7

Click here to load reader

Contoh Kata Tugas Menjawab Sejarah SPM

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Contoh Kata Tugas Menjawab Sejarah SPM

Hanita Ahmad SMK Seri Raub Page 1

KATA TUGAS

Suatu kata kerja yang berfungsi untuk mengarah dan memandu calon memberikan respons yang sejajar dengan tugasan item

Bil. Kata Tugas Respons Yang Diharapkan

1 Namakan (mengetahui) Memberikan jawapan yang spesifik terhadap suatu tanpa memerlukan penerangan lanjut / huraian / sokongan

2 Senaraikan (mengetahui)

Memberikan beberapa fakta, ciri, konsep, prinsip, teori dan sebagainya secara spesifik /

berbentuk poin

tanpa memberi hubungan, perkaitan atau penerangan lanjutan bagi setiap satunya

3 Nyatakan (mengetahui) Memberikan jawapan yang spesifik tanpa memerlukan penerangan lanjut / huraian / sokongan

4 Jelaskan (memahami) Jelaskan iktibar Jelaskan kesan Jelaskan usaha-usaha Jelaskan kepentingan Jelaskan latar belakang Jelaskan faedah

Memberi penerangan tentang sesuatu supaya mudah difahami

5 Terangkan (menerangkan) Terangkan ciri-ciri Terangkan kesan Terangkan faktor Terangkan kebaikan

Menyatakan fakta dengan sokongan

Menjelaskan sesuatu dengan sebab

6 Mengapakah Memberi sebab dan faktor

Page 2: Contoh Kata Tugas Menjawab Sejarah SPM

Hanita Ahmad SMK Seri Raub Page 2

7 Apakah

Memberi maklumat yang khusus atau spesifik

Apakah Iktibar ( Nilai + Hasil ) Apakah hubungkait Apakah rasional Apakah manfaat apakah usaha apakah kesan apakah yg akan anda lakukan

Berdasarkan pengetahuan anda, apakah perubahan

yang berlaku di Rom akibat perkembangan dalam

bidang pendidikan ?

Contoh Jawapan 1. Negara menjadi maju kerana ekonomi berkembang pesat 2. Kemudahan asas bertambah baik kerana ada ramai jurutera yang membina Infrastruktur 3. Sekolah semakin banyak dibina supaya masyarakat dapat menimba ilmu pengetahuan. 4. Muncul ramainya cendekiawan kerana ilmu pengetahuan berkembang pesat. 5. Masyarakat hidup sejahtera kerana ekonomi negara telah berkembang maju.

( Nilai + Hasil )

Apakah iktibar yang boleh kita pelajari daripada

kejayaan masyarakat di Lembah Hwang Ho membina

tamadun mereka ?

Contoh Jawapan 1.Kreatif + meningkatkan ekonomi Sikap masyarakat yang kreatif telah berjaya

meningkatkan ekonomi negara.

2.Menghormati pemimpin + Pentadbiran lebih cekap Menghormati pemimpin negara akan menjadikan pentadbiran lebih cekap.

Page 3: Contoh Kata Tugas Menjawab Sejarah SPM

Hanita Ahmad SMK Seri Raub Page 3

8 Bagaimanakah..

Memperihalkan / memberi penerangan tentang cara /

keadaan /

langkah /

kejadian

Jika anda pemerintah kerajaan Angkor,

bagaimanakah anda boleh memberikan sumbangan

dalam menjalinkan hubungan baik dengan kerajaan

maritim ?

Contoh Jawapan

1. Membekalkan beras untuk dijadikan sumber makanan. 2. Membekalkan kayu untuk membina rumah dan kapal. 3. Membekalkan gajah untuk dijadikan kenderaan raja dan tentera.

9 Huraikan (menghuraikan)

Memperihalkan / menceritakan sesuatu dengan panjang lebar / terperinci secara teratur

10 Berikan Berikan pendapat dan hujah anda Beri komen anda

Pergantungan kepada ekonomi berasaskan pertanian

menguntungkan negara.

