Upload
ng-lily
View
174
Download
4
Embed Size (px)
KAJIAN TINDAKAN:
KEBERKESANAN KAEDAH PEMBELAJARAN - STUDENT TEAM ACHIEVEMENT DIVISION
(STAD) TERHADAP PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA INGGERIS DALAM
KALANGAN MURID KETIDAKUPAYAAN PENGLIHATAN
ALYA QASDINA NG AI LEE
2014
2
1.0 Latar Belakang Sekolah
Sekolah Menengah Pendidikan Khas (Cacat Penglihatan) Setapak, Kuala Lumpur merupakan
satu-satu sekolah menengah yang membekalkan perkhidmatan pendidikan khusus untuk
murid-murid berkeperluan khas penglihatan dari seluruh Malaysia.Selain itu, sekolah ini juga
pernah menerima murid-murid dari negara Brunei Darussalam.
SMPK Setapak ditubuhkan pada bulan April 1974. Pada awal penubuhansekolah ini,
SMPK berfungsi sebagai asrama pusat bagi murid-murid cacat penglihatan yang bersekolah
dalam Rancangan Pencantuman di sekolah-sekolah menengah sekitar Kuala Lumpur seperti
Sekolah Menengah St. John, Sekolah Menengah Tinggi Setapak, Sekolah Menengah Seri
Titiwangsa, Sekolah Menengah (P) Air Panas dan Sekolah Menengah Convent Sentul.
Mulai Tahun 1977, sekolah ini mula beroperasi sebagai sekolah menengah khas bagi
pelajar-pelajar cacat penglihatan yang lemah dari aspek akademik dan mobiliti.Antara
perkhidmatan pendidikan yang ditawarkan di sekolah ini termasuklah kelas pemulihan,
Tingkatan Satu, Tingkatan Dua hinggalah Tingkatan Lima. Murid yang mempunyai kemahiran
mobiliti dan kemampuan akademik yang baik akan dihantar ke Rancangan Pencantuman
tetapi mereka masih menumpang kemudahan asrama yang terdapat di sekolah ini. Walau
bagaimanapun, rentetan permansuhan Rancangan Percantuman pertengahan tahun 1990,
maka murid-murid bermasalah penglihatan mula menduduki asrama dan meneruskan sesi
persekolahan di sekolah ini.Pada ketika itu masih terdapat pelajar yang berulang-alik ke
Sekolah Menengah St. John untuk meneruskan pelajaran mereka.
Pada tahun 2013, penempatan murid bermasalah penglihatan adalah seramai 140
orang, 45 orang guru pendidikan khas, dan 31 orang staf sokongan termasuk pembantu
pengurusan murid. Murid-murid yang menerima tawaran kemasukan SMPK, akan
meneruskan persekolahan mereka bermula dari kelas pemulihan, Tingkatan 1 hinggalah
Tingkatan 5.Oleh sebab, kelas Tingkatan 6 belum ditawarkan di sekolah ini, maka murid-
murid Tingkatan 6 akan menumpang di asrama SMPK dan melanjutkan pelajaran di Sekolah
Menengah Kebangsaan St. John, Kuala Lumpur.
Dengan erti kata lain, sukatan pelajaran yang digunakan di sekolah ini adalah
berlandaskan kurikulum arus perdana yakni Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
(KBSM).Murid-murid Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 turut mengikuti revolusi pentaksiran
sekolah yakni Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) mulai tahun 2012.
Kejayaan murid-murid SMPK tidak terhalang oleh kekurangan pancaindera
penglihatan sepertimana yang dihadapi oleh murid-murid di sekolah ini.Malahan, semangat
yang kental dan ketekadan murid-murid SMPK telah membuktikan bahawa murid-murid
bermasalah penglihatan mempunyai prospek dan kejayaan yang setara dengan rakan
sebaya yang tipikal.Murid-murid SMPK telah berjaya meraih kejayaan di persada
dunia.Sebagai misalannya, atlit-atlit SMPK telah mewakili kontigen Malaysia untuk
menyertai acara Temasya Sukan ASEAN Youth Paragames 2013. Dalam temasya sukan
tersebut, atlit-atlit SMPK telah berjaya meraih pingat-pingat kejayaan dan mengharumkan
3
nama negara. Dalam bidang akademik pula, calon-calon SMPK telah berjaya diikhtiraf
sebagaiCalon Khas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) terbaik di kalangan sekolah-sekolah dan
program pendidikan khas di seluruh Malaysia dalam Majlis Penyampaian Anugerah
Kurikulum Terbaik anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) pada tahun 2012.
Komitmen SMPK untuk menyediakan perkhidmatan pendidikan yang terbaik kepada
murid-murid bermasalah penglihatan adalah diperakui oleh semua pihak.Malahan, sekolah
ini turut menjadi tumpuan Lawatan Sambil Belajar dari pelbagai institusi pendidikan dari
seluruh rantau Asia.SMPK turut berkolaborasi dengan Badan Bukan Kerajaan (NGO) bagi
menyediakan kemudahan dan infrastruktur yang terbaik kepada murid-murid berkeperluan
khas penglihatan.Misi “Pelajar Cemerlang Sekolah Terbilang Bertaraf Dunia Menjelang
2020” merupakan hasrat dan ideologi warga Sekolah Menengah Pendidikan Khas (Cacat
Penglihatan), Setapak, Kuala Lumpur.
Sehingga kini, sekolah ini mempunyai 116 orang murid berbangsa Melayu, 15 orang
murid berbangsa Cina, dan 9murid berbangsaIndia. Daripada jumlah tersebut, murid lelaki
berbangsa Melayu mencecah 36% berbanding dengan murid lelaki bangsa Cina sebanyak 9%
dan murid lelaki bangsa India hanya mencecah 3%. Murid perempuan berbangsa Melayu
turut mendahului kaum-kaum yang lain dengan mencecah peratusan yang tertinggi yakni
sebanyak 44%. Manakala, murid perempuan berbangsa Cina dan murid perempuan
berbangsa India masing-masing hanya mencecah 4% daripada jumlah enrolmen murid pada
tahun 2013.
Sumber: Hal Ehwal Murid, SMPK 2013
Lelaki Melayu36%
Perempuan Melayu44%
lelaki cina9%
perempuan cina4%
lelaki india3%
perempuan india 4%
SM PENDIDIKAN KHAS SETAPAK, KUALA LUMPUREnrolmen Murid mengikut Bangsa pada Tahun 2013
4
Sumber: Hal Ehwal Murid, SMPK 2013
Daripada 140 orang murid SMPK, seramai 65 orang diklasifikasikan sebagai murid
katagori B1 (Buta sepenuhnya) dan 75 orangmurid adalah dalam kategori B2 (Penglihatan
Terhad). World Health Organization WHO (1997) telah mengklasifikasikan murid-murid
bermasalah penglihatan berdasarkan tahap kecacatan penglihatan mereka. Murid-murid B1
(Buta sepenuhnya) didefinisikan sebagai murid yang mempunyai ketajaman penglihatan
kurang dari 3/60 atau medan penglihatan yang kurang daripada 10 darjah setelah
pembetulan terbaik dilakukan. Manakala murid B2 (penglihatan terhad-low visions)
didefinisikan sebagai ketajaman penglihatan yang kurang dari 6/18 tetapi sama atau lebih
baik daripada 3/60 atau medan penglihatan yang kurang daripada 20 darjah setelah
pembetulan terbaik dilakukan.
Kategori kecacatan tersebut akan menentukan medium pembacaan murid sama ada
menggunakan tulisan Braille, tulisan bercetak ataupun kedua-duanya. Murid-murid B1,
adalah bergantung sepenuhnya kepada deria lain dalam proses pembelajaran dan
pembacaan braille. Manakala murid-murid B2 pula, mereka masih mempunyai sisa-sisa
penglihatan dan memerlukan cahaya khas, kanta pembesar dan bahan-bahan cetakan besar
untuk membantu dalam proses pembelajaran dan pengajaran.
Dalam konteks perlaksanaan rancangan pengajaran, Guru Pendidikan Khas perlu
menyediakan dua jenis bahan bercetak yakni dalam bentuk tulisan Braille dan dalam bentuk
tulisan bercetak.Nescaya, aspek keperluan khas murid-murid bermasalah penglihatan perlu
diberi perhatian serius dalam perlaksanaan strategi pembelajaran dan pengajaran bagi
memperoleh hasil dan mencapai objektif yang diingini.Aspek menarik inilah yang
membezakan murid kelainan upaya dengan rakan sebaya yang tipikal.
SM PENDIDIKAN KHAS SETAPAK, KUALA LUMPUR Kategori Kecacatan Murid SMPK
B1 B2
5
Keratan Akbar dan gambar-gambar yang merakamkan kejayaan serta sumbangan murid-
murid berkeperluan khas penglihatan dalam bidang akademik, kokurikulum dan kesenian.
Anugerah Kecemerlangan Kurikulum – Calon Khas SPM
Terbaik.
Pelajar berjaya mendapat 9A dalam SPM.
Anugerah Kecermelangan KoKurikulum dan Kesenian
Wakil Malaysia Temasya Sukan Antarabangsa – The 3rd ASEAN YOUTH PARAGAMES 2013
6
2.0 Student Team Achievement Divisions (STAD)
STAD merupakan kaedah pembelajaran koperatif yang paling mudah dikendalikan dan ia
juga merupakan satu model pembelajaran dan pengajaran yang amat bersesuaian bagi
guru-guru yang baru mengamalkan pembelajaran koperatif dalam sesi pembelajaran dan
pengajaran. Mengikut Slavin (1990), fungsi utama STAD ialah ahli kumpulan koperatif saling
memberi bimbingan dan sokongan agar dapat bersama-sama mencapai objektif dan
kecemerlangan dalam bidang akademik. Secara umumnya, STAD mengandungi 5 komponen
utama, yakni persembahan kelas, belajar dalam kumpulan, kuiz, markah kemajuan individu,
dan pengikhtirafan pasukan.
Komponen 1: Persembahan Kelas
Dalam komponen 1, guru akan menyediakan slot pelajaran yang bersesuaian dengan
rancangan pengajaran yang dibina. Persediaan yang dilakukan pada peringkat ini
merangkumi peringkat pembukaan, pengembahan dan latihan pengukuhan dari
keseluruhan pelajaran.Bahan-bahan STAD turut diperkenalkan pada peringkat ini.sesi
sumbang saran dan perbincangan bersama guru akan dijalankan. Bahan bantu mengajar
seperti alat pandang dengar yang boleh membantu dalam meningkatkan kefahaman murid
amat digalakkan pada peringkat ini. Murid-murid menyedari bahawa, mereka perlu
memberi perhatian semasa persembahan dan perbincangan dilakukan, lantaran inisiatif
tersebut akan membantu mereka dalam kerja kumpulan dan mencapai prestasi yang lebih
baik semasa kuiz dijalankan. Justeru pada peringkat ini, murid-murid menyedari
kepentingan dan tanggungjawab mereka terhadap ahli-ahli sepasukan yang lain.
Komponen 2: Belajar dalam Kumpulan
Pasukan terbentuk berdasarkan perbezaan tahap kecerdasan dan ciri-ciri demografi
murid.Kombinasi murid yang prestasi tinggi, murid prestasi sederhana dan murid
berprestasi rendah atau lemah digabungkan dalam satu kumpulan.Dalam konteks
pendidikan khas, selain mengambil kira ciri-ciri demografi dan tahap kecerdasan murid,
keperluan khas dan kategori kecacatan turut diambil kira semasa membahagikan murid
mengikut kumpulan.Ciri-ciri ini perlu diberi perhatian serius bagi memastikan semua ahli
kumpulan dapat belajar dan mendapat markah yang baik dalam kuiz yang bakal dijalankan.
Dalam proses pembinaan persefahaman antara ahli kumpulan, maka murid-murid akan
melakukan perbincangan untuk menyelesaikan suatu masalah, membandingkan jawapan
mereka, dan memperbetul sebarang kesilapan yang dilakukan oleh ahli sepasukan.
Kemudian, menjawab kuiz ataupun penilaian yang dilakukan secara individu.Antara intipati
yang paling penting dalam STAD adalah untuk memastikan ahli kumpulan saling bergantung
dan saling bantu membantu bagi memastikan semua ahli mencapai objektif yang disasarkan
dan memperoleh kejayaan sejagat.
7
Komponen 3: Kuiz
Selepas memberi kerja kumpulan, maka tibalah masanya untuk menguji pencapaian murid
secara individu. Pada peringkat ini, murid-murid akan dinilai berdasarkan prestasi mereka
dalam kuiz yang dijalankan. Murid tidak dibenarkan untuk membantu satu sama lain, jadi
murid perlu bergantung pada diri sendiri untuk mencari jawapan bagi soalan-soalan yang
diberikan.
Komponen 4: Markah Kemajuan Individu
Idea pemberian markah kemajuan individu adalah bertujuan untuk memberi motivasi
kepada murid yang telah menunjukkan perubahan yang ketara berbanding dengan prestasi
yang lepas.Murid-murid boleh menyumbang markah kemajuan individu ke dalam markah
pasukan. Sebelum pemberian markah kemajuan, murid akan dimaklumkan markah asas
(base score) masing-masing berdasarkan pencapaian ujian-ujian yang lepas berdasarkan isi
pelajaran yang diuji. Kemudian, markah tambahan akan diberikan kepada pasukan yang
berjaya melangkaui markah asas dan seterusnya mencapai kejayaan sejagat dalam kuiz yang
dijalankan.
Komponen 5: Pengikhtirafan Pasukan
Ganjaran boleh dibahagikan kepada tiga jenis, yakni ganjaran berdasarkan pencapaian
individu, ganjaran berdasarkan pencapaian kumpulan dan ganjaran berdasarkan pencapaian
kumpulan atas sumbangan individu. Menurut Slavin (1979), dalam pendekatan pengajaran
STAD, ganjaran adalah diberikan berdasarkan pencapaian kumpulan atas sumbangan
kemajuan seseorang individu. Dengan erti kata lain, meskipun seseorang individu
memperoleh markah yang rendah dalam kuiz, namun keputusan tersebut telah
membuktikan perubahan/kemajuan yang ketara berbanding pencapaian yang lepas, maka
markah kemajuan individu akan diberikan. Markah tersebut dapat menyumbang mata
tambahan kepada kumpulan masing-masing.Pada penghujung STAD, pasukan akan
diberikan sijil ataupun ganjaran berdasarkan pencapaian mereka dalam kuiz yang
dijalankan. Peneguhan postif dan pengikhtirafan atas kerjasama murid dapat menyuntik
semangat dan kesungguhan murid dalam aktiviti pembelajaran dan pengajaran yang akan
datang.
