Upload
izzati-hamid
View
12.249
Download
10
Embed Size (px)
KPR 3012
SEMINAR REFLEKSI LATIHAN MENGAJAR
TUGASAN INDIVIDU
KAJIAN TINDAKAN
NAMA
NOR IZZATI BINTI ABDUL HAMID
NO. MATRIK
D20081032229
PROGRAM
PENDIDIKAN MATEMATIK (AT14)
KUMPULAN
KUMPULAN AT14
KEBERKESANAN MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENAMBAH DAN
MENOLAK INTEGER MELALUI KAEDAH RUMAH DALAM
KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 1 CERDAS DI SEKOLAH
MENENGAH KEBANGSAAN ZAINAB (2)
LAPORAN KAJIAN TINDAKAN
Oleh:
NOR IZZATI BINTI ABDUL HAMID (D20081032229)
Bagi Kursus KPR 3012
Seminar Refleksi Latihan Mengajar
Semester I Sesi 2011/2012
November 2011
1.0 Topik Kajian
Keberkesanan Meningkatkan Kemahiran Menambah dan Menolak Integer Melalui Kaedah
Rumah dalam Kalangan Pelajar Tingkatan 1 Cerdas.
2.0 Nama dan Ahli Jawatankuasa Pengkaji
Nama Pengkaji : Nor Izzati binti Abdul Hamid
Ahli Jawatankuasa Pengkaji : (1) Hanuzah binti Othman
(2) Wan Nor Azah binti Abdul Aziz
3.0 Latar Belakang Kajian
Integer merupakan tajuk yang terkandung dalam Sukatan Pelajaran Matematik KBSM Tingkatan
1 hingga 3. Pengetahuan dan kemahiran pengiraan melibatkan Integer merupakan satu kemahiran
dan pengetahuan asas yang amat penting. Kemahiran ini merentasi banyak tajuk dalam sukatan
pelajaran. Kelemahan dalam operasi Integer akan menjejaskan pengajaran dan pembelajaran
dalam topik seperti kuasa, punca, bentuk piawai, ungkapan algebra, indeks, rumus algebra,
ungkapan dan persamaan kuadratik, koordinat, graf fungsi dan sebagainya.
Siti Habsah (2011) telah menjalankan kajian melibatkan Integer iaitu mengenai Katrasin.
Beliau telah menggunakan plastasin berwarna merah (-) dan biru (+) untuk mengajar pelajar
yang terlalu lemah dalam subjek Matematik. Contohnya untuk soalan – 5 + 8, lima biji plastasin
berwarna merah dan lapan plastasin berwarna biru diambil. Plastasin berwarna merah dan biru
dilekatkan secara berpasangan. Selepas itu, bilangan baki plastasin yang tidak mempunyai
pasangan warna dikira. Dalam contoh ini , baki yang tinggal ialah 3 plastasin berwarna biru.
Maka, jawapannya ialah + 3. Daripada kajian ini, ternyata penggunaan katrasin dapat membantu
pelajar melakukan operasi menambah dan menolak Integer dengan betul.
1
Manakala Hamzah (2009) menjalankan kajian bertajuk Meningkatkan Kemahiran
Menambah dan Menolak Nombor Negatif dalam Kalangan Pelajar Tingkatan 2 Cerdik dengan
Kaedah Jadual. Dalam Kaedah Jadual ini, pelajar perlu menentukan sama ada nombor tersebut
nombor positif atau nombor negatif. Selepas itu, bilangan nombor positif dan nombor negatif
diletakkan dalam jadual menggunakan simbol bulatan. Kemudian, simbol bulatan itu akan
dihapuskan bagi jumlah yang sama. Maka tinggallah sama ada nombor positif atau nombor
negatif sahaja. Contohnya - 4 + 2, setelah simbol bulatan dihapuskan, yang tinggal hanya dua
bulatan pada positif. Maka jawapannya ialah +2.
+
–
Elango (2007) pula telah menjalankan kajian mengenai Inovasi dalam Teknik
Penyelesaian Tajuk Nombor Negatif. Teknik yang digunakan ialah penyelesaian ELMATH iaitu
satu teknik penyelesaian bagi menjalankan operasi penambahan dan penolakan nombor negatif.
Teknik ini memperlihatkan teknik pemikiran dan pertimbangan yang berlaku dalam minda
seseorang semasa menjalankan operasi penambahan dan penolakan bagi tajuk nombor negatif.
Pengkaji juga berharap agar teknik penyelesaian ELMATH dapat membantu murid menguasai
kemahiran menjalankan operasi penambahan dan penolakan ke atas nombor negatif. Dengan ini,
minat murid untuk menguasai tajuk nombor negatif dapat ditingkatkan yang akan membawa
kepada peningkatan pencapaian Matematik secara umumnya.
Selain itu, Siti Halimah (2009) telah menjalankan kajian bertajuk Meningkatkan
Kefahaman Pelajar dalam Konsep Integer Melalui Perwakilan Idea Matematik Secara
Konkrit dalam Kalangan Pelajar Tingkatan 2 Semarak. Kajian ini menggunakan model
konkrit yang sesuai iaitu melalui jadual yang dibina dan secara tidak langsung dapat
membantu pelajar yang lemah dalam topik Integer mendapatkan jawapan yang tepat.
Bukan itu sahaja, malah Radinhazizi (2011) turut menjalankan kajian
Mempertingkat Penguasaan Kemahiran Menambah Integer Positif dan Negatif dalam
Kalangan Pelajar Tingkatan 1C. Begitu juga dengan Sin (2006) dengan tesisnya yang
bertajuk Pendekatan Koperatif Model STAD Terhadap Pelajar Tingkatan 1 dalam Topik
2
“Nombor Negatif”. Daripada kajian-kajian yang telah dijalankan ini mengambarkan
bahawa pelajar-pelajar masih menghadapi kesukaran dalam penyelesaian soalan-soalan
bagi tajuk Integer. Oleh kerana Integer adalah satu topik yang amat sukar untuk pelajar-
pelajar, maka saya telah memilih satu kaedah penambahan dan penolakan integer melalui
tajuk ‘Keberkesanan Meningkatkan Kemahiran Menambah dan Menolak Integer Melalui
Kaedah Rumah dalam Kalangan Pelajar Tingkatan 1 Cerdas.’ Kaedah Rumah ini diharap
dapat membantu pelajar-pelajar dalam menyelesaikan pengiraan yang melibatkan Integer
yang besar.