Berikan pendapat anda

Contoh Jawapan

1. Menguntungkan kerana kita boleh manfaatkan

kesuburan tanah disamping boleh mendapatkan makanan dan bahan mentah pertanian serta membantu perindustrian atau

2. Tidak menguntungkan kerana ia akan melibatkan guna tanah dengan luas

Penggunaan media cetak untuk membangkitkan

kesedaran masyarakat masih relevan pada abad ini.

Berikan komen anda.

Contoh Jawapan 1, Harganya murah menyebabkan media tersebut mampu dibeli oleh mereka yang berpendapatan rendah 2. Tiada sekatan daripada pemerintah membolehkan maklumat yang disampaikan lebih telus.

Page 4: Contoh Kata Tugas Menjawab Sejarah SPM

Hanita Ahmad SMK Seri Raub Page 4

Berikan penjelasan anda Berikan cadangan Berikan hujah anda Berikan alasan anda

Mampukah kempen “Buku di Tangan” meningkatkan

amalan membaca dalam kalangan masyarakat di negara

kita ?

Berikan penjelasan anda

Contoh Jawapan 1. Mampu kerana menyemai sikap suka membaca supaya menjadi ikutan golongan remaja dan kanak-

kanak.

2. Mampu kerana masyarakat sentiasa membawa buku

ke mana sahaja agar mereka boleh membacanya bila ada masa terluang. 3. Mampu kerana dapat menambahkan ilmu pengetahuan dengan membaca bahan bacaan yang berfaedah.

Proses pembandaran di kawasan pantai barat

Semenanjung Malaysia lebih pesat berbanding dengan

di kawasan pantai timur.

Pada pendapat anda, mengapakah keadaan tersebut

berlaku ?

Berikan cadangan untuk mengatasi masalah tersebut.

Contoh Jawapan 1. Terdapat pelabuhan menyebabkan urusan perdagangan antarabangsa lebih lancar.

2. Terdapat lombong bijih timah menyebabkan perusahaan yang berasaskan sumber tersebut berkembang pesat. 3. Mempunyai kemudahan infrastruktur yang baik menyebabkan berlakunya penghijrahan penduduk dari luar bandar ke situ. 4. Membina lebuh raya Timur - Barat supaya perhubungan dan pengangkutan antara timur dan barat menjadi lebih cekap. 5. Menarik pelaburan asing ke pantai timur dengan cara menyediakan zon perdagangan bebas cukai 6. Menjadikan pantai timur sebagai hub pendidikan negara dengan cara menubuhkan sekolah, kolej dan universiti.

Page 5: Contoh Kata Tugas Menjawab Sejarah SPM

Hanita Ahmad SMK Seri Raub Page 5

11 Bezakan (menghurai) Menyatakan kelainan / ketidaksamaan antara dua atau lebih perkara

12 Kemukakan alasan anda Kemukakan hujah anda

Memberi pendapat sama ada menyokong / membangkang , setuju atau tidak

13 Sejauh manakah

Sejauhmanakah kemajuan teknologi pertanian dalam

masyarakat di lembah Hwang Ho dimanfaatkan oleh

masyarakat dunia pada hari ini ?

(Teknologi pertanian + dimanfaatkan) (Fakta +

Kesan)

Contoh Jawapan 1. Pembinaan sistem pengairan menyebabkan pertanian dapat diusahakan di kawasan kering. 2. Petani menggunakan batas supaya tanaman tidak ditenggelami air semasa hujan. 3. Petani menggunakan sistem teres untuk membolehkan pertanian dijalankan di tanah tinggi. 4. Petani mengamalkan sistem tanaman bergilir agar kesuburan tanah dapat dikekalkan. 5 (c) i) Sejauhmanakah tamadun Mesopotamia telah menyumbang kepada tamadun dunia ? ( 4 markah )

(Sumbangan Tamadun Mesopotamia + dimanfaatkan)

(Fakta + Kesan)

