24
oleh: Patarai Bin Cholen GANGGUAN UNSUR LINGUISTIK BAHASA MALAYSIA MURID-MURID SABAH

Kenali bahasa sabah

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Kenali bahasa sabah

oleh:Patarai Bin Cholen

GANGGUAN UNSUR LINGUISTIK BAHASA MALAYSIA MURID-

MURID SABAH

Page 2: Kenali bahasa sabah

1. Pengenalan

Pembelajaran bahasa banyak bergantung kepada sumber atau rangsangan yang terdapat di sekelilingnya.

Jika bahasa daerah/sukuan menjadi medium pertuturan dalam masyarakat sekitarnya, murid-murid secara tidak langsung akan meniru bahasa tersebut.

Page 3: Kenali bahasa sabah

Kadang-kadang berlakulah “transfer of knowledge” (pemindahan bahasa) apabila murid menyampaikan sesuatu maksud.

Dalam proses pembelajaran BM fenomena ini berlaku kerana murid-murid tidak menguasai pengetahuan linguistik yang sewajarnya.

Page 4: Kenali bahasa sabah

2. Latar Belakang Kajian

Penduduk Sabah terdiri daripada 33 kumpulan pribumi yang berkomunikasi lebih 50 bahasa dan 80 dialek etnik.

Peribumi tertentu sinonim dengan beberapa daerah seperti; suku Bajau di Sempurna dan K. Belud, suku Sungai di Sandakan, suku Runggus di Kudat, suku Bugis di Tawau dan seterusnya.

Wujud satu pola bahasa pertuturan yang berlainan di setiap daerah di Sabah berdasarkan dominasi kaum di daerah tersebut.

Page 5: Kenali bahasa sabah

Pola bahasa ini menjadi satu aspek gangguan apabila murid mempelajari BMS

Gangguan yang dimaksudkan boleh jadi dalam bentuk struktur ayat, kosa kata, dan ejaan atau sebutan.

BMS masih dipertuturkan secara meluas oleh seluruh etnik Sabah namun demikian, ‘orang Sabah’ bercakap BM menggunakan dialek Sabahan. (Bahasa Melayu Sabah)

Page 6: Kenali bahasa sabah

3. Tujuan Kajian

Mengenal pasti gangguan unsur linguistik BMS murid

Menyenaraikan perbezaan unsur linguistik antara BM Sabah dan BM standard.

Page 7: Kenali bahasa sabah

4. Basatan Kajian

Perubahan bunyi fonem akibat penggantian, dan pengguguran fonem.

Meneliti penggunaan kosa kata BM Sabah atau daerah

Beberapa buah sekolah rendah daerah Tawau

Page 8: Kenali bahasa sabah

5. Reka Bentuk Kajian

Berbentuk deskriptif iaitu meneliti gangguan unsur-unsur linguistik BMS murid

Data ini diproses dan dianalisis dalam bentuk jadual

Page 9: Kenali bahasa sabah

6. Kaedah Kajian

Pemerhatian, temu bual dan hasil tulisan murid

Kaedah perpustakaan

Page 10: Kenali bahasa sabah

7. Hasil Dapatan Kajian

Berlaku penggantian/pengguguran beberapa fonem. Penggunaan BM Sabah (dialek Melayu Sabah) yang

sudah diterima dalam persekitaran bahasa dan budaya ‘orang Sabah’ amat ketara dalam aktiviti lisan

Unsur gangguan linguistik yang dominan ialah perubahan bunyi fonem vokal /e/ kepada vokal /a/ atau vokal /i/, vokal /o/ kepada vokal /u/ dan pengguguran vokal /e/ dan konsonan /h/

Gangguan BMS terdapat juga dalam penulisan murid

Page 11: Kenali bahasa sabah

Pengantian Fonem BM

a. Vokal /e/pepet kepada vokal /a/

cepat dieja capatgembira dieja gambirakena dieja kanapening dieja paningterap dieja tarap (buah)

Page 12: Kenali bahasa sabah

b. Vokal /e/ kepada vokal /i/

senapang dieja sinapangbesok dieja bisukpendek dieja pindiklebih dieja libihpengsan dieja pingsan

Page 13: Kenali bahasa sabah

c. Vokal /0/ kepada vokal /u/

boleh dieja bulihbodoh dieja buduhkopi dieja kupibohong dieja buhungorang dieja urang

Page 14: Kenali bahasa sabah

d.Konsonan /f/ kepada konsonan /p/

faham dieja pahamfikir dieja pikirfilem dieja pilemfungsi dieja pungsifirdaus dieja pirdaus

