11
16 GAYA PEMBELAJARAN ONLINE MASA KINI LEARNING 12 NICK SAYS ADOPTING INTERNATIONAL STANDARDS IN EDUCATION FEEDBACK 14 THOUGHTS 06 Perjalanan untuk Membudayakan Kemahiran Berfikir 10 JULY 2013 www.ithink.org.my

Hots v10 1307

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Hots v10 1307

16 GAYA PEMBELAJARAN ONLINE MASA KINI

LEARNING

12 NICK SAYS ADOPTING INTERNATIONAL STANDARDS IN EDUCATION

FEEDBACK

14

THOUGHTS

06 Perjalananuntuk Membudayakan Kemahiran Berfikir

10J U LY 2 0 1 3www.ithink.org.my

Page 2: Hots v10 1307

Apa Khabar i-THINKers!

Pada Ramadan ini kami ingin mengucapkan “Selamat

Berpuasa” kepada semua guru, ibu bapa dan pelajar yang

beragama Islam. Dalam isu HOTS ini kami berkongsi

artikel mengenai hikmah dan faedah ibadat puasa.

Rencana utama adalah mengenai perjalanan untuk

membudayakan kemahiran berfikir yang menceritakan

bagaimana SMK Convent Muar, Johor, melangkah

daripada sebuah sekolah rintis kepada sekolah

'showcase' dengan program i-THINK. Nick Symes juga

turut menjawab beberapa isu yang dibangkitkan dari

sekolah-sekolah Showcase dalam laporan pembangunan

yang diharap berguna kepada sekolah-sekolah yang

sedang memulakan program i-THINK.

Dengan latihan guru pada masa hadapan yang lebih

berasaskan teknologi dalam online, pembaca berpeluang

mengetahui bagaimana ini dapat dilakukan dengan

menggunakan kaedah latihan terkini dan manfaatnya.

Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Inovasi Malaysia, Mark

Rozario, juga memberikan pendapat tentang program

International Baccalaureate (IB) Program Tahun Tengah

dan Genovasi yang bertujuan meningkatkan kemahiran

berfikir pelajar.

Tahniah kepada Muhammad Sazroy Aiman Bin Mahd

Salleh yang telah mengemukakan jawapan yang betul

bagi Peraduan HOTS. Anda telah berjaya memenangi

sebuah Samsung Galaxy Tab.

HOTS juga mengalu-alukan pendapat pelajar,

guru-guru dan ibu bapa dan sebarang pertanyaan

boleh dihantar dalam bentuk video klip, testimoni

atau pengalaman dan sumbangan lain kepada

www.facebook.com/ithinkschools atau

www.twitter.com/ithinkschools.

Terima Kasih!

Hello i-THINKers!

We would like to wish all Muslim teachers, parents and

students “Happy Fasting” as we move into the holy

month of Ramadan. In this issue of HOTS we have an

article on the benefits and rewards of fasting.

The main feature tells about the journey to adopt a

thinking skills culture which highlights how SMK Convent

Muar, Johor, has transformed from a pioneer school to a

showcase school using with the i-THINK programme.

Nick Symes also tackles some issues brought up by the

showcase schools in their development reports which

would be useful to schools embarking on the i-THINK

programme.

With the training of teachers going forward with more

technology based online training, readers would find it

exciting on how this will done through the article on

latest training method and its benefits.

Agensi Inovasi Malaysia CEO, Mark Rozario, provides an

overview of the International Baccalaureate (IB) Middle

Years Programme and the Genovasi programme which

are aimed at improving the critical thinking skills of

students.

Congratulations Muhammad Sazroy Aiman bin Mahd

Sazaila for submitting the correct answers for Peraduan

HOTS. You win a Samsung Galaxy Tab for your effort.

HOTS would also like to hear the opinion of students,

teachers and parents so after reading this issue,

please send all inquiries video clips, testimonials or

experiences and other contributions to

www.facebook.com/ithinkschools or

www.twitter.com/ithinkschools.

Happy i-THINKing!

Hot & Happening 04Perjalanan Untuk Membudayakan Kemahiran Berfikir

06

Nick Says12Adopting InternationalStandards in Education14

16 Gaya Pembelajaran Online Masa Kini

Main Mind 20

Pemenang Peraduan HOTS18

Peraduan

HOTSLihat muka surat 19 untuk jawapan

[email protected]

02 03

HOTS MESSAGE

Page 3: Hots v10 1307

05

HOT & HAPPENING

04

To celebrate its 23rd year in space, the Hubble

Space Telescope snapped this striking Sharpless 2-106 star-forming

region which is approximately 2,000 light-years from

Earth and has a rather beautiful appearance. The dust and gas of the stellar nursery has created a nebula that looks like a “snow angel”. For the last 23 years, Hubble has been looking deep into the Cosmos returning over a million observations such as this, but also planets, exoplanets, galaxies and clusters of galaxies. The mission is a testament to the human spirit to want to explore and discover.

Hubble’s Latest Mind Blowing Pictures

Peserta Buta Johan Kategori TilawahCacat penglihatan tidak menghalang Mohd. Qayyim Sarimin, 14, untuk merangkul johan buat kali ketiga berturut-turut kategori tilawah Al-Quran pada Majlis Tadarus Al-Quran Sekolah-Sekolah Peringkat Kebangsaan 2013.

