Author
zeknasir
View
48.547
Download
13
Embed Size (px)
DESCRIPTION
2. BICARA BIJAK CAKNA BAHASA -Perbincangansecara bestari dalam keprihatinan tentang bahasa TATABAHASA BAHASA MELAYU -pembentukan perkataan dan proses pembinaan ayatatau nahu dalam bahasa Melayu. 3. KESALAHAN TATABAHASA KESALAHAN UMUM PENGGUNAAN KATA 1. Kesalahan ejaan 2. Kesalahan tanda baca 3. Kesalahan imbuhan 4. Kesalahan hukum tatabahasa5. Kesalahan struktur ayat 6. Kesalahan kata majmuk 7. Kesalahan kata sendi nama 8. Kesalahan ayat pasif 4. 5. Kisah dari kawasan perkuburanKisah dari kawasan perkuburanAli dan Abu baru pulang dari bandar. Untuk sampai ke kampung, mereka terpaksamelalui jalan pintas yang bersebelahan dengan sebuah kawasan perkuburan.Hati mereka berdebar-debar semasa melalui kawasan perkuburan itu, tambahan pulapada masa itu hujan renyai-renyai dan dalam sayup-sayup malam mereka terdengarbunyi burung hantu danketukan dari kawasan perkuburan itu.Mereka berdua memberanikan diri untuk melihat dari mana datangnya bunyi itu.Dengan perlahan-lahan mereka menghampiri kawasan kuburdan ternampakseorang tua sedang mengetuk batu nisan dengan menggunakan tukul besi dan pahat. Dalam keadaan yang agak gelap itu,orang tua tersebut tekun mengukir sesuatu di atas batu nisan.Ali dan Abu bersuara"Fuuufff...terkejut kami,ingatkan Pak cik ni hantu tadi, Pak cik, pak cik,buat kami terkejut aje".Sambil merapati orang tua itu mereka bertanya : "Apa yang pak cik buat malam-malam buta kat kubur ni??"T iba-tiba lelaki tua itu menjawab dengan marah... "Bodoh betul dia orang ni ! Dia orang salah eja nama aku !" Moral di sebalik cerita ini 6. BUKU BAHASA MALAYSIA IV (LKM 400 ) 1. Kata nama dan frasa nama -Ramai pelajar-pelajar - Kebanyakan negara-negara. - Pelajar-pelajar USM. - Para-para atlet. - Rakyat-rakyat Malaysia. 2. Ganti namatanya apa dalam ayat penyata. -Apa yang anda saksikan sebentar tadi. - Apa yang mengganggu fikirannya.. - Apa yang menjadi masalah ... 3.Kata ganti nama ia dan nya sebagai kata ganti namadiri yang ketiga. -terdiri daripada beberapa unsur . 4. Kata Pemeri - ialah FN + FN( Subjek dan Predikat ) Contoh:Thailand adalah jiran Malaysia. Sepatutnya: Thailand ialah jiran Malaysia.- adalah FN + FAdan FN + FS Contoh:a. Bangunan KOMTAR adalah tinggi.b. Surat ini adalah daripada Kementerian Kesihatan. - Kata pemeri tidak boleh dimasukkan dalamFN + FKContoh:a.Adalah dimaklumkan bahawapemohonan tuan telah ditolak. b. Tuan-tuan adalah dijemput untuk menikmati jamuan. 7. Kata Sendi nama dan Frasa Sendi nama. a. Kata sendi nama di ( pengertian geografi dan arah sahaja tidak boleh masa) - Ahmad berada di kedai runcit itu. - Rumah Aminah terletak di kiri jalan itu. -Di zaman Jepun, ramai orang yang menderita. b. Kata sendi nama pada ( keterangan waktu dan tempat bukan geografi/ruang ) -Bas kami bertolak pada pukul tujuh pagi. -Notis itu ditampal pada papan kenyataan. c. Kata sendi nama dari ( menyebut tempat, arah, masa dan waktu ) - Ayah dan ibu bari sampai dari Kota Bharu. - Bola itu ditendang dari penjuru padang. - Dia tidak berhenti menulis dari pukul 12.00 tengah malam tadi. d. Kata sendi nama daripada (menyebut asal kejadian, abstrak dan perbandingan) - Tali pinggang itu diperbuat daripada kulit buaya. - Kejayaan itu diperoleh daripada usaha yang gigih. - Kain sutera itu lebih mahal daripada kain kapas. e.Kata sendi nama ke (menyebut tempat, arah dan waktu) - Mereka akan bertolak ke Pulau Pinang esok. - Burung-burung itu terbang ke selatan. -(Kata sendi nama ke juga digunakan untuk mengimbangi kata sendi nama dari -dari hati ke hati, dari semasa ke semasa,dari penjuru kiri ke penjuru kanan. 8.
g. Kata sendi nama dalam ( digunakan di hadapan kata nama sesuatu yang abstrak) a. Dalam kalangan pelajar itu, dialah yang paling baik. bDalam hal ini, kita semua telah bersepakat. ( Kata dalam juga digunakan sebgai kata adjektif ) Contoh: Sungai itu sangat dalam. h.Kata sendi nama di dalam ( digunakan di hadapan kata namasesuatu yang konkrit) a. Mereka belajardi dalam Makmal Bahasa 2. b. Dia kehilangan kad pengenalan semasa di dalam bas.
