17

Kedudukan pengadilan moral

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Kedudukan pengadilan moral
Page 2: Kedudukan pengadilan moral

Pengenalan

• Penulisan sejarah pengadilan moral merupakan sesuatu yang bukanbaru, dalam aliran sejarah sendiri telah berbelah bagi dan adamenyokong dan yang menentang unsur pengadilan moral dalamsejarah. Pengadilan moral menurut Kosim Ahmad “adalahperlakuan menjatuhkan hukuman ataupun mengenakan penilaiantertentu , kepada sesuatu peristiwa atau kepada seseorang pelakusejarah”.

• Misalnya, di dalam sebuah tulisan ahli sejarah ada dinyatakansesuatu peristiwa itu tidak baik, Ketua Negara itubersalah, masyarakat di desa itu mundur, sistem politik ini tidakprogresif dan sebagainya. Secara tidak langsung, penulis atau ahlisejarah telah mennghukum dan menilai.

• Pengadilan moral pada pandangan Andrian Oldfield, “adalahlazimnya dibuat dalam bahasa yang memuji atau mempersalahkandengan berpandukan kepada ukuran baik dan buruk”.

Page 3: Kedudukan pengadilan moral

Sikap ahli-ahli sejarah tentang pengadilan moral

bahawa pengadilan moralitu tidak patutdilakukan, kerana di antarasi pengkaji sejarah denganpelaku (atau masyarakat)yang dikajinya itu, mungkinterdapat sistem nilai yangberlainan. Dengan katalain, apabila ahli sejarah itumembuat peng­adilanmoral ia mungkin tidakdapat bersikap adil kepadaorang atau masyarakat yangdikaji atau diadilinya.

Sikap 1 (tidaksokong)

pelaku di dalam sejarah itubertanggungjawab di atasperlakuannya, lantas iapatut dipersalahkan kalauberlaku salah, dan diakuikebaikannya kalau iaberlaku baik. Lagipun, katagolongan ini, kalaulah kitakatakan pengadilan moralitu tidak mungkindikendalikan keranamanusia, ataumasyarakat, mempunyaisistem nilai yangberbeza, maka kita seolah-olah mengatakan yangmanusia tidak mempunyaiapa-apa ciri persamaan.

Sikap 2 (sokong)

Page 4: Kedudukan pengadilan moral

Kedudukan Pengadilan Moral

Pendirian ahli sejarah terhadap pengadilan moral adalah berbelah bagi. Satu aliran yang diwakili oleh :

Benedetto Groce Thucydides Leopold von Ranke

Page 5: Kedudukan pengadilan moral

• Herbet Butterfield dan G.K. Kitson Clark menentang unsurkemasukan pengadilan moral dalam sejarah kerana ia boleh menimbulkanberbagai jenis masalah dan kerumitan yang sedikit sebanyak bolehmenggugat kewibawaan penulisan sejarah.

• Groce dalam bukunya History as the story of Liberty, menyangkal yangmelihat sejarah sebagai “Mahkamah Tinggi ulung yang meneliti semuapengadilan berpunca dari nafsu dan kesilapan manusia, membetulkannyadan menjatuhkan satu keputusan muktamad sebagai satu pengadilansejagat, membezakan orang yang mulia daripada orang berdosa.”

• Pandangan Groce berdasarkan kepada beberapa alasan :

Ketidakupayaan ahli sejarah menembusi lubuk hati manusia yangbertanggungjawab mencetuskan sesuatu kejadian sejarah

Kecenderungan ahli sejarah untuk memasuki unsur prasangka dalampengadilan mereka

Kekurangan bukti serta ketidakmampuan untuk membuat pengadilan yangdipersetujui oleh semua ahli sejarah

Page 6: Kedudukan pengadilan moral

Perbezaan pengadilan di mahkamah dan dalam sejarah

Mahkamah

Mengadili seseorang tertuduh yang masih hidup

Boleh membela diri

Berpandukan kepada undang-undang yang diiktiraf umumpada masa itu

Dalam Sejarah

Mengadili orang yang meninggal dunia

Tidak boleh membela diri

Menggunakan nilai-nilai yang tidak diiktiraf pada zaman orang diadili itu

Perbezaan pengadilan di mahkamah & dalam sejarah

Page 7: Kedudukan pengadilan moral

• sebagai ganjil atas keputusan ahli-ahli sejarah tertentu yangmengutuk Julius Caesar kerana tokoh itu telah mencabulikebebasan politik rakyat Rom.

• Pengadilan seumpama ini memperlihatkan “kejahilan tentangkesedaran sejarah” kerana ahli sejarah telah menggunakan nilaizaman ini untuk mengadili tindakan zaman silam

• Berpandukan hujah tersebut, Groce menggesa para ahli sejarahuntuk menjauhkan diri dari pengadilan moral dan memusatkansegala perhatian mereka ke arah memahami dan menjelaskankejadian-kejadian sejarah secara sahih dan objektif.

