23
HURUF VOKAL DAN KONSONAN, DAN CARA MEMBUNYIKANNYA PENDAHULUAN Bahasa merupakan alat komunikasi yang penting bagi manusia. Alat pertuturan ini sememangnya kompleks, tetapi teratur dengan menggunakan kod-kod tertentu. Asmah Hj Omar (1986) mengatakan bahasa yang digunakan oleh manusia adalah menggunakan alat-alat ujaran yang terdapat dalam tubuh badan manusia itu sendiri. Contohnya bibir, lidah, lelangit dan pita suara. Huraian mengenai vokal dan konsonan tergolong dalam bab fonetik dan fonologi. Maksud dan definisi fonetik menurut Kamus Dewan (1996:354), fonetik ialah ilmu bahasa (linguistik) yang berkaitan dengan penyebutan kata dan lambang yang menunjukkan sebutannya. Manakala mengikut Merriam Webster’s Collengiate Dictionary tenth edition (1996:873), fonetik dikatakan sebagai “the system of speech sounds of a language or group of languages”. Maksud dan makna fonologi adalah seperti yang berikut menurut kamus dewan, fonologi merupakan kajian tentang bunyi sebutan dalam sesuatu bahasa (1996:354). Dalam Merriam Webster’s Collegaite Dictionanry tenth edition (1996:874) fonologi dihuraikan sebagai “the science of speech sounds including, especially the history and theory of sound changes in a language or in two or more related languages”. Mengikut Kamus Linguistik (Harimurti Kridalaksana,1984:51) memberikan definisi fonologi sebagai bidang dalam linguistik yang menyelidiki bunyi-bunyi bahasa mengikut fungsinya. Huraian huruf Vokal Menurut Mohamad Yunus Maris (1964), terdapat lapan buah vokal Dalam bahasa Melayu. Ini diterapkan dalam rajah berikut. Terdapat empat vokal depan dalam bahasa Melayu iaitu [i], [e], [ɛ] dan [a] manakala tiga Vokal belakang iaitu [u], [o] dan [כ] dan satu vokal tengah, iaitu [ə]. secara nyata vokal-vokal Ini tidak betul- betul menyerupai vokal kardinal sepenuhnya. Walau bagaimanapun Vokal Melayu ini dapat dijelaskan menurut persamaannya dengan vokal-vokal Kardinal. Bunyi-bunyi vokal ialah bunyi-bunyi bahasa yang bersuara yang ketika menghasilkannya udara dari paru-paru keluar berterusan melalui rongga tekak dan rongga mulut tanpa mendapatkan sebarang

Fonologi BahAsa iNdonesia huruf vokal dan kosonan

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Fonologi BahAsa iNdonesia huruf vokal dan kosonan

Citation preview

Page 1: Fonologi BahAsa iNdonesia huruf vokal dan kosonan

HURUF VOKAL DAN KONSONAN, DAN CARA MEMBUNYIKANNYA

PENDAHULUAN

Bahasa merupakan alat komunikasi yang penting bagi manusia. Alat pertuturan ini sememangnya

kompleks, tetapi teratur dengan menggunakan kod-kod tertentu. Asmah Hj Omar (1986)

mengatakan bahasa yang digunakan oleh manusia adalah menggunakan alat-alat ujaran yang

terdapat dalam tubuh badan manusia itu sendiri. Contohnya bibir, lidah, lelangit dan pita suara.

Huraian mengenai vokal dan konsonan tergolong dalam bab fonetik dan fonologi. Maksud dan

definisi fonetik menurut Kamus Dewan (1996:354), fonetik ialah ilmu bahasa (linguistik) yang

berkaitan dengan penyebutan kata dan lambang yang menunjukkan sebutannya. Manakala

mengikut Merriam Webster’s Collengiate Dictionary tenth edition (1996:873), fonetik dikatakan

sebagai “the system of speech sounds of a language or group of languages”.

Maksud dan makna fonologi adalah seperti yang berikut menurut kamus dewan, fonologi

merupakan kajian tentang bunyi sebutan dalam sesuatu bahasa (1996:354). Dalam Merriam

Webster’s Collegaite Dictionanry tenth edition (1996:874) fonologi dihuraikan sebagai “the science

of speech sounds including, especially the history and theory of sound changes in a language or in

two or more related languages”.