Mohd. Qayyim yang cacat penglihatan sejak lahir mewakili negeri Kelantan. Dia adalah pelajar Tingkatan Dua Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Melor, Kota Bharu. Dia mula belajar taranum sejak berusia sembilan tahun menggunakan Al-Quran braile yang dihadiahkan Allahyarham guru agamanya.

"Saya memang meminati bacaan al-Quran dari sejak kecil dan tidak pernah menjadikan kecacatan saya sebagai penghalang untuk bergelar qari suatu hari nanti.

"Saya tidak ada masalah untuk belajar menggunakan bahan braile dan

mengasah suara dengan mengalunkan azan Subuh setiap hari sejak usia sembilan tahun," katanya.

Katanya, dia mahu menjadi ikon kepada pelajar senasib dengannya agar mereka tidak menjadikan kekurangan diri sebagai penghalang kejayaan.

Mohd Qayyim muncul juara apabila mengutip 91 markah, diikuti naib johan Muhammad Asyraf Hairam Tuan Rosli dari Selangor dengan 87.5 markah dan Muhamad Ridzuan Mat Zakir dari Perak di tempat ketiga dengan 86 markah.

Ketua Pengarah PelajaranTan Sri Abdul Ghafar Mahmud (kiri)

menyampaikan piala kepada Mohd Qayyim Sarimin selepas dinobatkan johan Tilawah Al-Quran

Sekolah-sekolah Peringkat Kebangsaan.

Entrance is Free. Opening Hours: 10.30am to 9pm

Highlights: • Early childhood learning programme/products • Brain training and development tests• Discipline and behavior building • Crafts fun, science and experiments, Enriching workshops for kids

Incorporating

Early Childhood & Primary Educationand Toy Show

30 AUGUST - 1 SEPTEMBER 2013Kuala Lumpur Convention Centre

Ibadat berpuasa adalah ibadah yang dikerjakan dengan menahan lapar dan dahaga sepanjang hari iaitu sejak terbitnya fajar sodiq (masuk waktu Subuh) hingga terbenamnya matahari (masuk waktu Maghrib).

Antara hikmah dan faedah ibadat puasa ialah:

• Menginsafkan diri bahawa kita pada hakikatnya adalah makhluk yang dhaif yang perlu sentiasa menghampirkan diri dan beribadat kepada Allah S.W.T.

• Memperolehi kecerdasan akal dan fikiran sebagaimana disebut dalam satu riwayat maksudnya: "Orang yang lapar perutnya itu tajamlah fikirannya dan teranglah hatinya."

• Tanda bersyukur kepada Allah S.W.T. atas limpah kurnia nikmatNya yang tidak terhingga• Mendidik nafsu ammarah (yang lebih banyak mengajak kepada keburukan) agar berubah menjadi nafsu lawwamah dan seterusnya meningkat kepada nafsu mutmainnah yakni nafsu yang tenang tenteram, bersedia menjunjung titah perintah Allah S.W.T.

• Melatih dan mendidik jiwa supaya mempunyai sifat belas kasihan terhadap orang-orang yang susah dan kurang bernasib baik dalam hidup mereka.• Membersihkan diri daripada sifat-sifat mazmumah (keji) seperti tamak, sombong, hasad dengki dan lain-lain lagi• Mendidik jiwa supaya bersifat sabar, tahan menanggung kesusahan dan pelbagai cabaran dalam menempuh perjuangan hidup

monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon. Nilai IPU / Status• 0 - 50 / Baik• 51 - 100 / Sederhana• 101 - 200/ Tidak Sihat• 201 - 300/ Sangat Tidak Sihat• 301 - 500/ Berbahaya

Untuk mendapatkan bacaan IPU terkini sila layari www.doe.gov.my

berkelompok ianya boleh menyekat pancaran cahaya matahari ke bumi. Oleh yang demikian keadaan ini mengurangkan jarak pandangan mata kasar.

Punca utama jerebu adalah akibat daripada:• Pembakaran Secara Terbuka• Asap Dari Kilang• Asap Dari Kenderaan

Indeks Pencemaran Udara (IPU) diperolehi daripada pengukuran habuk yang halus (10 mikron ke bawah) dan beberapa jenis gas yang boleh menjejaskan kesihatan iaitu karbon

Sekolah-sekolah yang terletak dalam kawasan yang mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 250 ditutup beberapa hari untuk menjamin dan menjaga kesihatan murid semasa fenomena jerebu.

Jerebu ialah satu fenomena yang disebabkan oleh kewujudan banyak partikel-partikel kecil yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar dan terapung-apung di udara. Partikel-partikel ini mungkin berasal secara semula jadi ataupun kesan sampingan daripada aktiviti manusia. Apabila partikel-partikel ini wujud dalam kuantiti yang banyak dan

Page 4: Hots v10 1307

06 07

LAPORAN KHAS

Perjalanan Untuk

Membudayakan KemahiranBerfikir

Pengetua SMK Convent Muar, Johor, Cik Nor’aini

Md Yusof menulis tentang bagaimana sekolah beliau

melangkah daripada sekolah rintis ke sekolah

‘showcase’ dengan program i-THINK.