4.0 Penyataan Masalah
Kelemahan pelajar dalam menguasai Matematik adalah disebabkan oleh tanggapan negatif
pelajar terhadap pelajaran itu sendiri. Oleh yang demikian, adalah menjadi tanggungjawab semua
pihak mengambil inisiatif yang positif untuk menentukan kemajuan dan peningkatan pelajar
dalam mata pelajaran tersebut. Ini termasuklah memperkenalkan satu kaedah baru yang lebih
mudah dalam menyelesaikan operasi Integer. Keberkesanan kaedah ini bergantung kepada
sejauhmana seseorang pelajar dapat menguasai konsep asas ini.
Dalam tajuk Integer, perkara yang amat sukar untuk pelajar memahami ialah
menambah dan menolak Integer. Memandangkan menambah dan menolak Integer ini
amat penting bagi menjawab soalan objektif dan soalan subjektif dalam peperiksaan
dalaman dan peperiksaan PMR, maka kemahiran ini, dapat membantu pelajar
mendapatkan markah yang lebih baik serta dapat meningkatkan peratus kelulusan
Matematik.
Semasa saya berpraktikal di Sekolah Menengah Kebangsaan Zainab (2) Kota
Bharu Kelantan, saya telah diamanahkan untuk mengajar dua kelas iaitu 1 Bestari dan 1
Cerdas. Saya berasa teruja untuk mengajar pelajar-pelajar. Namun begitu, semasa saya
mengajar tajuk Integer, saya dapati terlalu banyak masalah yang dihadapi oleh pelajar. Ia
benar-benar mencabar saya. Saya perlu menguatkan semangat agar saya dapat
memperbaiki keadaan dan membantu pelajar terbabit. Apa yang saya dapati ialah mereka
tidak dapat menyelesaikan operasi tambah dan tolak Integer dengan baik. Ini kerana
pelajar-pelajar terbabit mempunyai asas yang sangat lemah berkaitan tanda bagi setiap
nombor. Namun begitu mungkin bukan kesilapan mereka secara keseluruhannya, pihak
3
guru juga mungkin tersilap. Ini kerana pada peringkat rendah pelajar hanya diperkenalkan
dengan nombor positif. Sebagai contoh, kita hanya menyebut 2 sebagai ”dua” sahaja dan
bukannya ”positif dua”. Inilah kesannya yang saya perolehi di peringkat menengah.
Kesan secara langsung dapat dilihat melalui latihan di dalam kelas dan semakan buku
latihan pelajar. Contoh kesalahan:
- 5 + 2 = 3 (sepatutnya -3) - 5 + 2 = 7 (sepatutnya -3)
Daripada contoh jawapan yang diberikan oleh pelajar saya dapati mereka gagal mengenal tanda
bagi setiap nombor. Pelajar juga tidak memahami maksud Integer lebih-lebih lagi Integer negatif.
Masalah ini juga berkait dengan cara hidup pelajar dan guru. Maksud saya dalam kehidupan
seharian, kita tidak pernah menggunakan istilah Integer negatif atau positif semasa berurusan.
Keadaan ini jika kita perhalusi memang berkait dengan pengetahuan sedia ada pelajar untuk
diadaptasi di dalam bilik darjah.
Selain itu, saya telah menemu bual dua orang guru Matematik dari Sekolah
Menengah Kebangsaan Zainab (2). Guru Matematik tersebut telah mempunyai
pengalaman mengajar Matematik tajuk Integer hampir 10 tahun. Hasil temu bual
menunjukkan bahawa ramai pelajar masih menghadapi masalah untuk menyelesaikan
soalan yang memerlukan penguasaan kemahiran penyelesaian operasi Integer. Ini
menunjukkan bahawa kemahiran asas teknik penyelesaian operasi Integer dalam
kalangan pelajar perlu diberi perhatian yang sewajarnya.
Masalah ini tidak boleh saya biarkan kerana asas integer positif dan negatif sangat
penting bagi pelajar apabila mereka menduduki peperiksaan awam nanti. Kemudian saya
mendapat satu idea untuk mengatasi masalah ini dengan memperkenalkan satu kaedah
penambahan dan penolakan integer menggunakan Kaedah Rumah. Sampel kajian saya
terdiri daripada pelajar Tingkatan 1 Cerdas seramai 30 orang pelajar. Diharapkan kaedah
ini dapat membantu pelajar menyelesaikan masalah menambah dan menolak Integer.
Selain itu, kaedah ini juga diharap agar pelajar dapat mengaplikasikan konsep Integer
pada tajuk-tajuk yang mempunyai hubung kait dengan Integer. Menerusi Kaedah Rumah,
pelajar dapat menjadikan kaedah ini sebagai titik tolak mencapai satu cara mudah dan
cepat untuk menyelesaikan operasi Integer dengan mengumpul Integer mengikut rumah
masing-masing.
4
5.0 Objektif Kajian
Objektif Am:
Tujuan kajian ini adalah untuk meningkatkan kemahiran menambah dan menolak Integer dengan
menggunakan Kaedah Rumah.
Objektif Khusus:
1. Menganalisis sejauhmana penguasaan pelajar dalam menambah dan menolak sesuatu Integer.
2. Menentukan keberkesanan penggunaan Kaedah Rumah dalam meningkatkan kemahiran
operasi tambah dan tolak Integer.