Mengikut Kamus Linguistik (Harimurti Kridalaksana,1984:51) memberikan definisi fonologi sebagai

bidang dalam linguistik yang menyelidiki bunyi-bunyi bahasa mengikut fungsinya.

Huraian huruf Vokal

Menurut Mohamad Yunus Maris (1964), terdapat lapan buah vokal Dalam bahasa Melayu. Ini

diterapkan dalam rajah berikut.

Terdapat empat vokal depan dalam bahasa Melayu iaitu [i], [e], [ɛ] dan [a] manakala tiga Vokal

belakang iaitu [u], [o] dan [כ] dan satu vokal tengah, iaitu [ə]. secara nyata vokal-vokal Ini tidak betul-

betul menyerupai vokal kardinal sepenuhnya. Walau bagaimanapun Vokal Melayu ini dapat

dijelaskan menurut persamaannya dengan vokal-vokal Kardinal.

Bunyi-bunyi vokal ialah bunyi-bunyi bahasa yang bersuara yang ketika menghasilkannya udara dari

paru-paru keluar berterusan melalui rongga tekak dan rongga mulut tanpa mendapatkan sebarang

Page 2: Fonologi BahAsa iNdonesia huruf vokal dan kosonan

sekatan atau geseran. Dengan kata lain bunyi-bunyi vokal mempunyai ciri-ciri seperti bersuara,

udara keluar dari paru-paru berterusan dan udara keluar tanpa sekatan atau geseran.

Manakala penghasilan bunyi-bunyi vokal pula ditentukan oleh beberapa ciri tertentu iaitu, keadaan

bibir sama ada dihamparkan atau dibundarkan, bahagian lidah yang terlibat sama ada depan lidah

atau belakang lidah, turun naik lidah sama ada dinaikkan setinggi-tingginya, dinaikkan sedikit atau

diturunkan, keadaan lelangit lembut, sama ada dinaikkan dan udara dari paru -paru keluar melalui

rongga mulut sahaja ( menghasilkan bunyi-bunyi vokal atau oral) atau dinaikkan tetapi tidak rapat

sehingga udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dan juga rongga hidung ( menghasilkan

bunyi-bunyi vokal yang disengaukan) dan keadaan glotis dirapatkan dan semasa udara keluar dari

paru-paru pita suara bergetar. Selain vokal terdapat juga separuh vokal, diftong dan vokal rangkap.

Huraian Huruf konsonan

Konsonan ialah bunyi selain dari bunyi vokal. Konsonan terhasil apabila terdapat gangguan atau

halangan oleh alat artikulasi terhadap udara dari peparu. Konsonan terdiri daripada konsonan

bersuara dan konsonan tidak bersuara. Konsonan bersuara bermaksud konsonan yang terhasil

apabila tekanan udara yang keluar dari peparu menggetarkan pita suara manakala konsonan tidak

bersuara adalah konsonan yang terhasil apabila udara dari peparu tidak menggetarkan pita suara.

Dalam bahasa Melayu konsonan terbahagi kepada 2 iaitu konsonan asli dan konsonan pinjaman.

Konsonan asli bahasa Melayu merupakan konsonan yang sedia ada dan diguna oleh penutur bahasa

Melayu tanpa sebarang perlakuan adaptasi oleh penutur. Dalam bahasa melayu terdapat 9 jenis

konsonan iaitu :

a) Dua konsonan letupan dua bibir bersuara dan tidak bersuara ( p, b ).

b) Dua konsonan letupan gusi bersuara dan tidak bersuara ( t, d ).

c) Dua konsonan letupan lelangit lembut bersuara dan tidak bersuara ( k, g ).

d) Satu konsonan hentian glotis. ( ? )

e) Dua konsonan letusan bersuara dan tidak bersuara ( c, j )

f) Dua konsonan geseran tidak bersuara, iaitu geseran gusi tidak bersuara ( s) dan geseran glotis

bersuara ( h ).

g) Satu konsonan getaran bersuara ( r ).

h) Satu konsonan sisian bersuara ( i ).

i) Empat konsonan sengauan bersuara (m, n, ŋ , n )

j) Dua konsonan separuh vokal bersuara, iaitu ( i ) dan separuh vokal dua bibir bersuara (w).