Kajian keperluan yang dijalankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menunjukkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam kalangan guru dan murid di Malaysia amat rendah. Oleh itu, selaras dengan saranan Perdana Menteri Malaysia untuk melakukan transformasi, dalam sistem pendidikan supaya generasi muda dapat menghadapi cabaran pada masa hadapan, maka pihak KPM yang ditugaskan untuk melaksanakan rintis telah bekerjasama dengan Agensi Inovasi Malaysia (AIM) untuk mengubah keadaan ini.

Pihak AIM telah melantik Kestrel Education (UK) sebagai konsultan untuk mengendalikan kursus kepada pemandu yang bertindak sebagai jurulatih utama projek ini. Pihak Kestrel pula bekerjasama dengan Pusat Pendidikan Kognitif (CEC) dan Program Aspire di Universiti Exeter United Kingdom. Projek ini membantu pihak sekolah dengan memupuk kemahiran berfikir, menyemai budaya pembelajaran sepanjang hayat, mahir dalam menyelesaikan masalah dan berupaya menghasilkan jalan penyelesaian secara kreatif di kalangan murid sekolah.

Membudayakan kemahiran berfikir di sekolah merupakan suatu proses untuk mengkaji pertumbuhan murid-murid sebagai pelajar dan pemikir. Memupuk pemikiran, kemahiran berbahasa, asas kandungan pengetahuan dan perkembangan fizikal serta emosi-sosial setiap kanak-kanak memerlukan penjagaan berterusan.

Cabaran masa kini, sistem yang berasaskan peperiksaan menekankan murid-murid untuk menghafal dan mengingat semula fakta. Ini membantu murid-murid kita mendapat pengetahuan, tetapi sekarang mereka perlu mengambil langkah yang seterusnya dan membina kemahiran untuk menggunakan pengetahuan itu supaya mereka boleh berjaya menghadapi dunia yang sentiasa berubah.

Untuk menghadapi cabaran abad ke-21, murid-murid kita

bukan sahaja mesti mempunyai pemikiran

kritikal dan kemahiran berfikir secara kreatif, tetapi mesti juga belajar untuk bekerja secara kolaboratif. Dengan persediaan ini, murid-murid kita yang dilengkapi dengan set kemahiran yang betul akan

berupaya dan sedia untuk belajar sepanjang

hayat mereka.

Sekolah yang mengamalkan budaya kemahiran berfikir

(Thinking School) meletakkan pengajaran untuk berfikir sebagai

fokus utamanya. Richard Cummins, konsultan dari Kestrel Edu UK menyatakan, “A Thinking School

is a school that puts the teaching of thinking at the heart of learning.”

Kebolehan berfikir akan membawa muird-murid ke arah pembelajaran secara bebas dan sepanjang hayat. Untuk menjayakan projek ini, penggunaan dan perkembangan penggunaan alat berfikir “Thinking Maps” dan juga kaedah pembelajaran yang berlandaskan pemikiran aras tinggi Edward de Bono telah digunakan di dalam kelas secara semula jadi.

Budaya berfikir secara kreatif dan kritikal pada murid-murid yang belajar akan dapat memahami pemikirannya sendiri dan pemikiran orang lain juga. Proses pembelajaran ini melibatkan kaedah belajar secara kolaboratif dan menggalakkan pembelajaran secara bekerjasama dalam kumpulan yang akhirnya akan dapat membina individu yang boleh berdikari, berani dan bebas berfikir secara kreatif dan kritis.

Thinking Maps© direkacipta oleh Dr David Hyerle adalah satu bahasa yang terdiri daripada lapan corak visual yang setiap satunya berdasarkan proses asas

pemikiran. Corak visual ini digunakan secara berasingan dan secara kombinasi di setiap aras pembelajaran bidang kurikulum sebagai alat bersepadu untuk pembelajaran sepanjang hayat.

Lapan peta pemikiran itu ialah Peta Bulatan (Circle Map), Peta Buih (Bubble Map), Peta Buih Berganda (Double Bubble Map), Peta Pokok (Tree Map), Peta Alir (Flow Map), Peta Dakap (Brace Map), Peta Pelbagai Alir (Multi Flow Map), dan Peta Titi (Bridge Map).

David Hyerle melalui kajiannya mendapati bahawa “Thinking Maps combine the flexibility of brainstorming webs and structure of task specific graphs organisers with visual patterns for depth and complexity of critical thinking. Thinking Maps provide a common visual language in classrooms and whole schools. They enable easy transfer and continuous development of thinking processes across disciplines, grade levels, individual schools and entire school districts.”

Melalui i-THINK diharapkan dapat melahirkan generasi masa depan Malaysia dengan kebolehan dan kemahiran berfikir secara kritis serta berupaya untuk menyesuaikan diri dan menangani cabaran pada masa akan

datang. SMK Convent Muar telah dipilih di antara 10 buah sekolah rintis projek i-THINK ini mulai Januari 2012.

