Click here to load reader

Kesultanan melayu melaka~

  • View
    402

  • Download
    4

Embed Size (px)

DESCRIPTION

sharing is caring, together-gether we winning~

Text of Kesultanan melayu melaka~

  • 1. KESULTANANMELAYU MELAKAKERAJAAN MELAYUTRADISIONAL

2. PARAMESWARA PENGASASKESULTANAN MELAYU MELAKA Pengasas Kesultanan Melayu Melaka ialah Parameswara pada sekitar tahun1400. Selepas kejatuhan kerajaan Srivijaya yang berpusat di Palembang,kerajaan Majapahit telah menguasai kawasan Srivijaya termasuk Palembang.Penguasaan ini ditentang oleh Raja Palembang dan puteranya, Parameswara.Demi mengembalikan kedaulatan bangsa dan negara, Parameswara telahberusaha membebaskan Palembang daripada Majapahit, tetapi tidak berjaya. 3. Parameswara terpaksa berundur hingga sampai ke Temasik yang diperintah olehTemagi dibawah naungan Siam telah menerima kedatangaannya. Kedudukangeografi Temasik yang strategik telah menyebabkan Parameswara membunuhTemagi untuk menjadi Pemerintah Temasik. Tindak balas segera dari Siam denganmengatur serangan balas telah menyebabkan Parameswara dan pengikutnyamelarikan diri ke Muar Dan Membuka penempatan baru yang dikenali sebagaiMelaka. 4. PENGENALAN Sejarah Melaka bermula dengan pengasasan oleh Parameswara, bangsawan Srivijaya dariPalembang, keturunan majapahit, pada tahun 1400 -1403. Pada awalnya Baginda telah lari mencari perlindungandi Temasik (ketika itu dikuasai olehSiam). Diancam Siam apabila membunuh Temagi (pemerintahTemasik). Melaka mulanya merupakan perkampungan kecil berkembang menjadi pusat perdagangan(Mengambil alih peranan Srivijaya). Pengislaman Parameswara pada tahun1414 telah menjadikan Melaka sebagai pusatperdagangan dan pengembangan agama Islam yang terulung dirantau ini. Zaman Keagungan Melaka adalah semasa pemerintahan Sultan Mansur Syah dan zamankejatuhan pula adalah semasa zaman Sultan Mahmud Syah. 5. Bersebelahan Selat Melaka. Parameswara memilih Melaka untuk membina kerajaan baru kerana kedudukan Melakastrategik di perairan Selat Melaka yang menjadi laluan kapal-kapal perdagangan. Kemudahan air bersih. Terdapat juga kemudahan air bersih yang mencukupi untuk kegunaan rakyat dan sebagainya. Terlindung daripada tiupan angin monsun. Kedudukan Melaka juga terlindung daripada tiupan angin monsun. Dengan ini, kegiatanperdagangan dapat dijalankan dengan lancar. Muka buminya yang strategik dan selamat. Pokok bakau di pinggir laut boleh dijadikan benteng pertahanan sekiranya diserang musuh,manakala muka bumi yang berbukit bukau dijadikan petunjuk untuk kapal dagang yang belayardi lautan. 6. 1. Istilah Arab Pedagang-pedagang Arab selalu menyebut Mulaqah yang bermaksud pertemuan. Ada juga yang menyebut Malakat yang bermaksud himpunan segala dagang.2. Mitos Hindu Pokok Melaka dikenali sebagai Amalaka dalam bahasa Sanskrit yang mereka percayaadalah pokok pertama di alam semesta. Pokok ini juga dipercayai merupakan tempat kediaman Dewa Brahma, Vishnu danShivadegan. Buah pokok Melaka dikatakan mempunyai kuasa ajaib.3. Sejarah Melayu Ketika berehat di bawah sebatang pokok, Parameswara menyaksikan anjing buruannyaditendang seekor pelanduk. Kejadian ini dianggap luar biasa. Parameswara memilih namaMelaka untuk menamakan negeri itu sempena nama pokok tersebut. 7. Sistem pemerintahan yang tersusun.- Jawatan seperti Bentara dan Biduanda kecil diwujudkan.- Mewujudkan system pemerintahan teratur dengan sistem jawatan mempunyai tugas berbeza.