60

Click here to load reader

Karya Agung Melayu (Misa Melayu)

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Karya Agung Melayu (Misa Melayu)

BMS3022 Karya Agung Melayu

Disediakan oleh:

Hitrah binti Jusaan D20121058050Norasyikin binti Latip D20121058054Norwana binti Siro D20121058055Zaidatol Akmaliah binti Zulkiflly D20121058058Mohammad Nizam bin Humdanni D20121058065

Kumpulan C (4)

Analisis karya tradisional:Misa Melayu

(Raja Chulan)

Page 2: Karya Agung Melayu (Misa Melayu)

Pengenalan • Sebuah karya pensejarahan Melayu yang terkenal

selepas Sulalatus Salatin • Meriwayatkan sejarah negeri Perak dari sejak

zaman awal hinggalah ke kurun kelapan belas• Hasil karya seorang sejarawan istana kurun kelapan

belas itu, iaitu Raja Chulan• Misa Melayu adalah sebuah karya yang "realistik"

serta tidak mengandungi dongeng dan cerita rakyat atau, dengan kata lain, tidak mencampurkan dongeng dan fantasi dengan fakta sejarah

Page 3: Karya Agung Melayu (Misa Melayu)

Sinopsis Misa Melayu

• Karya Agung Misa Melayu mengisahkan kehidupan Raja-raja Melayu yang memerintah negeri Perak antara tahun 1700 sehingga tahun 1780-an.

• Antara kisah yang diceritakan dalam misa Melayu ialah: - perihal kesultanan negeri Perak yang berasal daripada keturunan yang agung, iaitu Raja Iskandar Zulakarnain dan jurai keturunannya sehingga Raja Nursyirwan Adil dan anak cucu Raja Chulan yang memerintah sehingga ke selatan Tanah Melayu. - Pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Syah di Perak, dikatakan orang Belanda telah mendirikan gudang atau loji untuk perniagaan bijih timah di Pengkalan Halban, yang berhampiran dengan muara Sungai Kinta dan Sungai Perak setelah mendapat kebenaran daripada Sultan Muzaffar Syah. - Penceritaan mengenai kisah Sultan Iskandar Zulkarnain yang menyusur pantai negeri Perak bersama Raja Chulan - Menceritakan kisah Sultan Muhammad yang merupakan waris muda menyelesaikan masalah perebutan kuasa dengan Sultan Muzaffar Syah yang merupakan waris tua untuk takhta kerajaan negeri Perak ketika itu. Peristiwa seterusnya yang dimuatkan di dalam Misa Melayu adalah kisah mengenai Sultan Muzaffar Syah yang menginginkan seorang Raja Muda untuk menjadi menantunya. - Kisah Sultan Muhammad Syah (1744 – 1750) yang telah mengorbankan kedudukannya sendiri sebagai sultan Perak ketika itu, supaya negeri Perak dapat dicantumkan semula di bawah pemerintahan seorang sultan sahaja, iaitu kekandanya yang bernama Sultan Muzaffar Syah.

Page 4: Karya Agung Melayu (Misa Melayu)

Aspek-aspek yang dikaji

Pemikiran

Falsafah

Nilai budaya

dan pandangan hidup

Estetika dan kepengarangan

Nilai ilmu

Page 5: Karya Agung Melayu (Misa Melayu)

Pemikiran dalam Misa Melayu

• Pemikiran di dalam karya bermaksud subjek yang dibawakan oleh pengarang. Bermula daripada idea dan pengalaman dimantapkan bersama-sama dengan imaginasi dan kreativiti untuk dijelmakan menjadi persoalan dan tema karya. Daripada situlah ia dikembangkan untuk menyampaikan mesej dan tujuan yang membentuk pemikiran dan idealisme pengarang (Seri Lanang Jaya et. al, 2016).

• Setiap pengarang mempunyai cara yang tersendiri dalam memilih idea dan menjelmakannya menjadi mesej atau isi yang merupakan subjek yang dibawa oleh pengarang di dalam karyanya.

• Dalam Misa Melayu, pengarang membawakan beberapa pemikiran yang jelas terlihat di dalamnya iaitu soal politik, soal ekonomi dan soal agama.

Page 6: Karya Agung Melayu (Misa Melayu)

• Pengarang Misa Melayu menampakkan keunikan sistem politik Perak iaitu rajanya tidak memerintah secara mutlak.

• Raja terlebih dahulu mendapatkan nasihat pembesar negeri dalam membuat keputusan demi kepentingan rakyat.

1. Soal Politik

“Dalam wasiatnya Sultan Muzaffar Syah (1752) … yang sangat beta

harap sekarang, baiklah anak kita Raja Mudalah yang akan ganti kita.

Maka hendaklah bicara orang besar-besar dan segala hulubalang pegawai

pada memerintahkan takhta kerajaan anak kita dan selenggarakan

hukuman negeri ini dan membela segala rakyat di dalam negeri Perak… dan hendaklah muafakat sama-sama

kepada barang bicara dengan sekalian orang besar-besar

hulubalang dan pada anak raja-raja dan yang memegang agama kita …”

(Hikayat Misa Melayu, Halaman 51)

Contoh

Page 7: Karya Agung Melayu (Misa Melayu)

• Aspek pewarisan takhta pula, umum mengetahui Perak menjalankan sistem penggiliran dalam pemerintahannya.

Raja Di Hilir

Raja Di Baruh

Raja Kecil Besar

Raja Kecil Tengah

Raja Kecil Muda

Raja Kecil Bongsu

Raja Bendahara

Raja Muda

Page 8: Karya Agung Melayu (Misa Melayu)

sambungan…

• Pada amalannya, struktur ini bukanlah suatu prosedur yang ketat yang perlu dipatuhi.