6.0 Metodologi Kajian
Metodologi kajian membincangkan kaedah yang akan saya gunakan dalam kajian ini. Dalam
metodologi kajian juga menghuraikan model kajian iaitu kaedah yang akan digunakan dan
sedikit penerangan dibuat mengenai kaedah yang dipilih. Selain itu, langkah-langkah yang akan
dijalankan oleh saya, sasaran kajian, instrumen kajian dan metodologi analisis dalam kajian ini
juga diterangkan.
6.1 Metodologi Kajian
Model: Kaedah Rumah
Langkah 1: Pengenalpastian isu dan masalah
Saya telah membuat pemerhatian ke atas tingkah laku dan sikap pelajar-pelajar semasa proses
pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Pelajar saya menghadapi masalah untuk
menyelesaikan soalan melibatkan Integer. Sebelum kajian dijalankan, pelajar-pelajar kurang
memberi respon kepada soalan-soalan yang diajukan dan ada antara pelajar yang mempunyai
rasa takut untuk mencuba. Selain itu, latihan yang dibuat oleh pelajar juga disemak dan diteliti
sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran mengenai topik ini. Saya dapati banyak kesalahan
yang dilakukan oleh pelajar semasa membuat latihan topik Integer. Ada juga antara pelajar yang
5
tidak menyiapkan kerja rumah yang saya berikan kerana pelajar mengatakan bahawa mereka
tidak mengetahui cara untuk mengira soalan Integer berkenaan.
Langkah 2: Perancangan tindakan
Sebelum langkah-langkah seterusnya dilakukan, tinjauan awal masalah akan saya lakukan
terhadap pelajar-pelajar saya. Tinjauan awal dilakukan bagi membolehkan saya mengetahui
kelemahan sebenar pelajar. Oleh itu, terlebih dahulu saya telah merancang beberapa perkara.
Antaranya ialah,
(i) Semakan buku latihan
Semakan buku latihan juga digunakan bagi mengesan kelemahan pelajar bagi topik
Integer. Kelemahan pelajar juga boleh dikesan berdasarkan latihan yang saya berikan di
dalam kelas dan juga di rumah.
(ii) Temu bual.
Temu bual akan dijalankan sewaktu rehat di mana pelajar diminta berjumpa dengan saya
untuk ditemu bual secara berpasangan. Borang soal selidik digunakan bagi memudahkan
pelajar menjalani soal selidik dengan lancar.
(iii) Ujian pra
Ujian pra akan dilakukan dengan memberi kepada pelajar soalan–soalan penambahan dan
penolakan integer. Sebanyak 12 soalan subjektif akan diberikan kepada pelajar. Masa
yang diberikan untuk mereka menjawab ialah selama 1 jam. Daripada jawapan yang
diberikan oleh pelajar, saya boleh mengesan kelemahan-kelemahan mereka. Markah
pelajar akan direkodkan dan ditukar ke dalam bentuk peratusan.
6
Langkah 3: Pelaksanaan tindakan
Setelah saya mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh pelajar, saya bercadang untuk
memperkenalkan Kaedah Rumah kepada pelajar untuk membantu mereka dalam topik Integer.
Selepas itu, saya akan memberikan ujian pos kepada pelajar untuk melihat peningkatan
kemahiran pelajar dalam operasi tambah dan tolak Integer.
(i) Memperkenalkan Kaedah Rumah
Saya akan memperuntukan masa sebanyak dua masa pengajaran iaitu selama 80 minit
untuk memperkenalkan Kaedah Rumah kepada pelajar. Semasa memperkenalkan kaedah
ini, saya akan memberikan beberapa soalan kepada pelajar di papan hitam untuk melihat
sejauh mana pemahaman mereka.
Terdapat beberapa langkah yang perlu diikuti untuk menjawab soalan Integer
menggunakan Kaedah Rumah. Sebagai contoh, – 22 + 14 – 5 =
Langkah-langkah:
1. Selesaikan jika terdapat operasi dan tanda.
2. Buatkan dua lajur untuk rumah negatif dan positif.
3. Masukkan nombor positif ke dalam rumah positif dan
nombor negatif ke dalam rumah negatif tanpa operasi dan simbol.
4. Tambahkan semua nombor dalam setiap rumah jika
nombor dalam rumah tersebut melebihi daripada 1.
7
+ (+) = + – (+) = –
+ (–) = – – (–) = +
+ –
+ –14 22
5
+ –14
+14
22+ 5
27
5. Pindahkan nombor yang kecil ke rumah nombor yang lebih besar. Kemudian, tolak
nombor yang kecil itu daripada nombor yang lebih besar.
6. Tulis jawapan dan letakkan simbol positif / negatif berdasarkan rumah di mana jawapan
itu berada. Sebagai contoh, 27 – 14 = 13. Akan tetapi 13 berada pada rumah negatif.
Jadi, jawapannya ialah – 13.
(ii) Ujian Pos
Ujian pos akan dijalankan setelah pengajaran menggunakan Kaedah Rumah dilakukan
pada masa pengajaran yang seterusnya. Sebanyak 12 soalan subjektif akan diberikan
kepada pelajar. Masa yang akan diberikan untuk mereka menjawab ialah sama seperti
ujian pra iaitu selama 1 jam. Soalan yang diberikan dalam ujian pos adalah berlainan
dengan soalan ujian pra akan tetapi soalan adalah setara. Markah pelajar akan direkodkan
dan ditukar ke dalam bentuk peratusan.
Langkah 4: Pemerhatian dan menganalisis data
Bagi ujian pra dan ujian pos, soalan yang akan diberikan adalah berbentuk subjektif. Satu soalan
dikira 1 markah. Kemudian, bilangan jawapan yang dijawab dengan betul akan dikira dan
ditukar kepada peratusan. Pelajar akan memperoleh 1 markah sekiranya pelajar menunjukkan
jalan pengiraan yang betul dan jawapan yang tepat. Sekiranya pelajar memberikan jawapan yang
tepat tanpa jalan pengiraan, maka jawapan tersebut akan dikira salah dan tiada markah akan
diberikan.
