54
1 Pengenalan Kesantunan berbahasa dalam komunikasi perlu dipupuk dari semasa ke semasa agar dapat melahirkan masyarakat atau modal insan yang berkaliber dan berkualiti, selari dengan cabaran globalisasi demi kepentingan agama, bangsa dan negara. Pelestarian bahasa Melayu dari sudut taraf dan fungsinya serta penggunaanya penting untuk menyuburkan amalan komunikasi yang baik dan berkesan, sekali gus dapat mengangkat martabat bahasa Melayu sebagai bahasa tonggak tamadun bangsa. A: PENULISAN ESEI (40 %) I. Kenalpasti dan jelaskan konsep budi bahasa dan kepentingannya dalam masyarakat Malaysia 1.1 Konsep Budi Bahasa dan Kepentingannya Peribahasa orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa begitu sinonim dengan budaya timur khususnya masyarakat Malaysia. Frasa pertama peribahasa ini, iaitu orang berbudi kita berbahasa membawa maksud jika seseorang itu menunjukkan sikap yang budi yang baik kepada kita, maka kita wajar membalasnya dengan kata-kata yang baik. Dalam erti kata lain, jika seseorang itu berbuat baik kepada kita, maka kita juga perlulah memberikan sesuatu yang baik kepada mereka sebagai balasan dengan mengucapkan perkataan terima kasih kepada orang itu dengan bahasa dan ton yang lembut dan sopan. Frasa kedua pula berbunyi orang memberi kita merasa bermaksud jika seseorang itu menghulurkan sesuatu kita wajar menerimanya. Sebagai olahan terhadap idea tersebut, jika seseorang itu menghulurkan sesuatu dalam apa jua bentuk kepada kita sama ada secara ucapan, material mahupun reaksi verbal, maka kita haruslah menerima pemberian itu dengan seadanya, iaitu dengan hati yang terbuka dan minda yang positif agar pembawaan konsep kesantunan ini tercapai. Secara khususnya, peribahasa di atas menunjukkan kepentingan amalan berbudi bahasa dalam kehidupan khususnya apabila berhadapan dengan masyarakat. Amalan berbudi bahasa dalam masyarakat Malaysia yang dapat kita lihat adalah ketika berbicara ataupun berkolaborasi dengan seseorang tidak wajar memalingkan muka ke tempat lain, tidak mencelah percakapan seseorang atau perbualan orang lain sehingga percakapan atau perbualan itu terhenti mahupun hilang ideanya dan tidak melakukan perkara lain ketika seseorang sedang bercakap. Sebagai contoh, ketika guru sedang mengajar dan bercakap di depan para murid di dalam kelas, murid-murid tersebut perlulah fokus dan lebih penting lagi tidak berbuat bising atau bercerita dengan sesama sendiri. Hal ini

Kesantunan Masyarakat Malaysia

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Kesantunan Masyarakat Malaysia

1

Pengenalan

Kesantunan berbahasa dalam komunikasi perlu dipupuk dari semasa ke semasa

agar dapat melahirkan masyarakat atau modal insan yang berkaliber dan berkualiti, selari

dengan cabaran globalisasi demi kepentingan agama, bangsa dan negara. Pelestarian

bahasa Melayu dari sudut taraf dan fungsinya serta penggunaanya penting untuk

menyuburkan amalan komunikasi yang baik dan berkesan, sekali gus dapat mengangkat

martabat bahasa Melayu sebagai bahasa tonggak tamadun bangsa.

A: PENULISAN ESEI (40 %)

I. Kenalpasti dan jelaskan konsep budi bahasa dan kepentingannya dalam masyarakat Malaysia

1.1 Konsep Budi Bahasa dan Kepentingannya

Peribahasa orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa begitu

sinonim dengan budaya timur khususnya masyarakat Malaysia. Frasa pertama peribahasa

ini, iaitu orang berbudi kita berbahasa membawa maksud jika seseorang itu menunjukkan

sikap yang budi yang baik kepada kita, maka kita wajar membalasnya dengan kata-kata

yang baik. Dalam erti kata lain, jika seseorang itu berbuat baik kepada kita, maka kita juga

perlulah memberikan sesuatu yang baik kepada mereka sebagai balasan dengan

mengucapkan perkataan ‘terima kasih’ kepada orang itu dengan bahasa dan ton yang

lembut dan sopan. Frasa kedua pula berbunyi orang memberi kita merasa bermaksud jika

seseorang itu menghulurkan sesuatu kita wajar menerimanya. Sebagai olahan terhadap

idea tersebut, jika seseorang itu menghulurkan sesuatu dalam apa jua bentuk kepada kita

sama ada secara ucapan, material mahupun reaksi verbal, maka kita haruslah menerima

pemberian itu dengan seadanya, iaitu dengan hati yang terbuka dan minda yang positif agar

pembawaan konsep kesantunan ini tercapai.

Secara khususnya, peribahasa di atas menunjukkan kepentingan amalan berbudi

bahasa dalam kehidupan khususnya apabila berhadapan dengan masyarakat. Amalan

berbudi bahasa dalam masyarakat Malaysia yang dapat kita lihat adalah ketika berbicara

ataupun berkolaborasi dengan seseorang tidak wajar memalingkan muka ke tempat lain,

tidak mencelah percakapan seseorang atau perbualan orang lain sehingga percakapan atau

perbualan itu terhenti mahupun hilang ideanya dan tidak melakukan perkara lain ketika

seseorang sedang bercakap. Sebagai contoh, ketika guru sedang mengajar dan bercakap di

depan para murid di dalam kelas, murid-murid tersebut perlulah fokus dan lebih penting lagi

tidak berbuat bising atau bercerita dengan sesama sendiri. Hal ini demikian kerana, tugas

Page 2: Kesantunan Masyarakat Malaysia

2

murid adalah mendengar dan memberi respon kepada guru yang sedang mengajar di

hadapan kelas. Secara logiknya, apabila hal ini dibawa dalam aspek kesantunan murid-

murid itu dikatakan santun jika mereka memberikan perhatian dan respon dengan sopan

ketika guru mereka sedang mengajar di hadapan mereka.

Selain itu, contoh amalan berbudi bahasa yang diamalkan dalam masyarakat

Malaysia adalah menyatakan sesuatu perkara dengan tertib dan baik dengan menggunakan

bahasa yang mudah difahami, memberikan pengajaran serta nasihat dengan cara yang baik

dan tidak menyinggung perasaan dan membantu orang yang sedang dibelengui kesusahan

tanpa sebarang balasan. Tamsilnya, apabila kita menghulurkan bantuan kepada orang lain

yang memerlukan bantuan kita dalam apa jua bentuk bantuan, maka kita perlulah

senantiasa berkata-kata dengan bahasa yang lembut dan sopan kepada orang tersebut dan

tidak sama sekali mengharapkan balasan. Akibatnya, secara tidak langsung kita akan

merasa lebih murah hati, manakala orang yang mendapat bantuan daripada kita itu akan

merasa bersyukur sekali gus mendoakan kita mahupun orang itu menjadi rakan yang amat

rapat dengan kita.

Walau bagaimanapun, jika kita lihat konteks ini lebih mendalam lagi, budi bahasa

yang tulen adalah budi bahasa yang merujuk kepada konsep kesantunan. Hal ini demikian

kerana, kesantunan ini adalah amat berkait rapat dengan konsep budi bahasa. Oleh hal

yang demikian, tidak dapat dinafikan bahawa peribahasa orang berbudi kita berbahasa,

orang memberi kita merasa adalah satu peribahasa Melayu yang begitu penting dalam

mewujudkan doktrin masyarakat yang bertamadun.

Sehubungan dengan itu, dialog dalam Gambar 1.1 di bawah perlu dielakkan kerana

menunjukkan sikap yang bercanggah daripada amalan berbudi bahasa, iaitu menyatakan

sesuatu dengan tertib dan baik. Akan tetapi, amalan berbudi bahasa, iaitu membantun

orang yang sedang dibelengui kesusahan seperti mana yang diilustrasikan dalam Gambar

1.2 perlu diteruskan.

Page 3: Kesantunan Masyarakat Malaysia

3

Gambar 1.1: Amalan berbudi bahasa

Apabila berkata tentang konsep budi bahasa, pedagogi yang menggunung mengenai

konsep seumpama ini perlulah dicaknakan bermula dari rebungnya agar ianya mampu

membawa anjakan paradigma yang diilhamkan. Hal ini adalah amat berkait rapat dengan

satu peribahasa Melayu yang acap kali meniti di bibir setiap rakyat Malaysia. Peribahasa

yang dimaksudkan adalah tak kenal, maka tak cinta. Oleh itu, Gambar 1.3 seperti yang

ditunjukkan untuk menggambarkan konsep budi bahasa.

Gambar 1.2: Amalan budi bahasa dalam institusi keluarga

Page 4: Kesantunan Masyarakat Malaysia

4

1.1.1 Pengertian Budi

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Edisi Ketiga 2002, perkataan

budi didefinisikan sebagai akal, kebijaksanaan atau sifat baik, perbuatan baik dan kebajikan.

Akan tetapi, setiap masyarakat di dunia ini mempunyai pandangan yang tersendiri untuk

menghuraikan konsep budi. Masyarakat Melayu misalnya, mendefinisikan budi sebagai

pemberian ataupun bantuan ikhlas yang dihulurkan terhadap orang lain yang amat

memerlukan. Ikhlas bermaksud, individu yang menghulurkan bantuan itu tidak

mengharapkan apa-apa balasan.

Sehubungan dengan itu, budi merupakan salah satu nilai murni yang perlu dimiliki

dan diamalkan oleh setiap lapisan masyarakat. Tambahan pula, budi merupakan salah satu

perkataan dalam kata majmuk budi bahasa yang merujuk kepada tutur kata, kelakuan,

sopan santun dan tatatertib, akal kebijaksanaan dan perbuatan kebajikan. Kedua-dua

perkataan ini tercantum dalam kata-kata mulia, dengan kata lain, setiap gerak laku, tutur

kata, tata hidup, pemikiran dan perasaan baik terhadap orang lain. Oleh itu, nilai budi

bahasa amat tinggi dan begitu dituntut dalam masyarakat dan perkara ini telah

menyebabkan terciptanya Pantun Budi yang secara tidak langsung memperincikan konsep

budi seperti tamsilan yang tertera di bawah:

Pantun BudiBuah cinta di atas batu,

Jatuh daunnya ke dalam ruang;

Adat manusia memang begitu,

Sebab emas budi terbuang.

Buah langsat kuning mencelah,

Senduduk tidak berbuah lagi;

Sudah dapat gading bertuah,

Tanduk tidak berguna lagi.

Baik bergalas baik tidak,

Buli-buli bertali benang;

Baik berbalas baik tidak,

Asal budi sama dikenang.

Padi dan nanas tanam di tanjung,

Tempat pipit berbuat sarang;

Budi dan emas sama dijunjung,

Hidup aman dikenang orang.

Page 5: Kesantunan Masyarakat Malaysia

5

Pantun Budi tersebut menceritakan budi yang ditabur dengan hati yang ikhlas tanpa

mengharapkan apa-apa balasan. Selain itu, budi yang ditunjukkan berdasarkan pelbagai

aspek terutamanya dari segi perbuatan mahupun kewangan. Konsep budi juga memberi

penekanan tentang sejauh mana ikhlasnya hati budi seseorang terhadap apa yang telah

diberi seperti menolong seseorang yang amat sedang berada dalam kesusahan. Selain itu,

budi juga tidak dapat ditukar dengan wang ringgit kerana budi akan dibawa mati dan

dikenang untuk jangka masa yang lama. Sifat budi yang sentiasa dikenang hingga dibawa

mati ini ditunjukkan dalam dua rangkap pantun yang amat relevan dalam kalangan

masyarakat Malaysia seperti contoh di bawah:

Pulau Pandan jauh ke tengah,

Gunung Daik bercabang tiga;

Hancur badan dikandung tanah,

Budi baik dikenang juga.

Baik bergalas baik tidak,

Buli-buli bertali benang;

Baik berbalas baik tidak,

Asal budi sama dikenang.

Secara amnya, perkataan budi dapat dinilai sebagai sesuatu yang positif. Budi

membawa maksud sesuatu jasa atau sumbangan yang diberikan kepada sesiapa sahaja.

Budi boleh dikatakan berbuat baik kepada orang lain tidak kira dari segi pemikiran,

pertuturan mahupun perlakuan. Konsep budi adalah sama dalam masyarakat kita walaupun

berbeza agama, bangsa dan budaya. Budi yang baik dilahirkan dari hati yang suci dan akan

dikenang untuk jangka masa yang lama. Selain itu, budi dikaitkan dengan tabiat, perlakuan,

perwatakan dan pertuturan. Budi ialah kata yang ada pada manusia berhubungan dengan

kesedaran yang didorong oleh pemikiran, tingkah laku, perangai dan akhlak. Di

dalam perkataan itu tercermin sifat dan watak seseorang dalam perbuatan sehari-hari. Oleh

itu, kita perlulah berbuat baik dengan perlakuan kita.

Page 6: Kesantunan Masyarakat Malaysia

6

1.1.2 Pengertian Bahasa

Kita telah pun mengetahui konsep budi. Namun, ianya tidak lengkap jika kita tidak

mempelajari konsep yang dibawa oleh bahasa. Hal ini demikian kerana, sebatang pensel

tidak akan dapat menjalankan tugasnya tanpa adanya pemadam di sisinya. Oleh hal yang

demikian, amat perlulah kita mengorek apa sebenarnya pengertian bahasa ini supaya kata

majmuk budi bahasa dapat kita fahami sebaik-baiknya atau lebih mendalam lagi.

Menurut sebuah buku yang berjudul Kesantunan Masyarakat Malaysia hasil nukilan

tiga orang penulis buku yang amat arif dalam kerjaya mereka, iaitu Dr. Faridah binti Nazir,

Ratna Laila binti Shahidin dan Faiziah binti Shamsudin, bahasa adalah milik manusia yang

paling penting untuk membezakan manusia dengan makhluk-makhluk lain ciptaan Tuhan.

Manusia dapat berhubung, melahirkan pandangan, perasaan dan pendapat, menyampaikan

ilmu dan menciptakan keindahan melalui kesusasteraan dan menurunkan ilmu, kebudayaan

dan peradaban dari satu generasi ke satu generasi.

Selain itu, menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1998) bahasa ditakrifkan sebagai

sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu

kelompok manusia (antara seorang individu dengan individu yang lain dsb), percakapan

yang baik dan sopan santun. Bahasa boleh ditakrifkan dalam pelbagai cara mengikut sifat-

sifat semula jadi bahasa, peranan dan fungsinya. Namun demikian, kebanyakan ahli bahasa

dan ahli linguistik telah memberikan konsep dan takrif bahasa yang hampir jitu. Bahasa

boleh didefinisikan sebagai satu sistem bunyi yang terdiri daripada alat-alat artikulasi yang

ada pada manusia. Lambang-lambang yang diujarkan itu mempunyai makna-makna tertentu

berdasarkan lingkungan masyarakat yang menuturkannya. Terdapat pelbagai definisi

bahasa menurut para pengkaji tersohor dari seluruh dunia. Salah satu daripadanya adalah

melalui pandangan Bloch dan Trager (1942). Mereka mendefinisikan bahasa sebagai sistem

lambang-lambang vokal yang digunakan oleh manusia untuk berkomunikasi. Tambah

mereka lagi, proses komunikasi bahasa berlaku apabila adanya penutur dan pendengar.

Intihannya, perkataan bahasa ini membawa skop yang cukup luas. Tanpa bahasa

bagaimana mungkin makhluk Tuhan dapat berkomunikasi antara satu dengan yang lain.

Bahasa adalah bangsa, bahasa menunjukkan bangsa dan bahasa jiwa bangsa. Bahasa

memainkan peranan yang penting dalam membina ketamadunan masyarakat di seluruh

dunia terutamanya dalam meniti arus kehidupan yang semakin mencabar ini.

Page 7: Kesantunan Masyarakat Malaysia

7

1.1.3 Pengertian Budi Bahasa

Nilai budi bahasa amat tinggi nilainya dalam utopia masyarakat Malaysia. Budi dan

bahasa sering dianggap sebagai amalan yang penting dan saling melengkapi. Oleh sebab

itulah, orang yang berbudi bahasa amat dihormati dalam masyarakat. Budi bahasa merujuk

kepada tutur kata, kelakuan, sopan santun dan tatatertib, akal kebijaksanaan dan perbuatan

kebajikan kercantum dalam kata-kata mulia, dengan kata lain, setiap gerak laku, tata hidup,

pemikiran, tutur kata dan perasaan baik terhadap orang lain. Sehubungan dengan itu,

amalan budi bahasa digambarkan dalam bait-bait pantun berikut:

Raja budiman sedang mencari,

Anak angsa melompat-lompat;

Rupa cantik dapat dicari,

Budi bahasa mana nak dapat.

Kain batik sama sujinya,

Dalam sumbu tali belati;

Orang baik budi bahasanya,

Diingat juga sampai mati.

Nanas dijual di pasar niaga,

Ramai orang datang membeli;

Emas perak hiasan dunia,

Budi bahasa perhiasan diri.

Ketiga-tiga rangkap pantun di atas menunjukkan bahawa budi bahasa sentiasa

menjadi sanjungan dan keutamaan dalam masyarakat. Budi bahasa adalah ibarat emas

dalam diri seseorang. Tiada perkara lain yang lebih berharga dalam diri seseorang jika

dibandingkan dengan budi bahasa. Hal ini adalah disebabkan oleh rupa paras seseorang

yang sempurna adalah tidak bernilai sama sekali jika seseorang itu tidak mengamalkan budi

Page 8: Kesantunan Masyarakat Malaysia

8

bahasa. Hal ini demikian kerana, budi bahasa seseorang itu akan sentiasa tersemat dalam

ingatan walaupun setelah ketiadaanya di dunia atau bila masa seseorang itu dipanggil ke

hadrat illahi memandangkan budi bahasa itu merupaka perhiasam diri yang tidak ternilai.

Secara amnya, budi bahasa merupakan amalan setiap lapisan masyarakat di negara

kita. Hal ini terjadi kerana, semua kaum amat menitikberatkan amalan dalam kehidupan.

Dalam erti kata lain, amalan budi bahasa seumpama ini sentiasa diaplikasikan dalam semua

aspek kehidupan oleh setiap kaum di Malaysia dengan matlamat utama iaitu untuk

mewujudkan suasana aman, harmoni, kerjasama, kasih sayang, hormat-menghormati dan

kesejahteraan. Oleh itu, tidak hairanlah jika penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza

menyanyikan lirik lagu puitis daripada lagu Budaya Berbudi Bahasa untuk menggambarkan

kepentingan amalan budi bahasa dalam kalangan masyarakat Malaysia seperti berikut:

Bangsa Malaysia berhemah tinggi,

ramah dan mesra elok pekerti...

yang tiada dibantu yang lemah dilindungi,

bertimbang rasa hormat-menghormati...

BUDI BAHASA BUDAYA KITA

Amalan budi bahasa amat penting kerana terdapat impak yang berbeza kepada

individu, masyarakat dan negara. Sehubungan dengan itu, dalam kalangan individu itu

sendiri, amlan berbudi bahasa jika diamalkan mampu menepis sikap serong orang lain

terhadap diri seseorang hingga memudahkannya mendapatkan pertolongan ketika

dibelengui oleh kesusahan. Tambahan pula, individu yang berbudi bahasa mudah

didampingi oleh orang lain di samping dapat bertindak mempengaruhi orang lain agar

sentiasa beretika dan bersopan santun. Gambar Rajah di bawah ini menunjukkan

bagaimana seorang nenek yang berbudi bahasa mempengaruhi cucunya agar berbudi

bahasa, terutamanya dalam institusi keluarga.

Page 9: Kesantunan Masyarakat Malaysia

9

Gambar Rajah 1.3: Pengaruh budi bahasa dalam institusi keluarga.

Dalam konteks masyarakat pula, amalan berbudi bahasa jika diamalkan mampu

mewujudkan perpaduan khususnya dalam kalangan penduduk berbilang kaum. Hal ini

secara tidak langsung akan mewujudkan masyarakat yang aman dan harmoni dan juga turut

memberi kesan kepada kestabilan negara. Dalam kontek ini, amalan berbudi bahasa

memainkan peranan yang penting untuk menarik lebih ramai pelancong asing untuk datang

ke Malaysia. Sikap ramah yang sentiasa dipamerkan dengan hati yang ikhlas dan

keharmonian yang tidak berbelah bahagi antara kaum dapat meningkatkan kelancaran

industri pelancongan yang sudah tentu menjanjikan peningkatan dalam pendapatan negara.

Oleh sebab itu, budi bahasa merupakan sikap terpuji yang perlu dicaknakan dalam diri

dengan menghayati nilai-nilai positif yang dimilikinya. Sehubungan dengan itu, terdapat

beberapa ciri-ciri budi bahasa seperti yang diilustrasikan dalam Rajah di bawah.

Page 10: Kesantunan Masyarakat Malaysia

10

Rajah 1.4: Ciri-ciri budi bahasa

1.1.4 Kepentingan budi bahasa dalam masyarakat Malaysia

Kempen Budi Bahasa yang dilancarkan buat julung-julung kalinya pada 11 Januari

2005 merupakan agenda lima tahun kerajaan dalam misinya melahirkan rakyat Malaysia

yang berbudi bahasa. Kempen ini dilancarkan oleh kerajaan memandangkan amalan budi

bahasa dalam masyarakat Malaysia semakin pudar. Dalam erti kata lain, amalan berbudi

bahasa ini dilihat begitu penting dan amat dituntut dalam menghidupkan semula sifat

bersopan santun yang semakin luntur dalam kalangan masyarakat Malaysia. Amalan budi

bahasa yang dimaksudkan adalah seperti dalam Rajah di bawah:

Rajah1.5: Amalan budi bahasa yang semakin luntur

Ciri-Ciri Budi BahasaBertoleransiBertimbang rasaBersopan santunBertolak ansurRamah mesraTidak mementingkan diri sendiriOrang ramai membuang sampah sesuka hati

Tidak memohon maaf apabila melakukan kesilapan

Merokok di kawasan larangan merokok

Memotong barisan di jalan raya

Page 11: Kesantunan Masyarakat Malaysia

11

Ekoran daripada itu, kerajaan telah mengambil inisiatif baharu untuk

memperkukuhkan semula amalan baik seumpama ini dalam kalangan rakyat Malaysia

dengan memperkenalkan Program Budi Bahasa dan Nilai-Nilai Murni melalui Kempen Budi

Bahasa Budaya Kita. Hal ini jika terlaksana sudah pastinya akan memberi manfaat kepada

negara kita yang tercinta lebih-lebih lagi jika rakyatnya mengamalkan budaya seumpama ini.

Hal ini demikian kerana, tiada gunanya jika manusia kaya dengan kebendaan dan bersikap

materialistik tetapi muflis dari segi keperibadian. Sudah terang lagi tersuluh bahawa,

pengamalan budaya berbudi bahasa antara sesama manusia amat penting agar

ketamadunan yang sebenarnya tercapai. Oleh hal yang demikian, bertitik tolak daripada

kenyataan di atas, terdapat beberapa kepentingan amalan berbudi bahasa ini kepada

negara kita dan sesama manusia.

Seperti yang kita sedia maklum, amalan berbudi bahasa ini amat penting untuk

menjaga dan memartabatkan maruah diri dan keluarga agar orang ramai tidak memandang

serong terhadap diri dan institusi keluarga kita. Tambahan pula, hal ini secara tidak

langsung mampu mewujudkan sikap kasih sayang terhadap keluarga sekali gus anak-anak

akan sentiasa mengenang jasa kedua-dua ibu bapa mereka. Hal ini terjadi kerana, keluarga

merupakan kilang yang penting untuk melahirkan produk insan yang berbudi pekerti mulia.

Contohnya, anak-anak yang baik adalah berasal daripada keluarga yang baik.

Sehubungan dengan itu, semua ahli keluarga haruslah sama-sama berganding bahu

dan sentiasa berpegang tangan dalam melahirkan imej keluarga yang baik di mata

masyarakat. Amalan berbudi bahasa dalam keluarga adalah pengukur kepada kekuatan

sesebuah institusi keluarga untuk berdepan dengan kehidupan yang bakal ditempuh. Jika

terdapat ahli keluarga yang tidak mengamalkan amalan berbudi bahasa dalam sebagai rutin

harian, maka runtuhlah tembok keutuhan keluarga tersebut. Tamsilnya, jika seorang ayah

tidak menjalankan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga dan sentiasa menyeksa isteri

dan anak-anaknya, maka individu tersebut adalah tidak berbudi bahasa seterusnya akan

memungkinkan keruntuhan tembok keluarganya. Hal ini secara tidak langsung akan

mewujudkan pelbagai tohmahan yang negatif daripada masyarakat di sekelilingnya.

Bayangkan jika lebih ramai keluarga yang mengalami masalah seumpama ini, maka

masyarakat akan menjadi huru-hara dan ini sudah pastinya mengganggu ketenteraman dan

keselamatan awam.

Selain itu, budi bahasa juga amat dituntut dalam usaha melahirkan bangsa Malaysia

yang berhemah tinggi seterusnya bertoleransi dalam semua aspek kehidupan agar hasrat

untuk menjayakan slogan 1 Malaysia seperti mana yang telah dicetuskan oleh Perdana

Menteri, YAB Dato. Seri. Najib Tun Abdul Razak. Hal ini demikian kerana, bangsa yang

Page 12: Kesantunan Masyarakat Malaysia

12

bertamadun dan mempunyai kelas pertama lahir daripada pembudayaan budi bahasa dalam

kehidupan seharian. Jika semua rakyat di negara ini mengamalkan amalan sopan santun

dan bertatasusila sebagaimana yang telah ditekankan dalam Rukun Negara yang kelima,

iaitu “kesopanan dan kesusilaan”, maka akan terbuktilah bahawa kesedaran masyarakat

tentang peri pentingnya amalan budi bahasa itu dapat ditonjolkan sekali gus mewujudkan

bangsa Malaysia yang berhemah tinggi. Sebagai lontaran tambahan, dalam mata pelajaran

Pendidikan Moral ada menyebut malah menekankan nilai murni berhemah tinggi ini. Justeru,

para pelajar dari bangku sekolah lagi telah dididik dengan nilai seumpama ini agar mereka

menjadi individu yang sentiasa peka terhadap norma masyarakat di sekeliling mereka. Hal

ini menunjukkan bahawa betapa prihatinnya kerajaan menyisipkan mata pelajaran

Pendidikan Moral dalam modul pembelajaran pelajar seluruh Malaysia. Oleh hal yang

demikian, sudah terang lagi bersuluh bahawa konsep budi bahasa itu merupakan inti pati

yang amat diperlukan dalam usaha mewujudkan bangsa Malaysia yang bertamadun.

Tidak cukup dengan itu, amalan budi bahasa bukan sahaja penting dalam

mencerminkan identiti bangsa Malaysia, malah amalan ini juga begitu berkait rapat dengan

sikap kepimpinan yang dimainkan oleh pemimpin-pemimpin di negara kita. Tanpa budi

bahasa yang lahir daripada hati yang telus dan suci, sudah pastinya seseorang pemimpin itu

tidak layak menjadi pembimbing kepada masyarakat di sekitarnya. Bayangkan jikalau

semua pemimpin di negara ini tidak mengamalkan amalan berbudi bahasa dalam kerjaya

mereka sebagai pemacu kegemilangan negara dan dalam institusi pentadbiran negara,

sudah pastinya bumi yang semestinya aman ini akan menjadi kacau bilau. Tambahan pula,

rakyat Melayu amat setia dan taat kepada pemimpin mereka. Mereka akan melakukan apa

sahaja sebagaimana yang diarahkan oleh pemimpin mereka dan mereka akan menyangka

kerja tersebut baik untuk dilaksanakan, tetapi mereka tidak tahu bahawa pemimpin mereka

itu sedang menyeksa mereka melalui sikap tidak berbudi bahasa mereka. Maka, bukanya

pemimpin itu sendiri yang mendapat implikasi buruk yang berpunca daripada sikap mereka,

malah lebih kepada rakyatnya, Hal ini amat berkait rapat dengan peribahasa Melayu yang

berbunyi, “ gajah sama gajah bertarung, pelanduk mati di tengah-tengah”. Akibatnya,

keamanan yang telah sekian lama dinikmati oleh rakyat di negara ini akan bertukar menjadi

keseksaan dan huru-hara. Oleh itu, jelaslah bahawa, konsep budi bahasa itu amat dituntut

dalam memperkukuhkan institusi kepimpinan dan pentadbiran di negara kita, yakni negara

Malaysia.

Seperti yang telah kita sedia maklum, salah satu kemaslahatan amalan berbudi

dalam kalangan masyarakat adalah dapat mewujudkan perpaduan antara masyarakat

majmuk berbilang etnik di Negara kita. Peribahasa Melayu pernah mengatakan bahawa

sesebuah Negara dapat berkembang dengan maju dan pengaruh-pengaruh luar yang

Page 13: Kesantunan Masyarakat Malaysia

13

negatif tidak dapat menggugat kestabilan Negara dengan mudah apabila masyarakat

bersatu.Masyarakat yang berbudi bahasa dan berhemah tinggi akan saling menghormati

dan menyayangi antara satu sama lain tanpa mengira warna kulit, taraf dan umur individu

tersebut. Dengan ini, masyarakat akan dapat hidup dalam suasana yang harmoni dan ceria

walaupun hidup dengan masyarakat yang berbeza daripada aspek budaya, adat dan

kepercayaan. Secara tidak langsung, pertelingkahan dan perselisihan faham antara kaum

atau rusuhan kaum seperti peristiwa 13 Mei 1969 dapat dielakkan. Ulang tahun

kemerdekaan Negara yang ke-51, iaitu pada tahun 2008 yang bertemakan “Perpaduan

Teras Kejayaan”, telah jelas menunjukkan kepentingan perpaduan kaum dalam Negara kita

yang terdiri daripada rencaman bangsa.

Seterusnya, seandainya kita tinjau dari sudut perspektif yang lain, pemimpin

generasi masa depan yang berdedikasi juga dapat dilahirkan sekiranya wujudnya amalan

berbudi dalam kalangan masyarakat. Bakal pemimpin yang berwibawa akan dapat

mentadbir Negara dengan lancar dan membawa negara terus berkembang kerana

mendapat sokongan padu daripada rakyat. Tidak dapat dinafikan bahawa golongan remaja

merupakan aset yang sangat bernilai dan unggul kepada Negara kerana mereka akan

beriltizam menjadi generasi pelapis yang bakal menerajui kepimpinan Negara. Senario ini

selaras dengan kata pepatah “Pemuda Harapan Bangsa, Pemudi Tiang Negara”. Oleh itu,

budi bahasa mestilah dijadikan panduan kepada kehidupan mereka supaya mereka dapat

menghindarkan diri mereka daripada kancah gejala sosial. Selain itu, pemimpin yang

berbudi juga dapat meningkatkan imej Negara kerana pemimpin dan rakyat dari negara lain

akan kagum dan menghormati Negara kita. Kesannya, hubungan diplomatik bagi menjamin

kemajuan dan keselamatan Negara dapat dijalankan dengan mudah. Dengan itu, Negara

kita akan terkenal di persada dunia kerana sifat budi bahasa kita dan hal ini akan menjadi

kebanggaan masyarakat kita.

Jika kita telusuri dari skor yang lebih luas, amalan berbudi dapat melahirkan

masyarakat yang lebih bertamadun. Menurut konteks sejarah, masyarakat yang bertamadun

merupakan masyarakat yang memiliki tahap tatasusila yang tinggi dan kebudayaan yang

luhur selain pencapaian lahiriah. Oleh itu, masyarakat pada era tersebut dapat berjaya

membina empayar dan kerajaan yang kuat dan hebat seperti apabila tamadun

Mesopotamia, tamadun Mesir Purba, tamadun Indus dan tamadun Hwang Ho walaupun

pada masa itu teknologi masih belum berkembang seperti kontemporari. Walau

bagaimanapun, senario hari ini yang menyaksikan masyarakat yang biadap dan kasar

sikapnya seperti mengeluarkan kata-kata kesat amatlah memilukan hati. Hal ini seolah-olah

masyarakat kita masih hidup dalam zaman jahiliah yang mana akhlak dan nilai hidup

masyarakat pada masa tersebut adalah sangat rendah.

Page 14: Kesantunan Masyarakat Malaysia

14

Dari kaca mata yang lain, industry pelancongan sesebuah negara juga dapat

berkembang maju. Masyarakat yang bertatasusila dan berbudi bahasa akan mempamerkan

nilai-nilai positif seperti memberi layanan yang sopan dan bersikap lemah lembut terhadap

pelancong asing. Hal ini signifikan agar dapat meninggalkan imej yang positif dalam diri

pelancong terhadap negara kita. Bukan itu sahaja, pelancong juga akan mempunyai

percutian yang menyeronokkan kerana beranggapan bahawa kedatangan mereka dialu-

alukan dan dihargai oleh masyarakat tempatan. Oleh itu, para pekerja dalam Jabatan

Kastam dan Imigresen, pemandu pelancong dan pemandu pengangkutan awam perlulah

memainkan iltizam yang lebih signifikan dan sentiasa melemparkan senyuman dan bertutur

dengan nada yang lembut ketika berurusan dengan pelancong asing. Budaya murni seperti

ucapan selamat datang, amalan berterima kasih patutlah diserapkan dalam jiwa dan raga

setiap individu terutamanya golongan yang berurusan dengan pelancong asing agar mereka

dapat menikmati percutian yang menyeronokkan di Negara kita.

Akhirulkalam, sifat-sifat luhur dan amalan berbudi yang sepatutnya menjadi

kebanggaan masyarakat timur tetapi kian terhakis ini wajarlah dilestarikan, dipulihkan dan

dihidupkan semula. Mantan Perdana Menteri yang ke-5, iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi

pernah mengatakan bahawa negara kita akan mudah dikalahkan sekiranya kita mempunyai

infrastruktur kelas pertama tetapi mentalitinya berada di kelas ketiga. Oleh hal yang

demikian, dapatlah disimpulkan bahawa pembangunan nilai dan budaya yang betul amat

mustahak untuk negara mencapai cita-citanya sehingga mencapai taraf negara maju yang

duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju di seantero dunia.

Dalam menanam amalan berbudi dalam setiap individu, Kempen Budi Bahasa dan Nilai-

Nilai Murni perlulah diimplementasikan dari semasa ke semasa untuk meningkatkan

kesedaran rakyat tentang pentingnya amalan berbudi bahasa. Bukan itu sahaja, semua

pihak haruslah menggembleng tenaga bagai aur dengan tebing dan mengelakkan sikap

bagai enau dengan belukar melepaskan pucuk masing-masing. Seiring dengan itu, kita

berharap agar menjelang tahun 2020, tabiat negatif sudah lupus daripada memori setiap

rakyat Malaysia supaya negara akan lebih cemerlang, gemilang dan terbilang. Kepentingan

amalan berbudi dalam masyarakat terpapar dalam pantun di bawah:

Pisang emas dibawa belayar,

Masak sebiji diatas peti;

Hutang emas boleh dibayar,

Hutang budi dibawa mati.

Page 15: Kesantunan Masyarakat Malaysia

15

1.2 Kesantunan Bahasa Berdasarkan Pandangan Tokoh-Tokoh Yang Tersohor.

Menurut Asmah Haji Omar (2000), kesantunan menurut perspektif Melayu ialah

penggunaan bahasa sehari-hari yang tidak menimbulkan kegusaran, kemarahan dan rasa

tersinggung kepada pendengar.

Hal ini beliau tegaskan dengan tiga idea mahakarya beliau, iaitu:

1. Kesantunan masyarakat Melayu adalah berdasarkan agama Islam dan adat Melayu.

2. Orang Melayu sangat mementingkan kesantunan dalam hubungan masyarakat.

3. Bahasa halus dan tersirat selalu digunakan supaya tidak mengecilkan hati orang lain.

Selain itu, beliau juga menyatakan bahawa kesantunan ialah kaedah atau strategi

yang digunakan oleh penutur untuk mencapai tujuan tertentu. Strategi ini dikaitkan dengan

kesantunan dan perlu diikuti dengan tingkah laku atau tutur kata yang santun. Strategi

Kesantunan melibatkan beberapa faktor seperti yang dinyatakan dalam Rajah di bawah:

Rajah 1.6: Strategi Kesantunan

Asmah Haji Omar telah membahagikan kesantunan kepada dua jenis, iaitu:

1. Kesantunan Asas, dan

2. Kesantunan Berkala.

Keyakinan dan kesedaran akan peranan masing-masingPengetahuan tentang perbezaan taraf sosialKuasa dan keperluan mengawal perbincangan berdasarkan tajuk atau air muka yang menggambarkan maruah dan martabat

Page 16: Kesantunan Masyarakat Malaysia

16

Seperti dalam Rajah di bawah:

Rajah1.7: Jenis Kesantunan

Prof. Asmah Haji Omar

Sumber: Prof. Asmah Haji Omar (2000)

Internet

Jenis Kesantunan

Kesantunan Asas

Merupakan kesantunan sedia ada yang merupakan pedoman bagi masyarakat

berhubung antara satu sama lain.

Kesantunan Berkala

Merupakan kesantunan yang menggambarkan ucapan yang dilakukan oleh masyarakat dalam hubungan antara satu sama lain mengikut keadaan, situasi

dan tempat tertentu.

Dengan cara adanya sikap berbaik-baik antara satu sama lain yang menghendaki ahli masyarakat bersopan santun antara satu sama lain.

Ini kerana, dalam masyarakat yang bertamadun terdapat asas kesopanan yang dikaitkan dengan didikan sejak awal lagi seperti yang terdapat dalam slam atau agama-agama lain.

Antaranya, taraf dan peranan orang yang bercakap, di mana dan dalam keadaan yang bagaimana, apa yang dipercakapkan dan mengapa percakapan itu berlaku dan cara percakapan disampaikan.

Misalnya, di antara rakyat biasa dengan raja, rakyat dengan pemimpin, di antara anak murid dengan guru dan lain-lain. Komunikasi tersebut mempunyai adab dan etika tertentu.

Page 17: Kesantunan Masyarakat Malaysia

17

Leech (1983) pula menginterpretasikan kesantunan bahawa kesantunan sebagai

perlakuan yang dapat mengurangkan pergeseran dalam sesuatu interaksi.

1. Bahasa mesti halus.

2. Beradab sopan.

3. Perlakuan lemah lembut.

4. Berbudi pekerti.

Leech juga ada menyatakan bahawa kesantunan merupakan kelakuan yang

mewujudkan dan mengekalkan pengiktirafan diri dalam sesuatu interaksi sosial. kesantunan

bukan sekadar bermaksud berbaik-baik sahaja tetapi yang penting adalah menjalinkan

prinsip kerjasama supaya dapat mengelakkan perselisihan faham.

J. Ferguson dan Das Gupta (1968), pula menyatakan kesantunan itu berlaku apabila

kontrak perbualan digunakan oleh penutur dan pendengar sebagai usaha mengekalkan

komunikasi yang harmoni tanpa menimbulkan sebarang konflik. J. Ferguson dan Das Gupta

telah menegaskan bahawa kesantunan berlaku apabila:

1. Wujud persetujuan bersama dalam masyarakat.

2. Biasanya mengamalkan budaya yang sama.

3. Timbul perasaan ingin melahirkan masyarakat yang harmoni dan aman.

4. Untuk mewujudkan etika dan peraturan bermasyarakat.

Kesantunan dari sudut Islam menurut ajaran yang disampaikan oleh Nabi

Muhammad SAW melalui hadis-hadis:

“Barang siapa yang beriman pada Allah dan hari akhir maka hendaklah berkata baik

atau lebih baik diam.”

“Sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh dariku nanti di hari

Kiamat ialah orang tang paling banyak bercakap dan sombong dalam berbicara.”

“Bukanlah seseorang itu mukmin jika suka mencela, melaknat dan berkata-kata keji.”

“Tanda-tanda munafik itu ada tiga perkara, jika ia berbicara ia berdusta, jika ia

berjanji ia mengingkarinya dan jika diberi amanah dia khianat.”

“Janganlah kalian saling berkata-kata keji antara satu dengan yang lain, dan jadilah

hamba-hamba Allah yang bersaudara.”

“Sebaik-baik manusia di antara kamu adalah orang yang akhlaknya baik.”

Page 18: Kesantunan Masyarakat Malaysia

18

Menurut Hamka:

Kecantikan yang abadi terletak pada keelokan adab dan ketinggian ilmu seseorang,

bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang

keras.

Bertambah kuat kepercayaan kepada agama, bertambah tinggi darjatnya dalam

pergaulan hidup, dan bertambah naik tingkah laku dan akal budinya.

Menurut Aristotle:

Yang meninggikan darjat seseorang ialah akal dan adabnya, bukan asal

keturunannya.

Adab dan sopan itu lebih penting daripada makan dan minum.

Menurut Khalifah Abdul Malik Marwan, semulia-mulia manusia ialah orang yang

mempunyai adab yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan orang lain

ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat.

Hamka

Aristotle

Khalifah Abdul Malik Marwan

Page 19: Kesantunan Masyarakat Malaysia

19

Menurut Confucian, kesantunan merupakan konsep yang digunakan. Dalam konsep

ini, terdapat beberapa sifat yang disarankan supaya dimiliki oleh manusia. Sifat-sifat

tersebut adalah seperti dalam Rajah di bawah:

Rajah1.8: Sifat-sifat dalam Kesantunan

Brown dan Levinson (1987:62), pula ada menginterpretasikan kesantunan sebagai

usaha untuk mengurangkan Tindakan Ancaman Muka (TAM) kepada pendengar. Bagi

mereka, manusia mempunyai kehendak muka yang terbahagi kepada dua yang merupakan

kehendak masyarakat sejagat, iaitu:

1. Muka Positif

2. Muka Negatif

Sifat-sifat dalam Kesantunan

Ketaatan kepada ibu bapa

Kasih sayang

Menghormati orang lain

Patuh

Sopan santun

Melakukan kebajikan

Melayan orang lain dengan baik

Benar

Pengasas Confucian: Confucius

Page 20: Kesantunan Masyarakat Malaysia

20

Oleh itu, memilih strategi kesantunan adalah penting bagi mengurangkan ancaman

terhadap muka pendengar.

Watts et. al (1992:43) menyatakan bahawa kesantunan merupakan tingkah laku yang

digunakan untuk mengekalkan keseimbangan hubungan sosial dan interpersonal manusia.

Bayraktaroglu (1997:5) berpendapat bahawa kesantunan merupakan kelakuan yang

diamalkan bagi membina persefahaman untuk mengelakkan ancaman serta ketegangan

yang boleh menyebabkan hubungan sesama manusia menjadi renggang.

Sebagai tambahan, Fraser dan Nolan (1981:96), pula menyatakan bahawa kesantunan

berlaku apabila kontrak perbualan digunakan oleh penutur dan pendengar sebagai usaha

untuk mengekalkan komunikasi yang harmoni tanpa menimbulkan sebarang konflik.

Berdasarkan pentakrifan dan interpretasi beberapa tokoh di atas. dapatlah disimpulkan

bahawa kesantunan merupakan kata-kata yang sesuai, tidak menimbulkan konflik dan

sentiasa menjadi hati dan air muka pendengar. Orang Melayu yang berpegang pada ajaran

Islam meletakkan setiap perlakuan dan tindakan sama ada berbahasa atau bukan bahasa

sebagai satu nilai suci yang membolehkan manusia mendapat ganjaran pahala selagi

perlakuan menjurus ke arah amar makruf nahi mungkar. Oleh itu, setiap perlakuan dan

penggunaan bahasa yang datang daripada hati yang ikhlas akan diterima sebagai perlakuan

yang santun. Kesantunan dalam bahasa juga boleh diwujudkan dalam mementingkan

budaya dan masyarakat akan menunjukkan strategi kesantunan sesebuah masyarakat

dengan jelas serta berkaitan dengan strategi budaya dan nilai masing-masing. Pemahaman

dalam strategi kesantunan dalam kalangan masyarakat yang berbeza akan mendorong dan

mengharmonikan masyarakat sebagai sejagat yang bertanggungjawab. Dalam pantun juga,

unsur nasihat dan teguran telah diwujudkan, seperti pantun berikut:

Sedap pulut santan binasa,

Sedap mulut badan binasa

Yang kurik itu kundi, yang merah itu saga.

Yang baik itu budi yang bahasa.

Sumber: Kesantunan Orang Melayu Dalam Majlis Pertunangan Edisi Kedua Karya

Noriati A. Rashid

Page 21: Kesantunan Masyarakat Malaysia

21

Kesimpulannya, kesantunan bahasa dapat diinterpretasikan sebagai penggunaan

bahasa sehari-hari yang tidak menimbulkan kegusaran, kemarahan dan rasa tersinggung

kepada pendengar, perlakuan yang dapat mengurangkan pergeseran dalam sesuatu

interaksi, berlaku apabila kontrak perbualan digunakan oleh penutur dan pendengar sebagai

usaha mengekalkan komunikasi yang harmoni tanpa menimbulkan sebarang konflik, kata-

kata yang lemah dan beradab yang dapat melembutkan hati dan manusia yang keras, akal

dan adab yang meninggikan darjat seseorang, bukannya asal keturunannya, usaha untuk

mengurangkan Tindakan Ancaman Muka (TAM) kepada pendengar, merupakan tingkah

laku yang digunakan untuk mengekalkan keseimbangan hubungan sosial dan interpersonal

manusia, kelakuan yang diamalkan bagi membina persefahaman untuk mengelakkan

ancaman serta ketegangan yang boleh menyebabkan hubungan sesama manusia menjadi

renggang dan berlaku apabila kontrak perbualan digunakan oleh penutur dan pendengar

sebagai usaha untuk mengekalkan komunikasi yang harmoni tanpa menimbulkan sebarang

konflik.

1.3 Aspek Kesantunan Berbahasa, Bentuk dan Jenis Kesantunan Warisan Budaya Bangsa Masyarakat Malaysia

1.3.1 Kesantunan Berbahasa

Dalam konteks masyarakat Malaysia, kesantunan amat dituntut demi menjaga

integrasi nasional yang telah lama wujud agar terus terpelihara dan tidak tergugat. Hal ini

kerana adalah amat wajib untuk setiap ahli masyarakat mengamalkan kesantunan

berbahasa yang terangkum dalamnya sifat santun dalam gerak geri dan perilaku serta

penggunaan bahasa. Tidak semestinya bahasa yang gramatis mahupun puitis yang

digunakan tetapi cukup sekadar penggunaan bahasa yang sopan, teratur dan disenangi

sama ada secara lisan mahupun secara tulisan.

1.3.2 Konsep Kesantunan Berbahasa

Kesantunan merujuk kepada kesantunan berbahasa dan aspek nonverbal seperti

mimik muka, tingkah laku dan nada suara. Kesantunan diertikan sebagai kehalusan budi

bahasa atau budi pekerti dan kesopanan mahupun ketinggian maruah diri seseorang.

Menurut Hj. Mohd. Samsuddin Mahmod dari Institut Pendidikan Guru Malaysia: Kampus

Bahasa Melayu Kuala Lumpur, kesantunan merujuk kepada perlakuan yang mengurangkan

pergeseran dalam suatu interaksi (Lakoff,1975:64) dan merupakan penggunaan bahasa

sehari-hari yang tidak menimbulkan kegusaran, kemarahan dan rasa tersinggung (Asmah,

Page 22: Kesantunan Masyarakat Malaysia

22

2000:88). Dalam konteks inspirasi mahakarya ini, konsep kesantunan adalah lebih condong

kepada kesantunan berbahasa. Maka, dapatlah dirumuskan bahawa kesantunan berbahasa

diinterpretasikan sebagai penggunaan kata-kata (bahasa) dan perlakuan yang sesuai dalam

suatu komunikasi yang tidak menimbulkan konflik di mana si pelaku bahasa sentiasa

menjaga air muka dengan si pendengar dengan hati yang telus dan ikhlas berpaksikan

keharmonian dalam hubungan manusia.

Dalam mewujudkan masyarakat yang sentiasa bersatu padu konsep kesantunan

berbahasa dilihat amat penting sebagai wadah untuk menjayakan usaha ini. Konsep

kesantunan berbahasa yang wujud di negara kita, Malaysia merupakan budaya yang

sememangnya menjadi warisan budaya oleh setiap lapisan masyarakat tanpa mengira

agama, bangsa, budaya dan keturunan mahupun asal-usul. Amalan murni seumpama ini

sememangnya telah pun diamalkan oleh masyarakat di negara ini sejak terbinanya kerajaan

Malaysia. Bukan begitu sahaja, penerbitan buku-buku ilmiah dan sastera yang berunsurkan

nilai budi bahasa dan kesantunan kini semakin banyak memenuhi rak perpustakaan di

seluruh Malaysia. Dari perspektif yang lain, nama negara yang bertuah lagi permai ini kini

meniti dari bibir ke bibir setiap masyarakat dunia kerana nilai budayanya yang amat tinggi.

Kita boleh membuka kelopak mata kita untuk melihat sejauh mana aspek

kesantunan ini diamalkan di Malaysia sebagai warisan budaya yang unggul. Lihat sahaja

agama yang menjadi pegangan setiap masyarakat di negara ini yang menekankan amalan

bersopan santun dalam kehidupan seharian. Sebagai contoh, dalam agama Kristian ada

tertera dalam Kitab Suci ( Bible) bahawa “ barang siapa yang berdosa kerana matanya, cungkil lah mata itu lebih baik daripada seluruh tubuh mengalami keseksaan di api neraka. Dan, barang siapa yang berdosa kerana mulutnya, lebih baik menutup mulut atau bisu daripada seluruh tubuh mengalami keseksaan di api neraka yang penuh dengan noda dan dosa dan gertakan gigi yang tidak terhenti-hentinya”. Maka, jelaslah

bahawa amalan seumpama ini tidak dapat kita nafikan sebagai warisan budaya bangsa

Malaysia.

Kesantunan (politeness) bahasa ( language), (‘politeness in language’) dapat

dijelmakan dalam pelbagai cara oleh individu, iaitu sama ada dalam perlakuan, pertuturan

dan penulisan. Aspek kesantunan yang terdapat dalam pertuturan, perlakuan dan penulisan

menyebabkan kesantunan mempunyai bentuk dan jenisnya yang tersendiri, iaitu kesantunan

verbal, kesantunan nonverbal kesantunan lisan dan kesantunan penulisan seperti yang

ditunjukkan dalam Rajah di bawah:

Page 23: Kesantunan Masyarakat Malaysia

23

1.3.3 Bentuk dan Jenis Kesantunan

Rajah 1.9: Bentuk dan jenis kesantunan

1.3.3.1 Kesantunan Verbal

Kesantunan Verbal merupakan pengucapan bersuara untuk melahirkan pemikiran,

perasaan dan tindak balas terhadap sesuatu isu dan persoalan lantas memperlihatkan

identiti seseorang ( Hasuria Che Omar, Noriah Mohamed, Radiah Yusoff,2009).

Sehubungan itu, berdasarkan Rajah 1.3, kesantunan verbal boleh dibahagikan kepada tiga,

iaitu komunikasi lisan, bahasa sapaan dan kata panggilan.

Kesantunan Lisan

Bahasa merupakan unsur penting dalam komunikasi lisan atau verbal. Pearson, J. C.

Dan Nelson, P. E. (2000) menyatakan bahawa bahasa adalah merupakan kod simbol, huruf

atau perkataan dengan pelbagai makna yang disusun mengikut peraturan susunan ayat

yang digunakan untuk berkomunikasi. Menurut Sulaiman, Salleh dan Azlina (2002),

komunikasi jenis ini boleh berlaku secara langsung apabila dua orag berbual secara

bersemuka. Komunikasi lisan juga dilihat boleh mengeratkan silaturahim antara manusia

dan boleh menjalinkan hubungan peribadi antara dua manusia. Komunikasi jenis ini

Kesantunan Verbal

Komunikasi lisanBahasa sapaanProtokol kata dan panggilan

Kesantunan Nonverbal

Bahasa tubuhGerakan mataGerakan tanganMimik muka

Kesantunan Lisan

Komunikasi tidak formalKomunikasi tidak khalayak

Kesantunan Penulisan

Komunikasi bertulis

Page 24: Kesantunan Masyarakat Malaysia

24

biasanya boleh berlaku secara tidak formal misalnya seperti perbualan dengan kawan atau

keluarga (Gambar 1.1), manakala komunikasi formal pula adalah seperti mengajar,

mesyuarat, taklimat, temuduga, dan pengucapan awam seperti yang ditunjukkan dalam

Gambar 2.0.

Gambar 2.1Gambar 2.2

Komunikasi Tidak Formal Komunikasi Formal

Perbincangan Kumpulan Mesyuarat

Bahasa Sapaan

Bahasa sapaan merujuk kepada perbendaharaan kata dan ungkapan yang betul dan

sesuai mengikut konteks semasa berkomunikasi. Secara umumnya, bahasa sapaan

mempunyai kaitan rapat dengan kata nama ganti diri yang perlu disesuaikan dengan

masyarakat penutur. Peranan bahasa sapaan amat penting kerana ada ketikanya

mengambil alih bentuk kata ganti diri untuk memuliakan seseorang yang dilawan bercakap.

Oleh itu, tidak hairanlah jika penggunaan bahasa sapaan yang tidak tepat boleh

mengundang situasi konflik. Sehubungan itu, penggunaan bahasa sapaan mempunyai

kaitan yang erat dengan ciri kesantunan dalam masyarakat.

Bahasa sapaan adalah berbeza untuk situasi formal dan tidak formal maka penutur

tidak sewajarnya mencampuradukkan penggunaan kata-kata tersebut sesuka hati. Hal ini

jelas menunjukkan bahawa penggunaan bahasa sapaan yang tepat dapat menyumbang

kepada keharmonian masyarakat.

Page 25: Kesantunan Masyarakat Malaysia

25

Protokol Kata Panggilan

Perkataan protokol berasal daripada bahasa Yunani yang bermaksud pelekat

pertama sebagai taraf pada zaman Yunani. Selain itu, protokol turut didefinisikan sebagai

susunan keutamaan dalam pangkat dan status serta prosedur yang betul dalam pertukaran

diplomatik dan dalam upacara-upacara negara. Amalan Protokol meliputi penggunaan

bahasa sapaan, adab berbual, penggunaan bahasa istana, dan panggilan hormat.

Sehubungan itu, panggilan hormat yang perlu mengikut protokol dalam ucapan rasmi atau

pengacaraan bagi sesuatu majlis ditunjukkan dalam Rajah 2.0,:

Rajah 2.3: Panggilan hormat dengan protokol

1.3.3.2 Kesantunan Nonverbal

Konsep nonverbal ataupun tuna bahasa lisan (tanpa bahasa lisan) merujuk kepada

gerak laku dan mimik muka yang dapat difahami. Oleh itu, kesantunan berbahasa dari segi

nonverbalmerupakan bahasa tubuh ataupun gerakan anggota badan, mimik muka, gerakan

mata, dan gerakan tangan.

Bahasa Tubuh

Menurut Zainal Abidin Kasim (1990), bahasa tubuh ialah bahasa komunikasi bukan lisan

yang melibatkan isyarat tangan, air muka, dan gerakan badan. Bahasa ini sangat penting

kerana mampu menggambarkan emosi, personaliti, tujuan, dan status sosial seseorang

individu. Jika seseorang gagal membaca bahas tubuh orang yang dilawan bercakap,

seseorang penutur seperti penceramah misalnya akan gagal menyakinkan khayalaknya.

Page 26: Kesantunan Masyarakat Malaysia

26

Mimik Muka

Mimik muka merujuk kepada riak muka seseorang yang mempunyai pelbagai maksud

tersirat. Mimik muka dapat menyatakan emosi kehendak dan harapan seseorang. Mimik

muka juga dapat menambat hati seseorang untuk bertindak balas terhadap seseorang.

Gerakan Mata

Gerakan Mata mempunyai makna tertentu dalam komunikasi nonverbal. Semua gerakan

mata yang berlaku secara spontan dapat ditafsirkan seperti dalam Rajah 1.5 yang berikut.

Rajah 2.4: Gerakan Mata

Gerakan Tangan

Emblems ialah tangan yang digunakan secara tersendiri untuk menyampaikan sesuatu

maksud tetapi illustrators pula gerakan tangan yang digunakan bersama-sama ucapan

untuk membantu ataupun mengukuhkan pemahaman. Ciri kesantunan amat perlu diambil

perhatian agar gerakan tangan yang digunakan tidak menyinggung perasaan orang lain.

Emblems dipengaruhi oleh budaya sesuatu bangsa, misalnya menunjukkan ke arah

seseorang dengan menudingkan ibu jari adalah lebih sopan jika dibandingkan dengan

penggunaan jari telunjuk dalam budaya Melayu. Emblems lain yang mempunyai mesej

tersendiri ditunjukkan dalam gambar 1.3.

Illustrators wujud apabila seseorang bertutur sama ada disengajakan ataupun tidak.

Illustrators yang digunakan tanpa disedari apabila bertutur berlaku seiring dengan setiap

patah perkataan yang diujarkan namum penutur perlu mengawalnya agar santun dan tidak

menyinggung orang lain. Selain itu, secara disedari illustrators dijelmakan oleh penutur agar

khayalaknya memahami sesuatu perkara yang diperkatakan seperti dalam Gambar 1.4. Di

Page 27: Kesantunan Masyarakat Malaysia

27

samping itu, illustrators juga terdapat misalnya apabila berbicara tentang burung, penutur

menggerak-gerakkan kedua-dua belah tangan seakan sedang terbang.

Perbezaan diantara kesantunan verbal dan bukan verbal:

Kesantunan

Verbal Nonverbal

1 Kesantunan verbal merupakan

kesantunan yang diperlihatkan

secara lisan atau bukan bertulis

2 Kesantunan bukan verbal merupakan

bahasa komunikasi bukan lisan yang

melibatkan isyarat tangan, air muka

dan gerakan badan.

3 Kesantunan bukan verbal mampu

menggambarkan personaliti, tujuan

dan status sosial seseorang individu.

4 Komunikatif lisan yang disepadukan

dengan bahasa tubuh akan lebih

berkesan dan maksud yang

disampaikan lebih jelas.

5 Dalam interaksi keluarga dalam

masyarakat Melayu, interaksi tidak

selalu bergantung kepada pemilihan

perkataan dan struktur ayat.

6 Penekanan utama dalam konteks

kesantunan berbahasa, dalam

penggunaan bahasa yang sesuai

dalam bahasa Melayu ialah cara

perkataan atau frasa diucapkan dan

sering kali disertai oleh gerak badan

yang melibatkan air muka, isyarat

tangan serta gaya dan kedudukan

badan pihak yang bercakap.

7 Gerakan anggota badan kita mampu

menyampaikan mesej yang akan

difahami oleh orang lain.

Bahasa HalusI. Bahasa halus digunakan dengan

meluas dalam ungkapan

bertatasusila supaya tidak

menyinggung perasaan orang lain

semasa berkomunikasi.

II. Penggunaan bahasa halus

melibatkan intonasi yang sesuai, iaitu

ditandai nada pengucapan yang

rendah, lembut dan sesuai walaupun

sewaktu menyindir, tidak akan

menimbulkan perasaan orang lain.

Contoh:a) “Terima kasih”

b) “Selamat datang”

c) “Sila masuk”

d) “Jemput duduk”

e) “Tolong hulurkan bantuan”

f) “Minta kerjasama”

Kata Panggilan atau Kata Ganti Nama DiriI. Kesantunan dalam berbahasa juga

dapat dilihat daripada penggunaan

A. Gerakan Mata I. Gerakan mata ke sana dan ke mari

menunjukkan seseorang itu tidak

Page 28: Kesantunan Masyarakat Malaysia

28

kata panggilan atau rujukan kehormat

yang betul dan sesuai.

II. Kesilapan dalam dalam rujukan

kehormat boleh menyebabkan

seseorang berasa tersinggung

dan marah.

III. Dalam Bahasa Melayu, penggunaan

kata ganti nama diri orang berkait

rapat dengan bentuk sapaan yang

mengambil alih kata ganti nama

untuk memberi penghormatan atau

kemuliaan kepada seseorang.

Contoh:Sekiranya seseorang pensyarah itu

berpangkat doktor falsafah, adalah menjadi

kesilapan besar sekiranya kita memanggil

beliau dengan panggilan “encik”.

berminat melihat dan mendengar

sesuatu yang disampaikan

kepadanya.

II. Mata dan dahi berkerut menunjukkan

seseorang itu berminat tetapi tidak

percaya.

III. Mata berkelip lebih laju daripada

biasa menunjukkan seseorang

tersebut sedang berdusta dan

sekiranya seseorang itu tidak

memandang mata seseorang yang

berbual dengannya, ini menunjukkan

bahawa dia sedang malu.

B. Air Muka/Mimik Muka I. Air muka boleh menggambarkan

emosi, perasaan, harapan,

menambat hati seseorang atau

perasaan kurang senang.

II. Jalinan komunikatif yang mesra

bermula dengan air muka yang

jernih.

III. Mimik muka mempunyai pelbagai

maksud yang tersirat yang dapat

diterjemahkan maknanya dalam

komunikasi bukan lisan.

C. Isyarat Tangan ,Gaya dan Kedudukan BadanI Tangan kanan digunakan untuk

memegang makanan dan apabila

memberi dan menerima sesuatu.

II Penggunaan tangan kiri

hendaklah dielakkan.

III Jika seseorang itu terpaksa

menuding kepada sesuatu

Page 29: Kesantunan Masyarakat Malaysia

29

semasa bercakap atau

berinteraksi terutamanya dengan

pihak yang lebih tua atau yang

dihormati dengan tujuan untuk

menunjukkan seseorang atau

arah, jari telunjuk tidak boleh

digunakan. Lebih sopan jika ibu

jari kanan digunakan. Dalam

masyarakat Melayu, menuding

dengan jari telunjuk dalam situasi

tertentu boleh dianggap sebagai

perbuatan meninggikan diri, yakni

dalam pengertian mengarah atau

memerintah pihak yang

mendengar.

IV Apabila seseorang itu harus lalu

di hadapan pihak yang lebih tua,

yang lebih tinggi tarafnya atau

pihak yang lebih dihormati

seseorang itu hendaklah meminta

izin terlebih dahulu dengan

melafazkan ungkapan “minta lalu”

atau “tumpang lalu”.

V Ucapan meminta izin ini boleh

digantikan dengan perlakuan

bukan verbal, antaranya

menundukkan kepala dan

membongkokkan badan sedikit

ketika lalu sambil meluruskan

tangan kanan ke bawah.

VI Perbuatan ini dianggap sopan

dalam masyarakat Melayu.

Rajah 2.8: Perbandingan di antara kesantunan verbal dan bukan verbal

Page 30: Kesantunan Masyarakat Malaysia

30

1.3.3.3 Kesantunan Lisan

Kesantunan lisan merujuk kepada penggunaan bahasa yang beradab dan baik

apabila bertutur . Pertuturan ini meliputi semua bentuk komunikasi sama ada secara formal

ataupun tidak formal. Seseorang perlu menggunakan bahasa yang bersopan serta kata

sapaan yang betul apabila bertutur. Kesantunan lisan khususnya dalam komunikasi tidak

formal menitikberatkan bahasa sapaan yang betul untuk empat golongan, iaitu peringkat

umur, jantina, status perkhawinan, dan pangkat seperti dalam Rajah 1.6.

Rajah 2.5: Faktor Penentu Kesantunan Lisan Komunikasi Tidak Formal

Untuk mengekalkan kesantunan lisan dalam komunikasi khayalak, sikap memberi dan

menerima antara komunikator dan khayalaknya perlu sentiasa diamalkan. Dalam hal ini,

komunikator memainkan peranan penting untuk memastikan keempat-empat perkara berikut

dipatuhi, iaitu:

a) Bertanggungjawab memberi pemahaman kepada khayalak

b) Bertindak balas terhadap maklum balas khayalak

c) Bertukar-tukar fikiran dengan khayalak

d) Memenuhi kehendak khayalak

1.3.3.4 Kesantunan Penulisan

Kesantunan dalam penulisan wujud dalam komunikasi bertulis sama ada secara

formal ataupun tidak formal. Komunikasi bertulis merupakan cara penyampaian maklumat

oleh penyampai kepada penerima secara bertulis dengan menggunakan laras dan ragam

bahasa yang betul. Dalam keadaan yang tertentu, komunikasi bertulis ini akan menjadi

bahan rekod untuk dijadikan landasan bagi sesuatu tindakan itu diambil. Sehubungan itu,

definisi, ciri-ciri dan jenis-jenis komunikasi bertulis ditunjukkan dalam Rajah 1.7.

Dewasa / Kanak-kanakLelaki / PerempuanBerkhawin / BujangBergelar / Tidak Bergelar

Page 31: Kesantunan Masyarakat Malaysia

31

Rajah 2.6: Komunikasi Bertulis

Rajah 2.7: Ciri-ciri Kesantunan Penulisan

Ciri-ciriMempunyai format tertentu Untuk tujuan tertentuSasaran tertentuPengguaan bahasa mengikut larasJenis-jenisSurat Kiriman Rasmi dan tidak rasmiKarangan ekspositioriLaporanTakrifanProses merakam atau menghasilkan sesuatu pendapat, buah fikiran, idea, pengalaman, perasaan, atau maklumat dalam bentuk tulisan atau grafik untuk berhubung dengan orang lain atau diri sendiriKomunikasi BertulisCri-ciri Kesantunan PenulisanBahasa GramatisDiksi SesuaiUnsur Keindahan Bahasa / StilistikFormat tepatKesedaran Khayalak

Page 32: Kesantunan Masyarakat Malaysia

32

iv. Terangkan Strategi-strategi Kesantunan Verbal dan Bukan Verbal Yang Perlu Dikuasai Untuk Menyuburkan Amalan Komunikasi Yang Baik dan Berkesan Dalam Kalangan Masyarakat Kita.

1.4 Strategi-strategi Kesantunan Verbal dan Bukan Verbal

1.4.1 Strategi kesantunan Verbal

Dalam aktiviti komunikasi, seseorang bukan sahaja perlu menjaga adabnya bahkan menghormati pihak yang sedang borkomunikasi. Semua ini akan menghasilkan persefahaman dan seterusnya dapat mengelakkan percanggahan dalam kelompok. Seseorang perlu memahami elemen ungkapan yang boleh mengancam air mukanya dan air muka orang yang dilawan bicara.

Brown dan Levinson (1987) menggolongkan strategi kesantunan verbal kepada empat aspek, iaitu seperti yang dinyatakan dalam Rajah 1.4.

Rajah 2.9 : Strategi kesantunan Verbal Brown & Levinson

Page 33: Kesantunan Masyarakat Malaysia

33

Strategi Kesantunan Verbal:

Strategi Kesantunan Verbal

Contoh Keterangan

Strategi toleransi Memberi keutamaan kepada orang yang lebih tua untuk memulakan

sesuatu percakapan. Kalau dalam adat istiadat peminangan

masyarakat Dusun, biasanya orang yang lebih tua akan memulakan

perundingan. Perkara yang sama juga berlaku kepada masyarakat

Melayu, India dan Cina.

Strategi bertimbang

rasa

Menyatakan pemahaman terhadap sesuatu situasi dan jaminan

menyelesaikan sesuatu masalah dengan kadar segera. Hal ini

dapat mengelakkan ketidakpuasan hati atau kekecohan akibat

sesuatu kesulitan yang berlaku.

Strategi memberi

salam

Mengucapkan salam dan ucapan selamat apabila bertemu dengan

orang lain sebagai tanda hormat dan mengiktiraf kehadiran orang

tersebut.

Strategi bersopan

santun

Menggunakan sistem panggilan yang betul dan sesuai dengan

keadaan. Sistem panggilan itu bukan sahaja melibatkan pihak

tertentu dalam majlis rasmi tetapi juga dalam kalangan keluarga

dan rakan-rakan.

Strategi ramah mesra Mengalu-alukan tetamu yang datang ke rumah dengan ucapan

yang baik. Sudah menjadi kelaziman, tetamu akan dimuliakan

dengan penyediaan hidangan mengikut kemampuan.

Strategi tidak

mementingkan diri

sendiri

Memberikan cadangan atau nasihat yang bersesuaian dan dengan

penuh sopan serat lemah lembut.

Strategi merendah

diri

Masyarakat kita biasanya akan menyebut “sudilah datang ke

rumah saya yang tidak sepertinya ini” atau “ sudi-sudikanlah

menjamah hidangan yang ala kadar ini”. Dalam bahasa

Dusunnya pula, “akano no ti taakanon i au songkuuro”.

Strategi berterima

kasih

Contohnya dengan mengucapkan terima kasih kepada orang yang

menghulurkan bantuan kepada kita tidak kira dalam bentuk

material, nasihat atau apabila orang tersebut memberi jawapan

kepada pertanyaan kita.

Jadual 3.0: Strategi dan contoh kesantunan verbal

Page 34: Kesantunan Masyarakat Malaysia

34

Strategi Kesantunan Nonverbal:

Strategi Kesantunan Verbal

Contoh Keterangan

Strategi toleransi Memberikan tempat duduk kepada orang tua, wanita hamil, wanita

yang mendukung bayi dan orang yang kelainan upaya sama dalam

komuter, bas atau di premis-premis awam.

Strategi

bertimbang rasa

Contohnya dengan menggunakan ibu jari kanan untuk menunjukkan

seseorang atau sesuatu. Hal ini bermaksud perbuatan yang sopan dan

menghormati orang lain.

Strategi memberi

salam

Menganggukkan kepala atau mempamerkan senyuman sekiranya

jarak terlalu jauh sebagai satu tanda bersalam. Masyarakat India pula

biasanya merapatkan tangan serta meletakkan rapat ke dada mereka.

Strategi bersopan

santun

Contohnya membongkokkan sedikit badan ketika melintas orang

terutama orang yang lebih tua. Duduk dengan sopan dengan

merapatkan kedua-dua kaki dan tidak duduk menjulurkan kaki jika ada

tetamu. Juga mencium tangan orang yang lebih tua jika memberi

salam.

Strategi ramah

mesra

Contohnya dengan menunjukkan muka yang manis apabila

berinteraksi dengan orang lain walau dalam apa jua keadaan.

Strategi tidak

mementingkan diri

sendiri

Contohnya dengan memberikan sumbangan kewangan dan tenaga

mengikut kemampuan kepada mereka yang ditimpa kecelakaan atau

sebarang musibah.

Strategi merendah

diri

Tidak bertentangan mata atau raut wajah meninggi diri terutama

terhadap mereka yang lebih tua supaya tidak dianggap sombong.

Strategi berterima

kasih

Contohnya dengan memeluk dan mencium ibu bapa atau nenek kita

sebagai tanda penghargaan dan kasih sayang atas segala

pengorbanan mereka.

Jadual 3.1: Strategi dan contoh kesantunan nonverbal

Page 35: Kesantunan Masyarakat Malaysia

35

B. Kajian Kes (40%)

Pilih mana-mana satu blog berbahasa Melayu dan bincangkan isu-isu kesantunan yang terdapat dalam laman web tersebut serta cara-cara untuk menanganinya.

Blog 1: Dipetik dari laman web ‘sinar harian’ yang berunsurkan nilai kesantunan.

http://www.sinarharian.com.my/kecewa-guru-denda-anak-macam-lembu-1.244345

Kecewa guru denda anak macam lembu25 JANUARI 2014 Share on facebook Share on twitter Share on google_plusone_share More Sharing Services 11

Ketua Pemuda Umno Bahagian Tanjung Malim, Mohd Amin Osman (tengah, duduk) mahu tindakan tegas, ke atas guru SJKC yang menghukum dua murid seperti lembu. – Foto Sinar Harian oleh SITI KHAIRULNISAH MOHAMMED BAJURI

Rajah 3.2: Kecewa guru denda anak macam lembu

SUNGKAI – Dua ibu murid Tahun Empat di sebuah sekolah aliran Cina di sini kecewa dan

sedih dengan cara seorang guru lelaki mendenda anak mereka kerana tidak membuat kerja

sekolah pada Khamis lepas. Mereka mendakwa guru berusia 26 tahun itu mengalungkan

loceng di leher anak lelaki masing-masing dan diberi makan rumput serta dipanggil 'lembu'.

Yarnis Kasuma Dewi Zainal Aripin, 32, berkata beliau diberitahu oleh rakan anaknya

bahawa guru itu turut merakam gambar anaknya dalam keadaan demikian  menggunakan

telefon bimbit serta menunjukkan gambar itu kepada murid-murid di kelas lain sambil

mengugut akan memuat naik gambar itu dalam laman sosial Facebook. Katanya beliau

amat sedih, kecewa dan sakit hati apabila mengetahui perkara itu dan akibat kejadian itu,

anak lelakinya mengalami fobia dan takut untuk ke sekolah semalam, katanya kepada

pemberita di kawasan Surau Awamiah, Taman Permai di sini, hari ini. Siti Aisyah Hashim,

32, pula berkata mereka telah mengadakan pertemuan dengan guru itu dan guru besar

sekolah berkenaan di Balai Polis Sungkai petang semalam bagi menyelesaikan perkara itu.

Dalam pertemuan itu, katanya guru berkenaan hanya memohon maaf dan terus beredar dari

balai polis sebaik pertemuan itu selesai dan beliau menganggap permohonan maaf guru itu

Page 36: Kesantunan Masyarakat Malaysia

36

tidak ikhlas. Sementara itu, seorang daripada murid itu berkata mereka tidak disuruh

memakan rumput yang diberikan dalam kejadian pada 9 pagi itu tetapi diberi amaran supaya

tidak menanggalkan loceng itu sehingga 1.30 petang, jika tidak mahu dirotan sebanyak 10

kali. Ketua Polis Daerah Tapah Supt SomSak Din Keliaw mengesahkan bahawa Yarni telah

membuat laporan polis berhubung kejadian itu."Siasatan polis dibuat dengan memanggil

kedua-dua pihak dan murid terbabit. Perjumpaan dihadiri Guru Besar sekolah berkenaan

dan pegawai dari Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Batang Padang."Hasil perbincangan

mendapati guru itu mengaku melakukan perkara itu tetapi menafikan memberi mereka

makan rumput," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. SomSak berkata guru itu

mengambil tindakan demikian kerana  kedua-dua murid berkenaan tidak menyiapkan kerja

rumah bahasa Inggeris sejak dua minggu lepas. Dalam laporan polisnya di Balai Polis

Sungkai pada 1.20 petang semalam, Yarni Kasuma mendakwa anaknya bersama-sama

seorang lagi rakan kelas telah didenda memakai loceng di leher semasa murid lain

menikmati waktu rehat.- Bernama

Keterangan:

Berasaskan artikel berita yang dipetik dari laman web ‘sinar harian’ di atas, jelas

menunjukkan kepentingan amalan nilai kesantunan yang berpaksikan nilai rasional dalam

kehidupan. Saya telah memilih bahan ini kerana ia amat sesuai dan jelas bertemakan nilai

kesantunan.