Page 5: Hots v10 1307

08 09

LAPORAN KHAS

Pengetua telah membentangkan perancangan ini kepada semua guru secara terperinci dan telah mendapat persetujuan bersama untuk melaksanakannya di akhir kursus Program i-THINK untuk semua guru yang dikendalikan oleh pihak Kestrel Education UK pada akhir tahun 2011. Perancangan ini ditekankan lagi semasa mesyuarat kurikulum pertama tahun 2012.

Kejayaan pelaksanaan ini adalah penggunaan pendekatan seluruh

sekolah untuk mengajar proses berfikir kepada semua murid. Ini bermakna berfikir menjadi kegiatan utama seluruh sekolah dan setiap guru dan murid membina bahasa berfikir dengan alat pemikiran yang sama.

Semua murid telah diberikan kursus mengenai Peta Pemikiran oleh pasukan pemandu sekolah. Apabila murid-murid bergerak dari satu kelas pembelajaran ke kelas pembelajaran yang lain dan dari seorang guru ke

guru yang lain, mereka akan menggunakan alat dan strategi yang sama sebagai sebahagian daripada pendekatan yang padu dan terancang.

Setiap guru merancang serta memilih Peta Pemikiran yang sesuai digunakan dalam pdp mengikut perancangan hariannya. Murid-murid pula memberi respon dan memilih Peta Pemikiran yang sesuai pada pemikiran mereka bagi tajuk perbincangan hari itu. Perbincangan dan tindakbalas murid terkawal oleh guru sebagai fasilitator di kelas.

Tugasan diagihkan kepadamurid-murid, mula-mula secara individu, kemudian secara berpasangan. Perbincangan dikembangkan lagi ke dalam kumpulan dan akhirnya ke seluruh kelas. Perkongsian maklumat dan pengalaman ini sentiasa dibimbing oleh guru yang bertindak sebagai fasilitator. Kaedah pengajaran secara kolaboratif dan kerjasama ini telah meningkatkan kejelekitan antara murid-murid serta antara murid dan guru dalam kelas itu.

Perkongsian bahan, maklumat dan idea meningkatkan kebolehan mereka berbincang dan memberi pendapat secara berfokus dengan sopan dan teratur. Peta Pemikiran yang digunakan akan membina cara dan proses berfikir yang tertentu. Murid-murid berupaya membina kefahaman serta berupaya menjelaskan bagaimana mereka berfikir. Guru-guru pula berbincang tentang berfikir dengan murid-muridnya.

Peta Pemikiran yang telah dilukis dan dibentangkan dipamerkan di papan kenyataan dan di dinding menghidupkan suasana galeri ilmu atau ‘learning walk” di dalam kelas atau papan kenyataan di koridor sekolah. Proses pembelajaran menjadi jauh lebih aktif dan lebih ramai murid berani ke hadapan kelas dan memberi pendapat dan idea. Lebih ramai murid telah berupaya untuk menyoal sesama rakan atau menyoal guru dengan soalan pelbagai aras.

Perancangan Pelaksanaan Program i-THINK

Memantau dan

melaporkan penggunaan

peta pemikiran

setiap minggu

Memberi ganjaran

kepada murid

dengan persembahan

terbaik

Mulai miggu pertama

Februari 2012

Menjadi sekolah

membudayakankemahiran

berfikir

Menilai impakmelalui

ujian pertama

Meningkatkankesedaran

di kalangan murid

dan ibu bapa

2-3 Januari 2012 Minggu ke-2 Januari

Memperkenalkan

dan mengajar

semua murid

8 peta pemikiran

Mulai minggu ke-3 Januari

Menggunakanpeta

pemikiransemasa pdp

Memantau penggunaan peta pemikiran

Page 6: Hots v10 1307

10 11

LAPORAN KHAS

Pencerapan guru-guru dilakukan oleh Pengetua, Penolong Kanan dan semua Guru Kanan Mata Pelajaran. Pencerapan guru menggunakan borang Standard 4 Standard Kualiti Pendidikan Malaysia 2010 dan juga borang Pemerhatian Keberkesanan Projek Rintis i-THINK. Semakan buku latihan atau lembaran kerja murid-murid juga dilakukan serentak dan menyeluruh di seluruh sekolah.

Setiap guru diharapkan melaksanakan penggunaan Peta Pemikiran dalam pdp dan proses berfikir yang sesuai itu dapat dilihat dalam bentuk perbincangan secara berpasangan dan kumpulan dalam kelas. Semua guru sedar pencerapan boleh dijalankan secara berjadual atau secara tidak

Penerangan dibuat semasa pendaftaran pelajar Tingkatan 1 dan peralihan juga semasa Hari Terbuka untuk Tingkatan 2 dan 4 serta pada Hari Penyampaian Anugerah Kecemerlangan dan Mesyuarat Agung PIBG tahun 2012. Pendekatan menyeluruh ini sangat berkesan kerana ibu bapa diminta supaya sama-sama membantu anak-anak mereka dalam penyelesaian tugasan yang diberikan semasa di rumah.

Keputusan PMR 2012 telah menunjukkan peningkatan mendadak dan adalah yang terbaik setakat ini. SMK Convent Muar telah berjaya mencapai GPS 1.93 satu peningkatan yang sangat baik dari GPS 2.09 pada PMR 2011.

Keadaan ini dicapai dengan peningkatan budaya ingin belajar yang menyeluruh dari kelas terakhir hingga ke kelas pertama. Melalui kajian yang dibuat (di sekolah kami), Peta Pemikiran yang digunakan telah sangat membantu murid-murid untuk menyelesaikan

masalah dan mengingat fakta dengan lebih tersusun dan lebih fokus.

Melalui kaedah pembelajaran secara kolaboratif telah sangat membantu dan meningkatkan kefahaman di kalangan murid-murid. Kejayaan ini diharapkan dapat dicapai untuk peperiksaan SPM 2012 juga nanti.

Pengunaan peta pemikiran bukan hanya bertumpu di dalam kelas semasa pdp tetapi telah

melimpah keluar kelas. Budaya penggunaan peta pemikiran telah dilihat dan digunakan secara meluas semasa aktiviti kokurikulum dan juga hal ehwal murid. Ini meningkatkan budaya kemahiran berfikir secara kreatif di kalangan murid- murid yang dipimpin oleh guru-guru.

berjadual pada sebarang masa oleh pegawai dari KPM, AIM, Jemaah Nazir atau Jabatan Pelajaran Negeri Johor selain daripada pihak pentadbiran sekolah.

Kemahiran guru dalam melaksanakan pdp telah meningkat dengan penggunaan Peta Pemikiran mengikut tajuk setiap mata pelajaran. Soalan- soalan yang dibina meliputi soalan- soalan beraras tinggi (HOTS) yang memerlukan murid-murid berfikir secara kreatif untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan. Keadaan ini dicapai kerana meningkatnya perbincangan professional antara guru dalam panitia masing-masing.

Tambahan pula, pasukan pemandu sekolah sentiasa boleh dirujuk jika diperlukan. Program i-THINK telah menyemarakkan budaya berfikir di kalangan guru juga. Peranan ibu bapa tidak dilupakan, ibu bapa telah diberikan penerangan semasa perjumpaan dengan pihak sekolah.

SMK Convent Muar telah diangkat sebagai salah satu sekolah showcase pada 5 Februari 2013. Perjumpaan dengan pengasas Peta Pemikiran Dr David Hyerle dalam satu dialog di Putrajaya telah meningkatkan semangat dan kehendak seluruh guru dan murid di SMK Convent Muar untuk terus berusaha untuk memupuk kemahiran berfikir, menyemai budaya pembelajaran sepanjang hayat, berupaya dan mahir dalam menyelesaikan masalah dan berupaya mencari jalan penyelesaian secara kreatif di kalangan murid-murid.

Page 7: Hots v10 1307

12 13

FEEDBACK

NickSays:

Nick Symes, the Director of Overseas Operations of Thinking Schools International, UK, addresses some of the issues raised by showcase schools on i-THINK and Habits of Mind (HoM) in their development plans.

On SMK Kota Marudu, Sabah’s i-THINK implementation plan, Nick Says:

You sent me three documents: HoM Plan, Towards a Thinking School Plan and Structuring the Environment Plan.

I must stress how impressed I was with your planning documents. They are extremely thorough and well thought through. My thanks to the team for your hard work.

Habits of Mind: The details that you presented in the PowerPoint presentation is very pleasing to see. You have clearly thought about and put together plans which follow a logical sequence of teacher training, followed by introduction to students, followed by monitoring and review. Monitoring and Review is important. Without that you will have no way of measuring the impact of this initiative – so what you should get from the monitoring will not only be data to judge how well things are going, but also data that might tell you what has not worked so well. This will help in the future planning. Well done!

I am interested to know more about the section on “Carrots and sticks”! Carrots

are really important – they provide motivation and incentives and help to get everyone on your side! That is important given that this is a whole school approach. However, there are times when sticks have to be used – but hopefully very rarely!

Structuring the environment plan: I like the way you have started off with a Needs Analysis – this will give you a chance to see how the school looks at the moment and use this to inform what needs to be done. Too often, schools start by trying to make changes without having first identified what needs changing!

I also like the way you are making different teams responsible for the development within their own area.Towards a Thinking School: I think the title for this document says it all! Excellent. It is a clear statement about what you as a school are trying to do – your vision is to become a Thinking School.

The way you start this document by reflecting on the impact of what you

have already done is good – monitoring and review. It provides a starting point from which to move forward.

You have already considered how you will introduce new students to Thinking Maps, HoM which is good planning.

I commend you for the introduction of i-THINK celebration days – this gives a very positive message to all your community – teachers, students and parents.

My suggestion is while you have considered new students, what about new teachers? Don’t forget them! You will have new staff joining from time to time – how are they going to be introduced and included in this whole school approach? There is a training need here.

To summarise – what you have given me is strong evidence that you will become a Thinking School, one that other schools in the country can look to as an example. Excellent work!

On SK KIARAMAS, Kuala Lumpur’s i-THINK development plans, Nick Says: From the very early days of the i-THINK project I have been impressed with the way SK Kiaramas has taken it on, displayed the enthusiasm and commitment that is required and has been an example for others. Headmaster Tan Song Kag, will retire at the end of the year and I would like to record my thanks and respect for your leadership over the last two years. You have given much and I am very grateful. You have shown persistence, been open to continuous learning, have listened with understanding and empathy and have created, imagined and innovated – to name but a few of the HoM! You have much to be proud of.