Groce juga menyifatkan………

Page 8: Kedudukan pengadilan moral

herodotus…….• Dalam penulisan Herodotus, beliau telah berlaku adil kepada

pihak Yunani dan Parsi semasa dalam Perang Parsi ketikaitu, tanpa mengagungkan mana-mana pihak dan memburukkanpihak yang lain. Beliau memuji kemenangan pihak Yunani diMarathon dan di Salamis, namun beliau juga mendedahkankelemahan orang-orang Yunani dengan adil dan sahih.

• Selanjutnya, Herodotus juga telah memaparkan bahawa raja-raja bertindak ganas dan kejam, namun ia juga menyelitkankisah-kisah di mana raja-raja itu bersikappemurah, mengampunkan orang-orang yang bersalah sertamenghormati undang-undang dan nilai-nilai moral. Adalah jelasbahawa beliau telah menjatuhkan pengadilan moralberdasarkan kepada nilai-nilai yang diiktiraf oleh umum. DalamPerang Salamis beliau memuji Themistocles yang berjaya keranastrategi peperangan yang sungguh bijak dan berkesan.

Page 9: Kedudukan pengadilan moral

thucydides…….• Tetapi bagi Thucydides lebih melihat kepada soal keobjektifan

sejarah, ini kerana kesanggupan seseorang pengkaji untuk membuatpenilaian yang jujur dan saksama. Dalam penulisannya, beliaumenyatakan bahawa Athens sendiri yang telah menyebabkan PerangPeloponnesia itu terjadi.

• Penilaian beliau telah menyebabkan beliau dikecam sebagaipengkhianat negara. Namun Thucydides melihat tugasnya bukan untukmenghukum pihak yang bersalah atau memuji orang yang berjasatetapi apa yang harus dilakukannya ialah mendedahkan tindakan-tindakan yang tidak menyenangkan seperti mencetuskan perang ataupembunuhan. Walaupun begitu, pendedahannya tidak akan disusulioleh sebarang pengadilan moral.

• Beliau melihat sesuatu kejadian sejarah didukung oleh sifat manusiauntuk membela kepentingan mereka sendiri. Oleh itu tidak wajarperbuatan manusia untuk diadili dan dikutuk.

Page 10: Kedudukan pengadilan moral

r.g… collingwood….

• menyatakan Thucydides telah menyimpang dari landasanHerodotus, kerana penulisan Thucydides bukan sejarah tetapiadalah suatu sains semulajadi yang bertujuan mengesahkanhukum-hukum, iaitu hukum-hukum psikologi yang tidakmenghuraikan fakta semata-mata. Herodotus merupakanseorang yang tidak berat sebelah dalam memberikanpengadilan moral, dengan itu ia dapat membantu pembacamenilai sejarah itu. Sumbangan dalam cara pengadilan moralmerupakan sumbangan yang besar dalam menulis sejarah danmenilai sejarah, malah masih digunakan sehingga kini.

Page 11: Kedudukan pengadilan moral

Prof. HerbetButterfield…….

• Ahli sejarah memang tidak mungkinmengetahui manusia secara batinnya. Perkaraini ber­laku disebabkan ahli sejarah tidakdapat menyiasat lubuk pemikiran dan hatimereka, tempat “pembentukan akhir niat dangaris tang­gungiawab itu" ditentukan."

Page 12: Kedudukan pengadilan moral

• Dalam penulisan sejarah, Thucydides menulis karya sezaman dengannyaberbanding Herodotus menulis sebelum zamannya. Thucydidesberpendapat menulis kisah lampau tidak selamat dan tidak berketepatankerana tiada wujud saksi dan penulis sendiri tidak menyaksikannya.

• Oleh itu Thucydides cuba mengelakkan kelemahan-kelemahan dalamkarya Herodotus dan memperbaharuinya dengan kemas lagi. Pada zamanPerang Peloponesia, Thucydides sendiri telah terlibat dalam perangtersebut, semasa perang tersebut beliau diperintahkan memimpinsepasukan tentera bagi mempertahankan Amphipolis namun tewas, olehitu dia dibuang negeri. Dalam ketenteraan pula dia mempunyai kepakarandalam strategi tentang ketenteraan, berbanding Herodotus kurang dalammemahami tentang ketenteraan.

• Kekuatan Thucydides dalam menulis sejarah Perang Parsi adalah keranapengelamannya sendiri yang terlibat dalam perang dan pengetahuannyatentang ketenteraan.

Page 13: Kedudukan pengadilan moral

Sambungan…….