Penguasaan pelajar dalam penambahan dan penolakan Integer akan dilihat melalui
analisis ujian pra dan ujian pos. Manakala untuk mengetahui keberkesanan penggunaan
8
+ –14
+14
22+ 5
27– 14– 13
Kaedah Rumah dalam meningkatkan kemahiran operasi tambah dan tolak Integer,
perbandingan pencapaian pelajar-pelajar dalam ujian pra dan ujian pos akan dilakukan.
Jadual di bawah menunjukkan draf analisis keputusan pencapaian ujian pra, keputusan
pencapaian ujian pos dan perbandingan pencapaian ujian pra dan ujian pos.
Draf Analisis Keputusan Pencapaian Ujian Pra
Bil.ID
PelajarNama
Bilangan Jawapan Betul
Ujian Pra%
1. P1 S1 X1 M1
2. P2 S2 X2 M2
... ... ... ... ...
... ... ... ... ...
30. P30 S30 X30 M30
Min A1 B1
Sisihan piawai A2 B2
Varians A3 B3
Draf Analisis Keputusan Pencapaian Ujian Pos
Bil.ID
PelajarNama
Bilangan Jawapan Betul
Ujian Pra%
1. P1 S1 Y1 N1
2. P2 S2 Y2 N2
... ... ... ... ...
... ... ... ... ...
30. P30 S30 Y30 N30
Min C1 D1
Sisihan piawai C2 D2
9
Min=∑
1
30
Mi
30=B1Min=
∑1
30
X i
30=A1
Varians C3 D3
Draf Analisis Perbandingan Pencapaian Ujian Pra dan Ujian Pos
Bil.ID
Pelajar
Ujian Pra Ujian Pos Peningkatan
Bilangan
Jawapan
Betul
%
Bilangan
Jawapan
Betul
%
Bilangan
Jawapan
Betul
%
1. P1 X1 M1 Y1 N1 Y1 – X1 N1 – M1
2. P2 X2 M2 Y2 N2 Y2 – X2 N2 – M2
... ... ... ... ... ... ... ...
... ... ... ... ... ... ... ...
30. P30 X30 M30 Y30 N30 Y30 – X30 N30 – M30
Min A1 B1 C1 D1 C1 – A1 D1 – B1
Sisihan Piawai A2 B2 C2 D2 E G
Varians A3 B3 C3 D3 F H
Langkah 5: Refleksi dan penilaian
Daripada kajian ini, saya berharap agar berlaku peningkatan pencapaian pelajar.
Selain itu, saya juga berharap agar pelajar dapat mengaplikasikan Kaedah Rumah dan
seterusnya berjaya memperolehi jawapan dengan cepat dan tepat. Jika berlaku
peningkatan pencapaian, ini menunjukkan kaedah ini benar-benar membantu pelajar. Di
samping itu, selepas kajian ini saya berharap pelajar-pelajar ingin mencuba dan yakin
dengan jawapan mereka. Saya juga berharap tingkah laku pelajar akan berubah selepas
mereka akan diperkenalkan dengan Kaedah Rumah.
6.2 Sasaran Kajian
10
Min=∑
1
30
N i
30=D1Min=
∑1
30
Y i
30=C1
Sasaran bagi kajian ini terdiri daripada 13 orang pelajar lelaki dan 17 orang pelajar perempuan
dari tingkatan 1 Cerdas di Sekolah Menengah Kebangsaan Zainab (2). Pelajar-pelajar ini dalam
kalangan pelajar-pelajar sederhana dan lemah. Pelajar-pelajar ini juga mempunyai pencapaian
yang kurang memuaskan semasa dalam Peperiksaan Kurikulum Berasaskan Sekolah 1 (PKBS 1).
Dalam peperiksaan Matematik pula, pelajar-pelajar ini juga memperoleh pencapaian yang
kurang memuaskan. Ada sebilangan pelajar yang gagal dalam peperiksaan mata pelajaran
Matematik.
Jadual 1: Bilangan sasaran kajian
Tingkatan Lelaki Perempuan Jumlah
1 Cerdas 13 17 30
6.3 Instrumen Kajian
Instrumen kajian yang digunakan untuk mendapatkan data ialah soalan ujian pra dan ujian pos.
Soalan-soalan daripada ujian pra dan pos di buat oleh saya sendiri. Ujian pra dan ujian pos
mengandungi 12 soalan subjektif. Soalan yang diberikan adalah berlainan akan tetapi setara.
Masa yang diberikan kepada pelajar untuk menjawab soalan ialah selama 1 jam bagi kedua-dua
ujian.
6.4 Metodologi Analisis
11
Pemerhatian Semakan Buku Latihan Temu bual
Ujian PraMemperkenalkan Kaedah RumahUjian Pos
Menganalisis Data Penilaian Refleksi
7.0 Kesignifikasian Kajian
Hasil daripada kajian ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada beberapa pihak iaitu pelajar-
pelajar, guru-guru Matematik khususnya, dan juga pihak sekolah. Kepada pelajar-pelajar,
Kaedah Rumah yang diperkenalkan diharap dapat digunakan untuk menyelesaikan penambahan
dan penolakan Integer. Kaedah Rumah ini mampu membantu pelajar-pelajar melakukan
pengiraan penambahan dan penolakan Integer dengan lebih cepat, tepat dan tidak membebankan
pelajar-pelajar. Selain itu, kaedah ini juga dapat mengelakkan pelajar daripada melakukan
kesilapan semasa mengira. Melalui kaedah ini, pelajar dapat menguasai topik Integer yang diajar
khususnya melibatkan penambahan dan penolakan integer dan seterusnya meningkatkan
peratusan gred mata pelajaran Matematik.