The development plan reflects all the above. When I first opened the document I thought that it was brief and therefore perhaps lacked detail. Then I read it carefully and saw that there is a clear strategic plan that reflects an understanding of what needs to be done. You have:

• Considered the training of teachers.• Thought through how the HoM will be introduced to students.• Involved the parents.• Taken on board the development of rubrics for the assessment of HoM.• Addressed the vital element of quality assurance and monitoring in that you are building the various strands of thinking development

into your lesson observations in addition to a period of more formal evaluation.• Already started thinking about next year in terms of parental involvement, training of new teachers and teaching new students.• Built in reinforcement opportunities for Thinking Maps, HOTS and questioning.

I hope that you will still be able to offer advice and support to the i-THINK project as it develops. You will have created a thinking school – one which the rest of the country can look to as an example.

Congratulations and thanks to your team for their hardwork.

HOTS will publish “Nick Says” with his comments on issues raised by the other showcase schools in subsequent issues. Don’t forget to read them.

• I like the inclusion of a Thinking Maps enhancement course. Inevitably, as teachers use the Maps more and more, then there is a need to add to their understanding.• There is clear reference to the process you will use with each of the HoM which includes the use of Reflective Journals – Good.

Your plans give me a good picture of how you will move the school forward, particularly in the implementation of the HoM. My thanks to the team for your hard work.

On SK PAYA PULAI, Temerloh’s i-THINK implementation plan, Nick Says:

• You have recognised that once a number of HoMs have been introduced, then there needs to be time to reflect on the new learning and consolidate – Good.• I like the reference to the 6 starting points and the central role that these play in a Thinking School. Always remember that they are the foundation blocks on which a Thinking School is built.

I commend you for the introduction of i-THINK Celebration Days – this gives a very positive message to all your community.

I notice that in your plan you are introducing HoM one by one. Presumably the first few that you introduce will be those that you

feel your students do not do so well and would benefit from. Once you have introduced these - whole school approach - using all the

implementation suggestions we covered in the training, you may find as you begin to focus on others that you do not have to spend quite so much time on introducing each one. Students (and teachers) will become familiar with the implementation process used as well as the concept of intelligent learning behaviours (dispositions) for the first few and can therefore address others more quickly.

Don’t forget the parents – they need to be kept informed and involved in

what is going on at your school. Remember that you are striving to achieve 21st century learners capable of taking an active role in a global economy – and the parents need to know what is happening, so that they can also spread the news!

I hope that you find this feedback helpful – and again, my thanks the team and I wish you well for this next part of your Thinking School journey.

Page 8: Hots v10 1307

14 15

THOUGHTS

Adopting InternationalStandards in Education

Mark Rozario, the CEO of Agensi Inovasi Malaysia (AIM) talks to HOTS on the education programmes that are being introduced in schools to bring students who would develop and effectively apply critical thinking skills to their academic studies and to the complex problems that they will face in life.

Why did AIM choose to embark on the International Baccalaureate programme?

There was a need for us to adopt international standards and practices in Education and AIM embarked on this project to support the Government’s aspiration to better prepare Malaysia’s students for the needs of the 21st century and to ensure that, in the context of rising international education standards, we could help to prepare the nation to perform at an international level.

We researched school systems around the world to identify education programmes that could best develop the 21st century skills our students need while still maintaining the integrity and the strength of the Malaysian national curriculum. We found that IB's Programme Standards and Practices match the international standards that we aspire to achieve in our teaching, learning and assessment. We must understand that IB is not a prescribed curriculum, and it allows for the use of our National Curriculum and not the adoption of a foreign curriculum. The IB Middle Years Programme (IB MYP) is a framework that can support any national curriculum while emphasising the most effective

approaches to teaching and learning and the areas of interaction between subjects.

AIM believes that it will be transformative to our schools and students. The ultimate goal of the project is to emulate IB best practices by utilising the expertise of the 819 teachers in 10 secondary schools who have been trained to transfer their expertise to other national schools.

How long is the training for teachers and when are the schools expected to submit their applications for the IB World Status?

The first phase of supplementary professional development will last for one year. During this first year, all teachers and school leaders in the 10 project schools will participate in a blended professional development programme consisting of face-to-face and online workshops. This blended learning programme is further enhanced and extended by the support of in-country-consultants providing coaching and mentoring school staff. Through this programme, teachers focus on developing 21st century pedagogy where they develop skills to facilitate rather than solely direct

learning. By October this year, the schools will apply for IB MYP candidate status and will begin implementation of the programme for 2 years. The intention is that by the end of 2015, the 10 project schools will apply to be authorised IB World Schools.

When the schools are successfully authorised, the journey of development and improvement will be maintained with continuing IB professional development and regular evaluations of the school’s programme by the IB. AIM believes that this is a school transformation and improvement model that truly provides capacity- building and sustainability for each school and the wider education system.

The most promising initiative with IB is that the programme does not target failure. When IB feels that a school needs help, resources are poured in to assist to strengthen. There are learnings there alone that we must adopt.