j.Kata sendi nama bagi ( menyatakan maksud bukan untuk tujuan ) a. Bagi kami, kalah menang memang adat pertandingan. 9. j.Kata sendi nama akan ( digunakan sebagai pelengkap kata adjektif yangmenyatakan perasaankasih, benci, sayang, takut dan seumpamanya) Kata sendi nama akan tidak boleh disingkatkan menjadi kan atau digabungkandengan kata adjektif sebelumnya. a. Saya sayang akan keluarga saya. b. Orang Malaysia gemar akan buah durian. k.Kata sendi nama di antara ( kedudukan kata arah yang ada jarak ruang fizikal ) a. Jambatan itu terletak di antara Georgetown dengan Butterworth. b. Dia duduk di antara Ahmad dan Aminah. l.Kata sendi nama antara i. membuat perbandingan diikutidengan kata dengan bukannya dan . a. Antara Johor dengan Singapura ada banyak persamaan. ii. diikuti oleh kata nama am yang tidak perlu diulang. a. Antara lagu persembahannya ialah Dondang Sayang dan Joget Lambak. iii. mengikuti kata namayang mengalami penggandaan separa. a. Mereka berbincang antara adik beradik. iv. diikuti oleh kata bilangan tentu dan tak tentu. a. Perhubungan antara kedua-dua negara itu bertambah baik. b. Mereka adalah antara beberapa pelajar yang cemerlang. v. diikuti oleh kata ganti nama diri seperti mereka, kita, -nya. a. Antara kita semua ada banyak persamaan. b. Ramai antara mereka telah keluar daripada parti. 10. Kata sendi nama oleh , kerana, dan oleh sebab ( tidak boleh digunakansebagai oleh kerana ) ( oleh sebab bolehdipendekkan menjadi oleh tetapi tidak boleh dipendekkan menjadi kata sebab kerana sebab ialah kata nama). a. Dia dihukum oleh guru kerana kenakalannya. b. Oleh sebab kelaparan, dia sanggup mencuri. Contoh ayat : 1.Doktor pakar itu membuat bedah siasat untuk mengenal pasti sebabkematian pesakit itu. 2.Doktor pakar itu membuat bedah siasat untuk mengenal pasti keranakematian pesakit itu. 11. PELBAGAIPENGGUNAAN KATAYANG BETUL 1.Kata dapatdanboleh 2.Kata berbagai, berbagai-bagai, pelbagai 3.Kata setengah, separuh, seperdua , sesetengah4.Kata bermuladan mulai5.Kata memakai dan menggunakan 6.Kata bila dan apabila 7.Kata yang mana dan di mana 12. KESALAHAN UMUM STRUKTUR A.Besar kemungkinanprojek empangan Bakunitu akan ditangguhkan. Kemungkinan besarprojek empangan Bakun itu akan ditangguhkan. B. Hadiah untuk pemenang tempat pertama bernilaiRM 5000 manakala RM3000 untuk penerima hadiah khas. Hadiah untuk pemenang tempat pertama bernilai RM 5000 manakala penerima hadiah khas bernilai RM 3000 . C. Soal keamanan dan peperangan bukanurusan kerajaan sahaja. Soal ini juga urusan rakyat. Soal keamanan dan peperangan bukan urusan kerajaan sahaja.Soal ini urusan rakyat juga. D.Pameran ini akan dibukakepada orang ramai mulai 18 Ogos hingga 27 Nov.2006 Pameran ini akan dibuka kepada orang ramai bermula 18 Ogos hingga 27 Nov.2006 E.Sembahyanglah kamu sebelum kamudisembahyangkan. (Engkau, kamu)Bersembahyanglah sebelum kamu disembahyangkan. 13. KESALAHAN UMUM TANDA BACA 1.Tanda sempang ( -) a. Awalanse diikuti oleh Kata nama Khas( huruf awalnya huruf besar) Contohnya: se Malaysia, se - Nusantara b. untuk menulis kata ulang ( kata Ganda ) Contohnya: anak-anak, gunung-ganang c. untuk memperjelaskan ungkapan Contohnya: ber-evolusi dengan ber-revolusi. d. untuk merangkaikan huruf kecil dengan huruf besarpada kata yang sama ( bentuk terikat diikuti dengan kata nama khas)Contohnya: anti-Amerika, hamba-Mu, pro-Iran, rahmat-Nya e. untuk merangkaikan imbuhan ke dengan angka Contohnya: ke 20 ( kedua belas), ke- 2000 (kedua ribu) f. untuk merangkaikan angka yangmenunjukkan tahun akhiran an Contohnya: tahun 90-an ( tahun sembilan puluhan) g. untuk menyatakan hubungan antara kata-kata pada rangkaikatasetara tertentu/rangkai kata istilah/kata majmuk. Contohnya: alat pandang-dengar 14. KESALAHAN UMUM TATABAHASA (1) 1. Bila / Apabila 2. Antara / di antara 3. Bermula / Mulai 4. Dalam / di dalam 5. Apa / apa-apa 6. Boleh / dapat 7. Berasa / merasa 8. Rindu akan / rindukan 9. Di mana / ianya 10. Di zaman / pada zaman 11. Oleh kerana / oleh sebab 12. Di kalangan / dalam kalangan 15. KESALAHAN UMUM TATABAHASA (2) 13. Selain daripada itu / selainitu 14. Mengenai / tentang / terhadap 15. Ialah / adalah / merupakan 16. Suatu / sesuatu / satu 17. Menghadiahkan / menghadiahi 18. Bagi / untuk / demi 19. Berbagai / pelbagai / berbagai-bagai 20. Yang mereka hasilkan / Yang dihasilkan oleh mereka 21.Yang saya baca / Yang dibaca oleh saya 23.Kami tidak akan lupakan / Tidak akan kami lupakan 16. KESALAHAN UMUM TATABAHASA (3) 24. Adakah/ apakah 25. Bukan/ tidak 26. pedalaman / pendalaman 27.banyak / ramai 28. Dia senyum kepada saya../ Dia tersenyum kepada saya.. 29. Dia memberikan saya sebatang pen./ Dia memberi saya sebatang pen. 30. Saya bertemu Ali / saya bertemu dengan Ali 31. Bangunan-bangunan di Kuala Lumpur tinggi-tinggi. 