• Contohnya, Raja Kimas yang bergelar Raja Kecil Muda dilantik menjadi Raja Muda, manakala Raja Alaudin yang bergelar Raja Kecil Tengah telah diangkat menjadi Raja Bendahara.

• Hal ini membuktikan tidak semua waris taktha itu perlu menaiki taktha mengikut giliran atau tangga waris taktha itu.

Page 9: Karya Agung Melayu (Misa Melayu)

• Pengarang juga turut memasukkan soal ekonomi ke dalam hikayat Misa Melayu.

• Hal ekonomi merujuk kepada wujudnya aktiviti perniagaan dan perdagangan yang menjadi perkara dalam penceritaan sesebuah karya.

• Pengarang dalam Misa Melayu menunjukkan wujudnya perdagangan pada zaman pemerintahan Sultan Iskandar.

2. Soal ekonomi

“… baginda menitahkan Tambi Kecil pergi ke benua Keling (India). Adapun

akan Sultan Iskandar itu, terlalu banyak baginda menaruh gajah. Maka itulah baginda menitahkan Tambi Kecil pergi akan mengambil

barang siapa mahu membawa kapalnya masuk berniaga ke dalam

negeri Perak ini, kerana baginda hendak berjual gajah.”

(Misa Melayu, halaman 78)

Contoh

Page 10: Karya Agung Melayu (Misa Melayu)

• Soal agama turut menjadi satu gagasan idea atau pemikiran yang disampaikan oleh pengarang di dalam Hikayat Misa Melayu.

• Soal agama menunjukkan kewujudan tuhan, sifat baik seseorang, pahala dan sebagainya.

• Pengarang menunjukkan watak Sultan Muzaffar Syah yang berpegang teguh pada ajaran Islam.

3. Soal agama

Page 11: Karya Agung Melayu (Misa Melayu)

Contoh:

“… hatta maka antara sebulan lama selangnya, maka baginda pun telah datanglah sudah takdir Allah Taala; maka baginda pun geringlah terlalu berat sangat….”

“… maka beberapa pula sedekah kepada segala fakir miskin daripada emas dan perak dan kain-

kain beribu -beribu dikurniakan baginda hendak pohonkan rahmat ke hadrat Khalikal-abad, di dalam pada itu pun tiada juga betah gering baginda …”

“… setelah itu, maka gering baginda itu pun makin bertambah beratnya pula. Maka berhimpunlah

segala anak raja-raja dan orang besar-besar dan hulubalang rakyat sekaliannya …” ‘”… maka kepada suatu hari, baginda pun tahulah ia akan dirinya telah datang kehendak Allah

Taala kepadanya kepadanya tambahan baginda itu raja alim ulama, tambahan pula sangat kuat amal ibadatnya.”

(Hikayat Misa Melayu, halaman 22)

sambungan…

Page 12: Karya Agung Melayu (Misa Melayu)

Falsafah dalam Misa Melayu

Page 13: Karya Agung Melayu (Misa Melayu)

Falsafah• Falsafah membawa maksud pengetahuan

tentang pengertian yang dianggap sebagai ilmu yang tertinggi yang menjadi dasar ilmu-ilmu lain.

• Plato dalama Mana Sikana (1996) pula mengatakan bahawa falsafah merupakan ilmu pengetahuan yang berhasrat untuk mencari dan mencapai hakikat kebenaran yang asli.

Page 14: Karya Agung Melayu (Misa Melayu)

Sejarah

Politik

EkonomiSosial

Etika

Page 15: Karya Agung Melayu (Misa Melayu)

• Naskhah yang dihasilkan oleh Raja Chulan ini mengisahkan sejarah negeri Perak yang bermula dengan pemerintahan raja-raja sebelum Sultan Muzaffar Shah, iaitu Almarhum Jaliullah, Almarhum Besar dan Almarhum Sulung serta diakhiri dengan Sultan Alauddin Mansur Shah.

1. Falsafah Sejarah

Page 16: Karya Agung Melayu (Misa Melayu)

Jurai Pemerintahan Kerajaan Perak

Almarhum Jaliullah(Sultan pertama yang

dicatatkan dalam Misa Melayu)

Sultan Mahmud Shah(Putera Almarhum Sultan Jaliullah)

Raja Radin atau Sultan Alauddin

Riayat Shah(Anak saudara Sultan

Mahmud Shah)

Raja Inu atau Sultan Muzaffar Shah(Adinda Sultan

Alauddin)

Sultan Iskandar Zulkarnain

(Putera Sultan Muzaffar)

Sultan Mahmud Shah(Adinda Sultan

Iskandar)

Sultan Alauddin Mansur Shah

(Sultan terakhir dalam Misa Melayu)

Page 17: Karya Agung Melayu (Misa Melayu)

Berdasarkan rajah di atas, dapatlah disimpulkan bahawa Raja Chulan mencuba untuk memperlihatkan sejarah pemerintahan di Perak yang tidak menggunakan sistem penggiliran seperti sistem pemerintahan sultan bagi negeri-negeri lain melalui catatannya dalam Misa Melayu. Hal ini demikian kerana, Perak memberi peluang kepada semua kaum kerabat yang lain untuk menduduki takhta setelah mangkatnya sultan yang memerintah pada ketika itu.

Falsafah yang cuba ditunjukkan:

Page 18: Karya Agung Melayu (Misa Melayu)

"Maka sekarang ini apalah sudahnya negeri sebuah, raja dua? Kepada hati beta hendaklah kita persilakan Sultan Muzaffar Shah itu kembali ke istananya ke Berahman Indera, supaya kerajaan kepada baginda itu; biarlah beta berhenti, kerana baginda itu saudara yang tua kepada beta, tidaklah datang hati beta hendak melebihi daripada baginda itu."