8
Persembahan kelas
Pembinaan Pasukan
Kuiz Markah Kemajuan
individu
Pengiktirafan Pasukan
Kitaran Proses STAD dalam Bilik Darjah
9
2. 1 Perlaksanaan Rancangan Pembelajaran dan Pengajaran Koperatif
Lesson Plan (1)
Subject: English Language Date: 23.10.2013 Day: Wednesday Time: 8.10pm –8.50pm, 8.50pm – 9.20pm
Title: Moral Values and Messages
Theme :Family Relationship
Learning Outcomes:
1.0 Language for interpersonal purposes:
1.1 (b) taking part in conversations and discussions;
1.1 (d) exchanging ideas, information andopinions on topics of interest
2.0 Language for informational purposes:
2.2 Process information by: (h) using print or electronic dictionaries
2.3 Present information to different audiences by: (f) composing, revising and editing
drafts;and checking accuracy of spelling, punctuation and grammar.
3.0 Language for aesthetic purposes
3.1.C explaining the message that the writer is trying to convey, explaining how it
relates to one’s life.
Objectives:
1. Pupils are able to list 6 moral values implicit in the stories they have studied.
2. Pupils are able to spell correctly on 6 moral values discussed.
Grammatical Content: Simple present tense
Teaching Approach: Cooperative Learning
Thinking skills: Creative Thinking Skills
Value: Show an awareness and appreciation of moral values and love towards the nation.
10
Learning and Teaching Process of Cooperative Learning - STAD
Activities Students Teacher Remarks:
Induction Set 8.10 - 8.20pm (10 minutes)
Pupils are sitting in their assigned groups.
Pupils greet the teacher politely
Listen to the lecture, and brainstorming for ideas.
Team identification
Requesting the pupils to sit in their CL groups.
Presenting the objectives of the activities – Explaining the meaning of values in the novel studied.
Highlighting the term and conditions of CL
Frequently ask questions
Call students on random to explain about the meaning of the values
Ice Breaking- Discuss and create their Team name.
STAD applied in the lesson, students were aware of the steps and regulations of STAD in the past lessons.
Step 1 8.20 –8.30pm (10 minutes) Find the words from the jumbled letters
Discuss and solve the problems together.
Assessing their group members so that they can spell and read the words appropriately.
Teacher assigns worksheet to the teams.
Requesting the pupils to find out the value from the jumbled letters given.
Exp: ignBe ewis -> Being Wise 2 worksheets and 2 answers given to B1 and B2 students. Therefore B2 pupils will assist the B1 pupils in reading printed text;
Step 2 8.30 – 8.50pm (20 minutes) Team Study
Listen to the teammate’s presentations.
Listed down all the moral values
Assessing their friends.
Discussion and corrections among teammates.
Inventing Acronym to remember all the values
Requesting the pupils to present their answer.
Asking the pupils to find out the Acronym to remember all the values.
Facilitating the teams to make sure all the processes are going smoothly as planned.
Acronym to remember the values or applying any other methods that help the pupils to remember all the values.
Step 3 8.50 – 9.00pm (10 minutes) Quiz
Individual quiz Assigning one quiz per student.
Informing the pupils about the time allocates for the quiz.
Stop watch to make sure the pupils are finishing the quiz within the time given.
11
Step 4 9.00 – 9.05pm (5 Minutes) Transcribing the braille text
Wait patiently for their individual scores.
Teacher transcribes the braille answers into printed text to check their answer.
Important step for teachers who are teaching visually impaired pupils.
Step 5. 9.05 – 9.15pm (10 Minutes) Team Recognition
Pupils earn points for their teams.
Pupils compare their scores with the past performance.
Team scores depend on the improvement scores rather than the raw scores from the quiz.
Pupils aware of the scores of everyone on their team are important.
Receiving the rewards and report card.
Returning the quiz
Announcing their result.
Awarded improvement scores for pupils who have shown enthusiastic in the group works.
Announcing the team scores and giving reward to the outstanding teams.
Awards like: Good Team, Great Team, Super Team are given to the teams who have fulfilled the criterions.
Recomputing base scores.
Giving Grades on their achievement in the report card.
Pupils have learned their base score from the team summary sheet. Scores involved in this stage:
Base scores
Quiz scores
Improvement points
Team scores
Step 6 9.15-9.20pm (5 minutes) Ending
Refreshing their memories on the contents learned.
Summarising the content of the lesson
Doing reflection on the activities.
12
Maklumat Asas Murid
Bil. Nama Murid Jantina Kategori
kecacatan
Membaca Menulis Alat sokongan khas
Kaum Braille Bercetak Braille Bercetak
1. Azree L B1 / / Mesin braille
Melayu
2. Ainur P B2 / / / Mesin braille
Melayu
3. Fadzli L B1 / / / Mesin Braille
Melayu
4. Hidayah P B2 / / Cermin mata
Melayu
5. Imran L B2 / / Kanta Melayu
6. Fikri
Sulaiman L B2 / / cctv Melayu
7. Siti Suhailah P B2 / / Cctv Melayu
8. Hafiz L B2 / / Kanta Melayu
9. Ain Najihah P B2 / / Mesin braille
Melayu
10. Fadzreen P B2 / / Kanta Melayu
11. Hidayat L B2 / / Cermin Mata
Melayu
12. Hanif L B2 / / Cctv Melayu
13. Suzana P B2 / / kanta Melayu
14 Ain Izzati p B1 / / Cctv Melayu
15. Gim shen L B1 / / Mesin Braille
Cina
16. Mike Fong L B1 / / Mesin Braille
Cina
17. Seri Izdihar P B1 / / / Mesin Braille
Melayu
18. Siti Madihar P B1 / / Mesin Braille
Melayu
19. Aiman L B1 / / Mesin Braille
Melayu
20. Harnom P B1 / / Mesin Braille
Melayu
21. Mhern Hong L B1 / / Mesin Braille
Cina
22. Maisarah P B2 / / Cermin Mata
Melayu
23. Shamira P B2 / / Kanta Melayu
24. Azwan L B1 / / Mesin Braille
Melayu
13
Senarai Kumpulan Heterogenous
Pembelajaran Koperatif untuk model pembelajaran dan pengajaran STAD
Kumpulan 1:
Bil Nama Murid Jantina Kategori Kecacatan Bahan Bacaan
Prestasi Sedia Ada
1. Azree Feekeree L B1 Braille Tinggi
2. Ain Izzati P B1 Braille Sederhana Rendah
3. Hidayat L B2 Teks Sederhana Tinggi
4. Shamira P B2 Teks Lemah
Kumpulan 2:
Bil Nama Murid Jantina Kategori Kecacatan
Bahan Bacaan
Pencapaian Sedia Ada
1. Tan Mike Fong L B1 Braille Tinggi
2. Susana samad P B2 Teks Sederhana Tinggi
3. Fikri Sulaiman L B2 Teks Sederhana Rendah
4. Maisarah P B2 Teks Lemah
Kumpulan 3:
Bil Nama Murid Jantina Kategori
Kecacatan Alatan khas pembacaan
Pencapaian Sedia Ada
1. Siti Suhailah P B2 CCTV Tinggi
2. Imran L B2 Teks Sederhana Tinggi
3. Aiman L B1 Braille Sederhana lemah
4. Harnom P B1 Braille Lemah
Kumpulan 4:
Bil Nama Murid Jantina Kategori
Kecacatan Alatan khas pembacaan
Pencapaian Sedia Ada
1. Ng Gim Shen L B1 Braille Tinggi
2. Hanif L B2 CCTV Sederhana Tinggi
3. Ainur P B2 Teks Sederhana Rendah
4. Siti Madihar P B1 Braille Lemah
Kumpulan 5:
Bil Nama Murid Jantina Kategori Kecacatan
Alatan khas pembacaan
Pencapaian Sedia Ada
1. Hidayah P B2 Teks Tinggi
2. Hafiz L B2 Teks Sederhana Tinggi
3 Seri Izdihar P B1 Braille Sederhana Rendah
4 Yin Mhern Hong L B1 Braille Lemah
14
Kumpulan 6:
Bil Nama Murid Jantina Kategori
Kecacatan Alatan khas pembacaan
Pencapaian Sedia Ada
1. Fazdreen P B2 Teks Tinggi
2. Ain Najihah P B2 Braille Sederhana Tinggi
3. Fadzli L B1 Teks Sederhana Rendah
4. Azwan L B1 Braille Lemah
15
Lesson Plan (2)
Subject: English Language Date: 30.10.2013 Day: Wednesday Time: 8.10 – 8.50pm, 8.50- 9.20pm Title: Moral Values and Messages
Theme :Family Relationship
Learning Outcomes:
1.0 Language for interpersonal purposes:
1.1 (d) exchanging ideas, information andopinions on topics of interest
1.2 (b) taking part in conversations and discussions;
2.0 Language for informational purposes:
2.2 Process information by (a) skimming and scanning for specific information and ideas;
2.3 Present information to different audiences by (g) identifying different points of view; 3.0 Language for aesthetic purposes
3.1.(c) explaining the message that the writer is trying to convey, explaining how it
relates to one’s life.
Objectives: Students are able to :
Match the characters with the correct values.
Provide the name of the character and suggest two examples of how each value
is portrayed in the novel they have studied.
Provide the messages that the novel has for the readers
Grammatical Content: Simple present tense
Teaching Approach: Cooperative Learning
Thinking skills: Critical Thinking Skills
Value: Love our family members
16
Learning and Teaching Process of Cooperative Learning - STAD
Activities Students Teacher Remarks:
Induction Set 8.10 – 8.20pm (10 minutes)
Pupils are sitting in their assigned groups.
Pupils greet the teacher politely
Listen to the lecture, and brainstorming for ideas.
Answering questions raised by teacher.
Requesting the pupils to sit in their CL groups.
Presenting the objectives of the activities – Relating the values with the characters found in the novel studied.
Frequently ask questions to the pupils
Call students on random to explain their understanding of the topic discussed
STAD applied in the lesson, students were aware of the steps and regulations of STAD in the past lessons. Pupils were given notes about the textual evidences and messages of the lesson learned in the novel they have studied in the previous lessons.
Step 1 8.20 – 8.30pm (10 Minutes) Tasks given.
Discuss and solve the problems together.
Assessing their group members so that they can follow the instructions and perform in the tasks given.
Teacher assigns worksheet to the teams.
Requesting the pupils to find out the related textual evidences to the values discussed.
2 worksheets and 2 answers given to B1 and B2 students. Therefore B2 pupils will assist the B1 pupils in reading printed text; More time allocated in this step as the B1 pupils need more time in finding the textual evidences in the braille notes.
Step 2 8.30 – 8.45pm (15minutes) Team Study
Listen to the teammate’s presentations.
Listed down all the textual evidences
Assessing their friends.
Discussion and corrections among teammates.
Make sure their team mates have mastered the contents.
Requesting the pupils to present their answer.
Asking the pupils to help each other in the activity.
Facilitating the teams to make sure all the processes are going smoothly as planned.
The high achieve pupils help the low achieve pupils to understand the instructions and then assisting them in finding the answer from the text.
17
Step 3 8.45-9.00pm (25 minutes) Quiz
Individual quiz Assigning one quiz per student.
Informing the pupils about the time allocates for the quiz.
Stop watch to make sure the pupils are finishing the quiz within the time given.
Step 4 9.00 – 9.05pm (5 Minutes) Transcribing the braille text
Wait patiently for their individual scores.
Teacher transcribes the braille answers into printed text to check their answer.
Important step for teachers who are teaching visually impaired pupils.
Step 5. 9.05 – 9.15pm (10 Minutes) Team Recognition
Pupils earn points for their teams.
Pupils compare their scores with the past performance.
Team scores depend on the improvement scores rather than the raw scores from the quiz.
Pupils aware of the scores of everyone on their team are important.
Receiving the rewards and report card.
Returning the quiz
Announcing their result.
Awarded improvement scores for pupils who have shown enthusiastic in the group works.
Announcing the team scores and giving reward to the outstanding teams.
Awards like: Good Team, Great Team, Super Team are given to the teams who have fulfilled the criterions.
Recomputing base scores.
Giving Grades on their achievement in the report card.
Pupils have learned their base score from the team summary sheet. Scores involved in this stage:
Base scores
Quiz scores
Improvement points
Team scores
Step 6 9.15-9.20pm (5 minutes) Ending
Refreshing their memories on the contents learned.
Summarising the content of the lesson
Doing reflection on the activities.
18
Maklumat Asas Murid
Bil. Nama Murid Jantina Kategori
kecacatan
Membaca Menulis Alat sokongan
khas Kaum
Braille Bercetak Braille Bercetak
1. Azree L B1 / / Mesin braille
Melayu
2. Ainur P B2 / / / Mesin braille
Melayu
3. Fadzli L B1 / / / Mesin Braille
Melayu
4. Hidayah P B2 / / Cermin mata
Melayu
5. Imran L B2 / / Kanta Melayu
6. Fikri Sulaiman L B2 / / cctv Melayu
7. Siti Suhailah P B2 / / Cctv Melayu
8. Hafiz L B2 / / Kanta Melayu
9. Ain Najihah P B2 / / Mesin braille
Melayu
10. Fadzreen P B2 / / Kanta Melayu
11. Hidayat L B2 / / Cermin Mata
Melayu
12. Hanif L B2 / / Cctv Melayu
13. Suzana P B2 / / kanta Melayu
14 Ain Izzati p B1 / / Cctv Melayu
15. Gim shen L B1 / / Mesin Braille
Cina
16. Mike Fong L B1 / / Mesin Braille
Cina
17. Seri Izdihar P B1 / / / Mesin Braille
Melayu
18. Siti Madihar P B1 / / Mesin Braille
Melayu
19. Aiman L B1 / / Mesin Braille
Melayu
20. Harnom P B1 / / Mesin Braille
Melayu
21. Mhern Hong L B1 / / Mesin Braille
Cina
22. Maisarah P B2 / / Cermin Mata
Melayu
23. Shamira P B2 / / Kanta Melayu
24. Azwan L B1 / / Mesin Braille
Melayu
19
Senarai Kumpulan Homogenous
Pembelajaran Koperatif untuk model pembelajaran dan pengajaran STAD
Kumpulan 1:
I. Azree Fekeree
II. Ainur
III. Fikri Sulaiman
IV. Nur Hidayah
Kumpulan 2:
I. Siti Suhailah
II. Fadzli
III. Imran
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kumpulan 3:
I. Susana Samat
II. Ain Najiha
III. Hanif
Kumpulan 4:
I. Fazreen
II. Hidayat
III. Hafiz
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kumpulan 5:
I. Tan Mike Fong
II. Aiman
III. Seri Izdihar
Kumpulan 6:
I. Ng Gim Shen
II. Ain Izzati
III. Seri Izdihar
Tingkatan 5
Amanah
(Prestasi Tinggi)
Tingkatan 5
Bestari
(Prestasi Sederhana)
Tingkatan 5
Cekal
Prestasi
S.Lemah+Tinggi
20
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kumpulan 7:
I. Harnom
II. Shamira
III. Azwan
IV. Maisarah
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tingkatan 5
Dedikasi
Prestasi Lemah
21
A. Refleksi Perlaksanaan Pembelajaran Koperatif di Sekolah Terpilih
(i) Pengalaman yang berjaya.
