24
1.0 Pendahuluan Pengajaran dan pembelajaran adalah merupakan suatu tugas yang memerlukan kesabaran yang tinggi daripada seorang yang bergelar guru. Tidak semua guru berjaya mencapai objektif yang diinginkan setelah selesai mengajar sesuatu mata pelajaran kepada murid- muridnya. Tidak ramai juga murid yang berjaya mengikuti dan memahami apa yang diajar oleh guru mereka walaupun diajar berulang-ulang kali. Menyedari hakikat ini berbagai-bagai isu telah timbul dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Dalam era modenisasi pada masa kini, masih terdapat pelajar yang buta huruf yang tidak tahu membaca dan menulis dalam bahasa Melayu. Kajian Kementerian Pelajaran baru-baru ini ialah mendapati 165,000 pelajar di negara ini masih buta huruf. Daripada jumlah ini, 125,000 adalah murid sekolah rendah dan selebihnya di sekolah menengah (Laporan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010). Keadaan ini dilihat sebagai satu keadaan yang sangat membimbangkan. Laporan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010, murid- murid tahap satu yang mengalami defisit akademik telah berkurangan daripada 9.1% pada tahun 2003 kepada 7.7% pada tahun 2004. Manakala pada tahun 2005 pula, didapati 4.4% murid sekolah rendah masih belum menguasai kemahiran membaca. Laporan ini telah menunjukkan keadaan yang semakin baik menyebabkan Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia mengambil tindakan sewajarnya untuk membasmikan masalah

Kajian tindakan defisit akademik

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Kajian tindakan defisit akademik

1.0 Pendahuluan

Pengajaran dan pembelajaran adalah merupakan suatu tugas yang memerlukan kesabaran

yang tinggi daripada seorang yang bergelar guru. Tidak semua guru berjaya mencapai

objektif yang diinginkan setelah selesai mengajar sesuatu mata pelajaran kepada murid-

muridnya. Tidak ramai juga murid yang berjaya mengikuti dan memahami apa yang diajar

oleh guru mereka walaupun diajar berulang-ulang kali. Menyedari hakikat ini berbagai-bagai

isu telah timbul dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

Dalam era modenisasi pada masa kini, masih terdapat pelajar yang buta huruf yang

tidak tahu membaca dan menulis dalam bahasa Melayu. Kajian Kementerian Pelajaran

baru-baru ini ialah mendapati 165,000 pelajar di negara ini masih buta huruf. Daripada

jumlah ini, 125,000 adalah murid sekolah rendah dan selebihnya di sekolah menengah

(Laporan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010). Keadaan ini dilihat sebagai

satu keadaan yang sangat membimbangkan.

Laporan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010, murid-murid tahap satu

yang mengalami defisit akademik telah berkurangan daripada 9.1% pada tahun 2003

kepada 7.7% pada tahun 2004. Manakala pada tahun 2005 pula, didapati 4.4% murid

sekolah rendah masih belum menguasai kemahiran membaca. Laporan ini telah

menunjukkan keadaan yang semakin baik menyebabkan Pihak Kementerian Pelajaran

Malaysia mengambil tindakan sewajarnya untuk membasmikan masalah penguasaan

kemahiran membaca agar berada pada tahap sifar. ‘Defisit Akademik’ bermaksud kegagalan

menguasai kemahiran asas seperti membaca (Buku Panduan KIA2M). Pihak Kementerian

Pelajaran (KPM) berusaha menghapuskan gejala ini dengan pelbagai kaedah dan menelan

jutaan ringgit. Kegagalan dan kelambatan murid menguasai kemahiran asas di peringkat

rendah perlu dilihat dengan serius dan memerlukan kaedah-kaedah tertentu untuk

mengatasinya. Gejala tidak boleh membaca dan tidak mahir membaca boleh memberikan

kesan buruk kepada murid daripada segi akademik dan sosial. Misalnya, ketinggalan dalam

bidang akademik atau pencapaian mereka rendah dalam mata pelajaran bahasa Melayu

Page 2: Kajian tindakan defisit akademik

dan mata pelajaran-mata pelajaran yang lain akan menyebabkan mereka kurang berminat

untuk belajar malah ada yang terus tidak suka ke sekolah.

Ketinggalan menguasai kemahiran membaca mempengaruhi penguasaan dan

pencapaian dalam mata-mata pelajaran lain (Khathijah Rohani bt Mohd Yunus dan Zalizan

Mohd Jelas, 1993). Akibatnya juga, daripada segi psikologi keadaan ini menyebabkan

mereka berasa kecewa, bosan dan tidak gemar membaca (Noran Fauziah Yaakub, 1992).