Will AIM oversee the project, and how will the agency work with the Education Ministry?

AIM's role is essentially to provide strategic oversight and monitoring to ensure the project is implemented

following the agreed schedule and on budget. We will ensure that the services delivered by IB is as prescribed by the Project Scope Statement. AIM is the programme sponsor given our role in the entire project with the Ministry of Education managing project ownership and accountability.

Aside from consultancy support from the IB, what other forms of support will schools receive?

The schools will receive professional development and support (before authorisation) including (i) Category 1 Introduction to MYP Workshop for Administrators; (ii) Category 1 Introduction to MYP Workshop for Coordinators; (iii) Subject Workshops for 8 subjects and (iv) Introduction to MYP for teachers and parents.

Additionally, the school has access to IB’s Online Curriculum Centre (OCC) where teachers can download education resources and engaging with teachers from across the world. The IB is inherently international so our teachers will also belong to a worldwide community of IB teachers sharing exciting approaches that will enrich the educational experience for our students.

Support from the IB for schools after authorisation include:

• Full access to a world-class curriculum that is comprehensively researched, and regularly reviewed and updated according to a published plan;• Secure access to the online curriculum centre (OCC) for every teacher;• Programme evaluation in schools;• Communication and marketing support;• Governance, representation and networking; and• Assistance with university and government recognition

How were the ten schools selected?

The Ministry of Education made the selection and it is a mix of schools based on locality and performance. The most crucial element within the selection criteria was enthusiasm and commitment from the school management and staff.

Do all the schools selected have the required infrastructure to facilitate the IB MYP?

Not yet, but that should never be the reason for an initiative to be delayed. We will strive to continue and in parallel, ensure all the infrastructure is built and prepared. More importantly, IB's infrastructure requirements have more to do with the school’s ability to deliver the programme in a safe environment. The IB is most concerned with the pedagogical leadership and teaching resource within a school and how it interacts with and supports the IB Programme. The infrastructure should clearly support that learning, rather than drive or limit it.

Can schools opt to offer the IB MYP certificate, or will the programme be only used for the national curriculum?

The schools will be delivering the national curriculum and at the same time maintaining the IB MYP standards and practices. This will involve incorporating IB MYP assessment objectives into the classroom that will reinforce student learning as they work towards the SPM.

The IB MYP encourages students to think firstly from a local perspective and then apply their understanding of concepts to international contexts. Schools could opt to offer the IB MYP

Certificate or new optional summative e Assessments the IB will offer for the MYP from 2016 but there is no requirement from the IB for the schools to do so.

Aside from the IB and i-Think projects, are there any other education-related projects that AIM will embark on?

We have introduced Genovasi, which is a transformative learning institution, with programmes focused on the cultivation of innovation competencies. Genovasi offers a human-centred learning experience to learn and use innovation for social inclusion, active citizenship and personal development for future transferable skills to face challenges in life.

We envision it as the starting point for innovation. Our aim is to harness talent from various disciplines and backgrounds, and provide them with skills that will make them the catalysts for innovation.

Together with our international partners, we offer a range of programmes that encourage a different way of thinking that will equip the innovation generation with leading innovation practices and methodologies enabling them to face challenges of the 21st Century.

Partners:

Page 9: Hots v10 1307

16 17

LEARNING

Kelebihan pengajaran dalam talian

Ekses bahan dengan cepat

Peningkatan kemahiran ICT

Kepelbagaian Bahan

Gaya Pembelajaran Online Masa Kini

Pada masa ini terdapat banyak

kemajuan dalam bidang teknologi

dengan kepantasan internet,

kemunculan laman sosial dan

dengan kejatuhan harga alat-alat

elektronik seperti komputer, telefon

pintar dan tablet.

Ini telah memberikan peluang kepada

pelajar abad ini untuk belajar

menggunakan konsep pembelajaran

online (juga dikenali sebagai

pembelajaran elektronik, atau

e-Learning) yang menggunakan

konsep komputer-mendukung

pembelajaran kolaboratif (ataupun

computer-supported collaborative

learning - CSCL).

Inovasi ini akan berjanji

meningkatkan pengajaran dan

pembelajaran dengan bantuan

informasi moden dan teknologi

komunikasi yang sedang

berkembang. Perkembangan

konsep pembelajaran kolaboratif

memberi peluang kepada pelajar

untuk berinteraksi dengan rakan-

rakan mereka menggunakan

talian online.

Guru bertindak sebagai fasilitator

dan membantu dengan membimbing

perbincangan ke arah yang betul.

Pelajar mempunyai kebebasan

untuk memulakan perbincangan

dan pembelajaran yang lebih

berpusatkan pelajar.

Satu lagi kelebihan CSCL adalah

kandungan yang dijana oleh

pengguna mempunyai tahap yang

lebih tinggi dan relevan untuk

pelajar. Ini menjadikan pembelajaran

lebih berpengalaman (experiential).

Platform pembelajaran online

mempunyai ciri-ciri sosial yang

membantu pelajar berhubung

dengan rakan-rakan mereka dengan

cara mudah dan selesa. Di samping

itu, kemajuan dalam reka bentuk,

pembangunan dan pengedaran

alat-alat elektronik kini menawarkan

fleksibiliti kepada pelajar untuk

memilih alat-alat seperti komputer,

telefon pintar, tablet dan lain-lain.Ashwin Singh, Pengarah Teamie Pte Ltd, memberikan gambaran tentang konsep pembelajaran online.