32.Soalan inilah paling sukar sekali. 33.Berdasarkan pada keterangan itu. 17. KESALAHAN UMUM TATABAHASA (4) 34.Jawaban / jawapan 35.semakin kecil / semakin mengecil . 36.berbanding dengan. / jika dibandingkan dengan.. 37. Saling membantu / saling bantu -membantui 38.Merbahaya / berbahaya 39. Kamu ingin bertemu dekan esok 40. Surat itu saya akan balas 41. Saya hendak menjelaskan lagi perkara itu 42. Kamimembincangkan tentangmasalah itu 43.Para hadirin sekalian diminta berdiri. 18. KESALAHAN UMUM TATABAHASA (5) 44.Buku cerita itu ada dengan Haryati. 45.Penghawa dingin / pendingin hawa 46. Temu janji / janji temu 47. Beliau ditahan lokap untuk membantu siasatan 48. Tokoh Korporat itu mempunyai banyak kereta mewah. 49. Bintang-bintang berkerdipan di langit. 19. mat rempit Pada suatu hari, seorang mat rempit yang aktif dalam perlumbaan haram telah mendapat habuannya. Kemalangan itu begitu ngeri hingga sebatang besi telah tercucuk di kepalanya. Menurut doktor, jika besiitu tidak mengenai otak, pelajar itu mempunyai harapan untuk diselamatkan.Mendengar penjelasan doktor itu, bapa berkenaan berkata:"Dia akan selamat kerana besi itu pasti tidak dapat mengenai otaknya."Doktor yang kagum dengan keyakinan si bapa ini terus bertanya:"Bagaimana pak cik boleh begitu yakin, hingga perkataan insya'Allah pun pak cik tak sebut?". Sampuk si bapa:" Masakan besi itu boleh mengenai otaknya kerana dia memang TAK ADA OTAK,kalau dia ada otak, tentu dia tak buat kerja gila lagi merbahaya ini, buat abis duit aku jer anto belajor!". Moral di sebalik cerita ini:i.GunakanlahOtak Andaii.Kenal pasti kesalahan bahasa 20. KESALAHAN UMUM TATABAHASA 26contoh kesalahan penggunaan kata 1.bila / apabila bila Merupakan sejenis kata tanya yang merujuk kepada masa Hanya boleh digunakan dalam ayat tanya sahaja Contoh ayat:Sampai bila kamu akan terus begini? apabila Merupakan kata hubung yang menghubungkan ayat besar denganayat kecil dan digunakan dalam ayat penyata sahaja. Contoh ayat: Mereka sungguh gembira apabila menerima berita itu 2.antara / di antara Antara (i) menunjukkan perbandingan, kata namaContoh ayat: Banyak perbezaan antara Ali dengan Abu. (ii) mengikuti kata nama yang tidak perlu diulang Contoh ayat: Antara lagu yang dipersembahkan ialah dikir baratdi antara- menunjukkan ruang / jarak yang konkrit Contohnya ayat: Bangunan itu terletak di antara bank dengan pasar. 21. 3. bermula / mulai bermula bentuk kata kerja tak transitifContoh : Ekspo kampus akan diadakan bermula pada hari Ahad ini. mulai (i).bentuk kata kerja pasif yang pelakunya terdiri daripada ganti nama diri pertama dan kedua Contoh : Dia mulai majlis ini dengan bacaan doa. (ii). Menunjukkan ayat perintahContoh : Anda boleh mulai menjawab kertas peperiksaan sekarang. 4. dalam / di dalam dalam (i). kata sendi nama yang digunakan sebagai kata adjektif Contoh ayat: Lombongitu sangat dalam. (ii). Digunakan di hadapan kata namasesuatu yang abstrak Contoh: Dalam hal ini kita tidak boleh bertindak membabi buta. di dalam -digunakan di hadapan kata namasesuatu yang konkrit Contoh: Di dalam rumah itu terdapat perabot yang mahal-mahal. 22. 5.apa / apa-apa apa merupakan kata ganti nama tanya dan tidak boleh digunakan dalam ayat penyata Contoh : Apa gunanya anda datang ke sini? Apa-apa merupakan kata nama am- sesuatu, segala apa Contoh: Mintalah apa-apa sahaja yang anda suka. 6. boleh / dapat boleh menyatakan keizinan atau kebenaran Contoh: Negara itu tidak boleh dilawati kerana berlaku peperangan. Dapat menyatakan keupayaan atau kesanggupan Contoh : Dia tidak dapat datang kerana banjir . 23. .7.berasa / merasa berasa mempunyai atau memperoleh rasa ( terutama yang dialami oleh badan)Contoh: Kedua-dua kakinya berasa lenguh dan kebas. Merasa mengecap untuk mengetahui rasa makanan atau minuman dengan lidah. Contoh : Nenek hendak merasa bubur yang saya buat itu. 8.Oleh kerana Penggunaannya adalah salah. Kata oleh dan kata kerana ialah kata sendidan tidak boleh digabungkan bersama-sama. Oleh sebab Penggunaannya adalah betul. Kerana kataolehialah kata sendi nama Manakala kata sebab ialah kata nama. 24. 