11

Kaedah pandang & sebut

  • Upload
    samjs

  • View
    25

  • Download
    3

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Kaedah pandang & sebut
Page 2: Kaedah pandang & sebut

Pendekatan Seluruh Perkataan Pendekatan ini dikenali jugasebagai whole language word to sound: Look-and-say (Pandang dan

sebut)

Page 3: Kaedah pandang & sebut

Fasa 1 Memperkenalkan Perkataan

Lima alternatif untuk memilih perkataan:

1. Guru menyuruh murid menamakan benda-benda yang terdapat dalam bilik darjah, seperti ‘meja’ ‘kerusi’ ‘papan tulis’ ‘pintu’.

2. Memulakan dengan gambar . Murid melihat benda-benda dalam gambar, dan menyebutnya, misalnya ‘kucing’

‘lembu’,‘pokok’,

Page 4: Kaedah pandang & sebut

3. Mula dengan membaca cerita kepada kanak-kanak, kemudian pilih perkataan untuk diajar; (Big Book) Marie Clay, New Zealand method)

4. Murid bercerita. Guru menulis ‘cerita’ yang diceritakan secara lisan oleh seseorang murid. Kemudian guru mengguna beberapa perkataan dalam cerita itu untuk mengajar murid ‘mengeja’ dan ‘membaca’nya.

5. Mengguna tema: contoh - buah-buahan. Guru bincang dan mengajar murid membaca dan mengeja perkataan seperti ‘betik’ ‘durian’.

Page 5: Kaedah pandang & sebut

Fasa 2 Mencerakinkan Perkataan

Guru menulis perkataan yang dipilih di papan tulis. Contohnya perkataan ‘meja’. Murid membaca bersama guru.

Guru mencerakin perkataan ‘meja’, menjadi suku kata ‘me + ja’. Murid baca suku kata itu.

Guru mencerakin lagi menjadi huruf yang terpisah-pisah: ‘ m + e + j + a’.

Murid mengeja. Murid menyalin perkataan dan huruf.

Page 6: Kaedah pandang & sebut

Fasa 3 Proses Mengulang

1. Perkataan baharu diperkenalkan, contohnya ‘cawan’ . Murid ikut guru menyebut‘cawan’

2. Guru mencerakin perkataan ‘cawan’ menjadi suku kata ‘ca + wan’ 3. Guru mencerakin lagi menjadi huruf c+ a+ w+ a+ n. 4.Murid sebut huruf dan salin.

Page 7: Kaedah pandang & sebut

Rumusan Murid diajar menyebut

‘seluruh perkataan’ selepas guru menyebutnya dan menulisnya di papan tulis.

Perkataan dicerkinkan menjadi suku kata.

Murid membaca suku kata. Perkataan dicerkin menjadi

huruf. Murid mengeja dan menulis

huruf serta perkataan

Page 8: Kaedah pandang & sebut

Kebaikan

Perkataan yang diperkenalkan bermakna.

Mereka memahami apa yang dibaca dan ini akan dapat mengelakkan mereka daripada berasa bosan.

Page 9: Kaedah pandang & sebut

Kelemahan Kajian menunjukkan beberapa

kelemahan dalam kaedah ini Kanak-kanak cuba mengecam dan

membaca perkataan dengan cara ‘meneka’ dari bentuknya.

Kanak-kanak tidak dapat mengguna kemahiran membaca perkataan yang lalu untuk ‘attack’ membaca perkataan baru,

Jadi murid perlu ‘mengecam’ dan ‘menghafal’ banyak perkataan sebelum ia boleh membaca sesuatu cerita.

Page 10: Kaedah pandang & sebut
Page 11: Kaedah pandang & sebut

Penggunaan gambar di atas paling sesuai untuk pengajaran asas membaca dengan menggunakan kaedah(A) abjad(B) fonik(C) sukukata(D) pandang dan sebut