Ali Abdul Ghani (Nov 1993) menulis dalam Jurnal Teknologi Pendidikan mengatakan

bahawa belajar membaca merupakan satu aktiviti mental yang kompleks. Ia juga merupakan

satu proses yang lambat dan sukar. Sesetengah murid tidak dapat menguasai bidang

pembacaan sepenuhnya dalam jangka masa yang sepatutnya seperti yang ditetapkan

dalam kurikulum ini juga kerana murid mempunyai kelainan keupayaan dan minat. Menurut

Koh (1986) pula, penguasaan bahasa yang lemah akan mengugat kemajuan dalam subjek

lain. Ini disebabkan oleh bahasa ialah alat komunikasi untuk mempelajari dan menguasai

sesuatu disiplin ilmu. Kegagalan seseorang murid dalam ujian atau peperiksaan dapat

dikaitkan dengan kegagalan murid itu untuk membaca dan memahami soalan-soalan yang

dikemukakan.

2.0 DEFINISI KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS

Kanak-kanak berkeperluan khas (exceptional children) terdiri daripada kanak-kanak yang

mengalami kesukaran belajar. Kanak-kanak Pintar Cerdas (gifted) yang mempunyai

kebolehan yang jauh lebih tinggi daripada norma juga diklasifikasikan sebagai kanak-kanak

yang berkeperluan khas. Kedua-dua kumpulan pelajar ini memerlukan pengubahsuaikan

kepada kurikulum dan kaedah mengajar supaya mereka dapat merealisasikan potensi

mereka (Heward 2003).

Istilah lain juga telah digunakan untuk “kanak-kanak berkeperluan khas” ini seperti

kanak-kanak istimewa, kanak-kanak luar biasa, kanak-kanak kurang upaya, kanak-kanak

cacat, kanak-kanak abnormal, kanak-kanak bermasalah dan kanak-kanak terbantut

pertumbuhan dan perkembangan. Menurut Kail (2001), hampir 4% daripada populasi dunia

terdiri daripada individu luar biasa atau kanak-kanak berkeperluan khas.Terdapat kanak-

Page 3: Kajian tindakan defisit akademik

kanak yang dilahirkan tanpa boleh mendengar apa-apa bunyi, manakala ada juga yang

dilahirkan tanpa mempunyai keupayaan untuk melihat objek atau cahaya termasuklah muka

ibu bapa sendiri.

Terdapat juga kanak-kanak yang mengalami kesukaran memberi tumpuan atau

mengalami kerencatan mental sejak lahir. Secara umumnya, kanak-kanak berkeperluan

khas berbeza daripada kanak-kanak normal dari segi

1. mental ( pencapaian akademik ),

2. keupayaan deria ( melihat dan mendengar ),

3. keupayaan berkomunikasi ( menulis dan bertutur ),

4. tingkah laku ( mengawal diri ),

5. emosi ( bercampur gaul )

6. ciri-ciri fizikal ( bergerak dan menjaga diri sendiri)

2.0 PROFIL MURID

2.1 Biodata

Nama : Fakrul Idham B. Mohd. Ikebar

Umur : 9 tahun

Keturunan : Melayu

Agama : Islam

Tarikh lahir : 19/11/2006

Tempat Lahir : Hospital Besar Tengku Ampuan Rahimah, Klang

Bil. Adik Beradik : 3 orang (anak ke-2)

Nama ibu : Nur Ain binti Saibi

Umur Ibu : 28 tahun

Pekerjaan Ibu : Surirumah

Nama Bapa : Mohd Ikebar B. Mukayat

Umur bapa : 30 tahun

Pekerjaan Bapa : Pekerja kilang

Page 4: Kajian tindakan defisit akademik

2.2 Masalah Kesihatan

Fakrul Idham tidak mempunyai sebarang penyakit lain. Di dalam kalangan ahli

keluarga serta saudara-mara Fakrul Idham, tiada siapa yang mengalami masalah

kerencatan akal atau berkeperluan khas.

2.3 Tahap Masalah Yang dihadapi

Murid ini dikenal pasti mengalami masalah pembelajaran semenjak tahun pertama

persekolahan. Terdapat dua petunjuk utama masalah pembelajaran. Pertama, walaupun

murid berupaya belajar, kadar pembelajaran mereka sangat perlahan. Ini disebabkan tahap

perkembangan menyerupai kanak-kanak yang lebih muda. Contohnya, tahun dua hanya

permulaan belajar abjad, membilang dan menulis namanya sendiri. Kedua, kebanyakan

perkembangan ditunda. Mereka gagal setanding dengan mereka yang membangun dalam

intelektual dan bahasa, pencapaian akademik, kecekapan sosial dan kemahiran persediaan

vokasional.