Di samping itu, Kaedah Rumah yang diperkenalkan ini dapat dijadikan sebagai
pencetus motivasi kepada guru-guru untuk membuat inovasi dalam pengajaran agar
proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik dan berkesan. Selain itu,
kajian ini diharapkan dapat menyedarkan para pendidik supaya sentiasa kreatif mencari
pendekatan baru dalam menyelesaikan sesuatu operasi. Guru juga dapat memastikan
keseluruhan pelajar dapat menguasai sepenuhnya setiap topik yang diajar jika dapat
mencari pendekatan baru. Guru seharusnya bijak mempelbagaikan kaedah pengajaran
bagi menarik minat pelajar dan seterusnya dapat meningkatkan pencapaian pelajar dalam
mata pelajaran Matematik.
Selain itu, sekiranya Kaedah Rumah ini didapati berkesan, saya akan memperkenalkan
kaedah ini kepada pelajar-pelajar di kelas lain agar setiap pelajar memperoleh manfaatnya. Saya
juga akan mengutarakan dan memperkenalkan Kaedah Rumah ini kepada Pengetua. Oleh yang
demikian, pihak sekolah diharap boleh mengadakan bengkel kepada guru-guru Matematik di
sekolah untuk sama-sama belajar dan mencuba kaedah ini semasa proses pengajaran dan
pembelajaran yang melibatkan Integer. Hal ini seterusnya akan memberi peningkatan peratusan
kelulusan murid dalam mata pelajaran Matematik.
8.0 Anggaran Perbelanjaan
12
Jadual di bawah menunjukkan anggaran perbelanjaan saya dalam kajian yang saya jalankan ini.
Saya hanya mengeluarkan perbelanjaan untuk cetakan dan fotostat soalan ujian pra, ujian pos,
nota Kaedah Rumah dan juga cetakan laporan kajian tindakan.
Jadual 2: Anggaran Perbelanjaan
Bil. Jenis Bahan Kuantiti x Harga Seunit Jumlah Kos
1. Cetakan soalan ujian pra dan ujian pos 30 salinan x RM 0.20 RM 6.00
2. Cetakan nota Kaedah Rumah 30 salinan x RM0.10 RM 3.00
3. Perbelanjaan Mesyuarat - RM 10.00
4. Cetakan Laporan Kajian Tindakan 1 salinan x RM 5.00 RM 5.00
JUMLAH RM 24.00
9.0 Jadual Kerja
Berikut adalah jadual kerja sepanjang saya menjalankan kajian ini di Sekolah Menengah
Kebangsaan Zainab (2).
Jadual 3: Jadual Kerja
Bil Perkara Tarikh
1. Mengenalpasti masalah dan pengumpulan data awal 4 Julai – 12 Julai 2011
2. Menulis Proposal Kajian 14 Julai 2011
3. Merancang tindakan 18 Julai 2011
4. Melaksanakan tindakan 25 Julai 2011
5. Melaksanakan ujian pos 28 Julai 2011
6. Menganalisis data 1 Ogos 2011
7. Refleksi dan penilaian 6 Ogos 2011
8. Menyiapkan laporan kajian tindakan November 2011
13
10.0 Dapatan Kajian
(i) Penguasaan Pelajar dalam Menambah dan Menolak Sesuatu Integer
Penguasaan pelajar dalam penambahan dan penolakan Integer dapat dilihat melalui analisis ujian
pra dan ujian pos.
Analisis Ujian Pra
Hasil daripada ujian pra, bilangan jawapan betul yang telah pelajar-pelajar jawab bagi soalan
yang diberikan dikelaskan seperti Jadual 4 di bawah. Bilangan jawapan betul adalah daripada 12
soalan dalam ujian pra.
Jadual 4: Keputusan Pencapaian Ujian Pra.
Bil.ID
PelajarNama
Bilangan Jawapan Betul
Ujian Pra%
1. P1 Ahmad Fateh B Mohd Faiz 5 41.7
2. P2 Aqeem Nazeman B Che Abdullah 6 50.0
3. P3 Mohamad Baharum B Kamaruzaman 3 25.0
4. P4 Muhamad Fakhrul B Mohd Nawi 4 33.3
5. P5 Muhammad Adee Syahmi B Azmi 6 50.0
6. P6 Muhammad Ariff B Mohd Fouzi 5 41.7
7. P7 Muhammad Badrul Hakim B Hassan 1 8.3
8. P8 Muhammad Danial B Mohd Zainudin 2 16.7
9. P9 Muhammad Ganges B Kamil 5 41.7
10. P10 Muhammad Khairul Afiq B Hashim 3 25.0
11. P11 Muhammad Ruzainie B Mohamud 7 58.3
12. P12 Nik Amirul Hakim Akmal B Nik 6 50.0
14
13. P13 Wan Syakir B Wan Fadhil 3 25.0
14. P14 Amelina Bt Mohd Noor 6 50.0
15. P15 Fatin Nazura Bt Mohd Noor 4 33.3
16. P16 Hanie Nabihah Bt Abdul Wahab 7 58.3
17. P17 Maisahira Binti Mohd Marzuri 4 33.3
18. P18 Nik Nurul Amira Bt Nik Mat 5 41.7
19. P19 Nik Fatin Najihah Bt Nik Razi 1 8.3
20. P20 Nik Malissa Bt Nik Abdul Razak 2 16.7
21. P21 Nur Afeeza Bt Samaluddin 4 33.3
22. P22 Nur Aisyah Bt Azlan 3 25.0
23. P23 Nur Amira Najiha Bt Azmi 5 41.7
24. P24 Nur Fatihah Bt Mohd Nasir 3 25.0
25. P25 Nur Intan Diana Bt Suria 3 25.0
26. P26 Nur Syiffa Syuhadah Bt Hasnan 5 41.7
27. P27 Nurul Atikah Bt Malim 6 50.0
28. P28 Nurulain Bt Suzaimi 4 33.3
29. P29 Salsabila Bt Mamat 1 8.3
30. P30 Siti Noor Albani Akmal Bt Saad 4 33.3
Min 4 34.2
Sisihan piawai 1.68 14.00
Varians 2.82 196.16
Jadual 4 menunjukkan 30 orang pelajar yang telah menjawab ujian pra. Daripada
jadual di atas, didapati hanya dua orang pelajar dapat menjawab bilangan soalan yang
paling tinggi iaitu tujuh soalan (58.3%). Manakala bagi yang dapat menjawab enam
soalan (50.0%) dengan betul adalah sebanyak lima orang pelajar. Sebanyak enam orang
pelajar dapat menjawab tiga (25.0%), empat (33.3%) dan lima (41.7%) soalan dengan
betul. Manakala sebanyak dua orang pelajar dapat menjawab dua soalan (16.7%) dengan
betul. Terdapat tiga orang pelajar yang lemah dalam menguasai penambahan dan
penolakan integer dengan bilangan soalan yang betul adalah hanya satu soalan (8.3%)
sahaja. Min bilangan jawapan yang betul ialah empat (34.2%).