(Misa Melayu, 1992:2-3)

Kerajaan Perak pada era Sultan Muzaffar Shah terbahagi kepada dua kerajaan, dan turut diperintah oleh dua orang sultan yakni, Sultan Muzaffar Shah dan Sultan Muhammad Shah yang berlaku disebabkan pertelingkahan serta perebutan kuasa antara kedua-dua sultan tersebut.

2. Falsafah Politik

Page 19: Karya Agung Melayu (Misa Melayu)

Pihak Belanda di Tanjong Putus, mengutus surat ke Betawi mengadu dan meminta bantuan untuk bertindak. Tak lama kemudian, datanglah wakil Kompeni Belanda dari Betawi dengan satu angkatan mengandungi tujuh buah kapal. Wakil Belanda itu terus memberi tahu Laksamana dan Shahbandar yang ia hendak mengadap Sultan. Pihak Sultan sudah tentu rasa cemburu kedatangan wakil Belanda sedemikian rupa. Baginda bersiap sedia dengan pengawal-pengawal-pengawal yang dilengkapkan dengan senjata-senjata; keris, istinggar, pelaras, pistol dan lain-lain lagi.

(Misa Melayu, 1992:12)

Kebijaksanaan seorang pemimpin dalam menyelesaikan segala persengketaan dan perselisihan faham yang berlaku antara pihaknya dengan pihak lain

Page 20: Karya Agung Melayu (Misa Melayu)

Utusan Belanda itu menyampaikan sepucuk surat kepada baginda, tujuannya berkehendakkan membeli bijih timah dan bijih itu hendaklah dihilirkan ke Tanjong Putus dan di sanalah ditimbang dan dibayar. Tetapi baginda enggan menyetujui kehendak Belanda itu.

Oleh sebab sangat marahnya, lalu dibedilnya arah ke Tanjong Bidor dengan maksud hendak menakut-nakutkan Shahbandar dan Menteri. Malam itu juga Shahbandar mdik ke Pulau Indera Sakti mengadap Sultan untuk memberi tahu peristiwa yang berlaku. Mendegar hal itu, sangatlah murka Sultan. (Misa Melayu, 1992:15-16)

Page 21: Karya Agung Melayu (Misa Melayu)

3. Falsafah EkonomiHubungan perniagaan yang termeterai antara dua pihak berjaya menjamin kestabilan ekonomi sesebuah kerajaan.

Pembelian bijih timah dan pembinaan loji perniagaan bijih timah menjamin kestabilan dan kekukuhan ekonomi Perak.

Dengan adanya pembelian bijih timah dari orang-orang Belanda itu, maka negeri Perak pun makmur dan wang pun bertukar tangan.

(Misa Melayu, 1992:8)

Page 22: Karya Agung Melayu (Misa Melayu)

Sementara itu permaisuri baginda (Raja Budak Rasul) pun hamil. Apabila genap tujuh bulan, diadakanlah istiadat melenggang perut dan mandi-manda. Sebelum dilangsungkan istiadat itu, berbagai-bagai permainan telah diadakan beberapa hari; joget, bunyi-bunyian cara Melayu, cara Kedah, cara Acheh, termasuk Menora. Selain daripada itu, diadakan juga berjenis-jenis permainan sukan laut dan darat. Pendeknya sepanjang istiadat itu berjalan selama tujuh hari tujuh malam, bermacam-macamlah permainan dan bunyi-bunyian serta bakaran mercun yang hingar-bingar, diadakan oleh rakyat.

(Misa Melayu, 1992:14)

Intergrasi kaum yang berlaku ekoran daripada aktiviti keramaian yang dilakukan

oleh rakyat kerajaan Perak terhadap sesuatu peristiwa.

4. Falsafah Sosial

Page 23: Karya Agung Melayu (Misa Melayu)

Kemuncaknya daripada perak bertakhtakan emas dan permata pudi manikam, tingkapnya daripada ijok besi khersani, dindingnya berturap dengan nilam kapur yang diselang-selikan dengan cermin dan kaca. Di tingkat yang ketujuh terdapat balai peranginan yang dipenuhi dengan kisi-kisi sekelilingnya. Dan dihujung tiap-tiap kisi itu pula bergantung daun budi berbentuk empat segi. Apabila ditiup angin, berbunyilah daun-daun budi itu seperti buluh perindu, dan apabila digoyang angin dan disinari cahaya matahari, gemerlapanlah rupanya dipandang dari jauh.

(Misa Melayu, 1992:14)

Status sosial golongan istana yang menunjukkan jurang sosial yang

sangat ketara

Page 24: Karya Agung Melayu (Misa Melayu)

5. Falsafah Etika

Baginda menjatuhkan hukuman yang setimpal kepada siapa-siapa yang menguzurkan diri daripada menziarahi jenazah al-marhum. Akibat dari hukuman-hukuman ini, beberapa orang besar dilucutkan jawatannya dan beberapa orang pula diikat kaki tangannya dan dijemur di tengah padang. Tetapi, akhirnya banyak yang diberi keampunan.

(Misa Melayu, 1992:11)

Sultan Iskandar telah menghukum sesiapa yang tidak menghadirkan diri ke istiadat pengebumian Almarhum Sultan Muzaffar Shah.

Page 25: Karya Agung Melayu (Misa Melayu)

NILAI BUDAYA DAN PANDANGAN HIDUP

Page 26: Karya Agung Melayu (Misa Melayu)

Menurut Carla (2014), budaya dimaksudkan sebagai corak berkongsi tingkah laku dan interaksi membina kognitif, afektif dan kefahaman yang dipelajari melalui proses sosialisasi.