Walaupun kadar pembelajarannya perlahan, mereka boleh memperoleh pelbagai

aktiviti di dalam kelas. Walau bagaimanapun, sebahagian pembelajaran mereka sukar

dipelajari. Contohnya kemahiran pemahaman pembacaan adalah lebih sukar berbanding

pembacaan biasa. Maksudnya, murid kurang berjaya menyelesaikan masalah matematik

berbanding pengiraan matematik. Jelaslah murid ini sukar memohon kemahiran

pembelajaran apabila berhadapan dengan situasi baru.

2.4 Pencapaian Akademik

Pencapaian akademik murid ini ialah sangat tidak memberangsangkan kerana murid ini

merupakan murid yang corot di dalam kelas. Pencapaian murid didalam kelas adalah pada

tahap rendah menyebabkan batasan pergaulan dan komunikasi dengan guru dan juga

rakan-rakan sebaya yang lain.

Page 5: Kajian tindakan defisit akademik

3.0 Responden

Responden kajian terdiri daripada 5 orang. Responden yang pertama ialah ibu kepada

murid. Responden yang kedua ialah guru kelas, juga merangkap guru bahasa Inggeris.

Resoponden yang ketiga ialah guru mata pelajaran matematik. Responden yang ke empat

ialah guru mata pelajaran Bahasa Melayu. Manakala responden yang terakhir ialah guru

pemulihan khas.

4.0 Metodologi

1) Alat Pengumpulan Data Kajian Kualitatif

Terdapat tiga kaedah alat pengumpulan data, iaitu pemerhatian, temu bual dan analisis

dokumen (Mohd, 2005; Nana, 2005; Fraenkel, 2007). Penggunaan ketiga-tiga kaedah ini

akan saling melengkapi antara satu dengan yang lain, ketidakjelasan daripada pengutipan

data teknik pemerhatian akan ditanya kepada responden melalui teknik temu bual dan

sebaliknya, yang kemudian disokong oleh teknik analisis dokumen. Penggunaan ketiga-

tiga kaedah tersebut merupakan bahagian daripada proses triangulasi yang dapat

menghasilkan dapatan kajian yang lebih tepat dan meyakinkan tentang konsep yang dikaji

(Mohd, 2005; Nana, 2005).

Triangulasi membolehkan data-data yang tidak dapat dikumpul dengan satu kaedah

akan digunakan kaedah yang lain, seperti terlihat pada Rajah 3.2 berikut

Rajah 3.2 Triangulasi kaedah pengumpulan data (Sumber Lexy, 2007)

Page 6: Kajian tindakan defisit akademik

Ketiga-tiga kaedah pengumpulan data kajian kualitatif iaitu pemerhatian, temu bual

dan analisis dokumen akan memantapkan kebolehpercayaan dan kesahihan internal

(Merriam, 2001), dan satu kelebihan yang ketara adalah penggunaan pelbagai teknik

pengutipan data yang memberi triangulasi atau pengukuhan data (Marohaini, 2001).

Penggunaan masing-masing kaedah dalam penyelidikan ini adalah seperti huraian

berikut.

a) Pemerhatian

Kaedah pemerhatian digunakan untuk pengumpulan data tentang masalah defisit akademik

yang dihadapi oleh seorang murid tahun 3, di SK. Meru 2, Klang, Selangor. Pemerhatian

yang dilakukan memberikan peluang kepada penyelidik untuk memerhati, mendengar dan

mengalami suasana yang sebenar (Mohd, 2005; Nana, 2005). Dengan kaedah ini penyelidik

memperoleh gambaran sebenar yang menyeluruh dan mendalam tentang yang berlaku,

kepada murid semasa mengikuti sesi pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas.

Dalam kajian ini, penyelidik bertindak sebagai pemerhati atau peserta seperti mana

dinyatakan oleh Spradley (1980), semua pengkaji yang menggunakan pemerhatian-

peserta dalam kajian mempunyai dua tujuan,

a) melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan situasi,

b) memerhati aktiviti-aktiviti yang sedang berlaku dengan aspek-aspek berkenaan.

b) Temu Bual

Temu bual ialah alat penyelidikan bila mana subjek dan penyelidik hadir dalam proses

memperolehi dapatan kajian (Sukardi, 2004; Mohd, 2005; Nana, 2005), berkenaan dengan

fakta, kepercayaan, perasaan, kehendak yang diperlukan untuk mencapai objektif

penyelidikan (Mohd, 2005). Temu bual merupakan salah satu sumber maklumat yang paling

penting dalam kajian kes. Hal ini kerana dengan temu bual, dalam beberapa situasi

penyelidik dapat meminta kepada responden untuk menyampaikan pendapatnya

tentang suatu peristiwa atau program tertentu, dan hasilnya dapat digunakan sebagai

preposisi dalam pelaksanaan penyelidikan selanjutnya.

