30
BAB 9 ISU-ISU DAN CABARAN KEPEMIMPIN DAN ETIKA DALAM KOMUNIKASI 1. Pengenalan 2. Kuasa dan tanggungjawab 3. Pelanggaran hak individu 4. Kejujuran individu dan kredibiliti organisasi 5. Hak cipta 6. Kebebasan bersuara 7. Rumusan

Isu isu dan cabaran kepemimpin dan etika dalam komunikasi

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Isu isu dan cabaran kepemimpin dan etika dalam komunikasi

BAB 9

ISU-ISU DAN CABARAN KEPEMIMPIN DAN ETIKA DALAM KOMUNIKASI

1. Pengenalan

2. Kuasa dan tanggungjawab

3. Pelanggaran hak individu

4. Kejujuran individu dan kredibiliti organisasi

5. Hak cipta

6. Kebebasan bersuara

7. Rumusan

Page 2: Isu isu dan cabaran kepemimpin dan etika dalam komunikasi

PENGENALAN

Bagi mengupas isu etika kontemporari,

struktur yang harus dimasukkan ialah

perbincangan konseptual, permasalahan,

dan penilaian. Sebaiknya-baiknya penilaian

ini mengandungi pendapat mereka yang

bersetuju dengan isu atau tindakan, dan

mereka yang tidak bersetuju dan penilaian

anda keseluruhannya.

Page 3: Isu isu dan cabaran kepemimpin dan etika dalam komunikasi

KUASA DAN

TANGGUNGJAWABDefinisi kuasa secara umumnya adalah merujuk

kepada keupayaan. Dengan lebih spesifik lagi,

Abdul Rashid dan El-Fatih (2005), dan McLean

dan McMillan (2003) menjelaskan kuasa sebagai

keupayaan menjadikan seseorang melakukan sesuatu

yang mungkin tidak akan dilakukannya (di dalam

Suhaini Muda, 2007). Keupayaan itu seterusnya

dijelaskan sebagai kapasiti sesetengah orang untuk

menghasilkan kesan yang diingini dan dijangka ke

atas orang lain yang mana keupayaan ini tidak

semestinya dilakukan secara kasar atau paksaan.

Page 4: Isu isu dan cabaran kepemimpin dan etika dalam komunikasi

Kajian-kajian mengenai kuasa banyak berdasarkan

kepada lima asas-asas kuasa oleh French dan

Raven (dalam Suhaini Muda, 2007). Pertama

adalah kuasa paksaan yang berasaskan kepada

ketakutan seseorang kepada kesan negatif yang

mungkin berlaku sekiranya beliau gagal bertindak.

Islam juga mengenal pasti kuasa ini selagi ia tidak

digunakan untuk memaksa orang yang dipimpin

melakukan kejahatan. Rasulullah s.a.w juga

pernah bersabda, “Patuhlah kepada pemimpin

selagi dia berbuat kebaikan.”

Page 5: Isu isu dan cabaran kepemimpin dan etika dalam komunikasi

Keduanya, kuasa anugerah yang berdasarkan

kepada keupayaan untuk membahagikan sesuatu

yang mungkin mempunyai nilai kepada orang lain.

Ia bukan sahaja wujud dalam bentuk material

seperti kenaikan gaji dan pangkat, tetapi juga boleh

jadi dalam bentuk bukan material sepertimana

anugerah yang dikurniakan kepada khalifah Islam

pertama, Abu Bakar al-Siddiq yang merupakan

seorang peniaga berbudi bahasa yang sangat

berjaya dan dipercayai ramai sehinggakan beliau

selalu dilantik sebagai orang tengah dalam

pelbagai peristiwa.

Page 6: Isu isu dan cabaran kepemimpin dan etika dalam komunikasi

Ketiga merujuk kepada kuasa yang sah iaitu kuasa

yang dipunyai seseorang disebabkan kedudukan

beliau dalam hierarki formal, dan ia juga dikenali

sebagai autoriti. Islam mengiktiraf dan menghormati

mereka yang dilantik menjadi pemimpin secara

sah di mana Allah berfirman:

Wahai orang-orang yang beriman, Taatlah kamu

kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah

dan juga kepada pemimpin dari kalangan kamu.