15
Daripada ujian pra, didapati pelajar masih belum dapat menguasai penambahan
dan penolakan Integer. Daripada 12 soalan hanya dua orang pelajar sahaja yang dapat
menjawab tujuh soalan dengan betul. Manakala pelajar yang lain hanya betul antara satu
hingga enam sahaja. Ini jelas menunjukkan pelajar belum lagi dapat menguasai
penambahan dan penolakan Integer dengan baik.
16
Graf 1: Keputusan Pencapaian Ujian Pra
17
P1 P3 P5 P7 P9 P11
P13
P15
P17
P19
P21
P23
P25
P27
P29
0
2
4
6
8
10
12
Bilangan Jawapan Betul Ujian Pra
Analisis Ujian Pos
Hasil daripada ujian pos, bilangan jawapan betul yang telah dijawab oleh pelajar-pelajar dapat
dikelaskan seperti Jadual 5 di bawah. Bilangan jawapan betul adalah daripada 12 soalan dalam
ujian pos.
Jadual 5: Keputusan Pencapaian Ujian Pos.
Bil.ID
PelajarNama
Bilangan Jawapan Betul
Ujian Pos%
1. P1 Ahmad Fateh B Mohd Faiz 10 83.3
2. P2 Aqeem Nazeman B Che Abdullah 10 83.3
3. P3 Mohamad Baharum B Kamaruzaman 8 66.7
4. P4 Muhamad Fakhrul B Mohd Nawi 9 75.0
5. P5 Muhammad Adee Syahmi B Azmi 9 75.0
6. P6 Muhammad Ariff B Mohd Fouzi 11 91.7
7. P7 Muhammad Badrul Hakim B Hassan 7 58.3
8. P8 Muhammad Danial B Mohd Zainudin 9 75.0
9. P9 Muhammad Ganges B Kamil 11 91.7
10. P10 Muhammad Khairul Afiq B Hashim 8 66.7
11. P11 Muhammad Ruzainie B Mohamud 12 100.0
12. P12 Nik Amirul Hakim Akmal B Nik 10 83.3
13. P13 Wan Syakir B Wan Fadhil 9 75.0
14. P14 Amelina Bt Mohd Noor 10 83.3
15. P15 Fatin Nazura Bt Mohd Noor 8 66.7
16. P16 Hanie Nabihah Bt Abdul Wahab 11 91.7
17. P17 Maisahira Binti Mohd Marzuri 8 66.7
18. P18 Nik Nurul Amira Bt Nik Mat 9 75.0
19. P19 Nik Fatin Najihah Bt Nik Razi 7 58.3
20. P20 Nik Malissa Bt Nik Abdul Razak 7 58.3
21. P21 Nur Afeeza Bt Samaluddin 8 66.7
22. P22 Nur Aisyah Bt Azlan 9 75.0
23. P23 Nur Amira Najiha Bt Azmi 10 83.3
18
24. P24 Nur Fatihah Bt Mohd Nasir 7 58.3
25. P25 Nur Intan Diana Bt Suria 11 91.7
26. P26 Nur Syiffa Syuhadah Bt Hasnan 12 100.0
27. P27 Nurul Atikah Bt Malim 9 75.0
28. P28 Nurulain Bt Suzaimi 11 91.7
29. P29 Salsabila Bt Mamat 10 83.3
30. P30 Siti Noor Albani Akmal Bt Saad 8 66.7
Min 9 77.2
Sisihan Piawai 1.46 12.16
Varians 2.13 147.95
Berdasarkan Jadual 5 menunjukkan bilangan jawapan betul yang telah dijawab oleh
pelajar setelah mereka diajar Kaedah Rumah. Ujian ini telah membuktikan terdapat pelajar
berjaya menjawab semua soalan dengan betul dan kebanyakkan daripada mereka juga dapat
menjawab tujuh dan ke atas dengan betul. Bagi 12 soalan (100.0%) yang dijawab dengan betul
adalah sebanyak dua orang pelajar, empat orang pelajar mendapat 11 (91.7%) betul, enam orang
pelajar mendapat 10 (83.3%) betul, manakala tujuh orang pelajar mendapat sembilan (75.0%)
betul seterusnya enam orang pelajar mendapat lapan soalan (66.7%) betul dan empat orang
pelajar mendapat tujuh soalan (58.3%) betul. Semasa pemerhatian dilakukan, kelihatan pelajar
bersungguh-sungguh semasa menjawab dan mereka saling bersaing antara satu sama lain. Masa
menjawab juga menjadi pendek daripada masa yang telah diperuntukkan kepada mereka. Pelajar-
pelajar kelihatan gembira dan berpuas hati setelah menjawab soalan yang diberikan. Min
bilangan jawapan yang betul ialah sembilan (77.2%). Berlaku peningkatan pencapaian sebanyak
lima soalan.