Contoh Jawapan

Penciptaan kincir air menyebabkan air

dapat dialirkan ke kawasan tandus maka dengan itu

hasil pertanian dapat ditingkatkan dan dapat

mengawal banjir

Teknik pembuatan batu-bata daripada

tanah liat menghasilkan bahan binaan yang kukuh

dan hebat seperti zinggurat, arca dan tiang batu

Page 6: Contoh Kata Tugas Menjawab Sejarah SPM

Hanita Ahmad SMK Seri Raub Page 6

14 Ulas maksud Ulaskan pernyataan tersebut.

Memberi pandangan / pendapat / komen / kritik

15 Buktikan kebenaran Buktikan kejayaan Buktikan pernyataan

Menyatakan kebenaran dengan dalil / contoh / fakta

Bantahan orang Melayu terhadap gagasan Malayan

Union berjaya mencapai matlamatnya disebabkan

sifat kesederhanaan dalam penentangan mereka.

Buktikan kebenaran pernyataan tersebut.

Contoh Jawapan 1. Menulis dalam akhbar untuk mendedahkan kelemahan syarat Perjanjian Malayan Union. 2. Meminta sokongan bekas pegawai British di Tanah Melayu supaya pihak British lebih yakin. 3. Mengadakan tunjuk perasaan untuk mendesak pihak British membatalkan Malayan Union.

16 Ramalkan Memberikan suatu nilai yang dijangkakan berdasarkan

pola atau corak tertentu

17 Cadangkan Memberi pandangan / idea / pendapat dengan

mempertimbangkan perkara positif atau negatif

18 Bincangkan Memberi penerangan daripada pelbagai aspek

19 Definisikan Memberi keterangan yang singkat tetapi jelas tentang makna suatu perkataan khusus, istilah atau terminologi

20 Hubungkaitkan Membuat sesuatu pertalian berdasarkan beberapa ciri atau faktor

21 Sarankan Memberi pandangan / idea / pendapat dengan mempertimbangkan beberapa perkara

22 Wajarkan Membuat pertimbangan terhadap sesuatu dengan mengambilkira kabaikan dan keburukannya

23 Tafsirkan Mengulas sesuatu berdasarkan maklumat yang diberi

Page 7: Contoh Kata Tugas Menjawab Sejarah SPM

Hanita Ahmad SMK Seri Raub Page 7

Soalan kefahaman konsep – calon hanya perlu menyatakan aspek yang berkaitan dengan konsep yang ditanya. Contoh: Huraikan ke empat-empat konsep yang menjadi tunjang kepada pembinaan bangsa dan negara Malaysia.

. Soalan berbentuk bincangkan, huraikan, jelaskan dan terangkan

- Calon dikehendaki memperincikan fakta-fakta yang berkaitan dengan aspek yang ditanya.

. Contoh: Bincangkan kepentingan sungai kepada masyarakat Melayu tradisional

Soalan menyatakan sebab – calon dikehendaki mengemukakan sebab Contoh:

Mengapakah orang Melayu menentang perlaksanaan Malayan Union 1946?

Soalan penghuraian proses – calon dikehendaki menghuraikan proses sesuatu peristiwa.

Contoh: Huraikan peristiwa penentangan Rentap ke atas James Brooke di Sarawak

Soalan berbentuk perbandingan – calon dikehendaki megemukakan persamaan dan perbezaan aspek yang dibandingkan.

Contoh: Bandingkan sistem demokrasi Yunani dengan sistem demokrasi yang diamalkan di Malaysia

Soalan menanyakan kesan - calon dikehendaki menerangkan kesan sesuatu peristiwa.

Contoh: Huraikan kesan imperialisme Barat di negara-negara di Asia Tenggara.

Soalan berfokuskan rasional / analisis – biasanya jawapan tiada dalam buku teks tetapi jawapan berpandukan fakta atau peristiwa dalam teks yang berkaitan – calon terpaksa menganalisis fakta atau peristiwa tersebut.

Contoh: Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, mengapakah orang Melayu menerima Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948?