Page 3: Fonologi BahAsa iNdonesia huruf vokal dan kosonan

k) Satu konsonan separuh vokal lelangit keras bersuara ( j ).

Penghasilan konsonan-konsonan tersebut melibatkan daerah-daerah artikulasi seperti dua bibir,

gusi, lelangit keras, lelangit lembut, pita suara, glotis dan rongga hidung.

Cara membunyikan huruf vokal

Dalam pertuturan sebenar, kita perlu peka bahawa terdapat lapan jenis huruf vokal yang wujud

dalam bahasa Melayu. Huraian berikut menyatakan peranan dan keadaan serta kedudukan alat-alat

artikulasi seperti bibir, lidah, anak tekak, lelangit lembut dan pita suara dalam membunyikan vokal-

vokal bahasa Melayu.

(a) Vokal depan sempit [i]. cara membunyikannya:

(a) Keadaan bibir hampar

(b) Depan lidah dinaikkan setinggi yang mungkin ke arah lelangit keras tetapi tidak sampai

menyentuh lelangit keras

(c) Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara

tidak keluar melalui rongga hidung Udara dari paru-paru keluar ke rongga hidung Pita suara

digerarkan

Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal depan sempit [i] seperti pada perkataan berikut:

Awal

Tengah

Akhir

Ikan

Bila

Tali

Ibu

Tiba

Padi

Page 4: Fonologi BahAsa iNdonesia huruf vokal dan kosonan

(a) Vokal depan separuh sempit [e]. cara membunyikannya:

· Keadaan bibir hampar

· Depan lidah dinaikkan setinggi yang mungkin ke arah gigi gusi

· Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga

· hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung Udara dari

· paru-paru keluar ke rongga hidung Pita suara digerarkan

Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal depan separuh sempit [e] seperti pada perkataan berikut:

Awal

Tengah

Akhir

Enak

Teleng

Tauge

Elok

Leher

Tempe

(b) Vokal depan separuh luas atau lapang *ε+. Cara membunyikannya:

(a) Keadaan bibir hampar

(b) Depan lidah dinaikkan separuh rendah ke arah gusi

(c) Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar

melalui rongga hidung

(d) Udara dari paru-paru keluar dari rongga mulut

(e) Pita suara digetarkan.

Page 5: Fonologi BahAsa iNdonesia huruf vokal dan kosonan

Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal depan separuh luas atau lapang *ε+ seperti pada perkataan

berikut:

Awal

Tengah

Akhir

Esa

Belek

Tauge

Enak

Belok

Tempe

(c) Vokal depan luas atau lapang [a]. Cara membunyikannya:

(a) Keadaan bibir hampar

(b) Depan lidah diturunkan serendah mungkin

(c) Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar

melalui rongga hidung

(d) Udara dari paru-paru ke luar ke rongga mulut

(e) Pita suara digetarkan.

Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal depan luas atau lapang [a] seperti pada perkataan yang

berikut:

Awal

Tengah

Akhir

Awan

Page 6: Fonologi BahAsa iNdonesia huruf vokal dan kosonan

Kadar

Siapa

Anak

Beras

Nama

(d) Vokal belakang sempit [u]. Cara membunyikannya:

(a) Keadaan bibir hampar

(b) Belakang lidah dinaikkan setinggi mungkin ke arah lelangit lembut tetapi tidak sampai

menyentuh lelangit lembut

(c) Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar

melalui rongga hidung

(d) Udara dari paru-paru ke luar ke rongga mulut

(e) Pita suara digetarkan.

Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal belakang sempit [u] seperti pada perkataan yang berikut:

Awal

Tengah

Akhir

ubat

bulat

Batu

ular

sudu

Palu

(a) Vokal belakang separuh sempit [o]. Cara membunyikannya:

Page 7: Fonologi BahAsa iNdonesia huruf vokal dan kosonan

(a) Keadaan bibir hampar

(b) Belakang lidah dinaikkan separuh tinggi ke arah lelangit lembut tetapi tidak sampai menyentuh

lelangit lembut

(c) Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar

melalui rongga hidung

(d) Udara dari paru-paru ke luar ke rongga mulut

(e) Pita suara digetarkan.

Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal belakang separuh sempit [o]. seperti pada perkataan yang

berikut:

Awal

Tengah

Akhir

Orang

Tolong

Pidato

Otak

Bohong

Koko

(b) Vokal belakang separuh luas atau lapang [כ]. Cara membunyikannya:

(a) Keadaan bibir hampar

(b) Belakang lidah dinaikkan separuh rendah

(c) Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar

melalui rongga hidung

(d) Udara dari paru-paru ke luar ke rongga mulut

(e) Pita suara digetarkan.

Page 8: Fonologi BahAsa iNdonesia huruf vokal dan kosonan

Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal belakang separuh luas atau lapang seperti [כ] seperti pada

perkataan yang berikut:

Awal

Tengah

Akhir

Orang

Borong

Soto

Oleh

Bolot

Teko

(f) Vokal tengah [ə]. Cara membunyikannya:

(a) Keadaan bibir antara hampar dengan bundar

(b) Tengah lidah dinaikkan kea rah lelangit keras tetapi tidak sampai menyentuh lelangit keras

(c) Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar

melalui rongga hidung

(d) Udara dari paru-paru ke luar ke rongga mulut

(e) Pita suara digetarkan.

Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal tengah [ə] seperti pada perkataan berikut:

Awal

Tengah

Akhir

Emak

Penat

Sosialisme

Page 9: Fonologi BahAsa iNdonesia huruf vokal dan kosonan

Empat

Tenat

Behaviurisme

Cara Membunyikan Konsonan

Lapan belas konsonan asli yang terdapat dalam bahasa Melayu dapat diklasifikasikan mengikut cara

dan daerah sebutannya seperti yang terdapat dalam jadual berikut:

Daerah sebutan

Cara sebutan

bibir

Gigi-gusi

Lelangit keras

Lelangit lembut

Glottis

Letupan

P b

T d

-

K g

-

Letusan

-

-

C j

-

-

Sengau

Page 10: Fonologi BahAsa iNdonesia huruf vokal dan kosonan

M

N

(ny)

(ng) ŋ

-

Geseran

-

S

-

-

H

Getaran

-

R

-

-

-

Sisian

-

L

-

-

-

Separuh vokal

W

-

Y

Page 11: Fonologi BahAsa iNdonesia huruf vokal dan kosonan

-

-

Hanya sepuluh sahaja huruf konsonan dapat hadir pada awal, tengah dan akhir perkataan, iaitu p,t,

k, m, n, ng, s, h, r dan l. konsonan b, d, g, c dan jbab, had, koc dan kolej. Huruf konsonan ny, w dan y

tidak pernah terdapat pada akhir perkataan . hanya berada pada akhir perkataan dalam perkataan-

perkataan pinjaman seperti

Huraian berikut dapat menjelaskan peranan, keadaan dan kedudukan alat-alat artikulasi seperti

bibir, lidah anak tekak, lelangit lembut dan pita suara dalam membunyikan konsonan bahasa Melayu

asli. Huraian ini disertakan dengan gambar rajah bagi membantu memahami cara setiap konsonan

tersebut dihasilkan.

(a) Konsonan letupan dua bibir tidak bersuara [p] dan konsonan letupan dua bibir bersuara [b]. Cara

membunyikannya:

Bunyi konsonan [p]

Bunyi konsonan [b]

1. Dua bibir dirapatkan untuk membuat sekatan penuh pada arus udara dari paru-paru ke rongga

mulut.

2. Lelangit lembut dinaikkan ke belakang atau ke dinding rongga tekak untuk membuat sekatan

udara dari paru-paru ke rongga hidung.

3. Pita suara direnggangkan.

4. Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara.

5. Sekatan pada dua bibir dilepaskan serta- merta.

Bunyi yang dihasilkan ialah letupan dua bibir tidak bersuara [p].

Cara membunyikan sama seperti membunyikan konsonan [p]. yang berbeza ialah:

1. Pita suara dirapatkan.

2. Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dengan mengetarkan pita suara.