9 .di kalangan / dalam kalangan di kalangan penggunaanya adalah salah. Perkataan kalangan bermakna kelompok, kumpulan, atau golongan Jadi adalah salah kalau kita katakan di kelompok, di kumpulan ataudi golongan.dalam kalangan penggunaannya adalah betul. Iaitu dalam kelompok, dalam kumpulan atau dalam golongan 10.selain daripada itu / selain itu selain daripada itu Kata sendi nama inisalah kerana perkataan selain dan daripada kedua-duanya merupakan kata sendi nama. Begitu jugalah perkataan selain dan dari atau selain dari itu adalah salah. Jadi perkataan Selain itu adalah tepat dan gramatis 25. 11.di zaman / pada zaman Perkataandi zamanadalah salah dari segi tatabahasa Perkataan ini hanya digunakan dalam sastera/penulisan kreatif sahaja. Penggunaan perkataan pada zaman adalah tepat dan gramatisKata sendi nama pada merujuk kepada masa/waktu dan tempat. 12.menghadiahkan / menghadiahiPerkataan menghadiahkanbermaksud memberikan sesuatu sebagai hadiah. Contoh: Bapa menghadiahkan basikal kepada adik. Perkataan menghadiahi bermaksud memberikan hadiah kepada seseorang. Contoh: Bapa menghadiahi adik sebuah basikal. 26. 13. rindukan / rindu akan Perkataan rindukan adalah salah sepatutnya rindu akan kerana sebarang perkataan yang membawa maksud perasaan/emotif seperti marah, sayang, benci, rindu perlu diikuti dengan kata sendi nama akan. Contohnya: perkataan rindu akan bermaksud rindu buat, rindu pada, rindu untuk(perkataan rindukan hanyalah bentuk bahasa lisan ) 14. dari sudut / daripada sudut Perkataan dari digunakan untuk menyatakan arah, tempat, waktu atau masa. Contohnya: dari kanan,dari Pasir Mas, darisubuh. Perkataan daripada digunakan untuk menyatakan punca, sumber, dan perbandingan. Contohnya: daripada beruang, daripada logam, daripada harga barangan. Jadi perkataan dari sudut adalahtepat dan gramatis. 27. 15.perlaksanaan / pelaksanaan Kata perlaksanaan bermaksud hasil melaksanakan. Contoh: _ _ _ _ _ meninjau perlaksanaan projekKata pelaksanaan bermaksud perbuatan melaksanakan. Contoh: Pelaksanaan KBSR sedang dijalankan_ _ _ _ 16. ialah / adalah / merupakan Kata ialahhadir di hadapan frasa nama secara persamaan/ekuatif. Contoh: Dia ialah seorang pensyarah/ Dia pensyarah Kata adalah hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama Contoh: Dia adalah sangat peramah/ Dia peramah Kata merupakanbermaksud menggambarkansesuatu perkara dan bukannya kata pemeri tetapi kata kerja transitif. 28. 17.mengenai / tentang/ terhadap Perkataan mengenai bermaksud kena pada Contoh: Bola itu mengenai tiang gol. Perkataan tentang bermaksud berkenaan dengan Contoh: Kuliah ini berkisar tentang tatabahasa bahasa Melayu Perkataan terhadap bermaksud rujukan/berkenaan Contoh: Kerajaan memberi perhatian terhadap kebajikan rakyat 18.bagi / untuk / demi 29. BICARABAHASABERSAMAMUNSYI Antara demi, untukdan bagi yang mengelirukan Oleh:Mohd Shahrul Imran Lim Abdullah @ MSIA.( MUNSYI DEWAN DBP) 1.Rakyat Malaysia mestilah bersatu padudemi untukmenjaga kestabilan negara. 2. Semua pengguna jalan raya dinasihatkan mematuhi peraturan dan disiplin yangditetapkandemi untukmengelakkan daripada kemalangan jalan raya. Kata sendi namademimembawa makna tujuan dan digunakan di hadapankata nama atau frasa nama.Contohnya: 1.Demi kestabilan dan keamanan negara, marilah kitabersama-samaberganding bahumenentang musuh negara.2.Rakyat Malaysia mestilah hormat-menghormati antara satu sama lain demiperpaduan dan kesejahteraan negara .Selain itu, demi digunakan juga sebagai unsur penegas dalam ungkapan atau ayat.Contohnya: Demi Allah, aku tidak akanberlumba haram lagi.Demi cinta suciku, akan kuserahkan jiwa dan ragaku. Demi juga digunakan dalam ungkapan atau ayat untuk menghasilkan maknaurutansatu atau kumpulan. Contohnya:1.Dia menterjemah perkataan itu satudemisatu. 2.Mereka menang setelah menewaskan pasukandemipasukan yang sememangnya kuat-kuat belaka. 30. Kata sendi nama untuk dan bagi digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang mempunyai fungsi tertentu iaitu menunjukkan kegunaan untuk sesuatu.Contohnya:1.Rumahuntuk/bagiorang tua itu sudah uzur.2.Kenderaan pacuan empat roda ituuntuk/bagi kegunaan rasmi kerajaan negeri sahaja . Selain berfungsi menunjukkan kegunaan untuk sesuatu kata sendi nama untuk juga berfungsi menyatakan maksud bahagian yang ditentukan atau diperuntukkan. Dalam konteks ini kata sendi nama untuk tidak boleh ditukar ganti dengan kata sendi nama bagi. Contohnya: 1.Cenderahati itu kubeli khasuntukmu . 