al-Quran peringkat negeri yang pertama di Kedah.

1954 (umur 51): Mengetuai satu rombongan ke England untuk berbincang bagi menuntut kemerdekaan bagi Tanah Melayu, tetapi kunjungan itu tidak berhasil.

1955 (umur 52): Pilihan raya persekutuan umum yang pertama diadakan, dan Parti Perikatan(Barisan Nasional) memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. Dengan majoriti ini, Tunku Abdul Rahman telah

Page 27: (KKS)TUNKU ABDUL RAHMAN

dilantik sebagai Ketua Menteri Tanah Melayu yang pertama. Satu lagi rombongan ke London diadakan.

1956 (umur 53): England bersetuju untuk memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Sebaik pulang dari England, Tunku mengisytiharkan berita gembira ini buat kali pertamanya pada 20 Februari di Bandar Hilir, Melaka.

1957 (umur 54): Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos. Memperkenalkan kejohanan Pestabola Merdeka, yang merupakan pertandingan bolasepak antarabangsa.

1958 (umur 55): Dilantik sebagai Presiden pertama Asian Football Confederation (AFC) (1958 – 1976).

1960 (umur 57): Menubuhkan Pertubuhan Kebajikan Islam (PERKIM), sebuah pertubuhan untuk membantu golongan mualaf dalam menyesuaikan hidup baru sebagai Muslim.

1961 (umur 58): Memulakan penubuhan Association of Southeast Asia (ASA) yang menggabungkan Tanah Melayu, Thailand dan Filipina. Menjadi tuan rumah Pertandingan Membaca Al-Quran Peringkat Antarabangsa yang pertama.

1963 (umur 60): Membentuk Malaysia pada 16 September, apabila Tanah Melayu bergabung

Page 28: (KKS)TUNKU ABDUL RAHMAN

dengan Singapura, Sarawak dan Borneo Utara (sekarang Sabah).

1967 (umur 64): ASA dibubarkan untuk memberi laluan kepada persatuan yang lebih besar, iaitu Association of Southeast Asian Nations.

1969 (umur 66): Membantu menubuhkan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan dilantik sebagai Setiausaha Agungnya yang pertama.

1971 (umur 68): Meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno dan digantikan oleh timbalannya, Datuk Abdul Razak Hussein.

1982 (umur 79): Menjadi Presiden Majlis Dakwah Serantau Asia Tenggara dan Pasifik (RISEAP) (1982 – 1988).

1990 (umur 87): Mangkat pada 6 Disember, dan disemadikan di Makam Diraja Langgar di Alor Star.

Penulisan1.Challenging times : Tunku Abdul Rahman

Putra / Sunting oleh J.S. Solomon: Pelanduk Publications , 2007

2.Malaysia : the road to independence : Pelanduk, 2007.

3.Political awakening : Pelanduk Publications, c1986.

Page 29: (KKS)TUNKU ABDUL RAHMAN

4.Pandang Balik : Heinemann Educational Books, 1980.

5.Sudut Pandangan : Heinemann Educational Books, 1979.

6.Looking back : the historic years of Malaya and Malaysia: Pustaka Antara, 1977.

7.Last we forget

*Penghargaan*terlebih dahulu saya Mohd Izzunuddin bin Kassim

ingin merakamkan ucapan penghargaan saya kepada Puan Pengetua sekolah iaitu Pn.Misliah bt Masari yang memberikan kebenaran kepada saya

untuk menjalankan kajian ini selepas waktu persekolahan .saya juga ingin mengucapkan

terima kasih kepada guru sejarah saya ,Encik Saiful bin Salim kerana

Page 30: (KKS)TUNKU ABDUL RAHMAN

Telah sudi memberikan bimbingan dan tunjuk ajar dalam menjalankan projek .Saya juga ingin

mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada kedua –dua ibu bapa saya iaitu

Tuan Kassim bin Hassanar dan Puan Basilah bt Abdul Mulatif yang telah member dorongan dan bantuan untuk saya menjalankan kajian ini. Saya juga amat bersyukur kerana mendapat kerjasama

dan pertolongan daripada sahabat – sahabat saya .Akhir sekali ,tidak lupa juga terima kasih diucapkan kepada beberapa pihak yang telah menolong saya bagi menyiapkan tugasan ini .

*Objektif kajian*Dalam menyiapkan kajian terhadap tokoh ini iaitu

Almarhum Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj . Saya telah mendapat banyak pengalaman

sepanjang melakukan tugasan ini. Objektif kajian ini adalah untuk saya menambahkan pengetahuan

saya mengenai tokoh ini . Malah saya telah ke Perpustakaan Desa di Pasoh 4 untuk lebih

Page 31: (KKS)TUNKU ABDUL RAHMAN

mengenali tokoh ini .Selain itu , kajian ini bertujuan menyedarkan masyarakat betapa pentingnya kita

mengenali tokoh-tokoh perdana menteri selain daripada tokoh yang saya pilih iaitu Almarhum

Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj . Akhir sekali ,ia adalah intuk saya menghargai dan menyanjungi

jasa dan pengorbanan yang dilakukan oleh mantan perdana menteri Almarhum Tunku Abdul Rahman

Putera Al-Haj.

*Kaedah kajian*

Dalam menyiapkan kerja khusus ini ,saya telah membuat kajian dengan cara melayari Internet di

laman sesawang http://ms.wikipedia.org/wiki/Tunku_Abdul_Rahman .

Dan akhir sekali saya telah mengimbas kembali keratan akhbar di akhbar Berita Harian yang bertarikh 11 Oktober 2008 mengenai Mantan

Page 32: (KKS)TUNKU ABDUL RAHMAN

Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj .

*Rumusan*Hasil kajian yang saya jalankan ,saya dapat

mengenali latar belakang tokoh tersebut dengan mengenali latar belakang tokoh tersebut dengan

lebih mendalam .Malah saya memperoleh semangat patriotik apabila mengkaji sumbangan

yang telah dicurahkan oleh mantan perdana menteri iaitu Tunku Abdul Rahman Putera Al-

Haj .MelaluiKajian ini juga ,saya dapati ramai generasi

masyarakat tanpa mengira kaum menghormati ,menghargai,dan mengenang jasa mantan perdana menteri Tunku Abdul Rahman

Putera Al-Haj .Selain itu,kajian ini dapat member kesedaran kepada generasi yang akan dating belia

di Negara kita tentang betapa besarnya sumbangan Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj bagi membebaskan negara kita daripada kuasa

penjajah .Ia juga dapat memupuk jiwa masyarakat supaya generasi masa kini dapat merangka

wawasan pada masa akan datang untuk mempertahankan kedaulatan negara

Page 33: (KKS)TUNKU ABDUL RAHMAN

*Lampiran*

Gambar di atas menunjukkan gambar Mantan Perdana Menteri Iaitu Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj