24
CERPEN IDOLA

Cerpen idola

Embed Size (px)

Citation preview

CERPEN IDOLA

SINOPSIS

Kehidupan si penjaga panggung yang menjadikan hero sebagai idola hidupnya. Pendiriannya bercanggah dengan pendapat isterinya yang meminta dia mengubah cara hidup agar kehidupan mereka yang miskin dapat diubah. Pada suatu petang dia berjumpa dengan si hero yang mengisahkan realiti kehidupannya sebenar dan menasihatinya agar sedar dengan realiti hidup. Hal ini mneyedarkan si penjaga panggung bahawa idola yang ideal hanya wujud dalam pementasan sandiwara dan dia perlu melakukan perubahan diri.

Kekeliruan hidup antara fantasi dan realiti iaitu antarapementasan sandiwara dengan kehidupan sebenar

TEMA

CONTOH

Seorang lelaki penjaga panggung yang menyimpan minatdan angan-angan untuk menjadi hero bangsawan idolanya. Suatu hari dia dapat berjumpa dengan pelakon bangsawanyang amat diminatinya itu. Hero bangsawan menasihati si

penjaga panggung agar berpijak di bumi nyata. Akhirnya, sipenjaga panggung menerima kenyataan kehidupannya

dengan hati yang kecewa dan dia sedar bahawa dia patutmenjadi dirinya sendiri bukan orang lain.

PERSOALAN

1. Persoalan kesempitan hidup dan kemiskinan kerana pendapatan yang rendah

CONTOH

Si penjaga panggung dan keluarganya hidup dalam keadaan miskin dan hanya mampu tingga di sebuah rumah miskin.

2. Persoalan suka berkhayal untuk menjadi seperti idola

CONTOH

Si penjaga panggung suka berangan-angan untuk menjadi seperti hero bangsawan yang menjadi

idolanya.

3. Persoalan kejujuran memberi pengertian kehidupan yang sebenar

CONTOH

Hero bangsawan meminta si penjaga panggung kembali kepada diri sendiri kerana kehidupan sebenar

lebih menuntut perjuangan yang sebenarnya.

4.Persoalan berusaha untuk mengubah nasib diri

CONTOH

Hero bangsawan menyedarkan si penjaga panggungsupaya kembali kepada kehidupan sebenar denganberusaha untuk mengubah nasib diri dan keluarga.

5. Persoalan angan-angan tidak akan mencapai matlamat tanpa usaha

CONTOH

Si penjaga panggung tidak dapat mengubah nasibdiri dan keluarganya dengan berangan-angan untuk

menjadi hebat seperti hero pujaannya tanpaberusaha dnegan gigih.

WATAK DAN PERWATAKAN

SI PENJAGA PANGGUNG

1. Suka berangan-angan.Contohnya, Si penjaga panggung berangan-angan untuk menjadi seperti hero bangsawan yang menjadi pujaannya2. Bertanggungjawab.Contohnya, Si penjaga panggungbertanggungjawab menyara keluarganya dengan pendapatan yang kecil.

3. Insaf akan kekurangan diri.Contohnya, Si penjaga panggung insaf setelah disedarkan oleh hero bangsawan supaya kembali ke alam nyata.

4. Tabah.Contohnya,Si penjaga panggung tabah menghadapi kehidupannya yang miskin dan rumahnya berdekatan dengan longkang yang busuk.

HERO BANGSAWAN

1.Jujur.Contohnya, Hero bangsawan jujur memberitahu si penjaga panggung akan realiti kehidupannya yang sebenar.

2.Merendah diri.Contohnya, Hero bangsawan meminta supaya si penjaga panggung tidak terlalu memujinya.

3.Bijak berhujah.Contohnya, Hero bangsawan pandai berkata-katasehingga si penjaga panggung sedar akan kekurangan diri.

4.Tegas.Contohnya,hero bangsawan tegas dalammemperkatakan sesuatu kepada lelaki penjaga panggung.

ISTERI PENJAGA PANGGUNG

1.Rasional.Contohnya,isteri lelaki penjaga panggung inginkankepastian tentang pekerjaan suaminya sebagai penjagapanggung.

2.Penyayang.Contohnya,dia menyayangi suami dan sepuluhorang anaknya.

LATAR

LATAR MASA

1.Tengah hari. Si penjaga panggung menyusun kerusi sambil mengenagkan nasib diri dan keluarga yang miskin serta tinggal di kawasan setinggan di dalam rumah kecil.

2.Petang. Si penjaga panggung berjumpa dengan hero pujaannya setelah selesai menjalani latihan. Hero bangsawan menyedarkan si penjaga panggung agar berpijak di alam realiti dan menjadi dirinya sendiri bukannya menjadi seperti orang lain.

3.Malam. Setelah pementasan selesai, si penjaga panggung berazam untuk mengubah dirinya setelah hero bangsawannya meminta supaya dia kembali ke alam nyata.

LATAR TEMPAT

1.Panggung . Si penjaga panggung menyusun kerusi yang telah ditinggalkan oleh penonton.