2.Pakaian ituuntukpelarian Bosnia. Jelaslah, kata sendi nama untuk dan bagi mempunyai makna yang sama tetapi perbezaannya hanya terletak pada penggunaannya dalam ayat. Bagi penutur jati bahasa Melayu ,secara umumnya mereka tidak mempunyai masalah untuk menggunakan kata sendi nama untuk atau bagi. Hal ini disebabkan oleh rasa bahasa atau intuisi seseorang penutur itu yang dapat membezakan fungsi dan penggunaannya berdasarkan kelaziman dalam pertuturan atau ujaran 31. 19.Yang mereka hasilkan / yang dihasilkan oleh mereka Yang mereka hasilkan salahSepatutnya mereka menghasilkan_ _ _ _ Yang dihasilkan oleh mereka betul Kata ganti nama diri ketiga sahaja boleh dipasifkan 20.Yang saya baca / yang dibaca oleh saya Yang saya baca betul ( ayat pasif kata ganti nama diri pertama) Yang dibaca oleh saya salah Kata ganti nama diri pertama dan kedua tidak boleh dipasifkanHanya kata ganti nama diri ketiga sahaja boleh dipasifkan 32. 21.k ami tidak akan lupakan / tidak akan kami lupakan kami tidak akan lupakan salah sepatutnya- kami tidak akan melupakan budi baik(Ayat aktif) tidak akan kami lupakan betul( Ayat pasif ) 22.berbagai / pelbagai / berbagai-bagai Perkataan berbagai bermaksud tandingan atau saingan. Perkataan pelbagai bermaksud berbagai-bagai, berjenis-jenis Perkataan berbagai-bagai bermaksud berjenis-jenis Jadi disyorkan penggunaan perkataan pelbagai dalamkebanyakan hal dandianggap lebih ekonomik. 33. 23.mengandungi banyak protein / banyak mengandungi protein mengandungi banyak protein salah mengandungi protein yang banyak betulbanyak mengandungi protein- betul 24.penggunaan kata majmuk Kata majmuk mengandungi dua kata dasar atau dua morfembebasatau lebih. Namun begitu terdapat beberapa katamajmuk yang utuh dan mantap dan dieja sabagai satuperkataan. Contohnya: antarabangsabumiputeraberitahu sukacitadukacitasukarela kakitangankerjasamawarganegara pesuruhjayasetiausahatanggungjawab suruhanjayatandatangan mataharijawatankuasa 34. BICARABAHASABERSAMAMUNSYI " Di manakah terpesonanya bahasa Melayu sehinggaadanya hukum persona" ? Hukum Aneksi Persona Bahasa Melayu Oleh:Mohd Shahrul Imran Lim Abdullah @ MSIA(Munsyi Dewan DBP) Salam bicara bersama Munsyi, Bertemu lagi kita pada kali ini. Setelah Munsyi merenung seketika, teringatlah Munsyi akan beberapa peristiwa bahasa yang tidak dapat Munsyi lupakan. Namun begitu, pada kali ini Munsyi ingin berkongsi satu peristiwa yang Munsyi alami sendiri ketika bersama-sama pelajar asing dari luar negara yang begitu berminat belajar dan bertutur dalam bahasa Melayu.Katanya "Dimanakah terpesonanya bahasa Melayu sehingga adanya hukum persona" ?Tersentak juga Munsyi apabila mendengar soalan yang sedemikian apatah lagi pertanyaan itu datangnya daripada pelajar asing yang tidak Munsyi sangka-sangkakan tahu akan adanya hukum aneksi persona dalam bahasa Melayu . Dalam tatabahasa bahasa Melayu ada beberapahukum tatabahasa yang begitu penting dalam bidang sintaksis atau binaan ayat.Namun begitu terdapat dua hukum yang sering digunakan iaitu hukum DM( diterangkan dan menerangkan) dan hukum aneksi persona.Hukum DMmerujuk kepada frasa atau struktur sesuatu perkataan atau ayat iaitu 'diterangkan' mendahului 'menerangkan'Sebagai contohnya dalam frasabuku tebal, rumah panjang atau kereta besar. Kata adjektif atau kata sifat tebal, panjang atau besar yang menerangkan kata nama buku, rumah atau kereta tidak boleh didahulukan menjadi tebal buku, panjang rumah atau besar kereta seperti struktur bahasa Inggeris. 35. Hukum aneksi persona pula ialah hukum pembentukan frasa dengan kata kerja pasifyang tidak boleh dipisahkan atau disisipkan dengan sesuatu kata yang lain. Sebagai contohnya: a.Buku itukamu sudah baca( x )Buku itu sudah kamu baca.(/ ) b. Alasan itu saya tidak dapat terima( x ) Alasan itu tidak dapat saya terima( /) Dari segi hukum aneksi persona,dua patah kata iaitu kamu bacadansaya terima. merupakan bentuk paduan aneksi atau bentuk frasa yang terikat erat tidak boleh terpecah ikatannyaoleh sebarang sisipan seperti sudah dalam ayat a. atau dapat dalam ayat b. Sekiranya ayat a. dan b. diterima sebagai ayat yang betul maka kita sudah melanggar hukum tatabahasa dan ayat tersebutjuga tidak gramatis atau sempurna kerana ayat atau ujaran yang gramatis dan sempurna mestilah suatu binaan yang terjadi oleh sebab adanya susunan atau struktur tertentu yang menurut ketetapanyang dikenali sebagai sistem atau hukum bahasa. Di sinilah indahnya dan terpesonanya bahasa Melayu kerana