Saya telah memilih pembelajaran dan pengajaran bagi mata pelajaran Bahasa
Inggeris yang disertai oleh 24 orang murid Tingkatan 5 dengan menggunakan model
pembelajaran koperatif – Student Teams Achievement Divisionn STAD. Saya telah menjalani
dua sesi pembelajaran dan pengajaran selama 80 minit untuk setiap sesi. Oleh sebab
bilangan murid dalam setiap kelas hanya 6 hingga 7 orang, maka saya membuat keputusan
untuk menggabungkan semua murid Tingkatan 5 untuk mengambil bahagian dalam sesi
Pembelajaran dan Pengajaran ini. Setelah mendapat kebenaran daripada pihak pengurusan
SMPK, maka saya memulakan STAD dengan mengagihkan murid mengikut tahap pencapaian
akademik, jantina, kaum, tahap kecacatan, dan jenis keperluan khas yang diperlukan dalam
aktiviti pembacaan. Saya berjaya membentuk 6 kumpulan, dengan 4 orang dalam satu
kumpulan yang terdiri daripada murid-murid dari kelas yang berlainan.
Saya berjaya memperoleh pengalaman pengajaran yang sungguh bermakna, yang
mana boleh saya klasifikasikan sebagai pengalaman pembelajaran koperatif yang sungguh
berjaya.Saya tidak sangka bahawa strategi STAD yang dipilih telah membantu dalam
meningkatkan kefahaman murid dalam isi pelajaran yang disampaikan dan seterusnya
memperkukuh metakognisi murid untuk memahami dan mengingati konsep/isi pelajaran
tertentu. Saya cuba untuk tidak mengulangkaji isi pelajaran tersebut dalam tempoh masa 2
minggu. Namun, keajaiban berlaku apabila saya meminta murid untuk mengulang semula
latihan yang dibuat semasa pembelajaran koperatif, saya terpegun apabila mendapati
murid-murid yang lemah khususnya masih mengingati isi pelajaran tersebut dan mampu
menjawab soalan individual dengan ketepatan sebanyak 95% betul.
Hasil perlaksanaan STAD di SMPK Setapak, Kuala Lumpur, murid-murid mula
menunjukkan minat dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris. Perubahan yang paling ketara
adalah motivasi dan semangat mereka untuk menanti sesi Pembelajaran Koperatif yang
akan datang. Di samping itu pengagihan ahli kumpulan yang ideal turut menjayakan misi
STAD. Sepanjang proses perlaksanaan pembelajaran koperatif, saya mendapati bahawa
murid yang mempunyai pencapaian prestasi yang tinggi sangat bersemangat untuk
membimbing rakan-rakan yang lemah. Kepuasan dan keseronokan terpancar apabila
melihat ahli sepasukan sama-sama berjaya dalam kuiz yang diberikan.
22
Pembelajaran koperatif telah berjaya membuktikan bahawa, murid-murid yang
lemah sekiranya diberi bimbingan rakan sebaya yang bersesuaian, ia akan dapat
membuahkan hasil pembelajaran yang sungguh memberansangkan.Menurut Slavin (1995),
Peranan murid dalam pengurusan bilik darjah yang mengamalkan pembelajaran Koperatif,
termasuklah:
Saling bergantung antara satu sama lain
Menyuarakan pendapat dan melakukan perbincangan untuk menyelesaikan
konflik/masalah
Melakukan penilaian sesama rakan sepasukan, kejayaan dinilai berdasarkan kejayaan
sejagat.
Merapatkan jurang intelek di antara murid yang prestasi tinggi dan murid yang
memerlukan bimbingan
(ii) Pengalaman PDP yang kurang berjaya/gagal?
Saya cuba mempraktikkan STAD dalam sesi pembelajaran dan pengajaran yang kedua yang
mana saya menstruktur semula murid-murid ke kumpulan yang asal. Namun, hasil yang
berlainan yang saya peroleh daripada aktiviti PDP yang dijalankan.Murid balik ke kelas
masing-masing.Dengan 3 hingga 4 orang dalam satu kumpulan, maka saya memulakan sesi
pembelajaran dan pengajaran.
Ternyata sekali, dalam keadaan homogenous dari segi pencapaian akademik, murid
kurang bersemangat dan kurang motivasi dalam melaksanakan tugasan yang diberikan.
Murid menyatakan bahawa, mereka lebih suka kumpulan Pembelajaran Koperatif yang
sebelum ini yakni bergabung dengan kelas lain. Oleh sebab tahap pencapaian akademik
yang hampir sama, maka apabila diberikan satu tugasan/isu, murid mengalami kesukaran
untuk menyelesaikan masalah tersebut. Ini berlaku dalam kelas 5 Dedikasi, apabila
kombinasi ahli kumpulan adalah 100% gagal dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris.Proses
perlaksanaan STAD menjadi sukar apabilamurid dalam kumpulan sedia ada tidak berupaya
untuk membimbing dan membantu rakan-rakan yang senasib dengan mereka. Lebih
mendukacitakan apabila tugasan yang diberikan melibatkan domain kognitif yang lebih
tinggi yakni murid diminta untuk menganalisis dan mengaplikasikan maklumat yang
diberikan.
Saya cuba meninjau kesan Pembelajaran Koperatif terhadap murid-murid di kelas 5
Amanah (Murid Prestasi Tingi), Kelas 5 Bestari (Murid Prestasi Sederhana Tinggi), dan Kelas
5 Cekal (Murid Prestasi Sederhana Rendah) dalam sesi PDP yang kedua. Implikasi
perlaksanaan Pembelajaran Koperatif adalah sama seperti tahap prestasi mereka. Murid
Prestasi Tinggi dapat melaksanakan tugasan dengan cemerlang tetapi dimonopoli oleh
rakan-rakan yang memahami arahan.Manakala bagi murid tahap sederhana, mereka hanya
23
berupaya menyumbang kualiti jawapan yang average, tiada kelainan dan keisitimewaan
yang saya peroleh dalam sesi pembelajaran dan pengajaran ini.
Beberapa hari kemudian, saya cuba untuk memberi kuiz yang sama kepada semua
murid, didapati bahawa hanya 50% daripada murid dapat menyempurnakan tugasan
dengan tepat. Manakala, murid-murid yang lemah tidak dapat menjawab soalan-soalan
yang diberikan.
Berdasarkan pemerhatian yang saya peroleh dalam sesi PDP yang kedua, saya
mendapati bahawa jurang intelek yang begitu ketara di antara murid-murid Tingkatan
5.Justeru, saya mengklasifikasikan pengalaman ini sebagai sesi pembelajaran koperatif yang
kurang berjaya.
(iii) Kesimpulan yang diperoleh dari pengalaman ini?
Natijahnya, perlaksanaan pembelajaran koperatif merupakan strategi pembelajaran dan
pengajaran yang sungguh efektif.Pembinaan pasukan pembelajaran koperatif yang ideal
dapat memberi motivasi dan kepuasan yang berbeza kepada rakan-rakan sepasukan.
Meskipun proses pembelajaran dan pengajaran koperatif mengambil masa untuk
mewujudkan persefahaman antara ahli kumpulan, namun hasil yang diperoleh adalah lebih
memberansangkan dan berkekalan. Di samping itu, pembelajaran koperatif dapat
memperluas topic perbincangan dan meransang semangat inkuiri murid untuk melakukan
penerokaan atasisi pelajaran yang dikaji jika dibandingkan dengan proses pembelajaran dan
pengajaran yang berbanding konvensional, guru perlu menyampaikan isi pelajaran satu per
satu.
Kumpulan koperatif Kumpulan Klasik
Saling bergantung dengan positif Tiada bekerjasama
Akauntabiiti individu Tiada akauntabiliti individu
Ahli yang heterogeneous Ahli yang homogeneous
Berkongsi kepimpinan Satu ketua
Bertanggungjawab antara satu sama lain Pentingkan kejayaan diri sendiri
Tumpuan tugasan dan cara perlaksanaan Hanya bertumpu pada tugasan
Diberi pendedahan tentang kemahiran Sosial
Berpusatkan diri
Guru memerhati dan melibatkan diri dalam perbincangan
Guru mengabaikan kumpulan
Perbincangan kumpulan berlaku Perbincangan kumpulan tidak berlaku
Bantuan rakan sebaya yang berterusan Bersaing antara satu sama lain
24
Pembentukan pasukan koperatif yang heterogeneous dari segi pencapaian
akademik, etnik, kaum, jantina, dan kategori kecacatan memainkan peranan yang penting
dalam proses perlaksanaan pembelajaran koperatif. Menurut Dansereau(1985), tutorial
berpasangan -Peers tutoring lebih berkesan daripada belajar sendiri. Dalam konteks
pembelajaran koperatif di SMPK, murid yang berprestasi lemah dalam mata pelajaran
Bahasa Inggeris boleh mendapat bantuan tutorial daripada rakan sekumpulan yang
berprestasi tinggi.Manakala, murid yang berprestasi tinggi dapat berfikir dengan kritis agar
boleh membimbing rakan sekumpulan untuk mecapai objektif yang disasarkan.
Namun demikian, sekiranya pembentukan kumpulan yang disifatkan sebagai
kumpulan tradisional, maka strategi tersebut akan membuahkan hasil pembelajaran
koperatif yang kurang berjaya. Kombinasi kumpulan yang homogenous dari segi tahap
pencapaian dan faktor demografi tidak memanfaatkan pembelajaran dan pengajaran
koperatif.Malahan, mendalamkan lagi jurang intelek di antara murid yang prestasi tinggi
dengan murid yang berprestasi rendah.Di samping itu, motivasi dan semangat inkuiri murid
turut berkurangan rentetan daripada rakan sepasukan yang berorientasikan kejayaan
individu dan bertindak menguasai/memonopoli tugasan yang diberikan.
25
B. Kesukaran Perlaksanaan Pembelajaran Koperatif di Kelas Terpilih.
(i) faktor persekitaran
Oleh sebab ruangan bilik darjah yang asal adalah sempit, dan tidak dapat menampung
bilangan murid yang besar, maka saya membuat keputusan untuk menjalankan
pembelajaran koperatif di ruangan yang lebih luas yakni di bilik Media dengan bantuan
seorang pembantu pengurusan murid (PPM). Kekangan yang dihadapi semasa penyediaan
bilik media untuk pembelajaran koperatif termasuklah mobiliti murid yang agak ‘kekok’
memandangkan mereka kurang ‘biasa’ dengan persekitaran yang baru. Di samping itu,
murid-murid perlu mengalihkan semua bahan bacaan yang berkaitan dengan topik
perbincangan dan alat bantuan khas seperti mesin braille, kanta pembesar Closed Circuit
Television( CCTV) ke bilik media. Proses pemindahan alatan khas dan bahan bacaan agak
memenatkan murid-murid sebelum memulakan pembelajaran koperatif. Saya pernah
terfikir untuk meminta murid untuk memindahkan alatan khas dan bahan bacaan sehari
sebelum aktiviti pembelajaran koperatif bermula, namun murid-murid menyatakan bahawa
mereka memerlukan alatan tersebut untuk ulangkaji semasa waktu ‘prep’ dan semasa
waktu pembelajaran dan pengajaran dijalankan.
(ii) Tahap Pencapaian Murid yang Kepelbagaian
Mengikut pengurusan bilik darjah murid yang asal, murid-murid SMPK dibahagikan dalam
kumpulan konvensional. Yakni, murid-murid yang memperoleh pencapaian yang
homogenous akan dikelompokkan dalam satu kelas. Untuk mendapat kumpulan koperatif
yang ideal, maka guru perlu memecahkan kumpulan asal dan membentuk kumpulan baru
yang heterogeneous dari pelbagai aspek. Berdasarkan laporan perubatan murid, turut
didapati bahawa terdapat beberapa orang murid bermasalah penglihatan juga mempunyai
kecacatan yang lain seperti terencat akal yang ringan, cacat anggota, dan masalah disleksia.
Kepelbagaian keupayaan murid merupakan antara kekangan yang dihadapi semasa proses
pemilihan ahli kumpulan untuk pembelajaran koperatif.
(iii) Tekanan Kurikulum
Tekanan kurikulum merupakan dilemma kepada semua guru yang mengajar di
sekolah.Sistem penilaian tahap pendidikan Menengah Atas yang masih berorientasikan
peperiksaan, mewajibkan guru untuk menghabiskan sukatan dalam tempoh masa yang
ditetapkan.Justeru, guru memilih untuk menyampaikan isi pelajaran satu per satu daripada
memberi kepercayaan kepada murid untuk meneroka isi pelajaran tersebut.Menurut
Wynesboro (1995), ada di kalangan guru khuatir sama ada pembelajaran koperatif dapat
mencakupi semua isi pelajaran yang terkandung dalam kurikulum. Semasa melaksanakan
tugasan 1 di sekolah ini, saya juga mengalami tekanan yang sama seperti rakan-rakan yang
lain. Saya ditanya oleh guru “Lama sangat ke?Saya perlu kejar syllabus ni!” rentetan saya
26
terpaksa mengambil waktu pembelajaran dan pengajaran rakan setugas saya bagi
menggabungkan murid-murid Tingkatan 5 bagi membentuk kumpulan heterogeneous.
Memandangkan kejayaan murid adalah diukur melalui berapa ‘A’ yang berjaya diperoleh
dalam peperiksaan dan bukannya jenis kemahiran yang diperolehi selepas suatu sesi
pembelajaran dan pengajaran maka pembelajaran koperatif dari perspektif guru yang
berfikiran konservatif merupakan suatu permainan yang tidak boleh dipandang serius dari
segi penilaiannya. Nyata sekali, kefahaman pembelajaran koperatif di kalangan guru masih
cetek dan perjalanan ke arah pembentukan murid yang mempunyai kemahiran berfikir aras
tinggi (KEBAT) masih jauh ketinggalan.