Tajuk artikel berita tersebut ialah “Kecewa guru denda anak macam lembu” yang

bertarikh 25 Januari 2014. Seperti yang dinyatakan, kejadian ini berlaku di salah sebuah

sekolah rendah aliran Cina di daerah Sungkai.

Pertamanya, isu kesantunan yang dapat dikaitkan dengan bahan yang saya pilih ini

adalah isu pendidikan. Seperti mana yang kita tahu, tugas seorang guru adalah mendidik

generasi muda dengan cara yang betul dengan menerapkan unsur-unsur nilai kesantunan

yang tinggi. Selain meneruskan transmisi ilmu pengetahuan, guru menjadi suri teladan

kepada anak didiknya. Namun, dalam bahan saya ini, tugas seorang guru tidak diamalkan

dengan betul, di mana seorang guru lelaki yang mengajar Bahasa Inggeris telah mendenda

dua orang muridnya kerana tidak membuat kerja sekolah. Guru berusia 26 tahun itu

dikatakan telah mengalungkan loceng di leher kedua-dia murid lelakinya dan diberi makan

rumput serta dipanggil 'lembu'. Berfikir sepinta lalupun, kita menganggap perbuatan itu

sebagai perbuatan yang kurang baik dan tidak selari dengan tugas yang harus dipikul oleh

seorang guru. Siti Aisyah Hashim, 32, pula berkata mereka telah mengadakan pertemuan

dengan guru itu dan guru besar sekolah berkenaan di Balai Polis Sungkai petang semalam

Page 37: Kesantunan Masyarakat Malaysia

37

bagi menyelesaikan perkara itu. Dalam pertemuan itu, katanya guru berkenaan hanya

memohon maaf dan terus beredar dari balai polis sebaik pertemuan itu selesai dan beliau

menganggap permohonan maaf guru itu tidak ikhlas. Maka, adalah tidak baik jika guru

tersebut berkelakuan seumpama demikian. Jadi, sebagai lontaran idea pengurai tali guru itu

perlu diberi amaran oleh majikannya, iaitu Guru Besar sekolah tersebut dan daripada pihak

polis agar beliau tidak mengulangi perkara itu di kemudian hari. Guru itu perlu sedar bahawa

beliau perlu manjaga keterampilan dan melaksanakan tugas-tugas manusiawi, iaitu memberi

penjelasan tentang transformasi diri, identifikasi diri dan pengertian tentang diri sendiri.

Isu kedua yang berkaitan denga bahan ini adalah isu gejala sosial. Masalah yang

ditekankan dalam artikel berita ini adalah berkaitan dengan masalah buli. Bukan buli yang

dilakukan oleh pelajar tetapi buli yang dilakukan oleh guru itu sendiri. Perbuatan mendenda

anak murid dengan mengalungkan loceng di leher anak murid sambil diarahkan untuk

tunduk ke arah bumi dan disuruh memakan rumput serta digambar dan ditunjukkan kepada

pelajar yang lain adalah satu perbuatan buli yang agak melampau kerana amat jarang sekali

guru berkelakuan seumpama ini. Perbuatan ini boleh kita kategorikan sebagai perbuatan

buli terhadap fizikal, emosi dan mental. Murid akan mengalami fobia dan takut apabila

hendak ke sekolah kerana perasaan malu tan takut itu menghantui mereka. Sebagai cara

mengatasinya, guru lelaki tersebut perlu didenda kerana menurut Confucious, tindakan yang

tegas mampu mengubah sikap manusia.

Isu seterusnya yang terdapat dalam laman web tersebut adalah isu sikap ibu bapa.

Ibu bapa berperanan penting dalam menjadi suri teladan kepada anak-anak mereka. Hal ini

kerana, ibu bapa merupakan mereka yang amat rapat dengan kehidupan anak-anak muda.

Tambahan pula, institusi keluarga merupakan kilang terpenting yang akan menghasilkan

produk insan yang bersahsiah terpuji. Namun, dalam laman web ini, kita dapati bahawa ibu

kepada mangsa iaiitu Yarnis Kasuma Dewi Zainal Aripin, 32 tahun tidak menggunakan akal

fikirannya secara rasional, dimana beliau cepat percaya dengan kata-kata rakan anak

lelakinya. Beliau sepatutnya berfikir terlebih dahulu secara rasional untuk mengesahkan

berita yang disampaikan oleh rakan anaknya itu. Beliau perlu bertemu dengan guru tersebut

untuk membincangkan masalah sedemikian rupa. Jika ini diamalkan, sudah pastinya

anaknya itu akan mencontohi sikap rasional seperti itu.

Selain itu, isu kesantunan yang seterusnya adalah isu pengaruh pemimpin.

Pemimpin yang dimaksudkan adalah guru dan ibu bapa. Sebagai seorang guru, guru lelaki

Bahasa Inggeris itu perlulah menunjukkan contoh teladan yang baik kepada anak-anak

didiknya dan bukannya memperlihatkan sikap yang tidak selari dengan profession keguruan.

Perbuatan buli dengan mengalungkan loceng di leher anak didik sambil mengarahkan

Page 38: Kesantunan Masyarakat Malaysia

38

mereka memakan rumput adalah satu perbuatan yang amat kejam yang bercanggah

dengan norma masyarakat sekeliling. Perbuatan seumpama ini akan menyebabkan para

pelajar cenderung untuk melakukan perbuatan yang sama dan ini akan mewujudkan

suasana persekitaran yang kurang selesa di sekolah. Ibu bapa juga perlu bertanggungjawab

dengan anak-anak mereka. Contohnya, seperti apa yang telah dilakukan oleh Siti Aisyah

Hashim, 32, ibu kepada mangsa yang telah mengadakan pertemuan dengan guru itu dan

guru besar sekolah berkenaan di Balai Polis Sungkai bagi menyelesaikan perkara itu.

Isu yang seterusnya adalah isu keberkesanan undang-undang. Undang-undang atau

peraturan yang dilaksanakan di sekolah perlulah tegas dan melibatkan semua kakitangan

sekolah termasuklah guru-guru. Sebagai pemimpin, Guru Besar sekolah terbabit perlulah

peka akan kejadian yang berlaku dan memberikan amaran kepada guru berkenaan agar

guru tersebut tidak melakukan perbuatan sedemikian di kemudian hari.

Akhir sekali, isu semasa teknologi maklumat pada masa hadapan. Penggunaan

bahan berteknologi tinggi seprti telefon bimbit perlulah mengikut aturan yang ditetapkan

ataupun mengikut cara yang baik. Guru tersebut tidak boleh menggunakan telefon bimbitnya

untuk tujuan menjatuhkan maruah anak didiknya dengan menggambar atau merakam

perbuatan muridnya seperti mana yang diarahkannya dan menunjukkannya kepada murid-

murid yang lain. Perbuatan ini akan mendatangkan perasaan malu kepada murid terbabit

dan mereka akan berasa fobia untuk ke sekolah di kemudian hari. Maka, penggunaan

teknologi moden seumpama ini perlulah berasaskan rasional dan mengikut cara ynag betul

agar persekitaran yang harmoni dapat dijana.

Blog 2: Dipetik dari sebuah video dari Youtube yang berunsurkan nilai kesantunan.

Saya telah memilih dan muat turun sebuah klip video yang bertemakan “Budi

Bahasa” dengan nama “Ada Yang Melihat”. Klip video ini mengisahkan tentang pergerakan-

pergerakan kecil yang mungkin tidak diambil berat tetapi mampu menunjukkan peribadi

seseorang. Dalam klip video ini, terdapat lima kejadian yang menunjukkan contoh

seseorang yang tidak berbudi bahasa. Klip video ini bertujuan untuk memberikan peringatan

kepada orang ramai supaya sentiasa berbudi bahasa sepanjang masa. Hal ini kerana

perlakuan kita sentiasa diperhatikan oleh orang lain. Bagi golongan remaja dan orang tua,

kita haruslah sentiasa menjadi contoh yang baik bagi generasi muda.

Bentuk penyampaian mesej dalam klip video ini ialah melalui pandangan orang lain

terhadap perlakuan yang tidak berbudi bahasa khususnya bagi anak-anak yang merupakan

Page 39: Kesantunan Masyarakat Malaysia

39

harapan dan bakal pemimpin negara. Kejadian pertama dalam klip video ini ialah

penyampaian maklumat bahawa beramah mesra peribadi mulia tetapi segala perlakuan

dilihat juga. Dalam kejadian ini, seorang ibu membawa anaknya ke taman. Seorang

kawannya datang dan ibu tersebut sambut kawannya dengan mesra, manakala kawan

tersebut gembira menarik perhatian anaknya yang comel itu. Ibu yang kelihatan mesra dan

baik itu membuang sampah ke lantai dan perlakuan ini dilihat oleh anaknya. Walaupun anak

tersebut masih kecil, tetapi dia mungkin terpengaruh dengan sikap ibunya itu.

Kejadian yang kedua ingin menekankan nilai hormat menghormati sebagai budaya

kita. Kisahnya sebegini, seorang pemandu yang mungkin kesuntukan masa ingin pergi ke

sesuatu tempat sedang memandu dengan kelajuan yang tinggi di laluan kanan jalan raya.

Dia dihalang oleh sebuah kereta yang memandu dengan perlahan-lahan di hadapan

laluannya dan dia berasa geram. Dia memandu sambil membunyikan hon lalu memotong

kereta tersebut. Dia telah turunkan tingkap keretanya dan memarahi pemandu yang

memandu dengan perlahan itu. Seluruh kejadian ini disaksikan oleh anak lelaki pemandu

yang tidak berbudi bahasa itu. Dalam kes ini,pemandu haruslah beretika dan saling

menghormati antara pengguna jalan raya yang lain kerana jalan raya milik semua. Kita

boleh memilih memotong kereta tersebut apabila selamat tetapi kita haruslah menjaga

perasaan pemandu tersebut. Kita tidak haruslah membunyikan hon dan lebih-lebih lagi

marah pemandu tersebut.

Kejadian ketiga yang dirakamkan ingin menerapkan nilai bertimbang rasa terhadap

warga tua. Seorang ibu tergesa-gesa membawa anak perempuannya masuk melalui pintu

kaca. Pada masa yang sama, seorang warga emas yang sedang membawa benda yang

banyak juga ingin masuk melalui pintu kaca tersebut. Budak perempuan itu kelihatan ingin

membuka pintu untuk nenek tua tersebut tetapi dia telah dibawa atau dengan lebih tepat,

ditarik ke arah lain oleh ibu tersebut tanpa manghiraukan warga emas tersebut. Dalam kes

ini, kita seharusnya bertimbang rasa dan sedia membantu orang lain yang memerlukan

bantuan khasnya warga emas yang sudah uzur dan kurang cekap. Ketika bertembung

dengan masalah sebegini, kita seharusnya tolong orang tua tersebut mengangkat

barangnya agar dapat meringankan beban dia.

Video ini juga mempunyai mesej untuk menegur kita supaya manjadikan jujur dan

amanah sebagai amalan kita. Seorang remaja tidak menunjukkan peribadi yang berbudi

bahasa kerana dia sebagai seorang kakak telah mencuri wang ibunya di depan adik

perempuannya yang masih muda. Sebagai kakak, dia langsung tidak tahu malu kerana

lepas dia ambil duit tersebut,dia memberikan lagi isyarat badan kepada adiknya supaya

Page 40: Kesantunan Masyarakat Malaysia

40

tidak memberitahu ibu mereka tentang perkara tersebut. Untuk menengani masalah ini, kita

semestinya mempunyai nilai amanah iaitu sikap tanggungjawab yang boleh menimbulkan

kepercayaan dan keyakinan orang lain. Kita boleh ambil langkah berbincang dengan ibu

bapa jika kita memerlukan duit untuk membeli sesuatu bukannya mengambil langkah mudah

dengan mencuri.

Kesantunan seterusnya yang ditunjukkan dalam klip video ialah mengenai

keikhlasan etika kerja. Seorang pemuda telah menyapu daun kering di halaman rumahnya

dan selepas dia siap menyapu, dia membuangkan daun-daun kering tersebut ke halaman

rumah jirannya. Balasannya, perbuatan yang memalukan ini dirakam oleh seseorang dan

dipamerkan di laman internet lalu perbuatan ini dinilai oleh rakan lain di internet.

Konklusi yang kita boleh simpulkan daripada klip video tersebut ialah manusia hari ini

biasa melakukan perlakuan yang tidak berbudi bahasa hasil daripada kesan media massa

seperti muzik, drama dan wayang yang menyampaikan mesej yang tidak bagus. Pemikiran

pemuda-pemudi akan tercemar lama-kelamaan dan mereka tidak akan berasa bersalah

terhadap perbuatan mereka yang tidak berbudi bahasa itu.