Page 7: Kajian tindakan defisit akademik

Dalam penyelidikan ini, temu bual digunakan untuk mengumpulkan data dan

maklumat dengan pertimbangan:

i) Penyelidik memperoleh dapatan kajian tentang masalah yang dihadapi oleh murid

semasa berada di sekolah

ii) Memperoleh dapatan kajian secara terperinci berkait dengan masalah defisit akademik

murid

c) Dokumen

Dokumen pada hakikatnya adalah segala bahan tertulis mahupun filem yang sudah tersedia

pada tempat tertentu (Noeng, 2000; Nana, 2005; Sudarwan, 2005). Analisis dokumen

digunakan untuk membantu penyelidik mendapatkan data secara objektif melalui dokumen

serta tidak memerlukan kehadiran informan dan juga dapat memberikan data yang

konsisten kerana segala data diperoleh secara tersurat dan dapat digunakan untuk

memperoleh kesahan sesuatu jawapan yang diperoleh daripada analisis soal selidik

(Frankel, 2007). Penggunaan dokumen dalam penyelidikan adalah mendukung dan

menambah bukti daripada sumber-sumber lain. Ada tiga penggunaan kaedah dokumen

dalam penyelidikan,

a) membantu memeriksa data-data yang telah dikumpulkan,

b) dapat menambah rincian khas lainya guna mendukung maklumat daripada sumber-

sumber lain, jika bukti dokumen bertentangan dan bukannya mendukung, penyelidik

mempunyai alasan untuk mengkaji lebih jauh tentang kajian yang sedang dilaksanakan,

c) inferensi dapat dibuat dari dokumen-dokumen (Robert, 1996).

6.0 Data Analisis

Punca Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran Pada peringkat awal sudah disebut kanak-

kanak yang mengalami masalah pembelajaran adalah mereka yang mengalami masalah

neurologi terutama otak. Otak secara umumnya terdiri daripada dua bahagian iaitu:

Bahagian atas yang disebut cortex Bahagian bawah yang disebut medulla dan sekitarnya.

Otak atas yang terdapat pada manusia bersifat adalah dinamis dan potensinya dapat

Page 8: Kajian tindakan defisit akademik

dikembangkan seluas-luasnya. Otak bawah yang terdapat dalam spesies tinggi dan juga

spesies rendah seperti kucing, monyet dan sebagainya adalah bersifat statik.

Otak bawah memiliki fungsi-fungsi dasar seperti berikut: Medula berfungsi

mengendalikan pernafasan, pencernaan, detik jantung dan penelaan. Serebelum berfungsi

mengkoordinasi pelbagai gerakan organ jasmani dan refleks. Talamus berfungsi sebagai

penyambung maklumat yang diperoleh oleh deria melalui sub-sub bahagian otak bawah ke

otak atas atau cortex. Hipotalamus berfungsi mengatur ekspresi yang berasal daripada

dorongan-dorongan dasar seperti dorongan rasa lapar dan seksual.

Selanjutnya, memori terdiri daripada dua jenis iaitu: Memori semantik iaitu memori

khusus yang menyimpan pengertian maklumat. Memori episodik iaitu memori khusus yang

menyimpan maklumat peristiwa. Dalam memori semantik, maklumat yang diterima

ditransformasikan dan diberi kod makna, lalu disimpan. Maklumat yang disimpan tidak

dalam bentuk asal, tetapi dalam bentuk kod yang bermakna. Pelajar yang memiliki

maklumat hasil proses semantik seperti itu dapat mempertahan dan menggunakannya

dalam waktu yang lebih lama dan dalam situasi yang lebih kompleks.

Sesuai dengan namanya, memori semantik berfungsi menyimpan konsep-konsep

yang signifikan dan bertalian antara satu dengan yang lain. Apabila Adam berkata, “Saya

tahu bangau adalah burung dan memiliki sayap”. Dalam kenyataan deklaratif ini, bangau

adalah superordinat bagi burung-burung lain seperti kenari, merak dan lain-lain. Sayap

adalah ciri-ciri bagi burung-burung pada umumnya. Maklumat yang terungkap dalam burung

dan sayap, selanjutnya dapat diperlakukan oleh memori Adam bagi menjelaskan erti konsep

burung yang lain yang memiliki superordinat dan ciri-ciri serupa dengan bangau. Oleh yang

demikian, butir-butir maklumat yang tersimpan dalam memori semantik bersifat dinamis dan

dapat diolah serta diaplikasikan oleh akal Adam bagi memahami fenomena lain yang

relevan dengan butir-butir maklumat itu.