(iv) Penyelesaian Masalah
Bagi mengatasi masalah bilik darjah yang sempit, maka saya mengambil keputusan untuk
menjalankan aktiviti pembelajaran koperatif di Bilik Media. Ruangan Bilik Media yang luas
dan kondusif dapat melancarkan proses pembelajaran koperatif yang dirancang. Meskipun,
murid perlu memindahkan peralatan khas dari bilik darjah mereka, namun secara tidak
langsung proses tersebut telah mengeratkan hubungan antara rakan sekumpulan kerana
murid menyedari tentang keperluan dan kehendak rakan sepasukan mereka. Saya
bekerjasama dengan Pembantu Pengurusan Murid (PPM) untuk menyusun meja dalam Bilik
Media, agar murid boleh duduk dalam kumpulan sebaik sahaja tiba di Bilik Media.
Dari segi kepelbagaian keupayaan murid, saya mengambil inisiatif untuk membentuk
kumpulan yang terdiri daripada seorang murid berprestasi tinggi, dua orang murid
berprestasi sederhana, dan 1 orang murid berprestasi rendah. Kemudian, saya akan
mengagihkan murid mengikut keperluan khas (sama ada murid menggunakan braille atau
tulisan bercetak), dan seterusnya mengagihkan mereka mengikut jantina dan akhir sekali
mengikut kaum. Hasil daripada proses pengagihan ahli kumpulan, saya berjaya membentuk
pasukan yang ideal, yakni kombinasi 4 orang dalam satu kumpulan - dua orang lelaki dan
dua orang perempuan. Pada masa yang sama, dua orang murid B1 dan dua orang murid B2
dalam suatu kumpulan. Setiap kumpulan mempunyai seorang murid berbangsa Cina. Dalam
perlaksanaan model STAD, saya berjaya membentuk 6 kumpulan ideal berdasarkan
spesifikasi yang ditetapkan. Saya amat bersyukur kerana rakan-rakan kumpulan koperatif
dapat menunjukkan sikap empati atas keperluan dan kekurangan yang dihadapi oleh rakan
sekumpulannya.
Bagi mengatasi tekanan kurikulum yang dihadapi, maka saya mengambil keputusan
untuk melaksanakan pembelajaran koperatif di luar waktu persekolahan iaitu pada waktu
‘prep’. Oleh sebab murid SMPK menetap di asrama maka saya dapat menjalankan
pembelajaran koperatif pada waktu malam tanpa menggangu waktu pembelajaran dan
pengajaran guru-guru yang lain. Kerjasama murid yang jitu, telah menjayakan model STAD
yang diaplikasikan pada hari tersebut.Murid memberi maklum balas dengan aktif selepas
berehat dari sesi persekolahan pada waktu siang.Murid nampak lebih relaks dan seronok
27
apabila menyempurnakan tugasan yang diberikan oleh guru.Saya juga membekalkan
makanan ringan kepada murid-murid sebagai ganjaran atas kehadiran mereka pada sesi
pembelajaran dan pengajaran tersebut.
28
C. Pembentukan Kumpulan Pembelajaran Koperatif
(i) Kriteria Pemilihan Ahli Kumpulan Pembelajaran Koperatif
Seramai 24 orang murid Tingkatan 5 mengambil bahagian dalam kerja kursus ini.Bagi
membentuk kumpulan heterogeneous yang efektif dari segi perlaksaanaan pembelajaran
koperatif, maka kriteria yang perlu diberi pertimbangan serius adalah seperti berikut:
Tahap Pencapaian
Tahap kebolehan dan keupayaan (kategori kecacatan/tahap penglihatan)
Jenis peralatan khas yang diperlukan
Sikap/Motivasi semasa melakukan kerja
Personaliti
Jantina
Kaum
Semasa membentuk kumpulan heterogeneous yang terdiri daripada 4 orang ahli
kumpulan, satu lagi pertimbangan yang perlu diberi perhatian adalah pembentukan ahli
kumpulan haruslah dalam nombor genap agar murid boleh bekerja secara berpasangan
dalam kumpulan masing-masing.
Cara Pemilihan Ahli Kumpulan Koperatif
Bagi mewujudkan kumpulan koperatif yang heterogenous dari aspek akademik, demografi,
dan keperluan khas, maka guru perlu memperoleh senarai nama murid bersertakan markah
peperiksaan yang lepas. Kemudian membahagikan murid- murid ke dalam Tiga kumpulan
utama, yakni Kumpulan Pencapaian Tinggi, Kumpulan Pencapaian Sederhana, dan Kumpulan
Pencapaian rendah.
Langkah berikutnya, guru mengambil kira tahap kebolehan dan keupayaan murid
berdasarkan kategori kecacatan yang dialami oleh murid-murid bermasalah penglihatan.
Langkah ini adalah penting bagi memastikan kombinasi ahli kumpulan adalah terdiri
daripada murid B1(Buta) dan murid B2 (Penglihatan terhad) secara sama rata, agar murid B2
saling bekerjasama dengan murid B1 semasa membaca teks atau rujukan sighted yang
diagihkan oleh guru. Di samping itu, peralatan khas yang digunakan oleh murid semasa
membaca dan menulis turut mempengaruhi keputusan guru dalam proses memilih dan
membentuk kumpulan heterogeneous.
Setelah mengenal pasti jenis keperluan khas bagi murid-murid bermasalah
penglihatan, maka pertimbangan seterusnya adalah sikap atau motivasi murid semasa
melakukan tugasan. Guru akan mengagihkan murid yang berkepimpinan secara sama rata
ke dalam setiap kumpulan dengan harapan murid-murid berkepimpinan tersebut dapat
membimbing rakan sepasukan untuk mencapai objektif yang disasarkan. Dalam proses ini,
personaliti murid turut menjadi faktor penentu yang mempengaruhi proses pemilihan ahli
kumpulan.
29
Faktor jantina dan kaum merupakan faktor penentu yang melengkapkan proses
pemilihan ahli kumpulan pembelajaran koperatif yang heterogenous. Dalam proses ini, guru
akan memastikan setiap ahli kumpulan dibahagi secara seimbang dari aspek jantina dan
kaum. Usaha ini adalah penting bagi memupuk perpaduan dan keharmonian semasa
melakukan tugasan sesama ahli kumpulan. Nescaya, proses pemilihan ahli kumpulan yang
berbeza dari segi jantina dan kaum bertujuan untuk memupuk semangat kerjasama antara
ahli kumpulan, di samping mendidik murid agar menghargai kepelbagaian keupayaan dan
kebudayaan yang wujud di antara satu sama lain.
Setelah memenuhi syarat-syarat pemilihan ahli kumpulan pembelajaran koperatif,
maka 6 kumpulan pembelajaran koperatif terbentuk di SMPK Setapak. Menurut Slavin
(1995), kombinasi ahli kumpulan yang dibentuk oleh guru berkemungkinan besar tidak
pernah wujud di antara murid-murid. Maka, aktiviti pengukuhan ahli kumpulan – Team
Building, perlu dilakukan bagi mengukuhkan persefahaman, dan hubungan di antara ahli
kumpulan,
Antara aktiviti ‘ice-breaking’ yang boleh dilakukan bagi mengeratkan hubungan di
antara ahli kumpulan baru termasuklah:
a. Membina Maskot atau Tema bagi kumpulan masing-masing
b. Temu ramah sesama ahli kumpulan
c. Forward Snowball (Kearney, 1993)
d. Reverse Snowball (Kearney, 1993)
e. Pembentukan Pasukan melalui permainan
Guru perlu mewujudkan suasana pembelajaran koperatif yang bersesuaian dengan
aktiviti kumpulan. Murid haruslah duduk bersama-sama ahli kumpulan bagi memudahkan
proses perbincangan. Di samping itu, ruangan di antara meja-meja perlu diwujudkan bagi
memudahkan proses pemantauan guru semasa proses pembelajaran koperatif berlangsung.
(ii) Apakah gabungan murid yang berjaya?
Gabungan murid yang berjaya adalah kombinasi ahli kumpulan yang heterogeneous dari
aspek akademik, faktor jantina dan kaum, tahap kecacatan dan jenis peralatan khas yang
digunakan serta personaliti ahli kumpulan.Nescaya, kombinasi murid yang efektif dapat
meransang minda murid untuk berusaha gigih ke arah objektif yang disasarkan.Di samping
itu, gabungan murid yang berjaya dapat menyediakan suasana pembelajaran koperatif yang
kondusif dan murid berasa seronok untuk berkongsi idea, bertanya soalan, dan mengambil
risiko melalui perbincangan sesama ahli kumpulan.Dalam konteks ini, murid yang
berprestasi tinggi akan berfikiran lebih mendalam agar dapat membimbing rakan yang
lemah untuk menguasai suatu objektif pembelajaran dan pengajaran. Manakala, bagi murid
yang lemah pula, hasil pembelajaran adalah lebih terarah kerana mendapat bimbingan
daripada rakan sebaya.
30
Menurut Slavin (1995), kombinasi ahli kumpulan yang ideal dapat memenuhi norma-
norma seperti berikut:
a) “saya mendengar apabila rakan saya bercakap”
b) “saya menggalakkan penglibatan ahli kumpulan saya”
c) “saya membimbing rakan sekumpulan saya dan bukannya memberi jawapan kepada
mereka”
d) “saya meminta pertolongan apabila perlu”
e) “saya mengkritik idea dan bukan pencadangnya”
f) “saya menyedari kejayaan sejagat dan kerjasama antara ahli kumpulan”
g) “saya menilai dan menghormati rakan saya sebagai individu dan rakan sepasukan
tanpa mengambil kira kaum, jantina, pencapaian akademik dan jenis kurang upaya
yang dihadapi oleh rakan saya”
h) “saya menghormati ketepatan masa semasa melakukan tugasan”
Dalam konteks pembelajaran koperatif di SMPK, murid diagihkan secara ideal dengan
mengambil kira kriteria pemilihan kumpulan heterogeneous seperti yang dicadangkan oleh
Slavin (1995).Nyata sekali, selepas dua minggu sesi pembelajaran koperatif berlangsung,
murid masih mengingati isi pelajaran yang dipelajari.Kesignifikan dan keberkesanan
pembelajaran koperatif adalah terbukti.
Senarai Kumpulan Heterogenous
Pembelajaran Koperatif untuk model pembelajaran dan pengajaran STAD
Kumpulan 1:
Bil Nama Murid Jantina Kategori Kecacatan
Bahan Bacaan Prestasi Sedia Ada
1. Azree Feekeree L B1 Braille Tinggi
2. Ain Izzati P B1 Braille Sederhana Rendah
3. Hidayat L B2 Teks Sederhana Tinggi
4. Shamira P B2 Teks Lemah
Kumpulan 2:
Bil Nama Murid Jantina Kategori Kecacatan
Bahan Bacaan Pencapaian Sedia Ada
1. Tan Mike Fong L B1 Braille Tinggi
2. Susana samad P B2 Teks Sederhana Tinggi
3. Fikri Sulaiman L B2 Teks Sederhana Rendah
4. Maisarah P B2 Teks Lemah
31
Kumpulan 3:
Bil Nama Murid Jantina Kategori
Kecacatan Alatan khas pembacaan
Pencapaian Sedia Ada
1. Siti Suhailah P B2 CCTV Tinggi
2. Imran L B2 Teks Sederhana Tinggi
3. Aiman L B1 Braille Sederhana lemah
4. Harnom P B1 Braille Lemah
Kumpulan 4:
Bil Nama Murid Jantina Kategori
Kecacatan Alatan khas pembacaan
Pencapaian Sedia Ada
1. Ng Gim Shen L B1 Braille Tinggi
2. Hanif L B2 CCTV Sederhana Tinggi
3. Ainur P B2 Teks Sederhana Rendah
4. Siti Madihar P B1 Braille Lemah
Kumpulan 5:
Bil Nama Murid Jantina Kategori Kecacatan
Alatan khas pembacaan
Pencapaian Sedia Ada
1. Hidayah P B2 Teks Tinggi
2. Hafiz L B2 Teks Sederhana Tinggi
3 Seri Izdihar P B1 Braille Sederhana Rendah
4 Yin Mhern Hong L B1 Braille Lemah
Kumpulan 6:
Bil Nama Murid Jantina Kategori
Kecacatan Alatan khas pembacaan
Pencapaian Sedia Ada
1. Fazdreen P B2 Teks Tinggi
2. Ain Najihah P B2 Braille Sederhana Tinggi
3. Fadzli L B1 Teks Sederhana Rendah
4. Azwan L B1 Braille Lemah
32
(iii) Apakah gabungan pelajar yang tidak berjaya?
Kumpulan homogeneous dari aspek akademik, dan semangat kepimpinan
merupakan kombinasi murid yang kurang efektif. Saya cuba melaksanakan pembelajaran
koperatif berdasarkan kriteria tersebut, akibatnya murid mengalami kesukaran untuk
menguasai isi pelajaran yang disampaikan melalui model STAD.
Secara terperinci, murid diagihkan secara heterogeneous mengikut jantina dan
kaum, aspek kategori kecacatan turut dipelbagaikan semasa mengagihkan murid ke dalam
kumpulan pembelajaran koperatif.Namun, satu-satunya homogeniti yang wujud semasa
pembahagian ahli kumpulan adalah tahap pencapaian akademik sesama ahli
kumpulan.Murid dikelompokkan mengikut kumpulan yang diklasifikasikan sebagai
kumpulan klasik yakni murid berprestasi tinggi dikelompokkan dalam satu kumpulan, murid
berprestasi sederhana dalam dua kumpulan dan murid berprestasi rendah dalam satu
kumpulan.Kesan daripada penyusunan kumpulan konvensional ini, kumpulan yang
berprestasi rendah khususnya mengalami kesukaran untuk melaksanakan tugasan yang
diberikan kerana tidak mempunyai rakan yang boleh memimpin mereka ke arah
kejayaan.Murid daripada kumpulan prestasi rendah tidak berupaya untuk memahami
arahan tugasan serta tidak bermotivasi untuk melaksanakan tugasan tersebut.Perkara yang
paling ketara adalah penglibatan murid dalam perbincangan adalah kurang.