tidak mengambil bulat-bulat struktur bahasa lain malah sederhana dalam mengambil kira aspek-aspek yang dapat meningkatkan lagi susunan dan struktur bahasa sehingga menjadi sistem atau hukum bahasa yang mantap, utuh dan berwibawa sebagai bahasa ilmu, bahasa komunikasi dan bahasa sejagat.Diharapkan sidang pembaca dan pelajar tadi ( dari negara matahari terbit) faham dan bertambah faham dengan hukum aneksi persona dan terus terpesona dengan bahasa Melayu yang mempesonakan. Nota: (Perkamusan)persona - istilah bahasamempesona- menggoda, mengagumkan 36. OLEH: MOHD SHAHRUL IMRAN LIM ABDULLAH PUSAT BAHASA DAN TERJEMAHAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA KAMPUS KESIHATAN, KELANTAN A. Jalan ini tidak boleh dilalui. B. Jalan ini tidak dapat dilalui. 37. KATA BANTU"BOLEH" DAN "DAPAT" Nyatakan dengan jelas perbezaan ayat-ayat di bawah ini. 1. Jalan itu tidakdapatdilalui kerana tanah runtuh. 2. Jalan itu tidakbolehdilalui kerana tanah runtuh. "Kata bantu"boleh" bermakna "diizinkan atau dibenarkan".Kata bantu"dapat" bermaksud "berupaya atau berpotensi". Sekarang ini kedua-dua kata tersebut digunakan orang dengan maksudyang sama sehingga ketepatan makna terjejas. Misalnya tidak betul jika kita mengatakan: * Adik saya yang berumur tiga belas tahun "'boleh" memandu kereta, tetapi betul jika kita mengatakan:Adik saya yang berumur tiga belas tahun "dapat" memandu kereta. 38. 26.penggunaan imbuhan menge- ( kata ekasuku) Terdapat banyak kata ekasuku (satu sukukata) dalam bahasaMelayu. Kesemua perkataan ini menerima imbuhan menge- Contohnya: cat-mengecatbukannya mencat cas-mengecas bukannya mencas bom-mengebom bukannya membom pos-mengepos bukannya mempos pin-mengepin bukannya menpin pam-mengepam bukannya mempam * terdapat 118 kata ekasuku dalam perkamusan bahasa Melayuyang aktif dan efektifdigunakan secara meluas. 39. KATA pemeri merupakan salah satu aspek tatabahasa yang amat penting, walaupun penggunaannya amat terbatas dan tidak digalakkan dalam pembentukan ayat bahasa Melayu. Namun, pengguna bahasa Melayu sering keliru akan penggunaan kata pemeri yang betul.Kata-kata pemeri tidak boleh hadir di hadapan frasa kerja atau kata kerja. Oleh yang demikian, penggunaan kata pemeri "adalah" dalam ayat-ayat berikut dianggap menyalahi tatabahasa Bahasa Melayu:(i)."Adalah" dimaklumkan bahawa permohonan tuan telah diluluskan.(ii)."Adalah" diisytiharkan bahawa hari Raya Puasa jatuh pada hari Rabu.(iii).Kemalangan jalan raya "adalah" disebabkan oleh kecuaian pemandu.Ayat-ayat yang salah di atas seharusnya berbentuk seperti yang berikut:(i).Dengan ini dimaklumkanbahawa permohonan tuan telah diluluskan.(ii). Dengan ini diisytiharkanbahawa Hari Raya puasa jatuh pada han Rabu.(iii). Kemalangan jalan raya disebabkan oleh kecuaian pemandu.Satu lagi aspek menarik dalam kata pemeri, iaitu "ialah" dan "adalah" tidak perluwujud dalam sesuatu ayat, yakni kata pemeri ini boleh digugurkan.Contoh:(i).Gadis yang pintar ituialahanak Pak Ahmad.(ii). Pakaian yang dipakai oleh artis itu adalahterlalu mahal. 40. APAKAH PERBEZAANNYA ANTARA DI ANTARA DENGAN ANTARA,? A. Perkataan antara dapat berfungsi sebagaikatasendi nama . ... antaraadik beradik ... antarasektor awam dengan sektor swasta ... antaramerekaB. Perkataan antara yang menunjukkan arah atau kedudukan sepertiatas,bawah, tengah, depan, belakang, luar,dalam, antara dan seumpamanya. Kata arah antara hanya dapat bergandingan dengan kata sendi namadalam pembentukan frasanya. i. Tambak Johor terletakdi antaraJohor Bahru dengan Singapura.ii. Lif itu terhenti di tengah-tengah di antara tingkat dua dengan tingkat tiga. C. Frasa-frasa Johor Bahru dan Kota Bharu, tingkat dua dengan tingkat lima, Shahrul dengan Shahril , kedua-dua ibu bapanya,bolehmengikuti kata sendi nama antara di dalam ayat yang menunjukkan perbandingan.Contohnya:i.Antara Johor Bahru dengan Kota Bharu, banyak perbezaannya.ii.Antara tingkat dua dengan tingkat lima,tingkat lima lebih baik kedudukannya . iii.Banyak persamaannya antara Shahrul dengan Shahril.iv.Antara kedua-dua ibu bapanya sudah tidak ada persefahaman lagi. 41. D. Kata sendi nama antara yang biasanya diikuti oleh kata nama am tidakperludiulang. Kesilapan yang selalu berlaku ialah kata nama am yangmengikutinya diulang. Contohnya:3.Di antara ketiga-tiga patukan ini, patukan ketiga... 2. ...dalam mempertimbangkan untung rugiantarakedua-duanya. 1....hubungan antara kedua-dua insanistimewa yang penuh bermakna. BETUL
