10
LMCP1532 PEMBANGUNAN BANDAR MAPAN CADANGAN MEMPERBAHARUI BANDAR PENSYARAH: Prof. Dato’ IR DR. Riza Atiq Abdullah O.K. Rahmat Disediakan oleh: Zuhaira Nasrin binti Mohamed Zin (A147474)

Cadangan memperbaharui bandar

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Cadangan memperbaharui bandar

LMCP1532PEMBANGUNAN BANDAR MAPAN

CADANGAN MEMPERBAHARUI BANDAR

PENSYARAH:Prof. Dato’ IR DR. Riza Atiq Abdullah O.K.

Rahmat

Disediakan oleh:Zuhaira Nasrin binti Mohamed Zin (A147474)

Page 2: Cadangan memperbaharui bandar

SOALAN Kajang telah menjelma dari sebuah bandar

kecil menjadi bandar besar dengan membina bandar-bandar baru seperti Bandar Baru Bangi dan Bandar Seri Putra serta melebarkan pusat bandarnya sehingga ke  Sungai Chua. Akan tetapi pusat bandar yang asal tidak banyak berubah dan sebahagian besar penduduknya bekerja di Kuala Lumpur, Putrajaya dan kawasan-kawasan luaran. Anda diminta mencadangkan satu perubahan besar untuk pusat bandar Kajang supaya Kajang boleh berdiri sendiri. Gunakan lukisan dan gambar-gambar yang sesuai.

Page 3: Cadangan memperbaharui bandar

PENGENALAN Kajang ialah sebuah mukim dan bandar di daerah Hulu Langat, 

Selangor, Malaysia. Mukim ini berada bersebelahan dengan mukim Semenyih, mukim Hulu Langat dan mukim Ampang. Kajang ditadbir di bawah Majlis Perbandaran Kajang.

Kajang terletak lebih kurang 21 km (14 batu) di sebelah tenggara Kuala Lumpur. Dari Kuala Lumpur, Kajang dihubungkan melalui jalan raya seperti Lebuhraya Silk dan jalan kereta api. Kajang juga dapat dihubungkan dengan pusat pentadbiran Putrajaya, Cyberjaya dan Bandar Baru Bangi. Di sebelah baratnya pula terletak Bandar Puchong, Batu 3 dan Klang.

Pada masa dahulu 'pusat' Kajang ialah di pejabat pos. Tetapi kini 'pusat' Kajang beralih kepada bangunan Plaza Metro.

Page 4: Cadangan memperbaharui bandar

CADANGAN MEMPERBAHARUI PUSAT BANDAR KAJANG : KEMUDAHAN ALIRAN TRANSIT Kajang mempunyai kemudahan

pengangkutan awam seperti bas dan teksi. Namun kemudahan ini tidak mesra pengguna kerana banyak berlaku kesesakan lalu lintas, kelewatan dan kemalangan.

Bagi mengatasi masalah ini, Kajang perlu mewujudkan kemudahan dari segi aliran transit. Contohnya, membangunkan monorel, LRT dan MRT. Oleh itu, Kajang mampu berdiri dengan sendiri kerana kehebatan dan kemudahan yang ada padanya.

Page 5: Cadangan memperbaharui bandar
Page 6: Cadangan memperbaharui bandar

CADANGAN MEMPERBAHARUI PUSAT BANDAR KAJANG : KEMUDAHAN BAS SISTEMATIK

Bas yang disediakan di Bandar Kajang kebanyakannya tidak menepati masa. Bahkan, kadangkala penumpang tidak mengetahui jadual perjalanan bas.

Oleh itu, amat penting Kajang memperbarui sistem perjalanan bas sebagaimana sistem perjalanan ‘shuttle coach bus’ dari KLIA ke TBS. Selain itu, Kajang juga boleh mencontohi negara maju iaitu Jepun dari segi kemudahan bas. Jadual perjalanan telah dipaparkan di skrin bagi memudahkan para pengguna.

Page 7: Cadangan memperbaharui bandar
Page 8: Cadangan memperbaharui bandar

CADANGAN MEMPERBAHARUI PUSAT BANDAR KAJANG : MEREKA BENTUK SEMULA PUSAT BANDAR

Kajang perlu dibangunkan semula seperti berkembangnya pusat Bandar Melaka.

Hal ini kerana dengan mereka bentuk semula pusat bandar, ekonomi lebih banyak untuk dipergiatkan. Bandar lama boleh dijadikan sebagai tumpuan pelancong-pelancong tempatan mahupun pelancong luar negara.

Kajang boleh menjadikan bandar Kuala Lumpur sebagai contoh untuk mereka bentuk semula pusat bandarnya.

Page 9: Cadangan memperbaharui bandar
Page 10: Cadangan memperbaharui bandar

KESIMPULAN Bagi menjayakan proses pembaharuan

Bandar Kajang, semua pihak memainkan peranan yang penting.

Dengan terjadinya pembaharuan ini, penduduk sekitar Kajang akan menikmati segala kemudahan dengan baik seterusnya akan menjadikan aspek sosial dan ekonomi lebih stabil.