Perkara yang sama turut berlaku dalam kumpulan berprestasi tinggi, dan kumpulan
sederhana. Murid yang dikelompokkan secara homogeneous mengikut pencapaian prestasi
kurangmeransang minda murid untuk menerokai suatu isi pelajaran secara
mendalam.Dengan erti kata lain, murid tidak menjadi lebih pandai, malahan mengurangkan
motivasi murid untuk menyempurnakan tugasan yang diberikan. Berdasarkan pemerhatian
saya, didapati bahawa dalam keadaan gabungan murid yang homogenous dari segi
pencapaian akademik, murid yang memahami kehendak soalan akan mendominasi tugasan
tersebut tanpa melakukan perbincangan sesama rakan sepasukan. Pada masa yang sama,
murid-murid yang lain ‘menumpang’ kejayaan rakan mereka tanpa sebarang inisiatif untuk
menyumbangkan idea mereka dan sekali gus mengabaikan tanggungjawab mereka sebagai
rakan sepasukan.
Situasi tersebut berlaku apabila guru-guru SMPKyang ditemuramah bersetuju untuk
mengelompokkan murid mengikut persamaan tahap akademik bagi memudahkan
penyediaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) untuk murid-murid bermasalah penglihatan.Di
samping itu, berdasarkan ulasan seorang guru Matematik, pengelompokkan kumpulan
homogenous membolehkan beliau menyesuaikan isi pelajaran mengikut kebolehan dan
keupayaan murid. Dalam konteks pembelajaran dan pengajaran yang berpusatkan guru,
kesamarataan dari segi pencapaian akademik di kalangan murid
berkemungkinanmemanfaatkan guru untuk melakukan aktiviti pengukuhan dan pemulihan.
Namun demikian, hasil pembelajaran yang diwujudkan dalam persekitaran pembelajaran
tersebut nyata sekali tidak meransang kemahiran berfikir aras tinggi dan seterusnya
menyebabkan murid yang lemah akan terus ketinggalan dalam bidang akademik.
33
(iv) Apakah kumpulan saiz yang optimum?
Menurut Jacobs, Power, dan W.I Loh (2002), saiz kumpulan yang optimum adalah 4 orang,
memandangkan kebanyakan teknik pembelajaran koperatif mempraktikkan kriteria - 4
orang dalam suatu kumpulan. Saiz kumpulan terbentuk daripada 4 orang ahli kumpulan
membolehkan murid menyempurnakan tugasan kecil secara berpasangan dengan ahli
sepasukan. Kriteria 4 orang dalam suatu pasukan turut memberi faedah yang optimum dari
aspek pengurusan dan menggalakkan proses pembelajaran dan pengajaran. Antara faedah-
faedah 4 orang dalam suatu kumpulan termasuklah:
Ahli kumpulan koperatif yang melebihi 4 orang dalam suatu kumpulan adalah sukar
dikawal.
Empat orang dalam suatu kumpulan membolehkan ahli kumpulan dibahagikan
secara genap. Murid bekerjasama secara berpasangan di samping menggalakkan
interaksi antara rakan sepasukan secara optimum malahan dapat balik ke kumpulan
asal (4 orang) dengan kadar yang segera.
Lebih besar suatu kumpulan, maka kecenderungan murid untuk mengabaikan
tanggungjawab adalah lebih tinggi
Pasangan memotivasikan murid untuk melakukan perbincangan bersama untuk
menyelesaikan suatu masalah, ia adalah lebih berkesan daripada
melaporkan/membentangkan secara individu
Kerja berpasangan meransang minda dan melancarkan proses penyelesaian
masalah.
Terdapat juga pertikaian yang menyatakan bahawa, 6 orang merupakan saiz yang
optimum. Menurut Jacob (2002), ia adalah bersangkut paut dengan peralatan dan
kemudahan yang digunakan semasa pembelajaran koperatif. Sebagai misalannya, terdapat
6 mesin braille yang diperuntukkan dalam suatu program.Daripada 30 orang murid yang
mengambil bahagian dalam aktiviti tersebut, seramai 5 orang memerlukan mesin braille
untuk mencatatkan nota. Maka, untuk mendapatkan saiz kumpulan yang ideal dan
optimum, maka setiap kumpulan akan diagihkan satu mesin braille secara sama rata
dengan syarat 6 orang dalam 1 kumpulan.
Antara kekurangan kombinasi kumpulan yang besar yakni 6 orang adalah seperti
berikut:
Kecenderungan murid untuk ponteng/mengabaikan kerja adalah lebih tinggi
Murid kurang mahir untuk mengendalikan kumpulan yang besar
Murid akan membentuk kumpulan yang kecil sesama rakan sepasukan
(berkemungkinan akan menyebabkan murid melencong daripada objektif yang asal.)
Dalam konteks pembelajaran STAD di SMPK, saya mengambil keputusan untuk
mengagihkan murid secara optimum, yakni 4 orang dalam satu kumpulan.Keputusan
tersebut diambil selepas mengambil kira kriteria-kriteria pemilihan ahli kumpulan
sertakuantiti kemudahan mesin braille dan peralatan khas yang terdapat di
34
SMPK.Berdasarkan keperluan khas tersebut, maka saya telah mengagihkan 2 orang murid
B1 dan 2 orang murid B2 dalam satu kumpulan.Saya berpendapat bahawa, pengagihan
tersebut adalah yang paling ideal kerana kombinasi kumpulan yang melebihi 4 orang akan
menjejaskan kelancaran proses pembelajaran dan pengajaran koperatif. Sementelahan,
pengagihan tersebut dapat mengekalkan peluang sama rata antara murid-murid semasa
perlaksanaan model STAD.
(v) Apakah campuran kebolehan yang berjaya?
Dalam perlaksanaan pembelajaran koperatif, peluang yang sama rata untuk mencapai
objektif pembelajaran dan pengajaran merupakan prinsip utama model STAD. Ini bermakna,
murid hendaklah memastikan rakan sepasukan bersama-sama mengecapi suatu matlamat,
tanpa dipengaruhi oleh prestasi akademik yang lepas, dan kepelbagaian keupayaan individu
(Miller & Harrington, 1990.Campuran kebolehan yang berjaya dapat mewujudkan hubungan
saling bergantung yang positif di antara ahli kumpulan dan mengalakkan pembelajaran di
kalangan murid (Sharan (1990), Slavin (1990).
Semasa perlaksanaan model STAD di SMPK, saya menugaskan murid-murid
berdasarkan kemahiran dan kebolehan yang ditunjukkan oleh murid dalam sesi
pembelajaran dan pengajaran yang lepas.Menurut Shachar (2003), campuran kebolehan
yang berjaya harus merangkumi 3 kebolehan yang berbeza dalam suatu kumpulan, yakni
murid yang mempunyai tahap pretasi tinggi, murid berprestasi sederhana dan murid
berprestasi rendah/lemah. Justeru, saya mengambil inisiatif dengan mengagihkan seorang
murid prestasi tinggi, 2 orang murid prestasi sederhana, dan 1 orang murid prestasi rendah
dalam suatu kumpulan.Saya berpendapat bahawa, penyusunan tersebut bertujuan untuk
meransang murid prestasi tinggi untuk berfikir lebih mendalam bagi membimbing murid
yang lemah. Murid yang sederhana tinggi dan sederhana rendah saling berganding bahu
untuk menyelesaikan masalah bersama-sama dengan rakan sepasukan yang lain. Manakala,
murid yang lemah pula, senantiasa mendapat bimbingan dan pemulihan daripada rakan
sebaya.Menurut Dansereau(1985), tutorial berpasangan -Peers tutoring adalah lebih
berkesan berbanding dengan pendekatan belajar sendiri.
Dalam konteks pembelajaran dan pengajaran di Sekolah Menengah Pendidikan Khas
(Cacat Penglihatan), Kuala Lumpur, ciri-ciri kepelbagaian kategori kecacatan dan keperluan
peralatan khas turut diambil kira bagi menghasilkan campuran kebolehan yang berjaya.
Dengan erti kata lain, murid B1 dan B2 adalah saling melengkapi antara satu sama lain.
Menurut Vygotsky(1978), keupayaan individu terserlah dalam proses penyelesaian masalah
apabila berganding bahu dan berkolaborasi dengan rakan sebaya ataupun dengan
bimbingan (scaffolding) orang dewasa. Sebagai misalannya murid B1 yang mempunyai
tahap kecerdasan Tinggi memerlukan murid B2 untuk membaca teks berbentuk sighted,
manakala murid B2 memerlukan murid B1 untuk menerang dan memahami suatu isi
pelajaran yang dipelajari.
35
Justeru, campuran kebolehan yang berjaya harus merangkumi ciri-ciri berikut:
Mengalakkan interaksi prositif
Memupuk sikap saling bergantung yang efektif
Memotivasikan murid yang lemah dalam akademik , murid lemah lebih bermotivasi
untuk melakukan suatu tugasan
Tidak menjejaskan pencapaian murid yang berprestasi tinggi, malahan memupuk
kemahiran interpersonal dan menerima kepelbagaian potensi individu
Murid yang mempunyai kelainan upaya (OKU) lebih mudah diterima oleh rakan
sebaya
Meningkatkan kemahiran sosial (kepimpinan dan komunikasi)
Memupuk sikap tangguang jawab bersama
Menurut Lou et.al (1996), didapati bahawa murid yang lemah dari segi pencapaian
akademik memperoleh kejayaan yang lebih signifikan apabila diberi peluang untuk bergaul
dengan rakan-rakan yang heterogeneous dari segi tahap kecerdasan semasa perksanaan
pembelajaran koperatif.Menurut Webb et.al (1998) pengagihan kumpulan yang
heterogeneous dari segi tahap kecerdasan atau tahap pencapaian akademik memberi impak
yang memberansangkan kepada murid-murid.Didapati bahawa, kumpulan yang mempunyai
campuran kebolehan yang heterogeneous memperoleh kejayaan yang lebih baik
berbanding dengan penugasan kumpulan yang homogeneous dari segi kebolehan akademik
(Webb et.al (1998).
(vi) Pandangan tentang gabungan budaya dan jantina dalam kumpulan
Menurut Cohen & Lotan, 1997; Sharan 1994 dan Slavin,1990, pembelajaran koperatif
merupakan pendekatan pengajaran yang mengambil kira aspek kepelbagaian keperluan
dalam bidangakademik, linguistik, sosiobudaya, dan faktor demografi. Ramai pakar
pembelajaran koperatif (Webb, 1984; Gillies & Asman (1995); Johnson & Johnson, 2000;
Slavin & Copper, 1999) menyatakan bahawa murid-murid perlu diagihkan mengikut
kumpulan heterogeneous kerana ia merupakan mod utama yang amat diperlukan dalam
kebanyakan teknik pembelajaran koperatif. Kriteria pembinaan kumpulan heterogeneous
merangkumiperbezaan dari segi jantina, kumpulan etnik, tahap motivasi, kewarganegaraan,
dan pencapaian lampau (Jacob, S.l. Lee, Ball (1998).Dalam penulisan ini, kami akan
membincangkan lebih lanjut tentang gabungan budaya dan jantina dalam proses
pembinaan kumpulan.
Kebudayaan merupakan segala yang dipelajari dan diulangi dalam sesebuah
masyarakat iaitu warisan sosial ahli-ahli masyarakat (Ralp Linton, 1945).Ahli linguistik
Antropologi berpendapat bahawa Bahasa dan Kebudayaan sebagai keseluruhan yang
bersifat Monolitik(satu) (Fishman, 1968).Menurut Klingner et.al.(1998), murid yang
dikelompokkan dalam kumpulan heterogeneous yang mengambil kira faktor kebudayaan
boleh memperoleh keputusan yang lebih baik sekiranya guru menggalakkan murid untuk
36
menggunakan interaksi rakan sebaya yang berkualiti. Dengan itu, sifat akomodasi serta
kesanggupan menerimaetnik lain yang berbeza cara hidup, kepercayaan, adat-resam dan
agama adalah penting sebagai pembuka jalan kepada kerjasama dan kesepakatan demi
melanjutkan hubungan etnik yang harmoni.
Dalam konteks perlaksanaan pembelajaran koperatif di kalangan masyarakat
majmuk di Malaysia, setiap etnik perlu diberi peluang untuk mengambil bahagian dalam
aktiviti pembelajaran dan pengajaran agar rakyat Malaysia boleh memperoleh kejayaan
sejagat dan mencapai matlamat yang disasarkan. Interaksi sosial berlaku semasa setiap
individu bekerjasama dalam menyempurnakan tugasan yang diberikan, pada masa yang
sama kemahiran interpersonal dan tahap kognitif murid turut berkembang (Sharan (1990;
Slavin&Copper, 1999). Menurut Terwel (2003), murid memperoleh pencapaian yang lebih
baik dalam pembelajaran koperatif apabila mereka diberi pendedahan tentang kepelbagaian
budaya dan diajar cara untuk bersosialisasi dengan rakan sebaya yang mempunyai latar
belakang yang dinamik. Kajian meta-analisis yang melibatkan 98 buah kajian (Johnson et.al.
1983) berhubung dengan kesan pembelajaran koperatif turut memperakui berlakunya
peningkatan kemahiran sosialapabila murid ditugaskan dalam kumpulan yang mengambil
kira faktor multi budaya.
Peranan guru dalam konteks pembelajaran koperatif selain bertanggungjawab untuk
memastikan murid berada di landasan ilmu yang betul, mereka juga berperanan untuk
mengagihkan murid mengikut spesifikasi kepelbagaian etnik/kaum, serta menyediakan
persekitaran pembelajaran yang menggalakkan semangat perpaduan di kalangan murid.Dari
segi perlaksanaan pembelajaran koperatif di SMPK, populasi murid Tingkatan 5 adalah
terdiri daripada 21 orang murid berbangsa Melayu dan 3 orang murid berbangsa Cina.
Maka, murid berbangsa Cina akan diagihkan secara sama rata ke setiap kumpulan bagi
mewujudkan keharmonian dan kesejahteraan semasa aktiviti dijalankan. Pendek kata,
gabungan budaya dalam kumpulan merupakan kriteria yang perlu dititikberatkan semasa
proses pembentukan kumpulan untuk pembelajaran koperatif.
Sementelahan, faktor jantina juga merupakan salah satu kriteria yang perlu diberi
perhatian serius semasa proses penugasan ahli kumpulan untuk pembelajaran koperatif.
Dalam kajian yang dilakukan oleh Webb (1984), pengagihan ahli kumpulan yang seimbang
dari aspek jantina akan menghasilkan tahap pencapaian yang setara antara ahli kumpulan.