- Sebagai contoh, 40 orang Bentara yang dilantik akan melaksanakan tugas yang diperintahkan Raja. Kemudahan pelabuhan untuk perdagangan.- Menyediakan kemudahan pelabuhan untuk pedagang seperti kemudahan membaiki kapal, kemudahan gudangbagi menyimpan barang-barang dagangan dan tempat tinggal untuk pedagang, serta bekalan air dan makanan. Hubungan diplomatik dengan negara luar.- Menjalinkan hubungan diplomatik dengan Negara lain seperti China.- China mengiktiraf kedaulatan Melaka dan Parameswara sebagai Sultan dengan menghantar Laksamana YinChing (1404) dan Cheng Ho (1405 - 1409) untuk melawat Melaka.- Kerajaan China juga mengurniakan paying kuning, cap mohor dan sepersalinan pakaian sebagai tandapengiktirafan Melaka sebuah kerajaan berdaulat.- Melaka menjadi negeri naungan China. Hubungan ini menyelamatkan Melaka daripada ancamanSiam. 8. Mengupah orang laut untuk menjaga keselamatan.- Orang-orang laut diupah untuk menjaga keselamatan Melaka.- Orang Laut mahir dalam seni mempertahankan diri dan gagah berani.- Orang Laut juga mahir dengan selok-belok Selat Melaka.- Mereka membantu membawa barang dan membekalkan hasil laut selain bersikap taat dan setia. Ikatan konsep daulat.- Penduduk Melayu ketika itu terdiri daripada kaum Melayu, Orang Laut dan Orang Asli.- Kemajuan Melaka ketika itu turut dipengaruhi sikap rakyatnya yang setia kepada pemerintah,bersedia berkorban demi Negara tercinta dan menghargai jasa pemimpin.- Kosnsep daulat telah menyatukan pemimpin dan rakyat dalam bersama-sama membangunkanMelaka. 9. 1) Terletak di tengah laluan perdagangan- Kedudukan Melaka yang berada di tengah-tengah laluan barat dan timur serta terlindung daripadaangin monsun telah mengalakkan pedagang untuk dating berdagang.2) Sistem cukai yang berpatutan- Menggunakan sistem cukai yang berpatutan iaitu cukai rasmi (bayaran cukai untuk membawa masukbarang dagangan).- Kadar cukai yang dikenakan untuk saudagar barat ialah 6%, saudagar yang tinggal di Melaka 3% dansaudagar timur tidak dikenakan sebarang cukai.3) Penggunaan mata wang bagi memudahkan urusan jual beli.- Wang logam (calains), timah, emas dan perak (ketiga-tiganya datang dari Pasai, Gujerat danKembayat) memudahkan urusan perniagaan.4) Lingua Franca.- Urusniaga bertambah lancar apabila Bahasa Melayu dipilih menjadi Lingua Franca.5) Merupakan sebuah pelabuhan entreport.- Melaka juga merupakan pelabuhan entreport (pengumpulan dan pengedaran barangan)disamping menyediakan pelbagai kemudahan untuk para pedagang. 10. 6) Keberkesanan undang-undang.- Undang-undang laut Melaka mempunyai 24 fasal.- Kandungannya merangkumi undang-undang jenayah, peraturan dan tatatertib berniaga serta hokum-hukumjenayah.7) Peranan Syahbandar.(i) Syahbandar I menguruskan pedagang dari Gujerat.(ii) Syahbandar II menguruskan pedagang dari Ryukyu, China dan Champa.(iii) Syahbandar III menguruskan pedagang dari Pegu, Benggala dan Parsi.(iv) Syahbandar IV menguruskan pedagang dari Jawa, Maluku,Kalimantan, Borneo, Pasai dan Filipina. 11. Perkahwinan .- Hubungan dengan Pasai terjalin secara perkahwinan antara Sultan Megat Iskandar Shah dengan Puteri Pasai. Pertukaran pendapat.- Melalui hubungan antara Pasai-Melaka, wujud pertukaran pendapat yang berkaitan isu-isu agama Islam dan sebagainya. Negeri naungan.- Siak dan Kampar merupakan negeri naungan dan perlu menggunakan istilah sembah bila berutus surat. Agama Islam.