Memori episodik adalah memori yang menerima dan menyimpan peristiwa-peristiwa

yang terjadi ataupun dialami pelajar pada waktu dan tempat tertentu yang berfungsi sebagai

referensi autobiografi. Apa yang kamu makan pagi tadi, ke mana kamu pergi semalam, dan

Page 9: Kajian tindakan defisit akademik

peristiwa yang kamu alami pada hari pertama di darjah satu dan sebagainya adalah contoh-

contoh maklumat yang tersimpan dalam memori episodik.

Walaupun penyebab lupa itu pelbagai, namun yang penting yang perlu diperhatikan

adalah faktor pertama di atas yang merangkumi gangguan proaktif dan retroaktif kerana ia

sudah dibuktikan melalui penyelidikan. Di samping itu, ciri-ciri mereka adalah seperti berikut:

Lemah dalam penguasaan membaca, menulis dan mengira atau 3M. Keliru dengan nombor

‘13 dan 31’, menulis ‘p sebagai q’ dan tidak dapat mengingat turutan angka ataupun huruf.

Penguasaan yang lemah dalam sesuatu kemahiran kognitif jika dibandingkan

dengan rakan sebaya. Sukar mengikut arahan. Lemah dalam keseluruhan pelajaran.

Mempunyai darjah kecerdasan antara 70 hingga 90. Selalu gagal dalam latihan dan ujian.

Memerlukan jangka masa yang lama bagi menguasai sesuatu kemahiran. Lemah dalam

perkara-perkara yang abstrak. Mengulangi sesuatu aktiviti beberapa kali tanpa berhenti.

Keliru dengan hari seperti ‘hari ini’ disebut sebagai ‘esok’ dan sebaliknya. Menunjukkan

kesukaran dengan koordinasi motor kasar ataupun halus. Lemah dalam menerima konsep

yang baru. Tidak dapat menghubungkaitkan konsep yang baru dengan yang lama. Lambat

mengingat semula. Tidak dapat menganalisis. Tidak dapat menyelesaikan masalah. Lemah

dalam mengutarakan idea. Mudah terganggu. Rendah diri. Gangguan emosi. Pemalu.

Penakut. Tidak ada motivasi. Tidak menunjukkan reaksi apabila tiba-tiba bunyi bising

kedengaran seperti tepukan tangan ataupun pintu ditutup dengan kuat ataupun mengelipkan

mata ataupun membuka matanya dengan luas bagi mencari arah bunyi itu. Tidak memerhati

bunyi-bunyian seperti bunyi motosikal dan sebagainya. Tidak menunjukkan respons apabila

namanya dipanggil. Tidak dapat membezakan bunyi-bunyi. Tidak dapat mengingati apa

yang didengar. Selalu menyebut “Saya tak peduli” ataupun “Saya tak mahu.” Tidak dapat

memahami perhubungan dan konsep berdasarkan maklumat yang didengar. Tidak dapat

membezakan bunyi-bunyian yang penting daripada beberapa bunyi-bunyian latar belakang.

Tidak dapat melihat perbezaan dan persamaan saiz, bentuk, warna dan kedudukan. Sukar

mengingati semula apa yang dilihat.

Page 10: Kajian tindakan defisit akademik

7.0 Hasil Dapatan

Hasil daripada temubual dengan responden, saya mendapati beberapa masalah yang

menyebabkan berlakunya defisit akademik terhadap murid ini. Berikut adalah masalah yang

dihadapi :

7.1 Murid kelas pemulihan juga terpaksa mengikuti kelas sukatan pelajaran lain, jadi mereka

tidak boleh memberi tumpuan sepenuhnya dalam kelas pemulihan. Kebanyakan guru tidak

mempedulikan tahap murid di dalam kelas masing-masing. Mereka berasa culas untuk

mengasingkan murid-murid yang lemah ini. Bagi mereka, yang penting sekali adalah untuk

menghabiskan silibus yang diwajibkan ke atas mereka tanpa mempedulikan murid-murid

yang akan ketinggalan.

7.2 Murid tidak mendapat pendidikan asas dari awal (prasekolah) sehingga menyukarkan

mereka menyesuaikan diri dengan kelompok murid pintar. Hal ini juga melibatkan peranan

ibubapa sebagai guru di rumah. Ibubapa perlu mendedahkan anak mereka dengan

pendidikan awal untuk membiasakan mereka dengan keadaan pembelajaran. Ramai murid

yang baru memasuki Tahun 1 tidak dapat menyesuaikan diri dengan suasana pembelajaran

yang baru dan ini mengakibatkan mereka berasa janggal dan tidak dapat mengikut

pembelajaran di dalam bilik darjah. Selain itu ada juga murid lewat mendaftar masuk kelas

tahun satu (ada yang lewat hingga satu dan dua bulan) menyebabkan mereka tidak

mengikuti pendidikan asas membaca dari awal.