Daripada ujian pos, didapati dua orang pelajar yang dapat menjawab kesemua soalan
dengan betul. Manakala pelajar yang lain betul antara tujuh hingga sebelas. Ini jelas
menunjukkan pelajar telah dapat menguasai operasi tambah dan tolak Integer dengan baik.
19
Graf 2: Keputusan Pencapaian Ujian Pos
20
P1 P3 P5 P7 P9 P11
P13
P15
P17
P19
P21
P23
P25
P27
P29
0
2
4
6
8
10
12
Bilangan Jawapan Betul Ujian Pos
(ii) Keberkesanan Penggunaan Kaedah Rumah dalam Meningkatkan Kemahiran Operasi
Tambah dan Tolak Integer
Untuk mengetahui keberkesanan penggunaan Kaedah Rumah dalam meningkatkan kemahiran
operasi tambah dan tolak Integer, perbandingan pencapaian pelajar-pelajar dalam ujian pra dan
ujian pos telah dilakukan.
Jadual 6: Perbandingan Pencapaian Pelajar-pelajar dalam Ujian Pra dan Ujian Pos
Bil.ID
Pelajar
Ujian Pra Ujian Pos Peningkatan
Bilangan
Jawapan
Betul
%
Bilangan
Jawapan
Betul
%
Bilangan
Jawapan
Betul
%
1. P1 5 41.7 10 83.3 5 41.7
2. P2 6 50.0 10 83.3 4 33.3
3. P3 3 25.0 8 66.7 5 41.7
4. P4 4 33.3 9 75.0 5 41.7
5. P5 6 50.0 9 75.0 3 25.0
6. P6 5 41.7 11 91.7 6 50.0
7. P7 1 8.3 7 58.3 6 50.0
8. P8 2 16.7 9 75.0 7 58.3
9. P9 5 41.7 11 91.7 6 50.0
10. P10 3 25.0 8 66.7 5 41.7
11. P11 7 58.3 12 100.0 5 41.7
12. P12 6 50.0 10 83.3 4 33.3
13. P13 3 25.0 9 75.0 6 50.0
14. P14 6 50.0 10 83.3 4 33.3
15. P15 4 33.3 8 66.7 4 33.3
16. P16 7 58.3 11 91.7 4 33.3
17. P17 4 33.3 8 66.7 4 33.3
18. P18 5 41.7 9 75.0 4 33.3
19. P19 1 8.3 7 58.3 6 50.0
21
20. P20 2 16.7 7 58.3 5 41.7
21. P21 4 33.3 8 66.7 4 33.3
22. P22 3 25.0 9 75.0 6 50.0
23. P23 5 41.7 10 83.3 5 41.7
24. P24 3 25.0 7 58.3 4 33.3
25. P25 3 25.0 11 91.7 8 66.7
26. P26 5 41.7 12 100.0 7 58.3
27. P27 6 50.0 9 75.0 3 25.0
28. P28 4 33.3 11 91.7 7 58.3
29. P29 1 8.3 10 83.3 9 75.0
30. P30 4 33.3 8 66.7 4 33.3
Min 4 34.2 9 77.2 5 43.0
Sisihan Piawai 1.68 14.00 1.46 12.16 1.42 11.81
Varians 2.82 196.16 2.13 147.95 2.01 139.42
Berdasarkan Jadual 6 di atas, didapati pelajar-pelajar pada awalnya tidak dapat
menguasai penambahan dan penolakan Integer dengan baik. Akan tetapi setelah Kaedah Rumah
diperkenalkan, pelajar-pelajar dapat menguasai penambahan dan penolakan Integer dengan baik.
Ini dapat dilihat melalui peratus peningkatan daripada ujian pos.
Peratusan yang paling tinggi ialah sebanyak 75.0% iaitu hanya seorang pelajar yang
meningkat dari betul satu soalan kepada betul 10 soalan. Manakala dua orang pelajar meningkat
sebanyak 25.0%, sepuluh orang pelajar meningkat sebanyak 33.3%, tujuh orang pelajar
meningkat sebanyak 41.7%, enam orang pelajar meningkat sebanyak 50.0%, tiga orang pelajar
meningkat sebanyak 58.3% dan seorang orang pelajar meningkat sebanyak 66.7%. Semua
pelajar menunjukkan peningkatan iaitu sebanyak 25% ke atas.
22
Graf 3: Perbandingan Pencapaian Pelajar-pelajar dalam Ujian Pra dan Ujian Pos.
23
P1 P3 P5 P7 P9 P11
P13
P15
P17
P19
P21
P23
P25
P27
P29
0
2
4
6
8
10
12
Bilangan Jawapan Betul Ujian Pra Bilangan Jawapan Betul Ujian Pos
11.0 Perbincangan dan Kesimpulan
Daripada kajian yang dijalankan dapat dirumuskan bahawa Kaedah Rumah telah menunjukkan
keberkesanannya. Hal ini dapat dibuktikan melalui perbezaan bilangan jawapan betul antara
ujian pra dan ujian pos. Min bilangan jawapan betul dalam ujian pra ialah 4 manakala dalam
ujian pos ialah 9. Terdapat peningkatan sebanyak 5 soalan. Dapatan kajian jelas menunjukkan
terdapat peningkatan dalam ujian pos berbanding ujian pra. Dapat dirumuskan bahawa Kaedah
Rumah telah menunjukkan keberkesanannya. Kaedah Rumah ini membantu pelajar-pelajar yang
bermasalah dalam menguasai kemahiran menambah dan menolak Integer. Keberkesanan
penggunaan Kaedah Rumah dalam meningkatkan kemahiran menambah dan menolak Integer
dapat dilihat melalui peratusan yang tinggi telah pelajar perolehi selepas menjawab soalan ujian
pos. Semua pelajar menunjukkan peningkatan iaitu sebanyak 25% ke atas.