3. Bunyi yang dihasilkan ialah letupan dua bibir bersuara [b].

Page 12: Fonologi BahAsa iNdonesia huruf vokal dan kosonan

Contoh perkataan:

Huruf

Awal

Tengah

Akhir

Konsonan [p]

Palu

Lapik

Atap

Konsonan [b]

Batek

Rabun

Adab

(b) Konsonan letupan gusi tidak bersuara [t] dan konsonan letupan gusi bersuara [d]

Cara membunyikannya:

Bunyi konsonan [t]

Bunyi konsonan [d]

1. Hujung lidah dinaikkan rapat ke gusi untuk membuat sekatan penuh pada arus udara.

2. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang atau ke dinding rongga tekak untuk

menutup arus udara ke rongga hidung.

3. Pita suara direnggangkan .

4. Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara.

5. Sekatan yang dibuat oleh hujung lidah dan gusi dilepaskan serta-merta.

6. Bunyi yang dihasilkan ialah letupan gusi tidak bersuara [t].

Page 13: Fonologi BahAsa iNdonesia huruf vokal dan kosonan

Cara membunyikan konsonan sama seperti membunyikan konsonan [t]. yang berbeza ialah:

1. Pita suara dirapatkan.

2. Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dengan menggetarkan pita suara.

3. Bunyi yang dihasilkan ialah letusan gusi bersuara [d].

Contoh perkataan:

Huruf

Awal

Tengah

Akhir

Konsonan [t]

Takut

Batas

Padat

Konsonan [d]

Dalam

Tanduk

Abad

(c) Konsonan letupan lelangit lembut tidak bersuara [k] dan konsonan letupan langit lembut

bersuara [g]. Cara membunyikannya:

Bunyi konsonan [k]

Bunyi konsonan [g]

1. Belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut untuk membuat sekatan penuh pada arus udara .

Page 14: Fonologi BahAsa iNdonesia huruf vokal dan kosonan

2. Lelangit lembut dan anak tekak dirapatkan ke rongga tekak bagi menyekat arus udara dari paru-

paru ke rongga hidung. 3. Pita suara di renggangkan. 4. Arus udara keluar dari paru-paru melaui

rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara. 5. Sekatan udara yang dibuat oleh belakang lidah

dilepaskan serta merta.

6. Bunyi yang dihasilkan ialah letupan lelangit lembut tidak bersuara [k].

Cara membunyikan konsonan sama seperti membunyikan konsonan [k]. yang berbeza ialah:

1. Pita suara dirapatkan .

2. Arus udara dari paru-paru yang keluar melalui rongga mulut mengetarkan pita suara.

3. Bunyi yang dihasilkan ialah letupan lelangit lembut bersuara [g].

Contoh perkataan:

Huruf

Awal

Tengah

Akhir

Konsonan [k]

Kala

Makan

Tamak

Konsonan [g]

Garam

Pagar

Dialog

(d) Hentian glotis [?] dan Cara membunyikannya:

(a) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang atau ke dinding rongga tekak untuk

membuat sekatan udara dari paru-paru ke rongga hidung

Page 15: Fonologi BahAsa iNdonesia huruf vokal dan kosonan

(b) Pita suara dirapatkan sepenuhnya

(c) Arus udara yang keluar dari paru-paru dibiarkan tersekat dibelakang rapatan pita suara.

(d) Udara disekat oleh rapatan pita suara tanpa menggetarkan pita suara

Bunyi yang dihasilkan ialah hentian glotis [?] seperti pada perkataan berikut:

Awal

Tengah

Akhir

Anak

Saat

Lemak

Ikan

Rakyat

Budak

(e) Konsonan letusan lelangit keras tidak bersuara *č+ dan konsonan letusan lelangit keras bersuara

*Ĵ+. Cara membunyikannya:

Bunyi konsonan *č+

Bunyi konsonan *Ĵ+

1. Hadapan lidah rapat ke lelengit keras untuk membuat sekatan pada arus udara.

2. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang atau ke dinding rongga tekak untuk

membuat sekatan terhadap arus udara dari paru-paru ke rongga hidung.

3. Pita suara direnggangkan.

4. Arus udara dari paru-paru melalui rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara.

5. Udara yang tersekat oleh hadapan lidah di lelangit keras dilepaskan pelahan-lahan.

6. Bunyi yang dihasilkan ialah letusan lelangit keras gusi tidak bersuara *č+.

Cara membunyikan konsonan sama seperti membunyikan konsonan *Ĵ+. yang berbeza ialah:

Page 16: Fonologi BahAsa iNdonesia huruf vokal dan kosonan

1. Pita suara dirapatkan.

2. Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dengan menggetarkan pita suara.

3. Bunyi yang dihasilkan ialah letusan lelangit keras gusi bersuara *Ĵ+

Contoh perkataan:

Huruf

Awal

Tengah

Akhir

Konsonan *č+

Cara

Laci

Koc

Konsonan *Ĵ+

Jala

Kanji

Kolej

(f) Konsonan geseran gusi tidak bersuara [s]:

(a) Hadapan lidah dinaikan ke gusi untuk membuat sempitan pada arus udara.

(b) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikan ke belakang rongga tekak untuk menyekat arus udara

dari paru-paru ke rongga hidung.

(c) Pita suara di renggangkan.

(d) Arus udara dari paru-paru melalui rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara

(e) Udara keluar melalui sempitan depan lidah dan gusi untuk menghasilkan bunyi konsonan

geseran gusi tidak bersuara [s].

Page 17: Fonologi BahAsa iNdonesia huruf vokal dan kosonan

Contoh perkataan:

Awal

Tengah

Akhir

Silap

Lasak

Pedas

Satu

Lesu

Lemas

(f) Konsonan getaran gusi bersuara [r]:

(a) Hujung lidah dikenakan pada gusi.

(b) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk membuat sekatan

arus udara dari paru-paru ke rongga hidung.

(c) Pita suara dirapatkan.

(d) arus udara yang keluar dari paru-paru melalui rongga tekak menggetarkan pita suara

(e) arus udara melalui rongga mulut menggetarkan hujung lidah

Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan getaran gusi bersuara [r] seperti pada perkataan berikut:

Awal

Tengah

Akhir

Rapat

Tiram

Sabar

Rugi

Seram

Page 18: Fonologi BahAsa iNdonesia huruf vokal dan kosonan

Lebar

(f) Konsonan gusi bersuara [I]:

(a) Hujung lidah dikenakan pada gusi.

(b) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang rongga hidung untuk membuat sekatan

arus udara dari paru-paru ke rongga hidung.

(c) Pita suara dirapatkan

(d) Arus udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut dengan menggetarkan pita suara

(e) Arus udara dibiarkan keluar melalui tepi lidah sahaja.

Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan sisian gusi bersuara [I] seperti pada perkataan yang berikut:

Awal

Tengah

Akhir

Lagu

Tilam

Tebal

Lipat

Kelam

Kekal

(f) Konsonan sengau dua bibir bersuara [m]:

(a) Bibir bawah dan bibir atas dirapatkan untuk membuat sekatan pada arus udara.

(g) Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan untuk memberikan laluan arus udara dari paru-paru

ke rongga hidung.

(h) Arus udara dari paru-paru masuk ke rongga mulut dan terus ke rongga hidung.

(i) Pita suara dirapatkan untuk membuat getaran.

Page 19: Fonologi BahAsa iNdonesia huruf vokal dan kosonan

(j) Arus udara dilepaskan perlahan-lahan.

Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan sengau dua bibir bersuara [m] seperti pada perkataan yang

berikut:

Awal

Tengah

Akhir

Macam

Teman

Ketam

Murah

Lumba

Badam

(k) Konsonan sengau gusi bersuara [n] cara membunyikannya:

(a) Hujung lidah dinaikkan pada gusi atau gigi gusi untuk membuat sekatan arus udara.

(b) Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan untuk memberikan laluan arus udara dari paru-paru

ke rongga hidung.

(c) Arus udara dari paru-paru melalui rongga mulut terus ke rongga hidung

(d) Arus udara dilepaskan perlahan-lahan

Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan sengau gusi bersuara [n] seperti pada perkataan berikut:

Awal

Tengah

Akhir

Naga

Tanah

Taman

Nilam

Page 20: Fonologi BahAsa iNdonesia huruf vokal dan kosonan

Panah

Laman

(e) Konsonan sengau lelangit lembut bersuara *ŋ+ cara membunyikannya:

(a) Belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut untuk membuat sekatan arus udara.

(b) Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan untuk memberikan laluan arus udara yang keluar dari

paru-paru masuk ke rongga hidung.