7.3 Masalah keluarga, murid kerap tidak hadir ke sekolah sehingga ketinggalan dalam

proses pembelajaran. Ada segelintir ibubapa yang memandang ringan terhadap kehadiran

anak-anak mereka ke sekolah. Murid tidak menyiapkan kerja sekolah, malas untuk bangun

awal untuk ke sekolah, berpura-pura sakit dan sebagainya. Ibubapa yang terlalu manjakan

anak mereka akan melayan kerenah anak mereka dan apabila murid-murid tidak

menghadirkan diri ke sekolah, mereka akan ketinggalan dalam pembelajaran dan kadang-

kadang guru tidak akan mengulang kembali pengajaran yang telah dilakukan dan ini telah

menyebabkan salah satu punca murid-murid mengalami defisit dalam akademik.

Page 11: Kajian tindakan defisit akademik

7.4 Wujud kelompok murid yang mempunyai daya pemikiran yang pantas dan lembap. Jika

tidak diasingkan, yang lembap akan terus ketinggalan. Dalam aspek kepedulian, guru perlu

peka dan prihatin terhadap kemampuan murid sendiri. Jika terdapat murid yang mempunyai

daya pemikiran yang tajam dan pantas, mereka perlu diasingkan dari murid yang lain. Guru

perlu sensitif dan mengambil berat akan masalah ini. Kadang-kadang guru berasa selesa

dengan murid yang selalu faham dan tidak pernah bertanyakan mengenai isi pembelajaran

dan langsung melupakan murid-murid yang lemah dan tidak faham akan pengajaran guru.

7.5 Murid tidak mempunyai sebarang minat untuk belajar. Masalah ini merupakan masalah

yang paling berat dan perlu dipandang serius oleh setiap guru. Jika timbul sekelumit

perasaan ini dalam diri klien mereka, maka tugas guru akan menjadi lebih mencabar dan

rumit. Guru dan ibubapa perlu bersekongkol untuk memastikan masalah ini tidak timbul

dalam sanubari kanak-kanak walaupun sekelumit.

7.6 Kaedah Pengajaran Guru salah satu punca berlakunya masalah membaca dalam

kalangan murid. Masalah dalam kaedah pengajaran guru yang dapat dirumuskan kepada

tiga punca utama, iaitu :

(i) kurang pengalaman,

(ii) penggunaan kaedah pengajaran membaca secara beramai-ramai dan individu

(iii) tidak ada kaedah yang berkesan dalam pengajaran membaca.

7.7 Faktor seterusnya yang dikenal pasti punca berlakunya masalah defisit dalam kalangan

murid ini ialah persekitaran yang tidak kondusif. Terdapat tiga faktor persekitaran yang

ditemui dalam iaitu

(i) keluarga,

(ii) sekolah

(iii) rakan

7.8 Faktor sekolah juga adalah penyumbang kepada masalah ini. Ini kerana, di kelas sahaja

bilangan murid ialah 45 orang. Ini secara tidak langsung menjejaskan tumpuan guru

terhadap murid yang lemah. Murid yang lemah semakin hari akan semakin ketinggalan.

7.9 Faktor Psikologi

Page 12: Kajian tindakan defisit akademik

Minat dan motivasi sangat berperanan dalam membina tabiat dan keupayaan membaca.

Minat yang mendalam terhadap bahan bacaan memudahkan seseorang itu mengalami

proses pembacaannya. Terdapat dua faktor yang berkaitan dengan psikologi, iaitu :

(i) kurang minat belajar dan

(ii) kurang mengambil perhatian semasa belajar.

Faktor tidak minat membaca merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada

wujudnya masalah membaca dalam kalangan murid menyebabkan murid tidak dapat

menguasai mata pelajaran yang lain.

7.10 Faktor Individu

Faktor individu berkait rapat dengan kecerdasan dan kebolehan membaca. Murid-murid

yang mempunyai kecerdasan yang tinggi selalunya berpeluang memahami dengan cepat

bahan bacaan yang dibaca berbanding murid yang lemah membaca. Dalam konteks kajian

ini, faktor individu ialah faktor yang berkaitan dengan kecerdasan murid lemah dalam

pembelajaran dan membaca. Murid-murid ini juga mempunyai ingatan yang lemah dan tidak

dapat mengingat maklumat dan apa yang telah dipelajari dalam jangka masa yang panjang.

Faktor kecerdasan murid atau individu adalah berkait rapat dengan kebolehan membaca

mereka. Kecerdasan murid yang rendah menjadikan individu berkenaan tidak boleh

mengingati apa yang dipelajari untuk jangka masa panjang dan menyebabkan murid-murid

ini membuat tanggapan yang meleset dari apa yang telah dipelajari seterusnya semakin

ketinggalan dalam pelajaran.