Namun, kenyataan tersebut dipertikaikan oleh Gillies & Ashman (1995). Pengkaji
menyatakan bahawa perbezaan keupayaan dan jantina dalam proses komposisi kumpulan
koperatif hanya meninggalkan implikasi yang minimal pada pencapaian murid. Gillies &
Ashman (1995) menjelaskan bahawa, apabila murid berkumpul dalam kumpulan koperatif
yang distrukturkan oleh guru, mereka akan memberi tumpuan yang lebih dalam menjayakan
tugasan tersebut dan bukannya berfokuskan ciri-ciri pembentukan kumpulan yakni
komposisi jantina.
Dari perspektif sosiologi, sekolah terbentuk daripada sistem sosial yang kompleks
dan dinamik.Ia juga berfungsi sebagai agen perubahan sosial yang membawa revolusi dalam
37
pemikiran masyarakat (Jensen, 1954; Horton & Hunt, 1984). Untuk menyediakan murid yang
berdaya saing di persada dunia, maka komposisi kumpulan koperatif yang bersifat co-ed
perlu dilaksanakan.Nescaya, selepas tamat persekolahan, murid perlu berkomproni dengan
pelbagai keperluan dan kedinamikan masyarakat.Gabungan jantina dalam kumpulan
membolehkan murid menyesuaikan diri apabila bekerjasama dengan ahli kumpulan yang
berlainan jantina. Pada masa yang sama, murid belajar menghormati keperluan dan
sensitiviti rakan sekumpulan. Selain itu, gabungan jantina dalam suatu kumpulan
membolehkan murid untuk menerokai kelainan personaliti dan perwatakan rakan sebaya
yang berlawanan seks.Pendekatan tersebut turut melatih murid untuk mengadaptasikan diri
dalam memberi arahan dan mempraktikkan kepimpinan mereka dalam persekitaran
uniseks.Menjurus kepada kepentingan gabungan jantina dalam proses pembentukan
kumpulan koperatif- STAD, maka murid-murid SMPK diagihkan secara sama rata mengikut
jantina yakni dua orang lelaki dan dua orang perempuan dalam satu kumpulan agar murid
mendapat manfaat daripada penyusunan tersebut.
Natijahnya, gabungan budaya dan jantina merupakan komponen yang amat penting
dalam proses pembentukan kumpulan pembelajaran koperatif. Komposisi ahli kumpulan
koperatif adalah berbeza mengikut model dan teknik pembelajaran koperatif yang
dipilih.Nescaya, kesedaran, kefahaman, akomodasi dantoleransi antara ahli kumpulan amat
penting bagi memastikan kumpulan koperatif yang dibentuk bekerjsamamerealisasikan
matlamat yang ditetapkan.
vii) Cara-cara mengatasi situasi sekiranya murid kurang berminat untuk melibatkan diri dan
seterusnya menyumbangkan idea-idea semasa kerja kumpulan dijalankan
Guru seharusnya menyedari bahawa bukan semua ahli kumpulan pembelajaran koperatif
mempunyai kekuatan dari segi pencapaian akademik dan penilaian. Lantaran, pembentukan
kumpulan harus mengambil kira aspek kebergantungan yang positif, akauntanbiliti individu,
interaksi yang promotif, kemahiran sosial dan penetapan matlamat yang realistik. Sekiranya
berlaku situasi apabila murid berkelakuan pasif semasa aktiviti dijalankan, maka guru perlu
mengambil tindakan drastik bagi memotivasikan murid tersebutsama ada dari sudut
motivasi intrinsik mahupun motivasi ekstrinsik.
Dalam konteks menangani murid yang kurang berminat dalam aktiviti pembelajaran
koperatif, maka guru perlu menyatakan objektif pembelajaran dan pengajaran dengan jelas
dan formal.Ini adalah penting agar murid menyedari tanggungjawab dan peranan mereka
dalam mereaslisasikan matlamat tersebut. Guru boleh mempromosikan kekuatan yang
dimiliki oleh setiap ahli kumpulan, dan menugaskan peranan dan tanggunggjawab yang
rasional kepada setiap ahli kumpulan agar murid menyedari nilai saling bergantung yang
positif di antara satu sama lain. Sebagai permulaan, guru boleh menjalankan aktiviti ‘Ice
Breaking’ bagi merapatkan hubungan silaturahim antara murid. Pada masa yang sama, guru
harus menegaskan bahawa dalam perlaksanaan model pembelajaran STAD, kejayaan ahli-
38
ahli kumpulan akan menjurus kepada kejayaan kumpulan dan menerangkan peranan ‘skor
kemajuan individu’.
Menurut Cohen (1998), peranan guru dalam menggalakkan penglibatan murid yang
pasif termasuklah:
Memastikan penilaian yang dijalankan adalah berbentuk umum.
Skema permarkahan dan objektif pembelajaran haruslah bersifat realistik dan
spesifik- menjurus kepada kepelbagaian kecerdasan dan kemahiran yang dimiliki
oleh setiap individu
Kemahiran dan aktiviti intelektual haruslah mengambil kira tahap pencapaian murid
Nescaya, murid yang berinteraksi dan bekerjasama dalam menyumbangkan idea
memperoleh lebih banyak input berbanding murid yang bersifat individualistik. Menurut
Cohen, Lotan, Scarloss, dan Arellano (1999), murid memperoleh lebih banyak maklumat
hasil interaksi dengan orang di sekeliling mereka. Interaksi sesama ahli kumpulan
meningkatkan keupayaan murid untuk menguasai konsep yang sukar dalam isi pelajaran
(Damon, 1984; Murray, 1982).Dalam konteks penglibatan murid yang pasif dalam aktiviti
berkumpulan, guru perlu memberi pendedahan kepada murid tentang kemahiran untuk
menyampaikan komunikasi dengan berkesan.Sekiranya murid yang pasif dapat menyatakan
idea mereka dengan berkeyakinan, pasti mereka lebih mudah diterima oleh rakan
sekumpulan dan seterusnya menyumbangkan usaha mereka dalam kerja kumpulan.
Pembelajaran koperatif merupakan salah satu teknik belajar yang boleh meningkatkan
keberkesanan pembelajaran murid-murid yang bersikap pasif.Murid harus menyedari
bahawa, tiada sesiapa boleh menyempurnakan tugasan yang diberikan secara bersendirian
tanpa usahasama ahli-ahli kumpulan yang lain (Cohen, 1998). Menurut Slavin (1997), dalam
perlaksanaan model STAD, kejayaan adalah dinilai berdasarkan sumbangan ahli-ahli
kumpulan dan bukannya sumbangan individu.Dari segi perlaksanaan model STAD di SMPK,
saya mengambil pendekatan untuk memasukkan murid-murid pasif (dikenalpasti melalui
pemerhatian pada waktu pembelajaran dan pengajaran yang lepas) dalam setiap
kumpulan.Kombinasi murid prestasi tinggi, murid prestasi sederhana dan murid prestasi
rendah nyata sekali telah membuahkan hasil pembelajaran yang sungguh efektif.
viii) Kejayaan pembelajaran koperatif sebagai model pembelajaran bagi murid yang
berprestasi rendah/lemah dalam pembelajaran?
Menurut Lou et.al (1996), murid yang lemah dari segi pencapaian akademik memperoleh
kejayaan yang lebih signifikan apabila diberi peluang untuk bergaul dengan rakan-rakan
yang heterogeneous dari segi tahap kecerdasan semasa perlaksanaan pembelajaran
koperatif.Dalam pada itu, Webb et.al (1998) menyatakan bahawa pengagihan kumpulan
yang heterogeneous dari segi tahap kecerdasan atau tahap pencapaian akademik memberi
39
impak yang memberansangkan kepada murid-murid terutamanya murid-murid yang
berprestasi rendah.
Dalam konteks perlaksanaan model STAD di kalangan murid berprestasi rendah
SMPK, saya mendapati bahawa ia merupakan teknik yang sungguh berkesan dan
memberansangkan. Saya mentadbirkan satu sesi pembelajaran dan pengajaran yang
mengambil masa selama 80 minit. Saya membuat persediaan mengajar dan mengikut
prosedur-prosedur yang ditetapkan dalam model STAD. Selepas itu, merakamkan sesi
pembelajaran dan pengajaran tersebut.Berdasarkan pemerhatian saya, maklum balas murid
yang berprestasi rendah sungguh memberansangkan. Saya mendapati bahawa, murid-murid
tersebut sungguh seronok apabila bekerjasama dengan rakan-rakan dari kelas lain. Oleh
sebab murid-murid tersebut menginap di asrama, secara semula jadinya hubungan
persahabatan mereka adalah lebih akrab, meskipun di kalangan murid berprestasi tinggi dan
murid berprestasi sederhana. Saya berasa bersyukur kerana masalah meminggirkan rakan
yang berprestasi rendah ataupun masalah ‘menumpang’ kejayaan kerja pasukan tidak
berlaku di sepanjang proses pembelajaran dan pengajaran.
Semasa proses pembelajaran dan pengajaran berlangsung, murid-murid yang
berprestasi tinggi memberi kerjasama yang jitu dalam membimbing rakan-rakan
sekumpulan yang lain, murid berbincang dan menyelesaikan masalah/isu yang diberikan
dengan relevan. Saya juga mendapati bahawa, murid-murid sering menguji rakan
sekumpulan secara berpasangan dan bertukar jawapan bagi memastikan ahli-ahli kumpulan
menguasai isi pelajaran tersebut.Murid-murid SMPK sungguh rendah diri dan sedia
berbincang dengan rakan-rakan apabila berlaku kekeliruan dalam tugasan yang diberikan.
Oleh sebab pengagihan ahli kumpulan menepati kriteria pembentukan kumpulan
heterogeneous,maka murid-murid memperoleh kejayaan yang optimum pada akhir sesi
pembelajaran dan pengajaran.
Di samping itu, semasa kuiz dijalankan, 96% daripada murid dapat menjawab soalan
kuiz dengan 100% tepat. Ini merupakan kejayaan yang tidak pernah saya alami sepanjang
perlaksanaan teknik pembelajaran dan pengajaran yang lain. Keputusan yang menakjubkan
ini membidas segala kemusykilan saya terhadap perlaksanaan pembelajaran koperatif yang
asalnya saya beranggapan seperti permainan kumpulan yang tidak menjanjikan
kejayaan.Dalam pengajaran mata pelajaran Bahasa Inggeris, metakognisi merupakan antara
indikator yang penting dalam literasi bahasa.Selama ini, saya mempraktikkan teknik hafalan
bagi murid untuk menguasai suatu isi pelajaran. Namun, selepas beberapa minggu,
sekiranya tidak diulangkaji, murid yang lemah khususnya akan lupa segala-galanya tentang
isi pelajaran tersebut. Perlaksanaan model STAD bukan sahaja efisien dari segi masa,
malahan memperkukuh ingatan murid tanpa hafalan.Saya rasa sungguh terpegun kerana
selepas 2 minggu tanpa ulangkaji ataupuan sebarang latihan pengukuhan, murid lemah
masih mengingati kesemua isi pelajaran. Ini merupakan kebanggaan dan kesyukuran saya,
kerana akhirnya, saya dapat mengaplikasikan teknik pembelajaran dan pengajaran yang
paling ideal untuk anak murid saya.
40
ix) Pengalaman pembentukan kumpulan Koperatif
Berdasarkan pengalaman pembentukan kumpulan koperatif di kalangan murid bermasalah
penglihatan SMPK, saya menyedari bahawa, pembentukan kumpulan merupakan suatu ilmu
yang kompleks.Terdapat banyak kriteria yang memerlukan ketelitian dan pertimbangan
wajar guru agar dapat membentuk kumpulan koperatif yang boleh menggalakkan
pembelajaran. Sebagai misalannya, tahap pencapaian murid, sikap dan motivasi semasa
melakukan tugasan, personaliti, jantina dan faktor budaya merupakan elemen-elemen yang
penting dalam proses pembentukan kumpulan heterogeneous. Nescaya, masa dan
pemerhatian sesi pembelajaran dan pengajaran yang lepas, menjadi rujukan utama bagi
guru untuk menyelidik latar belakang murid yang dinamik dan keperluan murid
kepelbagaian.Dari perspektif guru pendidikan khas, satu lagi elemen yang perlu diberi
perhatian serius semasa pembentukan kumpulan koperatif adalah keperluan khas yang
dialami oleh murid-murid kelainan upaya (OKU).Dalam pada itu, jenis kecacatan, tahap
kecacatan dan jenis peralatan khas yang digunakan merupakan kriteria-kriteria yang perlu
diberi perhatian semasa mengagihkan murid dalam kumpulan koperatif.
Di samping itu, saya juga menyedari bahawa komunikasi antara ahli kumpulan juga
memainkan peranan penting dalam proses pembentukan kumpulan. Menurut Lewin (1943),
saling bergantung antara ahli kumpulan merupakan suatu proses yang dinamik dan darjah
toleransi amat bergantung pada saiz, organisasi dan keakraban antara ahli kumpulan.
Komunikasi yang berkesan bukan sahaja merangsang semangat inkuiri murid terhadap suatu
isi pelajaran, malahan turut membimbing murid ke arah kejayaan sejagat.Di samping itu,
komunikasi yang berkesan turut membantu murid untuk menyelesaikan perselisihan faham
sekiranya berlaku konflik di antara ahli kumpulan.