SALAH 42. F.kata sendi nama antara boleh juga diikuti oleh kata bilangan tentu(seperti dua, tiga, sepuluh, seribu dan seumpamanya.), kata bilangantidaktentu (seperti beberapa, semua dan seumpamanya.),dan kata bilanganhimpunan (seperti kedua-dua,keenam-enam, beratus- ratus, berjuta-juta dan seumpamanya'). 3.Di antara ketiga-tiga patukan ini, patukan ketiga... 2. ...dalam mempertimbangkan untung rugiantarakedua-duanya. 1....hubungan antara kedua-dua insanistimewa yang penuh bermakna. BETUL 3.Di antara ketiga patukan ini, patukan ketiga... 2....dalam mempertimbangkan untung rugiantarakeduanya. 1....hubungan antara kedua insan istimewa yang penuh bermakna. SALAH 43. 1.Antaranya , kita mahu masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram danmaju dengan mempunyaikeyakinanterhadap diri sendiri, banggadengan apa-apa yang ada, dengan apa-apa yang dicapai, gagahmenghadapi pelbagai masalah.ii.Malah ramaiantaramereka yang terkenal sebagai pengkritik sosialyang melampau sehingga ada yang dibuang daripada parti.iii.Antara kita , sememangnya banyak yang sama. G. Kata sendi nama antara juga boleh diikuti oleh kata ganti nama dirisepertimereka, kita dan -nya. Contohnya: 44. KESALAHAN UMUM TATABAHASA 1.HUKUM DM ( Diterangkan dan Menerangkan) Hukum ini mestilah dimulakanoleh inti yang bertindak sebagai unsur yangditerangkan manakala menerangkan bertindak sebagai penerangkepada inti.SALAHBETUL a.cili sosb.Jaya Klinikc.lain-lain hal 2.KATA PENGUAT SALAH BETUL a. sangat tinggi sekali b. paling indah sekali c. amat menakutkan sekalid. terbesar sekali 45. 3. KATA BILANGAN SALAH 1. Beribu peniaga tidak membayar cukai pendapatan. 2. Setengah remaja suka membuang masa di pasar raya. 4. PENGGUNAAN di SALAH BETUL a. diSarawak b. di makan 5. PENGGUNAAN ke SALAH BETUL a. Imran mendapat tempat ke tiga b. Imran mendapat tempat ke 3 c. Kearah melahirkan masyarakat cakna..d. Kedua ibu bapa saya telah tiada 46. 6.PENGGUNAAN adakah/ apakah Adakah- untuk mendapat jawapan Ya atau Tidak Contoh ayat: Adakah benar cerita awak itu ?Adakah kamu sakit ? Apakah_ untuk mendapat jawapan tentang nama binatang, benda,keterangan tentang sesuatu dan bertanyakan sesuatu yang khusus.Contoh ayat: Apakah nama haiwan dua alam ? Apakah benda di atas meja itu ? 7. PENGGUNAAN bukan / tidak bukan- diikuti oleh kata nama atau frasa nama sahaja Contoh ayat: Dia bukan adik saya: Lili bukan anak perempuan En. Ahmadtidak diikuti oleh frasa kerja dan frasa adjektif Contoh ayat: Saya tidak pergi ke kuliah hari ini.: Beg itu tidak berat 47. 8. Pedalaman/ Pendalaman pedalamanpendalaman 9. Penggunaan Kata Adjektif pada bentuk jamak SALAH (a). Bangunan-bangunan di Kuala Lumpur tinggi-tinggi belaka. (b). Anak-anak Pak Mat pandai-pandai belaka. 48. 10. Penggunaan kata sendi nama pada imbuhan ber___an SALAH (a). Berdasarkan kepada keterangan yang diberikan. (b). Bertanyakan tentang khabar berita di kampung. 11.SALAHBETUL a. Hasil daripada kajian inib. Akibat daripada peristiwa itu..c. Ekoran daripada kejadian tersebut..d. Susulan daripada penemuan itu..e. Kesan daripada penyelidikan ini.. 49. SOALAN PEPERIKSAAN
50. SOALAN PEPERIKSAAN3. Sebagai seorang kanak-kanak saya amat takut sekali dengan matiterutama sekali bila memikirkan tentang ajal saya nanti, hinggakan inimenyebabkan saya mengigau di waktu tidur. Sebagai kanak-kanak, saya amat takut mati terutamanya apabilasayamemikirkan ajal hingga menyebabkan saya mengigau padawaktu malam . 4. Kita pernah kemukakan memorandum penyelesaian ekonomi pada bulanJun lalu dan kita telah rangka memorandum itu hasil daripadapandangan mereka yang pakar dalam ekonomi yang dibincangkanbersama. Kita telah mengemukakan memorandum itu berdasarkan pandangan pakar ekonomi yang berbincang bersama-sama dan kita merangkamemorandum penyelesaian ekonomi pada bulan Jun lalu. 2/5 51. SOALAN PEPERIKSAAN