(4:59)

Page 7: Isu isu dan cabaran kepemimpin dan etika dalam komunikasi

Keempat adalah kuasa mahir yang

merujuk kepada pengaruh yang

berasaskan kepada kemahiran, skil

istimewa atau pengetahuan seseorang.

di dalam Islam, imam yang memimpin

sembahyang adalah dipilih daripada

seorang yang luas pengetahuannya

mengenai Islam.

Page 8: Isu isu dan cabaran kepemimpin dan etika dalam komunikasi

Akhir sekali ialah kuasa rujukan yang

berasaskan kepada identifikasi dengan

seseorang yang mempunyai sumber-sumber

atau sifat-sifat peribadi yang menarik di

mana beliau boleh melaksanakan kuasa ke

atas orang yang meminatinya. Ini samalah

seperti pemimpin Islam, Rasulullah s.a.w.

yang terus menjadi idola kepada umat Islam

sepanjang zaman.

Page 9: Isu isu dan cabaran kepemimpin dan etika dalam komunikasi

Perkembangan semasa di Malaysia sendiri

telah banyak mendedahkan mengenai

salahlaku para pemimpin yang disebabkan

oleh penyalahgunaan kuasa dan kurang

prihatin kepada etika. Disebabkan itu, kita

mendengar pelbagai isu yang melibatkan

para pemimpin daripada yang didakwa

kerana terlibat dengan rasuah dan pecah

amanah sehinggalah kepada yang terlibat

dengan pembunuhan.

Page 10: Isu isu dan cabaran kepemimpin dan etika dalam komunikasi

PELANGGARAN HAK INDIVIDU

Mengenai isu bekas menteri ditangkap sekedudukan

dengan seorang wanita. Ada pihak menganggap

tindakan bekas menteri itu menyalahi etika sebagai

seorang pemimpin yang dihormati rakyat. Tindakan

beliau melepaskan jawatan adalah wajar. Ada juga

yang bersimpati dengan bekas menteri berkenaan

dan menyalahkan pihak yang membuat rakaman

video dan menyebarkannya kerana pihak terlibat

juga dikatakan tidak beretika kerana telah melanggar

hak privasi individu.

Page 11: Isu isu dan cabaran kepemimpin dan etika dalam komunikasi

KEJUJURAN INDIVIDU DAN

KREDIBILITI ORGANISASI

Isu ini juga bukan hanya memberi kesan

kepada bekas menteri itu sahaja sebagai

seorang individu, tetapi turut memberi

kesan kepada badan atau organisasi yang

diwakilinya, dalam konteks ini adalah

kerajaan Malaysia.

Page 12: Isu isu dan cabaran kepemimpin dan etika dalam komunikasi

Pengakuannya itu mungkin dilihat sebagai

sesuatu yang jujur dan dengan perletakan

jawatannya itu dapat membersihkan nama

orgaanisasi dan semua ahli di dalamnya.

Ia turut meningkatkan kredibiliti organisasi

apabila ia memperlihatkan ketegasan

kerajaan menangani isu-isu berkaitan

dengan etika. Sebaliknya, pengakuan

jujurnya itu juga boleh merendahkan

kredibiliti organisasi.

Page 13: Isu isu dan cabaran kepemimpin dan etika dalam komunikasi

Ini kerana masyarakat mungkin amat menghormati

pemimpin tersebut kerana menjalankan kewajipan

dengan baik sebelum ini dan mereka tidak

menjangka beliau akan terlibat dengan masalah

ini. Namun setelah kejadian ini, masyarakat

mungkin mula mengesyaki kualiti nilai dan moral

pemimpin-pemimpin lain dalam organisasi

tersebut. Ini seterusnya boleh menjejaskan

kredibiliti organisasi itu sendiri. Jika dikaji secara

mendalam, keputusan yang dibuat bekas menteri

berkenaan, ia juga boleh diaplikasikan kepada

teori-teori etika yang telah anda pelajari.