Budaya merujuk kepada keseluruhan pengertian, nilai, norma, ilmu pengetahuan serta struktur-struktur kemasyarakatan, keagamaan, penghasilan seni dan intelektual yang membentuk ciri-ciri khas sesebuah masyarakat (Seri Lanang Jaya et al. 2016)

NILAI BUDAYA

Page 27: Karya Agung Melayu (Misa Melayu)

PANDANGAN HIDUP

Pandangan hidup pula adalah suatu konsep yang dimiliki oleh masyarakat atau komuniti tertentu, bertujuan untuk menanggapi dan menerangkan segala permasalahan yang berkaitan dengan Tuhan, manusia dan alam (Seri Lanang Jaya et al. 2016: 117).

Menurut Syed Naquib al-Attas (1972), pandangan hidup mestilah bersumberkan Islam yang merangkumi hal dunia dan hal akhirat.

Page 28: Karya Agung Melayu (Misa Melayu)

Adat Meminang dan Berkahwin Adat peminangan dan perkahwinan merupakan salah satu kebudayaan

Melayu yang masih unggul dan dipertahankan serta diamalkan sehingga kini.

Berdasarkan Misa Melayu, dapat dilihat adat meminang dan berkahwin yang berlaku dalam kalangan golongan diraja.

Misalnya, Raja Muda Iskandar yang ingin meminang Puteri Sultan Muzaffar atau Raja Budak Rasul. Buktinya, berdasarkan petikan teks dibawah:

“… 1992: hal)

“… maka titah baginda laki isteri, “ Apa pekerjaan anakanda kedua datang ini?”. Maka anak raja kedua itu pun berdatang sembah, demikian sembahnya, “ Tuanku, patik ini disuruhkan oleh anakanda Raja Muda untuk menghadap ke bawah Duli Yang Maha Mulia baginda laki isteri. Adapun, sembah anakanda itu hendak memohonkan diperhamba sekali. Tetapi, harapkan ampun juga diperbanyak-banyak di atas jemala ubun-ubun patik sekalian ini…”.

(Misa Melayu, 1992: halaman 12)

Page 29: Karya Agung Melayu (Misa Melayu)

Kemudian, majlis perkahwinan diadakan secara besar-besaran selama tujuh hari tujuh malam dan dihadiri oleh rakyat jelata.

Buktinya, dapat dilihat berdasarkan petikan teks di bawah :

k

“… maka mempelai Raja Muda pun dihiasilah oleh raja yang tua-tua dengan selengkap pakaian mempelai raja-raja yang besar-besar, maka diberi memakai pakaian kerajaan negeri Perak…”

“… setelah Menteri mendengar titah baginda maka ia pun masuk menjunjung Duli Yang Maha Mulia baginda, lalu ia membaca khutbah Saidina Ali nikah…”.

(Misa Melayu, 1992: halaman 48)

Page 30: Karya Agung Melayu (Misa Melayu)

Pandangan hidup yang dipegang oleh masyarakat Melayu khususnya di negeri Perak ialah ‘Biar mati anak, jangan mati adat’.

Ungkapan ini amat sesuai sekali bagi masyarakat Melayu ketika itu kerana mereka sentiasa mendahulukan adat dalam apa cara sekalipun.

Hal ini dapat, dilihat apabila Raja Muda Iskandar memulakan adat peminangan untuk menyampaikan hasrat hatinya ingin memperisterikan Raja Budak Rasul sebelum meneruskan adat yang seterusnya iaitu adat perkahwinan.

Pandangan Hidup

Page 31: Karya Agung Melayu (Misa Melayu)

Adat Bertindik dan Berinai Pada zaman feudal lagi masyarakatnya sudah menjalankan adat

bertindik dan berinai. Jika dilihat, adat ini masih lagi diteruskan dan diamalkan pada

masyarakat kini namun adat tersebut disesuaikan mengikut syariat Islam supaya tidak menyerupai agama lain.

Berdasarkan, Misa Melayu, adat bertindik dapat dilihat melalui peristiwa bertindik yang dijalankan terhadap Raja Budak Rasul. Buktinya dapat dilihat berdasarkan petikan teks di bawah:

kk

“…Selepas diadakan istiadat meminang yang sangat meriah, kemudian diikuti pula dengan istiadat bertindik puteri yang baru bertunang itu, maka pada akhir tahun yang ketiga pertunangan itu disatukanlah Puteri Raja Budak Rasul dengan Raja Muda”.

 

(Misa Melayu, 1992: halaman 10)

Page 32: Karya Agung Melayu (Misa Melayu)

Adat berinai pula kebiasaannya dilakukan sebelum majlis perkahwinan berlangsung dan dijalankan oleh pihak sebelah perempuan.

Adat berinai yang diadakan dalam kalangan golongan diraja akan memperlihatkan upacara yang gilang gemilang.

Berdasarkan Misa Melayu jelas menunjukkan adat berinai dilakukan ke atas Raja Budak Rasul.

Adat berinai yang dilakukan jelas menunjukkan pengaruh agama Hindu yang kuat sewaktu pemerintahan diraja Perak. Buktinya seperti dibawah:

kk

“… Hatta maka berjaga-jaga itu pun sampailah tujuh belas malam hingga pada malam berinai, maka daripada siangnya itu, maka masuklah Orang Kaya Besar mengarak inai ke dalam. Maka inai pun dibubuhnya di atas kepala seekor binatang kera ‘Hanuman’. Maka diletakkan lah di atas perarakan, lalu diaraklah masuk ke dalam kota sampai ke balai penghadapan, maka disambut oranglah inai itu dengan seperti adat. Maka Orang Kaya Besar pun dikurnia baginda persalin dengan selengkapnya. Maka pada malam itu berinailah.

(Misa Melayu, 1992: halaman 42)

Page 33: Karya Agung Melayu (Misa Melayu)

Pandangan Hidup

Pandangan hidup yang dipegang oleh masyarakat Melayu ialah ‘Biar mati anak, jangan mati adat’.