8.0 KESAN DAN AKIBAT

Kemahiran membaca merupakan aspek yang sangat penting dalam menguasai sesuatu

ilmu pengetahuan. Seseorang yang mempunyai kemahiran membaca dengan mudah dapat

memperolehi serta meningkatkan ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang. Sehubungan itu

kemahiran asas yang diajar di sekolah, sejak zaman berzaman yang lalu, ialah menguasai

kemahiran membaca dan menulis. Para pendidik bersetuju bahawa membaca merupakan

petanda pencapaian akademik yang paling signifikan.

Page 13: Kajian tindakan defisit akademik

Namun begitu, walaupun penekanan diberikan terhadap kemahiran-kemahiran

tersebut, sehingga kini masih terdapat murid-murid yang tidak dapat menguasai kemahiran

tersebut. Keadaan ini tidak dapat dipandang ringan kerana dalam zaman globalisasi ini,

dengan perubahan yang mendadak dari segala aspek kehidupan, pendidikan terus

berperanan bukan sahaja sekadar untuk mencelikkan mereka yang buta huruf dan buta

angka, tetapi turut berperanan untuk mencelikkan generasi muda kita yang buta IT, buta jati

diri, buta budaya, buta nilai, budi bahasa dan sopan santun. (Majalah Pendidik Bil 55/ Dis

2008)

Kegagalan murid membaca dengan baik seringkali dikaitkan dengan kegagalan

dalam peperiksaan. Kegagalan dalam peperiksaan ini banyak dipengaruhi oleh kesukaran

murid-murid untuk memahami isi kandungan pelajaran yang dipelajari disebabkan oleh

kegagalan mereka membaca dengan baik.

Murid yang menghadapi masalah membaca ini juga didapati berhadapan dengan

masalah untuk menguasai mata pelajaran lain selain Bahasa Melayu. Akibat daripada

kelemahan menguasai kemahiran membaca ini, pencapaian mereka terhadap mata

pelajaran lain seperti Matematik, Bahasa Inggeris, Sains juga terjejas.

Minat dan motivasi sangat dominan dan berperanan dalam membina tabiat suka

membaca. Di samping itu, dorongan dan pemupukan minat perlu ditanamkan oleh guru, ibu

bapa serta komuniti setempat. Minat yang tinggi terhadap membaca membolehkan individu

tersebut berjaya dalam kehidupannya. Murid yang lemah menguasai kemahiran membaca

akan menghadapi berbagai-bagai impak psikologi. Murid yang lemah dan tidak pandai

membaca akan disingkirkan oleh kawan-kawan mereka, menyebabkan murid ini terasa

terasing dan tidak dipedulikan menyebabkan mereka tidak minat belajar. Saya mendapati

murid yang lemah membaca ini selalu merasa rendah diri di kalangan kawan-kawan mereka

kerana mereka tahu yang mereka ini tidak ada kebolehan seperti kawan-kawan mereka itu.

Disebabkan mereka tidak boleh membaca menyebabkan murid ini malas untuk belajar

mungkin kerana terlalu banyak sudah mencuba akhirnya mereka merasa malaslah untuk

Page 14: Kajian tindakan defisit akademik

mencuba. Murid yang lemah membaca ini juga kurang motivasi untuk belajar berbanding

murid yang pandai membaca.

9.0 LANGKAH MENGATASI

Tanggungjawab guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran sememangnya berat

kerana guru bukan sahaja bertanggungjawab memberi pengalaman kepada pelajar dalam

bidang mata pelajaran yang diajar tetapi ia juga bertujuan membentuk pelajar menjadi

seorang pelajar yang cemerlang. Kalau itu tidak mencukupi banyak lagi tugas dan

tanggungjawab guru yang ditanggungnya di luar proses pengajaran. Tugas guru bukannya

mudah kerana ada banyak perkara lain yang dianggap seseorang guru harus boleh lakukan

sungguh pun guru itu tidak mendapat latihan khusus dalam bidang itu.

Tanggungjawab dalam bidang pengajaran dan pembelajaran membaca bukannya

terhad pada seseorang guru sahaja. Untuk setiap mata pelajaran disediakkan buku teks. Ini

bererti setiap guru mata pelajaran juga harus menjadi seorang guru bacaan. Kalau ditanya

kepada guru, ramai akan mengatakan bahawa buku teks digunakan sebagai rujukan atau

untuk memberi latihan kepada pelajar. Persoalannya ialah bilakah pelajar betul-betul

berpeluang untuk diberi kemahiran membaca dalam erti kata membaca dengan penuh

perhatian. Begitulah juga keadaannya di dalam kelas bahasa, membaca tidak begitu

penting, yang penting ialah menjawab soalan kefahaman, lalu kita akan bertanya

tanggungjawab siapakah untuk mengajar membaca. Latihan yang diterima oleh guru dalam

bidang membaca terlalu minima dan ada guru yang tidak pernah menerima sebarang

pendedahan tentang pengajaran membaca dan ilmu membaca terutamanya guru mata

pelajaran. Kefahaman tentang ilmu membaca terlalu penting untuk diabaikan dalam proses

pendidikan guru. Sekurang-kurangnya apabila seorang guru itu tamat pengajiannya dia telah

pun menerima pendedahan dalam bidang ilmu membaca dan pengajaran membaca.