• Namun bagi Herodotus dia menulis sejarah sebelumnya, semasa PerangParsi Herodotus masih kecil dan sukar baginya untuk memahamipeperangan sebenarnya. Perang Parsi meletus pada 478-490 S.M, namunbeliau dilahirkan sekitar tahun 484 S.M. Umurnya masih kecil pada masaitu iaitu sekitar 6 tahun. Beliau juga telah menemu duga dan mengembaraselama 21 tahun untuk mencari maklumat, sedangkan perang Parsiberlangsung 12 tahun dari 478-490 S.M yang merupakan satu tempohyang lama. Untuk mengkaji sesuatu pekara yang berlaku pada masalampau sememangnya sukar kerana ruang lingkupnya begitu luas. Untukmemahami sesebuah sejarah itu tidak cukup hanya dengan membuatkajian ini kerana kebatasan zaman adalah punca kerumitan untukmentafsirkan maklumat dengan setepatnya.

• Sumbangan untuk mengkaji zaman sebelum dan zaman sezaman dengankedua-dua tokoh ini telah membina ruang lingkup kajian sejarah yangbaru. Para sejarahwan sekarang dapat mengkaji kedua-dua zaman yangmasih lagi berpanduankan kaedah kajian yang digunkan oleh Herodatusbagi zaman sebelumnya dan Thucydides bagi zaman sezaman dengannya.

Page 14: Kedudukan pengadilan moral

• Ahli sejarah bertolak dari andaian bahawa sesuatu dasar yang bertujuanbaik dan terbukti menghasilkan kesan-kesan yang mendatangkan faedahkepada rakyat akan dipuji, mendatangkan kesan sebaliknya akan dikutuk.

• Sebagai contoh, R.O Winstedt dalam bukunya A History of Malaya, telahmengutuk sekeras-kerasnya dasar-dasar yang telah diamalkan pada masapemerintahan Jepun di Tanah Melayu dalam PD II kerana mendedahkanrakyat kepada berbagai jenis penderitaan

• Winstedt juga menyebut, dasar Jepun yang menggunakan tenaga rakyatuntuk membina landasan keretapi Siam melalui negeri Burma yangmeragut ribuan nyawa, merampas harta benda sepertiladang, lombong, bank dan perusahaan, mengeluarkan secara berlebihanmatawang yang mengakibatkan kenaikan harga barangkeperluan, mengenakan cukai yang tinggi dan sebagainya.

• Winstedt juga menyatakan bahawa beberapa pegawai Jepun telahdihadapkan ke mahkamah selepas perang dan dihukum kerana jenayahperang.

Antara contoh kes yang diadili………

Page 15: Kedudukan pengadilan moral

• Sebagai rumusan, amat penting dibuat penentuan tentang ada atau tidakukuran mutlak apabila seseorang itu membuat sesuatu penganalisisan sejarah.

• Kepercayaan seseorang tentang ada atau tidaknya apa yang dipanggil unsurmutlak itu, tanggapan dan juga tindakannya atau ketiadaan tindakan tentuboleh menimbulkan rantaian peristiwa yang tersendiri.

• Maka begitu juga halnya dengan pendirian ahli sejarah tentang sama ada iamahu atau tidak mahu mengendalikan peng­adilan moral di dalampenganalisisan sejarahnya. Sikap pro, anti atau berkecuali di dalam soal iniboleh mengakibatkan rantaian pemikiran atau peristiwa yang tersendiri yangseterusnya akan menimbulkan akibat-akibat lain.

Kesimpulan………

Page 16: Kedudukan pengadilan moral

• Dakwaan ini adalah tidak keterla­luan rasanya, selagi kita percaya bahawaapa yang dipanggil penye­baban itu memang ada memainkan peranan didalam sejarah dan juga kehidupan. Selain itu, terdapat jugakemungkinan, seperti kata seorang ahli sejarah, "sekiranya yangpakar, cermat dan terlatih gagal untuk menghasilkan pengajaran daripadasejarah, maka yang curang dan tidak terlatih akan melakukannya bagipihak mereka." Walaupun ahli sejarah patut mengendalikan pengadilanmoral, ia tidak semestinya pula merupakan seorang yang ahli atau mampuberbuat begitu.

• Namun, mengaku tidak mampu tidak semestinya tidak baik. Pengakuan inimemang mungkin menjadikan seorang itu tawar hati dan mengundurkandiri, tetapi boleh juga menjadikan seseorang itu lebih bergiat untukmengatasi kekurangan, sama ada secara sendirian atau secaraberkelompok. Pokoknya, jalan keluar daripada masalah ini bukanlah laridaripadanya "tetapi memper­lengkapkan lagi para ahli sejarah dengankemahiran yang berkait...." Dan masalah ini perlu dihadapi dandiselesaikan oleh para ahli seja­rah sebagai manusia biasa dan juga olehbukan ahli sejarah yang juga manusia biasa".

Page 17: Kedudukan pengadilan moral

Sesi pembentangan tamat…