Page 14: Isu isu dan cabaran kepemimpin dan etika dalam komunikasi

HAKCIPTA

Menurut Kamus Dewan (1989), hakcipta

merupakan hak kekuasaan yang dilindungi

atas sebahagian daripada hasil ciptaan

seseorang pengarang. Ia merupakan hak

ekslusif yang diberikan oleh undang-

undang kepada pemilik karya untuk

mengawal penggunaan karyanya bagi

suatu tempoh yang ditetapkan.

Page 15: Isu isu dan cabaran kepemimpin dan etika dalam komunikasi

Hakcipta juga merupakan sejenis harta yang

diperakui kerana ianya bernilai, boleh dibeli

dan dijual, dipindahmilik, diwasiat dan juga

disewakan. Peranan undang-undang

memberi, mengiktiraf, dan melindungi hasil

karya seseorang ini merupakan satu

penghormatan dan galakan kepada individu

terlibat bagi menghasilkan lebih banyak karya

di masa akan datang (Suhaini Muda dan

Ahmad Shamsul Abdul Aziz, 2004).

Page 16: Isu isu dan cabaran kepemimpin dan etika dalam komunikasi

Antara rasional penubuhan Akta Hakcipta

adalah untuk menggalakkan penghasilan

karya Sastera dan Sains. Namun, dewasa

ini banyak kesalahan kes-kes perlanggaran

undang-undang hakcipta dilakukan

terutamanya berkaitan dengan cetak

rompak.

Page 17: Isu isu dan cabaran kepemimpin dan etika dalam komunikasi

Contoh kes cetak rompak seperti dalam dua

serbuan berasingan di Bukit Mertajam pada 10

Ogos 2005, lebih 50000 cakera video digital

(DVD) dan cakera padat video (VCD) cetak

rompak rakaman konsert mingguan dan

persembahan akhir program realiti TV

Akademi Fantasia 3 (AF3) serta cakera lucah

bernilai RM300, 000 telah dirampas oleh

pegawai penguatkuasa Kementerian

Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal

Pengguna (KPDNHEP).

Page 18: Isu isu dan cabaran kepemimpin dan etika dalam komunikasi

Analisis situasi di atas menunjukan bahawa

kesalahan cetak rompak ini bukanlah

dilakukan oleh seorang individu sahaja, tetapi

ia merupakan satu perancangan berkapasiti

besar yang diketuai oleh pemimpin-pemimpin

syarikat. Apa yang menyedihkan lagi ialah,

terdapatnya syarikat yang memakai status

MSC , tetapi turut melanggar Akta Hakcipta,

sedangkan ia tidak sepatutnya berlaku.

Page 19: Isu isu dan cabaran kepemimpin dan etika dalam komunikasi

KEBEBASAN BERSUARA

Mereka menjelaskan bahawa hak-hak yang

memastikan individu mendapat kebebasan

bersuara termasuklah kebebasan untuk:

1. Bercakap mengenai apa sahaja idea

walaupun ia tidak popular.

2. Petisyen iaitu hak untuk mempersembahkan

kenyataan bertulis yang mengkritik atau

mencadangkan perubahan kepada mana-

mana pihak berkuasa awam

Page 20: Isu isu dan cabaran kepemimpin dan etika dalam komunikasi

3. Berhimpun iaitu hak untuk berjumpa di rumah

atau mana-mana tempat perjumpaan tanpa

gangguan daripada kerajaan

4. Akhbar bagi memastikan wartawan diberi hak

melaporkan berita dengan kesesuaiannya.

5. Beragama iaitu hak untuk memilih dan

mengamalkannya tanpa gangguan daripada

orang lain.

Page 21: Isu isu dan cabaran kepemimpin dan etika dalam komunikasi

Definisi yang diberikan oleh Abdul Rashid dan

El-Fatih (2005) tidak sahaja tertakluk kepada

pengamal media sepertimana kebanyakan

definisi-definisi lain. Ia dilihat dalam konteks

yang lebih besar melibatkan pemimpin dan

masyarakat seluruhnya. Ia juga menjelaskan

mengenai hak-hak individu dan juga hak-hak

bersama.

Page 22: Isu isu dan cabaran kepemimpin dan etika dalam komunikasi

Apabila kita bercakap mengenai kebebasan

bersuara, akan terbayang negara Amerika

kerana negara itu sering menggambarkan ia

sebagai contoh negara pengamal demokrasi

yang terbaik. Di samping itu, Amerika juga

banyak mengkritik negara-negara lain yang

dianggap menyekat kebebasan bersuara

rakyat mereka.