Ungkapan ini dipegang oleh masyarakat Melayu ketika itu kerana mereka sentiasa mendahulukan adat dalam apa cara sekalipun.

Namun, adat yang diamalkan ini disesuaikan dengan syariat agama Islam supaya tidak menyerupai agama lain.

Oleh itu, jelas dilihat masyarakat pada ketika itu amat berpegang teguh kepada adat resam dalam kehidupan seharian mereka.

Page 34: Karya Agung Melayu (Misa Melayu)

Istiadat Kemangkatan Istiadat kemangkatan digunakan kepada golongan diraja dan bukan

kepada golongan rakyat biasa. Istiadat kemangkatan ini dilakukan kepada raja atau kerabat diraja

apabila mangkat. Melalui Misa Melayu, istiadat kemangkatan juga turut diselitkan iaitu

apabila mangkatnya Sultan Muhammad Syah. Buktinya dapat dilihat pada teks dibawah:

kkk

“… Maka dihadapi oleh anakanda baginda Al-Marhum Haji Allah.Setelah sudah, maka ditabalkan lalu diaraklah ke makam paduka ayahanda dengan sepertinya adat istiadat al-marhum. Shahadan lagi pula beberapa emas dan perak dihamburkan sepanjang-panjang jalan itu akan derma baginda. Setelah sampai ke makam, diletakkan lalu disembahyangkan pula. Maka berhimpunlah segala orang yang sembahyang menyembahyangkan baginda itu beberapa ratus diberi sedekah daripada rial dan kain-kain. Hatta setelah sudah, maka dikuburkanlah serta dibacakan talkin. Setelah sudah dikuburkan, adinda baginda itu mmaka Sultan Muzaffar Syah pun kembalilah dengan percintaan baginda serta memberi takziah akan adinda baginda itu: tujuh hari baginda berhenti tiada nobat”.

(Misa Melayu, 1992: halaman 53)

Page 35: Karya Agung Melayu (Misa Melayu)

Pandangan

Hidup Istiadat kemangkatan dilakukan adalah untuk

membezakan golongan raja dengan golongan bawahan

iaitu rakyat.

Istiadat ini dilakukan untuk menunjukkan taat setia dan

tanda hormat rakyat kepada raja yang telah berjuang

dalam memerintah dan mengekalkan keamanan negeri

Perak.

Oleh itu, istiadat ini telah menjadi pegangan hidup bagi

rakyat negeri Perak setiap kali mangkatnya seseorang raja.

Page 36: Karya Agung Melayu (Misa Melayu)

Istiadat Menjunjung Duli Istiadat menjunjung duli dilakukan adalah untuk memperlihatkan taat setia

kepada raja. Kebiasaannya, adat ini dilakukan mengikut pangkat masing-masing dan

dimulai dengan raja-raja serta anak-anak raja. Kemudian, golongan bangsawan dan seterusnya pembesar-pembesar pada waktu pemerintahan tersebut.

Pengarang Misa Melayu telah memperlihatkan istiadat ini melalui peristiwa menjunjung duli yang dilakukan oleh Raja Muda dan anak-anak raja. Buktinya ialah:

kk

“… Setelah itu, maka turunlah seorang bentara dipersilakan Raja Muda. Maka naiklah Raja Muda menjunjung Duli Yang Maha Mulia. Kemudian, segala raja-raja dan anak-anak raja pun diseur oleh kepala bentara dari atas balai dipanggil naik. Maka naiklah berganti-ganti menjunjung duli baginda. Kemudian maka orang besar-besar pula menyembah dan segala bentara hulubalang pula berganti-ganti menjunjung ahli baginda. Setelah sudah sekaliannya habis menjunjung duli baginda maka semuanya pun duduklah beratur di balai”.

 (Misa Melayu, 1992 )

Page 37: Karya Agung Melayu (Misa Melayu)

Pandangan Hidup

Adat ini menjadi sebenarnya telah menjadi pegangan

mereka sehingga kini.

Hal ini demikian kerana, untuk memberikan

penghormatan dan memperlihatkan taat setia kepada

golongan yang mempunyai kuasa tertinggi dalam tampuk

pemerintahan negeri atau negara.

Page 38: Karya Agung Melayu (Misa Melayu)

Adat Melenggang Perut Adat melenggang perut merupakan suatu adat yang dijalankan ke atas

seorang isteri yang hamil tujuh bulan.

Peristiwa ini jelas diperlihatkan dalam Misa Melayu berdasarkan petikan teks di bawah:

hh

“Sementara itu permaisuri baginda (Raja Budak Rasul) pun hamil. Apabila

genap tujuh bulan, diadakan istiadat melenggang perut dan mandi-manda.

Sebelum dilangsungkan istiadat itu berbagai-bagai permainan telah

diadakan beberapa hari; joget, bunyi-bunyian, cara Melayu, cara kedah,

cara Acheh termasuk Menaro. Selain daripada itu, diadakan juga berjenis-

jenis permainan sukan laut (sungai) dan darat”.

(Misa Melayu, 1992: halaman 13)

Berdasarkan Misa Melayu dapat dilihat adat melenggang perut dijalankan kepada permaisuri kepada Sultan Iskandar Syah yang mengandung tujuh bulan.

Page 39: Karya Agung Melayu (Misa Melayu)

Pandangan Hidup

Ungkapan biar mati anak, jangan mati adat sememangnya menjadi pegangan bagi masyarkat Melayu sehingga kini.

Masyarakat Melayu berpegang kepada ungkapan tersebut kerana memikirkan pelbagai kebaikan khususnya kepada ibu mengandung khususnya dalam adat melenggang perut ini.