Page 15: Kenali bahasa sabah

e.Konsonan /p/ kepada konsonan /m/

pinggir dieja minggirpijak dieja mijakpanjat dieja manjatpujuk dieja mujukpukul dieja mukul

Page 16: Kenali bahasa sabah

Pengguguran fonem

a. vokal /e/ , konsonan /h/ , konsonan /r/belajar dieja blajarberani dieja branisekolah dieja skolah

habis dieja abishangus dieja angushaus dieja aus

berdiri dieja bediriberlumba dieja belumbaterkejut dieja tekujut

Page 17: Kenali bahasa sabah

Kosa kata Bahasa Melayu Sabah

Penggunaan kosa kata ini telah digunakan secara meluas di Sabah dan ada yang memberikan maksudberlainan sekali dengan BMS

akun menyerah/mengaku/setujubantut pondan/mak nyahbubut kejarbuyuk tipuenda payah tidak perlupayah susah/rumitgarit calarjerak serik

Page 18: Kenali bahasa sabah

kepayas buah betikkeroyok pukul ramai-ramailimpas lalu/lintaspiring pingganpancut pancitpalui bodohpantat punggung/buntutsigup rokoksiring tepitapuk sorok/sembunyitaruk letak/simpan

Page 19: Kenali bahasa sabah

Kata ‘bah’ dan ‘anu’Penggunaan kata ‘anu dan ‘bah’ amat meluas dalam konteks perbualan

Kata ‘bah’ membawa dua fungsi dan bergantung kepada kedudukan kata itu. Contoh;1. Bah, pigila kamu dulu. (Bersetuju; Kamu pergi dahulu)2. bulihbah… (bolehlah) Sebagai penegas ‘lah’

Kata ‘anu’ dalam BM Sabah membawa konotasi yang luas sama ada ganti nama diri, merujuk sesuatu barang dan perbuatan. Contoh;

1. Dia pergi dengan si ‘anu’ tu… (menggelak/terlupa nama sebenar)

2. “Kau ambil sudah anu itu?” (hanya diketahui oleh orang yang bertanya dan yang ditanya)

3. Macam mana mau anu ni? (melakukan sesuatu perbuatan)

Page 20: Kenali bahasa sabah

Kosa Kata Bahasa Daerah

Meluas digunakan dalam lingkungan masyarakat daerah Tawau.

Dikenali sebagai bahasa dialek Tawau/Bahasa pasar Tawau. (Hasil gabungan bahasa warga Tawau yang berbilang kaum)Contoh;

aisbuk peti sejukampas hempasburas & tumbuk makan tradisional Bugis (spt. lemang)benjong tidak lurusgogos pulut pangganggondrong lelaki berambut panjanggereng/miring/sinting gila/ tidak siuman/ tidak betul

(merujuk orang)

Page 21: Kenali bahasa sabah

kompek beg plastikkasi beri/serahkanlokek kedekutlanjik gedik/gatal loncat lompatsenter lampu picitsangar pisang gorengtambling akrobatik/terjun sungaipelengkik ‘flying kick’penggal marah/naik anginsemmat ‘smart’

Page 22: Kenali bahasa sabah

IMPLIKASI

Kepelbagaian bahasa sukuan Sabah, pengaruh bahasa jiran (Filipina, Indonesia dan Brunei) telah

menghasilkan perbezaan dalam kosa kata tertentu, penggunaanya dan cara penyampainya.

Amat berbeza dengan dialek BM di semananjung Ada wajarnya bahasa daerah/sukuan yang sesuai

diperkasakan dan menjadi sebahagian daripada BMS. Bebarapa contoh; menggabi (makan malam), jangkar (sauh kapal), gerobak (kereta sorong)

Gangguan bahasa boleh dijadikan bahan untuk meningkatkan penguasaan BM S

Page 23: Kenali bahasa sabah

Kehadiran guru-guru semenanjung berkhidmat di Sabah masih releven bagi mentranformasikan dan memecah dominasi bahasa tempatan dalam membantu murid menguasai BMS

Pihak berautoriti harus mempergiatkan aktiviti kebahasaan seperti penggunaan BMS disemua peringkat dengan memaparkan berita-berita tempatan dalam BMS.

Pegawai kerajaan/individu dari semenanjung yang bertugas dalam tempoh yang agak lama di negeri Sabah, harus memahami bahasa dan budaya sabah.

Page 24: Kenali bahasa sabah

Sekian