Page 23: Isu isu dan cabaran kepemimpin dan etika dalam komunikasi

Amerika yang dilihat sebagai pejuang

kebebasan sekalipun menindas wartawan

dengan lebih teruk lagi daripada negara-

negara lain. Kawalan daripada pihak

berkuasa dan berkepentingan sebenarnya

merupakan satu cabaran besar kepada

seorang wartawan.

Page 24: Isu isu dan cabaran kepemimpin dan etika dalam komunikasi

Ini mengundang kepada perbincangan

mengenai peranan media dan etika.

Peranan media dalam mencari dan

menyebarkan informasi pula membawa

kepada perbincangan mengenai kualiti.

Menurut Besley, kualiti merujuk kepada

pengertian etika berkenaan kebebasan

bersuara dan kebebasan informasi.

Page 25: Isu isu dan cabaran kepemimpin dan etika dalam komunikasi

Kebanyakan pengamal media, khususnya

di negara-negara yang mengamalkan

sistem pemerintahan demokrasi

mempunyai kod etika yang mengandungi

prinsip-prinsip etika yang tersendiri yang

digubal sebagai panduan kepada mereka

yang terlibat dalam bidang kewartawanan

dan media

Page 26: Isu isu dan cabaran kepemimpin dan etika dalam komunikasi

Kod The Society of Professional Journalist

(SPJ) yang terkini selepas pindaan pada

1996 adalah berdasarkan empat prinsip

utama seperti berikut (Dominick, 2002) :

1. Mencari kebenaran dan melaporkannya.

Wartawan hendaklah jujur, adil, dan berani

dalam melaporkan berita.

Page 27: Isu isu dan cabaran kepemimpin dan etika dalam komunikasi

2. Meminimakan bahaya atau kerosakan.

Wartawan hendaklah menganggap sumber,

subjek, dan rakan sekerja sebagai manusia

yang perlu dihormati.

3. Bertindak bebas. Wartawan hendaklah bebas

daripada sebarang kewajipan atau ikatan dengan

pihak lain selain daripada hak-hak publik untuk

mengetahui.

4. Bertanggungjawab. Wartawan hendaklah

bertanggungjawab kepada khalayak dan antara

satu sama lain.

Page 28: Isu isu dan cabaran kepemimpin dan etika dalam komunikasi

Sekiranya para wartawan diberi peluang

mengamalkan kod etika ini sepenuhnya

dalam meneruskan profesionalisme mereka

tanpa gangguan, laporan berkualiti akan

dapat dicapai. Namun, melihat kepada

cabaran-cabaran semasa yang kian

meningkat, semua itu dilihat seperti amat

sukar untuk direalisasikan sepenuhnya.

Page 29: Isu isu dan cabaran kepemimpin dan etika dalam komunikasi

Apa yang mungkin boleh dilakukan dalam

keadaan ini ialah dengan mengambil

pendekatan Aristotle yang lebih sederhana. Ini

telah pun dilakukan oleh kebanyakan wartawan

negara-negara membangun seperti Malaysia,

terutamanya dalam melaporkan berita-berita

sosial, di mana mereka mencari berita dari

kedua-dua belah pihak dan memberi ruang

liputan yang sama untuk disuarakan kepada

khalayak.

Page 30: Isu isu dan cabaran kepemimpin dan etika dalam komunikasi

RUMUSAN

Apa yang telah dibincangkan adalah beberapa isu

daripada lebih banyak lagi isu yang ada. Rumusnya,

siapa pun anda, anda hendaklah beretika kerana ia

membawa kepada kebaikan. Namun, tuntutan untuk

beretika adalah lebih mendesak apabila anda menjadi

pemimpin. Ini pula tidaklah mudah kerana seorang

pemimpin akan berdepan dengan pelbagai cabaran

samada yang dijangka atau yang tidak dijangka. Oleh

itu sekiranya anda seorang pemimpin atau akan

menjadi seorang pemimpin, anda harus berwaspada

dan mempersiapkan diri sebaiknya.