52. SOALAN PEPERIKSAAN7. Mulai daripada sekarang kita tidak lagi akan menggunakan penyataan hujahan yang baik dan hujahan yang tidak baik sebaliknya kitamemakai guna hujahan yang sah atau tidak sah. Bermula dari sekarang kita tidak lagi menggunakan penyataan hujahanyang baik dan hujahan yang tidak baik sebaliknya kitaakanmenggunakan hujahan yang sah atau tidak sah. 8.Anugerah skrin adalah merupakan anugerah yang terbaik sekali anjuranakhbar Berita Harian dan TV3. Ianya dianugerahi kepada artis Malaysiayang berkebolehan cemerlang. Mereka yang layak dipertimbangkanperlu memenuhi semua syarat-syarat yang di senaraikan . Anugerah skrin merupakan anugerah yang terbaik anjuran Berita Harian danTV3. Ia dianugerahkan kepada artis Malaysia yang berkebolehan cemerlang . Mereka yang layak dipertimbangkan perlu memenuhi semua syaratyang disenaraikan 4/5 53. SOALAN PEPERIKSAAN9. Kepimpinan yang ditunjukkan tidak menunjukkan tauladan yang baikkepada rakyat. Apa yang amat membimbangkan adalah masalah yangdihadapi golongan ini akan memberi impak ke atas keselamatan dankemakmuran negara. Kepemimpinan yang ditunjukkan tidak menunjukkan teladanyangbaikkepada rakyat. Yang amat membimbangkan ialahmasalahyang dihadapi oleh golongan ini akan memberikanimpak/kesanterhadap keselamatan dan kemakmuran negara . 10. Mengikut penulis, ramai yang menyalah tanggapan erti globalisasidimana mereka mengganggap seluruh dunia ini sebagai sebuahpasaran besar yang tidak bersempadan dan oleh kerana itu batasanpolitik tidak harus dianggap sebagai halangan pasaran. Mengikut penulis, ramai memberikan tanggapan yang salah tentangertiglobalisasiiaitu mereka menganggap seluruh dunia ini sebagaisebuahpasaranbesar yang tidak bersempadan. Oleh sebab itubatasanpolitik tidakharus dianggap sebagai halangan pasaran . 5/5 54. LEMBAR BAHASA - DEWAN BAHASA DAN PUSTAKAPILIH SALAH SATU PERKATAAN YANG BETUL m/s : 1/9 cendekiawan cendikiawan 10. catatan catitan 9. cahayamata cahaya mata 8. di alaf pada alaf 7. draf deraf 6. deligasi delegasi 5. dialog dailog 4. e-mel e-mail 3. ingkar engkar 2. eka bahasa ekabahasa 1. RUJUKAN JAWAPAN KATA ( B ) KATA( A ) BIL. 55. m/s : 2/9 ada kala adakala 20. ambil- alih ambil alih 19. aljebra algebra 18. adapun ada pun 17. acap kali acapkali 16. 1800- an 1800 an 15. beli belah beli-belah 14. baucar baucer 13. barang kali barangkali 12. baikpulih baik pulih 11. RUJUKAN JAWAPAN KATA ( B ) KATA( A ) BIL. 56. m/s :3/9 ganti rugi gantirugi 40. gilang gemilang gilang-gemilang 39. guna tanah gunatanah 38. gotong- royong gotong royong 37. gembeleng gembleng 36. gelak ketawa gelak- ketawa 35. gambarajah gambar rajah 34. fotostet fotostat 33. faxs fax 32. faksimili faksimile 31. RUJUKAN JAWAPAN KATA ( B ) KATA( A ) BIL. 57. m/s : 4/9 istirahat istirehat 50. insurans insuran 49. iltizam iktizam 48. ibu bapa ibubapa 47. ingkar engkar 46. hierarki hirarki 45. hipotisis hipotesis 44. hapuskira hapus kira 43. hamba-Mu hamba Mu 42. hak milik hakmilik 41. RUJUKAN JAWAPAN KATA ( B ) KATA( A ) BIL. 58. m/s : 5/9 ke- 2 ke 2 60. kerenah karenah 59. komersial komersil 58. kadang kala kadangkala 57. juwita juita 56. justeru justru 55. juruukur jurukur 54. jaket jeket 53. jawatankuasa jawatan kuasa 52. janakuasa jana kuasa 51. RUJUKAN JAWAPAN KATA ( B ) KATA( A ) BIL. 59. m/s : 6/9 organisme organisma 70. nasionalisma nasionalisme 69. marhain marhaen 68. mengagumkan mengkagumkan 67. memperoleh memperolehi 66. mestika mustika 65. manafaat manfaat 64. mihun bihun 63. lalu lintas lalulintas 62. lagipun lagi pun 61. RUJUKAN JAWAPAN KATA ( B ) KATA( A ) BIL. 60. m/s : 7/9 sayugia seyogia 80. sediakala sedia kala 79. raket reket 78. reka bina rekabina 77. rebet rebat 76. ramah tamah ramah-tamah 75. raksaksa raksasa 74. rahmat-Nya rahmatnya 73. pascamerdeka pasca merdeka 72. pantomin pantomim 71. RUJUKAN JAWAPAN KATA ( B ) KATA( A ) BIL. 61. m/s : 8/9 pekej pakej 90. usahasama usaha sama 89. urusetia urus setia 88. ulang alik ulang-alik 87. taukeh tauke 86. tauge taugeh 85. tata susila tatasusila 84. tata nama tatanama 83. tali temali tali temali 82. tidak berlampu tak berlampu 81. RUJUKAN JAWAPAN KATA ( B ) KATA( A ) BIL. 62. m/s : 9/9 zohor zuhur 100. Yang Di Pertua Yang Dipertua 99. keX ke X 98. walau pun walaupun 97. vokasyenal vokasional 96. tatatertib tata-tertib 95. sanwic sandwic 94. sateria sastria 93. ramah tamah ramah- tamah 92. ruang niaga ruang- niaga 91. RUJUKAN JAWAPAN KATA ( B ) KATA( A ) BIL. 63. Sejarah Ringkas Bahasa Melayu Morfologi Bahasa Melayu Golongan Kata Bahasa Melayu Sintaksis Bahasa Melayu PembentukanAyat ( Ketebalan 582 muka surat ) PERMASALAHAN BAHASA a. Kesalahan bahasa b. Kesalahan ayat c. Kesalahan kata Kamus Dewan Edisi ke 4 (2005) 82900 kata masukan (entri) 5848 kata masukan baru 1817 muka surat Cetakan pertama 1970 64. Yang kurik itu kundi Yang merah itu saga Yang baik itu budi Yang indah itu bahasa "Sesungguhnyasegala kecantikan dan keindahan itudatangnya daripada Allah s.w.tdan sebarang kekurangan dan kelemahan itu sepanjang pertemuan iniadalah daripada kedaifan saya sendiri. . . Sekian, terima kasih.