Pandangan hidup mereka apabila melakukan adat ini dapat membantu memperbetulkan kedudukan bayi di dalam kandungan dan memudahkan si ibu melahirkan bayi tersebut.

Page 40: Karya Agung Melayu (Misa Melayu)

Adat Istiadat Pertabalan Sultan

Berdasarkan Misa Melayu adat istiadat pertabalan sultan ini telah dilakukan ketika kemangkatan Sultan Muzaffar Syah III.

Baginda ditabal menjadi Sultan Perak dengan memakai gelaran Paduka Seri Sultan Zulkarnian Khalifatur Rahman Johan Berdaulat Zillullahi Fil Alam.

Pertabalan tersebut telah dilakukan sebelum jenazah almarhum Sultan sebelumnya dikebumikan. Buktinya seperti petikan teks dibawah:

Page 41: Karya Agung Melayu (Misa Melayu)

“Maka muafakatlah sekaliannya akan bicara menabalkan Raja Muda laki isteri. Setelah

sudah putus bicaranya, maka Raja Muda dua laki isteri memakai segala alat pawai

kerajaan selengkapnya serta sedia sekalian pedang kerajaan dan segala kebesaran yang

lainnya. Setelah itu, maka dihadapi oleh segala anak raja-raja dan segala orang besar-

besar dan hulubalang rakyat sekaliannya berhadir, maka bunyi-bunyian pun dipukul

oranglah gendang nafiri tujuh kali. Ada pun setelah tujuh kali tabal, maka segala anak

raja-raja dan orang besar-besar dan rakyat sekalian serta segala isi negeri Perak ini

semuanya mengangkat tangan di atas kepalanya mengatakan, “Daulat tuanku! Barang

dilanjutkan Allah kiranya umur zaman baginda diatas takhta singgahsana kerajaan negeri

Perak darul ridzuan ikrar sentiasa dihadapan seisi negeri dengan orang tiadalah khalil

siang dan malam”. Adapun gelaran baginda itu diatas kerajaan, Paduka seri Sultan

Iskandar Dzulkarnain Shah Khalifatur Rahman Johan Berdaulat Dzillullahi Filalami.

Setelah sudah baginda tabal dua laki isteri, maka diangkatlah oranglah pula jenazah

ayahanda baginda ke pintu Rong”.

(Misa Melayu, 1992: halaman 52)

Page 42: Karya Agung Melayu (Misa Melayu)

Pandangan Hidup

Berdasarkan adat pertabalan sultan ini dapat dilihat pegangan golongan diraja ketika itu dari aspek perwarisan takhta.

Negeri Perak amat berpegang kepada konsep pengiliran dalam pemerintahannya.

Hal ini demikian kerana, untuk memberi peluang kepada setiap individu yang mempunyai darah dan keturunan raja untuk memegang tampuk pemerintahan

Page 43: Karya Agung Melayu (Misa Melayu)

Estetika dan kepengarangan

• Estetika dan kepengarangan merupakan salah satu ciri terpenting dalam sesebuah karya agung.

• Menurut Seri Lanang Jaya Hj. Rohani (2016: 91), estetik berhubung dengan aspek keindahan, iaitu yang terdapat pada struktur, pengolahan dan teknik penulisan.

• Dalam erti kata lain, estetik dalam sesebuah karya merupakan seni keindahan yang berkait rapat dengan struktur karya, olahan yang memberi kesan kepada pengalaman, perasaan, pemikiran, imaginasi dan wawasan.

• Kepengarangan pula merupakan mekanisme dan kaedah pengarang berkarya sehingga membentuk kekuatan dan jati diri seseorang pengarang itu.

• Sifat kepengarangan dan keunggulan seseorang pengarang dapat dibina melalui seni sastera ataupun nilai estetika yang terdapat dalam karya pengarang itu sendiri.

Page 44: Karya Agung Melayu (Misa Melayu)

1. Motif Pengarang

2. Mahu menyampaikan menyampaikan kepada generasi akan datang mengenai kegemilangan pemerintahan raja pada zamannya. Ini dapat dilihat berdasarkan frasa :

‘supaya bolehlah akan zaman kita disebut orang

kelak’

1. Untuk memenuhi kehendak raja atau dengan erti kata lain menurut titah sultan pada zaman tersebut.

tuanku titahkan patik mengarang,diperbuat juga sebarang-barang, sajaknya janggal manisnya kurang,haram tak sedap didengar orang.

Bukti:

Kepengarangan

Page 45: Karya Agung Melayu (Misa Melayu)

• Pengarang menggunakan tarikh yang tepat dalam menyatakan sesuatu peristiwa.• Menyelitkan ciri pensejarahan islam dalam karya misa melayu. Dibuktikan melalui

penggunaan lafaz Bismillah pada awal penulisannya• menggunakan perkataan yang berunsurkan Islam, iaitu frasa ‘dengan izin Allah’. Contoh

lain:

“...Ampun tuanku, insya-Allah Taala barang dipanjangkan Allah kiranya hadrat Duli Yang Maha Mulia di dalam dunia ini…”

“…setelah sudah baginda berwasiat demikian, maka datanglah peredaran dunia ini. Inna lillahi wainnailaihirajiun.”

• Pengarang juga menonjolkan keunikan sistem politik yang berlaku di Perak.• Pengarang tidak menggunakan unsur-unsur mitos atau dongeng di dalam karya tersebut

kerana misa Melayu merupakan karya histiografi yang penting bagi negeri Perak. • Karya ini memasukkan pantun dan syair sebagai penyeri karya• mengandungi peristiwa yang benar-benar telah berlaku selain memberikan gambaran

mengenai struktur politik, undang-undang, kegiatan ekonomi, dan perkara-perkara lain yang berkaitan dengan pemerintahan negeri Perak pada zaman tersebut.