Pihak Kementerian Pelajaran telah memperkenalkan beberapa program di sekolah

antaranya program KIA2M atau Kelas Intervensi Awalan Membaca dan Menulis serta

program pemulihan bagi memastikan murid-murid dapat menguasai kemahiran membaca

dan menulis sejak di peringkat awal lagi. Program Kelas Intervensi Asas Membaca dan

Page 15: Kajian tindakan defisit akademik

Menulis (KIA2M) bertujuan untuk membantu murid yang belum menguasai kemahiran

membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu pada tahun satu. Kumpulan murid ini adalah

terdiri daripada mereka yang lambat atau belum menguasai kemahiran asas membaca dan

menulis. Mereka ini bukan hanya terdiri daripada murid pemulihan khas tetapi juga dari

kalangan murid yang hanya perlukan pemulihan dalam kelas. Oleh itu strategi pengajaran

dan pembelajaran yang hendak digunakan perlulah sesuai dengan keperluan untuk

membantu murid ini menguasai kemahiran asas ini dengan seberapa segera yang boleh.

a. Berpusatkan Guru

Guru merancang dan menjalankan tugas secara individu dan murid akan belajar

berdasarkan apa yang disampaikan dan diarahkan oleh guru sahaja.

b. Berpusatkan Murid

Murid diberi galakan untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti yang dirancangkan

sama ada secara individu, kumpulan kecil ataupun kelas.

c. Berpusatkan Bahan

Bahan-bahan pembelajaran yang diperlukan telah disusun, sesuai dengan perancangan

yang dibuat. Murid diberi penerangan yang jelas tentang keperluan aktiviti yang akan

dijalankan.

d. Pendekatan secara kelas

Pendekatan secara kelas perlu juga dijalankan supaya murid dapat melibatkan diri dan

meningkatkan keyakinan diri dalam aktiviti berkumpulan yang lebih besar. Aktiviti ini lebih

sesuai dijalankan di awal dan di akhir waktu belajar.

e. Pendekatan secara berkumpulan

Konsep pengajaran dan pembelajaran berkumpulan berasaskan kepada perubahan strategi

pengajaran yang berpusatkan guru kepada strategi yang berpusatkan murid. Kumpulan kecil

yang ahlinya terdiri daripada murid yang menghadapi masalah yang sama atau hampir

sama dibentuk. Guru menjalankan pengajaran dengan menggunakan modul pengajaran

yang disediakan.

f. Pendekatan secara individu

Page 16: Kajian tindakan defisit akademik

Guru menumpukan perhatian kepada murid secara individu bagi membantu membimbing

untuk mengatasi masalah yang dihadapinya. Selain itu bantuan daripada rakan sebaya juga

boleh digunakan jika perlu.

10.0 PENUTUP

Bagi kanak-kanak yang mengalami masalah bacaan yang teruk dan juga untuk kanak-kanak

berke[perluan khas, kaedah pengajaran pelbagai deria sangat sesuai digunakan. Sekiranya

guru memilih untuk menggunakan sesuatu kaedah, maka guru hendaklah tetap dengan

langkah-langkah yang disaran dalam kaedah itu. Sekiranya guru tidak mengikut langkah-

langkah yang telah ditetapkan atau mengikut sebahagian darikpada langkah sahaja, maka

guru tidak boleh mengatakan yang dia menggunakan kaedah tersebut.

Dengan jumlah penduduk yang tidak ramai dan dilengkapi dengan kemudahan pendidikan

yang serba maju, sepatutnya masalah tidak boleh membaca ini tidak boleh berlaku atau

sekurangnya dalam jumlah yang sedikit. Terdapat banyak faktor yang telah dikenal pasti.

Oleh itu, agensi-agensi bawah Kementerian Pelajaran seperti Pusat Perkembangan

Kurikulum, Bahagian Buku Teks, Bahagian Pendidikan dan Latihan Guru, Jabatan

Pendidikan Dearah dan lain-lain perlu mengenalpasti langkah-langkah untuk mengatasi

masalah ketidakbolehan membaca dalam kalangan murid ini.

Page 17: Kajian tindakan defisit akademik