Guru-guru program i-THINK akan

beralih ke latihan cara moden ini

tidak lama lagi. Ini adalah masa

yang ditunggu-tunggu untuk guru

kerana latihan ini akan memberi

kesan yang lebih besar ke atas

proses pembelajaran berbanding

sebelum ini.

Kini telah tiba masanya untuk

guru-guru bersedia kepada

perubahan ini dan berganding bahu

ke arah yang lebih baik. Selamat

datang ke pembelajaran dunia baru.

Page 10: Hots v10 1307

Pemenangnyaialah...Tahniah kepada

Muhammad Sazroy Aiman Bin Mahd Sazaila

dari Sekolah Kebangsaan Pusat Bukit Besar, 21100 Kuala Terengganu yang telah memberikan jawapan yang betul bagi Peraduan HOTS yang mula diterbitkan pada jilid ke 7. Beliau memenangi sebuah Samsung Galaxy Tab.

Dia memenangi sebuah Samsung Galaxy Tab yang akan dihantarkan kepadanya.

HOTS akan menyiarkan satu temu ramah dengan beliau di isu yang akan datang.

Berikut ialah slogan yang telah ditulis.

Program i-THINK berjaya memberikan keyakinan kepada diri saya untuk berani ke hadapan mengeluarkan pendapat dalam perbincangan berkumpulan. i-THINK juga menjadikan saya seronok untuk datang ke sekolah untuk belajar

PEOPLE

18 19

Kami berasal dari negara mana?

Malaysia

Kami adalah adik-beradik kembar yang tinggal di Kampung Durian Runtuh. Siapakah kami?

Upin dan Ipin

Rancangan kami disiarkan dalam tiga bahasa. Senaraikan

bahasa-bahasa tersebut.

Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Filipina

Watak manakah antara kamiyang memiliki kedai makan?

Bakat apa yang dimiliki oleh anaknya yang bernama Rajoo?

Muthu; Boleh bercakap dengain haiwan.

Penghulu kampong kami bernama Isnin Bin Khamis.

Apakah nama gelaran beliau?

Tok Dalang Ranggi

Apakah nama ayam jantan

Tok Dalang Ranggi?Rembo

Kami mempunyai ramai kawan di sekolah. Namakan dua

daripada mereka.Mei Mei, Jarjit Singh, Ehsan,

Fizi dan Mail

Rancangan kami telah sampai berapa musim?

Tujuh

Apakah nama Kakakdan Opah kami?

Kak Ros dan Mak Uda

Apakah tujuan program ini diperkenalkan pada tahun 2007?Upin & Ipin telah diperkenalkan ketika Ramadan untuk memupuk kepentingan bulan yang suci

oleh Islam di kalangan kanak-kanak.

Senaraikan empat buah Negara yang menyiarkan rancangan

kami selain Malaysia.Singapore, Indonesia, Philippines, Turkey, Brunei, Thailand, Macao,

Vietnam, South Korea, Hong Kong, Cambodia

Siri animasi kami telah memenangi hadiah

Animasi terbaik pada tahun 2007 di ?Kuala Lumpur International Filem Festival

Siri animasi kami mendapat rating kedua paling ramai

ditonton di rangkaian televisyen Malaysia.

Bilakah tahun tersebut?2008

Page 11: Hots v10 1307

Penerbit HOTS: Agensi Inovasi Malaysia (AIM)3501, Level 3, Quill Building 3, Jalan Teknokrat 5, 63000 Cyberjaya, Selangor.

Tel: +603 8319 3116 Faks: +603 8319 3499 Email: [email protected]

Questions to make your brains go on overdrive? Answer all questions correctly and creatively to stand a chance of winning a 8GB thumb drive.

Soalan-soalan ini mungkin mengelirukan. Fikirlah sedalamnya sebelum memberi jawapan yang betul atau menarik dan anda berpeluang untuk memenangi sebuah Pemacu Kilat 8GB.

Sila hantarkan sebarang komen dan jawapan anda ke [email protected].

Soalan 3:Do diamonds shine by

themselves or refract light? Please explain your answer.

Soalan 5:What is your happiest childhood memory?

What makes it so special?

Soalan 1:

RUST, RICE, INNERCAPE; SAYS; OKLAND; SUED; MAIL

Each word can start with the same two letters to spell out another word. For example INTER, RENT and SANG will become PAINTER, PARENT and PASANG (Malay word). Can you solve the three clues below, then spell out the three pairs of letters to make a six-letter word which means a long essay involving personal research, written by a candidate for a university degree?

Soalan 2:Dinosaur apakah yang terbesar pernah hidup di muka bumi dan apa

yang ia makan?

Soalan 4:Jika seseorang memiliki

sebidang tanah, berapa jauhdi bawah tanah adalah hak miliknya? Bagaimana pula

mereka yang memiliki rumah pangsa dan kondominium,

adakah mereka hanya memiliki ruang di udara? Sila jelaskan.

MAIN MIND

20