Oleh itu, kerjasama harus wujud antara masyarakat dengan kerajaan untuk

meningkatkan kesantunan berbahasa dalam kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang

kaum. Antara langkah yang mesti diambil ialah melalui kempen kesedaran tentang

pentingnya kesantunan berbahasa terhadap pembangunan Malaysia. Kerajaan dan

persatuan-persatuan harus menggalakkan rakyat untuk menghadirkan diri ke kempen yang

berkaitan supaya rakyat dapat mengetahui kepentingan dan kebaikan kesantunan terhadap

diri-sendiri dan negara.

Di samping itu, kerajaan juga perlu menyemaikan semangat “budi bahasa budaya

kita” melalui media massa. Kita bukan sahaja perlu menyebarkan slogan “budi bahasa

budaya kita”, tetapi juga perlu mempraktikkannya dalam kehidupan seharian kita. Kerajaan

boleh menyiarkan kepentingan dan cara kesantunan berbahasa di media massa seperti

televisyen, radio dan papan tanda.

Lain daripada itu, cara yang lain untuk meningkatkan kesantunan berbahasa dalam

kalangan masyarakat ialah melalui pendidikan. Di sekolah, terdapat mata pelajaran

Pendidikan Moral dan Pendidikan Sivik yang merupakan mata pelajaran dapat memupuk

kesantunan berbahasa dan seterusnya mewujudkan perpaduan. Bagi Pendidikan Moral,

terdapat sukatan di mana setiap pelajar dikehendaki untuk menghafal definisi bagi setiap

Page 41: Kesantunan Masyarakat Malaysia

41

nilai murni dan secara tidak langsung, ini dapat meningkatkan kesantunan berbahasa dalam

kalangan masyarakat.

C. RefleksiSaya Velter Jailih, telah menjalankan tugasan kerja kursus bagi GSB1012 iaitu

Kesantunan Masyarakat Malaysia. Sebelum menjalankan tugasan ini, persoalan yang

berlegar-legar dan muncul di kotak minda saya ialah mampukah saya menyiapkan tugasan

kerja kursus ini kerana ini adalah kali pertama saya melakukan kerja kursus sendiri.

Walaupun saya pernah melakukan kerja kursus semasa di sekolah menengah, saya tidak

berkeyakinan untuk melakukan kerja kursus ini kerana kerja kursus yang dilakukan semasa

di sekolah menengah adalah bawah bimbingan guru sepenuhnya. Lagipun pada masa yang

sama terdapat beberapa tugasan kerja kursus yang lain yang perlu disiapkan dalam tempoh

yang sama. Keadaan ini sedikit sebanyak memberi tekanan dan menguji daya tahanan saya

untuk melaksanakan tugasan tersebut. Walau bagiamanapun, saya tetap tidak mengambil

mudah memberi alasan dan helah untuk tidak menyiapkan tugasan ini dalam tempoh yang

telah diberikan. Sebaliknya, saya menyahut cabaran ini dengan melaksanakan tugasan ini

mengikut arahan yang telah diberikan.

Saya telah menghadapi pelbagai rintangan dan masalah sepanjang saya

menyiapkan kerja kursus ini. Antara masalah yang saya hadapi ialah buku rujukan yang

terdapat di pusat sumber adalah terhad. Hal ini telah menyebabkan saya tidak dapat

mencari buku yang saya perlukan dan menyebabkan saya sukar mencari maklumat yang

saya perlukan untuk menyelesaikan tugasan kerja kursus ini. Oleh itu, saya telah mencari

rujukan tambahan di internet namun begitu, ini juga menjadi satu masalah di mana

maklumat yang terdapat di internet kadang-kala mengelirukan saya. Saya tidak dapat

mengenalpasti sama ada sesuatu maklumat itu betul atau salah kerana internet mempunyai

pelbagai maklumat yang berbeza. Ini telah membebankan saya lagi untuk semak buku

rujukan untuk memastikan maklumat yang saya dapat adalah betul dan merupakan fakta.

Tambahan pula, kekangan yang saya hadapi semasa membuat tugasan ialah saya tidak

cukup masa untuk melakukan tugasan ini. Hal ini kerana saya tidak merancang masa

dengan baik semasa melakukan tugasan kerja kursus. Tarikh penyerahan tugasan ini juga

bertindih dengan tugasan yang lain tetapi saya tidak menekankan perkara ini dan

menyebabkan saya tidak melakukan persediaan awal.

Antara cara untuk mengatasi masalah yang dinyatakan ialah pihak sekolah boleh

membekalkan pelbagai jenis buku di pusat sumber agar memudahkan pelajar meminjam

buku yang mereka perlukan supaya dapat menyelesaikan tugasan kerja kursus dengan

lebih mudah. Selain itu, saya akan mempelajari teknik-teknik mencari maklumat di internet

melalui sumber yang dipercayai agar tidak mengelirukan saya semasa mencari maklumat.

Page 42: Kesantunan Masyarakat Malaysia

42

Di samping itu, saya juga hendaklah menyediakan jadual waktu agar dapat menyelesaikan

tugasan dalam masa yang telah ditetapkan. Saya akan mengehadkan atau mengelakkan

aktiviti yang tidak berfaedah seperti melepak, bermain permainan komputer, menonton

siaran hiburan dan sebagainya. Hal ini dapat mengelakkan pembaziran masa supaya

kehidupan juga akan turut menjadi lebih bermakna.

Di samping itu, bagi mengatasi kekangan dan kesukaran yang saya nyatakan di

atas, saya telah mengambil inisiatif untuk membincangkan masalah dengan rakan-rakan

dan pensyarah pembimbing. Perbincangan dan kolabrasi ini sesungguhnya sangat

membantu dalam menyiapkan tugasan ini dengan sempurna kerana saya berpeluang untuk

bertanya kepada rakan-rakan dan pensyarah tentang cara-cara melaksanakan tugasan

selain mendapatkan hasil yang sangat memuaskan. Kami telah belajar sesama sendiri

selain mengeratkan hubungan kerana kami dapat mencari penyelesaian tentang satu

masalah bersama-sama dan saling tolong-menolong dalam mencari maklumat.

Sepanjang saya menyiapkan kerja kursus ini, saya telah mempelajari dan mengenali

kesantunan berbahasa. Saya dapat faham konsep kesantunan dengan lebih baik. Saya

dapat mengetahui takrifan konsep kesantunan oleh tokoh-tokoh yang tersohor di dunia.

Saya mengenali tentang konsep kesantunan berbahasa dari pandangan Barat, pandangan

orang melayu, dan pandangan dari segi agama. Saya juga dapat lihat tentang keadaan dan

taraf kesantunan di negara kita. Saya juga berusaha untuk mencari jalan meningkatkan

kesantuanan di dalam kalangan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada berbilang kaum.

Lain daripada itu, saya juga telah mempelajari banyak nilai-nilai murni sepanjang

saya melakukan tugasan ini. Antaranya, saya belajar untuk lebih menghargai masa yang

ada dalam melaksanakan tugasan ini dan saya lebih memahami maksud kata masa itu

emas. Maksud di sini ialah apabila sudah mendapat soalan tugasan daripada pensyarah,

saya haruslah bertindak lebih proaktif dengan melaksanakan tugasan ini dengan secepat

mungkin. Jika saya dapat melaksanakan tugasan ini lebih awal, saya dapat mengelakkan

daripada melaksanakannya pada saat-saat terakhir. Saya juga dapat memastikan tugasan

yang saya hasilkan ini adalah benar-benar berkualiti dan menepati standard atau piawai

yang telah ditetapkan. Pada masa yang sama juga, saya akan dapat menguruskan masa

dengan baik dan berkesan serta mengelakkan budaya kurang sihat seperti tidur lambat

semata-mata untuk menyiapkan tugasan ini.

Sebagai penambahbaikan, saya melihat aspek pengurusan masa ini sebagai

kelemahan saya yang paling ketara sekali. Dalam hal ini, saya menerima pengajaran agar

menjadi lebih proaktif apabila menerima tugasan daripada pensyarah supaya saya dapat

menguruskan masa yang saya ada dengan sebaik mungkin. Dengan ini,saya dapat

menghasilkan tugasan yang berkualiti selain menggunakan masa yang lebih tersebut untuk

tujuan lain yang lebih bermanfaat.

Page 43: Kesantunan Masyarakat Malaysia

43

Akhir sekali, saya bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan ini dengan

sempurnanya dan berharap tugasan yang saya hasilkan menepati kehendak yang

diperlukan. Penting sekali, pengetahuan yang telah saya pelajari sepanjang melaksanakan

tugasan ini sudah pasti menjadi nilai tambah kepada pengetahuan yang saya sedia ada.

D. Kesimpulan

Banyak perkara yang telah saya pelajari daripada tugasan projek ini. Antaranya,

saya telah mengetahui maksud sebenar yang dibawa oleh konsep budi bahasa, konsep

kesantunan, konsep kesantunan berbahasa, mempelajari dan membezakan pandangan

tokoh-tokoh tersohor mengenai kesantunan bahasa, bentuk dan jenis kesantunan, dan

strategi-strategi kesantunan yang perlu kita kuasai. Syukur dan terima kasih kepada semua

yang terlibat membantu saya menyiapkan tugasan projek ini sehingga selesai. Diharapkan

konsep kesantunan ini dapat saya amalkan pada masa ini dan pada masa akan datang.

Page 44: Kesantunan Masyarakat Malaysia

44

Bibliografi

Hajah Noresh bt. Baharom. (2007). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Lakoff, R.T. (1977). “What you do with words: Politeness, pragmatics and perpormatives” dalam Andy Roger, Bob Well dan John, P.M., Proceedings of the Texas Conference On Performatives, Presuppositions and Implicatures. Arlington, TX: Center of Applied Linguistics.

Fraser, Bruce dan Nolan dan William. (1981). The Association of Deference with Linguistic Form. International Journal of the Sociology of Language 27, 93-109.

Leech, Geoffrey, n. (1983). Principles of Pragmatics. London: Longman.

Brown, P., dan Levinson, S. (1987). Politeness: Some Universal in Language Usage. Cambridge: Cambridge University Press.

Asmah Haji Omar. (2000). Wacana, Perbincangan, Perbahasan, dan Perundingan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Bayraktatoglu, A. dan Sifianou, Alessandro. (1997). Linguistic Anthropology. Cambridge University Press.

Fishman, J.A.,Ferguson , C.A. dan Das Gupta, Jyutirindra. (1968). Language Problems of Developing Nations. New York: John Wiley.

Awang Sariyan. (2007). Santun Berbahasa. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.

Watts et. al. (2000). Phonetic parallels between the close-mid vowels of Tyneside English: Are they internally or externally motivated? Language Variation and Change 12:69-101.

Rustono. (1999). Pokok-pokok Pragmatik. Semarang: CV. IKIP Semarang Press.

Thomas dan Jenny. (1995). Meaning in Interaction: An Introduction to Pragmatics. New York: Longman.

John Wiley Goffman, E. (1955). Problems of Developing Nations. On Face Work: An Analysis of Ritual Elements in Social Ineraction. Psychiatry, 18, 213-231. New York.

Siti Hajar Abdul Aziz. (2008). Bahasa Melayu I. Shah Alam: Oxford Fajar.

Hajah Noresh bt. Baharom. (1984). Kamus Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hakma. (2002). Merantau ke Deli. Kuala Lumpur: Crescent News.

Noriati A. Rashid. (2004). Kesantunan Orang Melayu dalam Majlis Pertunangan. Tanjung Malim. Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Page 45: Kesantunan Masyarakat Malaysia

45

Radiah Yusoff dan Nor ‘Aini Ismail. (2005). Linguistik Pengenalan. Selangor: Prentice Hall Sdn. Bhd.

Indirawati Zahid. (2012). Aspek Verbal dan Nonverbal dalam Komunikasi Melayu. Jurnal Bahasa Bil .25. (Januari –April 2012). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Faridah bt. Nazir, Ratna Laila bt. Shahidin dan Faiziah bt Shamsudin. (2014). Kesantunan Masyarakat Malaysia. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Sinar Harian. (2014). Kecewa guru denda anak macam lembu.

Diakses pada 26 Ogos 2015 di URL.

http://www.sinarharian.com.my/kecewa-guru-denda-anak-macam- lembu-1.244345

Page 46: Kesantunan Masyarakat Malaysia

46

Lampiran

Lampiran 1

Lampiran 2

Lampiran 3

Page 47: Kesantunan Masyarakat Malaysia

47

Lampiran 4

Lampiran 5