4

Click here to load reader

Kefahaman & Kosa Kata 2

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Kefahaman & Kosa Kata 2

SEKOLAH MENENGAH SPRINGFIELD

LATIHAN KEFAHAMAN

( 25 markah )

Nama: ____________________________________( )

Arahan : Baca petikan karangan di bawah ini dengan teliti. Kemudian,

jawab soalan-soalan yang menyusulinya.

Kenangan itu masih kuat terpaku(terlekat) di kotak fikiranku. Kesayuan

(kesedihan) sanubari (jiwa/kalbu) tidak pernah jauh dari hatiku. Kadang-kadang dari

pagi santak(sampai) ke petang aku meladeni (melayani) kenanganku pada tragedi pahit

maung (kesusahan yang pelbagai) yang menimpaku dan keluargaku. Amat sukar bagiku

menerima tabir (tirai) malam yang bakal kuhadapi, setelah kematian ayah dua bulan

yang lalu. Ini disebabkan ayah menyahut (menyambut) panggilan Ilahi ketika malam

menjelma. Fikiranku tambah bercelaru (tidak tentu arah) )apabila keluargaku

menyingkap (mengingat) kembali tentang kemesraan yang ayah tumpahkan pada kami

semasa hayatnya (hidup). Kini semuanya telah punah.

“Kau anak sulung dalam keluarga, ayah harap janganlah kau lepaskan begitu

sahaja bebanan keluarga yang ayah kandung selama ini. Segala-galanya telah ayah

amanatkan (wasiatkan) kepadamu, jangan kau lupa pesanan ayah.” Aku cuma

mengangguk kepala tanda faham.

“Sudahlah tu jangan banyak cakap, awak tu sakit, berehatlah,” nasihat ibu antara

dengar dengan tidak. Ayah cuma membungakan (mengukirkan/ memberikan)senyuman

walaupun senyuman yang hambar.

“Aku perhatikan wajah muram (sedih) keluargaku silih berganti. Di anjung aku

lihat adik-adikku termenung, tampak jelas kemuraman yang menyerabuti (mengusuti)

hati mereka. Tubuh kerdil (kecil) mereka seakan-akan tidak bermaya (bertenaga)

menghadapi sebarang kemungkinan. Di sudut (ceruk) kamarku, kelihatan Mak Usu

duduk terjelepok (jatuh terduduk) sendirian. Memang Mak Usu sangat mesra (erat /

akrab) dengan ayah, mungkin kerana kasih sayang yang ayah tumpahkan (curahkan)

padanya sejak nenek meninggal dunia.

Page 2: Kefahaman & Kosa Kata 2

Aku mengembalikan semula lirikan (jelingan / kerlingan) mataku ke arah ayah.

Perjalanan nafasnya beralun bagai ombak. Keadaannya hanya separuh sedar. Melihat

rambutnya yang memutih dan kedutan kulit tua ayah serta wajah lesunya, aku dapat

mengagak (menduga) dia banyak menanggung azab (sengsara) demi membesarkan kami

semua. Nafas ayah yang berombak (beralun) kencang terhenti tiba-tiba. Aku cemas dan

bimbang jika pemergian ayah adalah satu kenyataan.

“Mak, ayah dah pergi. Ayah dah tinggalkan kita, Mak!” Terkejut besar emak

mendengar kata-kataku, sambil mendapat adik-adikku yang meluru (bergerak dengan

cepat) ke sisi katil. Aku masih ingat samar-samar bagaimana Mak Usu panik, mukanya

pucat; kalau ditores (ditoreh/ dipotong) tak berdarah. Mak Usu rebah (jatuh) di mana

terkaparnya (terbaring) sekujur (seluruh)tubuh ayah yang telah menjadi mayat.

Kini perkarangan (kawasan rumah) rumah dibanjiri handai taulan yang rapat

dan bau-bau bacang, di samping orang yang menyelenggarakan (menjalankan tugas)

khidmat terakhir. Suara orang membaca yasin berkumandang (bergema) diselangi sedu

sedan kaum keluarga. Bau setanggi menyusuk (menusuk / mencucuk) masuk ke dalam

saluran pernafasan. Aku mengesat lelehan air mata panas yang menitik di tepi mata,

melepaskan jenazah yang diusung (diangkat) pergi.

1 Beri dua tanda yang menunjukkan ayah penulis dalam keadaan nazak.

2 Beri sebab mengapa pemergian ayah penulis memberi kesan yang mendalam

kepadanya dan kepada keluarganya.

3. Apakah agaknya hubungan Mak Usu dengan ayah penulis? Beri dua isi bagi

menyokong jawapan kamu.

4. Pada pendapat kamu, adakah penulis akan melaksanakan wasiat ayahnya? Beri

dua sebab.

5. Apakah yang kamu fahami dengan ungkapan

a. handai taulan yang rapat

b. menyusuk masuk