Guru perlu sentiasa mengingatkan murid tentang wawasan dan matlamat yang ingin
dicapai serta sentiasa mengawal selia proses pembelajaran koperatif. Sementelahan,
ganjaran yang rasional berdasarkan kemajuan murid perlu diberikan bagi memotivasikan
murid. Guru harus sentiasa mengemaskini data murid di sepanjang perlaksanaan model
STAD. Ini adalah penting bagi memastikan guru merekodkan markah pencapaian individu,
markah kumpulan dan juga markah kemajuan individu agar peneguhan positif diberikan
bagi menghargai daya usaha murid dalam aktiviti yang dijalankan.Selain itu, saya turut
memperakui bahawa terdapat kesihambungan hubungan di antara isi pelajaran , teknik
pembelajaran koperatif dan pembentukan kumpulan.
isi pelajaran. mata pelajaran
teknik pembelajaran
koperatif
proses pembentukan
kumpulan koperatif
Hubungan antara isi pelajaran, teknik pembelajaran koperatif dan pembentukan kumpulan
41
Kesimpulannya, pembentukan kumpulan mengambil kira pelbagai aspek yang
komprehensif dan formal.Saya mendapati bahawa, semangat kerjasama antara murid dalam
kumpulan koperatif sememangnya memerlukan masa dan kesabaran.Implikasinya,
persefahaman antara ahli kumpulan koperatif akan tercetus apabila rakan sekumpulan
menerima dan mengikhtirafkan identiti kumpulan masing-masing. Justeru, modifikasi yang
bersesuaian perlu dilakukan bagi menambah keseronokan dalam proses pembelajaran
koperatif.
x) Perubahan Perancangan PdP Pada Masa Depan
Dalam sesi pembelajaran dan pengajaran yang akan datang, saya akan berusaha
untuk memperbaiki teknik pembelajaran dan pengajaran yang saya aplikasikan dalam bilik
darjah. Kejayaan pembelajaran koperatif adalah terbukti dan tidak dipertikaikan
kesahihannya.Justeru, antara rombakan yang ingin saya lakukan termasuklah mengatur
semula susunan murid dalam bilik darjah. Senario kini sungguh menjejaskan pembelajaran
murid SMPK kerana murid yang mempunyai tahap prestasi yang setara akan dikelompokkan
dalam satu kelas bermula dari murid prestasi tinggi (kelas 5 Amanah), murid prestasi
sederhana tinggi (kelas 5 Bestari), diikuti oleh murid prestasi sederhana rendah (kelas 5
Cekal), dan akhir sekali murid prestasi rendah (kelas 5 Dedikasi). Penyusunan tersebut amat
menjejaskan prestasi murid kerana murid yang lemah tidak mendapat peers tutoring yang
sewajarnya, manakala murid yang berprestasi tinggi dan prestasi sederhana menjadi kurang
motivasi semasa melakukan tugasan yang diberikan. Penyusunan tersebut adalah atas
permintaan guru-guru mata pelajaran agar memudahkan proses penyediaan bahan bantu
mengajar dan memudahkan guru untuk menyesuaikan isi pelajaran mengikut tahap
pencapaian murid.
Persoalannya, sejauh manakah pengagihkan tersebut dilakukan dengan teliti dan
mengikut tahap pencapaian murid yang sebenar?Secara ironinya, terdapat murid yang
diklasifikasikan sebagai ‘murid sederhana rendah’ memperoleh keputusan yang lebih
cemerlang berbanding murid prestasi tinggi. Penyusunan tersebut adalah berdasarkan Take
Over Value (TOV) yang diperolehi oleh murid dalam Peperiksaan Akhir Tahun semasa di
Tingkatan 4. Bagaimana pula dengan murid yang berpindah masuk pada pertengahan
semester?Adakah murid dimasukkan ke dalam kelas mengikut kekosongan tempat duduk
semata-mata?Implikasinya, murid tidak mendapat bimbingan dan motivasi yang sewajarnya
semasa aktiviti pembelajaran dan pengajaran berlangsung.Antara komen yang dilontarkan
oleh murid apabila balik ke kumpulan asal termasuklah “Cikgu, saya mahu kumpulan
semalam (kumpulan koperatif), saya rasa seronok, ada kawan yang pandai boleh ajar
kami”.Ulasan tersebut, membangkitkan semangat saya untuk memperjuangkan
kepentingan kumpulan heterogeneous agar murid ditempatkan dalam kumpulan yang boleh
mengoptimumkan potensi mereka. Pada masa yang sama, saya akan mengusulkan agar
menjadikan susunan kumpulan heterogeneous agenda yang rasmi dalam sesi pembelajaran
dan pengajaran rentetan sehingga pengaplikasian pembelajaran koperatif hanya boleh
dilakukan selepas waktu persekolahan.
42
Seterusnya, saya ingin memperbaiki teknik penyoalan serta penilaian berhubung
dengan isi pelajaran. Saya mendapati bahawa, teknik menyoal saya kerap tertumpu pada
soalan aras pengetahuan dan aras kefahaman. Saya khuatir bahawa murid prestasi lemah
tidak dapat melaksanakan tugasan sekiranya soalan yang dibina terlalu tinggi arasnya.Dalam
budaya sekolah yang mengamalkan pendekatan pengajaran yang berpusatkan guru, nescaya
kerisauan tersebut adalah berasas. Sistem persekolahan yang berorientasikan peperiksaan,
budaya pembelajaran murid yang bergantung sepenuhnya pada guru dan mentaliti ibu bapa
yang suka membandingkan kejayaan anak masing-masing, merupakan dilemma yang perlu
diatasi semasa melaksanakan proses pembelajaran dan pengajaran di bilik darjah. Hasil
perlaksanaan pembelajaran koperatif baru-baru ini, saya menyedari bahawa, apabila murid
bekerjasama dan mempunyai kemudahan pencarian maklumat yang lengkap, hakikatnya
murid berkemampuan untuk menyelesaikan soalan-soalan ataupun isu yang melibatkan
aras pemikiran tinggi.
Di samping itu, saya akan mengubah dimensi pendekatan pengajaran yang asalnya
berfokuskan guru kepada pendekatan yang berfokuskan inisiatif murid. Dalam konteks
pembelajaran koperatif, peranan saya adalah sebagai seorang fasilitator dan pemudahcara
yang membimbing murid ke arah kejayaan setara. Saya akan mewujudkan persekitaran yang
menggalakkan pembelajaran koperatif dan berusaha untuk menerapkan lima prinsip
pembelajaran koperatif dalam pengajaran saya yakni saling bergantung positif, akauntabiliti
individu, pemprosesan kumpulan, kemahiran sosial, dan interasi bersemuka.
43
d) Cara-cara memotivasikan murid untuk bekerjasama.
(I) Ganjaran Sebagai Pengukuhan Dalam Aktiviti Pembelajaran Koperatif
Sepanjang perlaksanaan pembelajaran koperatif di SMPK, saya mengamalkan pendekatan
pemberian ganjaran berdasarkan prestasi kumpulan bagi memotivasikan murid untuk
bekerjasama.(Slavin, 1995). Bermula dari proses pembentukan kumpulan koperatif, saya
mempromosikan kelebihan dan kemahiran yang dimiliki oleh setiap individu. Langkah ini
bertujuan untuk memberi pendedahan kepada murid tentang kepelbagaian potensi
individu, agar murid-murid bersikap optimistik dalam menerima kelebihan dan kekurangan
setiap individu.
Menurut Teori Ivan Pavlov, pembelajaran berlaku akibat daripada ransangan yang
diterima oleh seseorang. Setiap ransangan yang diterima akan menstimulasikan suatu gerak
balas. Daripada teori ini, saya menyedari bahawa ransangan dan gerak balas mempunyai
kaitan yang boleh dilazimkan.Kaitan antara ransangan dengan gerak balas boleh
diperkukuhkan melalui latihan.Semakin kerap ransangan itu dikaitkan dengan sesuatu gerak
balas, maka semakin kukuh gerak balas terlazim itu. Sebagai contoh, guru memberikan
pujian (ransangan) pada setiap kali murid membuat hasil kerja dengan baik (gerak balas),
maka gerak balas tersebut (hasil kerja yang baik) akan dapat diteruskan walaupun ketika
murid tidak menerima apa-apa ganjaran daripada guru. Oleh sebab itu, sepanjang proses
pembelajaran koperatif, saya sentiasa mengingatkan diri untuk memberi ganjaran secara
konsisten atas hasil kerja murid agar gerak balas yang diingini dapat diperkukuhkan.
Guru boleh memotivasikan murid melalui pemberian ganjaran yang bersesuaian agar
dapat mengawal tingkah laku yang dikehendaki dalam proses pembelajaran dan pengajaran.
Jenis-jenis ganjaran boleh bersifat maujud yakni belaian, gula-gula, sistem token, sijil
penghargaan, ataupun dalam bentuk abstrak yakni kata-kata pujian, dan kata-kata
peransang. Di samping itu, penyediaan suasana pembelajaran dan pengajaran yang ceria
dan kondusif turut merupakan faktor pemangkin yang dapat menarik perhatian murid
dalam suatu proses pembelajaran dan pengajaran.
Dalam konteks ini, saya akan memaparkan keputusan yang diperoleh oleh murid
pada papan tanda yang disediakan bagi membolehkan murid melihat dan membandingkan
skor mereka dengan kumpulan yang lain. Di samping itu, saya akan menganjurkan majlis
penyampaian hadiah yang ringkas bagi menghargai penglibatan murid serta memberikan
hadiah dan sijil pengikhtirafan seperti “The Superb Team”, “The Best Team”, dan “The Good
Team” sebagai tanda penghargaan usahasama murid dalam projek yang dijalankan.
Namun demikian, penghapusan gerak balasakan berlaku sekiranya peneguhan tidak
diberikan. Ini bermakna sekiranya seseorang guru mengabaikan pemberian ganjaran kepada
murid, maka gerak balas (hasil kerja yang baik) akan terhapus. Menyedari risiko ini, maka
saya mengambil inisiatif untuk mempelbagaikan hadiah, aktiviti, bahan bantu mengajar dan
projek bagi mengekalkan semangat ingin belajar di sepanjang proses pembelajaran
koperatif.
44
(ii) Cara-Cara Untuk Menggalakkan Murid Mengidentifikasikan Rakan Sekumpulan
Untuk menggalakkan penglibatan murid dalam proses mengidentifikasikan rakan
sekumpulan mereka, maka saya akan mendemonstrasikan cara penggunaan jadual skor, dan
menyenaraikan tanggungjawab/peranan bagi setiap ahli dalam kumpulan yang dibentuk.
Saya akan mulakan dengan menerangkan langkah-langkah dan arahan yang perlu dipatuhi
dalam model STAD. Saya akan mengedarkan sebuah fail yang merangkumi pelbagai borang
penilaian STAD.
Kemudian, saya akan melantik seorang murid dalam setiap kumpulan untuk
mengirakan markah pencapaian purata, seorang murid bertanggungjawab untuk
menentukan sasaran skor kuiz individu, seorang murid untuk menentukan sasaran skor
kemajuan individu, dan seorang murid yang bertanggungjawab untuk menjadi mentor untuk
mengumpulkan borang, mentafsir serta membimbing murid-murid yang belum mencapai
sasaran yang ditetapkan sebelum melaporkan skor ujian tersebut kepada fasilitator (guru)
mereka. Berdasarkan pemerhatian saya, saya mendapati bahawa, murid-murid
SMPKsungguh seronok dalam melaksanakan tugasan tersebut.Selain berjaya memupuk
permuafakatan di antara rakan sekumpulan, proses pembelajaran koperatif menjadi lebih
efektif apabila murid mempraktikkan peranan masing-masing untuk mencapai kejayaan
yang setara antara ahli kumpulan.
Semasa aktiviti pembelajaran berlangsung, saya akan menekankan konsep
pembelajaran koperatif sekali lagi serta menerangkan terma dan syarat yang perlu dipatuhi
oleh murid-murid.
Murid mempunyai tanggungjawab untuk memastikan ahli-ahli kumpulan telahpun
mempelajari bahan-bahan yang diedarkan.
Hasil Pembelajaran TIDAK tercapai sekiranya terdapat murid yang tercicir daripada
menguasai isi pelajaran yang dipelajari pada hari tersebut.
Meminta bantuan daripada rakan sekumpulan sebelum mendapat khidmat nasihat
dariapada guru.
Murid perlu berbincang dengan nada suara yang perlahan dan tidak mengganggu
perbincangan kumpulan-kumpulan yang lain.
Bagi meningkatkan semangat kekitaan di kalangan ahli-ahli kumpulan, maka saya akan
meminta murid untuk menciptanama bagi mengidentifikasikan kumpulan mereka di
samping meminta murid untuk memikirkan akronim yang memudahkan rakan-rakan
kumpulan untuk mengingati konsep yang amat penting dalam isi pelajaran yang dipelajari
pada hari tersebut. Dalam pada itu, saya akan memastikan semua murid memahami arahan
bagi tugasan yang diberikan, di samping memantau dan memberi pujian kepada murid-
murid yang dapat menjalankan tugas dengan baik, agar ia juga memotivasikan kumpulan-
kumpulan yang lain untuk bertungkus lumus dalam tugasan yang diberikan.
45
(iii) Cara-cara yang berbeza yang dilakukan untuk menggalakkan penglibatan murid (yang
enggan)?
Bagi menggalakkan murid yang enggan melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran
koperatif, maka saya akan mengintegrasikan teori pembelajaran konstruktivisme bagi
melakukan modifikasi tingkah laku ke atas murid tersebut. Dalam konteks ini, guru lebih
memahami tahap penguasaan dan cara murid menguasai suatu pengetahuan. Jadi, saya
akan mengubahsuai kefahaman dan mempelbagaikan tahap lembaran kerja agar dapat
meningkatkanself esteemmurid melalui aktiviti pengukuhan yang dijalankan. Langkah ini
amat penting bagi memberi kesedaran kepada murid-murid tersebut tentang akauntabiliti
mereka terhadap kumpulan masing-masing.
Semasa persembahan kelas, saya akan menggalakkan penglibatan murid tersebut
dengan memanggil nama mereka dan menggalakkan murid tersebut untuk menerangkan
idea mereka serta menghargai pandangan mereka. Saya menyedari bahawa, dalam
mengendalikan murid yang enggan, guru memerlukan kesabaran dan teknik berkomunikasi
yang berkesan. Saya akan berhati-hati dalam percakapan agar tidak menyinggung perasaan
murid dan mematikan semangat ingin belajar mereka. Justeru, saya akan menjaga intonasi
percakapan dan sentiasa memberi kata-kata motivasi untuk menggalakkan penglibatan
mereka dalam aktiviti yang dijalankan. Rakan sekumpulan harus menyedari tentang
kelebihan dan kelemahan yang ada pada setiap ahli kumpulan bagi memupuk nilai saling
bergantung yang postif antara satu sama lain.
Sementelahan, murid-murid yang enggan melibatkan diri harus menyedari bahawa,
mereka merupakan sebahagian daripada kumpulan yang ditugaskan. Murid tersebut
mempunyai tanggungjawab yang sama dalam menjayakan misi pembelajaran koperatif.
Justeru, saya akan membimbing murid tersebut untuk menyedari tentang kerelevanan
aktiviti yang dijalankan ke atas pembentukan intelektual yang amat diperlukan dalam
kehidupan seharian. Saya akan mewujudkan pengalaman belajar yang memungkinkan murid
untuk bertanggungjawab dalam membuat perancangan, proses dan penelitian. Murid juga
diberi peluang untuk membuat keputusan sendiri tentang perkara-perkara yang akan
mereka pelajari. Melalui proses ini, mereka akan menjadi lebih prihatin, bertanggungjawab
dan melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran mereka.