Selain itu, pelajar kelihatan berminat dan memberikan tumpuan sepenuhnya semasa
mempelajari Kaedah Rumah. Semua pelajar telah melibatkan diri secara secara menyeluruh dan
mereka juga dengan bersungguh-sungguh berusaha untuk menyelesaikan masalah bagi setiap
soalan yang diberikan setelah mempelajari Kaedah Rumah. Pelajar dapat menjawab soalan
dengan pantas dan mereka kelihatan gembira ketika menjawab soalan.
Dengan menggunakan kaedah ini juga saya dapati tumpuan yang diberikan oleh pelajar
sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran semakin baik. Mereka memberikan tumpuan
sepenuhnya semasa saya mengajar. Mereka semakin rajin bertanya apabila ada sebarang
kemusykilan. Secara tidak langsung suasana di dalam bilik darjah menjadi sangat kondusif dan
praktikal untuk pembelajaran. Pelajar-pelajar seolah-oleh tidak sabar menantikan waktu
Matematik dan tingkah laku pelajar memang berubah. Jadual 7 di bawah menunjukkan
perubahan tingkah laku pelajar sebelum penggunaan Kaedah Rumah dan selepas penggunaan
Kaedah Rumah.
24
Jadual 7: Perubahan Tingkah Laku Pelajar
Tingkah Laku PelajarSebelum Penggunaan Kaedah
RumahSelepas Penggunaan
Kaedah Rumah
Bertanya soalan 2 9
Menyiapkan kerja rumah 5 25
Menjawab soalan secara sukarela 1 11
Membuat latihan di papan tulis 1 10
Saya juga merasa tersentuh apabila beberapa orang pelajar dari kelas lain meminta jasa
baik saya mengajar mereka penambahan dan penolakan Integer menggunakan Kaedah Rumah.
Mereka mendapat tahu mengenai kaedah ini melalui kawan mereka di Tingkatan 1C. Secara baik
saya memberitahu mereka yang saya akan berbincang dengan guru Matematik Tingkatan 1 agar
mempraktikkan kaedah ini di dalam pengajaran dan pembelajaran mereka agar semua pelajar
Tingkatan 1 memperoleh manfaatnya. Alhamdulillah, apabila saya berbincang bersama-sama
guru Matematik Tingkatan 1, mereka juga berminat untuk menjayakan kaedah ini.
Kesimpulanya, pelajar memerlukan satu kaedah yang mudah bagi memudahkan mereka
memahami sesuatu topik pengajaran. Dengan menggunakan Kaedah Rumah ini, pelajar dapat
meningkatkan lagi penguasaan mereka dalam topik Integer. Kaedah ini berkesan di mana pelajar
boleh menguasai konsep penambahan dan penolakan Integer secara perlahan dan berperingkat.
Ini dapat dilihat apabila pelajar mula ingin mencuba dan yakin dengan jawapan mereka . Selain
itu, kemahiran pelajar dalam topik Integer ini juga diharap dapat diaplikasikan dalam topik yang
mempunyai hubung kait dengan Integer seperti kuasa, punca, bentuk piawai, ungkapan algebra,
indeks, rumus algebra, ungkapan dan persamaan kuadratik, koordinat, graf fungsi dan
sebagainya.
25
12.0 Rujukan
Elango a/l Periasamy (2007). Inovasi Dalam Teknik Penyelesaian Tajuk Nombor Negatif. Diambil daripada http://www.ipislam.edu.my/uploaded/Inovasi%20Dalam%20Teknik%20Penyelesaian%20Nombor%20Negatif%20-%20Kertas%20Konsep.pdf
Hamzah Mohd Zin (2009). Meningkatkan Kemahiran Menambah dan Menolak Nombor Negatif dalam Kalangan Pelajar Tingkatan 2 Cerdik dengan Kaedah Jadual. Diambil daripada http://www.slideshare.net/irishidayah/katrasin
Radinhazizi Hanapi (2011). Contoh Penulisan Proposal Kajian Tindakan. Diambil daripada http://www.docstoc.com/docs/90109000/CONTOH-PENULISAN-PROPOSAL-KT
Sin Chow Lai (2006). Pendekatan Koperatif Model STAD Terhadap Pelajar Tingkatan 1 dalam Topik “Nombor Negatif”. Diambil daripada eprints.oum.edu.my/174/1/Koperatif_model.pdf
Siti Habsah Je’maen, Norhidayah Hasbi, Aini Jamin & Belinda Audrey Patrick (2011). Kajian Tindakan KPR 4043. Diambil daripada http://www.slideshare.net/irishidayah/katrasin
Siti Halimah Awang Kechil (2009). Meningkatkan Kefahaman Pelajar Dalam Konsep Integer Melalui Perwakilan Idea Matematik Secara Konkrit Dalam Kalangan Pelajar Tingkatan 2 Semarak. Diambil daripada http://imahssl.blogspot.com/
26
%12
13.0 Lampiran
Lampiran 1 – Ujian Pra
Name: _________________________________________ Score: =
Form: ________________
(a) - 21 + 6 = (e) 9 + (-15) + 17 = (i) 11 – (-13) – 41 =
(b) 9 + (-13) = (f) - 6 + (-3) – 14 = (j) -10 + (+4) – 31 =
(c) - 20 – (-7) = (g) - 23 + (-12) – 11 = (k) - 18 – ( -12) + 5 =
(d) - 4 + 7 + (-5) = (h) 14 - (-6) – 32 = (l) 34 + (-15) – 22 =
27
%12
Lampiran 2 – Ujian Pos
Name: _________________________________________ Score: =
Form: ________________
(a) - 31 + 5 = (e) 5 + (-22) + 11 = (i) 16 – (-4) – 24 =
(b) 6 + (-19) = (f) -13 + (-7) – 9 = (j) -20 + (+3) – 12 =
(c) - 40 – (-6) = (g) -25 + (-9) – 15 = (k) - 12 – ( -17) + 3 =
(d) - 5 + 9 + (-3) = (h) 20 – (-4) – 25 = (l) 28 + (-18) – 15 =
28
29