2. Kekuatan Kepengarangan

Page 46: Karya Agung Melayu (Misa Melayu)

• Penggunaan retorik

i. Retorik PemerianPenjelasan dan huraian mengenai sesuatu idea

untuk menyampaikan sesuatu fakta dan maklumat yang lengkap kepada pembacanya.

“Hatta, maka baginda pun hendak pindah membuat negeri di pasir pulai. Telah sudah istana baginda diperbuat oleh Raja Muda dan Raja Bendahara serta dengan segala orang besar-besar hulubalang pegawai rakyat sealiannya, lengkap dengan kota

paritnya, maka baginda pun berpindahlah ke Pasir Pulai berbuatlah negerilah di sana

itu…”

Contoh:

3. Seni bahasa

Page 47: Karya Agung Melayu (Misa Melayu)

sambungan…

ii. Retorik Penerangan

• Berfungsi untuk memberi penerangan dengan lebih terperinci daripada satu langkah kepada satu langkah yang lain.

• Bertujuan untuk memberikan penjelasan yang lebih tersusun kepada para pembaca.

“Hatta maka beberapa lamanya raja Selangor pun hendak mengerjakan mengahwinkan puteranya dengan anak raja Kedah. Maka

raja Selangor pun menyuruh Ke Perak memanggil segala raja-raja Perak. Maka

dititahkan Sultan Mahmud Syah…”

Contoh:

Page 48: Karya Agung Melayu (Misa Melayu)

• Gaya bahasa

Hiperbola

i. Gaya bahasa pertentangan

• Penggunaan istilah yang membesar-besarkan dengan tujuan memberi penekanan atau kesan memperhebat.

• Gaya bahasa yang mengandungi pernyataan yang berlebih-lebihan jumlahnya, ukurannya atau sifatnya dengan tujuan memberi penekanan.

“…Maka gendang negara serunai nafiri ceracap pun dipalu oranglah dengan

segala bunyi-bunyian pula berbunyilah, terlalu adzmat bunyinya, tiada sangka bunyi lagi, seperti kiamatlah lakunta

Pulau Indera Sakti”.

Contoh:

Page 49: Karya Agung Melayu (Misa Melayu)

sambungan…

ii. Gaya bahasa perbandingan

Simile • Penggunaan gaya bahasa yang membandingkan dua

hal padahal berlainan ataupun sengaja dianggap sama.• Selalunya menggunakan perkataan “seperti”,

“umpama”, “bagai” dan “laksana”

“...akan bunyi-bunyian dan segala bedil itu tiada berhenti gegak gempita juga bunyinya,

tiadalah diketahui orang akan kenaikan kecemasan itu, seperti orang bermain-main

juga rupanya.”

(Misa Melayu, 46-47)

Contoh:

Page 50: Karya Agung Melayu (Misa Melayu)

sambungan...

iii. Pantun

• Puisi lama yang biasanya terdiri daripada empat baris dalam tiap-tiap rangkap.

• Dua baris pertama merupakan pembayang dan yang selainnya merupakan baris maksud.

“Balai bertingkap bersulor bayong, Kenaikan sultan sedang berangkat, Bagai zamrud di-merchu gunong, Saperti intan sudah terikat.

Kenaikan sultan sedang berangkat,Meninggalkan desa berahman indera,Saperti intan sudah terikat,Persembahan segala bala tentera.”

(Misa Melayu, 68)

Contoh:

Page 51: Karya Agung Melayu (Misa Melayu)

sambungan...

iv. Syair

• Misa Melayu mengandungi bahagian syair yang terlalu panjang.

• Mengandungi 424 rangkap syair yang mengisahkan persiapan-persiapan dan pelbagai peristiwa yang berlaku semasa Sultan Iskandar Inayat Shah belayar ke laut.

• mengulangi peristiwa yang telah diceritakan dalam bahagian prosanya, malahan beliau turut memuatkan maklumat baru yang tidak diceritakan pada bahagian prosa.

Ada sa-buah baharu di-reka,Dandan-nya indah sikap belaka,Ukiran kalok bertulis belaka,Sikap sa-perti se-ekor naga.

Sa-ekor mawas tegak di-haluan,Saperti singa menchari lawan,di-kurniakan duli yang di-pertuan,kenaikan raja putera bangsawan.

(Misa Melayu, 122)

Contoh:

Page 52: Karya Agung Melayu (Misa Melayu)

Nilai Ilmu dalam Misa Melayu

• Antara fungsi sesuatu ilmu itu ialah disebarkan untuk menambah ilmu pengetahuan dan mengembangkan lagi perkara yang mengandungi pelbagai kemusykilan dan lain-lain.

• Dalam Misa Melayu, ilmu yang ingin dikaji ialah ilmu pentadbiran atau sistem beraja, ilmu firasat, ilmu sejarah dan ilmu ekonomi.

Page 53: Karya Agung Melayu (Misa Melayu)

• Pentadbiran perbuatan melaksanakan urusan, mengelola, atau menjalankan sesuatu pejabat, kerajaan dan lain-lain lagi.

• pentadbiran mengurus atau bertindak sebagai ejen dalam hal ehwal fungsi pentadbiran atau fungsi kerajaan.

• Sebagai contoh, dalam Misa Melayu telah diwujudkan sistem beraja yang mengikut susunan yang telah diatur dengan baik. susunan tersebut ialah :

Raja Muda Raja Bendahara Raja Di Hilir Raja Di Baruh Raja Kecil Besar Raja Kecil Tengah Raja Kecil Muda Raja Kecil Bongsu

1. Ilmu Pentadbiran Atau Sistem Beraja

Page 54: Karya Agung Melayu (Misa Melayu)

• Dalam Misa Melayu, ilmu firasat dapat dikenal pasti menerusi perbualan Sultan Iskandar dengan pawangnya berkenaan keinginannya untuk mencari ikan di sungai.