2.Rumah kecil. Si penjaga panggung tinggal di rumah kecilbersama isteri dan sepuluh orang anak.

LATAR MASYARAKAT

1. Masyarakat yang tinggal di kawasan setinggan. Si penjagapanggung tinggal di kawasan setinggan di rumah kecil dengan isteridan sepuluh orang anak.

2. Masyarakat yang suka berkhayal. Si penjaga panggung sukaberkhayal untuk menjadi seperti hero pujaannya.

3. Masyarakat yang sabar dan tabah. Isteri si penjaga panggungsabar dan tabah menghadapi kerenah suaminya yang sukaberangan-angan dan terlalu mengagung-agungkan idolanya.

4. Masyarakat yang jujur. Hero bangsawan jujur menyatakan realitikehidupannya yang tidak sempurna berbanding lakonan yang dibawanya.

PLOT

PERMULAAN

Pembaca diperkenalkan dengan watak penjagapanggung yang tinggal seorang diri setelahpanggung kosong dan akan menyusun kerusi-kerusi yang ditinggalkan begitu sahaja oleh orangsebelum panggung dibuka.

PERKEMBANGAN

Penjaga panggung memerhatikan setiap gerak-geri hero sepanjang pementasan dan berangan-angan menjadi watak hero. Sambil bekerja selepaspementasan tamat dia terkenangkan isteri dansepuluh orang anak-anaknya yang tinggal dirumah kecil kawasan setinggan. Dia jugamemikirkan nasib diri yang masih belum berubahsehinggakan isterinya mula mempersoalkanpekerjaannya kini yang belum mampu membawasebarang perubahan walaupun anak lelakinyasudah menjelang remaja.

PERMASALAHAN

Penjaga panggung datang ke panggung padawaktu petang walaupun tidak bertugas waktu itukerana terlalu ingin bertemu dengan watak hero yang menjadi idolanya selama ini. Penjagapanggung berjabat tangan dan berdialog sertamemuji lakonan hero. Hero telah menyambutpujian dengan menyatakan lakonannya bukangambaran sebenar kehidupannya dan memintapenjaga panggung kembali menjalankantugas dan menerima kenyataan hidup walaupunmengetahui penjaga panggung amat teringinmenjadi seperti hero.

PUNCAK

Malam itu sesudah sandiwara tamat dan tiraiberlabuh, si penjaga panggung duduk di ataskerusi yang ditinggalkan penonton. Malam itu diaseperti tidak bernafsu untuk melaksanakantugasnya itu. Kata-kata hero siang tadi terngiang-ngiang di telinganya. Dia sedar hidup ini hanyasandiwara.

PELERAIAN

Si penjaga panggung menghempaskankerusi dengan kuat untuk melepaskanperasaan bersalahnya. Dia berazam untukberubah dan menjadi dirinya sendiri.

NILAI

1.Kejujuran. Hero bangsawan secara jujur memberitahu si penjagapanggung bahawa realiti kehidupan yang dilaluinya adalah berbezadengan lakonan yang dibawa mengikut kehendak pengarah.

2.Kesabaran. Isteri si penjaga panggung sabar menghadapikemiskinan hidup dan tinggal dirumah kecil dengan sepuluh oranganak.3.Tanggungjawab. Si penjaga panggung bertanggungjawabmenyara keluarga dengan bekerja sebagai penjaga panggungwalaupun pendapatannya tidak cukup untuk menyara isteri dan sepuluh orang anak.

4.Kegigihan. Nasib keluarga akan berubah jika berusaha dengangigih bukannya berangan-angan untuk menjadi seperti seseorang.

5.Keinsafan. Si penjaga panggung menjadi insaf apabila dia disedarkan oleh hero bangsawan yang dipujanya supaya kembali berpijak di bumi nyata.

6.Hormat-menghormati. Hero bangsawan menghormati si penjaga panggung dan menyedarkan si penjaga panggung agar berusaha menjadi dirinya sendiri.

PENGAJARAN

1. Kita hendaklah berusaha mengubah nasib keluarga bukannya berangan-angan. Si penjaga panggung berangan-angan untuk menikmati kehidupan yang sempurna seperti hero bangsawan yang menjadi pujaannya.

2. Kita hendaklah jujur menyatakan kekurangan diri. Hero bangsawan jujur memberitahu kenyataan hidupnya berbeza dengan apa yang ditunjukkan dalam lakonannya.

3. Kita hendaklah sabar menghadapi kekurangan hidup. Isteri si penjaga panggung bersabar dengan kerenah suaminya yang terlalu mengagung-agungkan hero pujaannya.

4. Kita hendaklah sedar akan kekurangan diri supaya nasib akanberubah. Si penjaga panggung sedar akan kekurangan diri setelahmendengar penjelasan daripada hero bangsawan supaya berpijak dibumi nyata.

5.Kita hendaklah jujur dalam menerangkan hal sebenar tentangsesuatu perkara agar memberi kesedaran kepada orang lain.Herobangsawan jujur menerangkan hakikat kehidupannya yang sebenarkepada lelaki penjaga panggung.

SOALAN