(c) Pita suara dirapatkan dan digetarkan

(d) Arus udara dari paru-paru melalui rongga mulut terus ke rongga hidung.

(e) Arus udara yang tersekat oleh belakang lidah dan lelangit lembut dilepaskan pelahan-pelahan.

Bunyi yang yang dihasilkan ialah kosonan sengau lelangit lembut bersuara *ŋ+ seperti yang berikut:

Awal

Tengah

Akhir

Ngilu

Bingka

Lalang

Ngeri

Rangkap

Tulang

(f) Konsonan sengau gusi lelangit keras bersuara [ּת ]. Cara membunyikannya:

(a) Depan lidah dinaikkan ke lelangit keras untuk membuat sekatan arus udara

(b) Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan untuk memberikan laluan arus udara yang terkeluar

dari paru-paru ke rongga hidung

(c) Pita suara dirapatkan dan digetarkan

Page 21: Fonologi BahAsa iNdonesia huruf vokal dan kosonan

(d) Arus udara daripada paru-paru melalui rongga mulut dan terus ke rongga hidung

(e) Udara yang tersekat oleh depan lidah dan lelangit keras dilepaskan pelahan-lahan

Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan sengau lelangit keras gusi bersuara (ּת) seperti perkataan yang

berikut:

Awal

Tengah

Akhir

Nyaris

Banyak

-

Nyala

Senyap

-

(f) Separuh vokal dua bibir bersuara [w]:

(a) Bibir di bundarkan.

(b) Belakang lidah dinaikkan ke lelangit lembut.

(c) Lelangit lembut dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk menyekat arus udara udara dari paru-

paru ke rongga hidung

(d) Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut

(e) Pita suara digetarkan dan lidah bergerak dengan pantas ke kedudukan untuk membunyikan

vokal tengah [w].

Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan separuh vokal dua bibir bersuara [w] seperti pada perkataan

yang berikut:

Page 22: Fonologi BahAsa iNdonesia huruf vokal dan kosonan

Awal

Tengah

Akhir

Waris

Kawan

Takraw

Wajar

Lawan

-

(g) Separuh vokal lelangit keras bersuara [j]. Cara membunyikannya:

(a) Depan lidah diangkat tinggi ke arah gusi.

(b) Bibir di hamparkan.

(c) Lelangit lembut dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk menyekat udara dari paru-paru ke

rongga hidung.

(d) Pita suara digetarkan sambil lidah bergerak pantas ke kedudukan untuk membunyikan vokal [j].

(e) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi separuh vokal lelangit keras bersuara [j]

Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan separuh vokal lelangit keras bersuara [j] seperti pada

perkataan berikut:

Awal

Tengah

Akhir

Yakin

Tayang

Page 23: Fonologi BahAsa iNdonesia huruf vokal dan kosonan

-

Yuran

Payah

-

KESIMPULAN

Kajian fonetik dan fonologi melibatkan organ pertuturan manusia secara lansung. Organ tutur

manusia ini disebut alat artikulasi. Terdapat banyak alat artikulasi manusia dan setiap satunya

mempunyai kedudukan dan fungsi yang berbeza dalam menghasilkan bunyi bahasa. Namun

demikian terdapat unsur yang bukan dikategorikan sebagai alat artikulasi manusia, tetapi

mempunyai peranan yang amat penting dalam menghasilkan bunyi. Unsur tersebut ialah udara dan

merupakan sumber tenaga utama dalam menghasilkan bunyi.

Bunyi vokal atau konsonan merupakan antara bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat artikulasi

manusia. Semua bunyi vokal merupakan bunyi-bunyi bersuara, manakala bunyi konsonan ada yang

bersuara dan ada yang tidak bersuara. Bunyi bersuara dan tidak bersuara ini berkait rapat dengan

keadaan pita suara. sekiranya keadaan pita suara (glotis) tertutup rapat sewaktu udara keluar

melaluinya, maka getaran akan berlaku pada pita suara dan bunyi yang terhasil ialah bunyi bersuara.

Sebaliknya jika pita suara itu direnggangkan atau terbuka sewaktu udara melaluinya, maka getaran

pada pita suara tidak berlaku maka yang terhasil ialah bunyi yang tidak bersuara.