Maka titah baginda, “Hai Sang Paya Indera dan Sang Paya Diraja, di mana sungai-sungai yang baik beta hendak menuba?” Maka sembah pawang kedua itu, “Tuanku, ampun. Kepada pemandangan patik sekalian, sungai yang baik dan ikannya banyak Sungai Budimanlah yang patut tuanku berangkat bermain-main membawa adinda baginda sekalian.” (Misa Melayu)

• Petikan tersebut, menunjukkan bahawa pawang berkenaan mempunyai ilmu firasat iaitu dengan hanya melihat kawasan dan keadaan sungai terbabit, mereka sudah mengetahui keadaan serta ikan-ikan yang berada di dalam sungai terbabit.

2. Ilmu Firasat

Page 55: Karya Agung Melayu (Misa Melayu)

• Misa Melayu adalah sebuah sejarah Perak dari awal hinggalah zaman pemerintahan Sultan Alauddin Mansur Syah. Tetapi tumpuan diberi kepada era Sultan Mudzafar Shah dan Sultan Iskandar Dzulkarnain.

• Pengkisahan bermula dari Al-Marhum Jalilullah yang mempunyai beberapa orang putera.

• Selepas baginda, takhta kerajaan diganti oleh Marhum Besar, Sultan Mahmud yang dikatakan memerintah selama 120 tahun. Baginda diganti oleh Sultan Alauddin Riayat Shah yang memerintah selama 20 tahun.

• Selepas kemangkatan Sultan Alauddin Riayat Shah , negeri Perak telah terbahagi kepada dua wilayah politik.

3. Ilmu Sejarah

Page 56: Karya Agung Melayu (Misa Melayu)

sambungan…

• Selepas kemangkatan Sultan Alauddin Riayat Shah , negeri Perak telah terbahagi kepada dua wilayah politik :

Kuala Kangsar yang diperintah oleh Raja Inu, bergelar Sultan Mudzafar Shah

Pulau Tiga yang diperintah oleh Raja Bisnu yang bergelar Sultan Muhamad Shah.

• Atas usaha dan kebijaksanaan Raja Iskandar, putera pertama Sultan Muhamad Shah, maka Perak telah disatukan semula

Page 57: Karya Agung Melayu (Misa Melayu)

• Pada zaman pemerintahan Sultan Mudzafar Shah negeri Perak membuat hubungan diplomatik dengan Belanda. Melalui hubungan tersebut Belanda telah berjaya memonopoli pasaran bijih timah yang dibawa keluar melalui Sungai Perak.

• Sedikit sebanyak, dengan kegiatan perniagaan bijih timah itu telah membawa kemakmuran kepada negeri Perak pada ketika itu.

• Masyarakat pada ketika itu menggunakan sistem ekonomi feudal. Dalam sistem tersebut, sultan dan pembesar negeri adalah orang-orang yang memonopoli eksport dan import. Manakala, rakyat biasa sekadar pekerja dan menjalankan suruhan pembesar semata-mata.

1. Ilmu Ekonomi

Page 58: Karya Agung Melayu (Misa Melayu)

sambungan…

• Pedagang luar juga datang berdagang ke negeri Perak pada ketika itu. Ia dapat dilihat menerusi petikan teks ini :

“Adapun pada masa itu Holanda dan orang Cina dan orang Keling pun semuanya datang persembahkan segala permainannya berbagai-bagai rupanya dan lakunya.”

(Misa Melayu)

Page 59: Karya Agung Melayu (Misa Melayu)

• Misa Melayu merupakan satu karya yang memperlihatkan sejarah pemerintahan kerajaan Perak, gambaran kehidupan, norma dan nilai-nilai yang ditunjukkan oleh masyarakat pada ketika itu.

• Karya ini menepati ciri-ciri sebuah karya agung kerana

aspek pemikiran, falsafah, nilai budaya dan pandangan hidup, nilai ilmu, estetika serta teknik kepengarangan berjaya digarapkan dengan baik menerusi karya tersebut.

• Berdasarkan aspek-aspek itu, karya ini dapat dijadikan panduan kepada generasi akan datang untuk mengambil segala iktibar daripada segala peristiwa yang berlaku dalam karya ini.

Kesimpulan

Page 60: Karya Agung Melayu (Misa Melayu)

BIBLIOGRAFI

Abu Hassan Abdul (2013). Seni Mengarang BMK 3043. Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Ahmad Fauzi Mohd Basri (1992). Misa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Badrulzaman Bin Mohd Zanadi, (1986). Menjelang 100 Tahun Tertubuhnya Bandar Diraja Kuala Kangsar Dan Perkembangan Seni Bina Istana Iskandariah. Shah Alam: Universiti Teknologi MARA.

Bluntschli, J. R. (2000). The Theory of The State. Canada: Batoche Books.

Buyong Adil, (1972). Sejarah Perak. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Jelani Harun, (2013). Sebuah Versi Baru Hikayat ‘Misa Melayu’ Berdasarkan MS Or. 832 di Cambridge University Library. Minden : Universiti Sains Malaysia.

Kamus Dewan Edisi Keempat (2015). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamus Dewan Edisi Keempat (2010). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Misa Melayu oleh Raja Chulan. (1962). Kuala Lumpur: Pustaka Antara.

Seri Lanang Jaya Rohani, Abd. Rahman Napiah dan Mohd Rashid Md. Idris (2016). Karya Agung Melayu. Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Siti Meriam Yaacob (2015). Kearifan Tempatan: Pandainya Melayu dalam Karya Sastera. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.

Syed Muhammad Naquib al-Attas (1972). Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu. Kuala Lumpur: Universiti Kebangsaan Malaysia.