Saya juga akan mengadaptasikan teknik pentaksiran agar bersifat komprehensif dan
analitik. Daripada yang asal berfokuskan jawapan yang memenuhi skema permarkahan,
beralih ke soalan yang berfokuskan cara penyelesaian masalah yang disaringi dengan
kebolehan dan keupayaan murid yang berbeza. Menurut Slavin (1995), dalam keadaan
murid bertekad untuk mengecualikan diri daripada bekerjasama dalam kumpulan yang
diberikan, maka guru tidak akan memaksa murid tersebut untuk bekerja dalam kumpulan.
Guru akanmengeluarkan murid tersebut daripada kumpulan dan memberikan tugasan
individu kepada mereka sehinggalah mereka bersedia untuk belajar dalam kumpulan. Guru
juga akan memperingatkan murid tersebut bahawa pengecualian mereka daripada kerja
46
kumpulan bukan merupakan perkara yang diterima oleh guru dan juga rakan-rakan yang
lain.
e) Beritahu tentang penilaian pembelajaran pelajar semasa dan selepeas penglibatan
mereka dalam projek pembelajaran koperatif.
(i) Penilaian Sumbangan Individu
Selepas melaksanakan aktiviti-aktiviti pembelajaran koperatif, maka langkah seterusnya
ialah menilai tahap penguasaan murid terhadap isi pelajaran yang disampaikan.Oleh sebab
model STAD mengambil kira prestasi kumpulan heterogeneous, maka timbul kepentingan
untuk menilai tahap penguasaan murid secara individual.Murid-murid yang mempunyai
tahap pencapaian yang berlainan akan dinilai dengan menggunakan instrumen pentaksiran
yang merangkumi pelbagai aras kesukaran. Dengan ini, semua ahli kumpulan mendapat
penilaian yang komprehensif dan analitik mengikut kebolehan dan keupayaan murid.
Saya akan memulakan proses penilaian dengan memperoleh markah peperiksaan
lepas untuk dijadikan sebagai ‘base score’ bagi setiap murid; kemudian mengisikan data
tersebut dalam jadual skor ujian yang dibina.
Jadual menunjukkan Skor yang diperolehi oleh Murid SMPK dalam projek
pembelajaran koperatif – Model STAD.
Nama Tarikh Tarikh
Kuiz: Moral Values Identification. Kuiz: Match the moral values with appropriate textual evidences and elaborations.
Skor asas Skor kuiz Skor kemajuan
Skor asas Skor kuiz Skor kemajuan
Azree
Sumber: SMPK, 2013
Langkah seterusnya ialah mentadbirkan penilaian autentik bagi menilai kebolehan
murid untuk mengulas refleksi terhadap isi-isi pelajaran yang telah dipelajari.Menurut
Woolfolk (1998), pentaksiran autentik harus mengambil kira isu semasa yang
menggambarkan kehidupan yang sebenar. Justeru, pemberian skor individu adalah
berdasarkan kebolehan dan keupayaan murid dalam menyelesaikan masalah yang
diutarakan dalam kuiz yang ditadbirkan.Dalam pada itu, murid-murid akanmembuat
persediaan bersama untuk melengkapkan diri untuk ujian individu yang bakal ditadbirkan.
Selepas kuiz dijalankan, mereka akan memperoleh gred individu dan gred kumpulan
diberikan berdasarkan prestasi akautabiliti ahli kumpulan.
Selepas memperoleh skor individu, saya akan mengemaskini jadual skor kemajuan
yang saya sediakan. Saya akanmembandingkan skor individu denganbase
scoreuntukmendapatkan skor kemajuan individu bagi murid-murid yang menunjukkan
kemajuan dalam skor ujian yang diperolehi dalam konteks pembelajaran Model STAD,
47
markah kemajuan individu adalah lebih penting daripada skor kuiz. Justeru, guru akan
mempertimbangkan skor kemajuan individu berdasarkan kriteria-kriteria yang telah
ditetapkan. (Slavin, 1995).Murid yang mendapat skor kemajuan yang tinggi akan
menyumbang markah tambahan kepada kumpulan masing-masing. Antara ganjaran yang
diterima oleh murid termasuklah memberikan sijil pengikhtirafan atas daya usaha
kumpulan, mendapat masa rehat yang lebih atau diberi peluang untuk menjadi ‘mentor’
kepada kumpulan-kumpulan lain semasa pembelajaran berlaku.
Berikut merupakan kriteria-kriteria yang ditetapkan semasa mempertimbang skor
kamajuan individu bagi setiap murid.
Skor Kuiz Skor Kamajuan Individu
Lebih 10 markah kurang dari markah Asas 5
1-10 kurang dari markah asas 10
Markah asas atau 10 markah daripada markah asas 20
Lebih 10 markah daripada markah asas 30
Projek yang Sempurna 30 Sumber: Dipetik dan diubahsuai daripada Buku “Cooperative Learning, Robert E.Slavin, 1995)
(ii) Adakah anda memberi markah kumpulan?
Dalam Model STAD, pemberian markah kumpulan merupakan salah satu kriteria yang perlu
diberi perhatian dalam proses penilaian. Untuk mengenalpasti skor kumpulan, maka guru
perlu mencatatkan skor kemajuan individu dalam Lembaran Markah Keseluruhan Pasukan.
Kemudian, guru perlu dapatkan total bagi skor kemajuan individu dan bahagikannya dengan
bilangan ahli kumpulan yang terdapat dalam suatu pasukan. Langkah ini bertujuan untuk
mendapatkan markah purata bagi kumpulan tersebut.
Formula pengiraan markah kumpulan:
Total skor kemajuan individu÷ n ahli kumpulan = Markah Purata Kumpulan
Perlu diingatkan bahawa, setiap pasukan akan memperoleh anugerah berdasarkan
kriteria yang ditetapkan memandangkan semua ahli kumpulan bekerjasama untuk mencapai
suatu objektif pembelajaran dan bukannya bersaing antara satu sama lain. Maka, guru perlu
menyediakan ganjaran mengikut kreativiti bagi mengisytiharkan kecemerlangan murid
dalam menyempurnakan tugasan yang diberikan.
Tiga jenis penganugerahan berdasarkan markah purata kumpulan (kriteria)
Markah purata kumpulan Anugerah
15 Good Team - Pasukan yang Baik
20 Great Team - Pasukan yang Sangat Baik
25 Super Team - Pasukan yang Paling Baik
Sumber: Dipetik dan diubahsuai daripada Buku “Cooperative Learning, Robert E.Slavin, 1995)
48
Jadual Menunjukkan Skor Purata Kumpulan dan Anugerah Pembelajaran STAD
Sumber: SMPK, 2013
(iii) Langkah-langkah untuk mengatasi masalah sesetengah murid berasa bahawa mereka
menjalankan beban kerja untuk kumpulan
Lazimnya, masalah ini akan berlaku pada peringkat awal pembelajaran koperatif
dipraktikkan. Dalam kebanyakan masa, murid masih belum memahami peranan dan
tanggungjawab masing-masing dalam merealisasikan matlamat yang ditetapkan oleh
guru.Kadang kala berlaku situasi apabila ahli kumpulan mendominasi kerja kumpulan
rentetan kurang yakin terhadap kemampuan ahli kumpulan yang lebih rendah
pencapaiannya berbanding diri mereka. Dalam hal ini, guru memainkan peranan yang
penting untuk memastikan murid mencapai persetujuan dan memperoleh peluang yang
sama rata untuk berjaya.
Dalam konteks ini, ‘masa’ merupakan penyelesaian masalah yang terbaik. Murid
harus diberi peluang untuk mencuba tugasan yang diberikan sehinggalah mereka
memperoleh skor ujian dan merasakan kewujudan ahli kumpulan yang lain. Guru
perlumengawal selia aktiviti kumpulan secara konsisten dan mewujudkan persekitaran yang
menggalakkan penglibatan semua ahli kumpulan. Guru perlumengekalkan kumpulan
koperatif yang sedia ada bagi memberi peluang kepada murid untuk bekerjasama dan
membentuk persefahaman antara satu sama lain (Slavin, 1995). Peranan murid dalam
menangani isu rakan ‘menumpang’ kejayaan kumpulan termasuklah memikirkan cara untuk
mengoptimumkan penglibatan rakan sekumpulan dan mengetepikan isu struktur komposisi
kumpulanyang boleh mengugat keyakinan mereka terhadap kebolehan dan keupayaan ahli
kumpulan. Guru boleh melantik murid yang dikenalpasti ‘dominan’ dalam aktiviti kumpulan
berperanan sebagai ‘pemerhati yang senyap’ agar mereka memerhati dan mendengar idea
bernas daripada rakan kumpulan yang lain.(Murdoch& Wilson, 2004)
Di samping itu, murid-murid perlu mengingati bahawa tugasan koperatif yang
diberikan adalah bertujuan untuk menilai kerjasama antara rakan sepasukan. Guru perlu
mengingatkan murid dengan nada suara yang tegas agar murid menyedari bahawa nilai
kerjasama antara ahli kumpulan merupakan tingkah laku yang dikehendaki dalam amalan
pembelajaran koperatif. Menurut Slavin (1995), kejayaan kumpulan hanya akan tercapai
Nama Tarikh Tarikh
Kuiz: Moral Values Identification. Kuiz: Match the moral values with appropriate textual evidences and elaborations.
Skor asas Skor kuiz Skor kemajuan
Skor asas Skor kuiz Skor kemajuan
Azree
49
apabila semua ahli kumpulan telah mencapai 100% dalam kuiz yang dijalankan. Secara
praktikalnya, saya akan mengagihkan tugasan secara sama rata antara ahli-ahli kumpulan
bagi memastikan setiap ahli kumpulan menyumbangkan idea masing-masing dalam tugasan
yang diberikan. Murid-murid akan menyediakan laporan individual masing-masing, dan pada
akhir sekali digabungkan hasil kerja mereka untuk menjadi satu laporan kumpulan yang
lengkap.
Guru boleh menawarkan ganjaran tambahan kepada kumpulan yang menunjukkan
sikap toleransi dan nilai permuafakatan yang terbaik. Penggunaan sistem token seperti
‘Talking Tokens’ amat membantu dalam menyeimbangi penglibatan murid dalam
pembelajaran koperatif. Ini secara tidak langsung, akan mendorong murid untuk menjadi
pendengar yang terbaik dan sekali gus dapat membentuk semangat berpasukan untuk
mencapaikejayaan yang setara seperti yang ditekankan dalam Model STAD.
50
F) Pembelajaran Koperatif Sebagai Strategi Pembelajaran dan Pengajaran Yang Penting.
(i) Bagaimana ia digunakan dengan gabungan strategi yang lain yang anda gunakan?
Pembelajaran koperatif dilaksanakan melalui pemberian arahan-arahan kepada kumpulan
kecil di mana murid bekerjasama untuk meningkatkan kemampuan belajar sesama
sendiri.(Johnson, Johnson & Smith, 1991). Oleh sebab pembelajaran koperatif melibatkan
murid untuk memproses informasi dan idea secara interaktif, maka ia dilengkapi dengan
pendekatan pengajaran yang direka bentuk untuk memperkembang kemahiran berfikir
secara kritis dan kreatif. (Hajira Bee, 1999). Dalam konteks perlaksanaan projek
pembelajaran koperatif di SMPK, maka saya mengambil keputusan untuk menggabungkan
kaedah pembelajaran kontekstual dengan pembelajaran koperatif selepas mempertimbang
prinsip konstruktivisme yang berpadananan dengan aktiviti dirancang.
Kaedah pembelajaran dan pengajaran kontekstual dijadikan pilihan kerana ia adalah
bersifat fleksibel dan mudah diadaptasikan dalam proses pembelajaran dan pengajaran.
Dalam konteks pembelajaran kontekstual, pembelajaran hanya berlaku apabila murid
memproses maklumat atau ilmu pengetahuan baru dengan cara tertentu sehingga ia
membawa maksud atau makna kepada murid tersebut. Apabila strategi pembelajaran
tersebut diaplikasikan bersama dengan strategi pembelajaran koperatif maka aspek
persekitaran yang meransang pengalaman pembelajaranakan diberi perhatian. Menjurus
kepada elemen kontekstualisme tersebut, maka saya akan menyediakan persekitaran
pembelajaran yang boleh menggabungkan aspek sosial, fizikal, dan psikologi ke arah
pencapaian hasil pembelajaran yang diingini.
Menurut Noriati, Boon, Sharifah (2009), antara implikasi teori konstruktivisme
kepada proses pembelajaran dan pengajaran ialah guru perlu merancang sesi pengajaran
dengan teliti serta mengambil kira aspek yang berkaitan dengan keupayaan murid. Elemen
ini adalah berpadanan dengan konsep kumpulan heterogeneous dalam model STAD. Selain
itu, strategi pengajaran kontekstual menekankan konsep Zon Perkembangan Proksimal
dalam diri murid bagi memudahkan penyediaan bahan bantu mengajar. Justeru, guru perlu
melantik beberapa orang murid yang lebih berkemahiran untuk mengajar murid lain yang
belum menguasai suatu isi pelajaran agar murid bersama-sama mencapai objektif
pembelajaran dan pengajaran seperti yang ditekankan dalma model STAD. Dari aspek
penilaian pula, semasa menyediakan kuiz, saya akan mempelbagaikan lembaran kerja bagi
menghasilkan penilaian yang mencakupi pelbagai tahap kecerdasan murid.
Di samping itu, tugasan yang diberikan kepada kumpulan-kumpulan STAD akan
dimurnikan lagi dengan konsep inkuiri penemuan dan pengukuhan bagi mempraktikkan
strategi pembelajaran koperatif dan prinsip konstruktivisme. Oleh sebab penekanan
pendekatan konstrukstivisme adalah berfokuskan keperluan manusia untuk membina
kefahaman terhadap suatu konsep baru, maka saya akanmemberikan tugasan yang bersifat
autentik yakni berasaskan isu sebenar yang berlaku di sekeliling murid. Murid akan
51
melakukan kerja kumpulan bagi mewujudkan interaksi yang berkualiti dan bersama-sama
menyelesaikan masalah berasaskan elemen-elemen pembelajaran koperatif. (Slavin, 1985).
Penggabungan strategi pembelajaran dan pengajaran tersebut memerlukan
instruksional yang jelas daripada guru yakni guru haruslah sentiasa memberikan penerangan
yang jelas kepada murid ketika sesi pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas agar murid
tidak tersilap tafsir arahan dan kehendak guru.Dalam pada itu, penerangan guru haruslah
jelas, selaras dengan pemikiran dan laras bahasa murid dan disertakan dengan pelbagai
contoh bagi membantu murid dalam memahami isi pelajaran yang disampaikan.