- Pedagang Gujerat membekalkan kain dan menyebarkan agama Islam. Perdagangan.- Hubungan Melaka dengan Jawa terjalin melalui perdagangan.- Melaka mendapat bekalan makanan, rempah dan beras dari Jawa.- Hubungan Melaka dengan Gujerat juga terjalin melalui perdagangan. Diplomatik.- Hubungan dengan China terjalin melalui perdagangan dan diplomatik Melaka mendapat pengiktirafan dan perlindungan.- Hubungan Melaka dengan Siam juga terjalin melalui hubungan diplomatik.- Hubungan dengan Ryukyu bermula dengan perdagangan dan diplomatik. 12. 1) Pengislaman pemerintah. Kedatangan pendakwah Islam telah membuka hati para pemerintah kerajaan Melayu untukmemeluk Islam seterusnya tersebar di kalangan golongan bangsawan dan rakyat. Sultan Melaka menerapkan unsure Islam seperti kaedah musyawarah ketika pemerintahannya.2) Perdagangan. Melaka pernah menjadi pusat perdagangan terkemuka di Asia Tenggara yang menyebabkankedatangan para pedagang dari serata dunia termasuk pedagang Islam yang turut memainkanperanan berdakwah.3) Perkahwinan. Putera dan puteri raja Melaka dikahwinkan dengan putera dan puteri raja dari kerajaan lain.4) Pendakwah Islam. Pendakwah Islam yang dating ke Melaka menggunakan cara yang lembut dan berhemah dalammelakukan dakwah dan bukan dengan paksaan. Ini menarik minat masyarakat untuk mengenalilebih dekat agama ini. 13. 5) Kerelaan negara itu sendiri . Lingga dan Jambi merupakan negeri yang menjadi naungan Melaka secara sukarela manakalaKampar dan Pahang ditakluk bagi menjamin keselamatan dan kemakmuran negara masing-masing. Mereka telah terpengaruh dengan ajaran Islam yang mana pusat penyebarannya berpusat diMelaka.6) Askar upahan Jawa. Askar upahan dari Jawa yang memeluk Islam di Melaka telah pulang ke negara asal dan secara tidaklangsung menyebarkannya di tempat asal mereka. 14. Istana menjadi institusi pendidikan.- Istana menjadi pusat intelektual cerdik pandai. Sultan Melaka turut menjemput golongan intelek darinegara lain untuk menimba ilmu di istana Melaka.Peranan Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar .- Mengarang surat rasmi, mendidik anak raja dan menggubal perjanjian merupakan tugas seorang jurutulis.- Bahasa Melayu digunakan untuk persuratan.Tempat berkumpul golongan cerdik pandai.- Mereka yang mahir menulis dan membaca menjadi jurutulis, pengarang, ulama dan guru.- Ulama terkenal dan pakar Bahasa Arab ialah Tun Muhammad.Tempat pengumpulan dan terjemahan karya-karya agung.- Karya sastera yang diterjemah contohnya Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Iskandar Zulkarnain.- Karya sastera saduran seperti Hikayat Bulan Belah, Hikayat Nabi Bercukur, Hikayat Nabi Wafat danHikayat Nabi Yusuf. 15. 1) Penaklukan. Kerajaan Melaka telah menakluk Kampar dan Pahang. Sultan Melaka bertindak sedemikian demimenjaga keselamatan dan kemakmuran Melaka. Melalui penguasaan kerajaan di Timur Sumatera dan Semenanjung Tanah Melayu, kerajaan MelakaBerjaya menguasai perairan Selat Melaka. Melalui penaklukan juga, Melaka menerima pelbagai ufti serta dapat menyebarkan Islam di KepulauanMelayu.2) Perkahwinan. Putera dan Puteri Raja Melaka dikahwinkan dengan puter dan puteri kerajaan Melayu lain. Contohnya, Sultan Mahmud mengahwini Puteri Sultan Kelantan. Melalui perkahwinan dapat menguatkan lagi hubungan diplomatik dan pengaruh kerajaan Melaka. 16. 3) Kebijaksanaan pemimpin. Melaka diperintah oleh sultan-sultan dan pembe

Search related